WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- AMANAH TERIMA 200 AHLI BUKAN ISLAM, MASYARAKAT SIAM
- ANTARA DUA AMANAT
- RANG UNDANG-UNDANG MKN LANGGAR PERLEMBAGAAN, HAK ASASI – SUARAM
- PEMIMPIN KANAN PAS TOLAK KERJASAMA POLITIK DENGAN UMNO
- 13 Disember buka mata ramai,ikatan Azmin - Mahathir begitu istimewa-CIKGU BARD
- SILA BERI JAWAPAN DENGAN IKHLAS..
AMANAH TERIMA 200 AHLI BUKAN ISLAM, MASYARAKAT SIAM Posted: 23 Dec 2015 08:43 PM PST Amanah terima 200 ahli bukan Islam, masyarakat SiamPenyerahan lebih 200 borang keahlian Parti Amanah Negara (Amanah) dari orang bukan Islam termasuk masyarakat Siam di Kedah membuktikan sifat inklusif parti baharu ini diterima umum. Dalam program Jelajah Treler bersama presiden Amanah dan pemimpin Pakatan Harapan di Jitra malam tadi, wakil kaum Siam, Cina dan India menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Amanah Mohamad Sabu. Menurut pengerusi Amanah Kedah Dr Ismail Salleh, pihaknya menerima sebanyak 527 borang keahlian Amanah daripada 22 cawangannya di Kubang Pasu semalam, majoritinya ialah orang muda. "Majoriti ahli yang serah borang Amanah ini adalah anak-anak muda. Kalau banding di Pokok Sena dulu kita sebut 'harum manis' yang gugur tapi kali ini harum manis tak banyak sangat tapi yang ramai anak muda. "Ahli yang nak masuk Amanah ini berlumba-lumba. Kalau kita rajin dekati mereka lebih-lebih lagi anak muda yang fikiran mereka bersih lagi, lagi ramai yang berminat nak bersama kita," katanya kepada Malaysia Dateline hari ini. Beliau berkata, pendekatan Amanah Kedah yang turun ke setiap kawasan bagi memberikan penerangan membuatkan ramai yang berminat untuk menyertai parti yang ditubuhkan pada September tahun ini. Malah katanya, Kedah merupakan negeri yang paling cepat dalam mengumpul ahli di setiap kawasan termasuklah satu cawangan masyarakat Siam dan satu cawangan masyarakat India. "Pendekatan awal kita perkenalkan Amanah. Bila kita perkenal kita turun ke bawah dengan berjumpa mereka, bagi risalah jadi kita jumpa masyarakat Siam dan India dan kalau kita beri penerangan yang betul tak ada alasan untuk orang tidak bersama dengan Amanah. "Semua kawasan sudah ada Amanah. Kedah paling awal ada komuniti Amanah dan hampir setiap kawasan ada pejabat sendiri," katanya. Beliau juga berkata, walaupun program jelajah treler ini diadakan pada hari bekerja namun ia tetap menerima kehadiran yang ramai. "Malam tadi kehadiran lebih 2,000 orang. Walaupun pada hari bekerja saya tak nampak ada halangan untuk mereka datang. Mungkin sebab mereka nak maklumat," katanya. Pada sebelah siangnya, pelbagai program bersama masyarakat diadakan termasuk pemeriksaan kesihatan percuma dan pemberian bantuan kembali ke sek | ||||||||||||||||||
Posted: 23 Dec 2015 08:19 PM PST ANTARA DUA AMANATBekas Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat adalah pemimpin Pas paling konsisten pendiriannya berkaitan hubungan parti itu dengan UMNO. Amanatnya berkaitan perkara itu dianggap paling keras dan tidak ada sesiapa berani menyentuh atau mahu mengubahnya ketika beliau masih hidup. Sehinggalah meninggal dunia, beliau tetap berpegang kukuh kepada pendiriannya itu, namun terus menjadikan dirinya disanjung serta dikenang. Presiden Pas, Hadi Awang juga pernah mengeluarkan amanat berkaitan UMNO ketika zaman mudanya dahulu. Tetapi, tidak dapat dipastikan sama ada di zaman tuanya dan di ketika Najib Razak menjadi Perdana Menteri ini, beliau masih berpegang lagi kepada keyakinan bait-bait perkataan dalam amanat tersebut atau pun sudah berubah pendirian mengenainya.(SH 23/12/2015). | ||||||||||||||||||
RANG UNDANG-UNDANG MKN LANGGAR PERLEMBAGAAN, HAK ASASI – SUARAM Posted: 23 Dec 2015 06:01 PM PST Rang undang-undang MKN langgar perlembagaan, hak asasi – SuaramDengan lulusnya Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 (RUU MKN) malam tadi, NGO hak asasi manusia Suaram mendakwa bahawa kerajaan Malaysia telah gagal mengotai sumpahnya untuk melindungi hak rakyat Malaysia. Ini kerana, dakwa Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy, RUU MKN akan menyebabkan batal dan tidak sah hak dan kebebasan yang dijamin kepada semua rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Oleh itu, Suaram mengutuk kelulusan RUU MKN, kata Sevan dalam satu kenyataan hari ini. Beliau menegaskan bahawa masyarakat sivil telah cuba untuk berbincang dengan ahli Parlimen dan senator dari kedua-dua belah pihak, tetapi mendakwa ia tidak diendahkan oleh beberapa ahli Parlimen dan senator BN. Malah Parlimen Eropah turut mengecam RUU MKN pada 17 Disember, kata Sevan yang mendakwa bahawa kerajaan Malaysia telah mengabaikannya dan meneruskan rancangan untuk menanggalkan lagi institusi demokrasi Malaysia. Ini, katanya, akan hanya lebih mencemarkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa dan mendakwa mendedahkan kepalsuan pemimpin Malaysia sebagai liberal dan sederhana. Kini, RUU MKN telah diluluskan yang memberi perdana menteri kuasa yang tidak pernah didengar dalam sejarah Malaysia sebelum ini, Sevan berkata Suaram tanpa ragu merasakan bahawa kuasa tersebut akhirnya akan digunakan untuk menyekat perbezaan pendapat, dan memburukkan lagi pelanggaran hak asasi manusia. | ||||||||||||||||||
PEMIMPIN KANAN PAS TOLAK KERJASAMA POLITIK DENGAN UMNO Posted: 23 Dec 2015 05:59 PM PST Pemimpin kanan Pas tolak kerjasama politik dengan UmnoSeorang demi seorang pemimpin kanan PAS bangkit menentang usaha membawa parti mereka mendekati Umno seperti presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Walaupun dalam pelbagai nada, antara kerjasama dan bergabung, namun jelas sekurang-kurangnya 3 pemimpin kanan PAS sudah mula kelihatan dalam menentang arus yang cuba dibawa untuk bersama dengan Umno. Nada penolakan kerjasama ini bermula dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sentiasa bertegas, tidak akan ada gabungan antara parti Islam itu dengan Umno. Kenyataan Tuan Ibrahim disokong naib presiden yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad. Terbaru, seorang lagi Naib Presiden PAS Idris Ahmad bangkit dengan kenyataan paling panas iaitu menghalau mana-mana pemimpin atau ahli keluar parti itu jika mahu bergabung dengan Umno. "Heboh di media sosial dan media perdana, PAS hendak bergabung dengan Umno. "Ingin saya tegaskan PAS ada organisasi daripada peringkat Majlis Syura Ulama, AJK PAS Pusat dan muktamar. "Pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu saja yang pergi," kata ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam satu kenyataan baru-baru ini. Sehingga kini, siapakah yang disasarkan Idris tidak dapat dikenal pasti. Apakah presiden PAS sendiri yang memakai baju Melayu sedondon dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia? Atau pihak yang berusaha dan menjadi dalang kerjasama antara Umno dan PAS ini. Kenyataan Idris selari dengan kenyataan bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hayatnya yang marah dengan usaha untuk bekerjasama dengan Umno. "Umno kena buang kebangsaan dan terima Islam dulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang Umno cari PAS, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?" kata Nik Aziz sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Online pada 8 Mei, 2013. Sejak awal, Tuan Ibrahim yang kebetulan anak saudara kepada isteri Nik Aziz, antara pemimpin PAS kini yang paling tidak senang dengan kerjasama dengan Umno. Apabila media melaporkan beliau merestui kerjasama antara PAS dan Umno ekoran kenyataannya yang dilihat lembut selepas pertemuan antara Najib-Hadi, beliau bangkit menafikannya secara bertulis. "PAS tidak akan bergabung dengan Umno. Malah kini, PAS sedang merangka strategi mempertahankan kerajaan Kelantan, menguasai kerajaan Terengganu dan menguasai 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Umno di Selangor dan menambah kerusi Parlimen di tempat berlawan dengan Umno," kata Tuan Ibrahim menafikan laporan media beliau kini setuju PAS bekerjasama dengan Umno. Bahkan dalam kenyataan itu, beliau menegaskan kenyataannya pada 14 Disember lalu yang antara lain menyebut, "PAS tidak mahu memikul pengkhianatan Umno kepada agama". Katanya, lebih 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Islam secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju. Iskandar yang juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Selangor pula bertegas, dosa Umno terhadap PAS terlalu besar untuk dimaafkan akar umbi parti Islam itu. | ||||||||||||||||||
13 Disember buka mata ramai,ikatan Azmin - Mahathir begitu istimewa-CIKGU BARD Posted: 23 Dec 2015 03:56 PM PST
Antara intipatinya, selama ini bila che'GuBard menggunakan gelaran 'anak angkat Mahathir' kepada Azmin ramai tidak percaya namun 13 Disember 2015 malam itu ramai sudah membuka mata. che'GuBard pelik apa sebenar berlaku, selepas sarapan pagi itu kerja 'siasatan bermula'. Rupanya 13 Disember itu Azmin telah mengadakan Majlis Perkahwinan. Majlis ini jika dibandingkan antara majlis meraikan menantu anak - anak semua pimpinan pembangkang maka majlis Azmin ini no.1 paling mewah dan tersusun semuanya. Dari gambar yang dilihat penuh bunga hidup yang segar, tak pastilah berapa belanja kesemua majlis tersebut. Itu belum kira berapa 'sumbangan' untuk menghadirkan penyanyi porpular bagi menghiburkan pada malam tersebut. Namun yang peliknya kelibat hampir semua pimpinan utama pembangkang tidak nampak, termasuk Presiden PKR Wan Azizah sendiri, jauh sekali Mohammad Sabu atau Lim Guan Eng. Namun pimpinan biasa termasuk anggota keluarga Anwar Ibrahim ada yang hadir.
Beberapa pelapor dan perakam melaporkan Azmin tanpa segan silu menyebut dia ada hubungan istimewa dengan Mahathir yang tidak akan terpisah. Malah anaknya serta keluarganya ada hubungan yang orang ramai sukar fahami. Dalam ucapan Azmin mengimbau dari saat dia menuntut di luar negara, berkahwin sehingga kini dia mengulang - ulang nama Mahathir dan mengangkat Mahathir orang paling bermakna dan berjasa kepada beliau tanpa segan silu dan berselindung. Azmin sungguh bongkak dia tidak hormat apa rasa peguam - peguam Anwar yang sejak 1998 bertempur dengan fitnah Mahathir di Mahkamah. Dia langsung tidak hormat ahli keluarga Anwar yang hadir antaranya anak Anwar Izzah, Ilham, Iman ; Adik Anwar Rusli, Farizun, Khairun.... depan ahli keluarga Anwar bukan sahaja memuji muja Mahathir malah seekalipun tidak menyebut nama Anwar seolah Anwar langsung tidak wujud Kalau di depan pemimpin PKR itu tidaklah berkira sangat sebab yang ada kebanyakannya pengampu Azmin dan terasing sudah dengan sejarah perlawanan 'reformasi' itu sendiri. Kecuali seorang yang saya dengar dari 4 sumber menyatakan ketika ucapan Azmin dia kecewa bangun dan keluar meninggalkan Majlis walaupun jarak mejanya hanya dua meja dari Sultan yang hadir. Sosok yang bangun protes meninggalkan majlis itu saya banyak kritikan ke atasnya namun tindakan dia kali ini saya puji, yang lain ialah penakut bacul hanya berani cerita belakang termasuk beberapa pemberi maklumat sehingga saya menulis tulisan ini. Ramai kecewa dan mula bercakap selepas majlis dan ramai juga menghubungi dan mengiyakan apa yang che'GuBard sebut selama ini. Azmin seorang yang cekap yakinlah dia akan buat satu lagi majlis marhaen sedikit secara terbuka bagi 'cover up' kritikan terhadap majlisnya 13 Disember lepas. Kepada semua yang menghubungi che'GuBard selepas majlis itu atau orang yang bercakap ia sekadar majlis kahwin apa salahnya , maka jawapan saya ialah ia bukan sekadar Majlis Perkahwinan. Saya masih ingat ada orang biasa adakan majlis hari jadi kek gambar Anwar kerana hargai perjuangan Anwar, ada yang kahwin pun diselit imej Anwar kerana perjuanganya, namun Azmin bukan sekadar lupakan terus Anwar tetapi mengangkat orang yang menfitnah Anwar. Bukan sahaja Anwar, malah Mahathirlah yang menjadi sebahagian dari yang mengfitnah keluarga Azmin. Lupakah Azmin dengan fitnah bahawa Anak Azmin bukan anaknya tetapi anak haram Anwar dan Shamsidar ? adakah ini hubungan istimewa dengan Mahathir ? atau dia menjadi sebahagian plot pembunuhan Anwar... yang mana Mahathir gagal maka Azmin selesaikan.... Maka Majlis 13 Disember itu merupakan majlis meraikan kejayaan menyempurnakan cita - cita Mahathir. Dihadapan keluarga Anwar , Azmin tunjukkan depan bapa angkatnya dia memuji Mahathir dan melupakan Anwar. Azmin seorang yang sangat istiqamah dan cermat dalam menyusun tindakan, dia sabar. Ingat kali pertama terlihat watak Azmin dia dihalau dari rumah keluarga Anwar di Bukit Damansara konon ada antara yang marah ketika itu katanya Azminlah punca fitnah dan kejatuhan Anwar. Namun Azmin tetap sabar dia munculkan cerita kononya ditahan namun semua kena maklum dia menyuruk ketika itu di rumah kawanya pemimpin Umno ketika itu. Bila keadaan tenang dia muncul menyusun pelahan - lahan tanpa kita perasan. Tanya Wan Azizah peristiwa dia dipanggil ke Amerika untuk bertemu seorang tokoh korporat dunia dan bertemu dengan Setiausaha Agong PBB ketika itu Koffi Annan ketika peringkat awal Anwar ditahan dan dibicarakan. Wan Azizah telah terbang bersama pembantunya diiringi antaranya Azmin Ali. Azmin menyusun 'dibelakang' dia menghubungi tokoh korporat ternama itu konon untuk dia bertemu dahulu. Permintaan dia ditolak dan tokoh korporat itu menghubungi Azizah menyatakan rasa tidak senang dengan cara Azmin. Azizah menegur Azmin. Soalnya kenapa nak jumpa tokoh korporat dunia itu berasingan ? adakah mudah nak melakukan propaganda agar kawan - kawan Anwar menyalurkan bantuan melaluinya. Itu yang tidak berjaya, cuba kita teka berapa jumlah pula yang berjaya dia 'wakilkan' Anwar untuk menerima dana bantuan ?
Bersemarak perlawanan dalam negara dengan pertemuan penting itu. Ayuh bayangkan pertemuan sepenting itu disabotaj Azmin hanya kerana kehendak dia supaya dana disalurkan melaluinya tak kesampaian. Jika saya menipu tanyalah Azizah mengenai ini. Peristiwa sabotaj ini bukan sekali berlaku juga beberapa kali dan keluarga Anwar ramai tahu mengenainya dan ini cukup untuk memperjelaskan kenapa ada sentimen tak senang dengan Azmin.
Selepas PRU 2013, dia menuntut untuk menjadi Menteri Besar, namun Anwar dan Azizah berkeras mahu mengekalkan Khalid Ibrahim. Azmin Ali kecewa maka disebarkan cerita bahawa Anwar menipu kononya Anwar sudah berjanji untuk namakan Azmin Menteri Besar. Bukan sedikit pengampu beliau terpesona dengan hujah Azmin itu. Ketika semua warga Malaysia digerakkan dalam protes Black out 505, Azmin dan kartelnya mensabotaj Anwar dan Parti. Dia menggerakkan kempen jangan sokong memalui arahan dalaman kartel dan media sosial. Malah kuncu - kuncunya sendiri menyerang secara terbuka Anwar dan keluarga, istilah Istana Segambut itu dicipta kartel Azmin untuk digunakan oleh Umno kemudianya.
Ketika rakyat berhempas menghidupkan mood Blackout 505, Azmin dan kartelnya mensabotaj gerakan hanya kerana kecewa tak dapat jadi MB. Dia tidak berhenti dia menekan terus, kartelnya menyerang Khalid (MB) luar dan dalam. Kecewa dengan keadaan kelam kabut dan tidak berhenti maka ia sebahagian dari alasan langkah Kajang dan Anwar akan turun tangan sendiri mentadbir Selangor untuk dijadikan negeri contoh menjelang PRU 14. Malangnya langkah Anwar itu mengundang panik 'Putrajaya' dan mempercepatkan pemenjaraannya.
Tahukah semua dia secara sulit telah ke Putrajaya ingin bertemu Najib namun kerana lama menanti dia bertemu Rosmah bersalam tunduk 'cium tangan' meminta maaf dan meminta untuk memulakan lembaran baru. Tahukah anda ketika Anwar bergelut dengan keputusan Mahkamah dia masih sibuk dengan siri pertemuan bersama Mahathir. 1998 Anwar dipenjara tanpa kuasa rakyat bangkit membela namun kini Anwar dipenjara , Azmin di takhta Menteri Besar. Ramai menjangkakan tentu Anwar terbela ia tidak sebegitu.
Di Selangor buget agak selesa dikeluarkan bagi satu kajian politik dinamakan Lanskap Persepsi Pengundi Selangor. Satu survey dilakukan untuk tujuan politik. Tanyalah orang seperti Professor Abu Hassan pasti mengakui survey politik ini akan dihimpunkan soalan ke arah membentuk persepsi bagi memenuhi maksud survey tersebut, ia lumrah. Maka agak pelik apabila survey Lanskap Persepsi Pengundi Selangor ini mempunyai soalan yang jelas menyerang dan menghakis pengaruh Anwar. Soalan seperti DSAI harus bersara dari politik kerana telah dipenjara dan faktor kesihatan, PKR didominasi keluarga Anwar, Anwar harus menyerahkan kuasa kepada pemimpin lebih muda segera,sumbangan DSAI tidak diketahui ganerasi kini dan perbagai soalan pelik termasuk membunuh sahabat politik dari parti Amanah. Tujuanya mudah secara tanpa sedar Anwar sedang dibunuh politiknya dengan lengkap. Untuk mendirikan idea billboard Anwar jawapanya tidak ada duit dan sukar nak dapat kelulusan kerana akan difitnah Bn, tetapi untuk sebuah isntitut pemikir baru dan survey politik membunuh politik Anwar ini berapa yang digunakan dan tidak takut pula diserang oleh Umno ? Guna kuasa agih wang zakat melalui jentera parti seluruh negara dengan mengenepikan pemimpin yang Azmin tidak suka tidak takut pula Umno serang ?
Dia sudah terlalu berkuasa pun dalam PKR ini, semua pemimpin dipanggil polis tidak seperti mobilisasi anak Azmin dipanggil polis ,dengarnya siap dengan ada surat perkeliling minta sayap hantar wakil ikut cabang dan negeri. Saya juga tunggu mana - mana sayap parti sekali lagi keluar media perdana hantar aduan disiplin ke atas saya kerana tulisan panjang ini. Saya begitu kerdil kini, saya hanya mampu menadah tangan mendoakan Anwar diberi kekuatan dan dipeliharaNya untuk meneruskan perjuangan. Ketia ini jam hampir 5.00 pagi subuh Maulidur Rasul. tulisan oleh cheGuBard saya pernah menulis : | ||||||||||||||||||
SILA BERI JAWAPAN DENGAN IKHLAS.. Posted: 22 Dec 2015 10:52 PM PST Kenyataan Media. SIAPA INDIVIDU PAS YANG MAHU PAS BERGABUNG DENGAN UMNO? 1. Kenyataan YB Ust Idris Ahmad, Naib Presiden Pas yang menyeru mana-mana individu Pas yang nak Pas bergabung dengan Umno supaya meninggalkan Pas suatu yang mengejutkan dan merunsingkan ahli-ahli akar umbi Pas. Kenyataan tersebut adalah ekoran daripada kenyataan bertulis beliau ( pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi). Contoh nama-nama yang disebut oleh YB Ust Idris yang lari mengikut Umno semuanya adalah bertaraf pemimpin. Ini yang merunsing mereka. Bukan soal bersetuju atau tidak dengan isu Pas bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn. Tapi kerunsingan mereka kerana dilihat tiada ketentuan haluan masa depan politik Pas dalam nak menghadapi PRU14 dan PRN11 Sarawak. 2. Saya tidak tahu apa tujuan dan maksud daripada kenyataan tersebut. Ramai ahli berpandangan kenyataan tersebut seolah-olah wujudnya usaha pihak-pihak tertentu dalam Pas untuk bergabung, berkerjasama atau bertahaluf antara Pas dengan Umno Bn. Masakan tiada angin pohon bergoyang. Sudah tentu induvidu tersebut bertaraf pimpinan tertinggi Pas dan bukannya ahli biasa. Kalau ahli biasa Pas mereka percaya YB Ust Idris tidak perlu buat kenyataan untuk meminta individu tersebut meninggalkan Pas kerana usaha yang dilakukan oleh individu ahli biasa Pas tidak akan memberi kesan untuk menjadikannya keputusan Parti. 3. Kenyataan YB Ust Idris semacam wujudnya dua pihak dalam kepimpinan Pas sekarang ini. Satu pihak yang hendak bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn, manakala satu pihak lagi menentang. Saya tidak pasti siapa di kalangan mereka. Tetapi kenyataan YB Ust Idris menjadi bahan perbualan dan perbahasan di kalangan ahli biasa Pas. 4. Saya sendiri dihubungi ahli ahli Pas meminta pencerahan. Saya hanya menjawab saya tiada maklumat apa yang sedang bergolak dalam Pas tentang isu kerjasama Pas Umno. Tetapi ahli-ahli menyatakan wujudnya kenyataan-kenyataan yang pada pandangan mereka berlaku percanggahan terbuka di kalangan Pimpinan. Ditambahkan lagi dengan kenyataan Dato' Takiuddin Hassan, Setiausaha Agong Pas yang menimbulkan pelbagai spekulasi tentang masa depan dan haluan politik Pas. 5. Yang menghairankan mereka lagi ialah kenyataan Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan ahli Pas yang menentang kerjasama Pas Umno kena akur kepada keputusan majlis Syura Ulamak Pas pusat. Mereka menyatakan bagaimana Zahid bolrh keluar arahan dan boleh tahu keputusan Majlis Syura. Adakah Majlis Syura sudah buat keputusan? Ini yang membingungkan ahli-ahli. 6. Saya percaya kerisauan ahli-ahli Pas dalam isu ini ada asasnya dan bukan soal bersetuju atau menentang kerjasama. Tetapi mereka mahukan ketentuan dan kepastian. Saya percaya mereka boleh menerima keputusan hatta untuk berkerjasama dan bertahaluf dengan Umno Bn. Yang penting bagi mereka ialah keputusan yang pasti. Saya hanya menyatakan kepada mereka bertenang dan bersabar dalam menanti episod seterusnya. Saya percaya semuanya akan berakhir dengan kepastian dan kesudahannya nanti. YA ALLAH KAU BERILAH KAMI PETUNJUK MU. DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR Ahli Parlimen Pokok Sena. 23 Disember 2015/11 Rabiulawal 1437H |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan