WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- GAMBAR-GAMBAR TERKINI DSAI: ANWAR KALI KEDUA LAWAT ANAKNYA NUHA, MOHON DOA RAKYAT MALAYSIA.
- ‘PIMPINAN PAS TIDAK BOLEH JADI WAKIL MAAFKAN KESALAHAN UMNO’
- BATALKAN PENGAMBILAN 1.5 JUTA PEKERJA BANGLADESH! – AMANAH
GAMBAR-GAMBAR TERKINI DSAI: ANWAR KALI KEDUA LAWAT ANAKNYA NUHA, MOHON DOA RAKYAT MALAYSIA. Posted: 25 Dec 2015 06:45 PM PST Anwar kali kedua lawat anaknya Nuha, mohon doa rakyat MalaysiaKetua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan kesihatan anaknya, Nurul Nuha Anwar yang kini menerima rawatan rapi akibat kecederaan di bahagian kepala kerana jatuh. Anwar tiba di Hospital Tropicana Medical Centre, Petaling Jaya melawat anaknya itu kali kedua. Beliau diiringi oleh beberapa orang pegawai penjara. "Doakan semuanya baik-baik belaka. Saya sihat, alhamdulillah, doakan anak saya," katanya. Beberapa ahli keluarga yang lain turut menziarahi Nuha termasuk kakanya, Nurul Izzah Anwar. Sementara itu, Izzah ketika di ruang menunggu hospital berkenaan, memceritakan keadaan adiknya itu, beliau menyatakan keadaan Nuha agak stabil. " Dia (Nuha) sedikit baik, tetapi muntah, mungkin kesan daripada ubat. Kecederaan di kepala ada kesan sedikit. "Dia tak lalu makan sejak masuk ICU, " jelasnya. Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menyatakan beliau reda dengan ujian Allah ke atas anaknya Nuha. Katanya, beliau tidak pernah merungut atas dugaan diberikan Allah S.W.T walaupun ketika ini menerima dua ujian yang berat, iaitu anaknya Nurul Nuha mengalami kecederaan akibat terjatuh manakala suaminya Anwar berada di penjara sebagai tahanan politik "Ini satu ujian yang berat bagi saya, ketika ini anak dan suami saya menerima ujian mereka, begitu juga saya, tetapi saya reda. Sebagai manusia, kita ada ujian masing-masing. Alhamdulillah DSAI dibenarkan menziarah Nurul Nuha di hospital..semoga anakanda semakin sembuh dengan kekuatan semangat papa.. "Saya minta agar kita sama-sama berdoa, semoga Allah permudahkan segalanya," katanya ketika dijumpai selepas beliau melawat anaknya di Hospital Tropicana Medical Centre, Petaling Jaya. |
‘PIMPINAN PAS TIDAK BOLEH JADI WAKIL MAAFKAN KESALAHAN UMNO’ Posted: 25 Dec 2015 12:41 AM PST 'Pimpinan Pas tidak boleh jadi wakil maafkan kesalahan Umno'Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad sekali lagi membangkitkan persoalan tentang kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan Umno sebelum ini. Persoalan itu timbul ekoran cakap-cakap yang mengatakan parti Islam itu akan menjalin kerjasama dengan Umno. Iskandar berkata, kesalahan yang pernah dilakukan Umno sebelum ini tidak boleh dimaafkan oleh mana-mana pimpinan. Katanya, kesalahan tersebut hanya boleh dimaafkan oleh pihak yang didakwanya pernah ditindas oleh parti pemerintah itu. "Siapa yang boleh memaafkan kesalahan Umno? Sudah tentu bukan keputusan mana-mana pimpinan. Tetapi mangsa-mangsa kezaliman dan penindasan Umno itu sendiri. "Mungkin juga keluarga-keluarga mereka jika mereka tiada lagi di dunia ini. Siapakah mereka? Ramai sekali," kata Iskandar dalam satu kenyataan. ADUN Chempaka itu turut menyebut beberapa mangsa yang didakwa ditindas oleh Umno antaranya bekas tahanan ISA, mangsa peristiwa Memali, seluruh rakyat Kelantan dan Terengganu yang tidak mendapat royalti petroleum serta penjawat awam yang dipindahkan kerana menyokong pembangkang. "Senarainya terlalu panjang untuk dinyatakan di sini. Tanya mereka terlebih dahulu sebelum mahu memaafkan kesalahan-kesalahan Umno," kata Iskandar tanpa menyebut nama mana-mana pihak. Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu sedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno memandangkan ia sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka. Malah, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki pula berkata, PAS wajar membuka lembaran baru bersama Umno bagi mewujudkan kerjasama berkaitan perkara ketakwaan dan kebaikan serta tidak perlu mengungkit segala dosa dan kesalahan lampau yang dilakukan Umno. |
BATALKAN PENGAMBILAN 1.5 JUTA PEKERJA BANGLADESH! – AMANAH Posted: 25 Dec 2015 12:38 AM PST Batalkan pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh! – AmanahKerajaan BN dikecam kerana masih mahu membawa masuk 1.5 juta tenaga kerja dari luar negara sedangkan keadaan ekonomi Malaysia semakin lembab dan rakyat tempatan semakin kekurangan pekerjaan. Ketua Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Samad berkata, tindakan kerajaan BN itu seolah-olah mengkhianati rakyat negara ini susulan banyak syarikat besar dan GLC yang menghentikan pengambilan pekerja baharu sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi suasana ketidak tentuan ekonomi pada 2016. "Tak perlu ambil buruh asing untuk kerja di restoran, pasaraya dan hotel. Kerja-kerja di premis perniagaan tersebut sepatutnya diberikan kepada rakyat Malaysia supaya setiap rakyat ada kerja, pihak berkuasa harus pantau keadaan ini "Pada pendapat saya pelan pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh ini wajib dibatalkan serta-merta," tegas Khalid. Terkini, dalam ruangan surat-menyurat dan pesanan teks ringkas dalam sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris, orang ramai mula membantah pengambilan seramai 1.5 juta pekerja warga Bangladesh yang dijangka dibawa masuk sepanjang tahun 2016. Kehadiran terlalu ramai pekerja asing di Malaysia dijangka akan mewujudkan masalah sosial sekiranya para pekerja asing itu sendiri kehilangan kerja kelak. Pembaca yang menghantar emel dan SMS dalam ruangan surat-menyurat mengemukakan pendapat yang sama iaitu pekerja asing patut dikurangkan dan tidak patut diambil bekerja di pasaraya, restoran, kedai makan dan hotel. Menurut rekod rasmi di Malaysia terdapat sekurang-kurangnya 5 juta pekerja asing sama ada berdaftar atau tidak. Kemasukan pekerja Bangladesh itu akan menambah jumlah mereka kepada 6.5 juta. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan