Ahad, 6 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Budaya Orang Politik !!

Posted: 06 Dec 2015 12:00 AM PST

Nurliyana Abdullah's photo.

MASUK POLITIK MAHU KAYA
RUMAH MACAM ISTANA RAJA
KERETANYA ADA DUA TIGA LIMA
SIAP SEKALI DENGAN PEMANDUNYA

---------------------------------------------------------------
BILA sertai parti pemerintah dan usaha duduki ketua bahagian dan jadi YB atau menteri TATAP kayanya melebih-lebih dan akan kita lihat rumah mereka macam istana raja dan kereta siap disusun di halaman rumah dua tiga siap dengan pemandu dan ada babu-babu di rumah mereka.

Bukan saja ketua bahagian atau YB dan menteri2, malah yang di bawah juga sama dan dalam kepala mereka sertai parti mahu dapatkan projek mega alias berjuta dan dapatlah pandu king ninja atau mercedes bergaya tunjuk lagak tembirang sana sini.

Inilah gambaran yang kita lihat sekarang dan kesan RASUAH dikasih projek secara award yang harganya berlipat ganda maka kesannya ketirisan dan nilai sesuatu projek kadang2 tidak masuk akal dan akhirnya pembangunan negara tidak diurus dengan baik, sementara WANG DISATUKAN digunakan sesuka hati hingga negara berhutang mendekat 800 bilion dan secara tak sah masuk pula dana entah dari mana ke akaun peribadi yang sama sekali memang salah tetapi kesan undang2 menjadi ANDANG2 maka terlepaslah dari hukuman kesan bijak mendapatkan alasan.

Kesan akan terus berusaha melakukan kesalahan demi KERAKUSAN yang yang diam dalam diri mereka, maka dicipta bermacam AKTA yang rata2 menyelamatkan diri mereka dan akta2 ini pula seolah bukan menangkap pencuri sebalik menangkap yang menjelaskan siapa pencuri dan tidak cukup dengan segala AKTA maka dicipta lagi satu akta yang sesuka hati umum darurat tanpa kelulusan DYMM dan kemudian sesukahati menangkap sesiapa saja meski tanpa bukti berbuat salah.

Kelihatannya undang2 yang ada adalah mirip undang2 hutan rimba yang sesuka hati menebang membunuh apa saja mahunya atas nama pembangunan rakyat jelata kononya.

Memang tiada lagi kebebasana dan kebebasan musnah sirna dan kalau demikian apa namanya hidup di sekitar kita ini?


NURLIYANA ABDULLAH
TENOM,  SABAH

Tiada ulasan: