Isnin, 11 Januari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PAS Cukup Tertekan & Terdesak, Halang Ahli Sertai Program Amanah & DAP

Posted: 11 Jan 2016 12:10 AM PST

KETERLIBATAN AHLI PAS DALAM PROGRAM/AKTIVITI PARTI-PARTI POLITIK LAIN

ADALAH dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 27 Rabiul-awwal 1437 bersamaan 8 Januari 2016 telah membincangkan isu berkaitan keterlibatan Ahli-Ahli PAS dalam program dan kegiatan parti-parti politik lain khususnya Parti Amanah (PAN) dan DAP.

Sehubungan dengan itu, demi untuk memelihara keutuhan dan perpaduan parti serta mengelakkan pelanggaran Perlembagaan dan Arahan Parti, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah membuat keputusan dan ketetapan seperti berikut:-


i. Ahli-ahli PAS dilarang mengambil bahagian, melibatkan diri, bekerjasama, memberi bantuan atau menyertai sebarang program atau aktiviti PAN dan DAP di semua peringkat;

ii. Ahli-ahli PAS perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum menghadiri sebarang jemputan program/aktiviti politik dan seumpamanya dari mana-mana parti politik lain (selain dari PAN dan DAP yang dilarang terus sebagaimana (i) di atas);

iii. Secara umumnya Ahli-ahli PAS diperingatkan supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dan/atau berlawanan terutamanya dengan Fasal 16 dan 82, Perlembagaan PAS.

Saudara/i dipinta dengan SEGERA menyampaikan Arahan ini kesemua peringkat Parti di bawah pentadbiran Saudara/i. Kerjasama dan perhatian semua pihak berkaitan bagi menjaga keutuhan parti amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira.

TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung

–Harakahdaily

ULASAN GB

Untuk mengelakkan dari tersalah lapor, GB mengambil kenyataan di atas terus dari Harakahdaily.

Dari kenyataan yang dikeluarkan itu, amat jelas kini bahawa PAS kini benar-benar berada di dalam situasi tertekan dan terdesak. Sehinggakan menghalang ahli-ahli PAS untuk menyertai mana-mana program parti lain khususnya AMANAH dan DAP.

Anehnya di dalam kenyataan itu tidak disebut parti-parti selain dari PKR atau UMNO (BN). Dengan kenyataan itu, bererti ahli-ahli PAS dibenarkan menyertai aktiviti PKR (tahniah Dato Kamaruddin Jaafar dan Dato Mohamad Taib kerana PAS seperti mengiktiraf pemindahan kedua-dua ahli PAS ke parti itu) dan juga komponen BN khusus UMNO.

Umum mengetahui pekeliling itu dikeluarkan PAS kerana khuatir ahli-ahli PAS yang tinggal sejemput itu akan terus meninggalkan PAS setelah seegitu ramai ahli-ahli telah mengucapkan sayonara kepada parti itu untuk menyertai parti-parti lain terutama AMANAH.

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Seluruh pimpinan dan ahli PAS kini menghadapi masalah sakit jiwa yang parah.

Dengan pekeliling itu juga akan menjauhkan PAS dari orangramai. Tiada siapa berani menjadi ahli PAS lagi kerana "anda akan dihalang menyertai mana-mana aktiviti anjuran AMANAH dan DAP".

Ada satu lagi kenyataan (dari malaysiakini), Naib Presiden PAS yang juga PJ PAS Selangor menyatakan AMANAH sebagai musuh baru PAS. Kita hanya mampu tersenyum melihatkan gelagat pimpinan PAS tersebut. Ia mengesahkan lagi dakwaan bahawa PAS memang di dalam keadaan tertekan dan terdesak sekarang ini.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan..... PAS sedang akan terus menggali kuburnya sendiri...

Tiada ulasan: