Rabu, 2 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Berita Gempar Dari Dalaman Umno

Posted: 02 Dec 2015 11:00 PM PST

13 Ketua Cawangan Umno Bakal Dipecat? Selepas hampir 4 jam mengadap Lembaga Disiplin Umno di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, nasib ketua cawangan Teluk Kemang akan diketahui 2 minggu lagi.

Jurucakap kepada kumpulan ketua cawangan yang menamakan diri mereka Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) itu, Kamarul Azman Habibur Rahman, berkata tiada tindakan yang dikenakan ke atas mereka hari ini.

Sebaliknya, katanya, ahli lembaga hari ini mendengar penjelasan daripada 9 orang ketua cawangan yang mengadakan sidang media bulan lalu.

"Kami difahamkan (keputusan) dalam tempoh 2 minggu. Setakat ini tiada sebut sebarang hukuman," kata Kamarul kepada pemberita petang ini.

Meskipun begitu, ketua Umno cawangan Taman TKK itu menegaskan, tindakan mereka adalah untuk kebaikan parti dan bertujuan menegakkan kebenaran.

"Pihak kami sepakat kebaikan seperti ini perlu dilakukan untuk parti. Mungkin destinasi kita sama, cuma pendekatan kami berbeza," katanya.

Kamarul turut mengakui tidak mengetahui tindakan mereka mengadakan sidang media pada 24 Oktober itu bercanggah dengan perlembagaan Umno.

"Secara menyeluruh, apa yang kami berikan dan pertuduhan kami, bersangkut-paut kesalahan megadakan sidang media.

13 Ketua Cawangan Umno Bakal Dipecat?

"Dan kami jelaskan, sebenarnya, Perlembagaan Umno tidaklah difahami semua ahli.

"Tetapi, secara umum, kami puas hati dengan penjelasan serta rasa lega sebab dapat suarakan hasrat untuk kebaikan Umno," katanya.

Oktober lalu, 13 ketua Umno cawangan dari Telok Kemang, Negeri Sembilan mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai presiden bagi memulihkan kredibiliti parti itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).


Mereka berkata, tiba masanya parti itu melakukan perubahan dan ia perlu bermula daripada presiden.

"Kami berpendapat, lebih baik presiden berundur bagi membolehkan Umno tidak menjadi mangsa keadaan dan dihukum pengundi pada PRU akan datang.

"Kebimbangan utama kami ialah, kita perlu mempunyai pemimpin yang kuat untuk mengemudi Umno pada PRU14," kata Kamarul ketika itu.

Bagaimanapun, hari ini, hanya 9 ketua cawangan Teluk Kemang yang dipanggil mengadap Lembaga Disiplin.
ADDIN

Peluang terbaik diabaikan: Kerana ego dan kuasa mereka lupa harapan rakyat?

Posted: 02 Dec 2015 10:15 PM PST


Ada satu muka kat sini, cukup menyampah nak lihat! Menjelang PRN Sarawak, pembangkang masih bergaduh lagi?

29 November 2015 | SELENA TAY

Pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan selewat-lewatnya pada Jun tahun hadapan dan pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) telah diramalkan berlaku pada pertengahan 2018.

Ini bukan masa yang sangat lama untuk jangkaan pakatan terutamanya Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia untuk PRU-14.

Sehingga kini, apa yang dapat dilihat oleh rakyat dan penyokong adalah banyak perselisihan antara pelbagai pihak dalam pembangkang.

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli parti dan juga di kalangan ahli parti lain seperti pertikaian keyakinan antara DAP, PKR dan PAS.

"Semua pertembungan, menyerang antara satu sama lain dan `tikam- menikam' ini sangat memudaratkan kepada perkembangan pembangkang dan hanya memberi manfaat kepada BN.

Ini kerana ia akan membuat orang kehilangan keyakinan terhadap pembangkang," kata seorang penganalisis politik yang lebih suka berkecuali tidak mahu namanya disiarkan.

Sejak awal November, penulis telah mewawancara 2 hingga 3 orang setiap penyokong pembangkang dan mendapati tidak ada seorang pun yang gembira dengan perkembangan yang berlaku dalam Pakatan itu. Sebaliknya semua penyokong pembangkang telah kecewa dengan perkembangan terkini gabungan yang dianggap lemah itu.

"Dengan ini, saya tidak pasti Pakatan akan menang pada PRU14 kerana Pakatan kini sangat lemah dan tidak ada arah. Dalam ketiadaan Anwar Ibrahim sebagai pengerusi dan ketua parti pembangkang, pertubuhan Alliance hari ini seolah-olah gantian. Sejak bila perkara ini berlaku? "

Soalnya merujuk mengenai seorang eksekutif bank bernama Adam yang mendakwa dirinya sebagai penyokong kuat PKR sejak tahun 2000.

Penganalisis politik, memberitahu penulis seroang rakan usahawannya, berkata, masyarakat Cina percaya jika kerajaan dan pembangkang terus tidak mempunyai arah masa depan negara malap kerana pengaruh keadaan politik yang tidak sihat.

Malah, beliau percaya bahawa pembangkang kekal lemah, pembangkang akan gagal untuk membangkitkan isu kepentingan awam.

"Saya lihat isu kenaikan kos sara hidup seolah-olah telah dilupakan oleh pembangkang.

Buat masa ini, tiada siapa dalam kerajaan lantang bersuara mengenai isu kos sara hidup, manakala pada bulan Disember, LRT, monorel dan komuter akan naik secara mendadak, "kata penganalisis berusia 78 tahun itu.

Beliau juga percaya bahawa pengundi akan digalakkan untuk mengundi BN jika pembangkang terus berjuang sehingga Parlimen dibubarkan untuk PRU14.

"Tiada perjanjian, tiada kenyataan bersama, tidak bersatu, kurang serasi dan tidak sesuai dan terdapat juga pemimpin berbangga -

ini adalah masalah utama pembangkang," kata penganalisis itu. Walau bagaimanapun, masih ada langkah-langkah yang perlu diambil untuk untuk membetulkan semua kelemahan.

Bagaimanapun tindakan itu dikalangan orang-orang yang suka bergerak secara berpasukan untuk membaik pulih atau berminat untuk melawan? Adakah pembangkang masih leka?


Posted by mountdweller

Nasib 9 Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang lagi dua minggu Adam Abu Bakar

Posted: 02 Dec 2015 09:30 PM PST


Kamarul-Azman_umno-team_600

Mereka disoal siasat Lembaga Displin UMNO selama empat jam sejak 2.30 petang 

KUALA LUMPUR: Nasib 9 Ketua UMNO Cawangan Bahagian Teluk Kemang yang menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO akan diketahui dalam masa dua minggu.
Mereka disoal siasat Lembaga Displin UMNO selama empat jam sejak 2.30 petang.

Ketua UMNO Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman yang juga jurucakap kumpulan berpuas hati dengan pertemuan itu.

"Kami difahamkan dalam tempoh dua minggu lagi (keputusan lembaga disiplin). Mereka menjalankan tugas dengan profesionalism yang tinggi.

"Kami ditanya tentang beberapa perkara yang menyebabkan kami ambil keputusan untuk adakan sidang media dan seterusnya meminta Najib meletakkan jawatan," ujarnya dalam sidang media di Riverside, PWTC pada petang Rabu.

Sebelum itu, kehadiran 9 Ketua UMNO Cawangan di Menara Dato' Onn disambut oleh kira-kira 50 orang penyokong. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir memberi sokongan moral.

"Apa yang kami lakukan berlandaskan kepada cinta pada parti dan bukan dengan niat lain. Kami ingin melihat supaya UMNO terus diterima oleh masyarakat dalam pilihanraya akan datang," kata Kamarul.

Meskipun mereka mencintai parti, Kamarul dan 8 ahli kumpulannya itu nampaknya tidak mengetahui Perlembagaan UMNO melarang ahli mengadakan sidang media secara terbuka

"Pertuduhan kami bersangkut paut kesalahan mengadakan sidang media. Kami jelaskan bahawa sebenarnya Perlembagaan UMNO tidaklah difahami oleh semua ahli," katanya lagi.


FMT

Lafaz nikah satu nafas perbuatan khurafat – Mufti Perlis FMT Reporters

Posted: 02 Dec 2015 08:45 PM PST



Langkah jurunikah meminta pengantin lelaki mengulang-ulang lafaz nikah disifatkan sebagai satu perbuatan mendera dan boleh dianggap khurafat 

PETALING JAYA: Sikap sesetengah juru nikah atau `tok kadi' yang mahu lafaz akad dilakukan dengan hanya satu nafas disifatkan sebagai perbuatan khurafat.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata, tidak ada dalil yang menyatakan akad nikah perlu disebut oleh pengantin lelaki dengan satu nafas.

Katanya, perkara itu hanyalah satu perbuatan yang sengaja diadakan-adakan oleh sesetengah dan ia dilihat seperti sengaja mahu mendera pengantin.

"Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: "aku terima nikahnya". Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin.

"Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai 'sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak," soalnya menerusi status di Facebook.

Mengulas lanjut Dr Mohd Asri berkata, beliau berasa amat sedih apabila melihat dalam kalangan jurunikah sengaja menjadikan akad sebagai sesuatu yang sulit dan susah hingga pengantin lelaki yang hendak dinikahkan itu berasa terketar-ketar untuk melafazkannya.

Katanya, akad nikah hanyalah persetujuan kedua belah pihak untuk menjadi suami isteri yang sah dan apa-apa lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia adalah sah.


FMT.

Isu RM2.6b: Kenapa Najib kena tunggu Khamis

Posted: 02 Dec 2015 08:00 PM PST



KUALA LUMPUR - "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai banyak peluang untuk menjelaskan isu RM2.6 bilion yang menjadi tanya tanya seluruh rakyat negara ini, namun mengapa esok baru beliau mahu jelaskan?".

Demikian persoalan yang dibangkitkan bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman apabila Jabatan Perdana Menteri (JPM) memutuskan semua persoalan mengenai isu dana RM2.6 bilion hanya akan dijawab di Parlimen esok.

"Saya tidak letak harapan tinggi pada Najib. Beliau mempunyai banyak saluran (sebelum ini) untuk bersuara, kenapa baru esok baru nak jelaskan?

"Lainlah macam kami, kami susah mahu dapat liputan. Nak kena panggil media dulu baru boleh bercakap," kata Hamidah dalam wawancara bersama Sinar Online di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini dipetik sebagai berkata, JPM memutuskan agar semua persoalan berkaitan isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri itu dikumpulkan dan dijawab pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat kali ini.

"Sekiranya perdana menteri menjawab hari ini dan esok satu lagi soalan dan kemudian satu lagi soalan, maka ini tidak akan berakhir," ujar Azalina.

Namun ketika ditanya sama ada Najib akan menjawab soalan-soalan itu pada hari tersebut, Azalina berkata: "Sama ada perdana menteri atau sesiapa sahaja dari JPM akan menjawab...ia masih prerogatif perdana menteri."

- sharian

Malaysia menuju pemerintahan diktator. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Posted: 02 Dec 2015 07:30 PM PST

Khamis, 3 Disember 2015 Malaysia menuju pemerintahan diktator. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

MASALAH RAKYAT !!

Posted: 02 Dec 2015 07:00 PM PST

Ismaily Bungsu C's photo.
PRU-14 tak lama lagi lalu katakan adalah tak dipilih jadi calon apakah ia terus dalam parti dan sama ikut kempen untuk menangkan calon?

Atau apakah nanti parti

pemerintah sogok dia dan kemudian ada pemberita diarah jumpa dia dan atas arahan dia kutuk parti yang ia sertai itu alasan tak adil?


Memang sebelum ini ada begitu dan dapatlah duit bisa enjoy joli ke sana sini.

Kita lihat nanti pasti ada dan jika ada siap pancung



ISMAILY BUNGSU

Mereka Bertiga Meninggal Diluar UMNO !!

Posted: 02 Dec 2015 06:30 PM PST

Bang Nuar's photo.

Hanya spesis melayu Bodoh Nyata saja takut meninggalkan UMNO Haramjadah. 

Tidak akan mati sengsara melayu yang meninggalkan UMNO yang dikuasai pemimpin2 Bijak Nipu sapu rasuah dan gadai hak melayu.

Tengok Najib. Ingatlah hutang IMDB

Posted: 02 Dec 2015 06:00 PM PST

Bang Nuar's photo.

Ingat hutang 1MDB. Jangan lupa duit derma 2.6 billion masuk akaun Najib.

biarlah hanya spesis MDB saja yang mudah diumpan oleh Najib dan pemimpin2 UMNO Boleh Nipu....
spesis MDB= Manusia DiBerukkan

TUNGGUL PUN ADA BAHAYANYA

Posted: 02 Dec 2015 05:30 PM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin membayangkan dirinya hanya ibarat tunggul di atas pentas dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 8 hingga 12 Disember ini berikutan sekatan berucap yang dikenakan terhadapnya.

Katanya, setelah tidak dibenarkan berucap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tahun ini, beliau juga dimaklumkan tidak akan terlibat dalam ucapan penggulungan nanti.

Saya jadi tunggul saja duduk di atas pentas, ujar bekas Timbalan Perdana Menteri itu lagi.

Dalam hal ini, dengan menjadikan Muhyiddin sebagai tunggul, bermakna Najib Razak tidak cukup keberanian untuk memecat atau menyingkirkan terus Timbalan Presiden itu daripada UMNO.

Yang berani dilakukannya hanyalah setakat menanggalkan satu demi satu peranan Muhyiddin yang kemudian memperlihatkan seolah-olah beliau umpama tunggul saja di mata umum.

Muhyiddin tidak perlu gusar dengan keadaan dirinya yang menjadi umpama tunggul itu. Ini kerana tunggul biasanya berasal dari pokok atau kayu yang kuat dan kukuh saja, manakala yang rapuh dan tidak berapa kuat tidak mungkin berupaya menjadi tunggul.

Menjadi kebiasaan juga tunggul mempunyai hayat yang agak lama sebelum dapat dimusnahkan sama sekali.
Tetapi tidak sedikit, ketika menjadi tunggul, ia menyebabkan ramai orang tercucuk lalu mengaduh kesakitan atau berdarah kakinya.

Tidak kurang juga, disebabkan oleh tunggul, ramai yang tersepak dan akhirnya jatuh tertiarap ke tanah.
Oleh itu, jangan main-main dengan tunggul.

Dap...... Dap...... Awat jahat sangat......

Posted: 02 Dec 2015 05:00 PM PST

Muhyiddin Hadir Untuk Jadi Tunggul Kayu..

Posted: 02 Dec 2015 04:24 PM PST


KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hadir pada Perhimpunan Agung Umno bagaimanapun beliau tidak akan berucap dalam himpunan tersebut.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengesahkan perkara tersebut ketika ditemui di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

‪"Insya-ALLAH, saya Timbalan Presiden lagi. Saya nak berucap, tetapi tidak boleh berucap. Malah tidak boleh terlibat dalam penggulungan. Hanya duduk di atas pentas sebagai tunggul.‬

‪"Orang lain boleh bercakap, saya tidak boleh bercakap. Timbalan Presiden tidak boleh bercakap," katanya ketika ditemui pemberita selepas memberi sokongan moral kepada sembilan ketua cawangan Bahagian Telok Kemang Negeri Sembilan yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin Umno hari ini.

Muhyiddin yang disingkirkan dari Kabinet pada Julai lalu turut berkata, apa yang berlaku di dalam Umno ini membuktikan bahawa ruang demokrasi di dalam parti itu semakin terkubur.‬

‪"Akar umbi Umno hari ini nak tunjukkan jika Timbalan Presiden tidak boleh bersuara, bermakna akar umbi juga tidak dibenarkan bersuara," ujarnya lagi.‬

‪Jelas Muhyiddin lagi, beliau sendiri masih sayangkan Umno malah tidak mahu dipecat.

Namun katanya, sekiranya parti sudah memutuskan, beliau akur dengan keputusan itu.‬‎

‪"Walaupun saya tidak mahu diri saya dipecat, tetapi jika mereka nak hukum saya, saya sedia terima," ujarnya lagi.



BLM





Beratus penumpang AirAsia terkandas di KLIA2 FMT Reporters

Posted: 02 Dec 2015 12:30 AM PST



KLIA

Ia berlaku apabila berbelas juruterbangnya tidak sihat akibat selsema

KLIAPETALING JAYA: Beratus-ratus penumpang AirAsia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) terkandas pada Selasa selepas berbelas juruterbangnya kurang sihat.

Menurut laporan yang dipetik daripada Mstar Online, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan sekurang-kurangnya 12 daripada mereka menghidap selsema.

Selain membabitkan laluan domestik, ia turut membabitkan penerbangan antarabangsa iaitu ke ke Lapangan Terbang Don Meuang di Bangkok, Thailand.

Keadaan itu menyebabkan kekecohan apabila penerbangan terpaksa dijadualkan semula.

Situasi yang berlaku turut menyebabkan penumpang terpaksa bermalam di terminal selepas usaha memindahkan mereka ke penerbangan lain berdepan dengan masalah yang sama.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/12/02/beratus-penumpang-airasia-terkandas-di-klia2.

Beratus penumpang AirAsia terkandas di KLIA2

 | December 2, 2015
Ia berlaku apabila berbelas juruterbangnya tidak sihat akibat selsema
KLIAPETALING JAYA: Beratus-ratus penumpang AirAsia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) terkandas pada Selasa selepas berbelas juruterbangnya kurang sihat.
Menurut laporan yang dipetik daripada Mstar Online, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan sekurang-kurangnya 12 daripada mereka menghidap selsema.
Selain membabitkan laluan domestik, ia turut membabitkan penerbangan antarabangsa iaitu ke ke Lapangan Terbang Don Meuang di Bangkok, Thailand.
Keadaan itu menyebabkan kekecohan apabila penerbangan terpaksa dijadualkan semula.
Situasi yang berlaku turut menyebabkan penumpang terpaksa bermalam di terminal selepas usaha memindahkan mereka ke penerbangan lain berdepan dengan masalah yang sama.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/12/02/beratus-penumpang-airasia-terkandas-di-klia2/#sthash.ElbXgZZ3.dpuf

Mariani disemadi bersebelahan dengan Saloma FMT Reporters

Posted: 01 Dec 2015 11:30 PM PST


Zar Ali's photo.


PM turut rakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah
mariani

PETALING JAYA: Allahyarhamah Mariam Ismail, 82, atau lebih dikenali sebagai Mariani selamat disemadi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, jam 11.30 pagi tadi.

Jenazah primadona filem Melayu itu dikebumi bersebelahan dengan kubur adiknya, Puan Sri Saloma Ismail.
Allahyarhamah yang sinonim dengan watak Cikgu Manisah dalam filem Labu Labi meninggal dunia malam tadi di Sentul kerana kanser usus.

Sementara itu, di laman Twitternya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

"Saya masih ingat lakonan seniwati Mariani dalam filem seperti Labu Labi dan banyak lagi. Semoga roh Allahyarhamah dirahmati. Al-Fatihah," tulis beliau.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PERSEMPADANAN SEMULA SARAWAK TALIAN HAYAT BN – NURUL

Posted: 02 Dec 2015 05:46 PM PST

ZAID TAWAR TUNJUK AJAR CARA SIASAT KES PEN DRIVE KEVIN MORAIS’

Posted: 02 Dec 2015 01:47 AM PST