Rabu, 9 Disember 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SPRM BILA NAK TANGKAP

Posted: 09 Dec 2015 07:08 PM PST





SPRM

NAK TANGKAP

YANG MANA

Mahathir: Najib cuba sogok saya

dikemaskini 11.15pm "Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara.

Setelah serangan demi serangan, Mahathir Mohamad hari ini mendakwa Najib Razak cuba menyogoknya.
"Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak.
"Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara.
"Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan beliau tidak menyokong Najib kerana tidak dapat apa yang diminta.
Bagaimanapun, kata Mahathir, beliau tidak minta apa-apa, malah menolak pemberian kerajaan selepas bersara, seperti tanah percuma di Putrajaya


KAH KAH KAH

iNI KES BERAT

INi SAH BERAT

KAH KAH KAH



-------------

PAKAILAH NAMA MELAYU

Posted: 09 Dec 2015 06:09 PM PST







TAK RASIS
Si Mael ni sememang nya tak rasis .. betul,tak rasis langsung .. bayangkan komplek Melayu nama China .. "Low Yat Dua" pulak tu, yang nombor satu totap komplek Chino .. itu nunjukan Si Bodoh ni tak rasis, malah beralah lagi. Secara evolusi permulaan nya, semua yg niaga dalam "Low Yat Duo" ni semuo eeaa Melayu, melayu kaum kerabat sendiri .. melayu cam den ni mampuih idup balik pun bolum tontu dapek tapak niago kek situ.

 Lopeh ni, tak lamo laee .. secaro tak perasan, ramai lak indon moniago .. barang2 lain mulo masuk selain komputer .. lopeh tu, bangla, myanmar, pakistan, nepal tetibo muncol. Mako secaro evolusi ikut cara teori darwin, tapi dongan kuasa tuhan la, mako jadilah komplek ni macam komplek "Kota Raya". Kalau komplek ni di jual pado proksi Singapugho atau Chino mako jadilah macam "Pasar Seni" .. tak cayo kito nengok lah nanti. Ini buktikan Mael ni tak rasis langsung. Hidup Low Yat Duo. on AWAL WAHID SUDAH SILAP
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 12/9/15
NAMA ROSMAH
kalau nak ramai org dtg, guna nama najib atau rosmah...berduyung2 lah org ramai..tak kira bangsa.. on AWAL WAHID SUDAH SILAP
Anonymous
on 12/9/15
PLAZA PAK PANDIR
boh lah nama pak pandir plaza...boh lah tengku mansor plaza...boh lah melayu plaza...boh lah islam plaza...ngapa harap bukan melayu sokong ? mintak sokong pada yang dapat projek...minta bantu pada kroni lah...apa punya turrr...lebih hebat dari biawak...asyik bertukar tukar lidah kah kah kah on AWAL WAHID SUDAH SILAP
Anonymous
on 12/9/15





--------------

TERGOLEK DOG

Posted: 09 Dec 2015 05:39 PM PST





TERGOLEK

DOG




Laporan: SPRM jumpa penderma RM2.6 bilion

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar pasukan ke Timur Tengah untuk bertemu dengan individu yang menyalurkan RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib Razak.
Pengarah Siasatan SPRM Azam Baki berkata pertemuan itu telah diadakan baru-baru ini.
KAH KAH KAH

Saya Pun Nak Cari Makan: The super donor must be proud to be able to donate the biggest amount of money in living history to a PM.
No world leader has ever received such a large amount, neither was there any donor more generous than this Arab.
In fact, PM Najib Razak should offer him the country's executive jet to fly him here. And, of course, live broadcast his arrival on all major TV because everyone likes to see how a multi-billion-ringgit donor looks like.
Finally, remember to give him a Tun-ship. There is no need to hide such a generous man's identity.
It is a pity that, having donated such a mega sum, he still has to hide like a mouse while the recipient is also on the run from questions on the donation.

Old Timer: Did the MACC team videotape the meeting? If yes, why not just show it and convince the whole world this generous donor actually exists?

Read more: https://www.malaysiakini.com/news/322826#ixzz3twD4munf



KAH KAH KAH

KANTOI LAGI
---------------

PERANG DUNIA KETIGA AKAN SAMPAI

Posted: 09 Dec 2015 05:00 PM PST







PERANG DUNIA AKAN SAMPAI

Dunia hari ini semakin kacau bilau. Di Malaysia - kita semua sedang menjadi saksi. Kita sedang melihat gambar mangsa ledakan, gambar mangsa keganasan, mangsa pelarian perang, mangsa pembunuhan, gambar kemusnahan. Imej  dan gambar-gambar muncul dari TV, dari YouTube, dari FaceBook. Gambar dan imej ini  sedang memaksa kita menjadi saksi.

Kita tidak ada pilihan. Kita warga dunia yang memiliki kesedaran dan sifat kemanusiaan  sedang menjadi saksi terhadap apa yang sedang berlaku dihadapan mata kita.

Perang sedang berjalan di Afghanistan, Pakistan, Iraq, Syria, Lebanon, Yemen, Somalia, Libya, Palestin, Kashmir dan Mali. Sila baca sekali lagi nama negara-negara yang saya tulis. Semuanya negara yang diduduki oleh penganut agama Islam. Sebahagian besar negara Arab.

Apa sebenarnya sedang berlaku? 

Saya membesar dizaman peralihan - ketika kuasa  British sedang melancarkan Perang Kolonial keatas  warga Tanah Melayu. Ini ketika Pasukan Pembebasan Rakyat Malaya sedang bermati-matian melawan kuasa penjajah British untuk membebas dan memerdekakan Tanah Melayu. Ini lebih dari lima puluh tahun dahulu.

Dari ingat-ingatan saya dizaman kanak-kanak ini - Perang Kolonial tahun 50'an dahulu tidak saperti apa yang sedang saya saksikan sekarang. Hari ini dengan bantuan teknoloji, dengan alatan perhubungan  yang canggih -  kamu, kita dan saya -  TIDAK dapat melarikan diri. Kita semua wajib menjadi saksi melihat kemusnahan dan kehancuran. Saya bandingkan Perang Kolonial menghalau British dahulu sama  saperti menghalau babi dengan lembing. Manakala perang hari ini sama saperti menyerang  semut dengan M16.

Maka kita akan bertanya. Apa sebenarnya sedang berlaku? Apa sebenarnya semua ini?

Secara jujur saya nyatakan disini bahawa apa yang saya tulis ini adalah hasil dari pembacaan, hasil dari pengamatan saya. Berita dan maklumat yang bersepah-sepah dalam internet saya kumpulkan untuk dijadikan satu peta  besar. Peta ini akhirnya menjadi satu penceritaan atau naratif induk. Cerita induk inilah yang kadangkala terlepas dari pandangan mata. Kita terlalai oleh kesah sampingan yang sengaja dipaparkan untuk mengkaburi  pandangan. 

Sebenarnya semua berita-berita ini kait mengait. Semuanya  ada hubung berhubung antara satu sama lain. Kita melihat berita ini  terpencar-pencar- bersepah-sepah disana sini - tetapi hakikatnya semua berita ini terpusat dalam satu naratif  induk.

Perang ialah lanjutan dari pebincangan yang telah gagal. Perang bertujuan untuk menundukkan satu kumpulan, satu wilayah, satu negeri atau satu bangsa. Perang bertujuan untuk menawan wilayah, untuk menawan hamba abdi, untuk mencari dan membuka pasaran, untuk merampas harta kekayaan, untuk memiliki bahan-bahan mentah. Hukum perang ini dari zaman berzaman TIDAK pernah berubah-ubah. 

Belanda dan Portugis datang  ke Alam Melayu  untuk menawan ladang dan pasaran rempah rampai. British datang untuk menawan damar, emas dan bijeh. Justeru, jika Iraq dan Libya hanya mengekspot petai dan budu sampai hari ini Saddam dan Gaddafy masih hidup.

Hakikatnya perang adalah perebutan punca-punca ekonomi. Selagi dunia memakai sistem ekonomi yang berimankan  keuntungan maka selagi itulah dunia akan berhadapan dengan bencana perang.

Pada 24 November 2015 yang lalu jet pejuang F-16 Turki telah menembak jatuh sebuah kapalterbang pengebom Sukhoi Su-24 milik Rusia. Turki anggota perjanjian persenjataan NATO yang dikepali oleh Amerika telah menuduh Rusia mencabuli ruang udara Turki. 

Pesawat Su-24 pada ketika  itu sedang mengebom ISIS. Presiden Vladimir Putin telah menafikan Rusia mencabuli ruang udara Turki. Putin telah menuduh  Presiden Turki Recep Tayyip Edorgan berbohong kerana Su-24 ini tidak melintasi sempadan Turki.

Sebelum ini pada  7 November pesawat udara Airbus A321 milik syarikat penerbangan Rusia telah meledak diudara. Seramai 224 warga Rusia termasuk anak kapal yang pulang dari bercuti di Mesir telah tewas. Bahan bukti telah menunjukkan pesawat ini telah dikhianati dengan bom jangka.

Kumpulan ISIS mengakui bahawa bom janga telah dipasang dalam pesawat  sebagai jawapan balas  kepada Rusia yang telah memulakan kempen mengebom pengkalan ISIS di Syria.

Untuk saya semua ini adalah awan mendung yang akan membawa perang yang lebih besar. Berita-berita  ini pada hemat saya adalah rintik-rintik perang yang akan meledak.

Semenjak meledaknya WTC 9/11 dunia kita telah  amat jauh berubah. Atas nama Perang Melawan Kegansan (PMK) banyak negara dalam dunia ini telah memperkenalkan hukum dan undang-udang  baru. Undang-undang ini semuanya dikatakan untuk PMK - untuk menjaga keselamatan rakyat.  

Nama dan bunyi undang-udang ini cukup molek. Di  Amerika ada Akta Patriot, Undang-Undang Keselamatan Tanah Air, di Malaysia kita ada Sosma, kita ada POCA, POTA dan paling terbaru MKN - Majlis Keselamatan Negara. Di UK,  Peranchis,  Australia, Itali malah semenjak 9/11 semakin galak negara memperkenalkan akta dan undang-undang baru atas nama keselamatan dan menumpas keganasan.

Pada hemat saya semua undang-undang yang diwujudkan atas nama keselamatan orang ramai, atas nama PMK dipelbagai negara sebagai satu persediaan untuk menghadapi perang yang lebih besar.

Perang yang sedang berlaku di Timur Tengah pada ketika ini  saya panggil Perang Tempatan. Ini kerana ianya berlaku disatu tempat atau wilayah. Perang Tempatan ini akan merebak dan memaksa  kita semua  berhadapan  dengan  kedatangan  Perang Dunia Ketiga. Awan mendung dan rintik-rintik ini adalah petanda perang dunia akan sampai bila-bila masa sahaja.

Warga dunia, terutama di Amerika Utara, Eropah  dan negara Nordic di Utara Eropah  memiliki gaya hidup bebas dan demokratik. Kebebasan ini sadikit demi sadikit sedang dilupuskan. Undang-undang, akta dan hukum hakam yang disedikan untuk PMK  sebenarnya sedang mengkontrol,   mengawal  warga dan orang ramai.

Hukum-hakam ini dikatakan akan memperkukuh demokrasi tetapi hakikatnya hukum-hukum ini bertentang dengan roh dan gaya hidup demokratik. Hukum hakam ini sedang melanggar hak asasi umat manusia yang paling asas : bebas dari ancaman perang- bebas dari ketakutan.
Kenapa warga perlu dikawal sekarang?

Jangan silap faham - elit politik dunia, elit ekonomi dunia, kaum pemodal antrabangsa dan tuan pemilik media dunia  telah lama sedar bahawa sistem ekonomi kapitalis yang sedia wujud hari ini telah sampai ke tahap amat-amat bahaya. Krisis  ekonomi yang melanda dunia  pada bulan September 2008 dahulu masih lagi belum dapat ditangani. Kini krisis baru akan muncul.

Dunia kapitalis sedang berhadapan dengan pelbagai krisis yang maha besar.

Pertama:menguncupnya ekonomi China yang selama dua dekad ini menjadi penjana ekonomi dunia. Permintaan bahan mentah dari China mengendur maka harga bahan bakar petrolium merundum. Kedua: Ekonomi  Amerika Serikat - ekonomi kapitalis terulung - sedang berhadapan dengan hutang yang bertimbun tambah. Ketiga: nilai dolar semakin susut. Dolar semakin tidak diyakini sebagai mata wang tukaran untuk jual beli. Keempat: Muncul pesaing baru dalam ekonomi dunia. Negara BRIC - Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan dan Iran - sedang menandingi kuasa imperial Amerika.

Mengikut fakta sejarah. Mengikut apa yang telah berlaku  dahulu. Mengikut hukum ekonomi kapitalis apabila sistem kapitalis dalam gawat jalan keluar ialah perang. 

Jelas kelihatan Perang Tempatan  di Timur Tengah pada ketika ini tidak akan menyelesaikan kekalutan sistem ekonomi kapitalis yang sedia ada. Perang Tempatan ini diwujudkan untuk mengolah persetujuan warga dunia bahawa bahaya hari ini bukan datang dari sistem ekonomi kapitalis tetapi dari Islam.

Ketika Perang Dingin antara  USSR dengan USA dahulu - yang menjadi musuh dunia ialah sistem ekonomi Sosialis dan Komunis dari blok China, Vietnam, Korea Utara, Rusia, Cuba dan Eropah Timur.  Sosialis dan Komunis telah digantikan dengan Islam. Agama  Islam sedang  dijadikan musuh utama rakyat dunia.  Secara terancang Islam diperlihatkan sebagai  pembawa keganasan. Islam digambarkan sebagai pembawa huru hara dalam dunia kita hari ini.

Apa yang berlaku sekarang ini  bukan datang dengan sendiri. Semua ini dirancang. Ada ahli fikir, ada kertas kerja, ada idealog,  ada lembaga  kumpulan pemikir yang kerja mereka hanya  berfikir, merancang dan melakar  stratiji untuk memastikan kuasa hegemoni Amerika Serikat dan sistem ekonomi kapitalis akan terus bekuasa.

Di Amerika ada lembaga saperti Rand Coporation,  Brooking Institution, American Enterprise Institute atau Council on Foreign Relation. Manakala di UK ada Chatham House, ada Center for Policy Study. Semua ini adalah lembaga-lembaga yang dianggotai oleh para pemikir pro kapitalis yang akidah  dan cita-cita mereka ialah untuk memastikan sistem kapitalis ini selamat.

Perang Tempatan yang sedang berlangsung sekarang kesemuanya berlaku dalam negara yang penduduknya penganut agama Islam.  Islam dipilih untuk menggantikan Sosialisma dan Komunis bukan secara tidak sengaja. 

Untuk sesebuah daulah terus berkuasa wajib ada musuh luaran agar rakyat dan pengundi akan terus dapat ditakut-takutkan. Islam sedang dijadikan  musuh dan 'hantu' untuk  terus menakut-nakut raktyat dunia. Orang ramai yang takut pasti akan mencari perlindungan. Perlindugan hanya datang dari kerajaan yang memiliki undang-undang dan hukum hakam saperti ISA, SOSMA atau Patriot Act.

Wajib saya nyatakan disini pada tahun 1992 Samuel P Huntington seorang ahli sains politik telah menulis  The Clash of Civilisation dalam majalah Foreign Affiars. Tulisan ini mengajukan bahawa  sesudah Perang Dingin tamat maka agama dan indentiti akan menjadi induk perbalahan. Artikel ini akhirnya menjadi sebuah buku dengan nama yang sama terbit pada tahun 1996.

Hari ini garis politik kanan - agama dan identiti  sedang menggantikan Perang Dingin. Islam sebagai musuh telah difikirkan seawal 1992 lagi. Saya cukup yakin pemikir-pemikir ini juga sedang merancang cara terbaik untuk menyelamatkan sistem ekonomi kapitalis yang sedag nazak ini. Perang Dunia Ketiga pasti dalam ajenda. (TT)




NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45



-----------------

BUKAN SALAH BENDERA

Posted: 09 Dec 2015 09:04 AM PST





FACE BOOK


Sharizat akui majlis kselamatan perlu utk pasti krajaan tidak dtumbangkan. Pokoknya utk pastikan najib trus brkuasa? Bukan kslamatan negara?


BUKAN SALAH 

BENDERA 

BUKAN SALAH 

CAKAP





--------------

PERANG MEREBAK

Posted: 09 Dec 2015 05:30 AM PST







RINTIK RINTIK PERANG
bala tentera turki
masuk ke iraq
atas alasan menentang ISIS
suasana semakin tegang

ini satu pencerobohan

iraq telah minta bantuan rusia

turki pula ialah anggota NATO
nato dikepalai oleh AMERIKA

Turkish troops go into Iraq to train forces fighting Isis

Several hundred Turkish soldiers have been deployed to provide training for Iraqi troops in an area near the northern Iraqi city of Mosul, which is under Islamic State (Isis) control, according to Turkish security sources.


Iraq issues 


ultimatum: 



Turkish forces


 have 48 



hours to leave 


the country, 


says Baghdad



Baghdad: Iraq on Monday gave Turkey 48 hours to withdraw forces it said entered the country illegally or face "all available options", including recourse to the UN Security Council. Baghdad, which is struggling to assert its sovereignty while receiving foreign assistance against the Islamic State jihadist group, said Turkish forces with tanks and artillery entered Iraq without its permission

Turkey Refuses to Withdraw Its Troops From Northern Iraq Despite Ultimatum: In the face of fierce protests from the Iraqi government and the international community, Turkey is refusing to withdraw troops from northern Iraq.


Iraq May Seek "Direct Military Intervention From Russia" To Expel Turkish Troops:Turkey just can't seem to help itself when it comes to escalations in the Mid-East.
------------------

HEBAT CUKUP HEBAT

Posted: 09 Dec 2015 05:00 AM PST






INI HEBAT

CUKUP HEBAT

KOMENTAR
muhyiddin wajib
meluaskan penerangan
tentang 1MDB ke kampong
terangakan ke luar bandar
ke kedah kelantan terenganu
bani melayu mahu mendengar
bani melayu mahu dapat kabar
bani melayu mahu pencerahan
jangan mati tengah jalan!



Kehadiran Muhyiddin di PAU 2015 disambut meriah

KUALA LUMPUR - Kehadiran Timbalan Presiden Umno  Muhyiddin Yassin ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 pada petang ini disambut meriah oleh para penyokongnya.

Laungan takbir dan pujian semangat ke atasnya bergema sejurus ketibaan beliau pekarangan PWTC.
"Hidup Tan Sri, Allahuakbar," itu antara laungan penyokongnya.

Muhyiddin yang hadir bersama isterinya segak mengenakan baju Melayu berwarna krim putih.

Selepas tiba beliau terus menuju ke Dewan yang menempatkan para perwakilan Pemuda.

Kehadiran Muhyiddin ‎secara tiba-tiba di Dewan Tun Dr Ismail menyebabkan Perwakilan Bukit Bintang, Jefri Zain yang sedang membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda terhenti seketika.

Kemudian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kelihatan turun dari pentas dan menyambut ketibaan Muhyiddin dan bersalam.

KAH KAH KAH
woit
hebat cukup hebat
pengaruh muhyiddin kuat
pemuda jelas tak puas hati
pemuda TAMPIN ada cerita?
kah kah kah

TAMPiN LAGi
 


--------------

RAMAI KANT PIUS

Posted: 09 Dec 2015 04:00 AM PST





APA MAKNA

KENYATAAN


INi



Tegur dan bertanya bukan menderhaka, kata Khairy



Menegur dan bertanya dalam tata etika parti bukanlah bermaksud menderhaka, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan menegaskan sayap itu akan terus bersuara tanpa melampaui batasannya.
Khairy berkata, pihaknya mengharapkan usaha meleraikan kemelut syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma politik bernilai RM2.6 bilion tidak akan terhenti meskipun Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sudah disoal siasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama 2 jam.
"Di samping itu, isu-isu yang kini menjadi cabaran besar kepada parti dan semakin mengakibatkan berlakunya defisit keyakinan di kalangan rakyat perlu terus dijernihkan tanpa kompromi. 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tegur-dan-bertanya-bukan-menderhaka-kata-khairy#sthash.pbViIGe2.dpuf

KAH KAH KAH
woit
menantu abah ini
main dua jalan ke
ramai jadi kant pius
ramai jadi tak pahe
ramai jadi bengang
kah kah kah
ini pasal nak tanding
nak jadi naib presiden
pasang lubang sana sini
kah kah kah
cakap tak jelas
cakap air liur meleleh
kah kah kah
sokong muhyiddin

DUA JALAN
--------------

SYUKUUUR HARGA LETERIK NAIK

Posted: 09 Dec 2015 12:26 AM PST





BERSAKURLAH 
PELAKON UTAMA
Cantek betul skrip umno ni .. beberapa hari sebelum PAU, rakyat telah di pau terlebih dulu .. segala benda keperluan naik dgn semahu-mahunya. Lepeh tu masa PAU, Menantu Ayah muncul sebagai pelakon utama, menyatakan betapa "angry bird" nya dia bila barang naik dan Menantu Ayah telah memekik memberi amaran supaya harga barang tak dinaikan lagi dalam masa 2 tahun. 

Ngapa 2 tahun sebab skripnya tulis 2 tahun la tu. Bagaimana pula dgn janji Maslan Kontot yg kata dgn adanya GST, harga barang akan turun .. janji PRU13 Zombie yg kata tol akan diturunkan cam mane plak. on LETERIK NAIK HARGA
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 12/9/15
TAHNIAH
Hadiah buat penyokong penyokong UMNgok. Tahniah atas kenaikan tarif letrik dan pengurangan rebat ini kepada rakyat Malaysia. ✌ on LETERIK NAIK HARGA
Anonymous
on 12/9/15
ALLAH
Apa pulak nak marah TT.. harga elektrik ditentukan oleh Allah.. syukur Alhamdulillah..bodoh pukimak betul..kahkahkah.. on LETERIK NAIK HARGA
Anonymous
on 12/9/15


-------------

APA KATA MAT SOTONG

Posted: 08 Dec 2015 08:48 PM PST









INi CAKAP 

TUAN iBRAHIM

APA KATA

HAJi HADi?



Pas tidak akan menyelamatkan UMNO

Kenyataan yang dibuat oleh Najib di saat kemelut yang melanda dalam UMNO-BN merupakan usaha mengalih isu sebenar yang melanda Perdana Menteri.

PETALING JAYA : Pas tidak mahu menjadi penyelamat kepada Najib Razak yang kini dibelit kebobrokan politik Umno.
Timbalan Presidennya  Tuan Ibrahim Tuan Man menepis kenyataan Najib  semalam yang mendakwa parti Islam itu menunjukkan tanda-tanda mengalakkan ke arah permuafakatan dengan Umno.
Menurut Tuan Ibrahim, Najib cuba mengalihkan isu sebenar yang melanda dirinya.

KAH KAH KAH

woit
tuan ibrahim cakap jelas
gerombolan boleh berambus
kah kah kah
waspada beeb jangan gumbira
mat sotong belum bersuara
mat sotong masih dilaut
mat sotong masih mencandat
parti pas ada dua suara
jangan lupa pada you ji
kah kah kah

ADA YOU Ji

----------------

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mohd Najib: Kuat Tapi Takut

Posted: 09 Dec 2015 07:19 AM PST

A Kadir Jasin



LAGI berita buruk untuk Melayu, bangsa terbesar dan termiskin di Malaysia, menjelang pembukaan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 yang akan dirasmikan oleh Presidennya, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, esok.
 
Masalah ekonomi terus menekan. Hari ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sendiri mengaku rakyat jelata sudah tidak mampu lagi menanggung beban kenaikan kos sara hidup.

Berucap merasmikan persidangan tahunan Pemuda di Pusat Perdagangan Antarabanga Putera (PWTC) di ibu negara, beliau menggesa kerajaan yang dipimpin Umno agar tidak menaikkan lagi harga barang dan perkhidmatan.



Khairy: Betul berani atau dia pun kembiri?

Masalahnya, kenaikan harga barang dan perkhidmatan adalah akibat Plan Transformasi Ekonomi Mohd Najib sendiri. Dasar fiskal dan pasaran terbuka pentadbiran Mohd Najib menyebabkan harga naik. Beliau anti-subsidi. Hatta subsidi beras hancur makanan orang miskin pun dihapuskannya.

Mohd Najib lebih rela menyusahkan rakyat jelata dan menerima maki hamun mereka daripada melanggar perintah Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) dan agensi-agensi penarafan antarabangsa yang mahu kita menghapuskan subsidi dan membuka pasaran kita seluas-luasnya.

Hari ini juga, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dalam kad laporan keduanya mengenai agenda ekonomi Bumiputera berkata, banyak cabaran dalam usaha mencapai matlamat 30 peratus pemilikan korporat oleh Bumiputera menjelang tahun 2020. Pegangan korporat Bumiputara kini sekitar 22 peratus sahaja.

Banyak lagi berita buruk mengenai Melayu dan Umno. Melayu dipandang begitu rendah sehingga seorang India tempatan bernama (Tan Sri) Kenneth K. Eswaran berani memberi amaran kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden Umno (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin agar jangan cuba menjatuhkan Mohd Najib menggunakan taktik yang mengganggu gugat kestabilan negara.



Eswaran: Kawan akrab keluarga Mohd Najib


Semua perkembangan ini tidak membantu meyakinkan orang Melayu di dalam dan luar Umno bahawa masa depan mereka terjamin dan bangsa Melayu dihormati di bawah kepemimpinan Mohd Najib.

Mohd Najib Menggoda PAS

Satu lagi berita buruk bagi Mohd Najib adalah percubaan beliau menggoda Presiden PAS, (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, agar berkongsi ranjang dengannya sudah mula ditendang oleh banyak pihak di dalam PAS.

Dalam temu ramah dengan media arus perdana (MAP) yang disiarkan pada 8 Disember, Mohd Najib berkata, ada tanda-tanda yang PAS semakin menerima baik cadangan kerjasama Umno-PAS menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.
 
Percubaan ajak PAS kongsi ranjang

Dengan Umno dalam keadaan lemah dan parti-parti BN, kecuali di Sarawak, terus ditolak oleh pengundi bukan Melayu, Mohd Najib memerlukan PAS untuk memperkukuhkan sokongan Melayu.


PAS pula kehilangan ramai pemimpin berwibawa dan berfikiran terbuka apabila golongan agama menang besar dalam pemilihan parti awal tahun ini. Sebahagian mereka keluar PAS dan menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GBH).

Penolakan ini bukan terhad kepada akar umbi PAS saja. Akar umbi Umno pun besar kemungkinan memberikan reaksi yang sama kerana selama ini merekalah berperang habis-habisan dengan PAS di peti undi.

Mohd Najib Kuat Tapi Takut

Walaupun Mohd Najib telah memperkukuhkan kedudukannya dalam kerajaan dan parti, beliau menghadiri PAU kali ini dalam keadaan sangat takut.

Sejak beberapa bulan lalu, tanpa segan silu, beliau telah menggunakan saluran politik, legislatif dan eksekutif untuk membolot kuasa dan mematikan penentangan.

Dalam arena politik, beliau telah memecat penentang-penentang dalam Umno. Melalui kuasa eksekutif beliau menggugurkan Muhyuddin dan (Datuk Seri) Shafie Mohd Apdal daripada Kabinet.

Beliau menggunakan kuasa pentadbiran memecat kakitangan awam yang disyaki tidak menyokong beliau dan menggantikan mereka dengan orang pilihan.

Tetapi beliau tetap takut hatta kepada ahli partinya sendiri. Kerana ketakutan beliau itulah perhimpunan yang sedang berlangsung sekarang berupa yang paling terkongkong dalam sejarah Umno.

Isu berkaitan 1MDB dan derma/sedekat RM2.6 bilion yang beliau terima tidak boleh dibangkitkan. Perwakilan, resolusi, pembentang resolusi, pembahas dan pemerhati disaring, ditapis, diberi indoktrinasi dan masa perbahasan dipendekkan.

Kalau segala syarat itu dipatuhi, maka yang hadir persidangan kali ini adalah kembiri. Yang lelaki menderita koro dan perempuan dingin (frigid).

Tetapi kadang kala, kambing kembiri (kambing yang dikasi) pun kalau terkepung atau diacah akan melawan.

Jadi apakah akan ada pembentang ketetapan dan pembahas yang tidak berjaya dikasi "anunya" akan bangkit membahaskan dua isu yang diharamkan itu?

Ditakdirkan semua pembentang ketetapan, pembahas dan perwakilan sudah dikasi atau dikunci "anunya" atau sarang mereka sudah diisi telur emas, maka jadilah PAU kali ini persidangan satu agenda, iaitu sokong Presiden.

Sekali gus jadilah kepemimpinan Umno kumpulan manusia hipokrit, tanpa hati nurani (conscience) dan tanpa prinsip.

Wallahuaklam.

Baru 2 hari beroperasi, Mara Digital dapat sambutan menggalakkan

Posted: 09 Dec 2015 07:15 AM PST

 
Pengunjung yang hadir berpuas hari dan teruja dengan pembukaan Pusat IT itu.


mara


KUALA LUMPUR : Baru dua hari beroperasi, pembukaan Mara Digital mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung

Tinjauan Free Malaysia Today pada Rabu mendapati pengunjung yang hadir berpuas hati dan teruja dengan pembukaan Pusat IT terbabit.

Pengurus bangunan, Rashid Asmat, 43, berkata ini kerana pembukaan Pusat IT di aras tiga Busana di Menara Mara itu dikelilingi oleh pusat beli-belah lain antaranya Sogo dan Pertama Shopping Complex.

Menurutnya, ia memudahkan pengguna kerana mempunyai banyak pilihan dan ia juga terletak di kawasan yang strategik.

"Dari segi perbezaan, barang-barang di Plaza Low Yat adalah sukar untuk dipastikan yang mana satu asli dan yang mana satu tiruan, peniaga-peniaga di Plaza Low Yat juga hampir kebanyakannya adalah daripada Pakistan dan India dan di sana juga padat.

"Berbanding dengan Mara Digital ini, tidak ada peniaga dari kedua-dua negara dan tidak terlalu padat," katanya ketika ditemui pada Rabu.

Pendapat itu turut diakui oleh seorang pengurus bank, Peter Lai, 50, yang menyatakan peniaga di Lowyat hampir kebanyakannya dikuasai oleh peniaga-peniaga asing.

Dia turut mencadangkan agar Mara Digital yang dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri pada Selasa agar menambah bilangan peniaga-peniaga bumiputera di Mara Digital.

Dalam pada itu, salah seorang peniaga Mara Digital, Muhammad Khairi, 30, menyatakan harga barangan teknologi maklumat (IT) di Mara Digital adalah sama dengan Plaza Low Yat.

Beliau yang turut berniaga di Low Yat menambah apa yang membezakan antara kedua-dua Pusat IT itu adalah di Plaza Low Yat mempunyai banyak pilihan lain.

"Di sini (Mara Digital) parking susah nak dapat," jelasnya.

Mara Digital kini ditempatkan di aras tiga Busana di Menara Mara dan dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.

Diuruskan oleh syarikat WGN Scan Sdn Bhd, pusat itu menempatkan 11 kedai konsep, 20 kiosk, dua penyedia rangkaian internet, dan lima pengendali rangkaian telefon yang semuanya dimiliki kaum Melayu.

Pemuda UMNO bawa usul kos sara hidup, untuk apa?

Posted: 09 Dec 2015 07:13 AM PST

 
Selepas semua orang puas mengadu mengenai kenaikan harga, kini giliran Pemuda UMNO pula, tetapi apa motif disebaliknya kalau tiada apa yang akan berlaku.
 
 
 
Khairy-Jamaluddin_umno_kos_600


Nampaknya selepas semua orang 'membuat bising' mengenai kenaikan harga dan kos sara hidup, Pemuda UMNO tidak mahu dilihat ketinggalan.

Bercakap sahaja pun, bukan bertindak atau terjun dalam aksi melakukan sesuatu perubahan, maka sesiapapun boleh berbuat demikian.

Mungkinkah ucapan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menggesa pemerintah menghentikan kenaikan kos barangan dan perkhidmatan bakal memberi impak?

Kemungkinan besar tidak.

Menurut laporan, Khairy menegaskan rakyat sudah tidak boleh menerima lagi pelbagai kenaikan harga yang membebankan kos sara hidup mereka.

"Pemuda mahu kerajaan hentikan segala kenaikan selepas ini."

"Enough is enough," katanya, yang juga Menteri Belia dan Sukan.

Samalah seperti rungutan mak cik saya, jiran belakang rumah, uncle yang bawa teksi, pengawal di sekolah anak, pekerja di stesen petrol, rakan-rakan dan kenalan yang lain.

Saya pasti rungutan yang dibawa oleh Pemuda Umno hanya untuk meraih perhatian.

Purely an attention seeking act.

Oleh kerana status Khairy selaku Menteri dan Ketua Pemuda UMNO, kekesalannya akan disiarkan di muka utama akhbar, dibawa secara langsung di kaca televisyen dan dilapor sepanas-panasnya di laman portal.

Apakah dengan rungutan Pemuda UMNO ini, kerajaan bersedia untuk mengubah polisi yang telah ditetapkan atau dilaksanakan?

Apakah harga tambang pengangkutan awam akan dikurangkan? Atau caj kenaikan tol akan dirombak semula? Atau kerajaan akan memberi penyelesaian yang lebih menyeluruh dan adil supaya boleh dinikmati oleh seluruh rakyatnya?

Jika perkara itu berlaku, saya boleh melihat betapa cerah peluang Pemuda UMNO memenangi hati rakyat.
Tidak mustahil kebergantungan UMNO akan berubah daripada pemimpin veteran yang berpengalaman kepada yang dark, tall and handsome.

Bukan itu sahaja, rakyat akhirnya boleh mempercayai pasukan pemuda dan pemudi yang cakap serupa bikin dan bukan seperti pemimpin veteran yang sibuk bertelagah untuk menyelamatkan kerusi masing-masing tanpa menghargai siapa yang memberikan mereka kuasa untuk duduk di kerusi itu.

Walhal, seluruh rakyat sedang berteka-teki dengan drama politik yang dipersembah, betapa seronoknya jika ada hero yang menamatkan segala saga itu.

Macam filem Bollywood atau Tamil, diakhir filem, segala masalah selesai, semua orang happy, si hero disanjung.

Maka dalam sesi Perhimpunan Agung UMNO ini, mari kita tengok kalau-kalau ada ahli politik yang mahu ke depan dan menjadi jaguh atau mereka sekadar pak karut semata-mata.

PAU: Polis, media nyaris bertumbuk

Posted: 09 Dec 2015 07:05 AM PST

 
Pengamal media yang tertekan kerana ditolak dan diherdik, menaikkan suara meminta pihak keselamatan supaya lebih bertimbang rasa dengan berkata "Jangan tolak. Kami hanya menjalankan tugas".
 
 
 
polis-tumbuk_600


KUALA LUMPUR: Suasana di Perhimpunan Agung UMNO bertukar tegang apabila pengamal media ditolak, diherdik dan dikasari anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan polis.

Drama bermula ketika Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin masuk ke dewan yang menempatkan persidangan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada petang Rabu.

Perkelahian dipercayai bermula apabila segerombolan penentang Muhyiddin bertegang urat dengan penyokong pemimpin dari Johor itu.

RELA dan polis kemudiannya menolak semua yang terlibat ke tangga di tingkat empat bangunan, tetapi para pengamal media turut tertolak sama.

Pemerhatian FMT mendapati seorang jurugambar ditendang anggota RELA di tangga itu. Jurugambar itu bagaimanapun berjaya menenangkan diri.

Tidak lama kemudian, suasana kembali tegang di perkarangan pintu keluar Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) semasa Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri diiring keluar seusai melawat sayap-sayap parti bersidang.

Media sekali lagi diasak oleh anggota RELA dan polis bagi membuka laluan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Pengamal media yang tertekan kerana ditolak dan diherdik, menaikkan suara meminta pihak keselamatan supaya lebih bertimbang rasa dengan berkata "Jangan tolak. Kami hanya menjalankan tugas."

Pada ketika itulah beberapa anggota keselamatan berpakaian biru muda menyambar seorang jurugambar ke tepi dan mengherdik "Aku polis. Jangan cetuskan provokasi disini".

Cubaan media untuk mengajukan soalan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu akhirnya gagal.

Sementara itu, sebaik Muhyiddin dan isteri memasuki kereta dan mahu beredar, seorang anggota polis tiba-tiba berang dan nyaris bertumbuk dengan seorang jurugambar.

Polis itu mendakwa kepalanya ditolak, namun tuduhan itu dinafikan pengamal media berkenaan.

Pergelutan tersebut berjaya diredakan orang ramai yang berada di kawasan kejadian.

LIHAT VIDEO DI SINI

PAU: Muhyiddin sedih mulut dikunci MT

Posted: 09 Dec 2015 06:55 AM PST

 
Hanya Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dibenarkan berucap pada sesi penggulungan. 


muhyiddin


KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) UMNO tetap dengan keputusan untuk tidak membenarkan Timbalan Presiden berucap pada sesi penggulungan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ke-69.

Tan Sri Muhyiddin sewaktu ditemui FMT melahirkan rasa kecewa dengan pendirian majlis itu.

"Saya masih tidak diberikan peluang untuk berucap. Saya tidak tahu atas alasan apa.

"Saya tidak boleh merasmikan, tidak boleh berucap. Mulut saya dikunci," ujarnya sewaktu ditemui selepas mesyuarat khas MT pada Rabu malam.

Muhyiddin dan Shafie sebelum ini lantang mengkritik Najib ekoran beberapa isu kontroversi yang dikaitkan pada Presiden UMNO itu.

Antara isu yang dikaitkan adalah kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion dari seorang dermawan Timur Tengah yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Mengulas lanjut, bekas Timbalan Perdana Menteri itu tanpa berselindung menyatakan rasa dukacita diatas layanan yang diterimanya.

"Saya sedih. Hak saya sebagai Timbalan Presiden hanyalah duduk hingga akhir. Saya tidak tahu apa sebabnya tetapi itulah keputusannya," ujarnya lagi.

Pada masa sama, Muhyiddin menyatakan bahawa beliau dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal telah merayu tetapi tetap tidak dibenarkan berucap.

"Saya dan Shafie merayu untuk dibenarkan berucap. Tetapi setelah perbincangan dilakukan, nampaknya (MT) tetap menghalang saya," jelasnya.

Di mesyuarat yang berlangsung pada jam 8 malam itu, majlis menetapkan bahawa hanya Presiden Datuk Seri Najib Razak dibenarkan berucap.

Mesyuarat turut menetapkan bahwa Muhyiddin dan Shafie masih lagi ahli UMNO dan tidak dipecat dari parti Melayu itu.

Tidak hadir Taklimat Presiden, Muhyiddin jawab

Posted: 09 Dec 2015 06:52 AM PST

 RAZIATUL HANUM A.RAJAK

Tidak hadir Taklimat Presiden, Muhyiddin jawab
Muhyiddin. –Foto Sinar Harian Oleh AFIQ RAZALI


KUALA LUMPUR - Susulan ketidakhadirannya pada majlis Taklimat Presiden, Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 malam semalam yang menjadi tumpuan, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini tampil menjawab kepada Sinar Online.

Menurut Muhyiddin, beliau telah mempunyai temu janji lain yang ditetapkan lebih awal dengan Umno Pagoh di Universiti Malaya (UM), malam semalam.

"Itu bukan merupakan satu perkara besar. Taklimat presiden itu biasa. Saya sudah jangka mungkin apa-apa yang nak dijelaskan itu bukan sesuatu perkara yang baharu. Namun kebiasaannya, taklimat itu diadakan sebelah petang, kali ini dibuat sebelah malam.

"Saya pula sudah ada jadual dengan ahli-ahli parti saya (Pagoh) kira-kira 200 orang dalam majlis makan malam di Kompleks Persatuan Alumni UM. Maka, saya sudah terikat dengan program itu," katanya.

Semalam, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata beliau menerima maklumat bahawa Muhyiddin telah sampai ke PWTC namun tidak masuk ke Dewan Merdeka di mana majlis taklimat itu berlangsung.

Program  yang bermula jam 9 malam itu, menjadi amalan Presiden Umno berucap dan memberikan amanatnya di hadapan 191 pimpinan Umno bahagian dari seluruh Malaysia.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kehadiran dan penyertaannya dalam PAU esok itu sendiri lebih penting.

"Bagi saya, ini (ketidakhadiran) tidak harus digembar-gemburkan. Bukan kerana seolah-olah saya tidak menghormati tetapi yang lebih penting, kehadiran saya dan penyertaan saya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (malam ini) dan perhimpunan agung, esok," katanya.

Kira-kira jam 3 petang tadi, Muhyiddin dan isteri dilihat tiba ke PWTC bagi melawat persidangan ketiga-tiga sayap parti, Pemuda, Wanita dan Puteri yang sedang berlangsung.

KJ nak pukul perwakilan merokok di PWTC

Posted: 09 Dec 2015 06:46 AM PST

Shakira Buang 





Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memberi amaran untuk menyebat dan memukul mana-mana perwakilan khususnya anggota Pemuda jika terus merokok dalam Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan segelintir perwakilan Umno yang bertindak merokok semasa Perhimpunan Agung Umno berlangsung.

"Saya tak tahu, kalau saya tahu saya dah pukul mereka dan kalau saya sendiri nampak saya dah sebat mereka," kata Khairy dalam sidang media selepas perbahasan pergerakan Pemuda di PWTC sebentar tadi.

Malah, menteri belia dan sukan itu berkata pihaknya juga mahu pengurusan bangunan PWTC menguatkuasakan larangan merokok itu selain meminta para perwakilan menunjukkan teladan yang baik.

"Saya harap pihak tuan punya bangunan dapat menguatkuasakan peraturan (merokok) ini.

"Jangan tunjuk teladan yang buruk," tegas anggota Parlimen Rembau itu lagi.

Media sebelum ini melaporkan bahawa perwakilan yang hadir ke perhimpunan agung Umno kali ini tidak mengendahkan larangan merokok dalam PWTC.

Tinjauan yang dilakukan juga mendapati perkarangan PWTC dipenuhi dengan asap rokok.

Malah, para perwakilan didapati terus merokok tanpa menghiraukan papan tanda dilarang merokok.

Sah tiada penggulungan Muhyiddin di AGM Umno

Posted: 09 Dec 2015 06:43 AM PST

Anne Muhammad 







Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sah tidak dibenarkan berucap dalam sesi penggulungan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ke-69 pada Sabtu ini.

Beliau mengesahkan perkara itu kepada pemberita selepas ditemui selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu negara malam ini.

"Saya sedih, saya masih tidak diberikan peluang untuk berucap," katanya.

Muhyddin juga berkata mulut beliau kini "dikunci".

Mesyuarat MT Umno hari ini bermesyuarat kira-kira dua jam.


Hentikan kenaikan harga, ujar Pemuda Umno kepada kerajaan

Posted: 09 Dec 2015 06:40 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Pemuda Umno hari ini mendesak kerajaan supaya serta merta memastikan tidak ada kenaikan kos sara hidup kerana ia semakin menghimpit rakyat, khususnya belia. 
 
"Pemuda ingin memberitahu kepimpinan parti dan kerajaan - Cukuplah! Hentikan semua kenaikan ini. Jangan ada kenaikan lagi," kata Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar.  
 
Beliau menegaskan rakyat semakin tertekan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan seperti pengangkutan awam dan "kita tidak boleh diam membisu sahaja".
 
Khairy berkata pendirian Pemuda Umno itu bukan pendekatan populis tetapi dibuat atas keperluan membela rakyat khususnya generasi belia. 
 
"Jangan kata Pemuda populis. Kalau populis, kita akan suruh hapuskan GST dan batalkan semua kenaikan ini. Namun Pemuda bertanggungjawab." katanya sambil menerima sorakan perwakilan sayap itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi tadi.
 
Khairy berkata demikian ketika mesrasmikan mesyuarat agong  Pemuda Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. 
 
Sebagai menteri kabinet juga, ujar Khairy, beliau sentiasa bersuara menyatakan pandangannya apabila kerajaan mahu menambahkan beban kepada rakyat.
 
Beliau sedar kesukaran yang terpaksa ditanggung rakyat rentetan tindakan kerajaan menaikkan kadar tol, tambang pengangkutan awam, pengurangan subsidi bahan api dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
 
Sehubungan itu, Khairy mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan beberapa kemudahan diskaun kepada pengguna pengangkutan awam.
 
"Selama ini bila tol naik, kita minta anak muda guna pengangkutan awam. Tapi sekarang, lepas kita naikkan harga tol, tambang komuter, tambang ERL, segala-gala tambang pun naik juga. Apa lagi pilihan yang ada pada rakyat, nak suruh mereka jalan kaki? 
 
"Di banyak negara lain, golongan belia diberikan diskaun yang sama seperti warga emas untuk pelbagai kemudahan awam.  Kalau nak bantu orang muda, inilah masanya.  Saya tengok kesan kenaikan tambang Komuter contohnya, begitu membebankan.  
 
"Buatlah diskaun untuk belia bagi pengangkutan awam. Jangan harga dinaikkan semata-mata, tanpa langsung memikirkan langkah-langkah yang boleh meringankan beban tambahan ini," ujarnya lagi.
 
 

Terserah kepada kebijaksanaan Najib untuk putus tindakan terhadap Muhyiddin

Posted: 09 Dec 2015 06:38 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar & Shuhaniza Said

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak semestinya mempunyai perkiraan tersendiri dalam menentukan tindakan yang bakal diambil terhadap Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti tidak bertujuan bertindak kejam terhadap pemimpin kedua tertinggi tersebut, sebaliknya melihat kepada kesan baik dan buruk yang bakal diterima parti kelak.
 
"Itu adalah merupakan tatacara dan etika yg ada dalam perlembagaan Umno dan kertas siasatan telah dipersiapkann oleh ibu pejabat, jika ada aspek dikemukakan oleh orang yg berkenaan melanggar perlembagaan parti peraturan dan tata etika.
 
"Saya tidak fikir ianya perlu digopoh-gapahkan dari segi tindakan dan sistem kebijaksanaan yang ada pada presiden parti menjadi keutamaan.
 
Walaubagaimanapun kami mendengar suara akar umbi dan para perwakilan dan kita akan menyerahkan keputusan yang akan dibuat waktu bila sekalipun Presiden untuk menentukannya.
 
"Bukan kerana kami mahu supaya tindakan itu dilakukan tetapi kami merasakan beberapa perkiraan harus diberikan keutamaan, agar sekali air bah sekali pantai berubah. 
 
"Maka dalam keadaan itu kebersamaan dan kekitaan bahawa ianya seperti ikatan pada kayu-kayu yang menjadi rakit," demikian menurut Ahmad Zahid ketika mengadakan sidang media, tengah hari tadi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
 
Ahmad Zahid menyentuh kelantangan Muhyiddin yang mencetuskan kontroversi apabila mendesak Najib 'rehat seketika' daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri bagi membolehkan siasatan telus dijalankan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ketika berucap di Kelab Sultan Sulaiman, malam Isnin lalu. 
 
Semalam Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ucapan Muhyiddin akan diteliti jawatankuasa khusus parti untuk mengkaji sekiranya wujud perlanggaran daripada aspek perlembagaan parti.
 
Muhyiddin dan Shafie digugurkan daripada Kabinet setelah mereka tidak sehaluan dengan jemaah menteri dalam pengendalian isu 1MDB.
 
Muhyiddin juga pada malam tadi bertindak 'memulaukan' Taklimat Presiden Umno sempena Perhimpunan Agung Umno kali ke-69 (PAU2015).
 
Lebih lanjut, Ahmad Zahid menjelaskan Najib seorang yang amat terbuka menerima pandangan meskipun tidak senada dengannya.
 
"Kita ada pentas untuk meraikan pendapat dan mengetahui personaliti Presiden parti, beliau tidak pernah menolak sebarang perbezaan pendapat malah beliau adalah pendengar yang baik, beliau mendengar kepada setiap suara," tegasnya lagi.
 
Pandangan berkenaan juga turut dipersetujui oleh seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
 
"Yang penting tadi apa yang sedia ada untuk kita mengeluarkan kritikan jangan sampai ianya keluar daripada saluran yang ada sehingga keluarnya kita daripada saluran itu menjejaskan parti.
 
"Suara-suara sumbang itu jika keluar daripada saluran dan menjejaskan parti, akhirnya nanti parti akan tolak individu yang berkenaan kerana perjuangan dan parti lebih besar dan penting daripada seorang individu dan personaliti sejarah Umno daripada dulu lagi mengingatkan kita perkara ini," katanya lagi.
 
 

Sekutu pemuafakatan PAS adalah rakyat, kata Dr Zuhdi

Posted: 09 Dec 2015 06:35 AM PST

 Oleh Muhammad Asyraf Azlan

 
Post Pic



SHAH ALAM: PAS bukanlah sekutu Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) tetapi bersekutu dan bermuafakat dengan rakyat, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Katanya, peta jajaran politik baru ini menjalin pemuafakatan langsung dengan rakyat digagaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

"Pembentukan blok sekutu baru ini digagaskan bersama ratusan kumpulan masyarakat madani (NGO) dan tokoh perseorangan bermula dengan penganjuran Kongres Rakyat Peringkat Nssional," katanya.

Beliau berkata, wawasan presiden itu mula diusahakan selepas muktamar PAS Jun lalu yang menyaksikan PAS berhubung langsung dengan rakyat dan "tidak lagi berperantarakan parti-parti politik".

"Blok sekutu ini tidak pro-BN dan tidak PH, sebaliknya pro-rakyat. Dalam menangani sesuatu isu, pendekatan PAS ialah memenuhi hasrat dan kepentingan rakyat bukan untuk mileage politik parti politik atau tokoh tertentu," katanya.

Dalam satu kenyataan media, Dr Zuhdi mengakui mutakhir ini ada pendirian dan tindakan PAS dilihat memihak kepada kerajaan dan ada juga yang dirumuskan sebagai bertentangan dengan kehendak kerajaan.

Dr Zuhdi berkata, PAS sebelum ini menolak perancangan sesetengah pihak yang mahu menumbangkan kerajaan melalui cara yang tidak lazim bagi sesebuah negara yang mengamalkan pilihanraya.

Katanya, PAS memilih untuk menentang cara berkenaan kerana "kaedah ini akan menjerumuskan negara kepada ketidakstabilan berpanjangan".

"Kemudian PAS mengambil sikap berkecuali dalam pengundian meluluskan Bajet 2016 disebabkan ada manfaat dalam bajet tersebut yang boleh diperolehi rakyat," tambahnya.

Manakala bagi mengatasi perkara yang membebankan rakyat dalam Bajet 2016, tegas beliau, PAS telah mengemukakan cadangan balas yang realistik.

Dr Zuhdi berkata, pendekatan PAS ini juga digunapakai dalam menangani isu rakyat dan negara seperti Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA).

"Apabila kerajaan mulai bersedia menandatangani perjanjian itu awal tahun hadapan, PAS bersama kumpulan masyarakat madani dan tokoh perseorangan akan membuat bantahan besar-besaran," tegasnya.

Pendirian tegas ini diambil, katanya, kerana PAS yakin TPPA adalah satu bentuk "penjajahan baru" dan merugikan negara dan rakyat.

Dr Zuhdi berkata, perubahan pendekatan yang diterokai oleh presiden PAS adalah satu lambang kematangan politik dan anjakan baru ke arah mentaliti politik kelas pertama.

"Yang terkini, presiden PAS bersedia bersama perdana menteri dalam forum bercakap tentang perpaduan ummah dalam Multaqa Serantau Alumni Al Azhar," katanya.

Dr Zuhdi berkata, langkah PAS ini membuktikan ia adalah parti politik yang matang yang meletakkan kepentingan ummah dan rakyat Malaysia khususnya sebagai keutamaan.


Muhyiddin enggan jawab soalan media di PAU2015

Posted: 09 Dec 2015 06:30 AM PST


Muhyiddin enggan jawab soalan media di PAU2015
Ketibaan Muhyiddin disambut meriah oleh penyokong beliau. –Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 
 
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya memberi reaksi tubuh ketika ditanya mengenai statusnya dalam Umno ketika hadir di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015, hari ini.

Beliau enggan menjawab sebarang pertanyaan pihak media, ketika melalui ‎pintu di Dewan Tun Razak.

Soalan yang diajukan pihak media adalah tentang adakah beliau akan dipecat dan sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap parti.

Namun, Muhyiddin memberi isyarat angguk bagi soalan adakah beliau masih kekal sebagai timbalan presiden.

Beliau sebelum itu hadir secara mengejut di persidangan  ketiga-tiga sayap ‎parti.

Dalam pada itu, suasana agak kelam kabut, kerana pengamal media terpaksa bersesak-sesak untuk mendapatkan respons Muhyiddin.

Namun, keadaan kembali tenang selepas Muhyiddin dan isteri menaiki keretanya.

Kehadiran Muhyiddin di PAU 2015 disambut meriah

Posted: 09 Dec 2015 06:26 AM PST


Tan Sri Muhyiddin Yassin
Para media dan penyokong berasak ketika kehadiran Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Ke-2 Perhimpunan Agung Umno 2015 yang ke 69 di Bangunan PWTC. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


KUALA LUMPUR - Kehadiran Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 pada petang ini disambut meriah oleh para penyokongnya.

Laungan takbir dan pujian semangat ke atasnya bergema sejurus ketibaan beliau pekarangan PWTC.

"Hidup Tan Sri, Allahuakbar," itu antara laungan penyokongnya.

Muhyiddin yang hadir bersama isterinya segak mengenakan baju Melayu berwarna krim putih.

Selepas tiba beliau terus menuju ke Dewan yang menempatkan para perwakilan Pemuda.

Kehadiran Muhyiddin ‎secara tiba-tiba di Dewan Tun Dr Ismail menyebabkan Perwakilan Bukit Bintang, Jefri Zain yang sedang membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda terhenti seketika.

Kemudian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kelihatan turun dari pentas dan menyambut ketibaan Muhyiddin dan bersalam.


Isu perpaduan, 1MDB tumpuan perhimpunan esok

Posted: 09 Dec 2015 06:24 AM PST

SINAR HARIAN


PAU 2015
Suasana dalam Perhimpunan Agung Umno 2015, di PWTC. – Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM 
 
 
KUALA LUMPUR - Kepimpinan, perpaduan dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bakal menjadi tumpuan pada Perhimpunan Agung Umno 2015, esok.

Isu-isu berkenaan yang kerap dibangkitkan pada perhimpunan agung sayap Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri hari ini, menjadi landasan kepada ucapan serta perbahasan presiden parti.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berikrar untuk berdiri teguh di sisi Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, dan mendapat sokongan bergemuruh serta padu daripada perwakilan.
Shahrizat berkata Wanita akan menjadi 'tonggak kesatuan Umno'.

Najib turut mengambil peluang menzahirkan penghargaan kepada Wanita atas sokongan mereka semasa beliau melancarkan Tabung Pejuang Nadi Rakyat pergerakan itu, selepas Shahrizat selesai memberi ucapan. 

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu akan terus berganding bahu bersama kepimpinan parti untuk mendukung kebenaran dan membetulkan salah tanggapan terhadap parti itu.

Namun, beliau melahirkan kebimbangan berhubung beberapa isu yang mendepani Umno, yang menyebabkan sokongan rakyat berkurangan, dan menurutnya perlu diselesaikan segera.

Khairy, yang merujuk kepada siasatan terhadap 1MDB dan derma politik, berkata 'Pemuda Umno mengakui keikhlasan presiden dalam usahanya menyelesaikan isu-isu berkenaan'.

Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin pula berkata kesetiaan kepada pemimpin adalah satu tuntutan dalam Islam.

Mengikut ajaran Islam, masyarakat perlu mentaati pemimpin selagi pemerintahannya tidak lari daripada tuntutan agama, katanya.

Semasa perbahasan, para perwakilan Wanita menyuarakan sokongan kepada Najib dan menggesa semua ahli Umno supaya turut berbuat demikian.

Seorang daripada mereka, Zaitun Anik dari Sabah, berkata Najib berhak mendapat sokongan padu mereka kerana beliau sentiasa membuat keputusan demi kepentingan rakyat.

Para perwakilan Puteri pula menyentuh soal penggunaan media sosial secara bijak dan mengingatkan anggota pergerakan itu supaya tidak terpengaruh dengan sesetengah perkara yang dimuat naik dalam internet.

Mereka juga memohon lebih ramai ahli Puteri dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Majoriti perwakilan Pemuda memberi fokus kepada pilihan raya umum akan datang dan peranan anggota pergerakan itu. 

Kemudian tibalah detik yang semestinya menggembirakan perdana menteri.

Walaupun Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut hadir pada perhimpunan itu, tiga perwakilan Pemuda seorang demi seorang bangkit melaungkan sokongan kepada Najib serta Khairy.

Ketiga-tiga perwakilan itu menerima tepukan gemuruh, dengan ada di kalangan perwakilan yang bertepuk tangan sambil berdiri. - Bernama

Najib, Muhyiddin hadir mesyuarat MT Umno

Posted: 09 Dec 2015 06:20 AM PST

SINAR HARIAN


TPM PM


KUALA LUMPUR - Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato' Onn, di sini malam ini.

Najib yang juga Perdana Menteri, tiba pada 8.22 malam, diikuti Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dua minit selepas itu, dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin kira-kira lima minit kemudian.

Ahli MT yang lain termasuk dua lagi naib presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, tiba lebih awal.

[ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin ke PWTC, sah hadir mesyuarat MT

Secara tradisinya, mesyuarat MT itu diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Sebelum ini, Ahmad Zahid berkata mesyuarat kali ini akan membincangkan persiapan akhir Perhimpunan Agung Umno 2015. - Bernama