Sabtu, 30 Januari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Isu Kedah: Mukhriz Jadi Mangsa Dalam Pertelagahan Najib-Mahathir

Posted: 30 Jan 2016 01:12 AM PST

Pimpinan baharu Kedah layak digelar 'kertas tandas'

KUALA LUMPUR: Cubaan pemimpin UMNO Kedah yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar disifatkan sebagai suatu gerakan mafia.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan menjatuhkan Mukhriz itu hanyalah sebagai usaha untuk menyelamatkan UMNO dan bukannya mengatasi masalah rakyat.


"Saya sangat kesal dan kecewa tentang apa yang berlaku, kerana alasan yang diberikan adalah Mukhriz gagal mengukuhkan UMNO," katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Ketua Whip PAS itu menyatakan, rakyat Kedah secara umumnya tidak mempunyai masalah dengan pentadbiran Mukhriz sebaliknya tidak selesa dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

"Orang banyak masalah dengan Najib. Afdhalnya adalah kita menukar Perdana Menteri dan bukannya tukar Menteri Besar.

"Kelemahan Perdana Menteri lebih besar dari kelemahan Menteri Besar. Mengekalkan Mukhriz adalah lebih baik dalam keadaan sekarang," tegasnya.

Selain itu, Mahfuz menyatakan jika Mahfuz berjaya disingkirkan, kerajaan yang bakal dipimpin kelak merupakan pimpinan dari 'kertas tandas'.

"Tindakan menyingkirkan Menteri Besar itu tidak melalui proses demokratik. Jika berlaku perubahan nanti, saya akan anggap ia hanya boneka dan kerajaan kertas tandas," katanya. -FMT


Kerajaan baru Kedah tiada moral politik

Kerajaan baharu yang akan dibentuk di Kedah tiada moral politik untuk mentadbir, kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menegaskan, akuan bersumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN daripada Umno yang dikumpulkan untuk dipersembahkan kepada Sultan dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi menunjukkan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Adun Kedah adalah tidak sah.

Hal ini kerana ia dilakukan selepas berlaku 'kong kalikong' dalam usaha rampasan kuasa.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Mahfuz berkata dakwaan itu dikuatkan lagi dengan pendedahan Adun Kota Seputeh Datuk Abu Hassan Sarif bahawa beliau diburu dan dipaksa menyokong kumpulan yang menolak Mukhriz.

"Kejadian tersebut mengesahkan lagi kenyataan saya sebelum ini bahawa Akuan Bersumpah Adun-adun Kedah adalah tidak sah kerana ia diberi tanpa niat untuk hilang kepercayaan kepada Mukhriz sebagai menteri besar.

"Kertas akuan bersumpah tersebut hanya setaraf kertas tandas kerana diperoleh secara tidak demokratik seperti yang didakwa oleh Adun Kota Seputeh," kata beliau.

Rabu lalu Abu Hassan pada perhimpunan penyokong Mukhriz di Kampung Sanglang, Ayer Hitam menceritakan bahawa beliau lari dan hampir-hampir jatuh di laut kerana diburu dan dipaksa menyokong kumpulan yang menolak Mukhriz.

Mahfuz yang juga Yang Dipertua Pas Pokok Sena turut berkata, sebarang Akuan Bersumpah yang dibuat secara paksa adalah satu penghinaan kepada Sultan.

"Sebarang dokumen Akuan Bersumpah Adun Umno Kedah yang dipersembahkan ke bawah Duli Tuanku Sultan dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk menunjukkan yang Mukhriz tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Adun Kedah adalah suatu penghinaan kepada ke bawah Tuanku Sultan," katanya.

Semalam Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata telah menyembah maklum beberapa cadangan kepada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berhubung krisis Menteri Besar negeri itu.

Bagaimanapun, Najib yang juga Perdana Menteri, tidak menyatakan cadangan tersebut dan memberitahu bahawa perkembangan selanjutnya mengenai perkara itu akan diumumkan nanti.

"Saya maklumkan pada MT (Majlis Tertinggi Umno) bahawa saya sudah menghadap Pengerusi Jemaah Diraja (di sini) pada pagi tadi, dan saya telah sembah maklum akan beberapa cadangan atas nama pihak Umno.

"Perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan kemudian," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Kuala Lumpur.

Beliau diminta mengulas sama ada mesyuarat MT ada membincangkan mengenai kedudukan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Diminta mengulas mengenai laporan media berhubung tiga nama yang dikatakan telah dikemukakan bagi menggantikan Mukhriz, Najib berkata: "Nanti saya maklumkan, tiada penolakan (terhadap cadangan yang dikemukakannya), majlis itu berjalan dengan baik."

Najib berkata, beliau selaku presiden Umno, mengambil maklum dan memberi pertimbangan serius mengenai krisis kepimpinan di Kedah.

"Kita dengar adanya permasalahan, tapi ini diputuskan oleh ketua-ketua bahagian Umno, ada 14 ketua bahagian putuskan perkara ini.

"Jadi sebagai presiden, saya kena ambil maklum dan beri perhatian yang serius kepada pendirian ketua-ketua bahagian Umno ini," katanya.

Kedudukan Mukhriz menjadi teka-teki susulan pengumuman pada 20 Jan bahawa hampir keseluruhan pimpinan Umno Bahagian di Kedah hilang kepercayaan terhadap beliau selaku Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.
-malaysiadateline


ULASAN GB

1) Apa yang dilakukan Najib terhadap Mukhriz adalah semata-mata untuk menutup mulut Mahathir yang lantang mengkritiknya. Ini kerana sehari sebelum tercetusnya "kemelut Kedah", TDM telah membuat kenyataan untuk meneruskan usaha menjatuhkan Najib.

2) Politik Najib adalah politik gangster yang merbahaya. Beliau sanggup apa saja untuk survival politiknya. Apa yang berlaku di Kedah sebenarnya adalah perulangan terhadap kudata Perak 2009.

3) Stail Najib ialah menggunakan wang ringgit untuk terus berkuasa. Akhbar arus perdana yang sudah hampir nazak memang mengharapkan "bantuan kewangan" dari Najib untuk terus hidup. Prinsip Najib, "I help u, u help me" tegunapakai. Maka itu kini media arus perdana, kesemuanya menyokong dan membodek Najib.

4) Begitu juga dengan cybertrooper UMNO. Mererka adalah agen berbayar. Justeru tidak hairan di alam siber penuh sarat dengan mereka yang menyokong kepimpinan Najib.

5) Tapi kesemuanya terlupa bahawa hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. TERBARU: Switzerland dedah AS$4 bilion disalah guna syarikat kerajaan Malaysia dalam isu 1MDB. Mana mahu lari?

Rafizi Dedahkan TH Guna Aset Bank Islam Untuk Tampung Rizab

Posted: 29 Jan 2016 08:15 PM PST

Aset Bank Islam diguna Tabung Haji untuk tampung rizab, dedah Rafizi

Alasan Tabung Haji (TH) kononnya mempunyai aset anak syarikat yang banyak untuk menampung rizab yang negatif sebenarnya adalah aset-aset Bank Islam berjumlah RM41.683 bilion yang digabungkan dalam kumpulan TH.

Sehubungan itu, Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berharap kepimpinan TH berhenti daripada mengelirukan rakyat dengan berselindung di sebalik terma-terma kewangan yang cuba menyembunyikan situasi sebenar.


"Penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 menunjukkan Tabung Haji telah mempunyai rizab negatif yang bermakna ia tidak cukup dana dan aset untuk menampung pembayaran balik simpanan rakyat sekiranya dikeluarkan serentak, apatah lagi untuk membayar dividen/bonus.

"Jangan gali lubang tutup lubang - bergantung kepada Bank Islam (yang jaga simpanan rakyat) untuk tampung rizab Tabung Haji yang negatif," katanya.

Merumuskan butiran penyata kewangan TH yang telah diaudit, beliau berkata, aset-aset anak syarikat TH adalah tidak cair dan tidak boleh ditunaikan segera kerana berbentuk pinjaman yang diberikan oleh Bank Islam kepada pelanggan dan Kerajaan Persekutuan.

"Malah, aset-aset ini tidak boleh digunakan bagi tujuan lain kerana ia perlu menanggung hutang Bank Islam berjumlah RM44.692 bilion iaitu jumlah simpanan rakyat yang didepositkan dan tanggungan polisi takaful.

"Untuk memenuhi tanggung jawabnya membayar kembali simpanan rakyat yang menabung dengannya dan membayar dividen atau bonus, Tabung Haji tidak ada pilihan lain kecuali menggunakan dana dan asetnya sendiri," jelasnya.

Rafizi turut mengulas reaksi Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebelum ini yang menafikan TH mengalami masalah kewangan bahkan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang mengedarkan surat daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bertarikh 23 Disember 2015.

"Saya kesal kerana Datuk Seri Azeez Rahim bersembunyi di sebalik kenyataan rasmi Tabung Haji bahawa kononnya walaupun rizab Tabung Haji adalah negatif, itu tidak menjejaskan kedudukan kewangannya kerana nilai keseluruhan aset anak-anak syarikatnya adalah lebih besar dan mampu menampung keperluan kewangan Tabung Haji.

"Kenyataan ini seolah-olah cuba mengelirukan rakyat terbanyak yang kurang arif dengan laporan kewangan," tambahnya lagi.

Untuk rekod, BNM melalui surat kepada Azeez yang kemudiannya viral di media sosial antara lain memaklumkan bahawa kedudukan paras rizab TH yang negatif.

Pada tarikh sama juga, surat daripada Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula memberi amaran bahawa status kewangan TH boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan memandangkan simpanan deposit di TH dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.

"Suasana pasaran ekonomi dan operasi yang lebih mencabar serta perkembangan saiz dan kompleksiti operasi LTH (Lembaga Tabung Haji) memerlukan Lembaga Pengarah memainkan peranan pengawasan yang lebih berkesan.

"Dalam hal ini, pengetahuan teknikal dan pengalaman dalam bidang kewangan adalah amat penting," kandungan surat tiga halaman itu dipetik.

Bimbang dengan kedudukan kewangan Tabung Haji (TH), Rafizi menyarankan Abdul Azeez mengadakan sesi taklimat terbuka kepada para pendeposit.

Menurut beliau, Abdul Azeez perlu bersedia untuk menjawab pelbagai kemusykilan rakyat sekiranya benar kedudukan kewangan TH kukuh seperti didakwa.

"Saya akan hadir sebagai salah seorang pendeposit kerana separuh dari simpanan hari tua saya adalah di dalam Tabung Haji," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. -malaysiadateline

Untuk laporan terperinci kenyataan YB Rafizi Ramli, sila rujuk: SINI

Tiada ulasan: