Ahad, 6 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Budaya Orang Politik !!

Posted: 06 Dec 2015 12:00 AM PST

Nurliyana Abdullah's photo.

MASUK POLITIK MAHU KAYA
RUMAH MACAM ISTANA RAJA
KERETANYA ADA DUA TIGA LIMA
SIAP SEKALI DENGAN PEMANDUNYA

---------------------------------------------------------------
BILA sertai parti pemerintah dan usaha duduki ketua bahagian dan jadi YB atau menteri TATAP kayanya melebih-lebih dan akan kita lihat rumah mereka macam istana raja dan kereta siap disusun di halaman rumah dua tiga siap dengan pemandu dan ada babu-babu di rumah mereka.

Bukan saja ketua bahagian atau YB dan menteri2, malah yang di bawah juga sama dan dalam kepala mereka sertai parti mahu dapatkan projek mega alias berjuta dan dapatlah pandu king ninja atau mercedes bergaya tunjuk lagak tembirang sana sini.

Inilah gambaran yang kita lihat sekarang dan kesan RASUAH dikasih projek secara award yang harganya berlipat ganda maka kesannya ketirisan dan nilai sesuatu projek kadang2 tidak masuk akal dan akhirnya pembangunan negara tidak diurus dengan baik, sementara WANG DISATUKAN digunakan sesuka hati hingga negara berhutang mendekat 800 bilion dan secara tak sah masuk pula dana entah dari mana ke akaun peribadi yang sama sekali memang salah tetapi kesan undang2 menjadi ANDANG2 maka terlepaslah dari hukuman kesan bijak mendapatkan alasan.

Kesan akan terus berusaha melakukan kesalahan demi KERAKUSAN yang yang diam dalam diri mereka, maka dicipta bermacam AKTA yang rata2 menyelamatkan diri mereka dan akta2 ini pula seolah bukan menangkap pencuri sebalik menangkap yang menjelaskan siapa pencuri dan tidak cukup dengan segala AKTA maka dicipta lagi satu akta yang sesuka hati umum darurat tanpa kelulusan DYMM dan kemudian sesukahati menangkap sesiapa saja meski tanpa bukti berbuat salah.

Kelihatannya undang2 yang ada adalah mirip undang2 hutan rimba yang sesuka hati menebang membunuh apa saja mahunya atas nama pembangunan rakyat jelata kononya.

Memang tiada lagi kebebasana dan kebebasan musnah sirna dan kalau demikian apa namanya hidup di sekitar kita ini?


NURLIYANA ABDULLAH
TENOM,  SABAH

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


AMANAH ‘PURE’ PEMBANGKANG TAPI PAS PRO BN – DAP

Posted: 06 Dec 2015 08:11 PM PST

PELANGGAN BANK KELUARKAN SIMPANAN TETAP, PINJAMAN DIPERKETAT

Posted: 06 Dec 2015 08:05 PM PST

JANGAN TUDUH PEMIMPIN AMANAH SYIAH, HADI JUGA JUMPA ULAMA SYIAH

Posted: 06 Dec 2015 08:02 PM PST

IDEA DUA GABUNGAN PEMBANGKANG IBARAT KEMBALI KE SEKOLAH RENDAH’

Posted: 06 Dec 2015 08:00 PM PST

YB INDERA MAHKOTA MELAWAT TAPAK PERLOMBONGAN..

Posted: 05 Dec 2015 10:05 PM PST

Semalam 5hb Dec, bersama YB Fuziah Salleh kami melihat aktiviti perlombongan bauxite di persekitaran daerah Kuantan.

Kami sedar akan kebaikannya kpd ekonomi raayat, namun ada banyak keburukan kpd rakyat setempat dari sudut keselamatan nyawa dan harta, kesihatan dan kaselesaan mereka.

Alam sekitar turut tercemar dan yang paling dibimbangkan adalah tercemarnya sumber air penduduk Kuantan.

Tidak mungkinkah kebaikan itu kita kekalkan dan mudaratnya dikawal?? Inilah matlamat kami!!

Alquran mengingatkan kita, "Arak dan judi itu ada munfaatnya kpd manusia tetapi kemudaratannya yg dibawa adalah lebih besar lagi!"

Bagi perlombongan ini, tidak mungkinkah Peringatan ini relevan?

Apakah kita tidak mengambil i'ktibar?


dollah yankee

dollah yankee


Berani buat,berani lah tanggung!

Posted: 06 Dec 2015 07:00 PM PST

Image result for papagomo facebook
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan supaya blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakim Datuk Rohana Yusof yang mengetuai panel tiga anggota menolak rayuannya berhubung jumlah dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati beliau bersalah kerana memfitnah bekas ketua pembangkang itu.
Katanya, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa fakta Papagomo dan Wan Muhammad Azri adalah orang yang sama melalui bukti oleh rakan-rakan blogger.
"Oleh itu, mahkamah mendapati tidak ada kesilapan dalam fakta-fakta itu dengan keputusan tersebut. Dengan ini, mahkamah juga mendapati bahawa memorandum rayuan Wan Muhammad Azri tidak menyatakan yang dia merayu mengenai jumlah yang perlu dibayar itu.
"Justeru, kami dapati tidak ada alasan yang munasabah untuk mengganggu keputusan hakim Mahkamah Tinggi berhubung jumlah itu. Dengan ini, mahkamah menolak kedua-duanya," katanya.
Sidang bersama adalah hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hamid Sultan Abu Backer dan hakim Datuk Varghese George Varghese.
Di samping itu, Wan Muhammad Azri, yang tampil seorang diri tanpa diwakili peguam, juga diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar kos RM10,000 kepada Anwar.
dollah yankee - Kena saman dengan polis RM300 pakai 'handphone' masa memandu pun dah seram sejuk ...

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PENGUMUMAN GAGALIS 2016

Posted: 06 Dec 2015 07:30 PM PST









PENGUMUMAN

adalah diberitahu
bujang dara teruna duda
lembaga pemilih
gagalis 2016
sedang 
mengumpul
senarai

maka

masih ada masa
untuk memastikan
nama tersingkir







-----------------

WOIT GAJI MAHAL WOIT

Posted: 06 Dec 2015 07:08 PM PST






JANJi

GEROMBOLAN


Umno sedia kerja bergaji tinggi seluruh dunia, kata Najib 

Najib Razak memberitahu sekumpulan mahasiswa pro Umno malam ini, parti Melayu itu berjuang melaksanakan tanggungjawabnya menyediakan pekerjaan bergaji tinggi di seluruh dunia untuk mereka. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-sedia-kerja-bergaji-tinggi-seluruh-dunia-kata-najib#sthash.1q8zeQfH.dpuf

alham dulillah

kah kah kah

rest my case

kah kah kah

---------------

SEMUA BERDOA

Posted: 06 Dec 2015 06:18 PM PST







 MUFTi PUN

iKUT BERDOA





Doa Mufti Perlis untuk Muhyiddin?


Mohd Asri memuatnaik gambar bersama Muhyiddin Yassin di Facebook bersama doa dan kata-kata hikmah.

PETALING JAYA: Mufti Perlis,  Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mendoakan agar Allah memelihara niat pemimpin-pemimpin yang ikhlas untuk negara dan rakyat.
Katanya, dalam sejarah, kebenaran sentiasa menuntut harganya kerana bagi kebenaran itu ada pahala yang besar.
"Seseorang tidak boleh dianggap pejuang kebenaran sehinggalah dia berkorban dan terkorban untuk kebenaran.
"Kebatilan sejauh mana pun ia dihiasi, ia akan lebur pada suatu masa nanti dan akan menerima balasannya dari Tuhan Yang Maha Adil," tulisnya di Facebook yang turut memuatnaik gambarnya bersama  Muhyiddin Yassin.
Walaupun tidak menyebut nama, doa beliau itu dipercayai ditujukan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Kedua-duanya bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dipercayai untuk pulang ke Kuala Lumpur selepas menziarah jenazah almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim.

KAH KAH KAH
woit
nampaknya muhyiddin hebat
makin hebat
mufti pun doakan
semua tunggu malam ini
kah kah kah
potong stim ke
naik stim?
kah kah kah

NAiK STiM

-------------

KAPITAL DALAM BAHAYA

Posted: 06 Dec 2015 05:42 PM PST







INi SUARA

BANK KEPADA

BANK

KAPiTAL

DALAM

BAHAYA



Key bank warns against 'uneasy calm' in global markets


ZURICH: The Bank for International Settlements (BIS) issued a warning Sunday over an "uneasy calm" within financial markets, noting that the global economy remains vulnerable to serious disruptions.
The BIS — known as the central bank of central banks — made the call in its quarterly report which is closely watched by investors.
In August and September, markets were shaken after serious concerns emerged about the health of leading emerging economies, especially China.
Interventions from monetary authorities succeeded in stabilising markets to a degree, but the head of the monetary and economic division at the BIS, Claudio Borio, cautioned against being lulled into a false sense of security.
"The present calm is fragile," Borio said

BERSEDIA

WASPADA

AKAN

MELEDAK
-------------

HUJAH MAT MONGOL

Posted: 06 Dec 2015 05:00 PM PST



HUJAH

MAT MONGOL








Budak sekolah pun boleh jadi PM lah kalau gini caranya utk memerintah!




















-----------------

RAKYAT MENUNGGU

Posted: 06 Dec 2015 05:39 AM PST







APA AGAKNYA

DiA NAK

CAKAP?


Pesanan pra-AGM Umno Muhyiddin di KL esok

Ketika peluangnya untuk bercakap kepada perwakilan tenggelam timbul, Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin kini mempunyai jalan lain.
Beliau dijadual akan bercakap kepada penyokongnya di pentas terbuka di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada jam 8.30 malam esok – sehari sebelum perhimpunan agung Umno 2015.

KAH KAH KAH
woit
apa agaknya isi ucapan?
apa agaknya dia nak royak?
apa muhyiddin nak labon?
kah kah kah
semua menunggu
kah kah kah
jamin potomg stim
atau 
jamin tak potong stim
kah kah kah

APA APA APA

---------------

TOK PENGHULU PUTAR ALAM

Posted: 06 Dec 2015 04:30 AM PST







LAGi

PUTAR ALAM



KOMENTAR
kita bukan dizaman kuno
bukan dizaman lama
bukan zaman abu nawas
sekarang wujud sistem moden
wujud pentabiran moden

ini kenyataan kelentong
nak tarik hati mak cik felda
nak putar alam
bila rakyat makin tak suka
lagi banyak kenyataan
putar alam ini keluar
tak caya tunggu


Ku Nan mahu dianggap "ketua kampung" bukan menteri

PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan,  Tengku Adnan Tengku Mansor mahu dianggap sebagai ketua kampung, bukannya seorang menteri.
Katanya, melalui pendekatan itu, warga kota bebas bertemu dengannya dan segala permasalahan dapat diselesaikan segera.
"Kalau ada masalah beritahu kepada saya sebagai ketua kampung, datang jumpa saya. Boleh jumpa ketua kampung dan kita akan selesaikan masalah.
"Buat kerja beritahu saya juga supaya dia saya arahkan untuk laksanakan kerja dia dengan penuh amanah," katanya yang dipetik daripada portal BNBBC.

KAH KAH KAH
woit
putar putar lagi
kelentong kelentong lagi
tipu tipu lagi
kesihan mak cik felda
nak jumpa tok pengulu susah
nak jumpa munkee lagi susah
bagilah nasib mak cik felda
siang ditipu munkee
malam di tipu tivi
kah kah kah

PUTAR LAGi


------------

KERAJAAN TAK ADA DUIT

Posted: 06 Dec 2015 04:00 AM PST






BERiTA PALAT

UNTUK

MAT MOTO



Motorcyclists may have to pay toll

KUALA LUMPUR, Nov 14 — Putrajaya is considering toll charges for motorcyclists nationwide and studying the feasibility of constructing bike lanes on highways.
Nanyang Siang Pau quoted Works Minister Datuk Fadillah Yusof as saying that a special committee would study the proposal.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/motorcyclists-may-have-to-pay-toll#sthash.LG8197tr.MqKz4hSC.dpuf


GUA BILANG

LU TAK CAYA

GAMIN AB
i

SEN 



------------

RAJO TETAP RAJO

Posted: 06 Dec 2015 12:34 AM PST








RAJO TETAP RAJO
Dulu aku tengok susah sangat Chedet kurangkan kuasa Rajo. Tapi Najib dengan bantuan konsultan yahudi dan bomoh suaminya, Najib tampak gitu licin gayanya untuk rampas kuasa Rajo. Chedet sempat juga menyatakan rasa risau nya dgn kuasa Rajo yg dah boleng ini, jika pembangkang memerintah nanti. 

Chedet tok sah risau la .. al der while .. walaupun Melayu ada sepuloh Rajo, tapi Melayu tetap cam tu jugak, duduk nombor tigo bawah celah kangkang Chino dan Koling dan Omputih. Malah siap ada Tengku Wong lagi .. malah toke besar macam YTL dan gengnya pon berlagak macam Rajo. 

Jadi toksah risau la samoado Rajo kurang ko, dirampeh ko kuaso dio .. Rajo totap Rajo, yg ponting Rajo kotuo igamo, Rajo minat pado pompuan antarobangso .. aku kepingin juga nak nengok pemaisuri negro, asik pemaisuri omputih jo. on YA AMPOOON YA MAULANA
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 12/6/15


----------------

NAJIB PAKAI TRIK LAMA

Posted: 05 Dec 2015 09:21 PM PST







WANiTA

GEROMBOLAN

YANG CAKAP



Najib sengaja pilih hari terakhir sidang dewan?

SHAH ALAM – Najib Razak didakwa sengaja memilih untuk menjelaskan isu RM2.6 bilion pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat bagi mengelak dipersoal oleh pembangkang.

Bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng,  Hamidah Osman berkata, ia merupakan sebahagian daripada taktik Najib daripada terus 'diserang' dengan isu tersebut.

"Itu taktik beliau untuk meredakan isu tersebut daripada pertikaian hebat pembangkang. Dan kalau hanya itulah jawapan yang kami (rakyat) terima, kami memang hampa.
"Seluruh dunia sudah tahu isu RM 2.6 bilion, beliau tidak boleh mempersendakan kami sebegini," katanya kepada Sinar Online, hari ini


KAH KAH KAH
woit
ini bukan fitnah
ini bukan tohmah
ini bukan kabar angin
ini bukan suara pakatan
ini kenyataan dari mulut
wanita gerombolan sendiri
kah kah kah
pahlawan bugis ditekan
pahlawan bugis ditibai
kah kah kah
dimana akhirnya?

TIBAi LAGi


--------------

NAJIB HILANG MENGHILANG

Posted: 05 Dec 2015 08:30 PM PST








PAHLAWAN 

BUGiS LARi


KECUT TELO


Pembangkang ejek Najib: Awak kat mana?

Pemimpin pembangkang hari ini mengejek perdana menteri kerana gagal menerangkan sendiri berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata semalam satu Malaysia menanti "pahlawan Bugis" menerangkan berhubung dana itu di parlimen seperti dijanjikan
"Malangnya pahlawan Bugis bersembunyi di belakang timbalan perdana menteri dan penerangan hanya tiga minit.
"Kita masih tidak tahu siapa penderma RM2.6 bilion itu," katanya yang menggunakan hashtag‪#‎ManaRM2600juta dan ‪#‎awakkatmanaawakawakkatmana‬ di Facebook beliau.
"Awak kat mana" sebuah ungkapan popular yang menjadi sebahagian daripada lirik nyanyian penyanyi kelahiran Singapura Taufik Batisah.


KAH KAH KAH
woit
mana hilang pahlwan bugis
mana menyorok?
celah mana tersimpan?
bawah kangkang sapa?
kah kah kah
cakap berdekah dekah
tahik sudah merekah
kah kah kah

TAHiK MEREKAH


------------

AL-FATIHAH

Posted: 05 Dec 2015 07:30 PM PST







Tunku Laksamana Johor mangkat
Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, mangkat awal malam ini di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru.
 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tunku-laksamana-johor-mangkat#sthash.zQcmpZr8.dpuf



---------------