Jumaat, 25 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Kita Tunggu apa akan Berlaku Selepas PRU 14.....

Posted: 25 Dec 2015 10:30 PM PST

Memang pilihan terbaik dh ni... Yg xde logo kt bawah ni, x payah undi... X mendatangkan faedah...

Posted: 25 Dec 2015 09:45 PM PST

Perkasa tidak perlu jadi parti politik FMT Reporters

Posted: 25 Dec 2015 09:30 PM PST


Perkasa

Langkah itu tidak perlu kerana suara Perkasa sebagai NGO masih didengar oleh kerajaan 

PETALING JAYA: Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak perlu berdiri sebagai sebuah parti politik kerana tidak ada keperluan.

Perkara itu dinyatakan oleh Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya apabila mengatakan Perkasa mempunyai tapak dan pengaruh yang kukuh untuk kekal sebagai NGO.

Katanya, suara Perkasa sebagai NGO masih didengar oleh pihak kerajaan.

"Tidak perlu bagi Perkasa untuk bertukar kepada sebuah parti.

"Bagaimanapun ini terpulang kepada ahli-ahli Perkasa. Jika mereka mahu Perkasa menjadi sebuah parti, jadi kita akan tubuhkan parti,"katanya yang dipetik dari Sinar Harian Online.

Kelmarin, seorang pemimpin Perkasa mengeluarkan kenyataan bahawa Perkasa mungkin akan membentuk sebagai sebuah parti sekiranya Pas dan UMNO kecundang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Kenyataan tersebut dikatakan dibuat susulan UMNO yang kini mengalami pergolakan dalaman akibat krisis pemimpinnya.

Sambutan Krismas tidak dilarang di Brunei - FMT Reporters

Posted: 25 Dec 2015 08:45 PM PST

brunei,krismas
 
December 26, 2015

Seorang pengguna laman sosial menceritakan pengalamannya meninjau sambutan Krismas di Brunei.

PETALING JAYA: Kerajaan Brunei tidak melarang sepenuhnya sambutan Krismas di negara itu seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.

Sebaliknya, larangan itu hanya untuk orang Islam kerana menyalahi hukum syarak dan di tempat-tempat awam manakala penganut Kristian masih boleh meraikannya di gereja dan tempat atau premis persendirian.

Menurut seorang pengguna laman sosial, Muhamad Harris Nasril yang membuat tinjauan di dua gereja di negara itu mendapati, penganut Kristian masih bebas menyambut Hari Krismas.

Katanya, ia, sekaligus menafikan laporan media antarabangsa yang turut dipetik beberapa media di Malaysia yang mendakwa kerajaan Brunei mengharamkan sepenuhnya sambutan Krismas di negara itu.

"Larangan tersebut hanyalah terpakai kepada orang Islam sahaja dan di tempat-tempat awam. Di gereja dan tempat-tempat persendirian, sambutan berlangsung seperti biasa," tulisnya di Facebook.

Dia yang juga aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) menceritakan pengalamannya masuk ke gereja untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana sambutan Krismas di negara berkenaan.

"Saya ada berbual dengan seorang perempuan di luar gereja, saya memberitahu telahan saya yang Krismas dilarang sambutannya di Brunei?

"Dia memberitahu yang larangannya hanya untuk orang Islam dan di tempat-tempat awam manakala dalam gereja dan tempat persendirian, mereka boleh sambut seperti biasa. Itu menerangkan dengan jelas mengapa saya tidak nampak sebarang pokok Krismas di dalam pusat beli-belah," tulis Muhamad Harris.


Dia membuat tinjauan itu di gereja terbesar di Brunei, Church of Our Lady of the Assumption dan St Andrews Church.

Fitnah polis, pemilik akaun Facebook disiasat FMT Reporters

Posted: 25 Dec 2015 08:00 PM PST


ACP-Abdul-Aziz-Salleh,fb

Siasatan tetap dilakukan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah

PETALING JAYA: Polis Pahang menyiasat pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Adinda Idris kerana memuat naik status mendakwa polis tidak menyiasat kes kemalangan melibatkan anaknya dengan sebuah lori membawa bauksit dalam kejadian pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, status itu antara lain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan telah menasihati suaminya agar menarik balik laporan terhadap kes kemalangan berkenaan hingga menyebabkan anaknya tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Status tersebut telah menjadi viral terutama di Facebook menyebabkan pengguna media sosial membuat komen mengecam tindakan polis.

"Ia telah menjejaskan nama baik pegawai penyiasat kes berkenaan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) amnya dan ekoran itu satu laporan polis telah dibuat terhadap wanita berkenaan bagi membolehkan siasatan dilakukan.

"Polis juga menyangkal sama sekali ada menasihati mana-mana individu khususnya ahli keluarga mangsa seperti didakwa dan ini merupakan satu fitnah kepada polis yang bertungkus lumus memastikan kes ini dapat dibawa ke muka pengadilan," katanya yang dipetik dari Bernama.

Menurut Abdul Aziz, meskipun wanita itu memohon maaf melalui status terbaru di Facebooknya dengan memberi alasan statusnya itu telah disalah tafsir, polis tetap membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian pada pukul 9 malam Jumaat lepas, anak kepada wanita berkenaan yang menaiki motosikal dilaporkan cedera parah selepas berlanggar dengan sebuah lori membawa muatan bauksit di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran sebuah stesen minyak.

Bagaimanapun, lori berkenaan dilaporkan tidak berhenti dan nombor pendaftaran kenderaan yang diberikan rakan mangsa selepas itu didapati tidak tepat kerana merupakan milik kenderaan lain menyebabkan polis mengambil masa mengesan pemandu terlibat.

Sehingga kini siasatan berhubung kes itu masih berjalan dan tidak dibuang seperti yang didakwa wanita terbabit.

Jadi penasihat kerajaan, Pas mahu selamatkan negara

Posted: 25 Dec 2015 07:15 PM PST


hadi awang
Pas mahu menjadi penasihat bagi mengingati pihak berkuasa agar meninggalkan kemungkaran
KUALA LUMPUR: Langkah Pas yang menawarkan diri untuk menjadi penasihat kepada kerajaan pusat bukan kerana mahu mendapatkan pangkat sebaliknya sebagai usaha untuk menyelamatkan negara.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, sudah tiba masanya Pas campurtangan dalam urusan negara untuk menasihati pemimpin agar mentadbir mengikut tatacara Islam.

"Mesej kita bukan merampas kuasa semata-mata kerana singgahsana, kerusi dan pangkatnya, tetapi menjadi penyelamat.

"Permulaannya dengan menasihati pihak yang berkuasa supaya meninggalkan kemungkaran, kalau mereka tidak berubah caranya adalah mengambil alih kuasa tanpa dendam kesumat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya lagi, Pas sebagai sebuah gerakan Islam menjunjung tinggi Al-Quran dan Sunnah sebagai dasar tertinggi parti.

"Surah Al-Asr menegaskan, betapa konsep nasihat amat penting kepada jamaah Islam dan umatnya, dengan makna yang luas bagi diri dan terhadap semua pihak termasuk musuh yang paling zalim," kata Abdul Hadi yang juga merupakan Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Justeru, beliau menyeru agar ahli Pas tidak mempedulikan mereka yang `buta Al-Quran' demi perjuangan.
"Kita kini tenggelam dengan bencana zaman orang yang menulis dan bercakap tanpa ilmu di bawah langit tanpa sempadan.

"Perjuangan kita bukan akal tanpa sempadan…kita mengikut sempadan Allah (dalam perjuangan dan dakwah)," katanya lagi.

MARAH-MARAH

Posted: 25 Dec 2015 06:30 PM PST


Ismaily Bungsu C's photo.

SEORANG anak buah yang suka membaca apa saja yang saya tulis menulis sesuatu, lalu ia minta saya membaca dan komen apa yang telah ia tulis di wallnya dan sesegeranya saya teliti.

Saya baca dan amati baca berulangkali dan sesudah itu saya inbox dia agar selalu bersabar kerana semuanya apa saja yang datang ke sisi kita telah dijadualkan oleh Allah dan ada hikmahnya di sebalik yang menimpa diri kita.

Sebenarnya apa saja yang kita tulis itu secara tidak langsung adalah sikap diri kita sendiri dan itu tidak baik untuk diperlihatkan kepada orang ramai sebab orang yang membaca ada kalanya meski tidak kenal akan kenal peribadi kita dan sebenarnya itu harus dielak untuk tontonan.

Lagi pula sikap marah itu sebenarnya kesan dipengaruhi oleh syaitan dan itu sebab ketika kita marah kita harus selalu menyebut nama Allah dan usaha berhenti berbuat apa-apapun sebab terlepas kata akan susah jadinya.

Dengan cara marah, semua perkara yang dihadapi tidak akan selesai banding dihadapi secara professional dan selalu tabah dan sabar dan itu sebab Nabi pernah bersabda sabar itu sebahagian dari iman kita.

Bagaimana kalau kedua pihak tak sabar dan kesannya berperang dan sudahnya kalah jadi abu, menang jadi arang akan sama juga sudahnya dan yang melihat keadaan akan ketawa kesan keduanya telah berjaya dipengaruhi oleh syaitan yang bergayutan di sekitar.

Sikap marah itu memang ada dalam diri manusia atau haiwan dan kerana itu kita disaran untuk selalu sabar dan kekadang kala marah itu mendiamkan diri atau tidak usah menulis apa2 atau berkata apa-apa lagi baik dan menulislah/berkatalah kala amarah itu sirna.

Mudah-mudahan kita ini selalu saja dianugerahi Allah dalam keadaan yang sabar selalu dan sabar itu juga akan selalu membawa kejayaan dan akhirnya ke syurga yang Allah janjikan.

Salam sayang dan salam kasih untuk semua.


ISMAILY BUNGSU
sabah

NURUL NUHA ANWAR KRITIKAL DALAM WAD ICU

Posted: 25 Dec 2015 05:45 PM PST

Doakan yg Terbaik...
Ins shaa ALLAH...
Azizul Hakim Abdul Aziz's photo.

Dikhabarkan Nurul Nuha semakin tenat dan kini berada dalam pengawasan ICU. Ahli keluarga telah dipanggil oleh Doktor dan bapanya sendiri (Anwar Ibrahim) turut akan menziarahi Nurul Nuha dalam tempoh terdekat.

Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.
Dr Wan Azizah Wan Ismail's photo.

Alhamdulillah DSAI dibenarkan menziarah Nurul Nuha di hospital..semoga anakanda semakin sembuh dengan kekuatan semangat papa..


Heabat PM Kita Ni.....

Posted: 25 Dec 2015 06:04 PM PST

Sedondon - Jatuhnya Nanti Pun Sedondon Jua...

Posted: 25 Dec 2015 01:00 AM PST


Retorik pertemuan sedondon Najib-Hadi – Dr Maszlee Malik

Pertemuan sepentas 2 presiden bagi 2 aparti umat Islam terbesar di Malaysia di dalam acara Multaqa Alumni al-Azhar baru-baru ini menimbulkan pelbagai polemik dan perdebatan, sama ada di media arus perdana, hatta di media sosial.

Pakaian sedondon, nada ucapan yang seiring sekata, dan juga resolusi yang menjurus kepada 'perpaduan' di antara Umno dan PAS demi Islam dan bangsa Melayu memberikan impak yang cukup untuk 1001 spekulasi dan ramalan-ramalan dari warga Malaysia.


Di sebalik semua polemik yang ditimbulkan, seperkara yang perlu diakui ialah kedua-dua presiden Umno dan PAS tersebut berjaya melakukan sesuatu yang gagal dilakukan oleh presiden Umno dan PAS sebelum mereka selepas era Tun Abdul Razak dan Datuk Asri Muda. Hal ini perlu diakui, dan kejayaan mereka perlu diiktiraf.

Mungkin ada yang ingin menyamakan pertemuan 2 presiden tersebut dengan perkongsian sepentas antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Datuk Fadzil Nor.

Dua pertemuan tersebut tidak sama, walaupun kedua-dua pertemuan itu menemukan presiden Umno dan PAS sepentas. Dalam pertemuan Dr Mahathir dan Fadzil, isu utamanya ialah isu Palestin. Penganjurnya pula ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Resolusinya pula ialah berkaitan isu Palestin yang pada waktu kini membuahkan hasil daripada pertemuan tersebut. Pertemuan Dr Mahathir dan Fadzil tidak membawa manifestasi politik, malah kedua-duanya tidak berpakaian sedondon dan tidak pula di kala reputasi politik Dr Mahathir sedang nazak.


Jika ada pihak yang sepatutnya mendapat kredit daripada pertemuan tersebut, maka Abim adalah pihak tersebut.

Pertemuan baru-baru ini memang membawa mesej dan motif politik. Tiada sesiapa dapat menafikan tema pertemuan 2 presiden berpakaian sedondon itu pun sarat dengan isyarat politik.

Malah, resolusi yang dikemukakan juga terang-terangan membawa implikasi politik. Mereka bukannya berbincang di atas isu keperluan kedua-dua parti melawan keganasan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) mahupun Bashar al-Asad di dalam multaqa tersebut.

Kedua-dua presiden juga tidak membicarakan tentang kematian demokrasi dan keadilan di Mesir yang dibunuh oleh rejim Jeneral al-Sisi yang disokong agamawan di universiti al-Azhar.

Mereka juga tidak berbincang tentang cara untuk menangani kemerosotan kualiti graduan al-Azhar mutakhir ini, terutamanya di dalam penguasaan bahasa Arab dan penguasaan ilmu dan alam akademik dan cara untuk mengatasinya.


Walaupun ketiga-tiga isu tersebut merupakan isu yang memerlukan input dan ketegasan alumni al-Azhar di Malaysia, namun kesemuanya tidak menjadi pokok perbincangan di dalam multaqa berkenaan.

Perkara pokok yang menjadi tema ucaptama kedua-dua presiden parti tersebut ialah usaha kerjasama Umno-PAS dan juga kepentingan politik Melayu-Islam bila mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang diasak hebat oleh pihak luar dan dalam partinya sendiri.

Pokoknya, pertemuan tersebut merupakan pertemuan politik yang membawa mesej politik yang jelas. Pertemuan tersebut bakal membawa satu anjakan paradigma di dalam PAS dan juga Umno.

Retorik teologi, ataupun penggunaan wacana agama di dalam menjadikan Umno di pihak yang salah, atau batil dan PAS di pihak yang benar, bakal berakhir dengan penerimaan kedua-dua presiden tersebut terhadap resolusi multaqa berkenaan.

Lebih menarik, amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang selama ini menjadi senjata Umno untuk membuktikan PAS adalah parti ajaran sesat, ataupun parti ekstremis dan pelampau agama juga akan lenyap dan senyap, dan mungkin hanya timbul apabila Umno terdesak pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya sahaja, jika ia diperlukan.

Apa yang pasti, kedua-dua parti yang dilihat daripada segi agama pada suatu waktu dulu sukar untuk bersama ataupun seia sekata kini dapat berkongsi aspirasi dan juga bersetuju untuk melakar masa depan demi kepentingan bersama.

Usah salah faham, persepakatan tersebut bukanlah membawa maksud meleburkan PAS untuk masuk Umno, ataupun membawa masuk PAS ke dalam Barisan Nasional (BN), itu tidak akan berlaku.

Tindakan berkenaan merupakan tindakan "kamikaze" bagi kedua-dua parti tersebut. Umno akan kehilangan rakan-rakan dari Borneo dan parti-parti komponen yang lain, manakala PAS akan kehilangan kerusi Exco di Selangor, dan juga kepentingan segelintir pimpinan mereka di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri tersebut juga.

Ianya pertaruhan yang tidak akan menguntungkan kedua-dua parti tersebut. Apa yang berlaku ialah kemenangan pihak Umno untuk tidak dilabel lagi sebagai pihak menentang agama, pihak yang mengkhianati dan penipu penyokong PAS.

Keuntungan bagi Umno juga ialah berakhirnya label-label bersalah daripada dimensi keagamaan yang sering PAS gunakan dahulu terhadap mereka. Keadaan tersebut akan memberikan kredit kepada Najib untuk menumpukan fokusnya melawan penentangan dari dalam Umno sahaja, terutamanya dari Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sekutu-sekutu mereka.

Umno sedar, undi bukan Melayu merupakan "gone case" bagi mereka di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. Maka tumpuan perlu diberikan ialah untuk mengekalkan undi Melayu majoriti mereka yang membawa kepada kemenangan tipis lewat PRU13 yang lalu.

Pertemuan Najib-Hadi adalah merupakan satu usaha penegasan Umno serius di dalam menjaga kepentingan Melayu-Islam dan juga komitmen Umno di dalam melawan DAP dan sekutu mereka yang dicanangkan sebagai musuh Melayu-Islam dan agenda Melayu-Islam di Malaysia.


Keuntungan bagi pihak PAS pula ialah imej mereka kepada penentang tradisi parti berkenaan dari kawasan majoriti Melayu luar bandar akan segera pulih. Kebersamaan presiden PAS dan Najib akan memberikan isyarat positif kepada para pengundi tegar Umno-BN di kalangan Melayu luar bandar.

Congak-congak sesetengah pimpinan PAS, jika keadaan seperti ini berterusan, maka peluang lebih cerah untuk mereka mendapatkan undi Melayu jika Umno semakin berpecah menjelang PRU14 nanti.

Strategi PAS sedar, di dalam PRU14 nanti, undi bukan Melayu bukanlah sasaran mereka. PAS tidak akan mendapat sokongan dari bukan Melayu seumpama 2008 dan 2013 lagi. Maka, mereka perlu mengalihkan tumpuan kepada pengundi Melayu di luar bandar. Maka pertemuan Najib-Hadi merupakan pertaruhan awal ke arah tersebut.

Persoalan yang bermain di minda semua rakyat Malaysia, ke arah manakah persefahaman Umno-PAS yang baru ini? Apakah langkah seterusnya? Apakah hasil dan impak ketara yang boleh dilihat di dalam waktu terdekat ini?

Apakah kesannya terhadap segala skandal dan isu yang sedang dihadapi oleh Najib kini? Apakah kesan persefahaman ini sekadar menyemarakkan lagi retorik kesatuan Melayu-Islam dengan mengetepikan isu utama di dalam politik seperti isu-isu tata kelola?

Isu skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), isu kegagalan teruk projek ternakan lembu suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melalui National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) yang memakan ratusan juta duit rakyat, isu ringgit yang jatuh teruk? isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang menyebabkan kenaikan taraf hidup rakyat ketika pendapatan isi rumah tidak bertambah?

Isu bauksit di Pahang yang mengancam kesejahteraan rakyat dan alam sekitar, isu Rang Udang-undang MKN yang bakal menyaksikan kuasa eksekutif yang tidak terhingga, isu keterlibatan rakyat Malaysia dengan aktiviti Isis, dan juga pelbagai lagi isu lain yang berkait rapat dengan kepentingan rakyat teramai di Malaysia?

Apa yang pasti, di Malaysia ini, naratif agama dan bangsa yang diwujudkan merupakan satu elemen penting yang dapat melarikan tumpuan rakyat dari isu sebenar yang mereka hadapi. Selagi keadaan seperti ini berterusan, semakin jauhlah harapan Malaysia untuk mencapai tahap negara maju dan warga berminda kelas pertama menjelang 2020.

Najib, Hadi mesti berundur demi perpaduan Melayu dan Islam – Zanuiddin Maidin


Kerjasama ke arah perpaduan Melayu menerusi PAS dan Umno mungkin melampaui zaman terutama dengan wujud suatu kesedaran baru atas ketidakyakinan orang Melayu terhadap kepimpinan negara dan ketidaksefahaman antara parti pembangkang.

Rakyat di akar umbi malah di kalangan rakyat biasa menengah dan atas yang melihat politik dari luaran saja tidak sedar betapa kotornya permainan politik dan sikap tidak bermoral pemimpin kerana lebih percaya kepada retorik mereka.

Mereka terus berada dalam idealisme untuk melihat sebuah kerajaan utopia yang bersih, cekap amanah dan sempurna. Walaupun ini sangat ideal tetapi tidak boleh perkecilkan kerana jika idea ini mengumpulkan perpaduan pemikiran dan harapan maka ia boleh menjadi tsunami yang boleh meruntuhkan tradisi, convention dan kerajaan. Kesedaran ini semakin meluas terutama di kalangan generasi baharu.

Orang Melayu melihat gerakan ke arah perpaduan PAS dan Umno sekarang ini lebih kerana dorongan kepentingan survival masing-masing dan bukan memenuhi idealisme dan mimpi rakyat .

Saya tidak menolak anasir survival ini sebagai suatu rahmat atau blessing ekoran runtuhnya nilai ideologi masing-masing. Memastikan keselamatan kerusi bagi parti masing-masing lebih utama daripada idealisme perpaduan dan agama.

Ketamakan kuasa dan kebencian melulu PAS terhadap Umno menjerumuskannya ke lembah kehinaan politik dengan penggadaian prinsip utamanya, penjualan maruah parti, bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermoral dan tidak Islamik.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man masih mendabik dada terhadap kebersihan partinya tanpa menyedari ekornya bergelumang dengan najis. Dia melihat Umno sebagai biawak tetapi tidak melihat diri PAS sebagai ular berkepala 2.

Kelemahan kepimpinan negara dan Umno sejak Tun Abdullah Badawi hingga kepada Datuk Seri Najib Razak meruntuhkan prinsip negara yang sejak merdeka mengibarkan bendera kebijaksanaan dan kehormatan bangsa dan agama bermaruah.

Apa pun cerita disebarkan sama ada bersifat fitnah atau benar terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak akan dapat menutup suatu era pimpinannya yang tersohor, bergelora dengan kebanggaan dan semangat tinggi rakyat dan negara mendapat sanjungan luar.

Sebaliknya sekarang rakyat merasa kehinaan diri atas beberapa isu terutama keadaan ekonomi. Contoh paling kecil hakisan ringgit dari hari ke hari sedangkan PM beberapa kali janji ringgit akan naik semula. Sekarang beliau tidak lagi berani mengulangi kenyataan ini.
Rakyat amat terasa hakisan moral negara pabila mereka mahu berbelanja di luar negara. Di Thailand mereka diminta pekedai supaya menukarkan mata wang Malaysia kepada mata wang lain lebih dulu padahal sebelum ini mata wang Malaysia menjadi rebutan.

Membangkitkan cerita Dr Mahahtir menolong saudara maranya dan menyalahgunakan wang negara adalah menelanjangkan cyber troopers Najib setaraf dengan media sosial lain yang sering dikecam kerajaan sendiri kerana tidak menghormati etika kewartawanan.

Mereka tidak mengambil kira sama ada tindakan itu memberi kesan atau tidak sebaliknya lebih bertujuan membalas dendam sedangkan daripada segi journalisme, sejarah tidak menarik minat ramai berbanding berita semasa seperti 1MDB atau RM2.6 bilion. Bahlol ini mahu menarik perhatian ramai dengan berita anjing menggigit manusia.

Cerita lama adalah berita lapuk apatahlah lagi bila rakyat menyedari motifnya untuk menunjukkan Dr Mahathir lebih kotor daripada Najib tetapi tidak dapat membersihkan pekong Najib. Pekong lama kering dan tidak berbau lagi tetapi bau bangkai baru membusuk di seluruh negara kerana sukar dikeringkan.

Tuan Ibrahim menghidu bangkai ini seperti bangkai biawak.

Menilai semua keadaan ini maka yang menjadi penghalang besar kepada penerimaan rakyat di akar umbi kepada usaha perpaduan PAS dan Umno ialah kepimpinan negara itu sendiri yang dicemarkan masalah isu 1MBD dan RM2.6 bilion yang terdedah ketika keadaan ekonomi merosot.

Apa pun penjelasan tidak akan diterima dengan baik oleh rakyat kerana pasukan pengurusan media Najib melakukan kesilapan dari awal lagi sehingga memberikan kesan kepada merosotnya penonton berita TV3.

Tuan Ibrahim memberikan gambaran sebenar hati nurani rakyat apabila beliau menegaskan PAS tidak mahu menanggung biawak hidup dalam perpaduan dengan Umno.

Menteri besar Kelantan menyatakan kesediaan PAS untuk memaafkan kesilapan Umno pada masa lalu tetapi rakyat di kalangan PAS dan juga Umno malah rakyat di luar kedua-dua parti ini tidak dapat melupakan kesilapan baru Umno dan pemimpinnya dalam isu 1MDB dan RM2.6 bilion.
Jalan penyelesaian kepada permasalahan ini dan demi menjayakan perpaduan PAS Umno serta Islam di negara ini maka Najib mestilah berundur daripada kepimpinan negara dan demikian juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus meletakan jawatan presiden PAS kerana mereka hilang kredibiliti dan tidak mempunyai kekuatan menjadi asas perpaduan PAS dan Umno untuk pemulihan maruah bangsa dan agama dan ekonomi negara. – zamkata.blogspot.my
* Tan Sri Zainuddin Maidin ialah bekas menteri penerangan Malaysia.


ULASAN GB

Sedondon. Banyak pengertian dan tafsiran di sebaliknya. Ada yang berkata UMNO PAS sudah seia sekata. Walaupun ada dari kalangan PAS yang tidak berapa senang dan geli geleman dengan tafsiran sedemikian, kerana umum mengetahui PAS selama ini sudah "mengutuk" UMNO habis-habis malah sehingga ke tahap "kafir".

Tetapi ada juga yang menyokong. Menyatakan fatwa dan tindakan boleh berubah mengikut suasana.

Saya jarang berminat atau menyetujui kenyataan pimpinan atau bekas pimpinan UMNO. Tapi kali ini saya boleh terima tulisan Zainuddin Maidin (ZAM). Mungkin ZAM telah melalui pahit getir kehidupan politik yang lama dan oleh itu pemikirannya lebih mendekati kebenaran walaupun belum sempurna.

Kedua-dua pemimpin Melayu- Islam, iaitu Najib dan Haji Hadi wajar berundur malah wajar diundurkan. Kedua-duanya merupakan "pemecah-belah" bangsa Melayu dan umat Islam.

Najib memecah-belahkan UMNO dengan memmecat Muhyiddin yang dilihat tidak wala kepadanya dan sering mengkritiknya dengan isu-isu 1MDB dan derma 2.6 bilion. 

Manakala Haji Hadi pula membarua dan mentololkan mereka yang tidak wala kepadanya dan menghalau keluar mereka tetapi kemudiannya menuduh mereka pengkhianat.

Masing-masing sudah membawa masalah kepada parti masing-masing. Ahli-ahli parti masing-masing bercelaru. Pertemuan mereka dengan berpakaian sedondon, seperti kata Dr. Mazlee, hanyalah retorik. Perpaduan PAS-UMNO begitu sukar kerana kini sudah timbul "penentangan" dari dalam parti masing-masing akibat perbezaan dasar dan sejarah pahit yang dilalui oleh kedua-dua parti. Sekalipun ada pemimpin mereka yang cuba mengajak untuk melupakan sengketa dan dosa pihak lawannya, namun tidak semudah itu ia dapat diterima kerana bagi sesetengah pemipin pula, dosa lawannya terlalu besar untuk dimaafkan begitu saja.

Dan apabila hal itu berlaku, tidak ada apa yang dapat kita lakukan lagi melainkan menunggu hukum kebenaran dan keadilan, hukum alamiah berjalan.

Seperti yang GB katakan di atas "lakonan" dan "retorik" sedondon mempunyai tafsiran sendiri. GB juga ingin membuat tafsiran ddan dari pemerhatian GB, kedua-dua yang sedondon itu akan jatuh sedondon juga. Pemecah-belah parti masing-masing, bila bersatu akan menjadi pemecah-belah ummah dan ummah akan terus berantakan, bukan bersatu sepertimana diharapkan. Tunggu dan lihat.

Siapakah pelindung wanita yang sebenar?

Posted: 25 Dec 2015 12:00 AM PST


wanita

Semata-mata ucapan, jawapan-jawapan di Dewan Negeri dan Dewan Rakyat serta dokumentasi yang berjela-jela sudah tidak lagi mempunyai nilai dan makna... 


Oleh Rodziah Ismail

Tahun 2015M menyaksikan Maulidur Rasul disambut dua kali, 3 Januari (1436H) dan 24 Disember (1437H) dengan tema yang sama – "Perpaduan Nadi Transformasi Negara".

Apakah signifikannya kepada wanita Malaysia? Tanpa mengira agama, latarbelakang, etnik dan golongan, ia mencelikkan imbasan kepada sirah (sejarah) Rasulullah (SAW) yang penuh dengan pengisisan dasar, perancangan dan perincian terhadap agenda dan pelan tindakan untuk melindungi wanita – pelindungan yang merangkumi bukan saja fizikal, malah meliputi psikologi, mental, jiwa, intelektual, spiritual, emosi dan setiap elemen insan wanita itu.

Wanita menaruh harapan yang amat besar terhadap amanah untuk melindungi mereka dengan baik dan sempurna. Demikian pula, wanita menyedari amanah mereka sebagai pencetus, aktivis dan pemelihara situasi yang harmoni dan sejahtera – semuanya dalam rangka amar ma'aruf, nahi mungkar dan dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta ke arah membina generasi masakini dan hadapan.

Wanita perlu berdaya untuk mengangkat diri mereka ke tahap yang dikehendaki oleh Allah swt dan memastikan kehidupan mereka, kehidupan keluarga mereka, masyarakat dan rakyat Malaysia adalah bebas dari sebarang bentuk diskriminasi, ketidakadilan, korupsi, birokrasi yang sengaja membebankan dan informasi yang berherotan (distorted). 

Hanya dalam environmen yang sebegitu, kesejahteraan di kalangan rakyat akan wujud. Justeru, reformasi dalam sistem mahkamah syariah dan sivil, bidang keusahawanan, politik dan proses pembuatan keputusan di semua peringkat dan bidang pentadbiran menjadi suatu kewajaran.

Wanita perlu memahami bahawa untuk kesemua harapan dan idealisme mereka menjadi kenyataan mereka semestinya bertindak bijak dalam semua pilihan raya umum dan negeri dengan mengenali bakal-bakal pemimpin dan membuat pilihan mereka dengan tepat, perhitungan yang teliti, pemikiran yang dipenuhi oleh informasi yang lengkap dan menyeluruh – kerana para pemimpin yang wanita pilih itulah yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara dan negeri. 

Para pemimpin itulah juga yang akan menetapkan dan mengimplemantasi dasar-dasar yang diharapkan akan memelihara kepentingan wanita. Amat malang sekali jika para pemimpin yang dipilih itu tidak bersungguh dan tidak memahami tentang isu-isu berkaitan wanita dan meningkatkan kehidupan wanita.

Yang utamanya, wanita sekalian adalah dipertanggungjawabkan untuk bersikap jujur dan adil dalam pertimbangan-pertimbangan mereka kerana sikap sedemikian adalah antara cara utama menghindar, menolak dan menghapuskan kejahilan, kekurangan, kerosakan dan kedurjanaan dalam sistem-sitem kehidupan manusia.

Hasil daripada sistem kehidupan sedia ada masih berlaku keganasan terhadap wanita, diskriminasi dalam bidang pekerjaan, proses yang birokratik dan menyusahkan wanita untuk menuntut hak asasi mereka, penanggungan kos saraan hidup yang tinggi, berlarutan status yang tidak pasti – berkahwin tetapi ditinggalkan oleh suami tanpa nafkah atau perceraian rasmi, penanggungan sendirian perbelanjaan keperluan keluarga, khususnya anak-anak, kurang akses terhadap kemudahan pendidikan, kesihatan dan ekonomi kerana kemiskinan, penglibatan politik yang amat rendah serta jurang gender yang tinggi (menurut laporan Gender Gap Index 2015). Siapakah pelindung wanita? 

Siapakah yang bersedia untuk melindungi wanita dengan sempurna? Siapakah yang sebenarnya di antara mereka yang berkuasa yang beramanah untuk melindungi wanita Malaysia? Apakah yang sanggup mereka lakukan untuk melaksanakan amanah yang telah diwariskan oleh Rasulullah (SAW)?

Semata-mata ucapan, jawapan-jawapan di Dewan Negeri dan Dewan Rakyat serta dokumentasi yang berjela-jela sudah tidak lagi mempunyai nilai dan makna sebagai respon kepada persoalan-persoalan itu. Wahai para wanita, pilihlah yang telah membuktikan segala ucapan dan janji-janji mereka.

Rasullah (SAW) adalah contoh terbaik dalam melindungi wanita – dalam ucapan dan tindakan baginda.
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1437H


Rodziah Ismail merupakan pengasas Pertubuhan Inisiatif Pemberdayaan Wanita (WE Initiative)

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


GAMBAR-GAMBAR TERKINI DSAI: ANWAR KALI KEDUA LAWAT ANAKNYA NUHA, MOHON DOA RAKYAT MALAYSIA.

Posted: 25 Dec 2015 06:45 PM PST

‘PIMPINAN PAS TIDAK BOLEH JADI WAKIL MAAFKAN KESALAHAN UMNO’

Posted: 25 Dec 2015 12:41 AM PST

BATALKAN PENGAMBILAN 1.5 JUTA PEKERJA BANGLADESH! – AMANAH

Posted: 25 Dec 2015 12:38 AM PST