Khamis, 14 Januari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


DAP Sahut Cabaran PAS Untuk "Berperang"

Posted: 14 Jan 2016 01:16 AM PST

Kami pun sedia 'berperang' dengan Pas

SHAH ALAM – DAP Selangor menyahut baik cabaran Pas untuk 'berperang' setelah Pas mengumumkan DAP merupakan musuh terbaharu mereka selain Umno.

Menegaskan perkara tersebut, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, berkata, Pas boleh meneruskan niat tersebut.

"Itu memang keadaan yang sebenar. Apabila orang dah isytihar perang...kita terpaksa perang. Orang isytihar, kita sambut.


"Apabila ada pengisytiharan musuh, kita kena sahut. Jadi kalau nak lawan, lawan la...," katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad susulan dakwaan beliau DAP bakal bertanding kerusi milik Pas pada PRU akan datang.

Selain itu, Adun Sungai Pinang itu juga menjawab kepada kenyataan Iskandar bahawa DAP merupakan musuh baharu Pas selain Umno setelah DAP mengumumkan akan meletakkan calon pada pilhan raya akan datang.

Beliau ditemui selepas hadir ke istiadat Angkat Sumpah Pengurniaan Watikah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Orang Besar Kuala Langat, Ketua Pendaftar Perkahwinan Penceraian dan Rujuk Orang Islam di Istana Bukit Kayangan, semalam.

Iskandar dalam satu kenyataan semalam menjelaskan DAP masih rakan kerjasama Pas dalam pentadbiran Kerajaan Selangor namun jalinan itu akan luput menjelang PRU14 akan datang.

Iskandar berkata, Pas masih meneruskan kerjasama dengan DAP dalam urus tadbir kerajaan negeri sehinggalah PRU14 memandangkan 'musuh baharu' itu bakal mencabar kerusi milik Pas. -SH


DAP hanya jadi musuh Pas pada PRU14

SHAH ALAM – DAP masih rakan kerjasama Pas dalam pentadbiran Kerajaan Selangor namun jalinan itu akan luput menjelang PRU 14 akan datang.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pas masih meneruskan kerjasama dengan DAP dalam urus tadbir kerajaan negeri sehinggalah PRU14 memandangkan 'musuh baharu' itu bakal mencabar kerusi milik Pas.

"DAP nak bertanding kerusi Pas pada PRU14, itulah ancaman baharu buat kita. Sebelum ini bersama dalam PR...kini tidak lagi.

"Tetapi sekarang ini belum lagi PRU14.. jadi pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa," katanya ketika ditemui di Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini

Beliau yang juga Naib Presiden Pas menegaskan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor masih diuruskan oleh Pas, PKR dan DAP sehinggalah menjelang pilihan raya akan datang.

Semalam, beliau dalam ucapan sempena Ijtima Pilihan Raya Selangor memaklumkan Pas Selangor bakal berdepan ancaman baharu apabila lapan kerusi milik mereka bukan sahaja direbut Umno malah turut diintai bekas rakan sekutu, DAP pada PRU14.

Iskandar berkata, Pas Selangor juga sedang mempertimbangkan akan menambah lima lagi kerusi untuk dicabar pada pilihan raya akan datang yang dijangka pada Mac 2017.
-SH


ULASAN GB

Kini, PAS mengisytiharkan DAP musuh utamanya di dalam PRU14 yang sebelum PAS juga mengisytihar AMANAH sebagai musuh baharu mereka.

Di tarik kain ke bawah terdedah di atas, di tarik kain ke atas, terdedah yang di bawah.

DI dalam proses demokrasi sepatutnya tidak perlu kita isytihar-mengisytihar "siapa musuh". Kerana semua bebas untuk bertanding. Kecuali apabila sudah ada permuafatan seperti yang dilakukan oleh Pakatan Harapan dimana telah wujud persafahaman dan perjanjian untuk saling hormat-menghormati di kalangan parti komponen di dalam pakatan tersebut.

Sampai bilakah PAS mahu ikut rentak tari UMNO menghidupkan api perkauman demi untuk mengekalkan kuasa?

PAS ingin bersendirian. Kita menghormati keputusan mereka. Tetapi PAS perlu ingat bahawa saingan sebenar pilihanraya yang akan datang ialah diantara BN dan PH.

Sikap "recalcitrant" dan "selfish" PAS itu akan merugikan parti sendiri.

Kita sama-sama tunggu dan lihat dan membiarkan hukum kebenaran dan keadilan berjalan dengan sendiri.




Tiada ulasan: