Rabu, 23 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Kerjasama: Bukan soal wajar atau tak, soalnya bolehkah?

Posted: 23 Dec 2015 07:00 PM PST


SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan kerjasama politik boleh berlaku antara Pas dan Umno tetapi ianya agak sukar berlaku.

Menurut Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, terdapat empat sebab kerjasama politik kedua-dua parti itu 'sukar' terlaksana.

"Pertama, kedua-dua parti ini ada kesilapan politik masing-masing. Pas ada kesilapan dengan amanatnya di Kampung Banggol, Peradong yang memecahkan umat Melayu dan Islam. Umno ada kesilapannya di Memali yang juga memecahkan umat Melayu dan Islam.

Luka dari dua kesilapan ini, jika pun telah sembuh, meninggalkan kesan parut besar yang payah dihilangkan.

"Kedua, parti ini berbeza ideologi. Hudud adalah perjuangan utama Pas. Jadi, sekiranya kerjasama ini hendak berjaya, Umno perlulah memenuhi syarat hudud Pas.

Saya tidak yakin parti-parti komponen bukan Islam dalam BN boleh bersetuju dengan syarat hudud Pas ini," katanya menerusi posting terbaharu di laman sosial Facebook miliknya.

Katanya lagi, sebab yang seterusnya adalah arah tuju kerjasama yang tidak jelas. "Adakah ini sekadar kerjasama dalam hal-hal tertentu sahaja atau kedua-dua parti ini hendak bergabung?

Pemimpin Umno dan Pas tidak tegas dalam hal ini menyebabkan penyokong kedua-dua parti ini keliru tentang arah tuju kerjasama ini. "Dan keempat, masih ramai ahli dan pemimpin kedua-dua parti yang tidak menyokong idea kerjasama ini.

Jadi, bagaimana mahu menjayakan kerjasama ini?," katanya. Oleh itu kata Agus, jalan terbaik buat masa ini ialah kedua-dua parti itu moleklah sekiranya bekerjasama dalam hal ehwal yang membabitkan menjaga kesejahteraan rakyat.

"Atasi tekanan hidup rakyat, perkemaskan dasar-dasar yang menekan rakyat. Selepas itu, angkatlah perubahan yang dibuat itu sebagai hasil dari kerjasama Umno-Pas.Jika ini dapat dilakukan, saya yakin orang Melayu boleh menerima kerjasama Umno-Pas dengan senang hati.

"Ini kerana makna kerjasama Umno-Pas dalam hati rakyat adalah apabila pemimpin boleh menjaga kesejahteraan hidup mereka," katanya. Polemik kerjasama politik antara Pas dan Umno kembali bergema selepas Presiden Umno,

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucaptamanya di Perhimpunan Agung Umno 2015 yang menghulurkan tangan bagi menjalinkan kerjasama politik antara kedua-dua parti.

Malah Najib sekali lagi mengulangi perkara sama pada program Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar yang turut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini. ~ sumber

AMANAH PROGRESIF PEDULI.

ANTARA DUA AMANAT

Posted: 23 Dec 2015 06:15 PM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Bekas Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat adalah pemimpin Pas paling konsisten pendiriannya berkaitan hubungan parti itu dengan UMNO. Amanatnya berkaitan perkara itu dianggap paling keras dan tidak ada sesiapa berani menyentuh atau mahu mengubahnya ketika beliau masih hidup.

Sehinggalah meninggal dunia, beliau tetap berpegang kukuh kepada pendiriannya itu, namun terus menjadikan dirinya disanjung serta dikenang.

Presiden Pas, Hadi Awang juga pernah mengeluarkan amanat berkaitan UMNO ketika zaman mudanya dahulu. 

Tetapi, tidak dapat dipastikan sama ada di zaman tuanya dan di ketika Najib Razak menjadi Perdana Menteri ini, beliau masih berpegang lagi kepada keyakinan bait-bait perkataan dalam amanat tersebut atau pun sudah berubah pendirian mengenainya.
Encik Politik Encik Polotik's photo.

Khalil Abdul Hadi - AMANAH Tidak Seperti PAS Untuk Kerjasama Dengan UMNO

Posted: 23 Dec 2015 05:41 PM PST



SHAH ALAM – Agak sukar bagi Parti Amanah Negara (Amanah) adalah untuk menyertai kerjasama Pas dan Umno kerana  Amanah parti yang terikat dengan DAP dan hanya akan mendengar pandangan daripada DAP.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sekiranya Pas dan Amanah perlu bekerjasama, pihaknya akan meneliti tujuan kerjasama tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

.

"Amanah ini terikat dengan DAP. Mereka hanya akan dengar cakap DAP sahaja. Jika DAP mahu mereka senyap, mereka akan senyap. Kalau DAP mahu mereka buat bising, jadi bisinglah mereka.

"(Kalau) Nak kerjasama, kita akan teliti terlebih dahulu bentuk kerjasama itu. Kalau ia dibuat demi kebaikan dan kepentingan rakyat, Pas tak ada masalah," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Sebelum ini, penganalisis politik, Prof Madya Dr Fuad Othman berpendapat, kerjasama antara Pas dan Umno bukan sahaja dihulurkan kepada Pas, malah sepatutnya turut disuakan kepada Amanah dan juga PKR.

Ia perlu dilakukan demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Mengulas lanjut, kata Muhammad Khalil, sebagai parti politik, Pas bersikap terbuka untuk menerima sesiapa sahaja atau mana-mana parti untuk bekerjasama demi kepentingan rakyat.

"Kami sentiasa menerima apa sahaja cadangan yang dibuat demi kepentingan negara, rakyat dan agama.

"Oleh kerana itu, bila adanya pelawaan daripada Umno untuk bekerjasama dengan Pas, kami mengambil sikap positif dan kami melihat apakah bentuk kerjasama tersebut. Kalau bentuk kerjasama itu dibuat demi membantu Kelantan dan agama, kita bersedia," katanya.

SKMM gagal bertindak provokasi palsu Perkasa bakar gereja - FMT Reporters

Posted: 23 Dec 2015 04:30 AM PST


Irwan-Fahmi-Idris | December 23, 2015 
 
Menjelang hari Natal, mereka cuba buat provokasi lagi dan laporan polis tahun lepas masih tiada tindakan diambil, tiada tindakan susulan daripada SKMM.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempersoal kegagalan pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM) mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu kononnya NGO itu bertindak membakar gereja setahun lalu.

Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Idris berkata, pihaknya kesal apabila tiada tindakan yang diambil terhadap laporan yang dibuat Disember tahun lalu sehingga pihak yang sama sekali lagi melakukan provokasi dengan memuat naik gambar tersebut di laman sosial Facebook.

"Menjelang hari Natal, mereka cuba buat provokasi lagi dan laporan polis tahun lepas masih tiada tindakan diambil, tiada tindakan susulan daripada SKMM.

"Saya meminta SKMM ambil perhatian serius kerana ia bukan sahaja bersifat penipuan tetapi juga hendak menjatuhkan Perkasa," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis kali kedua di IPD Dang Wangi pada Selasa berhubung isu sama.

Beliau juga mempersoal status laporan Perkasa yang tidak diendahkan.

"Kita pun tak tahu apa status laporan Perkasa tahun lepas. Kita dah tanya kenapa tiada tindakan susulan, adakah sebab Perkasa tiada VIP di dalamnya.

"SKMM dan polis tolong siasat dan ambil kenakan hukuman setimpal. Jangan sebab tiada orang berkepentingan dalam perkara ini tiada tindakan dibuat.

Perkasa pada Disember 2014 membuat satu laporan polis berikutan dakwaan pihaknya akan membakar sebuah gereja di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur selepas berita berkenaan disebarkan melalui Facebook.

Pemilik akaun itu yang menggunakan nama 'Ayahnda Raja Provokasi' mendakwa insiden itu melibatkan PERKASA selain turut memuat naik sekeping gambar.


FMT

3 pemimpin kanan PAS bangkit menentang kerjasama dengan Umno ANALISIS OLEH ZULKIFLI SULONG

Posted: 23 Dec 2015 03:30 AM PST



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memakai baju Melayu warna sedondon dengan Presiden Umno Datuk Najib Razak pada majlis Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia, baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015.
 
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat sebagai antara pemimpin yang sentiasa bertegas, tidak akan ada gabungan antara parti Islam itu dengan Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015.Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat sebagai antara pemimpin yang sentiasa bertegas, tidak akan ada gabungan antara parti Islam itu dengan Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015.
Seorang demi seorang pemimpin kanan PAS bangkit menentang usaha membawa parti mereka mendekati Umno seperti presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun dalam pelbagai nada, antara kerjasama dan bergabung, namun jelas sekurang-kurangnya 3 pemimpin kanan PAS sudah mula kelihatan dalam menentang arus yang cuba dibawa untuk bersama dengan Umno.

Nada penolakan kerjasama ini bermula dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sentiasa bertegas, tidak akan ada gabungan antara parti Islam itu dengan Umno.

Kenyataan Tuan Ibrahim disokong naib presiden yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Terbaru, seorang lagi Naib Presiden PAS Idris Ahmad bangkit dengan kenyataan paling panas iaitu menghalau mana-mana pemimpin atau ahli keluar parti itu jika mahu bergabung dengan Umno.

"Heboh di media sosial dan media perdana, PAS hendak bergabung dengan Umno.

"Ingin saya tegaskan PAS ada organisasi daripada peringkat Majlis Syura Ulama, AJK PAS Pusat dan muktamar.

"Pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu saja yang pergi," kata ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sehingga kini, siapakah yang disasarkan Idris tidak dapat dikenal pasti.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memakai baju Melayu warna sedondon dengan Presiden Umno Datuk Najib Razak pada majlis Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia, baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memakai baju Melayu warna sedondon dengan Presiden Umno Datuk Najib Razak pada majlis Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia, baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015.
 
Apakah presiden PAS sendiri yang memakai baju Melayu sedondon dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia?

Atau pihak yang berusaha dan menjadi dalang kerjasama antara Umno dan PAS ini.

Kenyataan Idris selari dengan kenyataan bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hayatnya yang marah dengan usaha untuk bekerjasama dengan Umno.

"Umno kena buang kebangsaan dan terima Islam dulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang Umno cari PAS, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?" kata Nik Aziz sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Online pada 8 Mei, 2013.

Sejak awal, Tuan Ibrahim yang kebetulan anak saudara kepada isteri Nik Aziz, antara pemimpin PAS kini yang paling tidak senang dengan kerjasama dengan Umno.

Apabila media melaporkan beliau merestui kerjasama antara PAS dan Umno ekoran kenyataannya yang dilihat lembut selepas pertemuan antara Najib-Hadi, beliau bangkit menafikannya secara bertulis.

"PAS tidak akan bergabung dengan Umno. Malah kini, PAS sedang merangka strategi mempertahankan kerajaan Kelantan, menguasai kerajaan Terengganu dan menguasai 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Umno di Selangor dan menambah kerusi Parlimen di tempat berlawan dengan Umno," kata Tuan Ibrahim menafikan laporan media beliau kini setuju PAS bekerjasama dengan Umno.

Bahkan dalam kenyataan itu, beliau menegaskan kenyataannya pada 14 Disember lalu yang antara lain menyebut, "PAS tidak mahu memikul pengkhianatan Umno kepada agama".

Katanya, lebih 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Islam secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju.

Iskandar yang juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Selangor pula bertegas, dosa Umno terhadap PAS terlalu besar untuk dimaafkan akar umbi parti Islam itu. – 23 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

3 pemimpin kanan PAS bangkit menentang kerjasama dengan Umno

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat sebagai antara pemimpin yang sentiasa bertegas, tidak akan ada gabungan antara parti Islam itu dengan Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015.Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat sebagai antara pemimpin yang sentiasa bertegas, tidak akan ada gabungan antara parti Islam itu dengan Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015.
Seorang demi seorang pemimpin kanan PAS bangkit menentang usaha membawa parti mereka mendekati Umno seperti presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Walaupun dalam pelbagai nada, antara kerjasama dan bergabung, namun jelas sekurang-kurangnya 3 pemimpin kanan PAS sudah mula kelihatan dalam menentang arus yang cuba dibawa untuk bersama dengan Umno.
Nada penolakan kerjasama ini bermula dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sentiasa bertegas, tidak akan ada gabungan antara parti Islam itu dengan Umno.

Kenyataan Tuan Ibrahim disokong naib presiden yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad. Terbaru, seorang lagi Naib Presiden PAS Idris Ahmad bangkit dengan kenyataan paling panas iaitu menghalau mana-mana pemimpin atau ahli keluar parti itu jika mahu bergabung dengan Umno.
"Heboh di media sosial dan media perdana, PAS hendak bergabung dengan Umno.
"Ingin saya tegaskan PAS ada organisasi daripada peringkat Majlis Syura Ulama, AJK PAS Pusat dan muktamar.
"Pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu saja yang pergi," kata ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Sehingga kini, siapakah yang disasarkan Idris tidak dapat dikenal pasti.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memakai baju Melayu warna sedondon dengan Presiden Umno Datuk Najib Razak pada majlis Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia, baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memakai baju Melayu warna sedondon dengan Presiden Umno Datuk Najib Razak pada majlis Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia, baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015.
Apakah presiden PAS sendiri yang memakai baju Melayu sedondon dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia? Atau pihak yang berusaha dan menjadi dalang kerjasama antara Umno dan PAS ini.
Kenyataan Idris selari dengan kenyataan bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hayatnya yang marah dengan usaha untuk bekerjasama dengan Umno.
"Umno kena buang kebangsaan dan terima Islam dulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang Umno cari PAS, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?" kata Nik Aziz sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Online pada 8 Mei, 2013.
Sejak awal, Tuan Ibrahim yang kebetulan anak saudara kepada isteri Nik Aziz, antara pemimpin PAS kini yang paling tidak senang dengan kerjasama dengan Umno.
Apabila media melaporkan beliau merestui kerjasama antara PAS dan Umno ekoran kenyataannya yang dilihat lembut selepas pertemuan antara Najib-Hadi, beliau bangkit menafikannya secara bertulis.
"PAS tidak akan bergabung dengan Umno. Malah kini, PAS sedang merangka strategi mempertahankan kerajaan Kelantan, menguasai kerajaan Terengganu dan menguasai 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Umno di Selangor dan menambah kerusi Parlimen di tempat berlawan dengan Umno," kata Tuan Ibrahim menafikan laporan media beliau kini setuju PAS bekerjasama dengan Umno.
Bahkan dalam kenyataan itu, beliau menegaskan kenyataannya pada 14 Disember lalu yang antara lain menyebut, "PAS tidak mahu memikul pengkhianatan Umno kepada agama".
Katanya, lebih 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Islam secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju.
Iskandar yang juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Selangor pula bertegas, dosa Umno terhadap PAS terlalu besar untuk dimaafkan akar umbi parti Islam itu. – 23 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/3-pemimpin-kanan-pas-bangkit-menentang-kerjasama-dengan-umno#sthash.ijY60y9n.DlaSeE4Y.dpuf

Panglima Bugis Naik Angin, Beri Amaran !!

Posted: 23 Dec 2015 02:45 AM PST

Guruyaya OK Papazi's photo.

Amaran Dari Seorang Pemimpin ..Persoalannya Sampai Bila Rakyat Boleh Bersabar ???

Setiap Kali Ditipu Tiada Tindakan Segera ...‪#‎tangguh2‬...heheee.,macam ‪#‎1MALAYSIADIBODOHKAN‬ kena batang hidung sendiri lah tuuu...

‪#‎Jangan‬ bertindak sesuka hati, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kes penipuan perdagangan supaya tindakan dapat diambil.

"Sekiranya ada sebarang kes penipuan perdagangan atau jual beli, laporkan kepada pihak berkuasa yang akan menyiasat dan mengambil tindakan sepatutnya.

"Jangan bertindak sesuka hati," kata Najib dalam catatan di laman Facebook beliau.

Mahkamah Sita Rumah Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO Perak

Posted: 23 Dec 2015 02:01 AM PST




Wakil dari pejabat peguam Mohamed Hanipa & Associates menjalankan sitaan barangan milik Hamidah di kediamannya di sini, tadi.


BATU GAJAH - Gagal melunaskan bayaran ganti rugi RM200,000 dalam satu kes saman fitnah, barangan dalam rumah milik bekas Ketua Penerangan Wanita Umno di Kampung Tersusun Jalan Gopeng di sini, disita oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

Mahkamah mengeluarkan perintah sita itu setelah Datuk Hamidah Osman gagal membayar ganti rugi berkenaan kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang memenangi kes saman fitnah terhadap bekas Adun Sungai Rapat itu.

Pada 27 April lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Hamidah membayar jumlah berkenaan kepada Khalid  atas penerbitan artikel yang bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu" di dalam blognya pada sekitar Januari 2010 di mana dalam artikel tersebut, Hamidah didakwa memuatkan gambar 'superimposed' Khalid berpakaian ala seorang paderi.

.

Pernyataan tuntutan Khalid, yang difail pada 23 Disember 2011, mendakwa gambar itu menunjukkan beliau seolah-olah seperti seorang paderi Kristian dan seorang yang murtad.

Hamidah sebelum ini bagaimanapun dipetik sebagai berkata, Khalid mendakwa beliau adalah penulis artikel yang mempunyai gambar 'superimpose' plaintif sedangkan beliau bukan penulis artikel itu dan tidak pernah meletakkan gambar tersebut di dalam artikelnya.

"Artikel asal pun tidak ada sebarang gambar, kononnya melalui gambar itu saya telah menuduh plaintif seorang yang murtad dari agama Islam. Isu murtad ialah isu yang serius yang perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah.

"Bagaimanapun saya ingin menegaskan di sini bahawa saya tidak pernah menuduh plaintif telah murtad dari agama Islam dan tidak pernah 'superimpose' gambar seperti yang didakwa dalam artikel itu," katanya.



Punca Umno@Bn Takut Kalah...!!!

Posted: 23 Dec 2015 12:45 AM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.

KENAPA skrg ini Dr. Mahathir bin Mohamad & kuncu2nya bermati2an hentam Najib Razak supaya Najib letak jawatan..??!!

JAWAPANNYA.. jika Najib kekal sehingga PRU14 Mahathir menjangkakan momentum yg ada skrg ini BN akan kalah pd PRU14 nanti.

KALAU BN KALAH.. apa akan jadi pd Mahathir, Najib, kuncu2 & kroni UMNO kelak..??!!

JAWAPANNYA... tirai besi menanti anda semua !!!

Zar Ali
Zar Ali Malang bagi kamu yang mencari habuan dari UMNO - TETAPI Rahmat bagi kami RAKYAT MALAYSIA apabila UMNO MAMPOS !!

Cuepacs Kesal PTPTN Bertindak Kejam Kepada Peminjam

Posted: 23 Dec 2015 12:00 AM PST


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mungkin akan menarik balik kebenaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) membuat pemotongan gaji untuk kakitangan awam, sekiranya agensi itu masih melaksanakan pemotongan maksimum.

Presidennya, Datuk Azih Muda melahirkan rasa kesal kerana ada kakitangan awam yang dipotong gaji mereka oleh PTPTN sehingga kepada kadar maksimum dan tindakan itu adalah tidak wajar dilakukan serta membebankan kedudukan kewangan mereka.

"Ada slip gaji kakitangan awam yang tinggal sampai RM19, nak makan apa nanti? Gunakanlah kuasa sebaik-baiknya.

.
"Cuepacs juga mengingatkan, kami tidak akan teragak-agak untuk menarik balik keputusan benarkan penjawat awam potong gaji mereka untuk bayar PTPTN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Cuepacs 2015 di ibunegara semalam.

Justeru, beliau menasihatkan PTPTN agar lebih bertimbang rasa terhadap kakitangan awam dalam melaksanakan pemotongan gaji agar kakitangan awam tidak terbeban dalam aspek kewangan.

Isu PTPTN, menurut Azih adalah antara empat perkara yang menekan kehidupan kakitangan awam pada masa kini.

Tiga isu lain yang perlu perhatian kerajaan ialah kenaikan kos sara hidup rakyat, mekanisma penetapan harga rumah dan pelaksanaan 252 skim perkhidmatan.

Mengenai kenaikan kos sara hidup, beliau meminta Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) campur tangan secara serius dalam isu kenaikan harga barangan, terutamanya barangan dan perkhidmatan yang telah diberi pengecualian daripada dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Kami (Cuepacs) rasa kesal kerana kenaikan harga barang yang sepatutnya 0 peratus dalam GST, telah dinaikkan," katanya.

Beliau juga meminta kerajaan agar segera mewujudkan mekanisma penetapan harga rumah dan mencadangkan agar mekanisme tersebut dapat meletakkan penetapan bagi peratusan kadar harga rumah serta keuntungan, yang bakal diperoleh oleh pemaju perumahan.

Cuepacs turut memohon agar kerajaan memperuntukkan jawatan bagi kenaikan pangkat untuk kakitangan awam yang berkhidmat di bawah agensi negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT), katanya.

Kata Azih, ia selari dengan pelaksanaan sebanyak 252 Skim Perkhidmatan yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai tahun depan agar pekerja tidak dinafikan hak dan peluang mereka untuk menerima kenaikan gaji yang lebih tinggi berikutan peningkatan kos sara hidup.

- Bernama

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


AMANAH TERIMA 200 AHLI BUKAN ISLAM, MASYARAKAT SIAM

Posted: 23 Dec 2015 08:43 PM PST

ANTARA DUA AMANAT

Posted: 23 Dec 2015 08:19 PM PST

ANTARA DUA AMANAT


Bekas Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat adalah pemimpin Pas paling konsisten pendiriannya berkaitan hubungan parti itu dengan UMNO.  Amanatnya berkaitan perkara itu dianggap paling keras dan tidak ada sesiapa berani menyentuh atau mahu mengubahnya ketika beliau masih hidup.

Sehinggalah meninggal dunia, beliau tetap berpegang kukuh kepada pendiriannya itu, namun terus menjadikan dirinya disanjung serta dikenang.
Presiden Pas, Hadi Awang juga pernah mengeluarkan amanat berkaitan UMNO ketika zaman mudanya dahulu. 

Tetapi, tidak dapat dipastikan sama ada di zaman tuanya dan di ketika Najib Razak menjadi Perdana Menteri ini, beliau masih berpegang lagi kepada keyakinan bait-bait perkataan dalam amanat tersebut atau pun sudah berubah pendirian mengenainya.(SH 23/12/2015).

RANG UNDANG-UNDANG MKN LANGGAR PERLEMBAGAAN, HAK ASASI – SUARAM

Posted: 23 Dec 2015 06:01 PM PST

PEMIMPIN KANAN PAS TOLAK KERJASAMA POLITIK DENGAN UMNO

Posted: 23 Dec 2015 05:59 PM PST

13 Disember buka mata ramai,ikatan Azmin - Mahathir begitu istimewa-CIKGU BARD

Posted: 23 Dec 2015 03:56 PM PST

pemimpin kartel Azmin tanpa selindung bangga dengan Mahathir 
14 Disember 2015 bangun sahaja subuh tiba - tiba telefon bimbit penuh masej whats app dan sms dari perbagai nombor yang ada antaranya tidak disimpan pun. Ada teman - teman pimpinan PKR dan ada juga peguam yang dikenali.

Antara intipatinya, selama ini bila che'GuBard menggunakan gelaran 'anak angkat Mahathir' kepada Azmin ramai tidak percaya namun 13 Disember 2015 malam itu ramai sudah membuka mata. che'GuBard pelik apa sebenar berlaku, selepas sarapan pagi itu kerja 'siasatan bermula'. Rupanya 13 Disember itu Azmin telah mengadakan Majlis Perkahwinan. Majlis ini jika dibandingkan antara majlis meraikan menantu anak - anak semua pimpinan pembangkang maka majlis Azmin ini no.1 paling mewah dan tersusun semuanya. Dari gambar yang dilihat penuh bunga hidup yang segar, tak pastilah berapa belanja kesemua majlis tersebut. Itu belum kira berapa 'sumbangan' untuk menghadirkan penyanyi porpular bagi menghiburkan pada malam tersebut.

Namun yang peliknya kelibat hampir semua pimpinan utama pembangkang tidak nampak, termasuk Presiden PKR Wan Azizah sendiri, jauh sekali Mohammad Sabu atau Lim Guan Eng. Namun pimpinan biasa termasuk anggota keluarga Anwar Ibrahim ada yang hadir.

hubungan istimewa Mahathir - Azmin
Malam tersebut rupanya ramai juga teman - teman Umno hadir dengan kehadiran istimewa ialah Mahathir dan Muhiyuddin. Selain Sultan Selangor dan Sultan Perak. Dalam majlis tersebut termasuk dalam ucapan Azmin dilambung Mahathir dan Muhiyuddin.

Beberapa pelapor dan perakam melaporkan Azmin tanpa segan silu menyebut dia ada hubungan istimewa dengan Mahathir yang tidak akan terpisah. Malah anaknya serta keluarganya ada hubungan yang orang ramai sukar fahami. Dalam ucapan Azmin mengimbau dari saat dia menuntut di luar negara, berkahwin sehingga kini dia mengulang - ulang nama Mahathir dan mengangkat Mahathir orang paling bermakna dan berjasa kepada beliau tanpa segan silu dan berselindung.

Azmin sungguh bongkak dia tidak hormat apa rasa peguam - peguam Anwar yang sejak 1998 bertempur dengan fitnah Mahathir di Mahkamah. Dia langsung tidak hormat ahli keluarga Anwar yang hadir antaranya anak Anwar Izzah, Ilham, Iman ; Adik Anwar Rusli, Farizun, Khairun.... depan ahli keluarga Anwar bukan sahaja memuji muja Mahathir malah seekalipun tidak menyebut nama Anwar seolah Anwar langsung tidak wujud

Kalau di depan pemimpin PKR itu tidaklah berkira sangat sebab yang ada kebanyakannya pengampu Azmin dan terasing sudah dengan sejarah perlawanan 'reformasi' itu sendiri. Kecuali seorang yang saya dengar dari 4 sumber menyatakan ketika ucapan Azmin dia kecewa bangun dan keluar meninggalkan Majlis walaupun jarak mejanya hanya dua meja dari Sultan yang hadir. Sosok yang bangun protes meninggalkan majlis itu saya banyak kritikan ke atasnya namun tindakan dia kali ini saya puji, yang lain ialah penakut bacul hanya berani cerita belakang termasuk beberapa pemberi maklumat sehingga saya menulis tulisan ini.

Ramai kecewa dan mula bercakap selepas majlis dan ramai juga menghubungi dan mengiyakan apa yang che'GuBard sebut selama ini.

Azmin seorang yang cekap yakinlah dia akan buat satu lagi majlis marhaen sedikit secara terbuka bagi 'cover up' kritikan terhadap majlisnya 13 Disember lepas.

Kepada semua yang menghubungi che'GuBard selepas majlis itu atau orang yang bercakap ia sekadar majlis kahwin apa salahnya , maka jawapan saya ialah ia bukan sekadar Majlis Perkahwinan. Saya masih ingat ada orang biasa adakan majlis hari jadi kek gambar Anwar kerana hargai perjuangan Anwar, ada yang kahwin pun diselit imej Anwar kerana perjuanganya, namun Azmin bukan sekadar lupakan terus Anwar tetapi mengangkat orang yang menfitnah Anwar. Bukan sahaja Anwar, malah Mahathirlah yang menjadi sebahagian dari yang mengfitnah keluarga Azmin.

Lupakah Azmin dengan fitnah bahawa Anak Azmin bukan anaknya tetapi anak haram Anwar dan Shamsidar ? adakah ini hubungan istimewa dengan Mahathir ? atau dia menjadi sebahagian plot pembunuhan Anwar... yang mana Mahathir gagal maka Azmin selesaikan.... Maka Majlis 13 Disember itu merupakan majlis meraikan kejayaan menyempurnakan cita - cita Mahathir. Dihadapan keluarga Anwar , Azmin tunjukkan depan bapa angkatnya dia memuji Mahathir dan melupakan Anwar.

Azmin seorang yang sangat istiqamah dan cermat dalam menyusun tindakan, dia sabar. Ingat kali pertama terlihat watak Azmin dia dihalau dari rumah keluarga Anwar di Bukit Damansara konon ada antara yang marah ketika itu katanya Azminlah punca fitnah dan kejatuhan Anwar.

Namun Azmin tetap sabar dia munculkan cerita kononya ditahan namun semua kena maklum dia menyuruk ketika itu di rumah kawanya pemimpin Umno ketika itu.

Bila keadaan tenang dia muncul menyusun pelahan - lahan tanpa kita perasan.

Tanya Wan Azizah peristiwa dia dipanggil ke Amerika untuk bertemu seorang tokoh korporat dunia dan bertemu dengan Setiausaha Agong PBB ketika itu Koffi Annan ketika peringkat awal Anwar ditahan dan dibicarakan. Wan Azizah telah terbang bersama pembantunya diiringi antaranya Azmin Ali. Azmin menyusun 'dibelakang' dia menghubungi tokoh korporat ternama itu konon untuk dia bertemu dahulu. Permintaan dia ditolak dan tokoh korporat itu menghubungi Azizah menyatakan rasa tidak senang dengan cara Azmin. Azizah menegur Azmin. Soalnya kenapa nak jumpa tokoh korporat dunia itu berasingan ? adakah mudah nak melakukan propaganda agar kawan - kawan Anwar menyalurkan bantuan melaluinya. Itu yang tidak berjaya, cuba kita teka berapa jumlah pula yang berjaya dia 'wakilkan' Anwar untuk menerima dana bantuan ?

bergaduh di media sosial kebiasaan Azmin
Marah kerana gagal dan tindakan Azizah menegurnya maka Azmin telah memberitahu Azizah pertemuan dengan Koffi Annan batal. Azizah kecewa, namun tiba tiba 3 jam sebelum pertemuan dengan Koffi Annan yang Azmin kata batal itu, Azizah mendapat panggilan telefon dari pejabat Koffi Annan bertanyakan khabar dan memberikan peringatan mengenai pertemuan. Maka bergegaslah Azizah mujur sampai tepat waktunya. Dan itulah peristiwa besar dimana Setiausaha Agong PBB mengumumkan sokongan pada Anwar dan iktiraf Anwar banduan politik.

Bersemarak perlawanan dalam negara dengan pertemuan penting itu. Ayuh bayangkan pertemuan sepenting itu disabotaj Azmin hanya kerana kehendak dia supaya dana disalurkan melaluinya tak kesampaian. Jika saya menipu tanyalah Azizah mengenai ini.

Peristiwa sabotaj ini bukan sekali berlaku juga beberapa kali dan keluarga Anwar ramai tahu mengenainya dan ini cukup untuk memperjelaskan kenapa ada sentimen tak senang dengan Azmin.

tweet Azmin ketika rakyat sibuk black out 505 dia
sibuk menghentam Anwar
Malam keputusan PRU 2013, semua pimpinan utama dikumpulkan di sebuah hotel di Damansara, paling lewat hadir ialah Azmin Ali... kenapa dan dia berjumpa siapa ?
Selepas PRU 2013, dia menuntut untuk menjadi Menteri Besar, namun Anwar dan Azizah berkeras mahu mengekalkan Khalid Ibrahim. Azmin Ali kecewa maka disebarkan cerita bahawa Anwar menipu kononya Anwar sudah berjanji untuk namakan Azmin Menteri Besar. Bukan sedikit pengampu beliau terpesona dengan hujah Azmin itu.

Ketika semua warga Malaysia digerakkan dalam protes Black out 505, Azmin dan kartelnya mensabotaj Anwar dan Parti. Dia menggerakkan kempen jangan sokong memalui arahan dalaman kartel dan media sosial. Malah kuncu - kuncunya sendiri menyerang secara terbuka Anwar dan keluarga, istilah Istana Segambut itu dicipta kartel Azmin untuk digunakan oleh Umno kemudianya.

antara macai Azmin yang ditugaskan menyerang Anwar

syed husin yang menegur juga dibelasah Azmin
Jangan kita lupa Azmin juga menggunakan media perdana termasuk TV3 menfitnah Azizah (Presiden PKR) mentadbir parti secara kronisma dan nepotisma.

Ketika rakyat berhempas menghidupkan mood Blackout 505, Azmin dan kartelnya mensabotaj gerakan hanya kerana kecewa tak dapat jadi MB. Dia tidak berhenti dia menekan terus, kartelnya menyerang Khalid (MB) luar dan dalam. Kecewa dengan keadaan kelam kabut dan tidak berhenti maka ia sebahagian dari alasan langkah Kajang dan Anwar akan turun tangan sendiri mentadbir Selangor untuk dijadikan negeri contoh menjelang PRU 14. Malangnya langkah Anwar itu mengundang panik 'Putrajaya' dan mempercepatkan pemenjaraannya.

Azmin menyerang Khalid secara terbuka dalam banyak hal
Azizah dinamakan selaku calon tunggal namun Azmin terus melakukan kerja sabotaj dalam dan luar untuk melobi diri sendiri. Dia bertemu Hadi , dia antara watak pemecah belah ketika itu. Akhirnya melobi dengan gunakan semua sumber termasuk guna tauke - tauke belakang Mahathir untuk melobi maka Istana menamakanya. maka jangan pelik kalau banyak keputusan pelik dalam pentadbiranya kerana ia masa untuk 'membayar' semula.

Tahukah semua dia secara sulit telah ke Putrajaya ingin bertemu Najib namun kerana lama menanti dia bertemu Rosmah bersalam tunduk 'cium tangan' meminta maaf dan meminta untuk memulakan lembaran baru. Tahukah anda ketika Anwar bergelut dengan keputusan Mahkamah dia masih sibuk dengan siri pertemuan bersama Mahathir.

1998 Anwar dipenjara tanpa kuasa rakyat bangkit membela namun kini Anwar dipenjara , Azmin di takhta Menteri Besar. Ramai menjangkakan tentu Anwar terbela ia tidak sebegitu.

ucapan dasar angkat idea Mahathir ketika Anwar terpenjara
Semua berjalan cukup licik.Ucapan Dasar dalam mana - mana gerakan politik merupakan elemen penting hala tuju dan wajah gerakan itu. Ayuhkita lihat ucapan Ketua Wanita yang menjadi antara pemuka kartel Azmin Ali dengan temanya "Menuju negara 2020", ketika Anwar dipenjara Parti 'Anwar' angkat pemikiran Mahathir yang membunuh karier Anwar. Ia bukanlah satu kebetulan kerana ia dibuat secara terancang.

Di Selangor buget agak selesa dikeluarkan bagi satu kajian politik dinamakan Lanskap Persepsi Pengundi Selangor. Satu survey dilakukan untuk tujuan politik. Tanyalah orang seperti Professor Abu Hassan pasti mengakui survey politik ini akan dihimpunkan soalan ke arah membentuk persepsi bagi memenuhi maksud survey tersebut, ia lumrah. Maka agak pelik apabila survey Lanskap Persepsi Pengundi Selangor ini mempunyai soalan yang jelas menyerang dan menghakis pengaruh Anwar.

Soalan seperti DSAI harus bersara dari politik kerana telah dipenjara dan faktor kesihatan, PKR didominasi keluarga Anwar, Anwar harus menyerahkan kuasa kepada pemimpin lebih muda segera,sumbangan DSAI tidak diketahui ganerasi kini dan perbagai soalan pelik termasuk membunuh sahabat politik dari parti Amanah. Tujuanya mudah secara tanpa sedar Anwar sedang dibunuh politiknya dengan lengkap.

Untuk mendirikan idea billboard Anwar jawapanya tidak ada duit dan sukar nak dapat kelulusan kerana akan difitnah Bn, tetapi untuk sebuah isntitut pemikir baru dan survey politik membunuh politik Anwar ini berapa yang digunakan dan tidak takut pula diserang oleh Umno ?

Guna kuasa agih wang zakat melalui jentera parti seluruh negara dengan mengenepikan pemimpin yang Azmin tidak suka tidak takut pula Umno serang ?



antara kertas dan panduan survey politik yang bakal
melengkapkan pembunuhan Anwar
Memang sukar untuk memahami tulisan panjang ini. Namun itulah hakikatnya. Azmin sudah hampir melengkapkan cita - cita bapa angkatnya.

Dia sudah terlalu berkuasa pun dalam PKR ini, semua pemimpin dipanggil polis tidak seperti mobilisasi anak Azmin dipanggil polis ,dengarnya siap dengan ada surat perkeliling minta sayap hantar wakil ikut cabang dan negeri.

Saya juga tunggu mana - mana sayap parti sekali lagi keluar media perdana hantar aduan disiplin ke atas saya kerana tulisan panjang ini.

Saya begitu kerdil kini, saya hanya mampu menadah tangan mendoakan Anwar diberi kekuatan dan dipeliharaNya untuk meneruskan perjuangan. Ketia ini jam hampir 5.00 pagi subuh Maulidur Rasul.

tulisan oleh cheGuBard


saya pernah menulis : 

SILA BERI JAWAPAN DENGAN IKHLAS..

Posted: 22 Dec 2015 10:52 PM PST



Kenyataan Media.
 
SIAPA INDIVIDU PAS YANG MAHU PAS BERGABUNG DENGAN UMNO?




1. Kenyataan YB Ust Idris Ahmad, Naib Presiden Pas yang menyeru mana-mana individu Pas yang nak Pas bergabung dengan Umno supaya meninggalkan Pas suatu yang mengejutkan dan merunsingkan ahli-ahli akar umbi Pas. Kenyataan tersebut adalah ekoran daripada kenyataan bertulis beliau ( pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi). Contoh nama-nama yang disebut oleh YB Ust Idris yang lari mengikut Umno semuanya adalah bertaraf pemimpin. Ini yang merunsing mereka. Bukan soal bersetuju atau tidak dengan isu Pas bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn. Tapi kerunsingan mereka kerana dilihat tiada ketentuan haluan masa depan politik Pas dalam nak menghadapi PRU14 dan PRN11 Sarawak.

2. Saya tidak tahu apa tujuan dan maksud daripada kenyataan tersebut. Ramai ahli berpandangan kenyataan tersebut seolah-olah wujudnya usaha pihak-pihak tertentu dalam Pas untuk bergabung, berkerjasama atau bertahaluf antara Pas dengan Umno Bn. Masakan tiada angin pohon bergoyang. Sudah tentu induvidu tersebut bertaraf pimpinan tertinggi Pas dan bukannya ahli biasa. Kalau ahli biasa Pas mereka percaya YB Ust Idris tidak perlu buat kenyataan untuk meminta individu tersebut meninggalkan Pas kerana usaha yang dilakukan oleh individu ahli biasa Pas tidak akan memberi kesan untuk menjadikannya keputusan Parti.

3. Kenyataan YB Ust Idris semacam wujudnya dua pihak dalam kepimpinan Pas sekarang ini. Satu pihak yang hendak bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn, manakala satu pihak lagi menentang. Saya tidak pasti siapa di kalangan mereka. Tetapi kenyataan YB Ust Idris menjadi bahan perbualan dan perbahasan di kalangan ahli biasa Pas.

4. Saya sendiri dihubungi ahli ahli Pas meminta pencerahan. Saya hanya menjawab saya tiada maklumat apa yang sedang bergolak dalam Pas tentang isu kerjasama Pas Umno. Tetapi ahli-ahli menyatakan wujudnya kenyataan-kenyataan yang pada pandangan mereka berlaku percanggahan terbuka di kalangan Pimpinan. Ditambahkan lagi dengan kenyataan Dato' Takiuddin Hassan, Setiausaha Agong Pas yang menimbulkan pelbagai spekulasi tentang masa depan dan haluan politik Pas.

5. Yang menghairankan mereka lagi ialah kenyataan Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan ahli Pas yang menentang kerjasama Pas Umno kena akur kepada keputusan majlis Syura Ulamak Pas pusat. Mereka menyatakan bagaimana Zahid bolrh keluar arahan dan boleh tahu keputusan Majlis Syura. Adakah Majlis Syura sudah buat keputusan? Ini yang membingungkan ahli-ahli.

6. Saya percaya kerisauan ahli-ahli Pas dalam isu ini ada asasnya dan bukan soal bersetuju atau menentang kerjasama. Tetapi mereka mahukan ketentuan dan kepastian. Saya percaya mereka boleh menerima keputusan hatta untuk berkerjasama dan bertahaluf dengan Umno Bn. Yang penting bagi mereka ialah keputusan yang pasti. Saya hanya menyatakan kepada mereka bertenang dan bersabar dalam menanti episod seterusnya. Saya percaya semuanya akan berakhir dengan kepastian dan kesudahannya nanti.

YA ALLAH KAU BERILAH KAMI PETUNJUK MU.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena.
23 Disember 2015/11 Rabiulawal 1437H