Nuffnang

Pengikut

Tukar Tiub

0
sumber :-
Tukar Tiub

Tukar Tiub


SABAH LINGKUP

Posted: 08 Dec 2015 08:09 PM PST







ADAKAH iNI

BERiTA BAiK?



BN semakin hilang sokongan Sabah, kata Shafie

9 Dec — Barisan Nasional (BN) berdepan kesukaran mengekalkan Sabah sebagai deposit tetap kepada parti pemerintah itu kerana pengundi negeri Borneo itu sudah hilang keyakinan kepada  Najib Razak, kata Naib Presiden Umno  Shafie Afdal.


KAH KAH KAH
woit
jangan silap baca
jangan silap sangka
jangan angan angan
jangan mimpi mimpi
jangan ingat boleh menang
ingat apa jadi PRU13
sudah cantik semua cun
kes pendatang haram sabah
tetiba ada lahad datu
kah  kah kah
sampai hari ini 
kes pendatang haram lenyap
kah kah kah

KANTOi LAGi

------------

SUSAH AFDAL

Posted: 08 Dec 2015 07:39 PM PST








BUKAN SUSAH

TAPi MUSTAHiL

KOMENTAR
mustahil akan berlaku
satu siasatan yang telus
satu siatan yang tuntas
jika orang yang disiasat
pemegang kuasa mutlak



Sukar siasat 1MDB, derma RM2.6 bilion jika Najib masih berkuasa, kata Shafie


Pihak berkuasa berdepan kesukaran menyiasat skandal kewangan membabitkan Najib Razak jika beliau masih berkuasa, kata Naib Presiden Umno Shafie Apdal.

Bekas menteri Kabinet yang disingkir pada Julai berkata, tidak salah meminta presiden parti Umno itu berehat semasa siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya sedang berjalan. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sukar-siasat-jika-najib-masih-berkuasa-kata-naib-presiden-umno#sthash.mBq5fnCR.dpuf

KAH KAH KAH
woit
macam mana nak siasat
kes samun
kalau yang menyamun itu
jadi tukang siasat
kah kah kah
macam mana nak siasat
kes bunuh
kalau tukang siasat
itu si pembunuh
kah kah kah
sampai kiamat tak selesai
kah kah kah


TAK SELESAi

----------

MALAM INI FORUM 1MDB

Posted: 08 Dec 2015 06:48 PM PST







MALAM INI



FORUM 1MDB

DEWAN CHiNA





RADIO BANGSAR


SIARAN LANGSUNG








----------

LETERIK NAIK HARGA

Posted: 08 Dec 2015 06:18 PM PST







HiDUP

SYARiKAT

CHiNA 

TONGSAN


Rebat dipotong, kadar elektrik naik 2016


Pengurangan rebat tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan mengakibatkan pengguna perlu membayar lebih 0.73 sen bagi setiap kilowatt per jam (kWj) untuk tempoh 6 bulan pertama tahun depan.
Rebat bagi Sabah dan Labuan, bagaimanapun, kekal pada 1.20 sen/kWj, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di Putrajaya hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rebat-dipotong-kadar-elektrik-naik-tahun-depan#sthash.sufzQlqu.dpuf

KAH KAH KAH

hamdulillah

syukur nikmat

kah kah kah

padan muka
------------

AWAL WAHID SUDAH SILAP

Posted: 08 Dec 2015 05:38 PM PST





AWAL WAHiD

DAH SiLAP



 | December 8, 2015
mara-digital
Walaupun pusat beli-belah ini menempatkan peniaga Melayu, saya berharap masyarakat bukan Melayu juga akan datang ke sini dan menyokong... More ››

KAH KAH KAH
woit
munkee ni tak ada idea
bubuh nama low yat 2
kah kah kah
cakap pejuang melayu
cakap ketuanan melayu
pakailah nama melayu
kah kah kah
guna nama kembang setaman
guna nama pusat kicap
guna nama ikan belaga
baru nampak melayu
baru dilihat cun
kah kah kah

MANA MELAYU


--------------

PAS DAN GEROMBOLAN

Posted: 08 Dec 2015 05:00 PM PST







KETUANAN 

MELAYU

KERJASAMA

DENGAN PAS

PAS S'gor anggap Najib 'bermimpi di siang hari'
Perkembangan yang disebut PM bukan petunjuk kepada sikap sebenar PAS, kata  Iskandar Abdul Samad.


KAH KAH KAH
woit
ini pas selangor
tak mahu kerja 
dengan parti ketuanan melayu
kah kah kah
pergi tanya mat sotong
apa komen mat sotong
pergi tanya jinakolojis
apa dia kata
kah kah kah

MAT SOTONG



---------------

SALAH CAKAP SALAH BENDERA

Posted: 08 Dec 2015 09:04 AM PST




APA iNI?
 

MKN pasti dilihat penting 

jika bom meletup di KL, 

kata menteri 

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini berkata, pengkritik rang undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara mungkin akan berubah fikiran jika ada bom meletup di Kuala Lumpur. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mkn-pasti-dilihat-penting-jika-bom-meletup-di-kl-kata-menteri#sthash.7Inlkth8.dpuf

KAH KAH KAH

ini salah cakap

atau

salah bendera

kah kah kah

CAKAP LAGi
-----------------

TAK JAWAB JAWAB

Posted: 08 Dec 2015 05:00 AM PST




RAHSi

BOCOR

DAH LAMA

TAK JAWAB




Shafie: Kami tanya soalan sejak dalam kabinet lagi

Bekas menteri Shafie Apdal menolak kenyataan  Najib Razak bahawa Muhyiddin Yassin patut membangkitkan isu 1MDB ketika berada di dalam kabinet.
Shafie berkata, beliau dan Muhyiddin sudah membangkitkan banyak persoalan berkaitan perkara itu tetapi tiada jawapan.

KAH KAH KAH
woit
ini pekat
mat mongol buat deek
bila ditanya buat pekak
bila ditanya alih lain
bila ditanya
bukak kain sarong
kah kah kah
ini memang kes sakit
ini memang kes berat
kah kah kah

PEKAK BADAK


-------------

JANGAN MENCARUT CARUT

Posted: 08 Dec 2015 04:30 AM PST





 | December 8, 2015
rahman-dhlan,tiwwter
Perkara sama turut berlaku kepada pemimpin besar di negara lain malah Muhyiddin Yassin juga dimaki hamun ketika masih... More ››

KAH KAH KAH
butrak
mutrak pukrak
mantrak dukrak
jangan memantat
mantat dalam FB
kah kah kah

KAH KAH KAH


---------------

KETUANAN MELAYU MAKIN BERAT

Posted: 07 Dec 2015 10:30 PM PST








INi SUDAH

AMAT PERIT

KOMENTAR
masyarakat india di malaysia
hanya ad 8% kurang lebih
tapi ada 12 parti politik
parti parti politik india
amat amat terkenal
sebagai parti baling kerusi
bayangkan parti baling kerusi
sedang beri nasehat
pada parti ketuanan melayu
agar bersatu
ini sudah berat
ini sudah perit

Pemimpin India 
seru UMNO bersatu

Jangan sampai Melayu, negara jadi cagaran – Nallakaruppan

-
KUALA LUMPUR 7 Dis. - Pemimpin UMNO perlu berhenti daripada bercakaran sesama sendiri hanya kerana termakan dengan fitnah, adu-domba atau disebabkan perbezaan pendapat kerana jika masalah itu berterusan, nasib Melayu serta negara menjadi cagaran.

Nasihat jujur yang lahir daripada suara hati itu bagaimanapun bukan dituturkan oleh pemimpin Melayu, sebaliknya disuarakan pemimpin masyarakat India iaitu Senator  S. Nallakaruppan yang bimbang melihat perkembangan politik semasa dalam UMNO.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pemimpin-india-8232-seru-umno-bersatu-1.166820#sthash.YVOZ5yWi.dpuf

KAH KAH KAH
woit
ini kes berat
ini amat amat berat
nala kurap pan beri nasehat
berat memang berat
kah kah kah

KURAP PAN



-------------

NAK REHAT KAT MANA?

Posted: 07 Dec 2015 09:18 PM PST







NAK REHAT

KE MANA?


Dana RM2.6b: Najib takut Umno 'sangkut'?

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin mendakwa Najib pernah memberitahu kepadanya dana politik berjumlah RM2.6 bilion itu dimasukkan ke akaun peribadinya atas kehendak penderma wang berkenaan.

Najib juga ada memberitahunya, beliau tidak mahu Umno terjejas sekiranya isu ini menyebabkan parti diheret ke mahkamah.

Katanya lagi, beliau bimbang sekiranya Umno 'sangkut' sumber dana tidak mengikut peraturan.

"Minta dijauhkan. Tapi takut-takut ada sumber yang tidak betul," katanya.

Menurutnya lagi, sekiranya dana itu benar untuk parti, Najib perlu mengembalikannya kepada parti.

Muhyiddin  turut mempertikaikan tindakan Najib yang tidak hadir sendiri ke Parlimen menjelaskan isu RM2.6 bilion itu.

Justeru itu, beliau menasihatkan Najib supaya berehat seketika bagi memberi laluan kepada siasatan dana yang didakwanya sebagai derma sebelum ini.

"Timbul persepsi apabila beliau tidak berehat. Bercutilah sampai kes ini selesai.

"Jika siasatan dapati perdana menteri tidak terlibat... kita minta-minta tidak terlibatlah, baliklah semula ke jawatannya.

"Tapi apa yang berlaku tidak begitu. Mungkin Perdana Menteri tak nak berehat. Saya sebut ini bukan ada niat jahat tapi ini yang rakyat nak," katanya.

Tambahnya, meskipun ramai yang memintanya supaya tidak menyentuh Najib, namun ramai juga yang meminta supaya beliau melakukan sesuatu untuk menyelamatkan negara.
 
KAH KAH KAH
woit
takut sangkut
sangkut apa?
mula mula nafi
sekarang dah ngaku
kah kah kah
cerita makin bocor
kah kah kah
berehat ... kah kah kah
nak rehat dimana?
new york fbi cari
swiss ada laporan polis
london ada laporan polis
hong kong ada laporan polis
paris ada kes scorpene
zimbabwe negera mahathir
tumpang besan di kazakhtan 
besan juga dicari FBI
kah kah kah
mana nak rehat beeeb
pergi port dickson
mat isa buka cerita
kah kah kah

NAK REHAT 

DiMANA?
------------

GEROMBOLAN ADA SARKAS

Posted: 07 Dec 2015 08:30 PM PST









SiNGA

PURA PURA

SiNGA



Khairuddin cabar 'singa sarkas' UMNO berdebat


KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Shahrir Samad dilihat sudah kehilangan 'taringnya' bahkan kini dianggap singa tua di dalam UMNO.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan,  Khairuddin Abu Hassan berkata, sikap dan pendirian Shahrir dalam politik jauh berbeza sama sekali.
"Saya kenal Shahril Samad sejak Semangat 46 lagi, dia antara pengasas dalam parti itu. Dia sungguh berani menolak rasuah, menentang pemimpin kuku besi dan berani menegakkan kebenaran.
"Tetapi kini Shahrir ibarat singa tua yang tidak ada taringnya lagi, tidak bergigi. Dia kini seperti singa sarkas yang mana tidak lagi digeruni dan ditakuti," katanya dalam wawancara bersama Free Malaysia Today.

KAH KAH KAH
woit
tak sedar rupanya
gerombolan ada singa
hal sarkas ini
dari dulu lagi dah tahu
aziz satar dah cakap
kah kah kah
nak debat macam mana?
nak locat api boleh lah
kah kah kah

SARKAS LAGi
------------

DIALOG RAKYAT

0
sumber :-

DIALOG RAKYAT


RM2.6 bilion : Isu Besarnya Ialah Penerima Dan Wang yang DIterima

Posted: 08 Dec 2015 04:06 PM PST



Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR

1. Perakuan SPRM yang menyatakan sudah bertemu dengan penderma yang memasukkan wang sejumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri menimbulkan persoalan kenapa tidak diumum siapa penderma tersebut? Apa yang sukar untuk SPRM dan PM Najib mengumumkan nama dan negara asal penderma tersebut?

Datuk Zahid TPM pun dalam penjelasan di Parlimen dalam tempoh tiga minit tidak pun menyebut nama penderma RM2.6 bilion tersebut. Jadi dari mana rakyat boleh dapat tahu dan bila rakyat nak diberitahu?


2. Persoalan pokok isu ini bukan sekadar nama penderma tetapi isu besarnya ialah penerima dan jumlah wang RM2.6 bilion yang diterima dalam akaun peribadi penerima iaitu Najib PM Malaysia. Jika wang tersebut untuk Umno atau negara kenapa dimasukan ke dalam akaun peribadi. Ini yang mesti diperjelaskan oleh SPRM yang melakukan siasatan.

3. Persoalan kedua ialah ke mana wang tersebut diguna dan dibelanjakan oleh PM Najib selepas dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau? Berapa jumlah yang belanjakan dan berapa baki wang tersebut? Adakah baki wang tersebut masih berada dalam negara dan di dalam akaun siapa dan bank mana baki tersebut berada? Ini semua mesti dijawab oleh SPRM yang menjalankan siasatan.

4. Jawapan juga diperlukan dari siasatan SPRM ialah apakah motif derma tersebut kepada akaun peribadi PM Najib? Jangan hanya sekadar meyimpul pada rakyat yang SPRM sudah bertemu dengan penderma tersebut. Jangan lah di waktu rakyat mula simpati, hormati dan percayai, SPRM pula bertindak untuk melindungi. SPRM adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan bukannya Suruhanjaya Penderma Rosmah Mansor.

SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA!

(*)  DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR Ahli Parlimen Pokok Sena

Akar Umbi PAS Akan Menolak UMNO

Posted: 08 Dec 2015 04:03 PM PST

Oleh YB Dato' Iskandar A. Samad


Kenyataan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak bahawa PAS bersedia untuk kerjasama dengan UMNO adalah satu mimpi di siang hari.Beberapa perkembangan yang disebut beliau bukan satu petunjuk kepada sikap PAS yang sebenar.

Dato' Seri Najib patut sedar dari mimpi tersebut dan menyelesaikan masalah dalaman UMNO terlebih dahulu.

Jangan digunakan PAS sebagai satu "smokscreen" untuk menutup masalah UMNO. Seluruh dunia telah mendengar ucapan Tan Sri Muhyiddin Yaasin, Timbalan Presiden UMNO, malam tadi. Ternyata UMNO berhadapan dengan satu krisis dalaman yang serius seperti tahun 1998 dan tahun 1988.

UMNO telah melakukan terlalu banyak "dosa" terhadap PAS terutamanya kepada akar umbi PAS.

Ahli-ahli PAS atau keluarga mereka dinafikan pelbagai peruntukan atau bantuan yang sepatutnya diterima mereka sebagai warganegara yang sah di negara ini.

Penjawat-penjawat awam yang condong kepada PAS diberi amaran, diugut atau dipindahkan. Gerai-gerai peniaga-peniaga yang menyokong PAS dirobohkan. Aktivis-aktivis PAS ditahan malah ada yang meninggal dunia akibat tahanan tersebut.

Kelantan dianaktiri sejak penubuhan kerajaan PAS yang pertama dalam tahun 1959.

Kerajaan PAS Terengganu telah dinafikan hak royalti petroleum.

UMNO akan sentiasa mencari PAS apabila tertekan. Tetapi terlalu banyak "dosa" UMNO terhadap PAS dan sudah tentu mustahil bagi akar umbi PAS untuk memaafkan UMNO.

(*)  YB Dato' Iskandar A. Samad Naib Presiden PAS /Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor

Mufti ingatkan larangan intip maksiat peribadi

Posted: 08 Dec 2015 03:54 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Ketika kecoh isu gesaan pemansuhan hukuman pada pesalah khalwat di rumah, Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin tampil mengingatkan berhubung larangan mengintip kesalahan orang lain.

Menulis di Facebook, beliau antaranya mengutip pandangan Imam Al-Ghazali dalam kitabya Ihya 'Ulum al-Din berkaitan perkara itu.

Tokoh klasik Islam itu membangkitkan kisah berkaitan tindakan khalifah kedua Islam Umar al-Khattab yang ditegur kerana memanjat rumah seorang lelaki yang "berada dalam keadaan tidak wajar".

Umar antaranya dimaklumkan bahawa Allah melarang mengintip kesalahan orang lain, memerintahkan meminta izin memasukinya serta memberi salam sebelum masuk.

"Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat," kata al-Ghazali seperti dipetik Asri.

Semalam, kumpulan Melayu terkemuka G25 menuntut sebuah jawatankuasa perunding ditubuhkan bagi membincangkan pindaan atau pemansuhan beberapa undang-undang syariah.

Ia dilaporkan termasuk hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang menurut mereka melanggar hak kebebasan dan privasi individu seseorang seperti termaktub dalam perlembagaan.

Asri juga berkata sarjana moden Islam terkenal Dr Yusuf al-Qaradawi turut membuat tegasan sama dalam kitabnya Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam.

"Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat.

"Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya," Yusuf dipetik sebagai berkata.

Pandangan Asri itu dilihat bertentangan dengan seorang lagi mufti kanan Tan Sri Dr Harussani Zakaria daripada Perak yang menyarankan G25 bertaubat kerana cadangan mereka boleh membawa kepada murtad.

Beberapa lagi mufti, termasuk Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad dan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad turut menyatakan bantahan hampir sama.

Puteri pertahan sekatan pada wartawan bukan Islam

Posted: 08 Dec 2015 03:51 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Ketua Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin mempertahankan tindakan sayap itu yang hanya membenarkan wartawan beragama Islam membuat liputan untuk sebuah acaranya hari ini.

Mas Ermieyati menegaskan program itu – Daulatkan Islam Agama Negara (DIAN) – itu bertujuan melindungi kedaulatan Islam dan negara ini, lapor New Straits Times.

"Jadi, ia eksklusif kepada penganut dan pemimpin Islam," beliau dilapor sebagai berkata ketika diminta mengulas isu itu ketika pelancaran DIAN hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika terus ditanya pemberita.

Siang tadi, beberapa wartawan bukan Islam dilarang daripada masuk ke acara yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.

Mereka disekat oleh anggota pasukan sukarelawan RELA yang mengawal pintu masuk yang memberitahu hanya orang Islam boleh masuk ke acara itu.


Tak boleh paksa rakyat terima saya

Posted: 08 Dec 2015 03:49 PM PST


Mohd Shafie Apdal
Mohd Shafie Apdal


KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Afdal menegaskan bahawa beliau tidak mampu memaksa rakyat untuk menerimanya.

Malah beliau akui bersedia menerima kenyataan sekiranya beliau sudah ditolak oleh rakyat.

"Selagi rakyat mahukan saya, Alhamdulillah saya akan teruskan. Saya tak mahu paksa rakyat...nak minta supaya saya jadi pemimpin mereka.

"Itu bukan pegangan saya dalam berpolitik. Saya beritahu kalau mahu saya jadi pemimpin, saya terima. Jika tidak mahu saya lagi, tolong beritahu saya," katanya pada wawancara khas bersama media sempena Perhimpunan Agung Umno ke 69, hari ini.

Shafie sebelum ini yang menjawat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah digugurkan dari Kabinet dalam rombakan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gara-gara dilihat sering menegur kerajaan.

Menyentuh soal penerimaan rakyat di Semporna, Sabah atas penggugurannya itu, Shafie akui pengundinya marah.

"Mereka marah kerana mereka tahu kita (saya) jenis yang bekerja, berkhidmat untuk rakyat bukan untuk musim pilihan raya saja.

"Dulu saya menteri banyaklah melawat tempat. Sekarang sudah bukan menteri, kerapla balik kampung," katanya tersenyum.

Beliau juga akui tidak pernah menyesal menegur kerajaan dan pimpinan hingga beliau kehilangan jawatan kerana perjuangannya bukan mengejar kedudukan sebaliknya demi parti serta rakyat.


Shafie: Kami tanya soalan sejak dalam kabinet lagi

Posted: 08 Dec 2015 03:41 PM PST

Zikri Kamarulzaman


 


Bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal menolak kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin patut membangkitkan isu 1MDB ketika berada di dalam kabinet.

Shafie berkata, beliau dan Muhyiddin sudah membangkitkan banyak persoalan berkaitan perkara itu tetapi tiada jawapan.

Ini, kata naib presiden Umno itu, termasuk bertanya kepada Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy sendiri.

Dalam wawancara bersama beberapa media hari ini, Shafie berkata antara perkara dibangkitkan kepada Arul Kanda isu usaha sama dengan PetroSaudi International dan pembelian harta tanah di Pulau Pinang dan Klang.

Shafie juga berkata beliau sudah bertanya kepada Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni Hanadzlah berkaitan pelaburan RM4 bilion bekas anak syarikat 1MDB, SRC International di Mongolia.

Shafie dan Muhyiddin digugurkan daripada kabinet perdana menteri pada Julai lepas.

Najib malam tadi berkata Muhyiddin sepatutnya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan 1MDB ketika masih menjadi timbalan perdana menteri.

Dalam wawancara di TV3 sempena perhimpunan agung Umno 2015, Najib menegaskan bahawa Muhyiddin itu dan anggota kabinet telah diberi taklimat berkaitan sebelum ini.

Setelah dibataskan ruang dalam perhimpunan itu, Muhyiddin semalam berucap kepada penyokongnya dalam sebuah majlis khas di ibu negara, yang antaranya terus mensasarkan pentadbiran Najib.

Sarat mengandung bukan halangan pengerusikan persidangan

Posted: 08 Dec 2015 03:31 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Sarat mengandung lapan bulan bukan halangan kepada Azlieza Azizan, 35, untuk mempengerusikan persidangan Puteri Umno yang berlangsung hari ini sempena perhimpunan agung Umno 2015.

Perhimpunan tahun ini merupakan kali keenam beliau mempengerusikan persidangan sayap Umno dan pertama kali berbadan dua mengendalikan mesyuarat yang berjam-jam lamanya dan hangat dengan isu-isu semasa itu.

"Tiap tahun ramai juga perwakilan yang datang (mengandung), tapi tahun ini itulah cabaran kepada saya sebagai pengerusi tetap," kata Ketua Puteri Tangga Batu, Melaka itu dalam nada berseloroh.

Perasmian persidangan Puteri Umnoyang melibatkan 991 perwakilan akan disempurnakan ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini.

Ditanya persiapannya untuk memastikan para perwakilan yang hadir tetap segar dan bersemangat sepanjang persidangan, Azlieza yang hamil anak ketiga berkata beliau tidak pernah terlepas daripada membuat 'kerja rumah' untuk mengetahui tentang isu semasa.

"Biasanya, aura itu akan datang sendiri sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam dewan persidangan, tapi saya tidak ambil mudah tentang macam mana nak kendalikan persidangan.

"Saya kaji dan cari apa isu yang hangat sekarang sebab tidak mahu perwakilan bosan atau mengantuk, saya kena ikut rentak," katanya yang mempengerusikan persidangan Puteri Umno sejak 2010.

Azlieza berkata antara isu yang mungkin mendapat perhatian perwakilan Puteri Umno pada persidangan kali ini adalah berkaitan kos sara hidup dan pendidikan.- Bernama

Ketua bahagian gesa MT ambil tindakan terhadap Muhyiddin

Posted: 08 Dec 2015 03:17 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Majlis Tertinggi (MT) Umno perlu segera mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya di satu majlis di Kelab Sultan Sulaiman yang dilihat melampauibatasan dan melanggar perlembagaan parti.

Demikian pandangan beberapa pemimpin yang berpendapat tindakan Muhyiddin selaku timbalan presiden Umno berkongsi masalah dalaman parti secara terbuka boleh mengelirukan anggota, sekali gus melemahkan parti.

Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar berkata cadangan supaya Muhyiddin dikenakan tindakan disiplin itu tepat ekoran ucapannya yang dianggap 'mencabar' sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata bekas timbalan perdana menteri itu seolah-olah sengaja mengabaikan segala ruang dan peluang untuk bersuara seperti platform MT, sebaliknya terus menyuarakan isu-isu itu di khalayak ramai.

"Dia masih timbalan presiden parti yang sah, masih berada dalam MT, banyak saluran yang boleh digunakan... dan kebanyakan isu yang dia bangkitkan (mengenai pentadbiran negara) terjadi semasa beliau masih dalam Kabinet, tapi tak bersuara pun.

"Tindak-tanduk (Muhyiddin) kebelakangan ini agak mencabar, jadi bagi saya kenyataan Setiausaha Agung Umno (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) bertepatan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Tengku Adnan semalam berkata Muhyiddin dilihat telah melampaui batasan ketika berucap pada majlis 'Bersama Timbalan Presiden Umno' di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru kelmarin, dan beliau boleh hilang jawatan dalam parti akibat perbuatan itu.

Rizalman berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu akan menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan anggota akar umbi.

Sehubungan itu, penerangan perlu digerakkan di peringkat negeri, bahagian dan cawangan bagi memberi penjelasan terhadap apa jua keputusan yang diambil terhadap Muhyiddin, katanya.

Ketua Umno Bahagian Temerloh Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin yang bersependapat dengan Rizalman, berkata Muhyiddin kini dilihat tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin nombor dua parti bagi membantu dan mempertahankan presiden, selain enggan menerima penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak, berhubung beberapa isu berkaitan.

"Beliau tidak dicabar pada pemilihan parti lepas, menunjukkan semua anggota parti meletakkan kepercayaan kepada beliau untuk membantu presiden. Itu yang perlu beliau lakukan.

"Sebaliknya dia mahu presiden berehat. Jika tidak bersetuju (dengan Najib) sekalipun, sepatutnya tunggu sehingga pemilihan akan datang. Bukan mengkhianati amanah yang diberikan anggota parti," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata anggota akar umbi menyerahkan sepenuhnya kepada MT untuk membuat keputusan sama ada mahu mengambil tindakan terhadap Muhyiddin atau sebaliknya.

"Kalau keputusan MT menunjukkan Tan Sri Muhyiddin mencalarkan imej dan memudaratkan nama baik parti, sila ambil tindakan sepatutnya.

"Kita ada banyak ruang untuk bercakap tapi kenapa beliau (Muhyiddin) ambil langkah bercakap di luar dan hanya membangkitkan isu sama yang telah diperjelaskan? Dah macam pembangkang," katanya.

Naib Ketua Umno Bahagian Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata tindakan Muhyiddin berkongsi masalah dalaman parti secara terbuka hanya memburukkan keadaan.

"Ini bukan caranya, jika kita hendak berbincang masalah dalaman parti, ia perlu dibincangkan menggunakan platform yang betul, itu apa yang diajar sejak era Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Anggota Majlis Tertinggi kena memainkan peranan. Perlu ada batasan dan tindakan segera perlu diambil, sama ada perbuatan Muhyiddin itu dianggap sebagai teguran untuk membina parti atau melemahkan parti," katanya.

Bagi Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, tindakan Muhyiddin itu mencabar kesabaran dan toleransi anggota MT yang lain.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita Umno Datuk Azizah Mohd Dun mahu pucuk pimpinan parti terus bersatu dan mengekalkan perpaduan parti.

Katanya terserah kepada MT untuk memutuskan tindakan terhadap Muhyiddin asalkan tindakan yang diambil dapat mengekalkan perpaduan dalam kalangan anggota.- Bernama

'Tak perlu ada persidangan dalam persidangan'

Posted: 08 Dec 2015 03:15 PM PST

MALAYSIAKINI

 


Berikut adalah transkrip wawancara itu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sempena perhimpunan agung Umno 2015:

Bernama: Menjelang perhimpunan dengan persidangan sayap, ke arah mana yang hendak dijuruskan perbincangan atau ucapan semasa perhimpunan kali ini. Bagaimana dengan tindakan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berucap di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Mungkin ada mesej tertentu yang Datuk Seri dan kepimpinan parti mahu sampaikan pada perhimpunan ini?

Ahmad Zahid: Keutamaan kita adalah ke arah perpaduan. Tidak perlu ada persidangan dalam persidangan dan pada hemat saya, perbezaan pendapat perlu ikhlas untuk memperkukuhkan parti.

Sebagai parti yang dinamik, permasalahan harus diatasi dan setiap era kepimpinan pasti ada masalah, sama ada ia besar atau kecil ia mesti diselesaikan.

Apatah lagi permasalahan itu wujud dalam intra parti, ertinya wujud kerana kepimpinan itu menyatakan perbezaan kerana tidak berasaskan kepada prinsip parti tetapi kepada persoalan self-centred.

Dalam hal inilah pejuang-pejuang terdahulu menyatakan apa jua yang berlaku dalam gelombang, sebesar mana krisis yang harus dihadapi, parti mesti dan wajib diperkukuhkan.

Dan, sebagaimana biasa isu-isu untuk ucapan dasar presiden usul ekonomi, agama dan pendidikan akan menjadi beberapa mauduk (topik) yang dilontarkan oleh jurucakap.

Namun kita tentu tidak dapat menghalang jika ada aspek lain yang menyentuh bukan sahaja mengenai orang Melayu dan Islam tetapi kemajmukan sebagai negara yang ditentukan oleh Sunnatullah.

Seharusnya dikekalkan soal keharmonian dan toleransi dalam kepelbagaian. Dan, pada hemat saya, biarpun pandangan dan persepsi berbeza di luar sana, saya harap suhu yang ada di dalam dewan adalah lebih sejuk daripada suhu politik yang berada di luar dewan.

Bernama: Akhir-akhir ini ada suara-suara yang mempersoalkan kepimpinan tertinggi termasuklah timbalan presiden parti sendiri, bagaimana Umno menangani masalah ini?

Ahmad Zahid: Punca serta kunci kepada penyelesaian permasalahan adalah bagaimana perpaduan itu dapat diperkasakan semula. Pada 1987 terdapat perbezaan antara presiden dan timbalan presiden yang hingga menyebabkan parti benar-benar terpecah dua.

Bukan sekadar itu, ada cabaran-cabaran yang berlaku bila institusi kepimpinan utama itu dicabar dan perbezaan sokongan daripada perwakilan adalah 44 undi.

Dalam keadaan ini, saya harapkan ia tidak akan berlaku begitu kerana pemimpin datang dan pergi, hakikatnya adalah apabila kita menjadi pemimpin, kita tentulah mengharapkan semua pihak memberi dukungan dan sokongan kepada kita.

Apabila kita berada di kerusi kuasa, maka kita harus bersama-sama kepimpinan yang ada walaupun kita berbeza pendapat demi untuk memperkukuhkan parti.

Bernama: Jika ada dalam kalangan perwakilan mempersoalkan kepimpinan tertinggi parti, adakah ia dianggap sebagai satu ancaman kepada Umno?

Ahmad Zahid: Ia lebih hebat pada 1998 di mana ketika itu sekali lagi Umno ternampak seolah-olah terbelah kepada dua kumpulan tetapi oleh kerana (kami mendengar) menentukan bahawa apabila ada arahan daripada kepimpinan utama maka apa yang dikatakan perpecahan itu tidak berlaku.

Pemulihan itu harus datang dari dalam. Kalau kita mahu melayan persepsi dari luar yang tidak pernah menganggotai Umno ataupun yang menjadi musuh politik kepada Umno dan tidak mahu melihat Umno itu kukuh, maka kita tidak harus melayani perbezaan pendapat di luar sana.

Kerana mereka memang mahu melihat Umno itu lemah dan retak dan kemudiannya belah kerana itulah kesempatan yang paling baik untuk mereka mengambil alih peranan Umno sebagai tulang belakang kepada kerajaan yang ada sekarang ini melalui komposisi campuran parti pelbagai kaum.

Bernama: Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dilihat menentang orang nombor satu iaitu presiden. Mengapa tiada tindakan diambil di peringkat Majlis Tertinggi atau pucuk kepimpinan menunggu perhimpunan ini untuk membuat keputusan?

Ahmad Zahid: Itulah wisdom (kebijaksanaan) yang ada pada Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam situasi itu, jangan ada cabaran seolah-olah tindakan sengaja diperlambatkan kerana ia akan menyebabkan masalah dalam perhimpunan tetapi kita harus melihat penyelesaian bukan untuk jangka pendek sahaja.

Ini dapat diselesaikan dengan memperlihatkan ketelusan dan dalam pengurusan isu tidak ada agenda yang disembunyikan. Rakyat semakin celik dan mereka mahu tahu kedudukan perkara sebenarnya.

Bernama: Ada veteran Umno mengeluarkan kenyataan bahawa Umno sudah menjadi parti diktator dan bersifat diktator, seolah-olah tiada demokrasi dalam parti?

Ahmad Zahid: Pada hemat saya, seliberal mana pun pendekatan dilakukan, itu kita harus tanya kepada kawan kalau mahu bertanya sesuatu yang baik. Kalau bertanya kepada musuh, sebaik mana sesuatu yang dilakukan, itu tetap tidak baik pada pandangan musuh.

Kalau kita konsisten bila melakukan tindakan, apapun tanggapan yang ada di luar sana, dan dalaman akhirnya mereka akan melihat bottom line (pada dasarnya), bagaimana sesuatu isu itu diselesaikan, bagaimana prestasi sebenar. Namun serangan daripada luar dan dalam pasti ada.

Bernama: Umno adalah tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN), bagaimana peranan ini diteruskan terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)?

Ahmad Zahid: Usaha-usaha pengukuhan sedang dilakukan oleh kepimpinan parti. Saya sendiri bersama ahli-ahli Majlis Tertinggi pergi ke negeri-negeri bukanhanya melakukan penjelasan isu yang timbul tetapi juga mengutip maklum balas dalam hal kekangan-kekangan dihadapi ahli Umno.

Hanya dua negeri saya belum pergi - Johor dan Sabah. Saya akan pergi lepas PAU. Kita jangan lihat hanya pilihan raya umum tetapi melihat apabila perayaan kemerdekaan ke-100 tahun pada 2057 adakah Umno masih relevan dan adakah orang Melayu masih memberi sokongan, adakah rakyat Malaysia memberikan kepercayaan kepada Umno dan BN. Langkah jangka panjang perlu dilakukan, kerelevanan Umno untuk menangani sesuatu isu dan memenuhi cita rasa rakyat.

Bernama: Adakah Tan Sri Muhyiddin dilihat sebagai ancaman kepada Umno sehinggakan tidak dibenarkan berucap?

Ahmad Zahid: Umno membenarkan ucapan perasmian (Timbalan Presiden) sejak kira-kira 30 tahun. Tiada dalam perlembagaan dan peraturan, hanya kelaziman.Dalam keadaan itu, tak harus dianggap kita mahu lakukan sekatan.

Bernama: Bukankah tindakan Tan Sri Muhyiddin dilihat memprovokasi, cross the line (melampaui batas), bukankah itu sudah mencukupi untuk Umno sendiri dan Majlis Tertinggi (MT) mengambil tindakan disiplin, perlukah kita tunggu sehingga perhimpunan berlangsung?

Ahmad Zahid: Untuk beliau dan penyokong-penyokong beliau mungkin itu tidak dianggap cross the line, tetapi tentunya interpretasi ini pelbagai. Tetapi jika benar cross the line telah dilakukan, maka atas kebijaksanaan kepimpinan untuk tentukan tindakan yang akan dilakukan.

Kalau kita masih mahu mendukung sesiapa yang melakukan tindakan cross the line supaya ia dikekalkan, maka tunggulah ketikanya akan berlaku kebobrokan (keburukan) dalam kepimpinan dan ini
akan menyebabkan kesukaran mana-mana organisasi.

Bernama: Nampak seolah-olah MT amat sukar untuk mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin, adakah kemungkinan pemimpin Umno untuk menyerahkan kepada perhimpunan kali ini untuk buat usul untuk ambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin?

Ahmad Zahid: Usul harus diberikan notis tapi kita tidak dapat menghalang jika ada di kalangan jurucakap yang menyarankan hal yang sedemikian. Tentunya sebagai sebuah parti yang dinamik, suara akar umbi akan didengar. Tindakan yang akan diambil jangan dipersalahkan kepada kepimpinan jika ianya berlaku.

Bernama: Sekarang Datuk Seri sebagai orang nombor dua (dalam kerajaan), dilihat banyak beban dalam negara dan Umno. Bagaimana Datuk Seri melihat peranan Datuk Seri bagi membantu presiden?

Ahmad Zahid: Sama ada peraturan yang tertulis atau peraturan tersirat, tugas orang nombor dua adalah membantu tugas orang nombor satu. Saya akan melakukan tugas sebaik mungkin dan tidak akan pernah melebihi tugas yang sepatutnya diberikan kepada saya.

Begitu juga dalam parti, saya adalah merupakan salah seorang orang nombor tiga dalam hierarki parti, maka saya harus sedar diri bahawa saya hanya orang nombor tiga dalam parti, dan saya harus bersama-sama dengan rakan-rakan saya yang lain bukan sahaja untuk memperkukuhkan parti tetapi mempertahankan institusi kepimpinan agar terus mantap demi memperkasakan sokongan rakyat kepada Umno yang masih menjadi harapan supaya dapat diterjemahkan agar agenda Melayu dan Islam direalisasikan pelaksanaannya.- Bernama


Akar umbi Umno buat laporan RoS tentang derma RM2.6 bilion

Posted: 08 Dec 2015 06:54 AM PST



Sekumpulan ahli akar umbi Umno membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan mengenai dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi presiden parti, lapor Malaysiakini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Disember, 2015.  
Sekumpulan ahli akar umbi Umno membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan mengenai dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi presiden parti, lapor Malaysiakini. – Gambar fail The Malaysian Insider . 
 
 
Kumpulan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) hari ini membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.  

Jurucakap kumpulan berkenaan, Kamarul Azman Habibur Rahman memberitahu The Malaysian Insider, laporan yang dibuat sekitar jam 3.30 petang tadi bagi membolehkan RoS menjalankan siasatan kerana wang berkenaan tidak dicatatkan dalam penyata kewangan Umno.

"Menurut seksyen 14 (d) Akta Pertubuhan 1966, Umno hendaklah menghantar kunci kira kira bagi setiap tahun kewangan kepada pendaftar pertubuhan. 
 
"Malangnya wang RM2.6 billion ini tidak tercatat dalam kunci kira kira dua tahun yang disebutkan. Laporan ini kami buat atas kepentingan Umno," katanya, dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.

"Ini adalah kerana jumlah wang ini tidak dimasukkan dalam penyata tahunan kewangan Umno semasa PAU 2013 dan 2014," katanya, merujuk kepada Perhimpunan Agung Umno.

Kamarul berkata, jika benar Najib mengaku menerima wang sejumlah itu, menurut Perlembagaan Umno fasal 27.2, setiap harta hendaklah dipegang dan didaftarkan atas nama pemegang amanah parti Melayu itu.

"Menurut fasal 28, akaun Umno hendaklah diaudit oleh firma audit yang diiktiraf  kerajaan Malaysia," katanya.

GKCM juga merupakan penganjur program bersama Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Program itu turut dihadiri Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, bersama-sama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Program berkenaan dianjurkan susulan Majlis Tertinggi (MT) Umno menyekat Muhyiddin daripada merasmikan mesyuarat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam PAU esok.

Muhyiddin dan Shafie digugurkan daripada Kabinet Najib pada Julai, dipercayai susulan kritikan mereka terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Tiga pesawat tersadai di KLIA akibat salah urus tadbir?

Posted: 08 Dec 2015 06:45 AM PST

A AZIM IDRIS

 

sfs-1
Gambar TF-ARN, apabila ia dikendalikan MASKargo, menurut satu video yang dimuat naik ke YouTube oleh pengguna sray9902 pada 2009.


KUALA LUMPUR,  Kes tiga pesawat komersial jumbo yang ditinggalkan di ruang parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menimbulkan pelbagai tanda tanya, termasuk di kalangan pakar penerbangan.


Menurut seorang individu dalam industri itu yang enggan dikenali, nasib pesawat pengangkut bernilai jutaan dolar itu tersadai mungkin disebabkan salah urus tadbir, walaupun pemiliknya masih belum dapat dikenal pasti.

"Saya tidak dapat bayangkan mana-mana pemilik pesawat komersial sanggup meninggalkan dan membiarkannya tersadai selepas membelinya, kerana ia tidak masuk akal," katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, walaupun pesawat itu telah bertukar tangan dan mengalami susut nilai selepas tersadai di KLIA, pemiliknya masih boleh mengambil langkah menjualnya mengikut bahagian-bahagian pesawat berkenaan.

Tambahnya, harga untuk enjin sahaja boleh mencecah AS$1.5 juta hingga AS$2 juta setiap satu, manakala keseluruhan pesawat itu bernilai antara AS$7 juta dan AS$10 juta, bergantung kepada keadaan pesawat tersebut.

Mengenai operator KLIA, iaitu Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) tidak berjaya menghubungi pemilik terakhir, 'pakar' berkenaan menegaskan, ia tidak menghairankan sama sekali.

"Mereka mungkin tidak tahu ia milik siapa dan saya tidak bersetuju dengan mereka, kerana ia bukan keperluan mereka untuk tahu pihak yang dapat menggunakan ruang parkir berkenaan dan apabila mereka tidak bayar, maka MAHB perlu ambil tindakan," katanya.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali yang dipetik Bernama berkata, proses mengesan pemilik dan meminta pemiliknya mengambil pesawat itu mengikut undang-undang sedia ada, rumit.

Ujarnya lagi, untuk mengesan pemiliknya sebenar adalah sukar, kerana pesawat itu boleh bertukar tangan beberapa kali dan kadang-kadang ia dihantar ke Malaysia untuk pembaikan.

Berikutan kegagalan mengesan pemilik tiga pesawat Boeing 747-200F itu, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd telah mengeluarkan notis di akhbar The Star semalam, yang memaparkan gambar pesawat dan meminta pemilik menuntut pesawat itu dalam tempoh 14 hari.

Nombor model "F" di pesawat berkenaan 'menunjukkan tiga adalah model kapal pengangkut Boeing 747-200 yang biasa digunakan untuk kargo.

Nombor pendaftaran tiga pesawat komersial itu adalah TF-ARM, TF-ARN and TF-ARH.

PAS bincang calon PRN Sarawak Sabtu ini

Posted: 08 Dec 2015 06:43 AM PST

 Oleh Azizul Osman 

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: PAS akan mengumumkan senarai nama calon dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Sabtu ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat, demikian jelas Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.
 
Beliau dalam pada itu berkata, parti itu belum memuktamadkan senarai nama calon itu kerana masih diperingkat perbincangan kepimpinan PAS.
 
"Kita (PAS) tengah bincang (senarai calon), belum (diputuskan) lagi", katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Ditanya samada PAS akan bertanding di kerusi-kerusi milik DAP dan PKR, jelasnya belum ada kepastian untuk PAS berbuat demikian memandangkan ia perlu pengesahan daripada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
"Kita (PAS) akan adakan mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 12 Disember ini jam 10 pagi.
 
Semalam, PKR bertindak mendahului parti lain dalam Pakatan Harapan mengumumkan senarai calonnya pada PRN Sarawak tahun depan.
 
Perkara itu diumumkan Naib Presidennya Dr. A. Xavier Jayakumar di mana kumpulan pertama 15 calon keutamaannya yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
 
Mereka ialah Nurhanim Hanna Dato Mokhsen yang bakal bertanding di Tupong, See Chee How (Batu Lintang), Voon Shiak Ni (Batu Kitang), Abg Zulkifli Abg Engkeh (Lingga), Norina Umoi Utot (Simanggang), Yakub Daud (Saribas), Vernon Aji Kedit (Layar), Ali Biju (Kerian), George Chen (Machan), Abdul Raafidin Majid (Nangka), Abun Sui Angit (Murum), Elia Bit (Marudi), Ronald Engan (Telang Usan), Paul Baya (Mulu) dan Baru Bian (Ba'Kelalan).
 
Selain PKR, Parti Amanag Negara (Amanah) juga berhasrat melahirkan 'anak sulung' mereka dalam pilihan raya yang sama.
 
Umum mengetahui kebanyakkan kerusi di Sarawak ditandingi parti DAP, namun carian Antarapos mendapati PKR bertindak meletakkan calon di DUN Simanggang yang dimenangi parti Cina itu pada pilihanraya lalu.
 
PRN Sarawak kali ini menyaksikan penambahan 11 lagi kerusi setelah mendapat kelulusan usul persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Jumaat lalu.
 
Kerusi berkenaan adalah membabitkan Batu Kitang, Stakan, Serumbu, Bukit Semuja, Gedong, Kabong, Tellian, Bukit Goram, Murum, Samalaju dan Mulu.
 
 

Pembangkang masih tiada kesefahaman walaupun dalam wajah baru Pakatan Harapan

Posted: 08 Dec 2015 06:41 AM PST

 Oleh Nur Atiqah Abdul Samad

 
Post Pic



SHAH ALAM: Perebutan di antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) meletakkan calon dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak tahun depan menunjukkan masalah tiada persefahaman dalam pakatan pembangkang masih wujud, terutama dalam wajah terbarunya Pakatan Harapan (PH).

Menurut penganalisis politik Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed, isu ini bukan baru malah ia pernah melanda Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Katanya, selain masalah peletakan calon di Sarawak, pakatan ini juga berdepan dengan masalah percanggahan pendapat sesama mereka.

"Sebenarnya komponen dalam Pakatan Harapan pun masih tidak boleh bersetuju antara satu sama lain. Di Semenanjung masih ada isu di antara PKR, PAS, DAP, masing-masing tidak boleh berunding terutamanya dalam memastikan bahawa matlamat mereka itu boleh dicapai.

"Ini adalah satu senario yang berlaku di Sarawak. Di mana kita lihat percanggahan pendapat itu berlaku daripada awal penubuhan, bukan saja PH tapi semasa PR juga berlaku. Kita lihat pertembungan peletakan calon di beberapa kawasan memang telah berlaku," katanya kepada Antarapos.

Semalam PKR mempertaruhkan 15 calon keutamaannya yang akan bertanding pada PRN Sarawak. Selain PKR, Amanah juga berhasrat melahirkan 'anak sulung' mereka dalam pilihan raya yang sama.

Sebelum ini Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali memberi jaminan bahawa tiada pertindihan kerusi di Sarawak yang akan memecahkan undi pembangkang dan menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Sekiranya PH gagal menyelesaikan masalah ini, ia akan memberi kelebihan undi kepada BN.

"Ini adalah satu masalah yang sukar diselesaikan dalam PH kerana masing-masing tak boleh bersetuju untuk duduk sekali dan mengadakan perbincangan bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku dalam meletakkan calon yang paling sesuai mewakili parti masing-masing.

"Ini merupakan satu fenomena yang biasa dan saya lihat pertelingkahan ini akan berpanjangan dan memberi kelebihan kepada BN," tambahnya.


Kerjasama PAS-Umno ibarat mimpi disiang hari - Iskandar

Posted: 08 Dec 2015 06:40 AM PST

Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS menyifatkan kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa parti itu mula menunjukkan petanda positif ke arah permuafakatan dengan Umno adalah satu yang tidak benar.
 
Malah Naib Presidennya Datuk Iskandar Samad menyifatkan kenyataan perdana menteri itu 'hanyalah mimpi di siang hari'.
 
"Kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bahawa PAS bersedia untuk kerjasama dengan Umno adalah satu mimpi di siang hari. Beberapa perkembangan yang disebut beliau bukan satu petunjuk kepada sikap PAS yang sebenar", katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Najib semalam memberitahu bahawa PAS telah menunjukkan tanda-tanda menggalakkan kearah permuafakatan dengan Umno.
 
Jelasnya lagi, PAS telah memberikan isyarat tertentu bahawa parti itu sudah menerima apa yang dilakukan oleh Umno dalam menerajui kepimpinan negara.
 
Sebaliknya beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor itu menganggap tindakan Najib itu mahu menutup pergolakkan yang sedang melanda Umno.
 
"Datuk Seri Najib patut sedar dari mimpi tersebut dan menyelesaikan masalah dalaman Umno terlebih dahulu. Jangan digunakan PAS sebagai satu "smokscreen" untuk menutup masalah Umno. 
 
"Seluruh dunia telah mendengar ucapan Tan Sri Muhyiddin Yaasin, Timbalan Presiden Umno, malam tadi. 
 
Ternyata Umno berhadapan dengan satu krisis dalaman yang serius seperti tahun 1998 dan tahun 1988", katanya yang merujuk kepada kemelut Umno yang timbul baru-baru ini ekoran pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Kabinet.
 
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebelum ini lantang mengkritik Najib mengenai isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
 
Menurut Najib, PAS memberikan tindakan positif terhadap agenda kerajaan antaranya tidak menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat pada 16 November dan juga berkecuali dalam perbentangan Bajet 2016 yang dibentang olehnya.
 
Dalam temubual itu, Najib turut percaya bahawa PAS berpegang kepada prinsip Islam yang mengharamkan tindakan menjatuhkan sesebuah kerajaan dengan cara yang tidak diizinkan Islam.
 
Ini diikuti dengan beberapa kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilihat berpihak kepada Umno antaranya tidak mempersoalkan rombakan Kabinet pada Julai lepas dan turut menyokong Najib supaya tidak tunduk kepada tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
 
 

Pusat ICT 'MARA Digital' akan dibangunkan di seluruh negara

Posted: 08 Dec 2015 06:36 AM PST

ANTARAPOS.CCOM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berhasrat membangunkan pusat perniagaan ICT ala 'MARA Digital' yang dilancarkan hari ini, di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata rancangan pembangunan pusat perniagaan ICT itu sudah dikenal pasti dan ia akan ditempatkan di bangunan milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) seperti Arked MARA.

"Arked MARA ada di bandar-bandar kecil dan dalam program transformasi luar bandar yang saya diumumkan sebelum ini, salah satu pembangunan yang akan dilaksanakan adalah penubuhan tekno hab.

"Ia bertujuan menarik minat golongan belia di luar bandar yang ingin menjalankan perniagaan ICT di tempat mereka sendiri," katanya pada sidang media di Pusat ICT MARA, Menara MARA di sini, hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri melancarkan pusat ICT MARA yang dikenali sebagai 'MARA Digital' yang menjadi pemangkin kepada aktiviti perniagaan ICT khusus bagi usahawan Bumiputera.

Beliau berkata, pembukaan MARA Digital itu bukan bertujuan untuk berlawan dengan sesiapa atau dengan pusat jualan ICT sedia ada.

"Pembukaan pusat ICT di sini membolehkan persaingan secara sihat dan kami memberi peluang kepada golongan belia menceburi dunia perniagaan sekali gus sebagai penanda aras baharu ke arah pembabitan usahawan Bumiputera dalam industri ICT," katanya.

Penubuhan Pusat ICT MARA itu berperanan sebagai hab perniagaan ICT dengan menawarkan semua barangan dan perkhidmatan digital bagi keperluan pengguna.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara MARA dan Celcom Axiata Berhad yang bertujuan menyumbang kepada kerjasama dalam menyokong pembabitan Bumiputera dalam produk telekomunikasi di negara ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa.

Pertuduhan terhadap Mohamad Salled ditarik balik

Posted: 08 Dec 2015 06:30 AM PST

Mohamad Salleh Ismail
Mohamad Salleh Ismail


KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara menarik balik pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta terhadap pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail kerana tidak cukup bukti.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, pihaknya juga telah mempertimbangkan representasi oleh peguam mewakili Mohamad Salleh untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya.

"Kami juga mempertimbangkan representasi oleh peguamnya dan selepas meneliti representasi tersebut, ia mempunyai justifikasi," katanya kepada pemberita semasa ditanya berhubung pembebasan Mohamed Salleh daripada pertuduhan itu.

Beliau ditemui pemberita telepas melancarkan buku bertajuk "Criminal Litigation Process" yang ditulis oleh peguam dan pensyarah, Datuk Baljit Singh Sidhu.

Mohamed Apandi turut menegaskan pihak pendakwaan perlu mengemukakan 90 peratus bukti sebagai penanda aras sebelum seseorang tertuduh didakwa di mahkamah.

"Kalau sudah didakwa, kalau sudah semak kes, kurang bukti, pertuduhan akan ditarik balik," kata beliau.

Peguam Negara berkata beliau mematuhi penggunaan bukti 90 peratus seperti diamalkan oleh bekas ketuanya dahulu (Peguam Negara) Tan Sri Abu Talib Othman.

Mohamed Apandi berkhidmat di Jabatan Peguam Negara semasa Abu Talib menjadi Peguam negara dari 1980 hingga 1993.

Pada 24 November, Mohamad Salleh dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan pecah amanah dan dua pertuduhan berkaitan menyalahgunakan dana syarikat.

Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Mohamad Salleh, supaya anak guamnya dibebaskan sepenuhnya dan bukan dilepas tetapi tidak dibebaskan daripada pertuduan. 

Pada 12 Mac 2012, Mohamad Salleh, 66, yang juga pengarah NFCorp mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyalahgunakan RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian daripada pembelian dua unit kondominium di kompleks One Menerung di Kuala Lumpur.

Mohamad Salleh dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Islamic Bank Bhd di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, antara 1 dan 4 Dis 4, 2009.

Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memindahkan dana RM40 juta melalui satu keping cek NFCorp ke dalam akaun National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, syarikat yang beliau dan seorang daripada anaknya ialah pemilik syarikat, antara 6 Mei dan 16 November 2009.

Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menggunakan dana syarikat tanpa mendapat kelulusan mesyuarat agung tahunan NFCorp, untuk membiayai sebahagian daripada pembelian unit-unit kondominium.

Perbicaraan bermula pada 23 Jun, 2014 dengan pihak pendakwaan memanggil saksi pertamanya. Bagaimanapun, perbicaraan ditangguhkan selepas peguam mengemukakan surat representasi kepada Peguam Negara supaya pertuduhan digugurkan.

Pada 28 Ogos, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Mohamad Salleh terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonannya bagi pertuduhan digugurkan, dan memerintahkan kes dijalankan semula di Mahkamah Sesyen. - Bernama


Kem Muhyiddin mungkin gila kuasa

Posted: 08 Dec 2015 06:17 AM PST


Tengku Adnan Tengku Mansor
Tengku Adnan Tengku Mansor


KUALA LUMPUR - Keghairahan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkritik kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mempunyai agenda tertentu, kata Setiausa Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Beliau berkata, kemungkinan tindakan itu didorong kerana mahukan kuasa mentadbir kerajaan hari ini.

Menurut beliau, tindakan Muhyiddin bersama bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di khalayak umum dan memburukkan parti sudah melampaui batas.

"Nak kata keras, keraslah, saya sudah kata semalam (Isnin) jangan melampau, saya amat sedih pertanyaan sama diajukan. Akhir sekali nak minta Presiden saya letak jawatan dan nak minta Perdana Menteri letak jawatan.

"Saya pun tak faham apa hasrat mereka barang kali gila kuasa. Semalam itu telah melampaui batas, saya meneliti ucapan beliau dan berita-berita yang disiarkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Adinda Puteri Umno hari ini.

Tengku Adnan sebelum itu ditanya mengenai tindakannya yang sering kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan  keras terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Semalam dalam satu Majlis Bersama Timbalan Presiden Umno di Kelab Sultan Sulaiman, di hadapan ribuan penonton dan membangkitkan pelbagai isu mengenai kepimpinan hari ini.

Muhyddin berkata, pihak terpaksa mencari lokasi lain untuk berucp kerana haknya sebagai orang nombor dua Umno telah dinafikan.

Shafie Apdal mahu tuntut hak berucap di PAU

Posted: 08 Dec 2015 06:12 AM PST

 
Beliau akan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan esok (Rabu).


Shafie-Apdal,umno


KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tidak akan berdiam diri pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang akan diadakan esok, sebaliknya akan membangkitkan isu beliau dan Timbalan Presiden UMNO yang dilarang berucap.

Ujarnya, beliau akan berbuat demikian, sekiranya Pemuda, Puteri dan Wanita mahukan ketua masing-masing berucap sekaligus merasmikan persidangan sayap-sayap itu.

"Mesyuarat esok kita masih tidak dengar sebarang cerita. Sehingga kini agenda mesyuarat esok masih belum didedah, cuma apa yang saya dengar adalah akan dibincangkan sama ada boleh berucap atau tidak.

"Jika Wanita, Puteri dan Pemuda minta untuk berucap, maka saya juga mahu hak yang sama diberikan kepada saya dan Timbalan Presiden (berucap pada penggulungan) " katanya dalam satu sidang media di Seri Hartamas pada Selasa.

Perhimpunan Agung UMNO kali ke-69 dijadualkan bermula pada Selasa hingga Sabtu ini.

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu menjelaskan situasi yang dialami oleh UMNO kini jauh berbeza dan adalah sukar menyatakan sama ada parti itu masih mempunyai harapan untuk membela nasib bangsa Melayu.

"Kita berharap, kerana itu sahaja yang boleh kita lakukan. Realiti dan cabaran yang dilalui sekarang cukup tinggi.

"Bayangkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU Ke-14) ini, undi dari orang muda akan bertambah," katanya memberi indikasi hala tuju UMNO pada pilihan raya akan datang.

Baginya, jika UMNO mahu terus berkuasa dan memimpin Barisan Nasional, parti Melayu itu harus bekerja dengan lebih kuat dan isu-isu berbangkit perlu di atasi segera.

Isu-isu yang dipercayai harus diselesaikan segera adalah isu kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu mengenai wang derma dari dermawan Timur Tengah berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ku Nan dinasihat hormat Muhyiddin jika mahu dihormati

Posted: 08 Dec 2015 06:08 AM PST

Muhyiddin dipilih menjadi Timbalan Presiden oleh akar umbi manakala jawatan Ku Nan pula dilantik oleh MT.


tengku-adnan-mansor,muhyiddin,shafie


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dinasihatkan supaya lebih menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO yang dipilih oleh ahli.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Muhyiddin memperoleh jawatan Timbalan Presiden melalui undi yang diberikan oleh akar umbi kepadanya.

Manakala, jawatan yang diperoleh Tengku Adnan atau lebih mesra dipanggil Ku Nan diberikan secara lantikan oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

"Beliau (Muhyiddin) Timbalan Presiden, anda (Tengku Adnan) Setiausaha Agung. Beliau diundi, anda dilantik. Jangan hanya minta dihormati, kenalah hormati orang lain.

"Muhyiddin hanya mahu memberikan pandangan dan teguran. Adakah ia salah?," katanya dalam satu sidang media di Seri Hartamas pada Selasa.

Ahli Parlimen Semporna itu juga menafikan terdapat pertembungan dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO sebaliknya apa yang berlaku hanya perbezaan pendapat.

"Tidak ada pertembungan di dalam UMNO, hanya perbezaan pendapat. Mana-mana ahli dan pemimpin di dalam parti berhak menyuarakan pandangan mereka," katanya lagi.

Video dakwa Tun M tidak bersih, guna dana kerajaan

Posted: 08 Dec 2015 06:07 AM PST

 
Video cuba menjelaskan mengapa dan bagaimana dana politik diperoleh dan mendakwa bekas Perdana Menteri itu tidak selalunya bersih demi kekal berkuasa


mahathir_talk_Sunnis_600


PETALING JAYA: Satu video yang mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak selalunya bersih kini tersebar di ruang maya.

Video selama 5.53 minit itu dimuatnaik seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Ngelaban pada 5 Disember. Ia memaparkan naratif yang mudah difahami untuk menjelaskan bagaimana Dr. Mahathir memperoleh biaya politik.

Video itu mendakwa Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menggunakan dana kerajaan untuk melabur dalam syarikat-syarikat milik hartawan-hartawan terkemuka tanahair. Mereka kemudian menyumbangkan sebahagian keuntungan syarikat kepada aktiviti politik beliau.

"Sepatutnya, jika Tun menggunakan dana kerajaan untuk pelaburan, keuntungan haruslah 100% pergi kepada rakyat," dakwa video itu, tetapi bukan terhadap Dr. Mahathir secara langsung atau pemilik syarikat-syarikat yang berkenaan.

"Bukankah ini satu pencurian daripada rakyat?"

Video itu juga mendakwa Pakatan Rakyat dan rakannya iaitu DAP gemar menghebahkan majlis pungut derma tetapi itu bagi menyembunyikan penyumbang dana terbesar mereka.

Ia seterusnya berkata kedua-dua contoh itu berbeza dengan Najib yang menerima dana dari dermawan di Timur Tengah, tetapi ada usaha untuk mengaitkan wang itu kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Tetapi adakah ia terbukti? Masih belum lagi sehingga hari ini," menurut video itu, dan menambah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengistiharkan RM2.6 bilion tidak mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Video itu menegaskan sekali lagi dakwaan Najib kononnya derma itu bagi memastikan kemenangan UMNO-Barisan Nasional dalam pilihan raya dan menafikan DAP, parti bukan Islam terbesar di Malaysia dalam pakatan pembangkang.

Video itu mendakwa Dr. Mahathir – yang turun menyaksikan Perhimpunan Bersih 4.0 baru-baru ini – menyerang Najib dengan teruk kerana beliau mahu negara ini diperintah dengan cara beliau dan semua yang berlaku hari ini angkara "power play".

Video itu memetik kecenderungan kuku besi Dr. Mahathir seperti mendesak penubuhan majlis penasihat yang akan diketuai beliau, langkah yang video itu mendakwa akan melemahkan demokrasi di Malaysia.

Dr. Mahathir juga didakwa telah berbohong mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion untuk menurunkan Najib.

Video itu menyarankan Dr. Mahathir yang berumur 90 tahun itu bersara dan memberi peluang kepada orang-orang muda mencipta kejayaan mereka sendiri.

Pas tidak akan menyelamatkan UMNO

Posted: 08 Dec 2015 06:01 AM PST

 
Kenyataan yang dibuat oleh Najib di saat kemelut yang melanda dalam UMNO-BN merupakan usaha mengalih isu sebenar yang melanda Perdana Menteri.


Tuan Ibrahim Tuan Man


PETALING JAYA : Pas tidak mahu menjadi penyelamat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dibelit kebobrokan politik Umno.

Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menepis kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mendakwa parti Islam itu menunjukkan tanda-tanda mengalakkan ke arah permuafakatan dengan Umno.

Menurut Tuan Ibrahim, Najib cuba mengalihkan isu sebenar yang melanda dirinya.

"Pas kekal dengan dasar Islam yang bercanggah dengan dasar pragmatisme dan nasionalisme yang menjadi dasar perjuangan UMNO.

"Tidak mungkin Pas akan bekerjasama dengan UMNO yang sejak ditubuhkan sehingga kini masih menjalankan penindasan dan kezaliman kepada ahli dan kepimpinan Pas," katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya.

Najib dalam temubualnya berkata, langkah sebahagian besar wakil rakyat Pas yang berkecuali semasa Rang Undang-undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat 16 November lalu menggambarkan tanda-tanda menggalakkan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti orang Melayu itu.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut memberi contoh penindasan dan kezaliman yang ditunjukkan oleh UMNO dan BN terhadap kepimpinan parti itu.

"Terengganu di saat Pas menang terus dinafikan hak royalti. Enakmen Jenayah Syariah yang dijanjikan akan disokong terus dinafikan untuk dibentang.

"Apakah PAS akan percaya di saat UMNO tertekan mereka mencari Pas," soalnya.

Wartawan bukan Islam dihalang masuk acara Umno

Posted: 08 Dec 2015 05:57 AM PST

Wartawan bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke acara Puteri Umno, pegawai dakwa orang Islam lebih faham isu. 


puteri UMNO


KUALA LUMPUR: Wartawan bukan Islam dihalang membuat liputan keatas satu acara Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada Selasa.

Acara anjuran Puteri Umno itu bertajuk Daulatkan Islam Agama Negara (DIAN) dan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
 
"Hanya orang Islam sahaja yang boleh masuk. Saya tidak tahu mengapa. Saya hanya ikut arahan," jawabnya.

"Tiada alasan khusus. Kita mahu orang Islam membuat liputan keatas acara ini kerana orang Islam lebih memahami isu yang dibangkitkan berbanding orang bukan Islam," kata seorang pegawai yang enggan mendedahkan nama ketika ditanya wartawan.

CADANGAN NAJIB UNDUR SEMENTARA, TIDAK TERANGSANGKAH ZAHID MAHU MENYOKONGNYA?

Posted: 08 Dec 2015 12:02 AM PST

shahbudindotcom

 
 
 
Antara perkara yang dibangkitkan oleh Muhyiddin Yassin dalam butiran amanatnya di Kelab Sultan Sulaiman semalam bagi menggantikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang tidak dibenarkan ialah mencadangkan agar Perdana Menteri, Najib Razak bercuti rehat seketika sementara siasatan mengenainya berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta diselesaikan.

"Saya ingin mencadangkan agar Perdana Menteri berehat seketika. Biarlah siasatan berjalan dengan bebas, telus dan adil serta jangan timbul persepsi beliau campurtangan dalam siasatan.

"Ambillah cuti sehingga kes selesai. Jika siasatan mendapati Perdana Menteri tidak bersalah, baliklah semula dan sambung tugas seperti biasa.

"Dengan itu, saya percaya nama Perdana Menteri dan imej UMNO dapat dibersihkan", tegas Timbalan Presiden UMNO itu sambil diiringi tepukan gemuruh orangramai.

Sebagaimana yang disebut juga oleh Muhyiddin bahawa cadangan itu bukan ada apa-apa niat tidak baik terhadap Najib, sesungguhnya sesiapa pun dapat merasakan ia memang suatu cadangan yang ikhlas demi kebaikan Perdana Menteri, UMNO dan juga negara.

Terlihat bahawa Muhyiddin melontarkan cadangan itu terbit daripada pancaran jiwanya yang mahukan kebaikan serta penyelesaian yang akhirnya dapat diterima baik oleh semua pihak.

Ini kerana, walau  bagaimana sekali pun cuba dinafi dan disanggah, hakikatnya selagi Najib masih duduk di kerusi Perdana Menterinya, keraguan serta kesangsian orangramai terhadap kebebasan, ketelusan, keadilan dan elemen campurtangan sukar sekali mahu diketepikan.

Dengan mencadangkan sedemikian, tiada apa-apa yang berubah kepada kedudukan Muhyiddin. Beliau tetap dengan situasinya yang ada sekarang - sekadar Timbalan Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri.

Sebaliknya, yang mungkin meraih sedikit kenaikan dalam takuk kedudukan ialah Ahmad Zahid Hamidi yang meningkat daripada Timbalan Perdana Menteri kepada Pemangku Perdana Menteri.

Selama mana siasatan berjalan, selagi itulah beliau akan bergelar Pemangku Perdana Menteri. Jika siasatan sudah selesai dan Najib didapati tidak bersalah, beliau boleh kembali menjadi Perdana Menteri semula, tetapi sekurang-kurangnya Zahid merasa juga duduk sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Kiranya Najib didapati bersalah pula, Zahid juga lebih berpeluang untuk terus menjadi Perdana Menteri kerana dengan kedudukannya sedia ada dalam kerajaan, beliau lebih mudah mendapat serta memutlakkan sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen BN memihak kepadanya.

Dalam keadaan yang sama, Muhyiddin barangkali hanya berpeluang menjadi Perdana Menteri berdasarkan konsep parti menguasai kerajaan dan kedudukannya sebagai pemimpin nombor dua, itu pun sekiranya UMNO dan barisan pemimpinnya yang ada sekarang sedia membuat keputusan yang memihak kepadanya.

Cuma soalnya, selepas agak lama berada di luar kerajaan, apakah UMNO sedia menilai semula Muhyiddin atau merasakan memilih serta menobatkan Zahid menjadi Perdana Menteri lebih wajar lagi?

Mengenali budaya dalam UMNO, ternampak bahawa kecenderungan untuk mereka memihak kepada Zahid nyata lebih tinggi berbanding memilih Muhyiddin.

Apa pun persoalan yang bakal berbangkit nanti, yang jelasnya ketika Muhyiddin melontarkan cadangan agar Najib bercuti sementara itu, beliau sebenarnya tidak memikirkan keuntungan untuk dirinya.

Niatnya benar-benar untuk menyucikan nama Perdana Menteri serta demi kebaikan UMNO dan negara daripada kemelut 1MDB dan wang derma yang masih menjadi pertikaian rakyat itu.

Jika ada yang mendapat untung melalui perlaksanaan cadangan itu tidak lain ialah Zahid Hamid - daripada pemimpin Perak pertama menjadi Timbalan Perdana Menteri, martabatnya naik lagi dengan orang Perak pertama juga bergelar Pemangku Perdana Menteri.

Andai ditakdirkan Najib bersalah, peluang Zahid menjadi Perdana Menteri juga lebih terang cahaya di hujung terowongnya berbanding Muhyiddin.

Oleh itu, tidak terangsangkah Zahid mahu menyokong cadangan Muhyiddin itu? 


Dasar Pemisah Kakitangan Awam Bawah 60 Markah? Singkir Kaki Bodek, Ponteng Kerja, Curi Tulang?

Posted: 07 Dec 2015 11:49 PM PST

BERITA SEMASA
 
 
Dasar Pemisah Kakitangan Awam Bawah 60 Markah? Singkir Kaki Bodek, Ponteng Kerja, Curi Tulang?


dasar pemisah


Penjawat awam yang seringkali ponteng kerja, masuk kerja lewat, balik awal, kerap kali minum di gerai di waktu kerja, berborak berjam-jam, kerja sambil lewa, kaki bodek dan ampu, lebih banyak mulut bergerak daripada tangan bergerak, golongan inilah yang menjadi laba kepada kelompok kakitangan awam yang berkualiti sehingga menjadi buah mulut rakyat Malaysia terutamanya golongan pembayar cukai di Malaysia.

Jikalau jabatan kerajaan di peringkat negeri, lagi ketara. Bertambah teruk lagi yang terletak di luar bandar. Orang lama lagilah teruk keraknya.
Dan Berita Semasa sama sekali bersetuju golongan seperti ini yang mengambil kesempatan dengan kelonggaran di sektor awam dinyahkan segera daripada terus menjadi sebahagian daripada jutaan kakitangan awam di Malaysia. Cuepacs pun sama-sama bersetuju dengan arahan terbaru JPA.

Walaubagaimanapun jangan dibiarkan hanya pegawat atas sahaja diberikan akses untuk melakukan penilaian sahaja. Takut-takut diekspolitasi dan sistem itu akan menzalimi orang bawah. Mungkin boleh dipertimbangkan semula sistem penilaian 360 darjah?

Mengapa ramai yang berminat benar menjadi penjawat awam?

Berita Semasa perhatikan, hubungan dalam sesebuah jabatan kerajaan sangat rapat. Realitinya, ada banyak aktiviti kumpulan sokongan, profesional bergaul hingga wujudkan hubungan lebih erat dari saudara-mara, hingga panggil 'abang' 'kakak'. Bowling, tazkirah, kenduri kahwin, khatan, lawatan, team-building, kursus, seminar, mesyuarat, tolong hantar kereta ke bengkel, tolong bos bayar bil, sambutan hari lahir staf, hari keluarga. ikatan terbentuk terlalu erat untuk dibuang yang sudah pun bernanah daripada dahulu lagi.

Kadang-kadang, masa yang dihabiskan bersama staf lebih banyak dari dgn ibubapa, adik-beradik, sedara-mara.

Sektor awam semestinya, bukan syarikat yang pentingkan kualiti dan keuntungan kepada pelanggan mereka.
  • Masing-masing berkejaran untuk bersara umur 60
  • Masing-masing menunggu untuk menerima pencen setiap bulan di akhir hayat mereka
  • Lama lagi nak kerja sama-sama.
  • Berita Semasa yakin dan percaya sistem 'kekeluargaan' dalam pejabat kerajaan yang membuatkan ada kalangan yang bermasalah masih disimpan bekerja
  • sangat sukar untuk kena buang
Inilah realiti yang berlaku di dalam sektor awam. So secured.

 

Buang Penjawat Awam Di Bawah Dasar Pemisah (Exit Policy)?

  • Bawah 60 markah akan diberikan amaran
  • Diberikan peluang setahun untuk memperbaikinya
  • jikalau tidak berubah akan berpotensi kena buang kerja sebagai penjawat awam
Masih mahu lagi disimpan 1 tahun? Ermmm….

P/S : Singkirkan mereka yang tidak menghargai peluang yang diberikan. Ramai lagi di luar sana yang lebih bertenaga dan mempunyai idea yang lebih baik untuk masuk ke sektor awam.


Pemuda Umno perlu kembali ke pangkal jalan

Posted: 07 Dec 2015 11:47 PM PST

 
Barangkali gerakan itu masih komited kepada kepentingan Melayu dan anak muda, tetapi pengaruhnya semakin susut.
 
 
 
Khairy


Pemuda Umno gagah suatu masa dahulu. Gerakan itu membentuk demografi yang keberadaannya mengisi ruang yang besar, bukan sahaja kerana kiraan ahli, tetapi kerana pemimpin mereka tidak gentar bersuara.

Mantan Ketua Pemuda Umno seperti Harun Idris dan Syed Jaafar Albar mengepalai sayap pemuda yang disegani kawan dan digeruni lawan. Langkah yang bengis dikala menuntut kehendak pemuda adakalanya mengoyah kepimpinan tinggi parti.

Namun kepimpinan yang mampu menganggukkan kepala-kepala Umno tidak lagi kelihatan. Seperti yang ditulis bekas pemuda Ahmad Mustapha Hassan dalam memoir beliau, kepimpinan hari ini tidak punya keberanian. Pemuda Umno umpama anak singa tanpa kuku, dipandang enteng ketua sekutu.

Maka, Pemuda Umno hari ini dipinggirkan jemaah tertinggi parti malah tidak lagi menjadi pautan rakyat yang diwakilinya.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin, dalam satu temubual berkata sayap itu mahu mengubah trajektori menjadi pertubuhan yang berorientasi khidmat. Walaubagaimanapun, ramai berhujah Pemuda Umno sebaliknya perlu pulang ke pangkal perjuangannya dan memainkan peranan sebagai kumpulan pendesak.

Samada para penyokong Pemuda Umno, terutama dari kalangan muda-mudi di bandar, akan terus bersama sayap itu bilamana ia mulai sedar merupakan satu persoalan yang lain. Kesulitan mengambil ahli baharu di bandar-bandar dan pekan-pekan dikatakan kerana masyarakat di situ tidak prihatin dengan isu-isu Melayu.

Mungkin ada kebenarannya, namun dakwaan itu hanya menuding jari pada faktor luaran. Pemuda Umno tidak mahu akui mereka tidak lagi punyai kepimpinan yang dinamik, serta dasar-dasar baik dan berkesan yang mampu mengembleng sokongan anak muda di bandar dan di desa.

Jurang yang wujud ini bukan salah satu pihak semata-mata. Orang-ramai tidak berminat dengan Pemuda Umno kerana Pemuda Umno tidak lagi bersangkutan dengan memperjuangkan kepentingan mereka.
Khairy menyatakan Pemuda Umno harus mendengar bukan pada "pandangan yang akan memecah-belahkan kita, tetapi pandangan Melayu yang bukan dari kalangan kepimpinan Umno.

" Namun begitu, jika perbincangan sivil dianjurkan sekalipun, pendapat yang bertentangan dengan pandangan Umno tidak diambil-kira. Maka, siapa yang mahu mendengar suara anak-anak Melayu yang tidak peduli politik perkauman?

Barangkali, tiada tempat untuk Melayu yang tidak memenuhi standard Umno, bahkan tempat tidak pernah diberi pada mana-mana orang yang menyuarakan penentangan. Umno dan sayap-sayapnya bergerak bersendi tradisi, tetapi tradisi itu hanya kaedah menangani keadaan di masa lalu. Keadah itu tidak selalunya sesuai digunakan hari ini.

Masyarakat Melayu sedang berubah, termasuk putera-puterinya. Pemuda Umno dan parti induk harus berubah seiring dengannya. Kata-kata muluk tidak lagi mujarab memandangkan orang-ramai mahukan hasil dan jawapan. Khairy dan Pemuda Umno masih lagi mendokong Najib sebagai insan yang "ikhlas", dan meminta orang-ramai supaya memberi masa kepada Najib menunaikan janji-janjinya.

Bagi Khairy, "keikhlasan" memadai untuk sedikit masa lagi. Walhal, orang lain mahukan kejujuran, ketelusan dan kebertanggungjawaban. Bukankah peluang yang diberi, dan pengawasan yang tiada, menyebabkan Malaysia terjerumus ke kancah hari ini? Bukanlah kita minta setiap keputusan Perdana Menteri itu dikawal semak, tetapi kajian berkala oleh badan-badan yang benar-benar bebas merupakan permulaan yang dialu-alukan.

Pandangan ini bukan mahu menghasut sayap pemuda supaya memberontak. Sebaliknya, memohon kepimpinan yang lebih baik di semua peringkat dan supaya kumpulan-kumpulan pendesak mencorongkan suara kami dengan berkesan. Golongan belia berhak tahu apa yang sedang berlaku di dalam parti. Lagipun, masa depan mereka yang dipertaruhkan sekarang ini.


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT