WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
PERSEMPADANAN SEMULA SARAWAK TALIAN HAYAT BN – NURUL Posted: 02 Dec 2015 05:46 PM PST Persempadanan semula Sarawak talian hayat BN – NurulPersempadanan Semula Bahagian Pilihan raya Negeri Sarawak menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Notis Persempadanan Semula yang dikeluarkan oleh badan itu adalah batal kerana ia tidak mengikut Jadual Ke-13 Perlembagaan Persekutuan. Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, SPR juga tidak menghormati proses semakan kehakiman yang sedang dijalankan untuk menentukan sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan kes yang difailkan oleh Adun Batu Lintang,See Chee How dan pengundi Ulu Baram, Pauls Baya adalah menepati kehendak undang-undang atau tidak. "Amat mendukacitakan apabila BN tidak mendengar suara rakyat yang inginkan sebuah demokrasi yang lebih sihat dan memberi peluang kepada rakyat untuk benar-benar memilih kerajaan yang mereka mahukan," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, persempadanan semula ini digunakan oleh SPR untuk memberikan talian hayat kepada BN. "Setiap kali diadakan persempadanan semula hanya akan memberikan kelebihan kepada BN. Kerajaan menggunakan alasan penambahan kerusi untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat tidak munasabah," katanya lagi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan usul mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak di Dewan Rakyat, yang menyaksikan cadangan tambahan 11 bahagian bagi negeri. Nurul Izzah menambah, SPR perlu melalui proses konsultasi dari pihak-pihak yang berkepentingan termasuk NGO serta rakyat Malaysia yang berminat sebelum membuat keputusan mengenai persempadanan semula yang bakal dilakukan. "Proses konsultasi ini boleh menjadi langkah pertama bagi memulihkan kembali imej SPR yang tercalar selama ini," katanya. |
ZAID TAWAR TUNJUK AJAR CARA SIASAT KES PEN DRIVE KEVIN MORAIS’ Posted: 02 Dec 2015 01:47 AM PST 'Zaid tawar tunjuk ajar cara siasat kes pen drive Kevin Morais'Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim hari ini memberi tunjuk ajar kepada Peguam Negara Mohamed Tan Sri Apandi Ali dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam menangani kemelut pen drive. Bagi AG, katanya, Apandi perlu berbincang dengan pendahulunya, Tan Sri Abdul Gani Patail, dan kemudiannya menghantar pasukan penyiasat ke Amerika Syarikat untuk mengkaji kandungan pen drive itu. "Adakah beliau telah melihat pen drive Charles (Suresh Morais) didakwa diterimanya daripada abangnya (Kevin Anthony Morais)? "Peguam Negara tidak boleh begitu cepat untuk membakul-sampahkan dakwaan yang sebegitu serius. Beliau harus berminat dengan aduan itu dan bukannya sama ada Charles seorang bankrap atau tidak. "Tidak ada keperluan untuk berbuih di mulut apabila seseorang membuat dakwaan ke atas pemimpin kita. Tidak ada keperluan untuk berkelakuan seperti seorang pembantu peribadi kepada Perdana Menteri. "Tenang dan profesional pada setiap masa," katanya dalam blog yang dikemas-kini hari ini. Rabu lalu, Charles mendedahkan akuan bersumpah kepada media yang mendakwa ada konspirasi dalam pembunuhan abangnya. Beliau juga mendakwa memiliki sebuah pen drive yang memperincikan kes yang dikendalilkan oleh Kevin, seorang timbalan pendakwa raya kanan. Ahli perniagaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat mendakwa Kevin juga memberitahunya beliau mengendalikan kes-kes yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Kevin 'dipinjamkan' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang sedang menyiasat derma RM2.6 bilion dan dana SRC International sebanyak RM42 juta yang dilaporkan disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib. Perdana Menteri menafikan menggunakan wang rakyat itu untuk kepentingan peribadi. Sementara itu, Zaid juga membidas Ketua Polis Negara kerana melabelkan Charles sebagai pengecut kerana melarikkan dirinya selepas membuat pendedahan SD itu. "Ini tidak sepatutnya. Reaksi yang lebih profesional adalah mengakui betapa seriusnya tuduhan itu dan berikrar bahawa satu pasukan siasatan akan dihantar ke alamat Charles di Amerika Syarikat secepat mungkin. "Serangannya ke atas (peguam) Americk (Sidhu), yang mewakili Charles, dan menghantar polis menyoal siasat peguam itu adalah gangguan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pegawai polis atasan. "Mengapa Americk bantu anak guamnya untuk merangka SD adalah kemungkinan satu jenayah tetapi tidak bagi Cecil Abraham (berhubung SD dari penyiasat persendirian P Balasubramaniam)?" soalnya. Cecil disiasat oleh panel tiga anggota Jawatankuasa Lembaga Disipin, Majlis Peguam atas dakwaan salah laku profesional kerana didakwa menyediakan SD untuk Balasubramaniam yang bukan anak guamnya. SD yang menjadi perbalahan itu adalah untuk menafikan pengakuan bersumpah pertama Balasubramaniam yang mendakwa Najib dan beberapa tokoh lain ada kaitan dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006. Balasubramaniam juga kebetulan adalah anak guam Americk. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan