Isnin, 4 Januari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


‘Bangga’ projek kecil siap tujuh tahun, BN Perak lembab laksana pembangunan

Posted: 04 Jan 2016 03:29 PM PST

image

Oleh Fatih Hassan Nordin



KUALA LUMPUR : Pelbagai projek kemudahan untuk rakyat mengambil masa lama untuk disiapkan sejak UMNO BN mengambil alih pentadbiran kerajaan Perak daripada pembangkang, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

Ia, katanya termasuk pembinaan jalan selari di Ayer Tawar yang tergendala sejak 2009 walaupun mendapat peruntukan RM5 juta manakala pembinaan jenjantas depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nan Hwa yang diluluskan pada 2008, lambat disiapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Setiawan itu berkata, BN sering menabur janji untuk melaksanakan dua projek itu tetapi sehingga kini hanya projek pembinaan jejantas yang siap, itupun selepas tujuh tahun diabai. 

"Kerajaan BN Perak harus malu dan tidak bermegah atau bangga dengan pembinaan jejantas yang mengambil masa tujuh tahun itu. Perak di tangga kedua negeri paling miskin di Malaysia dan akan jauh ketinggalan jika hal ini terus berlaku," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Koo Ham berkata, pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP jauh meninggalkan BN Perak dari sektor pembangunan melalui pelaksanaan projek berbilion ringgit berbanding BN Perak yang terkial-kial dengan projek jutaan ringgit.

"Di Pulau Pinang, pembinaan jejantas tidak di uar-uar pun ke serata tempat, tidak seperti BN Perak yang mencanang projek kecil itu seolah-olah ia kejayaan luar biasa. Memalukan saja," katanya.

Justeru, beliau berkata Pakatan Harapan wajar diberi mandat untuk mentadbir Perak  jika mahu negeri itu maju seperti Pulau Pinang supaya negeri itu tidak berterusan mundur akibat kelemahan pemerintahan BN.


BN Johor ‘copy and paste’ idea pemimpin DAP

Posted: 04 Jan 2016 03:27 PM PST

2016-01-03 21.18.51
Roketkini.com


KUALA LUMPUR: BN Johor mengamal pendekatan menciplak idea pemimpin pembangkang khususnya dari DAP bagi memastikan kemajuan negeri dan kebajikan untuk rakyat berterusan.

"Ada yang mendakwa pembangkang akan rugi jika UMNO-BN 'copy and paste' idea kami. Namun, kami sedikit berbeza dalam hal ini," kata Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Katanya, sistem demokrasi yang benar-benar memanfaat rakyat apabila wujud persaingan idea antara pemerintah dan pembangkang dan menyifatkannya sebagai sumbangan DAP kepada kehidupan rakyat yang lebih selesa.

"Kami percaya akan sampai satu hari nanti, rakyat sedar DAP dan Pakatan Harapan adalah parti bervisi, memiliki idea dan polisi yang baik serta patut diberi peluang untuk mentadbir kerajaan," katanya.

Sebagai contoh, beliau berkata gotong royong membersihkan kolam di Taman Merdeka di Kluang anjuran pejabat Parlimen Kluang dan DUN Mengkibol, mendorong Kerajaan Johor memberi tumpuan terhadap kebersihan taman itu.

"Kini, Taman Merdeka 'hidup' kembali dan manfaatnya sekali lagi dinikmati rakyat Kluang," katanya sambil menambah taman rekreasi itu diabai sejak sekian lama.

Pada 2014, katanya, DAP Johor mencadangkan lorong belakang di Kluang dijadikan daya tarikan pelancong seperti di Melbourne sebelum Majlis Perbandaran Kluang kemudian menjadikan lorong itu sebagai lokasi flea market.

"Usaha berkenaan tidak mengcukupi untuk menjadikan Kluang sebagai tarikan pelancong tetapi contoh itu cukup untuk menunjukkan kerajaan terpaksa mengikuti idea bernas yang dibawa pembangkang," katanya pada ceramah umum DAP Johor bertema 'Hala tuju Politik 2016' di Restoran Cincin, Kluang, 2 Januari lalu

1MDB Jual Harta Kepada China Lagi

Posted: 04 Jan 2016 06:46 AM PST

A Kadir Jasin


BELI tanah Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi dengan harga murah, tubuh syarikat pemaju dan jual 60 peratus saham kepada konsortium China-Malaysia.
 
Satu lagi contoh perniagaan atas angin 1MDB ala pelaburan strategik ciptaan Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak.

Betul lah macam kata (Tan Sri) Rafidah Aziz, 1MDB tak bawa apa-apa keuntungan kepada negara. Tak payah tunggu Rafidah buat kesimpulan. Rakyat jelata pun dah faham. Bukan tak untung malah rugi besar. Bukan rugi duit saja, tapi hilang maruah dan kedaulatan.

Itulah "hadiah" tahun baru 2016 Mohd Najib dan budak cerdiknya, Arul "Azrul" Kanda Kandasamy kepada kita – jual 60 peratus saham projek Bandar Malaysia atas tapak pangkalan TUDM itu dengan harga RM7.41 bilion kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

Syarikat Negeri China pemilik utama Bandar Malaysia

IWH adalah milik Cina Malaysia, (Tan Sri) Lim Kang Hoo yang dikatakan tauke pilihan di Johor manakala CREC adalah milik kerajaan China.

Mari kita jadi pahat yang berbunyi selepas rumah siap pasal rumah yang kononnya siap itu compang-camping macam reban ayam sementara. Rasanya dangau di tengah sawah lagi kukuh.

Lim Kang Hoo termasyhur di Johor

Kononnya masalah hutang dan skandal 1MDB dah selesai. Tapi dok tak dok, hutang yang kita sebut-sebut RM42 bilion dah naik jadi RM45 bilion. Harta dekat-dekat habis dijual kepada orang asing.

Kita pun kena juga tanya syarikat dari China itu, kepakarannya kereta api. Adakah ia juga berkepakaran dalam bidang hartanah. Takut-takut ada muslihat lain di sebalik penjualan kepada syarikat dari China itu. 
Yang kita tahu projek landasan berkembar dari Gemas ke Johor Baru belum lagi dibagi kepada sesiapa. 


Silap-silap banyak lagi aset negara akan dijual atau dipajakkan kepada orang asing untuk tutup lubang 1MDB dan kekalkan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri.

Apa Yang Strategiknya?

Macamlah pelaburan hartanah strategik dan susah sangat sampai pelabur tempatan tak mampu nak buat. Apa halnya dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan amanah Bumiputera macam Sime UEP, SP Setia, Boustead dan banyak lagi yang dah berpuluh tahun jadi pemaju hartanah?

Pasal apa tak jual kepada mereka? Pasal apa tak suruh mereka pakat-pakat buat konsortium?

Cuba tanya, siapa yang majukan KLCC, KL Sentral, Subang Jaya-USJ dan banyak lagi projek hartanah bersepadu kalau bukan syarikat-syarikat tempatan milik kerajaan dan agensi pelaburan Bumiputera?

Kalau nak juga pelaburan negeri China, ajaklah mereka buat projek yang betul-betuk strategik macam bina kapal terbang, kereta api laju atau kapal kontena yang macam mereka buat di negeri China?

Kalau tak mahu bagi kepada Melayu sebab takut dituduh kroni atau malu nak minta "derma", pakatlah dengan syarikat Cina tempatan yang ternama dan terbukti macam Eco World, Pavilion Reit, Mah Sing dan banyak lagi.

Ini Cerita Anak Jahat

 

Cara 1MDB berniaga ini cerita anak jahat yang curi-curi beli tanah bapa sendiri dengan harga murah dan sembunyi daripada adik-beradik. Bila nak pinjam duit bank, bank minta bapa bagi jaminan. Bapa pun bagi sebab anak janji nak hantar pergi Makkah buat umrah.

Tumbuk rusuk sana, bagi rasuah sini, tanah pun ditukar kegunaan dan dinilai semula dengan harga yang tinggi.

Tapi tembelang pecah. Adik-beradik dapat tahu dan mengamuk. Nak jual kepada Melayu, Melayu tak ada duit. Yang ada duit takut diseret ke dalam pergaduhan keluarga macam yang jadi kepada Tabung Haji bila beli tanah TRX. TRX adalah satu lagi perniagaan atas angin 1MBD.

Pergi jumpa Ah Eng tauke emas, Ah Eng tak mahu sebab harta dah jadi beracun (toxic). Jadi kenalah cari Cina tempat lain yang berani. Cina tempat lain tu pula pakat dengan Cina dari Negeri China.

Jadi tanah yang dulu milik keluarga sekarang 60 peratus dah jadi hak orang lain. Adik-beradik terlepas juga sebab duit yang dapat nak kena guna bayar hutang.


Gadai dan jual aset modus operandi Arul "Azrul" Kanda

Silap-silap nak beli rumah yang Cina akan majukan itu pun tak mampu. Tak tahulah apa akan jadi dengan janji nak hantar ayah ke Makkah. Bolehkah hantar orang pergi Makkah dengan duit hutang? Dalam Islam, orang yang berhutang itu tarafnya hamba. 

 
Jangan salahkan Cina, tak kira Cina tempatan atau Cina negeri China, Singapura, Indonesia atau Taiwan. Mereka peniaga. Kerja mereka cari dan ambil kesempatan. Kalau Melayu bodoh, tamak haloba dan rasuah, jangan marah Cina kalau habis harta tergadai.

Kerja Haram Zadah

 

Meminjam dan mengubah suai dua ungkapan yang Mohd Najib sendiri guna, yang "haram zadah" adalah Melayu jenis bangsat yang sanggup gadai maruah bangsa dan agama kerana mabuk kuasa, gila harta dan suka berfoya-foya.

Sebelum ini 1MDB beli penjana elektrik bebas (IPP) milik Melayu, Cina dan India tempatan dengan harga tinggi kemudian jual lebih murah kepada pelabur Cina negeri China. Melayu, Cina dan India tempatan untung sebab dapat untung besar bila 1MDB beli mahal. Syarikat negeri China pula untung sebab 1MDB jual murah.

Tak hairanlah kalau kita tercium sesuatu yang mencurigakan dalam urusan jual-beli terbaru ini. Seolah-olah ada udang sebalik baru.

Kemudian upah pemakan-pemakan dedak menyalak kononnya masalah 1MDB dah selesai, dosa dah tertebus, janji dah tertunai dan segala-galanya beres.

Tapi hanya orang yang tak tahu apa-apa saja akan percaya cerita karut-marut mereka. Yang tulis itu pun rasanya tak faham sebab mereka pun bergantung kepada penulis hantu.Wallahuaklam.


FAKTA ATAU AUTA?

Posted: 04 Jan 2016 06:43 AM PST

shahbudindotcom


 
 
 
Inikah sebenarnya hakikat mengenai 1MDB?

Selain itu benarkah harga 60 peratus Bandar Malaysia yang dijual kepada konsortium China dengan Kerajaan Negeri Johor adalah sebanyak RM5.279 bilion sahaja dan bukannya RM7.41 bilion sebagaimana yang diumumkan sebelum ini?

Kenyataan yang dipetik daripada HKExnews ini sudah pun tersebar luas dalam pelbagai perkongsian media sejak malam tadi lagi.
 
 

 
Kenapa tiba-tiba ada perbezaan angka? Kalau 60 peratus yang dijual itu hanya bernilai RM5.279 bilion, bermakna nilai keseluruhan Bandar Malaysia juga bukanlah RM12.35 bilion sebagaimana yang diumumkan oleh 1MDB?

Apakah makna semua ini?


China Railway dakwa bayar kurang RM2.1 bilion bagi pegangan Bandar Malaysia

Posted: 04 Jan 2016 06:31 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

China Railway Group Limited berkata ia membayar RM5.28 bilion bagi pegangan 60% dalam Bandar Malaysia, iaitu kurang RM2.13 bilion berbanding jumlah yang didakwa penjualnya, syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB). – Gambar laman web 1MDB, 4 Januari, 2016.China Railway Group Limited berkata ia membayar RM5.28 bilion bagi pegangan 60% dalam Bandar Malaysia, iaitu kurang RM2.13 bilion berbanding jumlah yang didakwa penjualnya, syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB). – Gambar laman web 1MDB. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Satu usaha sama syarikat China-Malaysia berkata ia membayar RM5.28 bilion bagi pegangan 60% dalam Bandar Malaysia, iaitu kurang RM2.13 bilion berbanding jumlah yang didakwa penjualnya, syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

China Railway Group Limited berkata usaha samanya dengan Iskandar Waterfront Holdings Bhd (IWH) membayar nilai berkenaan dalam satu makluman kepada Bursa Saham Hong Kong hari ini.
1MDB pada 31 Disember mengumumkan urus niaga itu bernilai RM7.41 bilion dan syarikat usaha sama itu sudah membayar deposit 10%.

Satu unit tempatan dalam China Railway Group mempunyai 40% pegangan dalam usaha sama yang berjaya mendapatkan pegangan Bandar Malaysia. Rakan niaga lain ialah IWH, yang dimiliki secara bersama Credence Resources Sdn Bhd (60%) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd milik kerajaan negeri Johor (40%).

Kenyataan 1MDB minggu lalu menyatakan usaha sama China-Malaysia sebanyak 60% itu ialah "perkongsian tanah" dalam projek pembangunan Bandar Malaysia tetapi tidak dengan jelas menyatakan RM7.41 bilion itu adalah nilai ekuiti dalam syarikat berkenaan.

Pendedahan Bursa Saham Hong Kong menyatakan harga RM5.28 bilion ialah untuk "kepentingan 60% ekuiti dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd", syarikat induk bagi projek pembangunan itu China Railway memberitahu bursa berkenaan ia akan membayar RM2.64 bilion.

Dalam dokumen makluman yang dilihat The Malaysian Insider, China Railway berkata ia akan membayar RM2.639 daripada RM5.28 bilion itu.

"Transaksi itu sudah diperiksa dan diluluskan dalam Mesyuarat Syarikat ke-17 daripada Sesi Ketiga Ahli Lembaga Pengarah pada 31 Disember, 2015.

"BMSB mempunyai pemilikan dalam blok penting yang akan dibangunkan di Kuala Lumpur, yang merangkumi kawasan seluas kira-kira 2,000,000 kaki persegi", menurut dokumen itu.

Pada 31 Disember, 1MDB berkata penjualan pegangan dalam Bandar Malaysia adalah sebahagian rancangan syarikat untuk mengurangkan hutang RM45 bilion.

Pegangan itu dibeli satu konsortium gabungan IWH dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd, (CREC) anak syarikat China Railway Group di Malaysia.

Konsortium IWH-CREC Sdn Bhd adalah usahama 60:40 antara IWH dan CREC.

Konsortium yang menang bersama dengan para pemegang saham sedia ada akan meneruskan baki komitmen di Bandar Malaysia, yang merangkumi penempatan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur, projek yang menelan belanja RM2.7 bilion keseluruhannya, kata 1MDB.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata Bandar Malaysia Sdn Bhd masih "projek Malaysia" walaupun 24% kepentingannya dimiliki CREC.


Bung Mokhtar pertahan Mahathir, Anwar

Posted: 04 Jan 2016 06:27 AM PST

 
Kedua-dua pemimpin itu tidak harus dipersalahkan sepenuhnya, susulan kenaikan kos sara hidup pada hari ini kerana melakukan 'perjanjian tanpa sengaja' dengan syarikat konsesi.


Bung-Mokhtar


PETALING JAYA: Pemimpin negara terdahulu tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya susulan peningkatan kos sara hidup terutamanya melibatkan kenaikan kadar tambang Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dan tol.

Perkara itu ditegaskan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin apabila ramai pihak menyalahkan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menandatangani perjanjian dengan syarikat konsensi dan kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa menanggungnya.

Katanya, kedua-dua pemimpin tersebut mungkin tidak berniat untuk melihat rakyat susah, namun ia perlu dijadikan pengajaran oleh pemimpin ketika ini sebelum menandatangani perjanjian dengan mana-mana syarikat konsensi pada masa akan datang.

"Saya juga tidak menyalahkan kedua-dua pemimpin ini (Anwar dan Mahathir) kerana mungkin mereka pun tidak berhasrat untuk melihat rakyat susah, tetapi ini merupakan satu pengajaran kepada mana-mana pemimpin dalam negara kita sekiranya membuat apa-apa perjanjian.

"Sekiranya membuat apa-apa perjanjian pembangunan untuk rakyat dan negara maka harus diteliti implikasi bukan sahaja hari itu tetapi pada masa-masa akan datang agar rakyat tidak dibebani kos sara hidup yang berat," katanya kepada FMT.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, kepemimpinan Najib juga tidak boleh dipersalahkan susulan kenaikkan kos sara hidup kerana ia berpunca daripada perjanjian tanpa sengaja pemimpin terdahulu.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata, kenaikan kos sara hidup terutamanya melibatkan tambang ERL dan kadar tol merupakan kesan daripada 'najis' yang ditinggalkan pemimpin sebelum ini.

Kit Siang terdesak dan gila kuasa, kata Bung Mokhtar

Posted: 04 Jan 2016 06:23 AM PST

 
Pemimpin UMNO yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan parti tidak mudah tunduk dengan pelawaan Lim Kit Siang itu


bung-mokhtar,lim-it-siang


PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang dianggap terdesak kerana membuat kenyataan bahawa parti itu dan Pakatan Harapan sedia bekerjasama dengan pemimpin UMNO yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan parti Melayu itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, kenyataan Kit Siang itu jelas menunjukkan Pakatan Harapan gila kuasa sehingga sanggup mencadangkan sesuatu perkara yang tidak masuk akal.

Bercakap kepada Free Malaysia Today, Bung Mokhtar berkata walaupun ada pemimpin UMNO yang tidak sehaluan dengan pemimpin atasan namun, mereka tidak mudah tunduk dengan perlawaan Kit Siang kerana matlamat UMNO hanyalah satu iaitu memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

"Hasrat DAP untuk bekerjasama dengan mana-mana pemimpin UMNO yang tidak sehaluan itu hanyalah harapan yang sia-sia, harapan orang terdesak, memang ada pemimpin UMNO yang tidak sehaluan, tetapi matlamat kita hanya satu iaitu memberi perkhidmatan terbaik pada rakyat dan negara.

"Saya rasa pemimpin pembangkang ini sudah gila kuasa, sehingga mereka mangharap sesuatu yang tidak masuk akal. Adik beradik ada tidak sehaluan, kadang-kadang suami isteri tidak sehaluan, jadi UMNO ada ahli lebih tiga juta mereka mempunyai pelbagai pendapat," katanya.

Terdahulu, Kit Siang berkata bahawa DAP dan Pakatan Harapan sedia bekerjasama dengan pemimpin UMNO yang tidak berpuas hati dalam usaha menyelamatkan negara daripada 'rasuah keadilan sosioekonomi dan kegagalan dalam pembinaan bangsa'.

Ahli Palimen Kinabatangan itu menasihatkan pemimpin pembangkang supaya berjuang atas dasar realiti sebenar bukannya membuat cadangan yang ditidak masuk akal.

Katanya, rakyat patut membuat penilaian parti mana yang layak untuk memimpin mereka selepas Pilihan Raya Umum (PRU)14 akan datang.

Peniaga Mara Digital raih jualan RM80,000

Posted: 04 Jan 2016 06:21 AM PST

 
Peniaga yakin pusat sehenti produk IT dan komunikasi itu akan lebih mendapat sambutan kerana produk yang ditawarkan lebih murah dan dijamin tulen


mara-digital-80000


KUALA LUMPUR : Baru sebulan dibuka, ternyata Mara Digital Mall mendapat sambutan luar biasa apabila peniaga peralatan produk telekomunikasi dan komputer meraih jualan melebihi sasaran.

Penyelia GreenFone, Muhammad Azmer Abdul Rahman, berkata syarikatnya memperoleh jualan RM80,000 jauh lebih tinggi berbandng sasaran awal sekitar RM40,000 sebulan.

Azmer berkata, kejayaan meraih jualan melebihi sasaran itu kerana produk yang ditawarkan lebih murah berbanding di tempat lain.

"Banyak pelanggan mencari model Asus dan Lenovo dan disebabkan itu, kita menumpukan kepada dua 'brand' ini," katanya ketika ditemui pada Isnin."

Jurujual Forte Solution Sdn Bhd, Mohd Naim bin Md Kawil pula berkata, Mara Digital Mall juga berjaya menarik pelanggan dalam kalangan bukan Bumiputera dan pelancong asing.

"Mereka bercadang nak datang ke Low Yatt tapi bila tengok Mara Digital Mall telah dibuka mereka datang sini," katanya.

Pusat sehenti penjualan gajet dan alat telekomunikasi Mara Digital yang diusahakan peniaga Melayu dan Bumiputera dibuka kepada orang ramai pada 8 Disember tahun lalu.

Pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang terletak di Menara Mara itu memberi satu lagi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan lebih murah dan dijamin ketulenannya di bawah satu bumbung.

Hukum jika ‘Sultan Melaka’ salah – Rani Kulup

Posted: 04 Jan 2016 04:35 AM PST

 
Malaysia mempunyai undang-undang terhadap individu seperti Raja Noor Jan Shah 


Kulup


PETALING JAYA: Aktivis selebriti, Abdul Rani Kulup Abdullah mencadangkan tindakan diambil sekiranya 'Sultan Melaka', Raja Noor Jan Shah Tuah didapati bersalah mengikut undang-undang negara.

Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) itu berkata, tindakan boleh diambil ke atas Raja Noor Jan Shah kerana negara ini mempunyai undang-undang penguatkuasaan yang tegas terhadap mana-mana individu.

"Sekiranya Sultan Melaka tidak betul, ambil sahaja tindakan kepadanya kerana negara ini mempunyai undang-undang.

"Tetapi sebelum tindakan diambil, buatlah siasatan terlebih dahulu sebelum menghukum. Tidak perlu kita hendak cerita sana-sini. Kini isu ini sudah jadi nombor satu pula dalam negara," katanya kepada FMT di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Raja Noor Jan Shah yang mendakwa dirinya Sultan Melaka kembali menjadi sebutan ramai, selepas dia menyampaikan gelaran Datuk Paduka Mahkota Melaka kepada Abdul Rani Kulup.

Dalam perkembangan sama, Abdul Rani Kulup mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak ghairah menyebarkan isu Sultan Melaka kerana ia tidak membawa kebaikan kepada negara.

Katanya, banyak lagi isu utama yang boleh diperjuangkan, antaranya kenaikan kos sara hidup.

"Jangan kelam kabut, jangan berserabut tumpu isu Sultan Melaka, banyak benda lain yang perlu ditumpukan berbanding isu Sultan Melaka seperti kos sara hidup, pelaksanaan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), tol… desak ia diturunkan," katanya.

Isu bauksit: Kerajaan negeri tidak lindungi rakyat – Fuziah Salleh

Posted: 04 Jan 2016 04:33 AM PST

 
Kerajaan negeri langsung tidak tegas dalam mengawal dan menangani isu bauksit di Kuantan


fuziah-salleh


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyifatkan Kerajaan Pahang tidak melindungi rakyat kerana gagal menghentikan kegiatan perlombongan bauksit di Kuantan.

Katanya, kerajaan negeri tidak tegas mengambil tindakan undang-undang terhadap pelombong bauksit dan pihak yang terlibat dengan kegiatan itu.

"Kerajaan negeri ada kuasa yang amat besar untuk ambil tindakan. Namun yang menjadi persoalan kenapa penguatkuasa dan agensi terlibat gagal mengawalnya.

"Kerajaan negeri harus tegas, pastikan ada penguatkuasaan agar perkara ini tidak berlaku. Ini tidak dibuat dan seolah-olah ludah kelangit," katanya kepada FMT di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah supaya rakyat terus berjuang untuk menghentikan aktiviti bauksit di daerah itu.

Fuziah turut menyambut baik saranan Tengku Puan Pahang terhadap isu bauksit dan berpandangan beliau prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat.

Katanya, langkah sebaiknya yang perlu dilakukan oleh kerajaan negeri adalah dengan menggantung semua lesen mengeksport bauksit menerusi Pelabuhan Kuantan.

"Dengan langkah itu akan menyebabkan operasi bauksit akan terjejas disebabkan mereka tidak akan dapat mengeksport lagi bauksit itu kerana lesen sudah digantung," tegasnya.

Beliau juga berharap kerajaan negeri akan lebih bertanggungjawab dalam melindungi rakyat daripada masalah itu.

"Kalau rakyat tak ada kekuatan untuk lawan, kerajaan negeri yang harus lindungi mereka," katanya.

Sebelum ini, Tengku Puan Pahang menzahirkan rasa dukacita terhadap pencemaran akibat aktiviti bauksit di daerah Kuantan.

Beliau membuat kenyataannya itu menerusi laman sosial instagramnya @tengku_puan_pahang, Tunku Azizah dan memuat naik beberapa status berhubung perkara tersebut.

Ketua SPRM tak akan berundur kerana tekanan

Posted: 04 Jan 2016 04:07 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak akan berundur daripada jawatannya atas tekanan mana-mana pihak.

Malah, kata SPRM, hanya keputusan sendiri atas sebab masalah kesihatan boleh menjadi penyebab itu.
Suruhanjaya itu bagaimanapun berkata buat masa ini tiada tekanan daripada mana-mana pihak yang meminta beliau menamatkan perkhidmatan.

"Untuk makluman, kontrak Tan Sri Abu Kassim sebagai ketua pesuruhjaya hanya akan tamat pada 2018 manakala persaraan wajib beliau dari perkhidmatan awam adalah pada tahun 2020," kata SPRM dalam kenyataannya.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi mengulas laporan media yang menyebut Abu Kassim kemungkinan akan diganti atas masalah kesihatan.

Beliau dalam wawancara bersama Oriental Daily, yang disiarkan semula di laman web SPRM pada 24 Disember lalu, turut ditanya soalan sama.

Harian berbahasa Cina itu memberitahu Abu Kassim, berdasarkan maklumat mereka, kontraknya hanya setakat tahun 2016.

Beliau ketika itu telah menegaskan perkara sama tidak akan berhenti memimpin SPRM selagi masih sihat.

The Malaysian Insider pula melaporkan bahawa Abu Kassim mungkin akan diganti selepas suruhanjaya itu baru menyerahkan kertas siasatan berhubung kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun perdana menteri.

Memetik sumber, portal itu melaporkan tahap kesihatan Abu Kassim sedang digunakan sebagai alasan dalam percubaan menggantikannya.

Abu Kassim sebelum ini dilaporkan bercuti atas sebab kesihatan ketika polis menyiasat beberapa pegawai SPRM yang mempunyai berkaitan dengan siasatan terhadap SRC International, bekas anak syarikat 1MDB

PAS anjur taklimat khas isu kerjasama Sabtu ini

Posted: 04 Jan 2016 03:48 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: PAS akan mengadakan satu taklimat khas kepada pemimpin parti itu Sabtu ini, bagi menerangkan isu kerjasama dengan Umno, lapor Sinar Harian. 
 
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, taklimat khas itu akan disampaikan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi dan waktu taklimat tersebut.
 
"Taklimat itu akan dihadiri pimpinan pusat, negeri dan wakil rakyat PAS. Kita (PAS), sekarang ini dalam proses memberi penjelasan tentang pendirian dan apa yang parti nak lakukan dalam menghadapi politik semasa. 
 
"Taklimat ini berkisarkan kepada keadaan semasa dan isu semasa PAS termasuk pendirian parti mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya.
 
Ujar Takiyuddin lagi, taklimat itu juga akan memberi peluang kepada semua peserta untuk bertanya sebarang soalan.
 
"Jadi, kepada yang kurang jelas kita akan jelaskan. Mereka yang mungkin terkeliru, kita akan terangkan supaya hilang kekeliruan itu terutama pimpinan PAS.
 
"Sebab apa yang dibuat oleh presiden kita adalah apa yang diputuskan oleh parti. Bukan buat keputusan sorang-sorang tetapi bincang ramai-ramai. Kemudian kita mahu turunkan (beritahu) kepada semua pihak (ahli) dalam parti supaya semua jelas dengan isu ini," katanya sambil menyarankan agar semua pimpinan parti itu hadir semasa taklimat berkenaan.
 
Ahli Parlimen Kota Bharu itu turut menyarankan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang kerap mengkritik isu kerjasama itu agar menghadiri taklimat berkenaan. 
 
Husam sebelum ini menyatakan kebimbangannya bahawa kerjasama PAS dengan Umno akan memberi kesan kepada orang Melayu dan akan menjadi pelindung kepada agenda korupsi yang dilakukan Umno.
 
Mengulas mengenai hal itu ujar Takiyuddin, Husam mungkin tidak memahami pengertian kerjasama antara PAS dengan Umno seperti yang diterangkan oleh Abdul Hadi sebelum ini.
 
"Itu bergantung kepada niatnya dan yang tersurat sahaja kita boleh baca. Apa yang saya faham dengan apa yang tersurat itu mungkin dia tidak faham apa move (tindakan) yang akan dibuat oleh tuan presiden (Abdul Hadi)," katanya. 


PAS Pusat tak mahu beri kerusi PBT kepada PAN, kata Iskandar

Posted: 04 Jan 2016 03:27 AM PST

 Oleh Azizul Osman 

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Pusat memutuskan enggan memberi laluan kepada Parti Amanah Negara (PAN) dalam pembahagian kerusi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.
 
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, beliau mendapat mandat untuk mewakili PAS Pusat sebagai Naib Presiden parti itu.
 
Katanya lagi, keputusan itu sudah pun dimuktamadkan.
 
"Pusat telah turunkan kuasa kepada PAS Selangor (untuk tidak memberi ruang kepada PAN). Saya Naib Presiden yang mewakili PAS Pusat," katanya dalam satu kenyataan.
 
Sebelum ini, Iskandar membuat kenyataan PAS bertegas tidak akan memberikan ruang kepada PAN untuk mendapatkan kouta ahli majlis PBT dalam kerajaan negeri.
 
Dalam pada itu, menurut Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr. Daroyah Alwi, isu gesaan Menteri Besar itu supaya PAS dan DAP memberi sedikit ruang kepada PAN akan diputuskan diperingkat parti.
 
Langkah itu diambil setelah satu mesyuarat diperingkat exco kerajaan negeri yang dipengerusikan Datuk Seri Azmin Ali membuat gesaan berkenaan.
 
"Mereka akan bincangkan di peringkat parti, jadi apa keputusan PAS tersebut untuk memberikan kerusi Ahli Majlis PBT kepada PAN kita tidak tahu lagi.
 
Jelas ADUN Sementa itu, segala keputusan di peringkat negeri harus mendapat kebenaran diperingkat pusat.
 
"Saya tidak pasti, tapi diperingkat parti PAS yang akan membuat keputusan, semua keputusan yang telah selesai adalah diperingkat parti barulah bawa kepada peringkat negeri.
 
Kenyataan Iskandar turut disahkan Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman.
 
Katanya, PAS akan kekal dalam kouta berkenaan tanpa memberi laluan kepada PAN.
 
"PAN bukan sebahagian daripada kerajaan negeri dan mereka tidak mewakili suara rakyat," katanya.
 
Menjawab persoalan itu, Khairuddin berkata DAP dan PKR yang seharusnya memberi kerusi mereka kepada rakan sekutu baru mereka PAN.
 
Memburukkan keadaan apabila PAN Selangor tetap dengan keputusan mahukan kouta 24 kerusi ahli majlis PBT di negeri berkenaan dengan alasan PAN adalah sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan.
 
Pengerusinya Izham Hashim berkata PAN menuntut kouta antara 24 hingga 34 kerusi diberikan kepada parti berkenaan.
 
Difahamkan kesemua nama-nama calon ahli majlis PBT daripada PAN akan diserahkan kepada pejabat Menteri Besar hari ini.
 
Kelmarin, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Azmin Ali menggesa agar PAS dan DAP memberi ruang kepada PAN dalam isu pengagihan dan pelantikan ahli majlis PBT di negeri berkenaan.
 
Jelas Azmin, PAS-DAP-PKR sudah dimaklumkan mengenai siu berkenaan dalam majlis mesyuarat exco kerajaan negeri yang mengambil tempat Rabu lalu.
 
Ujar beliau, PKR telah pun melakukan pengorbanan apabila menyerahkan sebilangan kerusi PBT miliknya kepada rakan politiknya.
 
 

PRU-14: PAN mahu bertanding di Kelantan

Posted: 04 Jan 2016 03:21 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
KOTA BHARU: Parti Amanah Negara (PAN) membayangkan akan bertanding di peringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Kelantan, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 
 
Bagaimanapun, PAN masih memberi masa kepada pucuk pimpinan PAS Kelantan sama ada bersedia untuk bekerjasama atau sebaliknya untuk menghadapi UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya itu nanti. 
 
Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, berkata beliau pernah mengemukakan cadangan dalam satu dialog bersama pengundi pada Ogos tahun lalu untuk membentuk gagasan kerjasama dengan PAS untuk menghadapi UMNO dan BN. 
 
Katanya, secara peribadi beliau tidak mahu melihat Kelantan akan diperintah semula oleh BN dan UMNO. 
 
"Sebenarnya, saya sudah tidak dapat menunggu lebih lama lagi mengenai cadangan untuk bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi UMNO dan BN. 
 
"Kerjasama ini tidak bermakna kita tidak bertanding. Ada tempat kita letak calon dan ada tempat kita akan bantu PAS. 
 
"Namun, saya pun tidak boleh tunggu terlalu lama dan rasa sudah tidak boleh tahan (sabar) kerana sehingga kini tiada sambutan balas daripada pemimpin PAS negeri ini. 
 
"Jadi, kalau tidak ada reaksi daripada pimpinan PAS negeri terhadap gagasan untuk bekerjasama pada PRU-14, kita tidak ada pilihan. Tapi kita masih menunggu dan sedia berunding untuk bekerjasama termasuk keputusan dari Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi. 
 
Beliau mengulas mengenai dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS I, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa Wan Abdul Rahim sebelum ini berjanji PAN tidak akan bertanding di Kelantan pada PRU-14. 
 
Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar, berkata jika PAN bertanding di Kelantan, tindakan itu seperti membantu UMNO dan BN kerana ia boleh memecah undi.
 
 

Melaka haramkan penjualan dan penggunaan vape

Posted: 04 Jan 2016 03:19 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic


MELAKA: Kerajaan negeri Melaka mengambil keputusan mengharamkan penjualan dan penggunaan rokok elektronik dan vape di negeri ini yang akan berkuatkuasa dalam masa terdekat.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata keputusan itu diambil selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

"Isu ini akan dibincangkan secara lebih lanjut selepas mendengar laporan penuh daripada portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar di bawah Datuk Ismail Othman dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka yang akan diadakan pada Rabu ini.

"Kerajaan negeri perlu mendapatkan maklumat berapa ramai peniaga vape di negeri ini dan perbincangan bersama mereka juga perlu diadakan sebelum tarikh penguatkuasaannya diumumkan," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Udang sempena permulaan sesi persekolahan 2016 di sini, Isnin.

Turut hadir Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin dan Pengarah Pendidikan Melaka Abu Bakar Sahari.

Mengulas lanjut, Idris berkata kerajaan negeri akan membantu pengusaha atau peniaga vape di negeri ini terutama mereka yang telah mendapat lesen penjualan vape daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

"Kita akan melihat bidang perniagaan lain yang boleh peniaga atau penjual vape sedia ada ini ceburi selepas pengharaman penjualan vape di negeri ini," katanya.

Sebelum ini media melaporkan MBMB telah mengeluarkan lebih 20 lesen perniagaan kepada peniaga yang menjual rokok elektronik dan vape.

Sementara itu Mufti Melaka Datuk Dr Mohd Mohadis Yasin berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang bersidang pada 10 Disember lalu memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Sebelum ini, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat. – BERNAMA

Sesi persekolahan bermula, 448, 677 masuk Tahun Satu

Posted: 04 Jan 2016 03:08 AM PST

SINAR HARIAN


Sesi persekolahan bermula, 448, 677 masuk Tahun Satu


PUTRAJAYA - Seramai 891,685 murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu memulakan sesi persekolahan tahun ini di seluruh negara.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata, seramai 448,677 murid memasuki Tahun Satu di 7,765 buah sekolah rendah di seluruh negara, melibatkan 229,808 murid lelaki dan 218,869 murid perempuan.

Berdasarkan statistik e-Daftar Rendah, kementerian berkata seramai 314,697 murid memulakan persekolahan Tahun Satu hari ini manakala 133,980 pelajar dari Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu pula semalam.

Sebanyak 7,765 sekolah itu melibatkan 5,784 buah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (1,296), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) (524), Sekolah Kebangsaan Khas (28), Sekolah Kebangsaan (Asli) (90), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (36) dan tujuh buah Sekolah Rendah Model Khas Komprehensif (K9). Menurut statistik, Selangor mencatatkan jumlah pelajar Tahun Satu paling ramai iaitu 89,419, diikuti Johor 54,492 murid dan Sabah (43,870).

Kementerian Pendidikan berkata seramai 443,008 pelajar Tingkatan Satu memulakan sesi persekolahan di 2,402 sekolah menengah di seluruh negara.

Berdasarkan e-Daftar Menengah, Selangor merupakan negeri yang mencatatkan pelajar Tingkatan Satu paling ramai iaitu 83,368 murid, diikuti Johor (54,550) dan Sabah (41,945).

Sebanyak 2,402 sekolah menengah yang beroperasi di seluruh negara itu melibatkan 1,982 sekolah menengah kebangsaan, sekolah menengah agama bantuan kerajaan (181), kolej vokasional (80), sekolah menengah berasrama penuh (69) dan sekolah menengah kebangsaan agama (57).

Terdapat juga 11 buah sekolah menengah dan rendah model khas, sekolah menengah teknik (sembilan), sekolah menengah khas (lima), Sekolah Sukan (empat), Sekolah Seni (tiga) dan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (satu), menurut kenyataan itu.

Pada tahun lepas, terdapat 438,869 murid tahun satu dan 352,999 murid tingkatan satu mendaftar bagi sesi persekolahan 2015 di seluruh negara. - Bernama

Hotel bajet bandar utama jadi sarang aktiviti maksiat

Posted: 04 Jan 2016 03:04 AM PST

Hotel bajet bandar utama jadi sarang aktiviti maksiat
Gambar hiasan


ALOR SETAR - Kes jenayah syariah terutama yang membabitkan kesalahan khalwat didapati banyak berlaku dalam kawasan bandar utama di negeri ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasaan Agama, Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (Jaik), Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, golongan belia khususnya kecundang untuk melawan nafsu dan terbabit dalam kegiatan itu.

Beliau berkata, majoriti yang didapati terlibat ialah remaja berusia sekitar 20-an termasuk pelajar sekolah berusia belasan tahun.

"Tetapi ada juga mereka yang berumur lingkungan 40-an dan ke atas.

"Kebanyakannya dilaporkan berlaku di rumah tumpangan dan hotel bajet yang terdapat di sekitar bandar utama," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Berdasarkan statistik dari Januari hingga Disember tahun lalu, 426 kes direkodkan membabitkan 71 kes di Alor Setar, Langkawi (36), Kubang Pasu (137), Kuala Muda (91) dan Kulim 47 kes.

Namun begitu, kawasan luar bandar juga tidak terkecuali dengan empat kes berlaku di Pendang, Padang Terap (3), Yan (6), Sik (11), Baling (14) dan Bandar Baharu sebanyak enam kes.

Menurutnya, jumlah tangkapan khalwat paling tinggi iaitu 50 kes direkodkan pada bulan Mac, diikuti Januari (42) dan Februari (40).

Bagaimanapun, jumlah kes jenayah syariah bagi kesalahan khalwat pada 2015 menurun 14 kes untuk tempoh sama berbanding 2014 dengan 440 kes.

"Statistik pada 2014 menunjukkan 151 kes berlaku di Alor Setar, Langkawi (28), Kubang Pasu (97), Kuala Muda (38) dan Kulim 66 kes.

"Kawasan luar bandar pula mencatatkan lapan kes di Pendang, Padang Terap (3), Yan (2), Sik (6), Baling (40) dan Bandar Baharu dengan satu kes," katanya.

Sehubungan itu, masyarakat, khususnya golongan remaja diingatkan menjaga akhlak dan kelakuan masing-masing agar tidak terjebak dengan kesalahan berkenaan.

Ahmad Faisol menjelaskan kesalahan khalwat membabitkan mana-mana lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya serta orang perempuan yang didapati berada dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak mereka melakukan perbuatan maksiat.

"Apabila disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.


Sultan Johor lawat, masak nasi goreng untuk mangsa banjir

Posted: 04 Jan 2016 03:02 AM PST


Sultan Johor lawat, masak nasi goreng untuk mangsa banjir
Sultan Ibrahim mencemar duli memasak nasi goreng di pusat pemindahan di Balairaya Gemereh 4, Segamat, hari ini. - Foto Sinar Harian
 

SEGAMAT - Banjir yang melanda daerah ini sejak Sabtu lalu mendapat perhatian dari Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang berkenan melawat mangsa di pusat pemindahan banjir di Balairaya Gemereh 4, di sini, hari ini.

Baginda yang diiringi oleh Pegawai Daerah Segamat, Ahmad Ma'in dan ketua-ketua jabatan di daerah ini tiba di Balai Raya Gemereh 4 pada jam 9.45 pagi yang menempatkan lima keluarga mangsa banjir.

Dalam lawatan singkat itu, baginda sempat beramah mesra dengan mangsa yang berada di pusat pemindahan tersebut yang berada di pusat pemindahan itu sejak tengah hari Sabtu selain berkenan menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Sementara itu, Ahmad menyifatkan lawatan Sultan Johor ke pusat pemindahan ini melambangkan keprihatinan baginda terhadap nasib dan keadaan rakyat di negeri ini.

"Walaupun dalam suasana ditimpa bencana banjir pada ketika ini, namun kehadiran baginda sedikit-sebanyak membawa keceriaan kepada mangsa-mangsa banjir di sini.

"Kemungkinan, dalam masa terdekat ini mereka akan dibenarkan pulang ditambah pula dengan keadaan cuaca yang cerah dan baginda juga turut berpesan supaya sabar dan menganggap semua ini adalah ujian daripada Tuhan dan saya sendiri bersyukur bencana banjir di daerah ini tidak begitu teruk," katanya.


Hanya individu bersalah disenarai bawah 'Name and shame'

Posted: 04 Jan 2016 02:50 AM PST


 
 SPRM
SPRM
 
 
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan hari ini  menyatakan ‎hanya individu yang sudah didapati bersalah disenaraikan dalam pangkalan data 'Name and shame' suruhanjaya itu.

"SPRM ingin menjelaskan bahawa hanya individu yang didapati bersalah oleh mahkamah akan dimasukkan dalam senarai tersebut," menurut SPRM dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang meminta SPRM memasukkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pangkalan data tersebut.

Namun menurut SPRM, pangkalan data 'Name and shame'  itu diwujudkan hanya untuk menyenaraikan nama mereka yang telah didapati bersalah dalam kes rasuah, bukannya mereka yang sedang disiasat.

Data kesalahan pesalah rasuah (Name and shame) boleh dilihat di portal SPRM di www.sprm.gov.my.

Senarai ini adalah mereka yang telah didapati bersalah oleh pihak mahkamah atas kesalahan di bawah Akta SPRM.

Selain dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Developement Berhad (1MDB), Najib turut dikaitkan dengan skandal dana politik berjumlah RM2.6 bilion yang turut disiasat suruhanjaya itu.


120 premis jual vape di Johor ditutup

Posted: 04 Jan 2016 02:48 AM PST

SINAR HARIAN


Vape


JOHOR BAHRU - Kesemua 120 premis yang berdaftar bagi penjualan peranti dan cecair vape di negeri ini sudah ditutup operasi sepenuhnya, kata Ketua Polis negeri, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Beliau berkata, berdasarkan risikan polis sehingga semalam penutupan itu termasuk membabitkan enam premis pengedaran utama bagi alat peranti dan cecair vape.  

"Pengesahan penutupan adalah dari Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor dan membabitkan sebanyak 120 premis yang dikenalpasti," kata beliau kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga vape mula tutup perniagaan]    

Wan Ahmad Najmuddin berkata meskipun kesemua premis sudah ditutup, pemantauan berterusan akan tetap dilakukan termasuk membabitkan penjualan vape secara dalam talian.

Beliau berkata penjualan vape secara dalam talian, umumnya, adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Bagaimanapun, siasatan polis boleh dilakukan mengikut Akta Racun 1952 selepas mengambil kira faktor cecair vape mengandungi nikotin, kata beliau.

Penutupan premis vape di Johor adalah susulan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mahukan penjualan vape diharamkan bermula 1 Januari 2016.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat turut mengesahkan tiada premis didapati menjual peranti dan cecair vape setakat semalam.

Katanya, peniaga akan berdepan tindakan penguatkuasaan jika masih berdegil menjalankan perniagaan.

Beliau juga memberitahu, sehingga 31 Disember lepas, sebanyak 12 premis vape telah diserbu melalui tiga operasi bersepadu dan selepas pemeriksaan, sebanyak 10,771 botol cecair vape bernilai RM526,980, dirampas. - Bernama


Tengku Puan Pahang dukacita Kuantan tercemar akibat bauksit

Posted: 03 Jan 2016 04:07 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa dukacita terhadap pencemaran akibat aktiviti bauksit di daerah Kuantan.

Beliau turut meminta rakyat agar terus berjuang untuk menghentikan kegiatan tersebut yang menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini.

Menerusi laman sosial instagramnya @tengku_puan_pahang, Tunku Azizah memuat naik beberapa status berhubung perkara tersebut.

Beliau mengepilkan beberapa keratan akhbar yang melaporkan tentang pencemaran disebabkan aktiviti bauksit.

Isu pencemaran itu muncul kembali menjadi tajuk utama kebanyakan akhbar baru-baru ini setelah air Sungai Balok dan air laut di Pantai Batu Hitam yang menjadi tumpuan pelancong tercemar dan bertukar menjadi merah.

Tunku Azizah turut mendedahkan pantai di hadapan rumahnya sendiri di Balok turut bertukar menjadi merah.

Beliau menerusi statusnya dalam bahasa Inggeris turut meminta pihak berkenaan bertindak menghentikan perkara tersebut daripada terus berlaku.

Bagaimanapun Tunku Azizah berkata adalah tidak wajar perkara itu dipersalahkan sepenuhnya atas kerajaan.

"Jangan salahkan kerajaan sahaja... salahkan juga pengusaha haram... salahkan juga tuan punya tanah... kita semua salah di sini," katanya.- Bernama


13 tahun lalu, adikku jadi al-hafiz...

Posted: 03 Jan 2016 03:55 PM PST

Anas Alam Faizli


 


ULASAN Tiga belas tahun lalu, adik saya, Dr Afif menyempurnakan tugas berat menghafal al-Quran dalam masa singkat tidak melebihi 18 minggu.

Selepas Pernilaian Menengah Rendah (PMR), beliau telah memilih untuk menjadi seorang al-hafiz berbanding menyambung pelajarannya ke tingkatan 4.

Alhamdulillah, saya berbangga dengan kebijaksanaan beliau! Lantas pelbagai idea muncul dalam fikiran untuk mengembangkan potensi dirinya. Bayangkan gabungan hebat bidang ilmu wahyu dan ilmu sains. Cadangan itu dikongsi dengannya apabila berbicara mengenai hala tuju perjalanan persekolahannya untuk pendidikan menengah tinggi.

Di waktu itu, memandangkan kemampuannya menghafal al-Quran, saya berpendapat beliau wajar menyambung pengajian dalam aliran sains dan kemudiannya belajar dalam bidang perubatan. Lagipun, datuk sebelah emak memang mahukan seorang cucu dalam bidang kedoktoran.

Fikir saya, dengan langkah begitu, beliau akan lebih dihormati berbanding kelompok ustaz biasa.

Merenung kembali, apakah agaknya yang menyebabkan saya berfikir seperti itu? Mungkin, ketika itu idea menjadi seorang ustaz tanpa pengetahuan dalam ilmu sains, menurut saya bukanlah seorang yang berwibawa. Beberapa tahun selepas itu terlintas juga mungkin sepatutnya saya mencadangkan beliau menyambung pengajian dalam bidang hadis kerana kita sangat kekurangan pakar hadis.

Allama Iqbal (1877-1938) dalam kompilasi syarahannya berjudul The Reconstruction of Religious Thought in Islam menyentuh persoalan yang mustahak ini. Adakah sains selari dengan agama? Manusia moden telah cuba memisahkan agama daripada sains dan sejarah. Mereka mahu mengekang agama supaya terus wujud hanya dalam ruang lingkup dinding masjid.  Bagi mereka, sekularisme ialah kemajuan.

Hasilnya, manusia kehilangan jiwa. Menurut Iqbal, di akhirnya hanya akan ada satu kebenaran. Kebenaran yang ditemui agama tidak boleh dibezakan daripada kebenaran yang ditemui sains atau sejarah.

Dalam kompilasi yang sama, beliau berhujah, "Untuk mempunyai siri pemikiran dan kejiwaan yang identikal bermaksud langsung tidak mempunyai perasaan dan pemikiran. begitulah majoriti kejadiannya di kebanyakan negara Islam hari ini. Mereka secara mekanikalnya hanya mengulangi nilai-nilai lama…"

Kekecewaan Iqbal

Kekecewaan yang dirasai Iqbal bukanlah perkara baru. Segelintir berhujah bahawa Iqbal telah terlalu berlebihan dalam mengemukakan idea-ideanya. Terdapat juga pihak yang menghargai ideanya seperti Tariq Ramadan, seorang tokoh perubahan.

Kekecewaan yang dirasa Iqbal telah muncul daripada semasa ke semasa sejak lahirnya Islam sehingga hari ini. Satu contoh ialah Ibn al-Qayyim, salah seorang "anak murid paling berpengaruh" Ibn Taymiyyah yang konsisten dalam mencari kaedah baru bagi menghadapi masalah kurun ke-13.

Al-Qayyim menitikberatkan "teori berasaskan bukti" berbanding testimoni lisan. Beliau mencari kaedah saintifik dalam soal bagaimana hendak membuktikan hubungan darah si anak dan si bapa dengan menggunakan pendapat ahli-ahli pakar dengan mengenalpasti persamaan fizikal muka. Beliau juga berpendapat seorang hakim wajar mendapatkan contoh air mani si suami untuk diuji di makmal bagi mengenalpasti kesuburannya apabila si isteri memohon cerai menggunakan alasan itu.

Kini, contoh tadi kelihatan mundur, namun pada abad ke-13, ia adalah satu kemajuan. Satu gabungan sains dan agama. Ketika itu, Imam yang wujud berpegang dengan kaedah-kaedah lama yang diwarisi sedangkan masalah yang mencengkam dan melanda ummah dalam pelbagai bidang sudah banyak berubah, baik dalam bidang sains, ekonomi, perubatan serta dalam hampir semua aspek kehidupan manusia dan masyarakat.

Tariq, Iqbal dan Qayyim pastinya mempunyai perbezaan antara satu sama lain, misalnya dalam soal bidaah tetapi pada asasnya kita boleh bersetuju yang mereka terus menerus mahukan perubahan untuk memenuhi perubahan zaman dan persekitaran yang telah berlaku.

Perubahan pemikiran Islam ialah satu proses berterusan yang berubah mengikut keadaan semasa disebabkan pelbagai sebab. Perlu kita sedari bahawa Imam Shafie sendiri telah mengubah beberapa pandangannya dalam isu tertentu dalam jangka masa yang singkat.

Pengikut Imam Abu Hanifah juga mempunyai pandangan berbeza dengan pengikut sebelumnya dan mengatakan yang sekiranya Abu Hanifah masih hidup, dia mungkin mengambil pandangan dan pendirian mereka disebabkan perubahan yang berlaku. Abu Hanifah sendiri pernah mengeluarkan tujuh pandangan yang berbeza mengenai sebuah isu yang sama disebabkan perubahan persekitaran atau perspektif.

Begitulah hakikatnya wujud ruang untuk perubahan pandangan yang berterusan. Walaupun banyak perkara dalam Islam sudah tetap dan tiada ruang untuk perubahan; yakni dalam soal akidah, namun terdapat banyak lagi ruang lain yang memerlukan perubahan. Banyak bidang yang menuntut dan memerlukan perubahan pemikiran. Perubahan pemikiran Islam yang berterusan satu keperluan.

Masyarakat wajib mengatakan tidak dan menentang kejumudan serta berhenti menolak untuk melihat sesuatu perkara daripada aspek yang berbeza, serta bersikap terbuka kepada kemungkinan yang kita mungkin tersalah dalam berpendapat.

Masyakarat memerlukan penyelesaian baru untuk setiap masalah baru yang muncul dan hadir selari dengan perubahan zaman atau perbezaan geografi atau disebabkan komposisi kaum atau agama di sesebuah negara. Terdapat pihak dalam masyarakat yang telah menjadi terlalu jumud sehingga mereka terlupa yang asas kepada teori perundangan (usul al-fiqh) di mana semua perkara adalah dibenarkan kecuali dibuktikan haram dan bukan sebaliknya.

Si jahil sebagai musuh

Islam adalah sebuah agama yang mementingkan berfikir. Sekiranya pemikiran digalakkan, perbincangan dan perdebatan dipupuk dan sering diteruskan, intelektualisme dan kemajuan akan rancak berkembang.
Manusia perlu terus berfikir dan bersoal.

Ini penting demi memahami matlamat hukum, peraturan atau sesuatu sistem. Mungkin ini akan kelihatan seperti menggalakkan penglibatan dalam aktiviti pemberontakan yang tidak diperlukan atau dilihat seperti mempersoalkan serta mengancam agama. Sesungguhnya berfikir bukanlah seperti itu.

Sepanjang zaman, peradaban Islam telah menyaksikan bagaimana idea baru sering ditolak tanpa penilaian yang sewajarnya. Peradaban Islam menjadi saksi bagaimana pada mulanya idea demokrasi ditolak kerana dikatakan haram dan perlu ditentang oleh Islam secara sepenuhnya.

Peradaban Islam juga melihat bagaimana idea wanita dibenarkan untuk mengundi ditolak dan ditentang kerana dihukumi haram. Perubahan pemikiran dan penilaian pemikiran yang berterusan telah berjaya menilai semula idea-idea ini dan hari ini kita mendapati yang demokrasi walaupun tidak sempurna tetapi sangat selari dengan semangat Islam dan hari ini juga masyarakat menyokong pemimpin wanita dalam pelbagai isu pada masa kini.

Saya tidak mempunyai autoriti untuk bercakap soal ini tetapi saya takut memikirkan apa yang sedang berlaku. Saya bimbang bagaimana nama baik Islam terus dicemari dan dalam banyak perkara disumbangkan oleh orang Islam sendiri. Saya bimbang masyarakat akan terus menjauhi Islam untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang mencengkam ummah. Masalah yang wujud dalam perangkaan dasar, kesihatan, alam sekitar, ekonomi, keselamatan, kesejahteraan negara dan pelbagai lagi.

Sekiranya para intelek tidak terus menerus menilai kembali persekitaran yang berubah sesuai dengan perubahan zaman serta sentiasa berusaha menyediakan jawapan dan penyelesaian terkini kepada rakyat, konsep bahawa Islam itu syumul dan meliputi semua aspek kehidupan tidak akan dapat lagi dirasai oleh orang Islam. Mereka tidak dapat merasakan kesyumulan itu kerana mereka melihat Islam tidak mampu memberikan dan menawarkan jawapan menyeluruh kepada masalah kehidupan dan permasalahan masyarakat.

Sekiranya para intelek gagal untuk merubah pemikiran dalam persekitaran dan perubahan zaman, masyarakat akan menjauhkan diri daripada mengikuti prinsip agama dan konsep di mana Islam itu syumul tidak akan diterima. Konsep bahawa Islam adalah rahmatan lil alamin (rahmat kepada semua alam) tidak akan dirasai oleh kemanusiaan.

Islam ialah sebuah agama cinta, kemaafan dan keamanan. Sebuah agama yang menggalakkan dan menyemai kekuatan di kalangan pengikutnya. Islam bukanlah satu agama yang menghukum dan menakut-nakutkan pengikutnya.

"Musuh terbesar Islam adalah orang Islam yang jahil, yang kejahilannya membawanya kepada sikap tidak bertoleransi, di mana tindakannya memusnahkan imej Islam yang sebenar, dan apabila orang melihat dia, mereka berfikir bahawa Islam adalah apa yang dia adalah." Ahmed Deedat, (1918- 2005)

Masyarakat tidak dapat lari untuk terus belajar, melupakan pembelajaran dan terus belajar semula. Wallahu a'lam.

ANAS ALAM FAIZLI memegang Ijazah Kedoktoran. Beliau seorang profesional bidang minyak dan gas serta penulis buku Rich Malaysia, Poor Malaysians dan bertweet di @aafaizli.


Saravanan: Tak boleh bantu kes Indira, diam saja

Posted: 03 Jan 2016 03:49 PM PST

Koh Jun Lin


 


Anggota jawatankuasa pusat MIC M Saravanan memberitahu pengkritik parti itu dalam kes penukaran agama anak-anak Indira Gandhi supaya berdiam diri jika tidak dapat membantu mencari penyelesaian.

Saravanan berkata, semua pihak perlu mencari penyelesaian dan bukannya menuding jari kepada pihak lain atau mempolitikkan itu situ.

"Ini bukan MIC, ataupun isu MCA, ataupun isu PPP. Ini isu warga Malaysia.

"Kita sama-sama perlu cari penyelesaian. Saya tak nak parti lain menuduh MIC tak buat itu, tak buat ini. Tak perlu politikkan.

"Cuba kita fikir Saudara Indera sebagai salah seorang ahli keluarga kita. Cari penyelesaian. Kalau tak boleh bantu, diam sajalah, bagi orang lain bantu," katanya.

M Saravanan berkata demikian dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta kritikan yang mendakwa MIC tidak cukup bertindak bagi menyelesaikan kes penukaran agama kanak-kanak.

Semalam, peguam Indira M Kula Segaran berkata MIC dan BN antara penyebab nasib yang menimpa Indira.

Mahkamah Rayuan pada 30 Disember lalu mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak penukaran agama tiga anak Indira oleh bapa mualaf mereka.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi dalam keputusan sebulat suara berkata Mahkamah Tinggi Ipoh tidak mempunyai bidang kuasa membicarakan kes penukaran agama anak Indira.

Baliau berkata status sama ada seorang itu Islam atau tidak berada bawah bidang kuasa eksklusif mahkamah syariah.

Bagaimanapun, mahkamah tidak memutuskan mengenai penukaran anak sulung pasangan itu kerana dia kini berusia 18 tahun.


Datuk Mohd Amin dilantik SUK Selangor baru

Posted: 03 Jan 2016 03:39 PM PST

Oleh : AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM : Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Datuk Mohd Amin Ahya dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri baru berkuatkuasa 4 Januari ini.

Pelantikan baru itu adalah bagi menggantikan penyandang terdahulu, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang bersara pilihan setelah berkhidmat selama lima tahun.

MOhd Amin1Kenyataan itu disahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan pada 31 Disember lalu.

"Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1989 dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan, pengurusan ekonomi, pembangunan serta pentadbiran tanah dan daerah.

"Saya berkeyakinan penuh pegawai yang dilantik akan berkhidmat dengan penuh integriti dan profesional dalam menerajui kepimpinan di pentadbiran SUK Selangor," katanya.

Terdahulu, Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan pelantikan SUK baru akan dimaklumkan pada 4 Januari ini, manakala majlis angkat sumpah berlangsung pada 11 Januari.

Mohd Amin, 54, adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Asia Tenggara daripada Universiti Malaya.  EZY


Yana Samsudin buka perniagaan tudung di ‘World Muslim Fashion City’

Posted: 03 Jan 2016 03:37 PM PST

OLEH : NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM,: Selain ingin menjadi insan lebih baik, pelakon, Yana Samsudin bertekad menjadikan kehidupannya ke arah lebih positif meliputi semua aspek termasuk dalam kariernya sebagai artis dan ahli perniagaan.

Kata Yana selain memilih hanya watak yang sesuai dengan imejnya sebagai wanita berhijab, dibidang pernigaan pula, beliau bakal mengembangkan perniagaan tudungnya di Shah Alam.

YANAIa bertepatan masanya ketika Kerajaan Selangor merancang menjadikan Shah Alam sebagai 'World Muslim Fashion City' seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2016 Selangor.

"Pada 2016 saya nak berubah jadi manusia lebih baik sama ada diri saya sendiri atau kerjaya saya. Alhamdullilah pada 2015 saya berjaya mencambahkan karier seni, berlakon, pengacara, pengarah dan saya baru sahaja menceburkan diri dalam perniagaan tudung, ‎berjenama aYanabyYanaSamsudin‬. Jadi pada pada 2016 saya nak kembangkan perniagaan saya.

"Pada Januari nanti butik saya akan siap di Seksyen 7 Shah Alam. Sebelum ini saya hanya ada stokis yang kita jual online di facebook dan instagram sahaja tetapi pembukaan fizikal butik di Seksyen 7 itu nanti memang menjadi impian saya. Saya jangka akan boleh beroperasi dan dilancarkan pada Februari nanti," kata Yana kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas menjayakan persembahan program Santai GeMS (Generasi Idaman Selangor) Ambang Tahun 2016 di Dataran Kemerdekaan di sini.

Jelas Yana, ketika ini tudung berjenama aYanabyYanaSamsudin boleh didapati melalui pembelian secara online di facebook dan instagram menerusi 48 stokis di seluruh negara, Brunei dan Singapura.

Ketika mengulas aktiviti seninya pada 2016, Yana memberitahu sebuah filem seram lakonan beliau berjodol 'Happy Birthdeath' bakal diterbitkan pada tahun ini.

Selain filem 'Happy Birthdeath' Yana juga sedia menerima tawaran lain yang bersesuaian dengan imej beliau sebagai wanita muslim yang berhijab.  EZY


Tiada ulasan: