Khamis, 24 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Akibat jalan raya berlubang, pemuda cacat seumur hidup ?? - Nawar Firdaws

Posted: 24 Dec 2015 11:00 PM PST


jalan-berlubang

Muhamad Aizat kini terpaksa memakai penutup muka setiap kali keluar rumah bagi mengelakkan pandangan orang ramai


PETALING JAYA: Bagi kebanyakan penunggang motosikal, menempuhi jalan raya berlubang sudah menjadi perkara biasa yang perlu ditempuhi setiap hari.

Namun bagi Muhamad Aizat Onn, ia adalah sesuatu yang meninggalkan luka untuk sepanjang hayatnya.

Ketika dihubungi FMT, Muhamad Aizat menceritakan kembali kemalangan yang menimpanya yang berpunca daripada satu lubang di jalan raya, yang meninggalkan kesan parut di wajahnya sehingga hari ini.

Katanya, kemalangan itu terjadi di Subang Jaya setahun yang lalu. Ketika itu, beliau menunggang motosikal menempuh hujan untuk ke tempat kerja.

Kira-kira satu kilometer sebelum tiba di pejabatnya di Persiaran Subang Damai, beliau melalui lubang yang pada awalnya disangkakan lopak air biasa di jalan raya.

"Pada mulanya, saya ingat ia hanyalah lopak yang tidak merbahaya dan tidak perlu dielak, rupa-rupanya ia adalah lubang yang besar dan dalam. Saya jatuh ke dalamnya," katanya lagi.

Visor topi keledar yang dipakainya pecah dan serpihannya menusuk wajah pemuda berusia 25 tahun itu.
Selain itu, lapan giginya patah. Malah bibirnya mengalami kecacatan kekal dan menjadi herot akibat terhentak pada jalan.

Apa yang menyedihkan adalah apabila doktor memberitahu bahawa parutnya terlalu dalam, sehinggakan pembedahan plastik pun tidak dapat mengembalikan keadaannya.

Muhamad Aizat mendapatkan bantuan peguam untuk membawa kesnya, namun diberitahu yang Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) – pihak yang bertanggungjawab terhadap kemalangan itu – hanya sanggup membayar pampasan sejumlah RM35,000 bagi menyelesaikannya di luar mahkamah.
Beliau menolak tawaran itu.

Lebih memburukkan keadaan, Muhamad Aizat juga mendakwa telah hilang kerja selepas kemalangan menyayat hati itu, dan menganggur untuk satu tempoh yang lama. Beliau hanya mendapat pekerjaan Ogos lalu.

"Orang akan selalu memerhati wajah saya. Maka saya pakai penutup muka setiap kali keluar rumah.

"Tetapi ia juga menyebabkan pelbagai masalah. Misalnya ketika masuk ke kedai, pekerja akan mengekori saya kerana takut saya akan mencuri," katanya lagi.

Muhamad Aizat berkata, apa yang menyebabkannya benar-benar kecewa adalah sikap MPSJ yang masih tidak memandang serius ancaman jalan raya berlubang di kawasan itu, bukan sangat tentang pampasan kecil yang ditawarkan.

"Mereka perlu sedar betapa bahayanya lubang jalan raya yang tidak dibaiki dan mula bertindak, bukan mengalihkan kesalahan kepada pihak lain."

Namun masalah yang sudah lama dihadapi warga Lembah Klang ini – terutama di Selangor – mungkin akan diatasi tidak lama lagi, dengan kerajaan Selangor yang baru-baru ini mengarahkan semua kontraktor jalan raya untuk menampal lubang secara sementara dalam masa 24 jam selepas menerima laporan daripada orang ramai.


FMT

Masyarakat bukan Islam Sibu teruja sertai sambutan Maulidur Rasul

Posted: 24 Dec 2015 10:00 PM PST


Ia pertama kali mereka menyertai majlis tersebut dan mendapati ia merupakan pengalaman amat menarik yang sukar dilupakan.


SIBU: Masyarakat bukan Islam di bandar ini merasa teruja kerana dapat turut menyertai majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Dataran Bandar Sibu hari ini.

Presiden Federation of Seven Clans Association (FSCA), Chung Bui Kuek berkata ia pertama kali mereka menyertai majlis tersebut dan mendapati ia merupakan pengalaman amat menarik yang sukar dilupakan.

"Ahli-ahli kontingen kami merasa gembira dan teruja kerana berpeluang menyertai sambutan perayaan masyarakat Islam sepert ini. Ia adalah pengalaman baru bagi kami.

"Malah ada di kalangan ahli-ahli kontingen Islam terkejut melihat kontingen kami dari kalangan bukan Islam turut serta, tetapi mereka menerima kami dengan baik. Ini menyebabkan kami merasa begitu senang sekali," katanya kepada Bernama.

Persekutuan itu terdri daripada gabungan tujuh persatuan Cina dari etnik Foochow, Kwong wai siew, Hainan, Hakka, Chiang chuan, Heng hua dan Teochew.

Chung berkata pada sambutan kali ini, ia disertai 120 ahli mereka.

Ditanya sebab mereka menyertai sambutan Maulidur Rasul, beliau berkata ia dibuat atas pelawaan Residen Bahagian Sibu, Hii Chang Kee.

Sementara itu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) turut menyertainya.

Pengerusi SUPP Sibu, Datuk Robert Lau Hui Yew berkata kontingen parti itu disertai 50 orang anggota daripada etnik Cina dan Iban.

"Kami gembira dapat turut serta dan penyertaan ini adalah baik untuk perpaduan kaum dan memberi peluang kepada masyarakat pelbagai kaum memahami agama serta budaya berbeza untuk saling memahami antara satu sama lain," katanya.


– BERNAMA

#ShutdownJalanDuta: Polis akan ambil tindakan undang-undang FMT Reporters

Posted: 24 Dec 2015 09:00 PM PST


showdawn

Surat makluman bagi memohon permit itu dihantar selepas waktu pejabat dan telah menyebabkan ia ditolak

PETALING JAYA: Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang merancang mahu mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah kenaikan kos sara hidup pada malam Tahun Baru 2016.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mempersoalkan dakwaan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak `#ShutdownJalanDuta', Shazni Munir Mohd Ithnin mengenai surat makluman yang dihantar oleh pihaknya pada jam 6.30 petang telah ditolak oleh polis atas alasan dihantar di luar waktu pejabat.

"Janganlah buat alasan berbagai..undang-undang kata perlu beri notis. Patuhilah. Kenapa pilih 6.30 petang baru nak hantar.

"Kenapa tak hantar sebelum tu..Jika mereka engkar, tindakan akan diambil…Berani buat beranilah tanggung," katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang dibuat oleh Shazni bahawa pihaknya akan meneruskan tunjuk perasaan membantah kenaikan kos sara hidup pada malam Tahun Baru 2016 tanpa surat makluman kepada polis.

Shazni berkata, pihak jawatankuasa penganjur cuba membuat serahan surat makluman berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada jam 6.30 petang Selasa, tetapi ditolak atas alasan ia dihantar di luar waktu pejabat.

Shazni turut mendakwa bahawa usaha untuk memohon permit merupakan tindakan sia-sia, kerana polis boleh menyalahguna kuasa mereka untuk menghalang perhimpunan daripada diadakan.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, sekiranya pihak #ShutdownJalanDuta mematuhi undang-undang, polis tidak akan menghalang perhimpunan yang akan diadakan.

"Kalau patuhi undang-undang, kenapa pula kita nak halang. Dia saja cari alasan ni..buatlah dan bersedia hadapi undang-undang," tegasnya.

#ShutdownJalanDuta merupakan gabungan aktivis anak muda, reformis dan mahasiswa yang merancang untuk menyambut tahun baru 2016 di perkarangan Plaza Tol Jalan Duta bagi membantah kenaikan kos sara hidup dibawah pentadbiran Barisan Nasional.

Demostrasi dijadualkan bermula pada jam 9 malam, 31 Disember.

Buktikan penipuan kami, kata SR kepada pembantu khas AG Nawar Firdaws

Posted: 24 Dec 2015 08:00 PM PST


Clare Rewcastle-Brown

Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown berkata beliau ada bukti menunjukkan Mabel Muttiah menghantar pesanan teks untuk 'membuli dan merasuah' ahli keluarga mendiang Kevin Morais.

PETALING JAYA: Sarawak Report (SR) hari ini mencabar pegawai khas Peguam Negara Mabel Muttiah untuk menafikan dakwaan bahawa beliau menulis teks pesanan ringkas yang dipetik laman itu dalam satu laporannya 20 Disember lalu.

"Apa sebenarnya 'penipuan' dalam artikel saya itu?" soal editor SR Clare Rewcastle-Brown dalam responnya terhadap kenyataan Muttiah bahawa ia 'penuh dengan penipuan'.

Dalam artikel tersebut, SR mendakwa berlaku perbuatan khianat (foul play) dalam penyiasatan kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais.

Artikel itu juga mendakwa terdapat percubaan untuk "membuli dan merasuah" keluarga Morais bagi membolehkan jenazah mendiang dibakar sebelum autopsi kedua dilakukan.

Ketika dihubungi FMT, Muttiah menafikan dakwaan yang dibuat SR dan menyifatkannya sebagai "kewartawanan rendah" (substandard reporting).

FMT juga difahamkan yang beliau telah membuat laporan polis terhadap SR Selasa lalu.

Dalam responnya terhadap penafian Muttiah, Clare mendakwa beliau hanya membuat kenyataan yang tidak jelas.

"Adakah dia mendakwa yang dia bukanlah penulis kepada pelbagai teks pesanan yang kami petik? Jika ya, dia sepatutnya berkata demikian, bukannya hanya berkata laporan kami sebagai 'penuh penipuan'," katanya menerusi emel.

"Jika dia yang menulisnya (dan saya dapat membuktikannya) maka saya berhak untuk bertanya; mengapa dia menekan keluarga mendiang dan pejabatnya menawarkan wang kepada adik-beradik mendiang?

"Dan mengapa dia berhubung dengan seseorang yang menggelar dirinya sebagai 'gangster' untuk mengeluarkan mayat dari rumah mayat tanpa kebenaran ahli keluarga lain?"

'Gangster' yang dimaksudkan Brown adalah adik kepada Morais yang menurut SR telah mengingkari hasrat ahli keluarga lain dengan membakar mayat Kevin.

Dalam kenyataannya Isnin lalu, Muttiah berkata bahawa SR tidak pernah menghubunginya untuk mengesahkan maklumat yang diperolehi sebelum menerbitkannya.

Brown membalasnya dengan berkata, "Hak itu juga tidak diberikan kepada saya oleh media rasmi Malaysia yang telah membuat tohmahan kepada saya tanpa cuba mendapatkan kenyataan daripada pihak saya."

"Adakah dia menyangka saya akan mematuhi peraturan yang tidak diikuti media kawalan kerajaan Malaysia?

"Saya ingin sekali melihat salinan laporan polisnya, memandangkan mungkin ia ada butiran tentang apa yang dia katakan sebagai 'penipuan' itu," katanya lagi.


FMT

Malaysia pengekspot modal haram ke-5 terbesar dunia FMT Reporters

Posted: 24 Dec 2015 07:15 PM PST


malaysia-haram

Badan pemikir antarabangsa melaporkan dana haram yang keluar dari Malaysia mencecah US$418.54 bilion sejak sedekad lalu.

WASHINGTON: Sebuah pertubuhan perunding dan kajiselidik yang berpengkalan di Washington D.C, Amerika Syarikat meletakkan Malaysia dalam kumpulan lima negara yang mengalami aliran kewangan haram (IFF) terbesar di dunia.

China berada di tangga pertama dengan IFF mencecah US$1.39 trillion.

Menurut kajian Global Financial Integrity (GFI) "Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2004 – 2013″, Malaysia di belakang China, Russia, Mexico dan India.

Diterbitkan pada 8 Disember, laporan itu menyenaraikan kedudukan negara-negara berdasarkan jumlah IFF sepanjang 10 tahun, mulai 2004.

Malaysia di kedudukan kelima dengan jumlah IFF mencecah US$418.54 bilion (bersamaan RM1.42 bilion), menuruti India (US$510.29 bilion), Mexico (US$528.44 bilion) dan Russia (US$1.05 trillion).

Presiden GFI, Raymond Baker, seorang pakar jenayah kewangan, berkata: "Kajian ini jelas menunjukkan aliran kewangan haram merupakan masalah ekonomi yang paling merosakkan negara membangun dan ekonomi memuncul."

"Tahun ini di PBB, mantera 'trilion bukan bilion' sering dituturkan bagi menunjukkan jumlah dana yang diperlukan untuk mencapai matlamat pembangunan mapan. Membendung aliran haram secara berkesan merupakan teras kepada usaha itu," tambahnya.


FMT

Ali Tinju: AG akan bersikap profesional kali ini?

Posted: 24 Dec 2015 06:30 PM PST

alateefa
December 25, 2015 

Individu yang dilihat pro-kerajaan sering terlepas daripada sebarang dakwaan, kata pengasas bersama Lawyers for Liberty (LFL), Latheefa Koya.

PETALING JAYA: Pejabat Peguam Negara perlu bersikap profesional dan kes melibatkan Mohd Ali Baharom, atau lebih dikenali seabgai Ali Tinju, dan tidak boleh melepaskannya begitu sahaja seperti yang berlaku dalam insiden rusuhan di Plaza Low Yat Julai lalu.

Pengasas bersama Lawyers for Liberty (LFL), Latheefa Koya mendakwa individu yang dilihat pro-kerajaan sering terlepas daripada sebarang dakwaan.

"Sebelum ini, mereka yang dilihat pro-pemerintah sering terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang walaupun melakukan kesalahan.

"Jadi kali ini kita nak tengok sama ada Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) akan bertindak profesional atau tidak," katanya kepada FMT.

Julai lalu, Peguam Negara menggugurkan pertuduhan di bawah Akta Hasutan terhadap Ali Tinju yang dikatakan telah membuat kenyataan berbaur menghasut ketika kekecohan di Plaza Low Yat.

Kali ini, beliau ditahan polis di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan ekoran menyebarkan kenyataan berbaur hasutan di aplikasi WhatsApp berhubung kekecohan di Kompleks Kota Raya 20 Disember lalu.

Namun begitu, Latheefa membantah penggunaan Akta Hasutan 1948 untuk menahan Ali.

"Walau betapa teruknya kesalahan dan sesiapa pun yang melakukannya, Akta Hasutan tetap tidak boleh digunakan. Ini akta yang zalim dan tidak memberi ruang perbicaraan yang adil kepada tertuduh.

"Ada akta lain yang boleh digunakan. Dalam kes ini, Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah (criminal intimidation)," katanya lagi.

FMT

KALAULAH SEMUA POLIS MACAM NI (GAMBAR)

Posted: 24 Dec 2015 06:00 PM PST

 

Dari FB Mohd Faizal: Lihat polis trafik ni tergopoh gapah...ingatkan kejar sesuatu. Rupanya kejar waktu maghrib yg dah nak habis. 
 
Allahuakbar...betapalah dia menjaga solatnya agar tidak tercicir.

Lokasi : Surau plaza tol Sungai Besi.
N'N: Kita asyik share citer polis rasuah sampai org ramai ingat semua polis kaki rasuah jgn sbb nila setitik rosak susu sebelanga... 

Apa Hak Pimpinan Atasan PAS Untuk Maafkan UMNO?

Posted: 24 Dec 2015 05:15 PM PST



Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad sekali lagi membangkitkan persoalan tentang kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan Umno sebelum ini.

Persoalan itu timbul ekoran cakap-cakap yang mengatakan parti Islam itu akan menjalin kerjasama dengan Umno.

 
Iskandar berkata, kesalahan yang pernah dilakukan Umno sebelum ini tidak boleh dimaafkan oleh mana-mana pimpinan.

Katanya, kesalahan tersebut hanya boleh dimaafkan oleh pihak yang didakwanya pernah ditindas oleh parti pemerintah itu.

"Siapa yang boleh memaafkan kesalahan Umno? Sudah tentu bukan keputusan mana-mana pimpinan. Tetapi mangsa-mangsa kezaliman dan penindasan Umno itu sendiri.

"Mungkin juga keluarga-keluarga mereka jika mereka tiada lagi di dunia ini. Siapakah mereka? Ramai sekali," kata Iskandar dalam satu kenyataan.

ADUN Chempaka itu turut menyebut beberapa mangsa yang didakwa ditindas oleh Umno antaranya bekas tahanan ISA, mangsa peristiwa Memali, seluruh rakyat Kelantan dan Terengganu yang tidak mendapat royalti petroleum serta penjawat awam yang dipindahkan kerana menyokong pembangkang.

"Senarainya terlalu panjang untuk dinyatakan di sini. Tanya mereka terlebih dahulu sebelum mahu memaafkan kesalahan-kesalahan Umno," kata Iskandar tanpa menyebut nama mana-mana pihak.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu sedia memaafkandan melupakan kesalahan Umno memandangkan ia sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka.

Malah, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki pula berkata, PAS wajar membuka lembaran baru bersama Umno bagi mewujudkan kerjasama berkaitan perkara ketakwaan dan kebaikan serta tidak perlu mengungkit segala dosa dan kesalahan lampau yang dilakukan Umno.

Wajah2 haramjadah..ostaz kesayangan walaun peminum air kaki yg berpolitik dgn mnjual islam

Posted: 24 Dec 2015 04:42 PM PST

dollah yankee

dollah yankee


Tak ada hal jika 'melayu tipu melayu' ..

Posted: 24 Dec 2015 12:44 AM PST

Image result for gaduh di kota raya

Kejadian gaduh yang terkini di komplek kota raya minggu lepas sangat-sangat lah mengecewakan gurkah-gurkah politik di'port' yang rata-rata dari golongan dan orang-rang yang jenis yang 'cool'.

Kejadian yang melibatkan 2 kumpulan NGO yang mendakwa mereka adalah wakil daripada pengguna yang ditipu dan sekumpulan jurujual-jurujual di kedai 'hand-phone' itu amat-amat lah tidak wajar berlaku dan sangat dikesali kerana ianya merupakan ulangan kejadian seperti di Plaza Low Yatt tempohari dan ianya terjadi pada saat dan ketika ramai orang sedang keluar berbelanja untuk keperluan anak-anak nak masuk sekolah tahun depan dan berbelanja semasa jualan sempena krismas.

Gurkah-gurkah politik di'port' tidak tahu sepenuhnya punca kejadian itu tetapi apa yang mereka paham dan maklumat yang disalurkan ialah ianya berpunca daripada ketidakpuasan hati pelanggan-pelanggan yang di katakan telah membeli 'hand-phone' tiruan atau 'hand-phone underwater'.

Dalam kes ini, 2 pengajaran yang kita boleh dapat. Satu penjual jangan cuba tipu pelanggan dengan jualan barang-barang yang tidak asli sebab buruk padahnya bila pelanggan 'naik angin' (dan kadangkala penjual-penjual ini perlu juga disekolahkan sikit). Kedua, pelanggan yang ditipu pula jangan lah ambil undang-undang ditangan sendiri sebab dia boleh guna macam-macam saluran yang telah sedia ada untuk membuat aduan seperti Tuntutan Tribunal pengguna misalnya, cumanya mereka kena lah bersabar sikit sebab jika kita membuat aduan kepada tribunal ini ianya akan mengambil sedikit masa (nak 'dan-dan' kata orang utara, tak boleh lah).

Masanya sudah tiba untuk pihak-pihak yang berwajib memandang serius akan perkara yang sebegini supaya tidak lagi berulang kerana hubungan kaum dinegara ini pada masa ini macam 'time-bomb' kerana sentimen-sentimen perkauman yang selalu ditiup olih ahli-ahli politik.

dollah yankee -
Melayu tiada hal jika ditipu,walaupun sebanyak 2.6 billiun, tetapi akan marah jika ditipu sebanyak 260 ringgit.. Kah..Kah..Kah..




Tukar Tiub

Tukar Tiub


ADA USTAZ SUKA BIDAAH

Posted: 24 Dec 2015 07:00 PM PST







FACE BOOK


Selamat Menyambut Maulud Nabi. Kecik-kecik dulu suka campur penat. Penat sebab kena berjemur tengah panas jalan berarak dari sekolah ke masjid. Suka sebab dapat makan sedap kat masjid 
grin emoticon
Pada ustaz/ustazah yang tak bagi sambut Maulud Nabi kata bid'ah lah segala. Well, banyak benda yang si penceramah tu buat pun sebenarnya banyak lah bid'ah juga kan. Ustaz yang suka bid'ah kan itu ini tu pun, kalau bagi ceramah pun dalam bahasa Melayu, atau mungkin pernah mengaji kejap kat Eropah, atau pakai baju kot macam Mat Salleh, pakai kereta, naik kapalterbang, makan pakai sudu garpu , kalau Raya makan ketupat, buka puasa minum air batu sirap, macam-macam lah. Well - itu semua pun bid'ah lah juga sebab Nabi tak pernah buat semua tu kan...

At the same time, ustaz/ustazah juga yang suka kata Islam ini agama mudah, ad-deen. Kalau balik prinsip asas Islam - apa-apa yang baik itu halal, apa-apa yang tak baik atau yang memudarat kan itu haram. Mudah, kan.

Sambutan Maulud Nabi hanya tak bagus kalau ada buat acara besar-besaran yang membazir dan tak memanfaatkan orang ramai, atau acaranya menyesakkan jalan lalu lalang hingga menyusahkan pengguna jalan misalnya.

Maulud Nabi juga hanyalah tidak bagus kalau ianya boleh membuatkan orang seperti 'menTuhankan' Nabi seperti memuja Nabi seperti Nabi itu pun Tuhan, misalnya. Islam memang melarang sikap ini, sebab itu status Hadith Nabi juga tidak boleh mengatasi ayat-ayat Al-Qur'an. Maknanya hadith Nabi tidak boleh overrule firman atau ayat-ayat Tuhan, iaini hadith mesti subjected to the basic principles outlined by the Qur'an.

Tapi kalau sambut Maulud Nabi tidak memudaratkan, ok lah tu. Kalau sekadar membuat orang kenangkan kebaikan dan jasa Nabi, ciri-ciri baginda yang mulia termasuklah sangat toleran terhadap perbezaan - bagus lah tu.

Kalau Maulud Nabi buat orang kampung atau masyarakat setaman berkumpul, bertemu dan bergotong royong, beramah mesra mengeratkan silaturrahim - pun bagus lah tu.
Apatah lagi bila dapat cuti pulak di hari Maulud Nabi grin emoticon, sekeluarga rehat atau berholiday sama-sama, pun bagus juga lah tu.

ile emoticonDan ia juga begini - pada siapa yang tak nak sambut, sila kan saja lah duduk manis di rumah tak yah buat apa-apa. Tak da siapa nak marah pun sebab benda ni pun tak wajib. Cuma janganlah nak menghalang orang lain yang nak meraikannya pulak.. Belajar-belajarlah hormati perbezaan ...
Selamat Menyambut Maulud Nabi.! smile emoticon


-----------

SELAMAT SAMBUT KRISMAS

Posted: 24 Dec 2015 06:00 PM PST







SELAMAT

 HARI KRISMAS 

DARI

 JAI &  EZI


 




-----------

MERRY X-MAS

Posted: 24 Dec 2015 10:16 AM PST









SELAMAT

 MENYAMBUT

MAULUDUL RASUL 

NABI ISA














----------------

SELAMAT MENYAMBUT MAULUD

Posted: 24 Dec 2015 05:30 AM PST











SELAMAT 


MENYAMBUT


 MAULUD NABI ISA





DUHUD DUHUD

Posted: 24 Dec 2015 04:30 AM PST








DUHUD 

MUDUD

BAHASA DUSUN
Perkataan MUDUD dalam bahasa dusun tindal daerah kota belud bermaksud ...TIPU....contoh ayat....KADAK MOMUDUD BOH SIO....bermaksud...Jangan menipu bah kawan..atau bahasa gaul indonesia dia..hey ipar..stop tipu tipu.....hheheeeh..sekian tingkiu. on HUDUD MEREKA
Publish | Delete | Spam
DIDI KOTA BELUD
on 12/21/1



----------

AMANAH MAKIN HEBAT

Posted: 24 Dec 2015 12:30 AM PST




FACE BOOK



Alhamdulillah. Signbord Wisma Harapan Baru, Amanah Kws Batu sudah berdiri megah di puncak bangunan utk menggamit lebih ramai warga Batu sertai Amanah bagi menumbangkan kezaliman Umno dan BN. Amacam?



AMANAH

MAKiN HEBAT




-----------------

MUGABE JADI MUGAJIB

Posted: 23 Dec 2015 11:00 PM PST







Grace Mugabe has taken over Zimbabwe, opposition leader claims



Robert Mugabe has lost his grip on power and been replaced by his wife, Grace Mugabe, Zimbabwe's opposition leader has claimed.
Morgan Tsvangirai said that the 91-year-old president's wife is now effectively in charge after a "palace coup", and that the government has been paralysed as members of the ruling party jockey for position

Grace Mugabe has managed to rally a group of younger party members around her, dubbed by local media as "the G-40", but she is generally unpopular with the wider public thanks to her lavish shopping trips overseas at a time when the country's economy is struggling to recover from a devastating period of hyperinflation.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

macam dah 

pernah dengar

macam dah 

merasa aje

kah kah kah


biar betul

KAH KAH KAH

 



------------

SEBELUM TAHUN BARU DARI SPRM

Posted: 23 Dec 2015 10:08 PM PST








SEBELUM

31 DiSEMBER

SEBELUM 

TAHUN BARU















Pihak lain tak pengaruhi siasatan RM2.6 bilion, kata ketua pesuruhjaya SPRM



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan pihaknya tidak akan sesekali berganjak dalam memastikan ketelusan hasil siasatan berhubung kes derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd, lapor Sinar Harian hari ini.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, kedua-dua siasatan itu, yang kini berada di peringkat akhir dan sedang dikemaskini, akan diserah kepada peguam negara sebelum 31 Disember ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pihak-lain-tak-pengaruhi-siasatan-rm2.6-bilion-kata-ketua-pesuruhjaya-sprm#sthash.l1xWDXxZ.dpuf


JENG JENG

satu malaysia

satu dunia

FBI amerika

swiss bank

am bank

semua tunggu

betul ke

atau hanya

sandiwara

KAH KAH KAH


-------------

AWAS ! BAHAYA MAKAN IMPOT CHINA

Posted: 23 Dec 2015 09:09 PM PST








AWAS!

BAHAYA!

MAKANAN

iMPOT CHiNA

 


Exco: Ayam murah di Dungun ada sijil halal

Ayam yang dijual dengan harga murah di sebuah pasar raya di Dungun sejak beberapa bulan lepas disahkan mempunyai sijil halal dan diimport dari China.
Ini disahkan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu yang membuat siasatan terhadap aduan pengguna yang meragui status dan tahap keselamatannya.

KAH KAH KAH
woit
murah memang murah
cap halal tak ada makna
kereta ferari lagi diciplak
inikan pula cap halal
kah kah kah
kaum kapitalis china
baru muncul
tak ada budaya
tak macam  kapitalis lama
kapitalis china ganas
cepat menipu  tipu 
nak untuk banyak
nak  untung cepat 
kah kah kah

MELAYU 

KENA TiPU 

CHiNA LAGI





Beware of all foods from China! | Fellowship of the Minds

fellowshipoftheminds.com/2014/01/09/beware-of-all-foods-from-china/
Jan 9, 2014 - "USDA approves import of chicken processed in China despite safety concerns" has a list of Chinese food safety incidents which reads like a ...

Food-Safety Alert: Chicken from China, Pt 1 - Buyer Beware ...

www.doctoroz.com/.../buyer-beware-chicken-china
The Dr. Oz Show
Dr. Oz sounds the alarm over a recent U.S. government move to permit chicken processed in China to be sold in your grocery store. Experts join Dr. Oz to discuss what it means for food safety – and how to make sure your poultry is safe. ... USDA Statement About Chicken from China.

China Food Imports – Is It Really That Simple? - Hoax-Slayer

www.hoax-slayer.com/chinese-food-import-screed.shtml
Jul 12, 2013 - If the country of origin is not clearly marked beware. ... How is it possible to ship food from China cheaper than having it produced in the U.S. 

Buyers and Brands Beware in China - WSJ

www.wsj.com/.../buyers-and-brands-beware-in-c...
The Wall Street Journal
Jul 24, 2014 - The latest tainted food scandal proves again that caveat emptor is the only reliable law in China, The Wall Street Journal writes in an editorial.

Foods Everyone Should Avoid in China - The Epoch Times

www.theepochtimes.com/n3/551994-beware-of-these-foods-in-china/
Mar 10, 2014 - Chinese graduate student of food technology has posted a list offoods ... Foods Everyone Should Avoid in China ... Beware of shellfish.
----------

SEMUA DIRANCANG

Posted: 23 Dec 2015 08:18 PM PST










SiLAP BACA

TiGA PENJURU

SEMUA iNI

DiRANCANG


 



PAS perlu terima hakikat lemah di Sarawak

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali menyifatkan kemahuan PAS Sarawak untuk bertanding di sebelas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun depan sebagai tidak realistik.

Beliau berkata, PAS perlu mengakui hakikat bahawa parti itu tidak mempunyai kekuatan untuk berdiri sendiri di negeri itu.

"Dalam keadaan sekarang ini, memang PAS lemah di Sarawak dan juga Sabah. Jadi takkan nak bertanding di banyak kerusi. Sebelas kerusi adalah tidak realistik," katanya dalam satu sesi wawancara di sini petang tadi.


KAH KAH KAH
woit
jangan silap baca
PAS beranding bukan
untuk menang
pas makan upah
gerombolan akan upah
untuk tanding semua kerusi
ini strateji gerombolan
dalam PRU14 nanti 
PAS akan tanding semua kerusi
tiga penjuru jadi strateji
bantu gerombolan menang besar
tak caya tunggu dan lihat

JANJi HUDUD




PRESIDEN PAS-HAJI HADI AWANG KATA ORANG IBAN ...

www.sematankelawas.com/.../presiden-pas-haji-hadi-a...

Translate this page
Apr 14, 2013 - Similar To "PRESIDEN PAS-HAJI HADI AWANG KATA ORANG IBAN SARAWAK BODOH PAKAI CAWAT?! SEKARANG CAWAT PAS  ...

Linputra: IBAN PAKAI CAWAT SEBAB TU TAK UNDI PAS ...

tunjanglangit.blogspot.com/.../iban-pakai-cawat-sebab...

Translate this page
Jul 28, 2009 - kalaupun benar orang kita iban pakai cawat tak apa... tapi mulut hj haditu kena pakat lah jaga mulut kamu tu......... terlajak perahu boleh  ...

PAS Sudah Lupa Hadi Awang Pernah Hina Orang Iban ...

sibuti-selamanya.blogspot.com/.../pas-sudah-lupa-hadi...

Translate this page
Apr 9, 2012 - KASIAN MEREKA PAKAI CAWAT SAJA - *Tengoklah Sendiri dengan .....PAS Sudah Lupa Hadi Awang Pernah Hina Orang Iban Pakai Cawat!

Hadi Awang Kata Orang Sarawak Masih Pakai Cawat

anginperubahan.blogspot.com/.../hadi-awang-kata-ora...

Translate this page
May 5, 2010 - Pada 11 Julai 2009, ketika berkempen dalam pilihanraya kecil di Manek Urai, Hadi Awang pernah mengatakan seperti berikut "Semua ..

---------------