Ahad, 3 Januari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


TRANSFORMASI UNTUK PENIAGA BANYAK HUTANG

Posted: 03 Jan 2016 06:20 AM PST

shahbudindotcom


Cara 1MDB menyelesaikan hutangnya dengan menjual tanah kepada pihak asing secara tidak langsung boleh dianggap suatu lagi transformasi bernilai tinggi yang cuba diperkenalkan oleh Najib Razak dalam memimpin negara.

Ia seperti memberi isyarat bahawa mana-mana syarikat atau ahli perniagaan yang banyak hutang, boleh dengan segera memohon tanah-tanah kerajaan yang akan diberikan dengan harga paling murah untuk melangsaikan beban tanggungan mereka.

Oleh kerana ini merupakan suatu lagi transformasi yang cuba diperkenalkan Najib, maka menjadi tanggungjawab kerajaan-kerajaan negeri sama menyahutnya dengan turut memberi kelulusan tanah kepada syarikat dan ahli perniagaan yang bermasalah dan banyak hutang.

Dengan ini semua tanah-tanah yang bernilai tinggi atau yang terletak di tengah-tengah bandar sepatutnya segera digazetkan untuk program transformasi kerajaan membantu syarikat atau ahli perniagaan yang terbeban dengan hutang yang banyak itu.

Sebaik saja kelulusan tanah diperolehi, apa yang perlu dilakukan oleh syarikat atau ahli perniagaan yang memperolehinya ialah mengemukakan cadangan pembangunan yang menarik dan kemudian segera mencari pembeli atau pelabur asing untuk membelinya.

Jangan cari pelabur dalam negara kerana tidak banyak syarikat tempatan yang ada banyak duit ketika ini. Sebaiknya carilah pembeli dari Singapura, China atau mana-mana negara Arab yang banyak wang.

Jangan juga tanah itu diusahakan sendiri kerana ia tidak menunjukkan jiwa global dalam perniagaan.

Kemudian juallah sama ada 60 peratus, 70 peratus atau kalau harganya terlalu menarik, jangan dilepaskan peluang menjual 100 peratus atau semuanya sekali kepada syarikat asing itu.

Jangan hiraukan jika ada kritikan yang mengatakan penjualan kepada pihak asing itu suatu perbuatan aniaya kepada bangsa dan negara sendiri atau mungkin kemudian menyebabkan lebih ramai rakyat negara asing berhijrah ke sini.

Fikirkan hanya tentang wang dan agar hutang boleh diselesaikan dengan segera.

Dengan sekian banyak wang yang diperolehi itu, bayarlah segala hutang bertimbun yang ada yang mungkin kerana hutang keliling pinggang itulah menyebabkan mereka turut dipandang serong oleh masyarakat sekeliling selama ini.

Selepas hutang-hutang dibayar, sebagai meraikan kejayaan mengorak langkah menarik minat syarikat asing membeli tanah atau syarikat itu, bawalah isteri dan anak berjalan-jalan makan angin mengelilingi dunia.

Pilihlah mana saja - New York, London, Dubai, Hong Kong dan sebagainya.

Setelah puas bershopping, mencuci mata, mengelilingi dunia dan sebelum kembali ke rumah sendiri, jangan lupa singgah ke suatu tempat yang amat penting ini - Mekah dan Madinah.

Buatlah umrah sebelum pulang ke tanahair. Kalau ada Facebook atau masuk mana-mana grup Whatsapp, layangkanlah sekeping dua gambar sedang menunaikan umrah atau ketika memakai jubah di kota suci Mekah itu.

Jika ada lebihan wang setelah ditolak membayar hutang tadi, belilah sedikit buah tangan berupa kurma, jubah, sejadah dan tasbih untuk diberikan kepada kawan atau rakan, orang surau, orang kampung atau mereka yang rapat sebagai tanda kenang-kenangan.

Sekembalinya ke tanahair pula, teruslah berjubah dalam seminggu dua dan dalam masa yang sama rajin-rajinlah juga bersolat jemaah di surau atau masjid.

Secara perlahan-lahan, percayalah, semuanya akan dilupakan. Orang tidak akan menyebut lagi bahawa hutang perniagaannya selama ini  kerana banyak bersukaria dan berfoya-foya.

Bagaimana syarikatnya diuruskan, wang syarikat dibelanjakan dan tanah pemberikan kerajaan yang diperolehi dengan harga murah dijual kepada syarikat negara asing juga akan turut dilupakan dan tidak disebut lagi.

Yang lebih disebut akhirnya ialah pemergian ahli perniagaan itu  menunaikan umrah, jubah yang dipakainya serta buah tangan yang dibelinya di Mekah. Semua yang buruk dan kepincangan selama ini seolah-olah telah dicuci dengan mengerjakan umrah tadi.

Ya, begitulah selalunya...


Nik Omar nafi masuk PAN

Posted: 03 Jan 2016 06:10 AM PST

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan laporan semalam yang menyatakan beliau kini menyertai Parti Amanah Negara (PAN), lapor Sinar Harian hari ini.
 
Walaupun diumumkan pelantikan beliau sebagai pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan pada satu majlis di Petaling Jaya pada 1 Januari, Nik Omar berkata beliau tidak terlibat dengan parti serpihan PAS itu.
 
"Ambo (saya) tidak terlibat, ambo bawa pandangan masing-masing, kena terima kewujudan dan menghormati satu sama lain," katanya dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.
 
Enggan mengulas lanjut, anak kedua Nik Aziz itu bagaimanapun dilaporkan tidak menolak kewujudan pelbagai parti, termasuk PAN, dalam sistem politik tanah air.
 
Katanya kepada Sinar Harian, beliau lebih memilih ke arah satu gagasan penyatuan ummah dengan masing-masing membawa pendekatan meraikan satu sama lain.
 
Semalam media melaporkan Nik Omar diisytiharkan sebagai salah seorang pemimpin Amanah negeri pada satu majlis makan malam PAN Kelantan yang diadakan di Dewan Sivik, Petaling Jaya.
 
Ditanya adakah bermaksud menolak pelantikan itu, beliau yang juga pengetua Maahad Tahfiz Darul Annuar di Pulau Melaka, Kelantan berkata kepada akhbar itu, beliau tidak terlibat sama sekali.
 
Selain itu, Nik Omar juga dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Nordin Hussin.
 
Pada masa sama, beliau turut menyangkal dakwaan mengatakan beliau menyertai parti tersebut menggunakan nama samaran.
 
Sebelum ini, Nik Omar pernah dikaitkan dengan PAN setelah beberapa kali menghadiri majlis anjuran parti itu beberapa bulan lalu.
 
 

Jenazah Kapten Hasman selamat tiba di New York

Posted: 03 Jan 2016 06:07 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Kapten Hasman Hussin yang disahkan meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya hanyut dalam banjir di Missouri, Amerika Syarikat, selamat tiba di New York dari Missouri jam 5.30 pagi tadi waktu Malaysia. 
 
Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat mengesahkan perkara itu menerusi satu kenyataan media, sebentar tadi. 
 
Jenazah diterbangkan ke New York menggunakan pesawat komersial dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lambert-St Louis, Missouri. 
 
Bagaimanapun, katanya, jadual penerbangan untuk membawa balik jenazah dari New York ke Malaysia hanya akan dimaklumkan selepas pengesahan diperoleh. 
 
Hasman, 33 yang sedang menjalani kursus di Fort Leonard Wood sejak 1 Oktober lalu, dilaporkan hilang pada 26 Disember apabila kenderaan yang dinaiki bersama rakan kolejnya dihanyutkan banjir di Missouri, yang turut meragut nyawa empat rakannya. 
 
Rabu lalu, Markas Tentera Darat mengesahkan mayat Allahyarham dijumpai pada 11 pagi, 28 Disember waktu tempatan (1 pagi, 29 Disember waktu Malaysia).
 
 

Tempoh enam bulan untuk peniaga vape habiskan stok di Terengganu

Posted: 03 Jan 2016 05:55 AM PST

BERNAMA

 

vape
Pengusaha vape Terengganu menerima keputusan kerajaan negeri mengharamkan penjualan vape bermula 1 Januari lalu selaras keputusan Majlis Fatwa Negeri. Foto hiasan TRP 


KUALA TERENGGANU,  Kerajaan negeri memberi tempoh enam bulan kepada pengusaha vape untuk menghabiskan stok mereka berikutan keputusan mengharamkan penjualan rokok elektronik itu bermula 1 Januari lalu.


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri juga akan cuba membantu 40 pengusaha vape yang terjejas pendapatan mereka ekoran pengharaman itu.

Ini dibuat dengan bantuan agensi kerajaan negeri seperti Majlis

Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu.

"Alhamdulillah, (dalam) perjumpaan hari ini, para pengusaha vape sebulat suara menerima keputusan kerajaan negeri mengharamkan penjualan vape bermula 1 Januari lalu selepas Majlis Fatwa Negeri mengharamkan vape.

"Kita akan bantu pengusaha yang terjejas beralih kepada bidang perniagaan yang lain dengan bantuan kewangan daripada Maidam atau YPU," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pengusaha vape di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Osman Muda; Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkifly Muda dan Pengerusi Persatuan Peniaga Vape Melayu Terengganu Muhammad Kamaruzzaman Mahmud.

Ahmad Razif berkata, susulan keputusan itu, kerajaan negeri bersetuju mewujudkan sebuah pusat perniagaan baharu yang menjual barangan elektronik atau Digital Mall bagi membantu peniaga vape yang terjejas.

"Digital Mall akan dibina di Kuala Terengganu dalam masa terdekat dan keutamaan akan diberi kepada pengusaha vape untuk berniaga di situ," katanya.

Sementara itu, Muhammad Kamaruzaman ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya akur dengan keputusan itu dan menghargai keputusan kerajaan negeri yang memberi tempoh enam bulan kepada mereka untuk menghabiskan dan menjual semua stok vape sedia ada.

"Kita juga mengalu-alukan usaha kerajaan negeri yang difahamkan akan membina Digital Mall bagi membantu pengusaha vape beralih kepada perniagaan lain selepas tempoh enam bulan yang diberikan kerajaan negeri tamat," katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan keputusan mengharamkan penjualan vape di seluruh negeri bermula 1 Januari lalu, selaras dengan fatwa Jawatankuasa Fatwa negeri.

Keputusan yang selaras dengan Majlis Fatwa Kebangsaan itu turut berdasarkan hujah yang berkait dengan kemudaratan kesihatan dan juga unsur pembaziran dengan bersandarkan dalil dan hujan dalam al-Quran dan hadis.

Umno Johor tiada masalah bekerjasama dengan Pas

Posted: 03 Jan 2016 05:49 AM PST

SINAR HARIAN


Umno Pas
Grafik Sinar Online


JOHOR BAHRU - Umno Johor tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan Pas, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata Umno Johor mengalu-alukan sebarang kerjasama baik yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

"Kalau ada apa-apa usaha untuk berbincang, bermuafakat, berunding dan sebagainya, kami amat mengalu-alukan kerana ia mendukung aspirasi nasional, membawa kemajuan negara dan memberi kesejahteraan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian hadiah Program Gerak Mesra Perdana 2015 dan perasmian Dewan Taman Scientex, Pasir Gudang, di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar mengulas keterbukaan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Dis lalu untuk bekerjasama dengan Pas dalam membangunkan negara mengikut syariat Islam.

Najib yang juga Perdana Menteri dilaporkan sebagai berkata beliau gembira Pas tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas disisihkan daripada Pakatan Harapan yang dianggotai, DAP, PKR dan Amanah.

Mohamed Khaled berkata beliau mengharapkan kerjasama itu juga akan menjadi titik tolak kepada Umno dan Pas untuk mewujudkan perpaduan yang lebih besar dalam kalangan rakyat terutama masyarakat Melayu.

Katanya, perpaduan penting untuk masyarakat kerana perpecahan hanya akan membawa ketidakstabilan dalam negara.

"Jadi, saya mendoakan mudah-mudahan pada tahun 2016 ini, negara kita Malaysia mencapai semua perkara yang baik-baik dan semua niat yang tidak baik, memecah-belah dan merosakkan (perpaduan rakyat) tidak menjadi," katanya. - Bernama

Pembayaran rebat GST kad prabayar berjalan lancar

Posted: 03 Jan 2016 05:48 AM PST

SINAR HARIAN


GST


PENAMPANG - Pelaksanaan rebat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi kad prabayar bermula 1 Januari lepas berjalan dengan lancar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Senator Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini.

Beliau berkata pembayaran rebat itu, yang dimasukkan secara automatik dalam baki akaun pelanggan, dilakukan dalam tempoh 24 jam pembelian kredit masa berbual.

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sentiasa memantau perkembangan ini... kita meminta syarikat telekomunikasi memberi penjelasan (kepada pelanggan) mengenai rebat ini dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Krismas Umno Penampang di sini.

Salleh turut menjelaskan pemberian rebat itu bukan bermaksud GST dalam kad prabayar telah dihapuskan.

"Kita hanya bagi rebat kepada warganegara. Bukan warganegara, tidak (nikmati) rebat sedemikian," jelasnya. -Bernama


Ahli PAC perlu henti buat tuduhan, fokus siasat 1MDB

Posted: 03 Jan 2016 05:45 AM PST

SINAR HARIAN


1MDB
1Malaysia Development Berhad


KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara  (PAC) perlu memberi fokus terhadap siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan berasaskan bukti, dan berhenti daripada membuat kenyataan bersifat prejudis, kata seorang daripada ahli jawatankuasa itu.

Datuk Liang Teck Meng berkata ahli PAC perlu menunaikan tugas mereka sebagai Ahli Parlimen dan memberi fokus terhadap fakta dan bukti, bukannya dengan mewujudkan persepsi tidak benar.

"Saya ingin menasihati anggota berkenaan supaya berhenti  bermain politik kotor, sebaliknya menunaikan tugas secara terhormat sebagai Ahli Parlimen dan berkhidmat untuk orang ramai serta memberi fokus kepada fakta dan bukti berasaskan siasatan dan penghakiman mengenai 1MDB," kata Liang, yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, dalam laman Facebooknya hari ini.

Liang bagaimanapun tidak menyebut nama Ahli Parlimen berkenaan.

Menurut laporan media, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP Tony Pua telah menulis mahu mendedahkan orang yang menjadi 'penyangak' di belakang 1MDB dalam laman Facebooknya pada 1 Januari lepas.

"Anda bertanggungjawab kepada pengundi anda untuk mendedahkan perkara sebenar, bukan mewujudkan persepsi tidak benar, Yang Berhormat. Berhentilah daripada bermain-main," kata Liang.

Liang berkata orang yang waras tidak akan sekali-kali cuba menimbulkan prejudis dan mengaibkan diri sendiri serta PAC dengan cara itu, melainkan beliau mempunyai agenda politik tersembunyi yang tidak berasaskan kebenaran atau fakta sebagai bukti.

"Ini menimbulkan persoalan sama ada ahli PAC berkenaan sengaja mahu beliau digantung atau dipecat daripada tugas menjalankan penyiasatan terhadap 1MDB apabila beliau secara terang-terangan dan berulang kali melanggar arahan tetap Parlimen dan PAC.

"Yang Berhormat ini secara jelas membuat dakwaan berasaskan pendapatnya yang berat sebelah, bukan berasaskan akaun atau temubual dengan banyak saksi yang dipanggil PAC setakat ini - dan sudah tentu tidak berasaskan apa yang dimaklumkan oleh para juruaudit kepada kami.

"Dengan secara terang-terangan mengharapkan beliau digantung menjelang hasil akhir siasatan terhadap 1MDB, adakah beliau mahu membuat kesimpulan awal mengenai hasil itu agar beliau dianggap menjadi mangsa bagi mewujudkan persepsi dalam kalangan orang ramai bahawa beliau dihalang secara tidak adil daripada 'membongkar kebenaran serta mendedahkan mereka yang menjadi penyangak'?" katanya. -Bernama


Selesai segera isu kos sara hidup rakyat

Posted: 03 Jan 2016 05:43 AM PST

Mohd Shafie Apdal
Mohd Shafie Apdal - Foto Sinar Harian


SHAH ALAM – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal menggesa agar isu melibatkan kos sara hidup rakyat di negara ini dipandang serius dan diselesaikan segera.

Beliau turut menyarankan agar barisan pemimpin di negara ini menangani segala isu melibatkan rakyat dengan matang.

 "Sebagai pemimpin, peringkat kampung mahupun barisan pentadbiran, kita perlu tangani segala permasalahan ini dengan matang.

"Apa yang penting, isu-isu rakyat seperti kos sara hidup, pelbagai perbelanjaan yang semakin meningkat, perlu diambil perhatian serius dan penyelesaian segera perlu dilaksanakan," katanya melalui kemas kini status di Facebook, hari ini.

Dalam kenyataan sama, beliau menjangkakan tahun 2016 bakal dilalui begitu mencabar dengan pelbagai isu dan masalah yang perlu diperjelaskan, diselesaikan serta ditangani melibatkan rakyat di seluruh negara.

Beliau turut menzahirkan komitmen kepada rakyat bahawa beliau akan memikul amanah yang diberi kepadanya sebaik mungkin.

"Terima kasih kepada rakan-rakan terutama Facebook yang tidak henti dan tidak putus menyokong saya dan sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya dan keluarga semua.

Alhamdulillah, di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana anda berada.

"Sebagai Ahli Parlimen dan juga Naib Presiden Umno, saya akan pikul amanah dan tanggungjawab yang dipilih oleh rakyat dan ahli Umno ini sebaik mungkin. Saya juga berdoa ke hadrat ALLAH SWT agar kita semua diberikan kesihatan yang baik dan negara Malaysia yang kita cintai ini sentiasa dilindungi dan mendapat rahmat dari ALLAH SWT. Insya-ALLAH," katanya.

Bagan Datoh Kini Daerah Kecil Di Perak - Ahmad Zahid

Posted: 03 Jan 2016 05:40 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
HUTAN MELINTANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa Bagan Datoh kini sebuah daerah kecil yang baharu di Perak.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

"Saya telah merafak sembah kepada Sultan dan dengan sokongan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Bagon Datoh menjadi daerah kecil dengan rasminya.

"InsyaAllah atas perkenan Sultan dan kerajaan Persekutuan, sesuatu yang lebih besar akan berlaku bagai 'bulan jatuh ke riba' dalam waktu terdekat," katanya ketika merasmikan Fiesta Bagan Datoh 'Kawah Sekampung' di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang di sini.

Sebelum ini, Bagan Datoh hanyalah sebuah pekan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri yakin dengan status baharu itu, pembangunan dapat melonjak di Bagan Datoh.

Bagaimanapun, beliau mahukan pembangunan yang dikecapi di Bagan Datoh seiring serta seimbang dari segi fizikal dan rohani.

"Saya mahu Bagon Datoh maju seimbang dalam pembangunan, pendidikan, kerohanian dan pemikiran," katanya.


Mengenai Fiesta Bagan Datoh anjuran Pertubuhan Jaringan Pakar Berjaya yang dinaungi Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan, Timbalan Perdana Menteri berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang.

"Saya larang beliau (Nurul Hidayah) adakan pesta ini kerana Karnival Air Bagan Datoh baru sahaja habis, saya tidak mahu rakyat asyik berpesta," katanya.

Namun, beliau memuji usaha penganjur kerana dapat menjayakan fiesta berkenaan tanpa menggunakan peruntukan Anggota Parlimen Bagan Datoh.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut meminta penduduk Bagan Datoh supaya mengetepikan perbezaan ideologi politik, agama, bangsa, keturunan dan budaya, sebaliknya bersatu untuk terus memajukan lagi daerah kecil itu.

Terdahulu, Nurul Hidayah dalam ucapannya berkata fiesta itu, yang diadakan selepas 10 tahun, bertujuan memberi peluang kepada penduduk Bagan Datoh amnya dan warga Perak khasnya memanfaatkan cuti Tahun Baharu 2016 bersama-sama keluarga.

Fiesta Badan Datoh berlangsung selama empat hari mulai 31 Dis lepas sehingga esok. Pelbagai acara menarik diadakan termasuk Muay Thai, belon udara panas, pameran agensi dan jabatan kerajaan, ceramah agama, konsert dan gerai jualan.

Ahmad Maslan Kongsi Tip Tambah Pendapatan

Posted: 03 Jan 2016 05:37 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
PETALING JAYA: Kritikan yang diterima Datuk Ahmad Maslan sebelum ini berhubung kaedah untuk meningkatkan pendapatan tidak melemahkan semangatnya untuk terus berbuat demikian.

Kali ini menerusi hashtag #TambahPendapatan, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa itu menggesa rakyat Malaysia menggunakan formula PKPK iaitu pendidikan, kemahiran, produktiviti dan keusahawanan jika ingin berjaya.

Katanya usaha yang dirancang perlu bersifat jangka pendek dan panjang.

Tambah beliau bagi yang sudah mempunyai pekerjaan, mereka boleh melakukan perniagaan secara dalam talian pada waktu malam dan hujung minggu.

Namun katanya langkah berkenaan bagaimanapun mesti selaras dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk pekerja dalam sektor kerajaan dan swasta.

Selain itu Ahmad turut berpesan kepada rakyat supaya mencari rezeki dengan cara yang halal.

"Sembilan daripada 10 punca kekayaan adalah sumber perniagaan, pesan Nabi. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih," katanya di Twitter.

Sebelum ini Ahli Parlimen Pontian itu dikritik selepas beliau mencadangkan supaya rakyat Malaysia menjalankan dua pekerjaan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa cadangannya itu dalam konteks agar rakyat menjalankan pernigaan dalam talian selain pekerjaan tetap masing-masing.

Ahmad berkata beliau sendiri mempunyai tiga pekerjaan iaitu sebagai ahli Parlimen, timbalan menteri dan ketua penerangan Umno.

Penjawat awam, pesara kerajaan terima bonus esok

Posted: 03 Jan 2016 05:20 AM PST

THE RAKYAT POST

 

ringgit-m
Dianggarkan seramai 1.6 juta penjawat awam dan sejuta pesara kerajaan akan menerima bonus masing-masing sebanyak RM500 dan RM250, esok. 


KUALA LUMPUR,  Dianggarkan seramai 1.6 juta penjawat awam dan sejuta pesara kerajaan akan menerima bonus masing-masing sebanyak RM500 dan RM250, esok.

Pemberian tersebut juga turut diterima pegawai lantikan sementara, perkhidmatan dalam kontrak, guru interim dan pegawai sambilan harian (PSH), namun ia tertakluk kepada syarat.

Pemberian itu bukan sahaja membabitkan pegawai awam lantikan tetap, malah kakitangan kontrak berdasarkan pekeliling dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini.

Pada 23 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian tersebut membabitkan peruntukan RM645 juta ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, hampir 50,000 pesara yang mempunyai 25 tahun perkhidmatan akan menikmati pencen minimum tetap sebanyak RM950 sebulan.

Pegawai kontrak, yang dianggarkan seramai 10,000 orang, di mana telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun akan diserap ke dalam perkhidmatan tetap.

Bagi kakitangan yang meninggal dunia antara 1 Januari hingga 31 Disember 2015, mereka turut layak menerima pemberian RM500 tertakluk kepada beberapa syarat termasuk sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari

Kahwin muda elak zina -Mufti Johor

Posted: 03 Jan 2016 05:17 AM PST

QURNISHA HAMKA

 

rings-L
Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsudin berkata, berkahwin muda adalah bagi mereka yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk menghindari daripada melakukan dosa besar. Foto hiasan TRP 


KUALA LUMPUR,  Perkahwinan di usia muda mampu untuk mengelakkan zina, jelas Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsudin.

Namun menurut beliau, ianya adalah bagi mereka yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk menghindari daripada melakukan dosa besar tersebut dan mencegahnya dengan menghalalkan perhubungan.

"Kalau sesiapa yang memikirkan, yang ada rasa takwa, ada rasa tanggungjawab untuk menghindari zina dan dia tidak boleh menghidarinya melainkan kahwin, maka dia kena kahwin.

"Kalau dengan sebab muda mudah terlanjur, eloklah berkahwin.

"Maknanya sekarang kahwin muda barangkali dia belum ada persediaan, tapi kalau tak kahwin dia boleh terlibat dengan zina pula… Jadi di antara dua perkara ini, maknanya kahwin muda mungkin boleh menolong dia elakkan zina," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post hari ini.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengeluarkan kenyataan bahawa perkahwinan adalah ubat paling mujarab untuk menangani isu rogol statutori.

Katanya, cadangan yang dibawa itu adalah berdasarkan Al Quran dan Sunnah, bukannya berdasarkan akal semata-mata.

Memberi pandangan berdasarkan pendapatan Khairuddin, Tahrir berkata itu adalah jalan terbaik meskipun mengakui kemungkinan adanya masalah yang akan dihadapi oleh pasangan muda.

Susulan daripada itu, persiapan awal melibatkan pemahaman dalam perkahwinan hendaklah diterapkan di dalam di dalam pasangan muda.

"Tapi perbuatan zina ini lebih penting untuk dijauhkan..jadi insyaAllah, Allah akan murahkan rezeki untuk dia jika seseorang itu berkahwin nanti.

"Kita kena lihat semula, tidak semestinya yang muda ramai bercerai…jadi kena kursus lah walaupun dia boleh berkahwin di usia muda dia kena bersedia dan menghadapi persiapan yang sewajarnya seperti kursus perkahwinan…

"Memahami antara satu sama lain bahawa perkahwinan ini dengan niat untuk membina satu keluarga bahagia itu pun harus ada juga. Bukan bermakna dia boleh 'gitu-gitu' aja," katanya lagi menjelaskan berhubung perkara tersebut.

Semalam, Sisters In Islam (SIS) dalam satu kenyataannya menentang pandangan yang disuarakan Khairuddin Aman.

Malah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menyifatkan saranan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu sebagai satu penghinaan kepada Islam.

Putus segera isu hijab, hidangan arak dalam MAS – NUFAM

Posted: 02 Jan 2016 11:37 PM PST

 
Isu berkenaan telah lama diperjuangkan namun, sehingga kini jawapannya masih mengecewakan


Ismail Nasarudin


PETALING JAYA: Kerajaan digesa supaya membuat keputusan terhadap isu pemakaian hijab dan larangan anak-anak kapal beragama Islam menyediakan arak kepada para penumpang Malaysia Airlines System (MAS).

Perkara itu ditegaskan oleh Presiden Kesatuan Anak-anak Kapal Kebangsaan (NUFAM), Ismail Nasarudin apabila menyatakan, isu berkenaan sememangnya telah lama diperjuangkan namun, jawapan yang diterima sangat mengecewakan.

"Isu ini telah dibincangkan banyak kali kerana ia dibangkitkan sendiri oleh anak-anak kapal. Tetapi jawapan yang diterima sukar untuk berbuat demikian," katanya yang dipetik dari sebuah laman portal.

Ismail tidak menolak pendirian MAS itu adalah disebabkan syarikat penerbangan berkenaan mempunyai tanda dagangan antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan kepada pelbagai penumpang bukan Islam di seluruh dunia.

Menurut Ismail Kementerian Pengangkutan pernah mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut dengan pegawai-pegawai kesatuan serta membuat keputusan untuk meletak pendirian mengenai isu berkenaan.

"Isu ini dibangkitkan lagi oleh sesetengah pihak dan telah dibincangkan di Parlimen tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Walaupun pemakaian hijab merupakan niat yang baik tetapi pada pandangan holistik, soalan-soalan yang perlu dijawab adalah sama ada MAS boleh mematuhi Syariah?

"Ahli kesatuan kami juga sebelum ini membuat permintaan kepada syarikat tetapi adakah syarikat penerbangan itu mahu mengubah dasar kerja untuk anak-anak kapal Islam?," ujarnya.

Tambah Ismail lagi, isu pemakaian hijab di tempat kerja sepatutnya terkandung dalam persekitaran tempat kerja kerana ia boleh dianggap sensitif oleh undang-undang Syariah begitu juga dengan larangan menghidangkan arak oleh pekerja beragama Islam.

Katanya, sebagai pekerja, anak-anak kapal juga terperangkap dalam standard prosedur syarikat.

"Keadaan ini menyukarkan anak-anak kapal Islam untuk melaksanakan tugas sedangkan mereka tahu perbuatan itu salah. Terdapat juga isu semasa anak-anak kapal sedang berpuasa tetapi pada masa terpaksa menghidangkan alkohol," ujarnya.

Sehubungan itu, tegas beliau, kerajaan sepatutnya melihat isu ini dan membuat sesuatu dalam menangani masalah berkenaan.

Operasi Rayani Airlines yang patuh Syariah adalah satu langkah betul dan tepat dan langkah yang diambil oleh syarikat penerbangan itu patut membuka mata semua pihak.

Najib perlu berundur sebelum ahli UMNO hilang hormat – Rushdan

Posted: 02 Jan 2016 11:35 PM PST

 
Najib perlu berundur bagi membolehkan kepimpinan UMNO membaiki kerosakan yang terdapat di dalam parti


Rushdan Mohamed


PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak digesa supaya berundur sementara ahli UMNO masih manghormatinya.

Gesaan itu dibuat Ketua UMNO Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed, bagi membolehkan kepimpinan UMNO yang ada membaiki kerosakan di dalam parti.

"Jadilah insan yang berjiwa besar dalam erti kata yang sebenar wahai Datuk Seri Najib. Berundurlah sementara kami (ahli UMNO) semua masih ada sedikit rasa hormat pada Datuk Seri Najib. Jangan sampai semua ini hilang.

"Berundurlah segera, kami perlukan masa untuk membaiki segala kerosakan yang telah dilakukan (Najib) sebelum PRU 14," Katanya kepada FMT pada Ahad.

Mengulas lanjut Rushdan berkata, selagi Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, lebih banyak kegagalan yang beliau akan lakukan, ditambah pula dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang gagal diselesaikan sehingga sekarang.

Malah katanya, jika Perdana Menteri tidak meletak jawatan sebelum PRU 14, UMNO akan ditolak secara total oleh rakyat.

"Saya yakin, kalau Datuk Seri Najib masih memegang jawatan.UMNO akan ditolak secara total dalam PRU 14. Usahkan mentadbir Putrajaya, silap-silap kerusi Pekan pun melayang.

"Saya percaya masih ada roh perjuangan dalam hati sebahagian kepimpinan UMNO terutamanya ketua-ketua Cawangan UMNO. Ayuhlah bangkitlah, kita kembalikan maruah UMNO yang telah tercemar," katanya.

Lantik Haron Din jadi penasihat, Pas puji sikap Rayani Air

Posted: 02 Jan 2016 11:34 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY


Ia merupakan cadangan yang sangat wajar kerana garis panduan utama patuh syariah bagi penerbangan memerlukan pakar


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man


PETALING JAYA: Pas memuji cadangan Rayani Air untuk melantik Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din sebagai penasihat kepada syarikat penerbangan berlandaskan syariah itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan yang dibuat syarikat berkenaan merupakan satu tindakan yang terbuka dan profesional dalam membuat pemilihan.

Katanya, pemilihanan Mursyidul Am Pas itu amat bersesuaian dengan ilmu yang dimiliki beliau.

"Cadangan melantik Mursyidul Am bagi kami satu sikap terbuka dan profesional syarikat. Ia dipilih berdasarkan kemampuan dan ilmu yang ada pada Dr Haron Din dan sebagaimana kita maklum beliau merupakan panel syariah kepada banyak pihak.

"Cadangan ini sangat wajar kerana sebagai sabuah syarikat baru, langkah meletakkan garis panduan utama patuh syariah bagi penerbangan memerlukan pakar yang dapat istinbat (membuat keputusan hukum syarak berdasarkan dalil) dari asas ilmu Islam," katanya kepada FMT.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, usaha Rayani Air harus disanjung semua pihak kerana meletakkan asas patuh syariah sebagai dasar utama syarikat penerbangan itu.

The Malaysian Insider dalam laporannya berkata, syarikat berkenaan berazam meluaskan pengaruh mereka sebagai syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang berlandaskan konsep patuh syariah bakal melantik Haron Din sebagai penasihat, kata pengarah urusan Rayani Air, Jaafar Zamhari

Katanya, jika veteran Pas itu bersetuju, beliau akan berperanan menasihati Rayani Air tentang bagaimana melaksanakan konsep patuh syariah yang sebetulnya mengikut lunas Islam.

Isu pemuas nafsu: Puteri ancam lapor polis

Posted: 02 Jan 2016 10:57 PM PST

MALAYSIAKINI





Puteri Umno tidak akan teragak-agak membuat laporan polis jika isu kononnya ada ahli Puteri Umno dijadikan tempat pemuas nafsu pemimpin terus dimainkan.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (gambar) berkata sebelum ini, pihaknya hanya berdiam diri dalam hal itu, namun beliau akan terus bertindak selepas ini, lapor Sinar Harian.

"Ada pihak yang bermain dengan isu ini ataupun cuba membuat fitnah kita tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis.

"Sebelum ini ada pihak yang menyuruh kita buat laporan polis, tapi kita hold dulu sebab kita tidak mahu panjangkan perkara ini, sebab yang membaca blog itu tidak ramai tetapi apabila benda ini menjadi sensasi maka kita harus bertindak," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Baru-baru ini, di laman media sosial serta beberapa portal memainkan semula isu lama yang mengaitkan Puteri Umno yang dijadikan pemuas nafsu pemimpin.

Terdapat juga dakwaan mengatakan ada ahli Puteri Umno digunakan untuk menawarkan penajaan ke atas sesuatu pertandingan atau jawatan dalam parti.

Terdahulu bekas exco Puteri Umno Ismalina Ismail menafikan membuat kenyataan tersebut malah mendakwa perkara itu fitnah yang timbul semasa pilihan raya kecil dahulu dan dipanaskan semula dengan agenda memburuk-burukkan Umno.

"Apa yang telah disebarkan adalah berita kitar semula. Asasnya saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan atau komen berhubung isu berkenaan.

"Jadi saya pun tidak tahu dari mana datangnya dan timbulnya isu ini. Saya tidak pernah membuat kenyataan sebegitu. Sebenarnya fitnah ini telah direka semasa pilihan raya kecil beberapa tahun yang lalu.

"Saya kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang menyebarkan semula posting ini bagi memecahbelahkan silaturahim antara sesama ahli Umno," kata Ismalina.


Kisah mereka dengan dua kerja

Posted: 02 Jan 2016 10:52 PM PST

Siti Noor Afera Abu, Bernama


 


Melakukan lebih satu kerja sudah memang menjadi trend bagi warga kota dalam meringankan beban kewangan, malah ada yang berniaga kecil-kecilan dan ada yang melakukan kerja sampingan pada masa cuti.

Bagi pemandu, Zainal Nordin, 55, beliau telah pun melakukan dua pekerjaan sejak 15 tahun lepas dan mengakui pekerjaannya itu banyak membantu mengurangkan beban kos sara hidup.

Bapa kepada lima anak itu berkata dalam menjalankan dua pekerjaan, kerja utama perlu dititikberatkan, berbanding kerja sampingan.

"Ini memerlukan disiplin. Selain itu, fokus dan komitmen yang tinggi perlu ada dalam menyiapkan sesuatu kerja supaya saya dapat membahagikan masa bersama keluarga dengan bercuti dan sebagainya," katanya yang terlibat menjalankan aktiviti pembinaan secara kecil-kecilan.

Zainal berkata dengan pendapatan daripada dua pekerjaan ini, beliau mampu untuk hidup lebih selesa serta memberikan kehidupan yang lebih baik buat keluarganya, terutama dalam menanggung kos pendidikan anak-anaknya.

Bagi eksekutif di sebuah syarikat swasta, Nur Aina Ramlan, 27, beliau menggunakan internet untuk menjual kain dan dadih untuk menambah pendapatannya.

"Kita tidak boleh mengharapkan kepada satu sumber pendapatan sahaja lebih-lebih lagi saya bakal melangsungkan perkahwinan pada September ini," tegasnya.

Beliau berkata pendapatannya RM2,500 sebulan tidak cukup untuk menyediakan barangan perkahwinan seperti hantaran dan sebagainya.

"Memandangkan kos untuk semua keperluan kahwin semakin meningkat, saya mengambil keputusan untuk menjual kain dan dadih secara dalam talian dan ia boleh dilakukan di rumah tanpa perlu modal yang banyak untuk membuka kedai atau gerai.

"Saya akui ia bukan mudah melakukan dua kerja dalam sehari kerana ia sememangnya mengganggu kualiti kerja saya dan tiada masa untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan," katanya.

Sementara itu, Farrah Wahidah Saari, 26, yang mempunyai pekerjaan tetap, mula serius berkecimpung dalam membuat kraftangan selepas menamatkan pengajiannya pada 2014.

Jurutera di sebuah syarikat konsultan di Shah Alam, mengambil tempahan kraftangan diperbuat daripada tanah liat yang dibuatnya sendiri pada hujung minggu.

Farah berkata pada awalnya beliau membuat kraftangan itu hanya kerana minat namun, nekad untuk menjadikannya sebagai punca pendapatan tambahan bagi menikmati keselesaan hidup.

"Kerja sebagai jurutera memerlukan saya untuk bekerja lebih masa dan kadang-kadang sehingga lewat malam manakala aktiviti perniagaan ini hanya saya lakukan pada cuti hujung minggu bagi mengelakkan masa cuti saya dibazirkan begitu sahaja," katanya.

Bagi Mohd Izzuddin Hassan, 30, yang bekerja sebagai jurujual, dan juga sebagai penghantar makanan segera, berkata beliau perlu bekerja keras mengumpul duit simpanan untuk mendirikan rumah tangga.

"Saya tidak mahu menanggung hutang bank atau keluarga kerana kelak saya juga yang akan dibebani dengan pelbagai masalah," katanya.- Bernama


Tahniah Najib : 1MDB Jual Tanah Bayar Hutang

Posted: 02 Jan 2016 10:45 PM PST


DETIK DAILY

1. Tahniah 1MDB dan tahniah Najib dalam tempoh enam bulan berjaya mengurangkan hutang sebanyak RM40 bilion melalui plan rasionalisasi. Kejayaan ini selepas pelbagai penafian awal dibuat oleh kerajaan tiada apa masalah yang dihadapi oleh 1MDB.

2. Semalam 31 Disember 2015 tempoh akhir enam bulan membuktikan Najib Janji Ditepati dengan hutang 1MDB hanya berbaki RM2 bilion saja lagi. Ini satu kejayaan besar Najib melabuh tirai tahun 2015 dan membuka tirai 2016.

 3. Sudah tentu 30 juta rakyat Malaysia berbangga dan bergembira di ambang tahun baru 2016 atas kejayaan Najib dan kerajaan Umno Bn sebagai acara sambutan dengan berselawat dan percikan bunga api. Tentulah tepat detik 12.00 tengah malam seluruh rakyat bertempik sorak melangkah gagah ke tahun 2016 setelah bebas daripada beban hutang 1MDB dengan JUAL SYARIKAT DAN PROJEK JANAKUASA EDRA ENERGI DAN YANG TERBARU JUAL TANAH PROJEK BANDAR MALAYSIA KEPADA SYARIKAT YANG ADA KEPENTINGAN ASING DARI CHINA.

4. Teringat orang tua-tua dulu terpaksa bergolok bergadai jual tanah kebun dan dusun untuk kehidupan. Hari ini 1MDB milik kerajaan Umno Bn yang hebat jual tanah bayar hutang untuk selamatkan Najib. Masa tubuh 1MDB sebagai syarikat pelaburan kononnya untuk bawa pulangan keuntungan kepada Negara dan rakyat. Kerajaan jual tanah pada 1MDB dengan harga murah untuk tujuan pembanggunan projek bandar Malaysia, sebaliknya 1MDB pula jual kepada syarikat lain yang ada kepentingan dengan negara China.

5. Perniagaan yang mudah, buat perniagaan dan pelaburan yang mengarut-mengarut dan buat hutang banyak-banyak kemudian jual harta untuk bayar hutang, selesai masalah! Inilah kehebatan kerajaan Umno Bn. Dulu, MAS bermasalah rugi. Nak buat untung jual banggunan dan jual kapal terbang dan sewa balik untuk operasi. Akhirnya tutup syarikat lama buka syarikat baru. Buang pekerja. Hebat Malaysia berniaga sampai tutup kedai dan jual tanah. Jangan pula lepas ni JUAL ORANG! Mari kita lihat siapa yang kena.
SELAMAT TAHUN BARU 2016

DOA UNTUK MU MALAYSIA, SELAMATKAN MALAYSIA.

(*)  DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR,Ahli Parlimen Pokok Sena

Isu Vape

Posted: 02 Jan 2016 10:42 PM PST



Oleh Dr MAZA


Ramai bertanya tentang vape. Di sini ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh;

1. Menghisap vape pada asasnya bukan amalan yang baik, kerana ia mungkin mempunyai risiko yang tidak baik untuk kesihatan.

2. Sehingga setakat ini belum ada kajian yang putus tentang kesan vape, maka hukuman sehingga ke tahap 'haram' perlu menunggu kajian yang diyakini yang membuktikan mudaratnya.

3. Adalah menghairankan apabila ada pihak yang bertegas keras tentang vape tetapi tidak bertegas tentang pengharaman rokok. Lebih pelik lagi pada masa kini, apabila isu pengharaman rokok bagaikan dilupakan sedangkan fatwa tentang pengharamannya jelas dan hampir sepakat, sementara dalam masa yang sama hanya vape yang 'kelihatan' haram.

4. Kesan zahir vape di sudut bau busuk mulut, tidak seperti rokok yang jelas busuk yang menyebabkan penghisap rokok itu dilarang hadir berjamaah di masjid kerana bau busuknya. Demikian ketika pergaulan. Di sudut itu, vape lebih baik dibandingkan rokok yang busuk dan mudarat.

5. Rokok juga memudaratkan orang yang ada di sekeliling yang terhidu asapnya. Maka, dosa perokok boleh berlipat ganda atas sebab itu. Demikian perbuatan merokok telah merosakkan banyak harta awam. Ini dapat kita lihat kesan api rokok di tandas-tandas awam dan selainnya. Hal ini mungkin tidak terdapat pada penghisap vape.

6. Penentuan hukum vape sangat bergantung kepada kajian yang pasti pakar kesihatan, bukan sekadar fatwa ahli agama semata.

Tahun 2015 yang sedih lagi pelik

Posted: 02 Jan 2016 10:38 PM PST



Oleh HISHAMUDDIN RAIS


Apabila tuan hamba membaca tulisan hamba ini yakinlah tahun telah berganti. Tahun 2015 telah melintas hilang dan tahun 2016 telah sampai. Ini maknanya umur hamba dan umur tuan hamba bertambah setahun lagi.

Sebenarnya hamba ada niat hendak mengucapkan selamat tahun baru kepada tuan hamba para pembaca, macam hamba mengucapkan Selamat Menyambut Krismas minggu lalu. Hamba berharap dengan ucapan ini akan muncul beberapa ekor tok mudim dan tok siak dengan pisau tajamnya.

Hamba ingin mendengar ayat terselit dan ayat tersepit yang akan disurahkan oleh para tok mudim dan tok siak untuk melarang bani Melayu dari mengucapkan Selamat Tahun Baru.

Kalau ucapan sambutan Maulud Nabi Isa lagi dilarang. Inikan pula menyambut tahun baru yang berasal usul dari kalender Pope Gregory ke-13. Mesti banyak ayat terselit dan ayat tersepit yang akan disurahkan.

Mana tahu entah-entah Pope Gregory ini pernah menghisap darah dan makan hati bani Melayu.

Hamba sebenarnya memang suka mengganggu tidur tok mudim dan tok siak. Tahun 2015 yang telah berlalu ini untuk hamba ialah tahun kesedihan. Di sini hamba ingin berkisah tentang apa yang sedih lagi menyayat hati.

Bani Melayu merasa amat sedih kerana telah dihina dan diinjak-injak. Pemimpin agung bani Melayu telah dituduh dengan pelbagai tuduhan. Paling hina ialah apabila pemimpin agung bani Melayu dituduh menerima duit rasuah dari Tok Arab.

Berita ini bermula dari laporan sebuah akhbar Yahudi terbitan New York yang bernama Harian Tembok Jalan. Mustahil sebuah akhbar dengan nama Tembok Jalan boleh dipercayai. Kalau namanya Dire Straits Times mungkin masuk akal untuk dipercayai.

Hamba rasa penghinaan terhadap pemimpin agong bani Melayu ini adalah rancangan Yahudi. Mereka cemburu kerana negara bani Melayu ada menara berkembar bernama KLCC. Kita boleh berbangga kerana kita ada LRT, MRT dan kita juga ada GST. Negara lain mana ada macam kita.

Banyak negara asing cemburu dengan kejayaan bani Melayu ini. Kita juga ada kereta Proton. Kereta Proton ini amat-amat istimewa dalam dunia ini. Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa hanya saintis dan pakar bani Melayu sahaja yang memiliki teknologi membuat kereta yang tingkapnya tidak boleh dibuka.

Ini satu penemuan teknoloji tercanggih dalam dunia. Negara Bani Melayu satu-satunya negara yang berjaya membuat cermin tingkap kereta yang tidak boleh dibuka.

Dari segi teknologi perang ini satu pencapaian kerana jika tingkap kereta tidak dapat dibuka maka musuh tidak dapat masuk ke dalam kereta untuk menyerang kita. Pada hemat hamba ramai orang asing cemburu dalam hal kejayaaan teknologi kita.

Malah dari risikan Haji Desas bin Lebai Desus hamba difahamkan tiga orang pakar nuklear Rusia telah datang ke Kuala Lumpur. Mengikut Haji Desas para saintis ini telah diarahkan oleh Presiden Vladimir Putin datang merisik untuk mempelajari teknologi tingkap tidak boleh dibuka.

Dikatakan, Putin amat tertarik dengan teknoloji ini dan ingin menggunakannya untuk roket Sayuz 7K-Lok yang akan dihantar ke bulan.

Hamba akan terus mengingati tahun 2015 yang cukup menyedihkan kerana maruah bani Melayu selalu dicabar. Sepanjang tahun 2015 maruah Bani Melayu dicabar berpuluh kali. Maruah bani Melayu dicabar dalam kedai telefon bimbit. Maruah bani Melayu dicabar di Jalan Petaling. Maruah Bani Melayu dicabar apabila 500,000 warga negara Malaysia turun ke jalan raya anjuran BERSIH.

Maruah bani Melayu terbarai merata-rata. Hamba sendiri berasa sedih melihat maruah bani Melayu dirobek-robek. Tidak ada yang sangup menangis melihat maruah bani Melayu dicabar. Maruah bani Melayu bersepah-sepah dicabar hinggakan Mamak Tongkang Penang malu untuk mengaku Melayu.

Maruah bani Melayu ini dicabar kerana bani Melayu tidak bersatu. Semua ini berpunca dari perpecahan politik Bani Melayu. Jika Bani Melayu ini dapat bersatu bukan sahaja Tok Arab sanggup menghulur derma malah Tok Bengali Janggut anak mendiang Karpal Singh juga akan mengaku menjadi Bani Melayu sama macam Tee Chuan Seng yang kini dengan bangganya memakai nama Mamat Rituan Baku Tee. Alhamdulilah.

Hamba juga ada mendengar memang ramai orang bersedih pada tahun 2015 terutama orang Pahang. Ramai anak muda Pahang menyimpan hati hendak memetik bunga sekuntum di taman Rosmah. Tup Tup entah macam mana bunga sekuntum ini telah disambar helang Kazakhstan. Kempunan jantan-jantan Pahang.

Di belakang bunga sekuntum ini ada kesah benar yang takjub lagi menakjubkan. Pelik lagi memelikkan.

Kesah ganjil lagi mengganjilkan. Sedih lagi menyedihkan. Lebih hebat dari Ripley's Believe It or Not. Ini bukan keisah rekaan hamba. Ini kisah tahun 2015 yang tidak akan kita lupa-lupakan walaupun Hadi Awang telah dinobatkan sebagai Penasihat Ekonomi Negara.

Kesah sedih menjadi takjub ini bermula dengan lapan bilion umat manusia yang sedang bernafas dalam dunia kita hari ini. Dari lapan bilion ini ada 17 juta orang hidup dalam sebuah negara ditengah-tengah padang rumput yang bernama Kazakhstan. Ibu kotanya bernama Astana.

Jauhnya Astana dari Kuala Lumpur ialah 3,748.4 batu. Kalau naik pesawat Air Astana akan mengambil masa 8 jam. Kalau naik Rayani Air mungkin 15 jam kerana juruterbang dan anak kapal wajib berhenti ambil wuduk di Mumbai. Kalau naik pesawat MAS belum pasti sampai mungkin pesawat MAS ini melencong ke Melbourne.

Tapi bukan ini yang hendak hamba kisahkan. Hamba hendak berkisah tentang seorang jantan dari Astana yang telah bersusah payah membuat fotokopi surat berhenti sekolah. Membuat salinan sijil sekolah. Membuat sijil TOEFL yang membuktikan jantan ini boleh berbahasa Inggeris. Semua sijil-sijil ini dicap cemerlang dengan kepujian kelas A+++.

Lalu si jantan ini melamar masuk ke Kulombia Universiti. Opps maaf salah eja. Columbia University New York. Dalam masa yang sama bunga sekuntum milik Rosmah juga melamar masuk ke universiti yang sama.

Bayangkan ada 30,000 jantan betina belajar di universiti ini. Ada jantan kacak Latino. Ada jantan kacak Tok Arab. Ada jantan sasa hitam, putih. Ada putera raja. Ada anak Cartel Latino. Pilih punya pilih kuntum milik Rosmah memilih untuk berpacar dengan Jantan Kazakhstan. Akhirnya mereka berkahwin.

Di belakang cerita kahwin ini ada cerita pelik tetapi benar. Ada besi berani yang merapatkan dan menarik mereka. Inilah kuasa Yang Maha Kuasa. Ini Karma segala Karma dalam dunia ini.

Tuan hamba mungkin tidak percaya apabila hamba beri tahu bahawa Jantan Kazakhstan ini telah menipu surat sijil sekolahnya. Lagi pelik apabila diberitakan bahawa Jantan Kazakhstan ini juga sedang dicari oleh FBI kerana kes menipu jual beli rumah.

Jangan tuduh hamba membuat fitnah. Jangan tuduh hamba menabur tohmah. Semua kesah ini hamba pungut dari akhbar New York bukan dari Utusan Tipu Melayu atau dari Berita Hairan.

Cerita pelik ini tidak tamat di sini. Hamba hendak membuktikan tentang wujudnya kuasa Yang Maha Kuasa yang telah merapatkan dua makhluk ini sehingga satu dunia tidak percaya. Ramai menggeleng kepala tidak percaya. Walhal semua ini adalah kisah benar tetapi pelik.

Pusing punya pusing kitar punya kitar baru-baru ini akhbar New York telah melaporkan bagaimana ibu kepada jantan Kazakhstan ini telah membeli berbelas-belas beg tangan Hermes. Seperti telah tersurat dalam Loh Mahfuz, si Ibu ini telah enggan membayar harga beg yang hampir satu juta dolar Amerika.

Si ibu ini bukan saja enggan membayar malah telah mengugut tuan empunya kedai. New York menjadi heboh kerana ibu ini telah menjual nama besannya. Ibu ini dengan bangga telah memperkenalkan dirinya sebagai besan kepada Muhammad Najib bin Abdul Razak - Taiko Bani Melayu.

Disebut sahaja nama Muhammad Najib, fail FBI terbuka luas. Ini kerana dikatakan FBI sedang menyiasat kes mendobi duit di Amerika. Dalam masa yang sama jantan Kazakhtan ini juga sedang dicari FBI. Kini ditambah satu lagi kes – si ibu pula lari dengan beg Hermes. Semua menjadi berita terkini lagi sensasi tahun 2015, maka New York jadi heboh.

Sambung punya sambung – kisah terus berkisah – cerita bertambah takjub apabila akhbar New York melaporkan bagaimana ibu ini dikatakan terlibat dalam kes bunuh kekasih suaminya. Aduh! Bila berita ini muncul hamba macam tak percaya. Hamba terus teringat kepada arwah Altantuya. Betulkan laporan dari New York ini?

Membaca semua ini membuatkan hamba duduk bertafakur. Hamba bertenang diri. Maka inilah bukti kuasa Yang Maha Kuasa. Walaupun dunia ini ada lapan bilion penduduk tetapi apabila seekor perempuan dari Astana dan seekor dari Putrajaya ingin dipertemukan maka mereka akan bertemu juga.

Seribu halangan seribu rintangan semuanya dilupus. Pertemuan dua watak seirama ini terjadi juga akhirnya.

Mungkin tuan hamba tidak percaya apa yang hamba tulis ini. Saekor perempuan suka beg Hermes.

Saekor lagi suka beg Birkin. Dua-dua ekor perempuan ini bukan saja menjadi besan, bukan sahaja memiliki sejarah yang sama malah perempuan dua ekor ini amat suka dengan Jacob Arabo tukang jual intan berlian di Manhattan.

Pelik tetapi benar. Inilah kisah takjub lagi menakjubkan untuk tahun 2015. Sedih tetapi sahih. Amin. Selamat tahun baru.



Penganalisis jangka undi popular BN naik 5% di S'wak

Posted: 02 Jan 2016 10:31 PM PST

Amrizan Madian, Bernama


 


Kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dilihat mampu meningkatkan lagi sokongan rakyat Sarawak kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri ke-11 nanti.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata pelaksanaan dasar baharu seperti penurunan kuasa untuk Sarawak, program-program pembangunan, serta keputusan menghapuskan tol di semua jambatan di negeri itu telah meningkatkan sokongan rakyat kepada Adenan dan Barisan Nasional (BN) khasnya.

"Saya menjangkakan undi popular BN akan meningkat kepada 55 peratus hingga 60 peratus pada pilihan raya negeri kali ini," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada pilihan raya negeri yang lepas, BN Sarawak yang diwakili empat parti komponen utama ketika itu iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) menang 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang termasuk seorang calon Bebas mendapat 16 kerusi DUN.

Dr Jeniri yang juga pensyarah kanan di Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata berdasarkan kajian yang dilakukannya, Adenan kini mencapai tahap popular hampir 84 peratus dalam kalangan rakyat Sarawak pada Oktober lepas berbanding 74 peratus pada April tahun lepas.

Bagaimanapun, beliau berkata isu-isu nasional seperti kenaikan kos sara hidup, cukai barang dan perkhidmatan dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pastinya tetap menjadi isu pada pilihan raya negeri nanti dan BN perlu bijak menangani segera.

Namun beliau berpendapat, isu-isu itu hanya memberi kesan kepada pengundi muda yang banyak terdedah dengan maklumat tidak tepat dalam media sosial.

"BN harus bersedia untuk menangkis isu-isu itu melalui media tradisional seperti radio dan televisyen ataupun melalui media maya khasnya melalui aplikasi WhatsApp," katanya.

Dr Jeniri turut meramalkan pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan pada cuti persekolahan Mac depan sebelum mandat penuh DUN Sarawak berakhir pada Jun tahun ini.

Mengenai calon, Dr Jeniri yakin tiada "tangan ghaib" yang boleh mempengaruhi Ketua Menteri Sarawak itu dalam menentukan calon BN di 82 kerusi DUN nanti.

Beliau berkata selaku Pengerusi BN negeri, Adenan dilihat seorang yang konsisten dalam setiap keputusannya dan tidak mudah dipengaruhi mana-mana pihak.

"Pemilihan calon (yang akan diputuskan Adenan nanti) adalah atas dasar keyakinan kepada kebolehan calon selain mendapat sokongan parti, rakyat serta bakal calon pelapis untuk Sarawak dalam tempoh lima tahun lagi," katanya.

Beliau berpendapat menerusi pertambahan 11 kerusi DUN yang baharu, BN dijangka menampilkan sekurang-kurangnya 21 muka baharu dengan mengugurkan beberapa penyandang atas beberapa faktor seperti prestasi dan kesihatan.- Bernama


'Raja Noor Jan Shah kebal?'

Posted: 02 Jan 2016 10:29 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Pihak berkuasa dilihat gagal memantau aktiviti usahawan Raja Noor Jan Shah Tuah yang mengakui dirinya sultan Melaka, kata Utusan Malaysia.

Langkah Noor Jan menobatkan diri sebagai sultan Melaka pada 2005 dan menuntut takhta adalah perkembangannya tidak sihat, malah mengancam institusi beraja, tulis Awang Selamat.

"Sampai bila kisah Sultan Melaka ini mahu berakhir di sebalik langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menanganinya," kata Awang Selamat, nama samaran yang dilihat membawa pendirian akhbar itu.

Sebelum ini gambar satu majlis kononnya bersempena darjah kebesaran Noor Jan kepada beberapa individu dan aktivis viral di dalam sosial media.

Antara yang kononnya menerima anugerah tersebut iaitu aktivis popular dengan gelaran "raja repot", Abdul Rani Kulup Abdullah (gambar).

Noor Jan dilaporkan memberikan anugerah tersebut laksana seperti seorang raja yang sah sedangkan kerajaan Melaka sejak awal lagi menafikan beliau pewaris takhta kesultanan negeri.

"Sudah banyak tindak-tanduk beliau memudaratkan tetapi nampaknya Noor Jan kebal. Beliau terus dengan aktiviti kesultanannya.

"Awang lihat kegagalan pihak berkuasa untuk menyelesaikan sama sekali isu tersebut memberikan mesej yang salah dan mengelirukan kepada umum.

"Sebab itu ada yang berani untuk menerima dan mengiktiraf gelaran yang diberikan oleh beliau," tulis Awang Selamat.

Justeru akhbar lidah Umno itu mencadangkan agar kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pihak yang bersubahat dengan Noor Jan.

Ini supaya tidak ada lagi individu lain selepas ini akan muncul dan mendakwa diri sebagai sultan dan raja di negara ini.

Tahun lalu, Noor Jan pernah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.


Trafik di semua lebuh raya lancar setakat 9 pagi

Posted: 02 Jan 2016 10:15 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya utama dilaporkan bergerak lancar setakat 9 pagi Sabtu.
 
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Malaysia Berhad memberitahu Bernama, tiada kesesakan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan bagi kedua-dua arah.
 
"Keadaan trafik di utara iaitu dari Bandar Baharu ke Jawi juga lancar dan tiada penutupan lorong di buat berikutan sebuah kereta dilaporkan terbakar di KM163.4," katanya.
 
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata tiada kesesakan dilaporkan di lebuh raya utama lain khususnya di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2.
 
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
 
 

'Ikan rakyat' tampung kekurangan musim tengkujuh

Posted: 02 Jan 2016 10:14 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan membekalkan 'ikan rakyat' bagi menampung kekurangan bekalan bahan mentah itu di Kelantan berikutan musim tengkujuh sekarang.
 
Pengarahnya Abdullah Ismail berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) bagi membekalkan ikan sejuk beku seperti kembung, selayang, sardin dan tamban, dalam tempoh terdekat.
 
"Pada masa sekarang kita sedang buat pemantauan mengenai penggunaan ikan di negeri ini sebelum membuat tempahan dengan NEKMAT," katanya ketika dihubungi Bernama di Kota Bahar, Ahad.
 
Beliau mengulas rungutan pengguna mengenai kenaikan harga ikan secara mendadak di pasaran selepas nelayan tidak dapat ke laut sejak dua bulan lepas akibat laut bergelora.
 
Abdullah berkata NEKMAT mempunyai simpanan ikan yang mencukupi bagi menampung kekurangan di seluruh negara terutama pada musim tengkujuh yang berlaku setiap tahun.
 
Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang mengenai bekalan ikan dan harga yang ditawarkan di pasaran kerana NEKMAT mempunyai tujuh jenis ikan yang diperoleh ketika waktu kemuncak tangkapan sebelum disejuk beku.
 
Katanya walaupun disejuk beku, ikan berkenaan dijamin masih berkualiti dan akan dijual dengan harga tidak melebihi RM10 satu kilogram.
 
"Ikan-ikan berkenaan akan diedarkan menerusi pasar tani dan persatuan nelayan dalam tempoh terdekat.
 
"Selama ini pun kita sudah edarkan kepada pengguna di negeri ini tetapi kurang mendapat sambutan," katanya.
 
 

Program yang dihadiri Hadi dan Husam berbeza - Mahfodz

Posted: 02 Jan 2016 10:13 PM PST

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Aziz

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Datuk Husam Musa tidak wajar menyamakan kehadirannya dalam majlis makan malam anjuran Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan malam tadi dengan jemputan yang diterima Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad sebaliknya menegaskan majlis yang dihadiri Presiden PAS itu dianjurkan oleh persatuan tertentu, sedangkan Husam hadir dalam program anjuran seteru politik mereka.  
 
"Jadi tidak bolehlah hendak membuat andaian sendiri dan hendak membuat kias sendiri yang dia (Husam) boleh hadir ke majlis musuh politik PAS sedangkan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 itu bukan anjuran Umno tetapi dianjurkan oleh bekas-bekas pelajar (Alumni Universiti Al-Azhar)," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.
 
Beliau mengulas dakwaan Husam yang mendakwa bahawa tindakannya itu mendapat 'restu' daripada PAS yang kini dilihat terbuka dalam mengadakan pertemuan dengan parti lain terutamanya dalam isu nasihat-menasihati. 
 
Husam berkata tindakan beliau yang hadir dalam majlis anjuran PAN itu adalah selari dengan kehadiran Hadi pada majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang turut disertai Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
 
Mahfodz dalam pada itu menegaskan kehadiran Hadi pada majlis Disember tahun lepas telah pun dirujuk ke PAS Pusat terlebih dahulu.
 
Berbeza dengan Husam yang tidak merujuk terlebih dahulu kepada PAS Pusat.
 
"Sepatutnya (Husam) tidak boleh menyamakan keadaan beliau dengan Presiden PAS, kerana (Datuk Seri Abdul Hadi) hadir itu telah diputuskan oleh PAS Pusat, mereka hadir ke Multaqa itu pun dimaklumkan kepada AJK PAS Pusat.
 
"Husam pula tidak maklum, jadi dia buat kias sendiri, jadi kiasnya itu tidak betul dan hendak disamakan dengan Presiden PAS," katanya.
 
Dalam perkembangan yang sama, Mahfodz berkata, tindakan Husam itu juga membayangkan kedudukannya sekarang dalam PAS.
 
"Jadi itu sudah ada petanda-tanda yang dia sudah tidak jelas kedudukannya. Pasal kalau dia memang betul-betul sayangkan PAS sedangkan PAN itu tidak sehaluan dengan PAS, tambah pula mereka yang keluar daripada PAS, jadi sepatutnya dia tahulah," katanya.
 
Kehadiran Husam malam tadi merupakan kali pertama beliau hadir ke majlis anjuran PAN.
 
Turut hadir pada majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 1,000 orang itu ialah Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta beberapa pimpinan DAP yang lain.
 
ADUN Salor itu juga yakin bahawa beliau tidak akan dipecat oleh PAS kerana kehadirannya ke majlis tersebut memandangkan parti Islam itu merupakan sebuah parti yang adil dan baik.
 
 

Tiada ulasan: