Sabtu, 30 Januari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Apabila rakyat jadi mangsa politik..

Posted: 30 Jan 2016 03:35 PM PST

MUHAMAD MAT YAKIM
 

KEMELUT politik yang melanda Kedah sejak lebih seminggu lalu mula menampakkan kesan pada rakyat. Sebelum ini pola politik di negeri itu, terutama dalam kalangan orang Melayu agak jelas terbahagi kepada Umno dan Pas, selain sedikit PKR dan kini, Amanah.

Bagaimanapun dengan munculnya konflik yang begitu terbuka, perpecahan dalam Umno kian terserlah.

Malah dalam kalangan penyokong tegar Umno, mereka tanpa selindung melaungkan slogan "hangpa tukaq, kami kalih".

Makna slogan itu adalah jika pucuk pimpinan Umno/ kerajaan menggugurkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan menteri besar, kumpulan penyokong Umno yang pro Mukhriz tidak akan teragak-agak untuk mengundi pembangkang pada pilihan raya akan datang.

Rabu lalu, mesyuarat mingguan Exco Kedah hanya dihadiri tiga anggota, tidak termasuk menteri besar.

Mereka yang tidak hadir, difahamkan sesetengahnya memang mempunyai sebab. Exco Kanan, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail mengikut catatan di Facebook beliau, menziarahi kematian sepupunya di Yan pada waktu yang sama.

Bagi anggota Exco lain yang tidak hadir, meskipun mereka juga mungkin mempunyai sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,  dalam situasi yang penuh tanda tanya seperti sekarang, apa sahaja boleh ditafsirkan.

Ini berkait dengan desas-desus kononnya ada larangan daripada pihak tertentu meminta anggota exco tidak hadir mesyuarat berkenaan bagi menunjukkan isyarat bahawa kepimpinan Mukhriz tidak lagi diterima oleh anggota kerajaannya sendiri.

Lebih teruk lagi dikatakan tujuan larangan itu adalah untuk melumpuhkan Kerajaan Kedah supaya pucuk pimpinan tiada pilihan selain melantik orang baharu mengambil alih kepimpinan negeri dan parti.

Jika benar, ini adalah sesuatu yang amat malang bagi rakyat Kedah. Konflik politik dalaman Umno telah menyebabkan mesyuarat exco kerajaan negeri gagal diadakan dan beberapa perkara yang berkaitan dengan kepentingan rakyat tidak dapat diputuskan.

Mengikut peraturan, sekurang-kurangnya empat daripada sembilan anggota exco - tidak termasuk menteri besar - harus ada dalam mesyuarat untuk membolehkan sesuatu keputusan dibuat.

Ini bukanlah sesuatu yang baik untuk imej dan kredibiliti BN sebagai parti yang memerintah, sekali gus meletakkan parti itu dalam keadaan berisiko untuk terus mengekalkan kuasa pada pilihan raya akan datang.

Menurut pemerhati, apa yang sedang berlaku di Kedah sekarang adalah sangat politik sifatnya.

Ini boleh dilihat daripada tiga sebab yang dikemukakan oleh kumpulan yang mahu Mukhriz disingkirkan, hanya satu yang mengaitkan rakyat Kedah secara keseluruhan. Dua sebab yang lain hanya melibatkan isu dalaman Umno. 

Melihat apa yang berlaku pada hari mesyuarat itu, ia ternyata benar. Ketidakhadiran sebahagian besar anggota exco menyebabkan mesyuarat tidak dapat membuat keputusan penting yang berkaitan dengan rakyat.

Soalnya, bilakah kemelut ini benar-benar akan berakhir?

Lebih lama isu ini berlarutan, sudah tentu lebih banyak urusan yang terjejas.

Bagaimanapun di pihak yang menentang Mukhriz, mereka juga membawa hujah bahawa apa yang mereka lakukan adalah untuk kepentingan rakyat.

Menurut mereka, Mukhriz telah gagal menjalankan tanggungjawab mengemudikan parti sebagai kerajaan yang memerintah dan diterima baik oleh semua pihak, terutama kalangan pemimpin Umno sendiri.

Apa pun hujah kedua-dua pihak, kemelut ini telah memperlihatkan pertentangan kepentingan antara rakyat dengan ahli politik. Ahli politik dilihat lebih mengutamakan kepentingan sendiri berbanding rakyat yang amat memerlukan perhatian dan pembelaan, terutama dalam keadaan ekonomi yang semakin meruncing sekarang.

Ini bercanggah dengan prinsip  politik yang secara secara asasinya adalah urusan yang bermatlamatkan kepentingan rakyat.

Bagaimanapun apabila berlaku permainan politik yang berlebihan, ia  hanya membawa kepada keadaan jadi tidak tenteram dan dalam situasi ini, sudah tentu rakyat yang tersepit!

Baru-baru ini, ada kenyataan daripada pihak istana bahawa Jemaah Pemangku Sultan Kedah mengambil sikap berkecuali dalam kemelut yang melanda politik negeri itu.

Kenyataan tersebut ditafsirkan oleh sesetengah pihak dengan kata-kata mudah: "Hangpa buat masalah, hangpa selesai sendirilah!"

Dalam kenyataan itu, Jemaah Pemangku Sultan Kedah antara lain mahu semua pihak yang terbabit mencari jalan penyelesaian secara berhemah dan tidak melibatkan rakyat yang ketika ini memerlukan perhatian dan pimpinan daripada kesemua pemimpin.

Ini seiring dengan titah ucapan Sultan Kedah sendiri sempena hari ulang tahun keputeraan baginda baru-baru ini bahawa pemimpin seharusnya memberi keutamaan terhadap masalah rakyat yang sedang dihimpit kesengsaraan akibat tekanan ekonomi.

Malangnya, dua hari selepas baginda menyampaikan titah pesanan itu, berlaku sidang akhbar oleh kumpulan yang mendesak Menteri Besar Kedah ditukar.

Walau apa jua asbab dan alasannya, ia adalah sangat kontradik dengan apa yang dipesan dan diperingatkan oleh baginda.

Mungkin kali ini, mereka yang keterlaluan bermain politik perlu diberi sedikit peringatan iaitu dengan menolak calon pilihan mereka sebagaimana yang pernah berlaku di Selangor ketika Langkah Kajang pada 2014.

Apa pun, tanda tanya masih berlegar. Apakah benar Mukhriz akan dikekalkan ataupun hanya pengekalan sementara?


Virus Zika: Kerajaan tidak larang ke AS, Amerika Tengah

Posted: 30 Jan 2016 03:32 PM PST

SINAR HARIAN


Virus Zika
Bayi berkepala kecil yang dikatakan disebabkan oleh virus Zika.


BALIK PULAU - Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang larangan kepada rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Amerika Selatan dan Amerika Tengah, namun menasihatkan mereka mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus Zika.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya bagaimanapun berkata wanita hamil dinasihatkan agar tidak ke negara terbabit kerana virus berkenaan boleh memberi kesan terhadap kandungan.

"Virus itu hanya menyebabkan demam ringan dan bintik-bintik di badan, sakit sendi serta tidak menyebabkan kematian tetapi ia berbahaya kepada wanita mengandung.

"Ini kerana ia boleh menyebabkan 'microcephaly' iaitu kelahiran bayi dengan kepala atau otak mengecil serta gejala saraf iaitu sindrom 'guillain-barre'," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Pulau Betong, di sini hari ini.

Sehingga semalam, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika iaitu virus dari gigitan nyamuk Aedes.

Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, A.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.

Dr Hilmi berkata kementerian mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memberi penerangan dan mengedarkan risalah kesihatan kepada pelancong dari negara terbabit termasuk rakyat Malaysia yang pulang dari benua berkenaan berhubung penularan virus Zika.

Beliau berkata setakat ini pihaknya menempatkan kakitangan kesihatan di pintu masuk utama negara terutama lapangan terbang bagi memberi penerangan berhubung virus berkenaan.

Katanya risiko jangkitan virus itu merebak ke Malaysia adalah tinggi kerana negara ini mempunyai nyamuk Aedes.

"Sehingga semalam sebanyak 300 sampel nyamuk Aedes di seluruh negara telah diambil dan diuji di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan Institut Penyelidikan Perubatan. Keputusannya semua adalah negatif untuk virus Zika," katanya.

Dalam perkembangan lain Dr Hilmi berkata kes demam denggi di seluruh negara meningkat 16.4 peratus sejak 1 Jan sehingga semalam, iaitu sebanyak 12,897 kes dengan 26 kematian berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 11,081 kes dengan 35 kematian.

Katanya di Pulau Pinang, sebanyak 683 kes demam denggi dengan tiga kematian dilaporkan berbanding tempoh sama sebanyak 529 kes dengan dua kematian pada tahun lepas.

Beliau berkata sejumlah 1,401 lokaliti wabak masih aktif dilaporkan di seluruh negara dan paling tinggi di Selangor iaitu 816 lokaliti, Johor (237), Kuala Lumpur dan Putrajaya (95), Pulau Pinang (51), Perak (41), Sabah (40), Terengganu (40), Negeri Sembilan (30), Melaka (18), Sarawak (12), Pahang (sembilan), Kelantan (sembilan), Perlis (dua) dan Kedah (satu).

"Terdapat sebanyak 967 lokaliti wabak terkawal iaitu di Selangor (539), Johor (144), Kuala Lumpur dan Putrajaya (84), Pulau Pinang (39), Terengganu (31), Sabah (30), Perak (28), Negeri Sembilan (26), Melaka (18), Sarawak (10), Pahang (lapan), Kelantan (lapan) dan Perlis (dua).

"Manakala, terdapat sebanyak 156 lokaliti wabak tak terkawal iaitu di Selangor (97), Johor (28), Pulau Pinang, Terengganu, Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing dengan tujuh lokaliti, Perak (lima), Sarawak (dua), Kedah (satu), Negeri Sembilan (satu) dan Sabah (satu)," katanya.

Katanya bagi lokaliti kawasan panas, terdapat 223 lokaliti yang aktif iaitu di Selangor (147), Johor (58), Perak (lapan), Sabah (lima), Negeri Sembilan (tiga), Pulau Pinang (satu) dan Kuala Lumpur serta Putrajaya (satu). -Bernama


Amaran angin kencang, laut gelora di pantai timur

Posted: 30 Jan 2016 03:28 PM PST

SINAR HARIAN


Angin kencang
Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di perairan luar pantai negeri-negeri pantai timur serta Sarawak dan Sabah mulai Selasa (2 Februari) hingga Sabtu (6 Februari).

Kawasan yang terjejas ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, timur Johor, Sarawak, Labuan, Kudat dan pantai barat dan pedalaman Sabah, menurut Jabatan Perkhidmatan Meteorolgi Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ia menyatakan angin kencang timur laut selaju 40 hingga 50 km/jam dan ombak setinggi hingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ombak besar: Lapan keluarga berpindah, tiga rumah terjejas]

"Keadaan angin kencang dan luat bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, bot nelayan dan perkhidmatan feri," kata kenyataan itu.

Keadaan cuaca yang serupa dijangka berlaku di Samui, Tioman, Bunguran, Layang-Layang, Reef South, Kuching, Palawan dan Labuan pada tempoh yang sama.

Sementara itu, di Condore dan Reef North, keadaan cuaca dijangka berlaku mulai Isnin (1 Feb) hingga Sabtu.

Paras air laut juga dijangka meningkat di kawasasn pantai Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor sehingga Khamis. - Bernama


Gesa tangani segera isu 1MDB elak persepsi negatif

Posted: 30 Jan 2016 03:26 PM PST


ZAID IBRAHIM
ZAID IBRAHIM


SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Malaysia perlu menangani segera skandal 1MDB supaya dapat mengelakkan persepsi negatif daripada masyarakat antarabangsa.

"Jika kerajaan mahu dilihat sebagai negara teruk yang membenarkan perbuatan jenayah, maka kerajaan tidak perlu berbuat apa-apa.

"Tetapi jika kerajaan mahu menjadi sebahagian daripada masyarakat dunia yang bertamadun dan menghormati kedaulatan undang-undang, maka mereka mesti mematuhi dan memberikan maklumat yang diperlukan kepada Peguam Negara Switzerland," katanya.

Beliau berkata demkian ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku bertajuk "Merdekakan Minda Melayu" karya Dr M Bakri Musa di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB nafi dihubungi Pejabat Peguam Negara]

Laporan media antarabangsa menyebut, wakil Pejabat Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber menjelaskan, bahawa beliau secara rasminya meminta bantuan Malaysia berhubung siasatannya terhadap 1MDB, semalam.‎

Kata Lauber, permintaan itu adalah mengenai kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang negara yang berkaitan dengan dakwaan sogokan kepada pegawai asing, dakwaan salah laku di pejabat awam, dakwaan pengubahan wang haram dan dakwaan jenayah salah urus di 1MDB.

Jumlah yang didakwa diseleweng itu disyaki sekitar AS$4 bilion (RM16.6 bilion)

Bimbang dengan simpanan, pendeposit gesa Tabung Haji lebih telus

Posted: 30 Jan 2016 04:22 AM PST



Tabung Haji diminta menjelaskan segera amaran Bank Negara Malaysia mengenai rizab negatif. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Januari, 2016.Tabung Haji diminta menjelaskan segera amaran Bank Negara Malaysia mengenai rizab negatif. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Kontroversi demi kontroversi melibatkan Lembaga Tabung Haji menyebabkan rata-rata pendeposit bimbang wang mereka akan terjejas dan mempertimbangkan menutup akaun.

Secara generalnya, mereka mahu Tabung Haji lebih telus dalam urusan mereka dan kembali kepada tujuan asal iaitu untuk mempermudahkan umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji.
Ibadah haji merupakan rukun Islam yang ke-5.

Ramai juga menyifatkan Tabung Haji berselindung di sebalik maklumat sebenar dan turut menuntut agar amaran Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai rizab negatif diperjelaskan dengan segera. 
 
 "Saya letak duit dalam Tabung haji sebab memang untuk dapatkan keuntungan dividen. Dan melalui mereka, sudah sedia bayar untuk zakat, jadi saya tidak perlu bimbang.

"Duit itu juga saya gunakan untuk kecemasan selain menyimpan untuk persediaan membuat haji pada masa depan.

"Tetapi bila ada krisis seperti ini, kita risau duit akan terjejas," kata Jurutera Teknikal Swasta Ida Haryani Khairi, 31, yang sudah menyimpan duit dengan lembaga itu sejak kecil.

"Saya risau juga nanti bila saya hendak keluarkan wang, duit tiada. Saya ada pertimbangan sama ada hendak keluarkan wang saya tapi masih belum buat keputusan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu Ikhwan Hafiz, 30, yang juga merupakan seorang jurutera bimbang pengeluaran deposit besar-besaran akan beri kesan pada pelaburan untuk menunaikan haji.

"Saya simpan ini memang untuk pergi haji.

"Jika pendeposit yang hanya simpan untuk dapat nilai dividen dan bonus ini keluarkan pelaburan mereka, ia beri kesan besar pada Tabung Haji seterusnya kesan buruk pada bakal haji.

"Saya berharap Tabung Haji mengkaji semula pelaburan mereka dan kajian pengurusan risiko yang telus perlu dilakukan bagi mengembalikan ke matlamat asal yakni pengurusan haji untuk rakyat Malaysia," katanya.

Bagi Siti Hazwani Ramli, 29, beliau lebih bimbang dengan kedudukan kewangan Tabung Haji selepas tersebar surat daripada BNM.

"Sekiranya berita ini benar, jelaskan kenapa keadaan kewangan Tabung Haji merosot sejak kebelakangan ini dan mengapa pihak Bank Negara Malaysia perlu campur tangan?

Tidakkah itu menunjukkan Tabung Haji mengalami krisis kewangan?

"Sebagai pendeposit tetap bulanan dalam akaun Tabung Haji saya harus berterima kasih kepada mereka yang berani tampil menyiarkan surat-surat itu, kerana saya percaya niat mereka supaya isu ini mendapat perhatian sewajarnya dan perlu disiasat kebenarannya," katanya yang bekerja sebagai pegawai sumber manusia.

Beliau menambah, sudah menjadi kelaziman Tabung Haji akan mengumumkan pembayaran bonus pada suku pertama setiap tahun (Januari-Mac).

Manakala penyelia alat ganti, Ahmad Hassan, 55, kecewa dengan perkembangan terbaru Tabung Haji dan mengharapkan ia diselesaikan dengan segera.

"Kalau rekod tabung haji teruk sekalipun, memang syarat nak ke haji mesti melalui Tabung Haji.

"Saya kecewa, kita ini menyimpan kerana keyakinan kita tinggi dan ia merupakan satu lembaga yang patuh syariah.

"Jadi bila terdapat ketirisan dalam pentadbiran yang melibatkan harta benda kita, kita bimbang dan kecewalah.

"Saya rasa kerajaan tak berterus terang tapi kita nak menolak sepenuhnya pun tak boleh ke Tabung Haji ni," katanya.

Pada 26 Januari lalu, Tabung Haji mengesahkan BNM memberi amaran menerusi surat berhubung rizab negatif mereka.

Meskipun begitu Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail memberi jaminan kepada pendeposit, simpanan mereka selamat dan penyimpan wang jemaah haji itu tidak berdepan masalah kewangan.

Katanya, penilaian BNM tidak mengambil kira akaun portfolio pelaburan seperti saham anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki mereka.

Manakala Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengatakan pihaknya akan membayar dividen dan bonus selewat-lewatnya pada Mac.


Peluang pekerjaan di bidang teknikal, vokasional lebih banyak – Idris

Posted: 30 Jan 2016 04:15 AM PST

THE RAKYAT POST

 

FLY_8767
Idris berkata, pelajar perlu sedar peluang melanjutkan pelajaran bukan sahaja di universiti, tetapi juga di politeknik, kolej komuniti dan juga pusat latihan kemahiran. - Foto TRP/ Adib Hakim


ALOR SETAR,  Karnival Pendidikan Tinggi Negara yang diadakan di seluruh negara mampu mengurangkan kesilapan pelajar, ketika memilih bidang yang ingin diceburi mereka.


Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, melalui karnival tersebut, pelajar diterangkan dengan bidang dan pilihan yang ada, bukan sahaja di universiti awam dan swasta, tetapi juga di kolej komuniti dan pusat kemahiran.

"Kita beritahu pelajar-pelajar tentang peluang-peluang yang ada di universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan pusat-pusat kemahiran di seluruh negara dan IPTS serta cara mereka membuat permohonan kemasukan ke IPT-IPT di seluruh negara.

"Kita harap mereka lebih faham cara kemasukan ke IPT-IPT dan juga dalam penggunaan sistem kaedah, di mana 90 peratus menggunakan akademik mereka dan 10 peratus kokurikulum.

"Kita harap mereka boleh membuat pilihan yang lebih sesuai dengan kehendak-kehendak mereka.

"Apabila kita mengadakan karnival-karnival seperti ini, kesilapan-kesilapan (memilih bidang) terus berkurangan," katanya selepas melancarkan Karnival Pendidikan Tinggi Negara di perkarangan Stadium Darul Aman, pada Sabtu.

Menurut Idris, pelajar perlu sedar peluang melanjutkan pelajaran bukan sahaja di universiti, tetapi juga di politeknik, kolej komuniti dan juga pusat latihan kemahiran.

Malah katanya, kerajaan memberi penekanan kepada mereka yang memilih untuk mengikuti bidang kemahiran, kerana ia mempunyai peluang pekerjaan lebih luas, berbanding bidang membabitkan akademik semata-mata.

"Apabila kita membuat jelajah Karnival Pendidikan Tinggi seperti ini, kita lihat lebih ramai pelajar lebih faham dan mengetahui peluang-peluang yang ada.

"Peluang-peluang yang ada bukan sahaja di universiti, tetapi juga di politeknik dan juga kolej komuniti.

"Kerajaan memberi penekanan kepada pelajar-pelajar memilih bidang latihan teknikal, vokasional, bukan hanya bidang akademik semata-mata, kerana ruang pekerjaannya lebih banyak di bidang-bidang tersebut," katanya.

Beliau menjangkakan 800 ribu pelajar akan berkunjung ke karnival itu di enam lokasi seluruh negara.

Jawatan Mukhriz masih selamat

Posted: 30 Jan 2016 04:09 AM PST

Jawatan Mukhriz masih selamat
Najib bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Menara Dato Onn, semalam. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar Kedah dilihat masih selamat buat masa ini selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan akan memaklumkan calon pengganti dalam tempoh waktu terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selaku Presiden Umno, beliau perlu mempertimbangkan permintaan 14 Ketua Umno Bahagian di Kedah yang mahukan Mukhriz dilucutkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah.

"Kita dengar ada permasalahan tetapi ini diputuskan oleh 14 ketua bahagian.

"Jadi saya sebagai Presiden, saya kena ambil maklum dan saya kena juga beri pertimbangan yang serius terhadap pendirian yang dibuat oleh ketua-ketua bahagian," katanya pada sidang media selepas berakhirnya mesyuarat MT Umno di Menara Dato Onn, semalam.

Najib berkata, beliau juga sudah menghadap Pengerusi Jemaah Diraja di Istana Darul Aman dan mengemukakan nama calon bagi menggantikan Mukhriz.

"Saya maklumkan pada pada MT bahawa saya sudah menghadap Pengerusi Jemaah Diraja pagi tadi (semalam) dan saya sudah sembah maklum akan cadangan atas nama pihak Umno.

"Tiada penolakan (nama calon) dan pertemuan itu berjalan dengan baik. Perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan," katanya.

Baru-baru ini, 14 daripada 15 Ketua Umno Bahagian di Kedah yang diketuai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merayu Najib supaya membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.

Semuanya selepas mereka mengatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz.

Dalam perkembangan lain, Najib mengumumkan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dilantik menjawat jawatan Ketua Penerangan Umno yang baharu.

Presiden Umno itu juga turut mengumumkan nama lain dalam penyusunan semula struktur MT.

Nama yang diumumkan itu adalah, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menjawat jawatan Pengerusi Daftar Pemilik dan Keahlian Umno; Datuk Johari Abdul Ghani sebagai Pengerusi Biro Ekonomi; Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai Biro Pelajar Luar Negara; Datuk Razali Ibrahim sebagai Biro Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Datuk Shamsul Anuar Nasarah sebagai Biro Kebajikan.

Selain itu, Najib memberitahu MT Umno turut berbincang mengenai perkara seperti tarikh persidangan tahunan Umno peringkat cawangan dan peringkat bahagian bagi tahun ini, serta sambutan Ulang Tahun Umno ke-70 pada 11 Mei ini.

"Kita telah memutuskan persidangan tahunan untuk cawangan-cawangan parti akan bermula 18 Mac 2016 hingga 1 Mei 2016, (manakala) mesyuarat perwakilan bahagian pada 1 Ogos sehingga 15 September.

"Kita juga berbincang tentang sambutan Hari Ulang Tahun Umno ke-70... acara sambutan ini akan kita beri butirannya secara lebih lanjut lagi sebab tempat cadangan asal (iaitu) Stadium Nasional Bukit Jalil tidak boleh digunakan kerana sedang dibangunkan semula," katanya.

Beliau berkata, antara program yang dirancang bersempena sambutan itu ialah larian bendera dan karnival sukan, dan ia akan dikendalikan oleh Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Sementara itu, Annuar, ketika ditemui pemberita berkata, beliau berterima kasih kepada Presiden kerana mengamanahkan kepadanya tugas yang besar dalam Umno.

"Saya sedar jawatan ini berat tanggungjawabnya... saya perlukan kerjasama semua pihak dalam Umno, sama ada pengerusi-pengerusi perhubungan, sayap-sayap mahupun anggota parti," katanya.

"Bukan saya yang tentukan bila PRN Sarawak"

Posted: 30 Jan 2016 04:06 AM PST

SINAR HARIAN


Adenan Satem
Adenan Satem


SIBU - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini menjelaskan beliau tidak menetapkan tarikh Pilihan Raya Negeri kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan mereka baru-baru ini.

"Saya juga tidak memberitahu mereka apa yang harus dilakukan apabila Dun dibubarkan nanti.

"SPR tahu apa yang perlu dilakukan kerana pilihan raya adalah prerogatif mereka. Saya harap ini dapat menjelaskan segalanya.

"Tidak perlu untuk saya memberitahu mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-44 Rela di Sibu Town Square 2 di sini hari ini.

Adenan berkata demikian sebagai mengulas kritikan dan sindiran daripada parti pembangkang bahawa beliau sudah campur tangan menentukan tarikh itu.

Ketika merasmikan seminar pilihan raya bagi DUN Satok di Kuching malam tadi, Adenan berkata beliau ada menemui pegawai SPR dan mencadangkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak diadakan pada 18 April manakala hari mengundi pada 30 April.

Mengenai pembubaran DUN, Adenan berkata beliau akan menemui Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud terlebih dahulu sebelum mengumumkan pembubarannya.

Sementara itu, Adenan berkata Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mempunyai ego yang sangat tinggi.

Adenan berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Chong hari ini bahawa beliau memilih April sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri kerana ia bertindih dengan tarikh perbicaraan Chong berhubung pembabitannya dalam Bersih 4.

Chong yang juga Ahli Parlimen Kuching didakwa bersama Ahli Parlimen Stampin Julian Tan (juga dari DAP) mengikut Seksyen A(2)(c) Akta Perhimpunan Aman kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan jalanan pada 28 Ogos tahun lepas bagi menyertai Bersih 4 di sini.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh didenda maksimum RM10,000, sekali gus membatalkan kelayakannya bertanding dalam sebarang pilihan raya selama lima tahun.

"Chong jelas mempunyai pandangan yang tinggi kepada diri sendiri. Beliau berasakan kehadiran dirinya penting untuk menentukan tarikh (pilihan raya) itu.

Apa yang saya lakukan tidak ada kena mengena dengan perbicaraannya," kata Adenan.

Menurutnya, selama ini orang ramai turut membuat spekulasi pilihan raya itu akan diadakan bulan depan. - Bernama

Rela jadi 'mata, telinga' dalam perangi ancaman IS

Posted: 30 Jan 2016 04:04 AM PST


SINAR HARIAN


Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi


SIBU - Anggota pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) boleh menjadi "mata dan telinga" pasukan keselamatan negara ini dalam menentang ancaman IS dan jenayah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata ini kerana pasukan itu mempunyai anggota di seluruh negara, termasuk di kampung dan penempatan yang jauh dari bandar.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri sambutan Ulang Tahun Ke-44 Rela peringkat kebangsaan di Dataran Perbandaran Sibu 2 di sini hari ini.

"Di Sarawak sahaja, Rela mempunyai 332,818 anggota dan merupakan pasukan yang tidak boleh dipandang ringan.

"Sudah tentu kewujudan mereka sangat membantu Polis dan pasukan tentera dalam manangani masalah moden (ancaman IS) ini, yang sedang dihadapi negara," katanya.

Ahmad Zahid berkata, Rela kini dianggap sebagai barisan kedua dalam mempertahankan negara.

Pada majlis itu, beliau juga memberi jaminan kepada anggota Rela bahawa kerajaan akan terus memberi bantuan untuk membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab dengan berkesan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, yang turut hadir pada majlis itu, kerana bersetuju menyediakan peruntukan RM4 juta bagi membantu Rela.

Mengenai pilihan raya negeri Sarawak akan datang, Ahmad Zahid berkata beliau berharap semua anggota Rela akan terus memberi sokongan padu kepada kerajaan negeri.

"Ketua Menteri telah menunjukkan bahawa beliau amat menyenangi pergerakan ini. Marilah kita memberi sokongan penuh kepada beliau untuk menerajui negeri ini sekali lagi kerana beliau telah mempamerkan prestasi yang cemerlang," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Adenan berkata negara sedang berdepan dengan ancaman baharu dan lebih menggerunkan daripada militan IS.

"Mereka menyalahgunakan agama Islam dan menggunakannya mengikut sesuka hati mereka untuk melakukan jenayah kejam seperti membunuh manusia yang tidak bersalah serta melakukan serangan bom bunuh diri.

"Saya berharap Rela di seluruh negara boleh membantu memerangi mereka," katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa tidak boleh ada sebarang kompromi dalam menentang pengganas moden ini.

Kira-kira 10,000 anggota Rela dari 33 daerah di negeri ini menyertai sambutan itu. - Bernama


Pas bertanding 11 kerusi Dun pada PRN Sarawak

Posted: 30 Jan 2016 04:01 AM PST

SINAR HARIAN


Pas


KUCHING  - Pas akan meletakkan calon di 11 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan bersedia menentang mana-mana calon termasuk daripada DAP, kata pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata sembilan daripada kerusi itu merupakan kawasan lama Dun Sarawak, manakala baki dua lagi kerusi merupakan kawasan baharu Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak yang menyaksikan pertambahan 11 kerusi Dun di negeri ini.

Katanya keputusan Pas untuk bertanding di 11 kerusi tersebut juga telah dibincangkan bersama PKR kerana Pas masih mempunyai hubungan dengan parti itu dan tiada perbincangan diadakan dengan DAP.

"Setakat perbincangan dengan PKR, kita tidak mahu ada pertandingan kerusi dengan mereka (PKR), tetapi yang lain boleh bertindih...tiada masalah sebab kita tidak ada hubungan dengan mereka.

"Kita akan bertanding di 11 Dun, Pas akan meletakkan calon daripada pelbagai latar belakang termasuk profesional, agamawan dan juga usahawan. Pada PRN Sarawak, Pas juga akan meletakkan seorang calon bukan Islam di kerusi Dun yang baharu diluluskan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, Mustafa bersama beberapa pimpinan Pas pusat dan negeri menghadiri mesyuarat Pilihan Raya Pusat berkenaan PRN Sarawak di sini.

Turut hadir Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee dan Setiausaha Pas Sarawak Mukhtar Suhaili.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata Pas Sarawak akan menghantar senarai calon PRN negeri kepada Majlis Syura Pas untuk pertimbangan pertengahan Februari nanti.

"Majlis Syura akan semak calon ini, kelayakan mereka untuk bertanding, sebelum meluluskan penempatan mereka. Perbincangan mengenai calon-calon ini akan turut diadakan menerusi perbincangan dengan Pas Sarawak," katanya.

Sementara itu, Mustafa berkata pengumuman oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem semalam bahawa PRN negeri akan diadakan pada April amat di alu-alukan.

Katanya, Pas menjangkakan PRN Sarawak akan diadakan pada Mac tetapi dengan berita yang diumumkan oleh Adenan itu memberi indikasi terbaharu persediaan pilihan raya Pas. -Bernama


Hentikan PLKN bukan potong biasiswa JPA

Posted: 30 Jan 2016 03:55 AM PST

teresajpa-01 (2)


Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR : Pengubahsuaian Bajet 2016 oleh kerajaan Persekutuan patut mensasar program Latihan Khidmat Negara (PLKN), bukannya mengorbankan masa depan pelajar pintar dengan memotong peruntukan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok hairan mengapa kerajaan tidak meneruskan langkah memberhentikan PLKN pada pengubahsuaian Bajet 2015 bagi mengurangkan perbelanjaan negara.

"Jika kerajaan mendakwa pemberhentian PLKN untuk setahun boleh menjimatkan RM400 juta, mengapa tidak hentikan PLKN untuk tahun ini? Ia boleh membantu sekurang-kurangnya 200 pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara.

"Bukankah menyediakan biasiswa kepada pelajar pintar agar mereka boleh melanjutkan pelajaran ke universiti berkualiti lebih penting dari meneruskan PLKN?" katanya pada kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong yang menyatakan penghantaran semua 744 penerima biasiswa yang mendapat 9A + dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 ke luar negara, menelan kos RM1 bilion.

Membidas kenyataan Ka Siong, Teresa  berkata kerajaan harus sedar sektor pendidikan patut menjadi sasaran terakhir pengubahsuaian Bajet 2016 kerana ia melibatkan masa depan negara dan percaya memberhenti PLKN langkah lebih relevan.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Seputeh itu, berkata tindakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak meneruskan pemotongan biasiswa itu mengecewakan 724 mahasiswa walhal mereka dijanjikan peluang belajar di luar negara sebelum ini.

"Satu soalan kepada kerajaan, mengapa kini mereka menafikan hak 724 pelajar cemerlang itu apabila mereka sudah berjanji? Tidak bolehkah kerajaan membenarkan sekurang-kurangnya 50 peratus dari mereka mencapai impian mereka belajar di luar negara?

"Pelajar Bumiputera mungkin boleh bergantung kepada biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Mara), biasiswa luar negara JPA merupakan peluang utama kepada pelajar bukan Bumiputera untuk belajar di universiti terbaik dunia.

"Kini, ramai pelajar terutama dari keluarga kurang berkemampuan hilang peluang melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka walaupun mendapat keputusan cemerlang," katanya.


BN dicabar guna slogan ‘GST selamatkan Malaysia’

Posted: 30 Jan 2016 03:53 AM PST

Teo-Kok-Seong1


Oleh Hafiz Zainuddin


RASAH : Barisan Nasional (BN) dicabar menukar slogan 'Janji Ditepati' kepada 'GST Selamatkan Malaysia' pada Pilihanraya Negeri Sarawak berikutan mereka berbangga dengan pelaksanaan cukai itu kerana kononnya ia menyelamatkan negara.

Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong, berkata  ia berikutan BN tidak tahu dan memahami kesusahan rakyat yang tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat akibat pelaksanaan sistem cukai itu.

"Manifesto BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bertema 'Janji Ditepati' menekankan bahawa jika Barisan Nasional terus diberi mandat, kerajaan akan menangani masalah kos sara hidup rakyat.

"Pada masa sama, tiada satu pun perkataan GST ataupun pelaksanaan sistem cukai itu berani disebut. Ia menunjukkan BN pada masa itu khuatir GST menyebabkan kehilangan sokongan rakyat," katanya pada kenyataan media, semalam.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem malam tadi angkan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 diadakan pada 30 April depan manakala tarikh penamaan calon pada 18 April tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum membuat ketetapan.

Ini kerana, kata Kok Seong, BN bimbang jika semua poster ataupun bahan kempen dicetak dengan tertera ungkapan mereka menyokong penuh pelaksanaan GST, rakyat akan menolak mereka pada mana-mana pilihan raya.

Pada majlis Hari Kastam Sedunia ke-34 dua hari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipetik, berkata ekonomi negara  stabil ekoran pelaksanaan GST berikutan RM51 bilion hasil cukai itu dikutip tahun lalu berbanding RM37.2 bilion pada 2014.-Roketkini.com

Tony Pua: Switzerland dedah skandal baru 1MDB RM16.8 bilion

Posted: 30 Jan 2016 03:50 AM PST

tony-pua_1mdb_600_2

Oleh Hafiz Zainuddin


KUALA LUMPUR,  Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali digesa membantu pihak berkuasa Switzerland menyiasat dakwaan terbaru salah laku melibatkan sejumlah USD4 bilion yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia berikutan permintaan rasmi Ketua Pendakwa Switzerland kepada Malaysia dalam siasatannya terhadap kemungkinan wujud pelanggaran undang-undang oleh firma milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mengikut laporan The Wall Street Journal hari ini, hasil siasatan pihak berkuasa Switzerland mendapati USD4 bilion atau sekitar RM16.8 bilion daripada syarikat Malaysia disalah guna, dengan sebahagiannya dipindah ke beberapa bank Swiss dari Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu.

Mengikut perjanjian antarabangsa, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua pada kenyataan media hari ini,, berkata Peguam Negara perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa Switzerland dalam siasatan mereka.

"Saya menyeru Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali memenuhi kewajipan Malaysia mengikut perjanjian antarabangsa memberi bantuan perundangan, bekerjasama dengan agensi penyiasat dengan membekal semua maklumat," katanya.

Kata Pua, kerjasama yang bakal diberi Malaysia bukan sahaja dapat menyingkap dalang sebenar skandal terbesar itu tetapi juga mengubah tanggapan Peguam Negara bersikap berat sebelah sebelum ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga mencadangkan semua agensi penyiasatan di Malaysia turut memberi kerjasama mereka menjejak dalang sebenar skandal terbesar itu.

Beliau antara lain merujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), polis, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan meminta mereka menggandakan usaha untuk mendedahkan kebenaran skandal itu. -Roketkini.com


1 maut, 5 cedera nahas lori kontena dengan bas ekspres

Posted: 30 Jan 2016 03:38 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BATU PAHAT: Seorang pemandu lori maut manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori kontena di Kilometer 112 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Yong Peng, kira-kira jam 4.20 pagi tadi. 
 
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Ibnul Kassim Ahmad Abdul Hamid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.34 pagi. 
 
 
"Ada enam individu dalam bas ekspres terbabit termasuk termasuk dua pemandu yang cedera parah dan seorang penumpang cedera ringan. 
 
"Lori berkenaan dinaiki tiga orang. Pemandunya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi cedera," katanya. 
 
Katanya, operasi menyelamatkan mangsa berakhir pada jam 8 tadi manakala mayat mangsa dan lima mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk tindakan lanjut.
 
 

Kemelut MB Kedah: Johari Abdul cuba manipulasi sejarah?

Posted: 30 Jan 2016 03:23 AM PST

 Oleh Lokman Ramlee

 
Post Pic
 
 
[ULASAN] Manusia memang mudah lupa. Tidak kiralah sama ada seseorang itu rakyat biasa atau pemimpin. Penyakit lupa ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja tidak kira usia, pangkat atau darjat. Itu lumrah.
 
Namun apabila kepelupaan manusia itu dikaitkan dengan tujuan untuk meraih markah politik semata-mata, ia boleh menjadi jenayah moral yang agak besar.
 
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan krisis menteri besar yang sedang berlaku di Kedah ini sesuatu yang 'buruk' kerana kononnya penyandang, Datuk Mukriz Mahathir, didesak berhenti secara terbuka.
 
Beliau juga menuduh bahawa episod desakan pucuk pimpinan Umno Kedah mahu menukar Mukriz sebagai menteri besar baru  sebagai kurang tertib atau tidak beretika.
 
"Proses penukaran itu tidak masuk akal…. kerana  (ada)  kelompok ADUN dan personaliti yang tidak senang dengan Mukhriz yang mungkin terjadi atas pertelingkahan Tun Mahathir Mohamed dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.
 
Kenyataan yang dibuat di bangunan parlimen kelmarin sekaligus menyerlahkan kedangkalan pengamatannya perihal politik dan satu pemikiran yang amat tidak adil serta tidak ikhlas.
 
Ini kerana Johari bukan sahaja mempunyai pandangan negatif mengenai krisis berkenaan tetapi cuba membuat perbandingan dengan "kecekapan dan keelokkan" cara partinya, PKR, menangani isu yang sama dua tahun lalu di Selangor. 
 
Johari mungkin tidak sedar bahawa sebenarnya beliau "membuka pekong di dada" dan natijah tindakannya itu boleh dibaca sebagai rakus dan tidak sensitif betapa perilakunya cuba "membela dan menggilap" sejarah politik partinya itu semakin memburukkan citra PKR yang tercemar dek strategi bebal yang dipanggil Langkah Kajang. 
 
Johari yang juga Ketua Whip PKR di parlimen menyatakan bahawa PKR mempunyai alasan munasabah ketika itu untuk menukarkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar. 
 
"Namun kita menukar MB secara demokratik dengan memberi alasan mengapa beliau harus undur," katanya.
 
Mungkin cara demokratik yang beliau maksudkan ialah dengan 'mengarahkan wakil rakyat Kajang, Lee Chin Cheh supaya mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negerinya demi mengizinkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil. 
 
Tujuannya apabila Anwar menang beliau akan mudah diserahkan jawatan Menteri Besar oleh Tan Sri Abdul Khalid.
 
PKR juga tak tertib pecat Khalid
 
Malang bagi Johari beliau gagal memperjelaskan apakah cara "bersih" dan demokratik yang dilakukan oleh PKR untuk menurunkan Tan Sri Khalid dari kerusi menteri besar. 
 
Malah yang masyarakat boleh ingat ialah Tan Sri Khalid mencabar pelbagai tuduhan yang dilemparkan dengan cara rasmi terhadap untuk memaksa bekas tokoh korporat itu meletak jawatan dalam mahkamah. 
 
Apabila tiba hari perbicaraan perundingan diadakan di antara PKR dengan Khalid dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail terpaksa memohon maaf dan menarik balik pelbagai tuduhan yang dilemparkan PKR.
 
Adakah ini cara yang dikatakan tertib? Pertama ia menggoncang teras demokrasi dengan mempermainkan mandat rakyat dan Adun boleh berhenti bila-bila masa. Kedua, boleh melemparkan fitnah perlakuan jenayah terhadap menteri besar sedia ada. 
 
Perkara ini mendapat perhatian Sultan Selangor sendiri yang menegur:     
 
"Kemelut dan pergolakan dalam PR (Pakatan Rakyat) ini bermula daripada Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
 
"Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tohmahan untuk memburukkan Abdul Khalid. Perkara  hasut  menghasut  dan  melempar tohmahan-tohmahan  terhadap  beliau berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadan, di mana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh Allah untuk membersihkan dosa dan maksiat.
 
"Tetapi PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun  dalam  bulan Ramadan dengan terus  menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Abdul Khalid," titah baginda ketika itu.
 
Langkah PKR itu juga memporakperandakan Pakatan Rakyat sendiri. Penyingkiran Khalid dicemari  dengan pertengkaran terbuka di antara PKR, PAS dan DAP yang menjadi faktor penyumbang kepada Pakatan Rakyat berpecah belah beberapa bulan kemudian.
 
Motif Johari boleh dibaca sebagai cuba melakarkan gambaran moral yang buruk terhadap pemimpin Umno Kedah kerana cuba mengaibkan Mukriz.
 
Umum tahu PKR amat memusuhi Dr Mahathir. Mengapa kali ini Johari seolah-olah mahu menabur simpati pada anak Mahathir? 
 
Tidak sukar diduga bahawa Johari adalah ahli politik totok yang cuba mengambil kesempatan dari kemelut politik dalaman Umno. Malah umum pun tidak sukar mengklasifikasikan Johari sebagai cuba memanipulasi sejarah.
 
PKR pula seharusnya berasa malu mempunyai ahli politik yang tidak faham sejarah dan akhirnya "menconteng arang" pada maruah dan reputasi parti itu sendiri. 


Tiada jangkitan virus Zika di Malaysia

Posted: 30 Jan 2016 03:21 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
BALIK PULAU: Kementerian Kesihatan mengesahkan tiada kes jangkitan virus Zika dilaporkan di Malaysia setakat ini.
 
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, bagaimanapun berkata, pemantauan akan diperketatkan untuk mengekang penularan penyakit berkenaan.
 
Beliau berkata, kementerian akan mengedarkan risalah kesihatan kepada pelancong asing terutamanya warga Amerika Selatan dan Tengah yang berkunjung ke negara ini sebagai langkah berjaga-jaga.
 
"Setakat ini, tiada sekatan mahupun larangan yang dikeluarkan kerajaan untuk menghalang rakyat tempatan ke negara berkenaan.
 
"Namun, wanita hamil dinasihatkan supaya mengelak daripada mengunjungi negara berisiko untuk memastikan bayi dalam kandungan tidak terdedah dengan jangkitan virus terbabit.
 
"Jangkitan virus ini akan menyebabkan berlaku gejala saraf terhadap bayi, sekali gus menyebabkan kepala bayi akan mengecil," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-27 Persatuan Nelayan Pulau Betong, di sini, hari ini.
 
Mengulas lanjut, Dr Hilmi berkata, sebanyak 300 sampel Aedes di seluruh negara sudah diuji, bagaimanapun tiada yang menunjukkan sebarang tanda virus Zika. Semalam,
 
Kementerian Kesihatan menasihatkan rakyat dan pelawat dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah yang pulang dari benua berkenaan, serta mempunyai gejala demam dan bintik-bintik melaporkan diri ke pusat kuarantin kesihatan atau pejabat kesihatan sejurus tiba di Malaysia.
 
 

Tunai permintaan Switzerland, jangan jadi negara ‘pariah’ – Zaid Ibrahim

Posted: 30 Jan 2016 03:18 AM PST

 
Jika Malaysia mahu menjadi sebahagian komuniti dunia bertamaduan, menghormati undang-undang, mereka mestilah patuh dan memberi kesemua maklumat yang diminta pihak berkuasa Switzerland.


zaid


SHAH ALAM: Kerajaan Malaysia harus berkerjasama dengan pendakwa raya Switzerland yang melakukan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila mendapati kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) daripada syarikat itu didakwa disalahguna, dengan sebahagiannya dipindahkan ke beberapa akaun bank Swiss oleh pegawai dari Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu.

Gesaan itu dibuat oleh bekas Menteri Kabinet Datuk Zaid Ibrahim, kerana kegagalan Malaysia memberi kerjasama berhubung permintaan tersebut, akan menyebabkan negara dilabel sebagai negara 'pariah' kerana membiarkan aktiviti jenayah.

"Jika mereka (Malaysia) mahu jadi sebahagian komuniti dunia bertamadun, menghormati undang-undang, mereka mestilah patuh kepada kepada arahan yang diberi dengan memberi kesemua maklumat yang diminta pihak berkuasa Switzerland," katanya ketika ditemui pemberita di majlis pelancaran buku Dr Bakri Musa di Karangkraf hari ini.

Zahid yang juga bekas menteri undang-undang berkata, tugas tersebut bukannya tugas muktlak Peguam Negara semata-mata, sebaliknya ia juga menjadi tanggungjawab Kabinet untuk mengeluarkan arahan kerana mereka mempunyai kuasa.

Katanya, anggapan rakyat bahawa kuasa undang-undang ini terletak kepada Peguam Negara adalah tidak tepat kerana Kabinet berhak mengarahkan Peguam Negara untuk bertindak.

"Rakyat selalu fikir peguam negara ada banyak kuasa, beliau tidak, beliau mungkin nampak begitu, tetapi sebenarnya tidak berkuasa. Beliau (Peguam Negara) tidak ada kuasa menutup pasukan petugas khas, beliau tidak berkuasa menghentikan siasatan terhadap SPRM, beliau tidak ada semua itu," katanya.

Zaid juga berkata, rakyat negara ini sepatutnya malu sekiranya pemerintah negara ini tidak bertindak di atas permintaan pihak berkuasa Switzerland.

Terdahulu pihak berkuasa Switzerland mengeluarkan kenyataan bahawa kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) daripada syarikat Malaysia disalahgunakan, dengan sebahagiannya dipindahkan ke beberapa bank Swiss oleh pegawai dari Malaysia.

Ia berikutan penemuan empat kes salah laku jenayah antara 2009 dan 2013 menggunakan struktur kewangan yang kompleks.

Rakyat Malaysia bazir guna air – Ongkili

Posted: 30 Jan 2016 03:11 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY


Purata penggunaan air oleh rakyat di negara ini mencatat rekod sehingga 300 liter sehari bagi seorang individu.


Maximus Ongkili


KUCHING: Rakyat Malaysia membazir dalam penggunaan air berbanding penduduk di negara-negara lain termasuk di Amerika Syarikat dan Australia, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Menurut beliau, purata penggunaan air oleh rakyat di negara ini mencatat rekod sehingga 300 liter sehari bagi seorang individu, iaitu hampir dua kali ganda penanda aras yang disyorkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau berkata, PBB melaporkan pada tahun 2010, jumlah keperluan air untuk seseorang individu adalah 165 liter sehari.

"Dalam tempoh setahun, lebihan air yang kita gunakan adalah sebanyak 50,000 liter. Tanpa teragak-agak saya boleh katakan ini adalah satu pembaziran dan tidak menetapi hasrat kerajaan supaya rakyatnya menghayati gaya hidup hijau," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah YaHijau Sarawak 2016 di SMK Santubong, dekat sini, hari ini.

Program anjuran bersama Kementerian Tenaga, teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) itu tertumpu kepada usaha mempromosi, meningkatkan kefahaman, pendedahan dan penghayatan meluas dalam memperkasakan amalan gaya hidup hijau dan aplikasi teknologi hijau dalam kalangan rakyat, khususnya di peringkat akar umbi.

Sambil berkata bahawa sumber air sangat penting dalam kehidupan harian manusia, Ongkili berkata 1.1 bilion manusia di dunia ini tidak mendapat akses kepada bekalan air yang bersih.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan berharap semua peringkat masyarakat dapat menghayati amalan pengurangan, guna semula, kitar semula kerana ia memberi impak sosial yang positif.

"Pertumbuhan hijau menjadi anjakan penting dalam mencorakkan perkembangan sosio-ekonomi negara serta melindungi persekitaran alam semula jadi dan biodiversiti negara," katanya.

Katanya, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pelaksanaan dasar teknologi hijau negara secara holistik dan berterusan agar dapat memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara yang mampan.

Beliau juga mengumumkan kementerian akan menubuhkan pasukan Briged Hijau di SMK Santubong bagi memupuk sifat cintakan alam sekitar dan kehijauan, khususnya dalam kalangan pelajar dan genarasi muda.

Katanya, pejabat Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) akan turut ditubuhkan di Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat.– BERNAMA

Diskaun 50 peratus di stesen KTM Gemas, Padang Besar

Posted: 30 Jan 2016 03:08 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY


Menurut KTMB, promosi itu adalah untuk perjalanan sehala dan dua hala dari dua stesen berkenaan 


ktm


KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun 50 peratus bagi tambang perjalanan KTM Komuter dari Stesen Padang Besar dan Gemas mulai Isnin ini hingga 29 Februari.

"Promosi diskaun 50 peratus itu adalah bagi perjalanan tren pertama dari stesen Padang Besar ke Stesen Butterworth pada pukul 5.45 pagi.

"Tren pertama dari Stesen Gemas ke Stesen Seremban/KL Sentral pula pada jam 5.05 pagi," menurut kenyataan KTMB hari ini.

Menurut KTMB, promosi itu adalah untuk perjalanan sehala dan dua hala dari dua stesen berkenaan.

Katanya, perkhidmatan tren ulang alik di sektor utara itu mula beroperasi pada 11 September tahun lalu menghubungkan 18 buah stesen bermula dari Stesen Kamunting – Butterworth – Padang Besar.

Sementara itu, di sektor selatan pula, perkhidmatan tren ulang alik beroperasi 10 Okt menghubungkan laluan di Stesen Gemas – Seremban – KL Sentral.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 03-2267 1200 atau melayari laman sesawang di www.ktmb.com.my.– Bernama

Malaysia dilabel ‘negara pariah’ jika enggan bantu siasatan Swiss, kata bekas menteri

Posted: 29 Jan 2016 10:34 PM PST




Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata peguam negara tidak ada kuasa menutup pasukan petugas khas. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 30 Januari, 2016.Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata peguam negara tidak ada kuasa menutup pasukan petugas khas. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin,
 
 
 
Kerajaan yang bertanggungjawab akan membantu permintaan pendakwa raya Switzerland dalam siasatan rasuah berhubung wang berjumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion) - dipercayai dicuri daripada syarikat Malaysia, kata bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim, hari ini. 
 
 Bekas menteri undang-undang itu berkata, jika kerajaan Malaysia tidak boleh berbuat apa-apa – jika ia mahu dunia melihatnya sebagai "negara pariah" dan membiarkan perbuatan jenayah.

"Tetapi jika mereka mahu jadi sebahagian komuniti dunia bertamadun yang menghormati kedaulatan undang-undang, mereka mesti patuh dan beri semua maklumat kepada pihak berkuasa Switzerland.

"Kini hanya ada 2 cara saja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis pelancaran buku di Shah Alam, Selangor, hari ini. Ketika ditanya adakah ia tugas peguam negara, Zaid berkata ia menjadi tanggungjawab Kabinet untuk mengarahkan peguam negara, kerana jawatan itu ada had kuasa.

"Rakyat selalu fikir peguam negara ada banyak kuasa, beliau tidak, beliau mungkin nampak begitu, tetapi sebenarnya tidak berkuasa.

"Beliau tidak ada kuasa menutup pasukan petugas khas, beliau tidak berkuasa menghentikan siasatan terhadap SPRM, beliau tidak ada semua itu," katanya merujuk kepada apa yang berlaku tahun lalu berkaitan dengan siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Zaid berkata, rakyat Malaysia patut malu jika kerajaan mereka tidak berbuat apa-apa mengenai permintaan pihak berkuasa Switzerland untuk mendapatkan Bantuan Undang-undang Persefahaman (MLA).

Kenyataan daripada Pejabat Peguam Negara Switzrland mengatakan penyiasatan terhadap 1MDB mendapati kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) daripada syarikat Malaysia disalahgunakan.

Sebahagiannya daripada wang itu dipindahkan ke beberapa bank Swiss oleh pegawai dari Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu.

Pendakwa raya Swiss juga berkata, mereka sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Malaysia untuk siasatan tersebut.


Rakyat tahu baca politik kotor Najib – Anina

Posted: 29 Jan 2016 10:31 PM PST

 
Perkiraan itu dibuat berdasarkan momokan rakyat terhadap sesuatu isu melibatkan Perdana Menteri.


anina-najib


PETALING JAYA: Rakyat negara tahu membaca strategi politik Datuk Seri Najib Razak yang didakwa kotor dan menjijikkan.

Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin membuat perkiraan itu berdasarkan momokan yang dibuat rakyat setiap kali sesuatu isu berlaku melibatkan Perdana Menteri.

"Tidak sukar untuk rakyat membaca permainan Perdana Menteri dalam mencatur politik peribadi beliau. Semuanya digerakkan dalam strategi tersusun, namun ianya kotor dan menjijikkan," katanya kepada FMT, di sini, hari ini.

Katanya, strategi itu dapat dibaca apabila barisan kepemimpinan UMNO Kedah membuat pengumuman hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menyebabkan rakyat kecoh mengenainya.

Perkara berkenaan mengiakan tekaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Mukhriz hanyalah mangsa percaturan politik oleh Perdana Menteri.

Jelasnya, tidak cukup dengan itu, kemarahan rakyat bertambah apabila Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan keputusannya membersihkan segala dakwaan terhadap Perdana Menteri berhubung isu SRC International dan derma RM2.6 bilion, sekali gus mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kes berkenaan.

Anina berkata, kemarahan rakyat kemudiannya menjadi tangisan terhadap Perdana Menteri apabila Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) diluluskan dengan persetujuan seramai 127 ahli Parlimen.

"Rakyat menangis melihat ahli Parlimen tersenyum riang di lobi Parlimen (sebaik sahaja TPPA diluluskan)," katanya.

DAP gesa peguam negara bantu Switzerland siasat skandal 1MDB

Posted: 29 Jan 2016 10:26 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggesa semua pihak berkuasa Malaysia menggandakan usaha mereka dalam membongkar kebenaran di sebalik skandal 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Januari, 2016.Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggesa semua pihak berkuasa Malaysia menggandakan usaha mereka dalam membongkar kebenaran di sebalik skandal 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
DAP menggesa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membantu pihak berkuasa Switzerland yang kini mendakwa AS$4 bilion disalahgunakan menerusi syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
 
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, tindakan Apandi menghulurkan bantuan kepada Switzerland dalam siasatan mereka jika berlaku, akan mengikis persepsi peguam negara Malaysia dilihat berat sebelah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya menyeru Tan Sri Apandi Ali memenuhi kewajipan Malaysia di bawah perjanjian antarabangsa bantuan perundangan bersama untuk bekerjasama dengan agensi penyiasat asing dalam membekalkan semua maklumat yang diperlukan dalam skandal rasuah dan korupsi," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam kenyataan hari ini.

Pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat 1MDB mendapati kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) daripada syarikat Malaysia disalahgunakan, dengan sebahagiannya dipindahkan ke beberapa bank Swiss oleh pegawai dari Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu, lapor The Wall Street Journal (WSJ), hari ini. 
 
Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata mereka menemui 4 kes salah laku jenayah antara 2009 dan 2013 "menggunakan struktur kewangan yang kompleks".

"Jumlah yang disyaki disalahgunakan ialah kira-kira AS$4 bilion," kata akhbar itu memetik Pejabat Peguam Negara Switzerland sebagai berkata.

Mengulas perkara ini, Pua menggesa semua pihak berkuasa Malaysia menggandakan usaha mereka dalam membongkar kebenaran di sebalik skandal terbesar di Malaysia ini.


1MDB sedia disiasat, tapi tertakluk kepada nasihat pihak berkuasa negara

Posted: 29 Jan 2016 10:24 PM PST

 
1MDB turut memaklumkan tidak dihubungi pihak berkuasa dari negara luar berhubung siasatan yang dikaitkan dengan syarikat itu.


1mdb


PETALING JAYA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu bahawa pihaknya tidak dihubungi mana-mana pihak berkuasa dari negara luar berhubung siasatan yang dikaitkan dengan syarikat itu.

1MDB dalam kenyataan medianya di sini, hari ini, berkata syarikat itu bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dari negara luar.

"1MDB bersedia bekerjasama dan disiasat oleh sebarang agensi penguatkuasa, tertakluk kepada nasihat daripada pihak berkuasa negara ini dan mengikut protokol antarabangsa," katanya.

Semalam, Peguam Negara Switzerland menerusi kenyataan media, mendedahkan sebanyak AS$4 bilion mungkin disalahgunakan daripada dana 1MDB dan dipindahkan ke akaun bank di Switzerland.

Beberapa bekas pegawai kerajaan Malaysia, kedua-dua bekas pegawai dan pegawai semasa dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dikatakan terlibat.

Peguam Negara Switzerland menyeru bantuan usahasama supaya pihaknya dapat mengambil tindakan terhadap dua bekas pegawai 1MDB dan pegawai lain yang terlibat.

Siasatan oleh Peguam Negara Switzerland itu melibatkan rasuah, salah laku di pejabat kerajaan dan pengubahan wang haram.

Kedaifan Kem Lanang di bawah taraf perikemanusiaan

Posted: 29 Jan 2016 10:19 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY


Zahid sifatkan keadaan kem yang menempatkan anggota Batalion 10 Pasukan Gerakan Am terlalu teruk


Batalion-10-Pasukan-Gerakan-Am


SIBU: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini, melahirkan keazaman beliau menyelesaikan masalah kedaifan Kem Lanang di sini, yang menempatkan Batalion 10 Pasukan Gerakan Am.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata usaha itu demi menjaga kebajikan 'anak-anak buah' beliau di kem tersebut yang merupakan cabang Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau mengakui, keadaaan kemudahan tempat tinggal dan juga pejabat di kem tersebut yang dibina daripada kayu pada 1968 itu "tidak munasabah dan di bawah taraf keperikemanusiaan".

Menunjukkan komitmennya, Ahmad Zahid mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim mencari peruntukan supaya kemudahan di kem itu dapat dinaik taraf segera.

"Saya amat prihatin walaupun diberikan taklimat mengenai kedaifan kem Batalion 10 PGA di Kuala Lumpur dan Kuching, tetapi saya datang untuk melihat sendiri bagi mempercayainya. Bukan hanya berdasarkan laporan di atas kertas. Memang keadaan cukup-cukup teruk," katanya semasa lawatannya ke kem tersebut.

Selain struktur bangunan usang, kem itu sering dilanda masalah banjir dan menimbulkan masalah kepada anggota menjalankan tugas serta mendatangkan ketidakselesaan kepada keluarga mereka.

Sebelum ditukarkan kepada namanya sekarang, Batalion 10 pernah dikenali sebagai Batalion ke-15, Pasukan Polis Hutan dan pernah di bawah pimpinan pegawai memerintah, ASP Mohd Johny Mustapha yang terkorban dalam serang hendap komunis semasa rondaan di sebuah kebun lada hitam di Sungai Stabau di sini, pada 6 April 1975.

Turut terkorban bersama beliau dalam serangan hendap itu ialah Konstabel Nuing Saling.

Ahmad Zahid berkata, prestasi ditunjukkan Batalion 10 adalah yang terbaik di negara ini dan wajar kebajikan pegawai, anggota dan keluarga mereka mendapat perhatian kerajaan.

Beliau akan mengusahakan peruntukan RM100,000, masing-masing bagi tujuan membesarkan surau dan gereja kecil di kem itu.

Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM10,000 untuk Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Batalion 10.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pegawai dan anggota agar menterjemahkan kesetiaan mereka bukan hanya kepada batalion itu atau Briged PGA Sarawak dan PDRM amnya, tetapi juga memberikan sokongan kepada kerajaan negeri sekarang.

"Kita mahu kerajaan negeri yang ada sekarang ini terus memerintah dan diberi kepercayaan sepenuhnya oleh rakyat Sarawak terutamanya anggota dan pegawai PDRM di seluruh negeri ini," katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Nur Jazlan Muhammad, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir Kujat, Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Senior DCP Datuk Muhd Fuad Abu Zarim.-BERNAMA

Krisis MB Kedah: Tiga nama calon diserah, Ahmad Bashah tidak tersenarai

Posted: 29 Jan 2016 10:07 PM PST

THE RAKYAT POST

 

ahmad bashah
Nama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, yang juga ADUN Bakar Bata dikatakan tidak tersenarai. - Foto TRP/Adib Hakim


KUALA LUMPUR,  Tiga nama calon Menteri Besar Kedah dipercayai dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah dalam pertemuan di Istana Darul Aman, di sini pagi tadi.

Menurut sumber yang dipetik BH Online, tiga calon tersebut adalah ADUN Guar Chempedak Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail; ADUN Ayer Hangat Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin.

Bagaimanapun, nama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, yang juga ADUN Bakar Bata dikatakan tidak tersenarai.

Dr Ku Abd Rahman adalah Exco Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri, manakala Mohd Rawi adalah Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya serta Azmi adalah Timbalan Speaker Dewan DUN Kedah.

Berdasarkan tiga nama itu, Dr Ku Abd Rahman dilihat berpotensi untuk dilantik berdasarkan latar belakangnya selain menjadi Exco paling kanan dalam barisan kepemimpinan kerajaan negeri.

Difahamkan, 21 ADUN Barisan Nasional (BN) Kedah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri pada Selasa lalu di Putrajaya.

Pada 20 Januari lalu, Ahmad Bashah bersama 14 Ketua Bahagian mengadakan sidang media meminta Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berundur daripada jawatannya selepas majoriti daripada mereka hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap beliau yang juga Pengerusi Umno Kedah.

Tiada ulasan: