Ahad, 22 November 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Enam Suspek Penyelewengan Di Bukit Aman Di Tahan

Posted: 22 Nov 2015 10:30 PM PST


Zar Ali's photo. Enam individu termasuk pegawai kanan polis ditahan kerana dipercayai terbabit dalam penyelewengan kontrak ubah suai Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, enam suspek yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah, anggota polis dan kontraktor berkenaan ditahan dalam beberapa tangkapan yang dilakukan sejak kelmarin.

"Kita juga telah menyita beberapa kenderaan mewah serta akaun bank milik semua suspek. Kita juga tidak akan berkompromi dan membiarkan sesiapa termasuk anggota sendiri untuk melakukan sebarang bentuk jenayah.

Kita tidak akan melindungi anggota kita yang terlibat dengan apa jua jenayah," tegasnya ketika ditemui pemberita di Masjid Bukit Aman di sini hari ini.

Sebelum ini, akhbar Bahasa Inggeris, The Sun melalui sumber dalaman menyatakan RM1.5 juta yang diperuntukkan untuk kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman adalah perbelanjaan yang tidak wujud.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siasatan) Bukit Aman, Datuk Hamza Taib juga telah mengesahkan perkara itu.

Beberapa pembongkaran dibuat sejak beberapa bulan yang lalu selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan audit dalaman di Jabatan Logistik Polis.

Kos membaik pulih pintu kalis api dan juga sistem penghawa dingin direkodkan bernilai RM500,000, namun tiada sebarang kerja-kerja dilakukan walaupun bayaran kepada kontraktor yang dilantik telah dibuat.


Pada masa sama, lebih RM1 juta didakwa digunakan untuk tender yang tidak wujud.-MalaysiaGazette


FMT

T P P A : KAJI SEJARAH MASA LALU !

Posted: 22 Nov 2015 09:45 PM PST

Nurliyana Abdullah's photo.

KITA kekadang begitu membuta tuli menerima apa saja yang pemimpin cadang tanpa kaji kesannya sebab pemimpin yang ada sekarang ini akan lakukan apa saja demi kekalkan kuasa mereka.

Demi kekalkan kuasa, mereka akan lakukan apa saja meski kekadang keputusan yang mereka lakukan itu bakal merosak masa depan negara bangsa untuk masa panjang.

Soal TPPA yang dikenali dengan sebutan PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS PASIFIK jelasnya bukan semata dikaitkan dengan perdagangan, tetapi lebih dari itu.

Bila Malaysia tandatangan secara tak langsung Malaysia termasuk dalam blok GEOPOLITIK AMERIKA makna negara kita tidak lagi berkecuali. Ini yang pertama.

Keduanya cuba kita kaji sejarah lampau dan kita ambil contoh SYARIKAT HINDIA TIMUR yang dulu di Tanah Melayu yang mulanya visi perdagangan dan akhirnya berakhir dengan penjajahan berkurun lamanya. Apakah ini tidak kita kaji sebagai sandaran sebelum menerima dan masuk dalam kerangka blok geopolitik Amerika?

Kita baca sejarah sebelum kedatangan British dulu undang2 syarak adalah undang2 tertinggi di tanah melayu dan sesudah British berkuasa menjajah, undang2 itu sedikit demi sedikit dikurangkan skopnya dan apakah ini tidak nampak kesannya?

Memang kita akui Amerika tidak akan perangi Malaysia dan negara di Asia ini sebab tiada alasan yang lojik tetapi mereka akan jajah Malaysia secara halus dan licik.

Amerika memang bijak, dalam keadaan Malaysia tidak berketentuan politiknya di situlah mereka menangguk ikan di air keruh secara bijaksana dan pemimpin2 kita di Malaysia demi selamatkan kuasa masing2 mereka usaha berkawan dengan dunia luar untuk membantu kekalkan kuasa masing2 dan pemimpin kita pula siap melakukan apa saja tak kesah masa depan negara bangsa asal kuasa kekal abadi.

Sebenarnya para kapitalis di luar yang sejak dulu menjarah kekayaan di bumi kita telah lama menunggu agar segala macam dasar yang menguntungkan bumi hancur lebur dan rasanya inilah masa yang paling sesuai untuk masuk ke dalam dengan cara memujuk Malaysia menandatangani perjanjian TPPA itu.

Bila saja ditandantangani makna Malaysia kena akur undang2 yang telah ditetapkan dan dasar2 yang dicipta untuk utamakan kaum bumi tidak lagi terpakai dan kalau Malaysia melanggar peraturan ini maka siap kerajaan boleh di saman di TRIBUNAL ANTARABANGSA kesan melanggar peraturan dan undang2 yang sama dipersetujui itu.

Soal saman ini memang telahpun terjadi dalam kerajaan Afrika sendiri akibat melaksanakan dasar kulit hitam yang dikenali sebagai BLACK ECONOMIC EMPOWERMENT dan secara tidak langsung bakal membunuh dasar2 kita yang sama seperti dasar ekonomi baru.

Nah, secara tidak langsung kedudukan istimewa Islam dan dasar2 Melayu dan Bumiputera di Sabah Sarawak akan dikira sebagai TRADE BARRIER sahaja dan , baik filem lucah dan tanah rizab juga nanti akan menjadi bebas dan Malaysia tidak boleh pertahankan lagi. Lalu apa jadi terhadap negara bangsa kita yang baru saja membangun bakal ditelan oleh gergasi dunia yang kuasanya hebat.

Sebenarnya di sinilah kita lihat kelicikan Zionis yang jelasnya sekitar 600 penasihat korporat Amerika telah membincangkan rangka perjanjian TPPA itu meski di dalamnya kita lihat cantik berdagang bebas tetapi visi yang tersirat rasanya kita harus bijak membaca setelah meneliti sejarah lampau barat terhadap negara kita.
Nah, inilah yang dikatakan STRATEGI yang sulit tujuan utama mereka mahu kuasai dunia dan usaha tutup China dan Russia kuasai Asia dan apakah ini akan terjadi punca perang dunia ke-3?

Meski awalnya hanya empat buah negara yang terlibat menubuhkan TPPA ini iaitu Singapura, Australia, Chile dan Brunei tetapi itu sebagai percubaan saja dipelopori oleh Singapura/Israel kecil di Asia dan akhirnya Amerika ke dalam dan inilah faktanya yang jelas.



NURLIYANA ABDULLAH

Mampukah Razman Berdebat Berdepan Dengan Dr.Mujahid?

Posted: 22 Nov 2015 09:02 PM PST

Amanah syor Razman, Mujahid debat

PARIT BUNTAR - Amanah Parlimen Parit Buntar mengesyorkan satu program debat diadakan antara Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dengan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagi menjelaskan kemelut isu pengkhianatan baiah dibangkitkan Pas.

Syor itu dikemukakan setelah Amanah Parlimen Parit Buntar membidas tindakan segelintir pemimpin Pas Perak menggunakan platform ceramah menyerang Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa secara terang-terangan di khalayak umum pada 10 November lalu.



Setiausahanya, Amran Abdullah berkata, maklumat itu mendedahkan satu program ceramah bertajuk 'Baiah Yang Dikhianati' dilangsungkan pada tarikh itu meliputi tiga lokasi iaitu di Pekan Batu Lima, Batu 13 Jalan Pantai Kuala Kurau dan Tebuk Haji Musa, Titi Serong.

Menurutnya, dalam program yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria itu, pihaknya terkejut dan kesal dengan sikap beberapa pimpinan Pas Perak yang mencemuh secara peribadi nama Dr Mujahid dalam ceramah dianjurkan.

"Saya difahamkan nama Dr Mujahid sering kali diulang-ulang sebagai pemimpin yang mengkhianati baiah oleh salah seorang pimpinan Pas dalam ceramah itu.

"Sebagai wakil rakyat Parlimen Parit Buntar, adalah tidak wajar nama Dr Mujahid diburuk-burukkan di hadapan rakyat, lebih-lebih lagi beliau merupakan seorang wakil rakyat yang sudah melaksanakan tugas dengan cemerlang.


"Sewajarnya Pas lebih lunak membicarakan isu-isu semasa dan masalah negara terutama melibatkan keperitan hidup rakyat pada ketika ini, bukan menyerang wakil rakyat kawasan dilawati," katanya pada sidang media, di sini.

Turut hadir Pengerusi Amanah Parlimen Parit Buntar, Hamdan Fadel Ahmad dan Ketua Pemuda Amanah Parit Buntar, Hairulnizam Ishak.

Sementara itu, Hamdan mendesak perkara sebegini tidak berulang lagi memandangkan Pas sebagai parti memperjuangkan Islam tidak sewajarnya menggunakan platform ceramah untuk mencemuh pemimpin Amanah.

Menurutnya, hubungan pemimpin Amanah dan Pas kawasan Parit Buntar juga masih baik dan tidak bermasalah ketika ini.

"Berkaitan isu ini, Amanah merasakan perlu ada keseimbangan dalam menjelaskan isu sebenar berkaitan isu pengkhianatan disebutkan oleh pimpinan Pas kepada Dr Mujahid bagi mengelakkan kekeliruan rakyat Parit Buntar.

"Justeru, Amanah mengesyorkan penganjuran satu program debat antara kepimpinan utama Pas Perak seperti Razman dan Dr Mujahid bagi membolehkan rakyat Parit Buntar menilai sendiri kemelut pengkhianatan baiah yang diuar-uarkan Pas.

"Kami bersedia menyediakan platform penganjuran debat itu di kawasan Parit Buntar dan sekiranya terdapat badan berkecuali seperti NGO ingin bekerjasama, kami amat mengalu-alukannya.

"Dr Mujahid sendiri sudah menyuarakan persetujuan dan Amanah berharap kepimpinan Pas Perak bersikap jantan untuk menyertainya demi mengelakkan rakyat terus terkeliru dengan penyebaran dakyah tidak benar," katanya. -SH

ULASAN GB

Soalnya mampukan Razman untuk berhadapan Dr.Mujahid yang merupakan seorang profesyenal dan juga seorang ulama?

Sedangkan Razman hanya seorang bekas pegawai kastam yang telah dinasihatkan bersara pada tahun 2009? Raman dilaporkan memounyai harta bernilai jutaan ringgit?

Di dalam pilihanraya yang lepas Razman tewas di tangan UMNO BN dengan majoriti lebih 3 ribu undi sednagkan Dr Mujahid menang dengam majoriti lebih 8,000 undi.
P055 Lenggong:

Shamsul Anuar Nasarah- BN (13,285)
Razman Zakaria- PAS (9,832)
Menang- Shamsul Anuar Nasarah dengan majoriti 3,453 undi

P057 Parit Buntar:

Mua'amar Ghadafi Jamal- BN (17,539)
Mujahid Yusof- PAS (26,015)
Menang- Mujahid Yusof dengan majoriti 8,476 undi

Itu OPRU13 tatkala PAS berada di dalam PR. Sekarang PAS berada di luar PR, silap haribulan jika bertanding di Lenggong lagi, majoriti kekalahan Ra man mungkin bertambah lebar lagi.

Razman dilaporkan bukan saja tidak segan silu menghentam bekas pimpinan PAS yang telah menyertai AMANAH di program-program ceramah malah di dalam kenyataan-kenyataan dan tulisannya di media sosial.

Tidak mahu mengukur dan memeriksa diri sendiri sebelum hendak mengutuk dan menghina orang lain. Itu Razman!

Tapi apa salahnya jika Razman bersetuju untuk berdebat seperti yang disyorkan oleh AMANAH Perak yang GB pasti PAS Pusat akan menhalang perdebatan yang bakal memalukan PAS sendiri sepertimana pembatalan debat Husam-Mustafa.

Walaupun apapun kita berserah kepada Allah dengan Hukum Kebenerannya... bagi menghukum keceluparan PJ PAS Perak itu yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan untuk mempertandingkan PAS di seluruh kerusi di negeri Perak... 
 
 

Tun Dr Mahathir: Buat renungan orang melayu.

Posted: 22 Nov 2015 07:00 PM PST



Obama dah sampai, TPPA akan jd realiti; Tun Dr Mahathir....buat renungan orang melayu.

APA DISEBALIK TPPA?

1. Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) bukan soal perdagangan semata-mata.

TPPA secara asasnya adalah perjanjian geopolitik Amerika, menggunakan perdagangan sebagai laluan tradisi untuk mengawal negara-negara peserta. Justeru keterlibatan negara dalam TPPA memberi erti secara langsung bahawa Malaysia sudah masuk blok Amerika dan tidak lagi berkecuali.

2. Sejarah Syarikat Hindia Timur yang datang ke Tanah Melayu atas nama perdagangan, berakhir dengan penjajahan berkurun lamanya. Perbalahan sesama sendiri antara pemerintah Melayu pada masa itu, selain pergaduhan kongsi gelap pendatang yang menjarah kekayaan muka bumi, menyebabkan pedagang luar dijadikan kawan, bukan lagi kerana perdagangan, tetapi untuk mendapatkan kekuatan politik, yang kesudahannya memaksa orang-orang Melayu menerima kehadiran Residen British.

3. Sebelum kedatangan British, undang-undang syarak adalah undang-undang yang tertinggi di Tanah Melayu. Selepas kehadiran Residen British, undang-undang syarak dikecilkan skopnya dan dipinggirkan. Kesannya masih kekal sehingga ke hari ini.

4. Sudah tentu nama Residen British tidak akan kembali. Tetapi senarionya tetap sama. Campurtangan British ke dalam urusan pemerintahan di Tanah Melayu adalah atas dasar kepentingan pihak-pihak yang terlibat, yang mengundang mereka masuk. Itulah juga yang berlaku dalam senario TPPA.

5. Umum mengetahui ketidakstabilan politik orang-orang Melayu; akibat perpecahan kepartian yang melampau dan isu intergriti yang sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mahu tidak mahu, keadaan ini melorongkan pemain-pemain politik untuk lebih memikirkan survival politik masing-masing, berbanding masa depan Islam dan orang Melayu. Masing-masing mahu mencari kawan yang kuat, termasuk dari luar.

6. Kapitalis-kapitalis yang sudah sekian lama menjarah kekayaan bumi bertuah ini, sememangnya telah lama juga menanti saat berkuburnya dasar-dasar dan tindakan-tindakan afirmatif, yang masih membataskan penjarahan mereka. Cita-cita mereka sudah semakin hampir tercapai, kerana TPPA yang dimeterai nanti akan memaksa kerajaan melakukannya, sedikit demi sedikit. Inilah rahsia mereka banyak berdiam diri terhadap isu TPPA, tidak membangkang kerajaan sebagaimana biasa. Malah parti utama mereka sudah pun menyatakan persetujuan di sebalik tabir.

7. Jika kerajaan memberikan layanan istimewa kepada syarikat Melayu dan bumiputera, selepas TPPA ditandatangani, kerajaan boleh disaman di tribunal antarabangsa, seperti yang berlaku kepada kerajaan Afrika Selatan akibat melaksanakan dasar mengutamakan rakyat kulit hitam, yang dikenali sebagai 'Black Economic Empowerment', yang mirip Dasar Ekonomi Baru.

8. Kerajaan boleh berjanji bahawa kepentingan dasar-dasar teras negara akan dipelihara, sebagaimana yang disebut oleh Perdana Menteri. Kesemua pemimpin negara yang pernah disaman di Investor-State Dispute Settlement (ISDS) juga berkata lebih kurang begitu untuk meyakinkan rakyat masing-masing. Bagaimanapun, statistik kes saman di ISDS menunjukkan peningkatan ketara dari semasa ke semasa.


9. Ini bermakna, peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, yang memberikan keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan bumiputera, akan tidak terpakai lagi. Melayu dan bumiputera akan dilayan sama seperti warga asing.

Bukan lambat laun. Malah hanya sepelaung. 10. Kedudukan istimewa Islam dan orang-orang Melayu dalam Perlembagaan akan dikira sebagai 'trade barrier'.

Penapisan filem-filem lucah boleh dikira satu bentuk sekatan perdagangan bebas. Peruntukan tanah rizab juga begitu.

Semuanya boleh dicabar di ISDS. Satu jalan untuk mengekalkan kedudukan istimewa itu dalam Perlembagaan; dengan tidak menguatkuasakan apa-apa undang-undang berkaitannya. Jadilah ia kekal dalam Perlembagaan dan tidak dicabar, walaupun tiada membawa apa-apa makna lagi .

11. Kerajaan begitu tegas sekali menyatakan bahawa Parlimen akan membahaskan dan menentukan sama ada Malaysia akan menerima atau menolak TPPA. Kelihatan betapa nilai demokrasi dijunju ng tinggi dan kehendak rakyat diutamakan. Hakikatnya, Parlimen hanya diberi kata dua; terima atau tolak, dan ruang masa yang diberi hanya dua bulan, untuk meneliti dokumen yang amat teknikal sifatnya. Kita sudah boleh menjangkakan keputusannya.

12. Kelicikan diplomasi dan perundingan Washington yang menderafkan perjanjian, yang melibatkan 600 penasihat korporat mereka, diteruskan dengan kelicikan pentadbiran Kuala Lumpur yang bermain bahasa antara kuasa eksekutif yang berkuasa membuat keputusan dan kuasa perundangan yang boleh memberikan imej demokrasi kepada proses yang tidak telus dan dirahsiakan selama ini. Kesemua kelicikan diplomasi dan pentadbiran itu hanya untuk melunaskan kemahuan syarikat multinasional Amerika-Yahudi.

Orang melayu akan kembali hina dan mundur kesan daripada TPPA, sama seperti akibat penjajahan ratusan tahun lalu. Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Posted by mountdweller.

Ketua UMNO cawangan rancang himpunan desak Najib berundur FMT Reporters

Posted: 22 Nov 2015 06:30 PM PST


najib

Mereka mendakwa sudah mendapat sokongan kira-kira 5,000 ketua UMNO cawangan seluruh negara.

PETALING JAYA: Ketua-ketua UMNO cawangan di seluruh negara merancang mengadakan perhimpunan besar-besar bulan hadapan bagi mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Ketua UMNO Cawangan Taman Port Dickson Utama, Mohd Isa Mohd Yasin berkata, kira-kira 5,000 ketua cawangan telah menyatakan sokongan itu dan yakin satu perempat ketua UMNO cawangan menyokong rancangan itu.

Katanya, mereka belum menetapkan lokasi perhimpunan itu.

"Tindakan kami ini tidak didorong oleh mana-mana pihak, sebaliknya atas kesedaran sendiri untuk mengembalikan hak bersuara dalam UMNO kepada yang benar-benar berhak iaitu ketua UMNO cawangan sebagai akar umbi supaya parti dapat diselamatkan," katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Mohd Isa berkata demikian kepada media selepas mengadakan mesyuarat bersama 34 ketua UMNO cawangan bagi mendesak secara terbuka Najib meletak jawatan sebagai Presiden UMNO di Port Dickson, pada Sabtu.

Ketua UMNO cawangan itu dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah.

Mohd Isa berkata, 34 ketua UMNO cawangan itu sebulat suara mendesak Najib meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kredibiliti pemimpin itu.

Katanya, semasa peralihan jawatan antara Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib, mereka memberikan sokongan penuh, di samping meletakkan harapan tinggi.


"Namun, apa yang berlaku hari ini tidak seperti mana yang diharapkan dan sudah ramai yang sangsi dengan UMNO.

"Kita mahu parti tidak mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Timbalan Presiden, Naib Presiden, ketua cawangan atau mana-mana ahli UMNO yang tampil membuat kritikan kepada parti," katanya.

Sebelum ini, sebanyak 13 ketua UMNO cawangan di Teluk Kemang dan 20 ketua cawangan di Sepang membuat desakan terbuka agar Najib meletak jawatan.


FMT

Kerajaan Selangor, Azmin mengecewakan – Pemuda DAP Arfa Yunus

Posted: 22 Nov 2015 06:00 PM PST


Teo Kok SeongKeputusan tidak mengiktiraf Pakatan Harapan seolah-olah tidak menghargai pengorbanan pemimpin Amanah yang meninggalkan Pas kerana mempertahankan gabungan pembangkang.

SERDANG: Pemuda DAP (DAPSY) kecewa dengan kerajaan Selangor yang tidak mengiktiraf gabungan pakatan pembangkang yang baharu, Pakatan Harapan bagi menggantikan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Ketua DAPSY, Teo Kok Seong berkata, keputusan kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali seperti tidak menghargai usaha pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) mempertahankan Pakatan Rakyat selama ini.

Tambah mengecewakan, katanya, Azmin mengabaikan keputusan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang merestui Pakatan Harapan.

"Saya ingin menyatakan kekecewaan terhadap kerajaan Selangor kerana tidak mengiktiraf penubuhan Pakatan Harapan walaupun penubuhannya direstui Presiden PKR," katanya ketika berucap merasmikan Kongres DAPSY 2015 pada Ahad.

Kok Seong berkata, pemimpin Amanah meninggalkan Pas kerana prinsip dan menjadi tanggungjawab PKR dan DAP untuk membela dan membantu pemimpin Amanah.

Azmin menolak Pakatan Harapan untuk menggantikan pentadbiran negeri Selangor selepas terkuburnya Pakatan Rakyat.

Beliau mempertahankan kerajaan gabungan PKR, DAP dan Pas di Selangor yang telah mentadbir negeri itu dengan baik.

Wan Azizah dan pimpinan PKR serta Pas dilaporkan menerima keputusan Azmin itu dan begitu juga Exco kerajaan negeri dari DAP demi mempertahankan kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, pimpinan DAP pusat tidak berpuashati dan mendesak Amanah diterima dalam pentadbiran negeri untuk menggantikan Pas.


FMT

Pas Pulau Pinang berhentikan 783 JKKK FMT Reporters

Posted: 22 Nov 2015 05:30 PM PST


Fauzi-Mohd-Yusof,pas

Tindakan itu diambil selepas kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng memecat 300 JKKK di Kepala Batas.

PETALING JAYA: Pas Pulau Pinang memberhentikan 783 ahlinya daripada menganggotai Ahli Jawatankuasa dan Keselamatan Komuniti (JKKK).

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata, arahan itu dikeluarkan berkuatkuasa serta merta, lapor Utusan Malaysia.

Tindakan itu diambil selepas kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng memecat 300 JKKK di Kepala Batas kerana enggan menyertai Pakatan Harapan.

Susulan itu, Ketua Penerangan Pas negeri, Mohd Yusni Mat Piah mencabar kerajaan negeri memecat baki 783 ahli Pas yang menanggotai JKKK di seluruh negeri itu.

Pas telah umumkan menjadi pembangkang di Pulau Pinang kerana parti itu bukan sebahagian daripada kerajaan negeri Pakatan Harapan.


FMT.

Gila Dr. Zuhdi Makin Menjadi-Jadi.. 'Setahu saya, DAP tidak tolak TPP'

Posted: 22 Nov 2015 05:00 PM PST






KUALA LUMPUR - Rakan parti Amanah, DAP didakwa tidak menolak sebarang rundingan berkaitan Perjanjian Perkongsian Transpasifik (TPP).

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki berkata, DAP tidak pernah lantang menyuarakan tentangan secara jelas terhadap TPP.

Katanya, ia dapat dilihat menerusi reaksi DAP yang agak hambar setiap kali isu TPP dibangkitkan pada sidang Dewan Rakyat.

"Di antara parti yang kuat menentang TPP ini adalah Pas, saya dimaklumkan DAP pula menyokong TPP.

"Ini (DAP sokong TPP) saya dengar melalui khabar angin yang diperoleh daripada outpost Parlimen dan ia mungkin boleh disahkan oleh DAP sendiri," dakwanya kepada Sinar Online ketika ditemui di Himpunan Bantah TPP di Stesen LRT Ampang Park, di sini, hari ini.

Lebih kurang 52 NGO berkumpul bersama pada hari ini untuk menyatakan tentangan terhadap rundingan perjanjian perdagangan antara 12 negara itu.

Perjanjian tersebut dirunding antara Amerika Syarikat (AS), Peru, Singapura, Mexico, Chile, Brunei, Vietnam, Jepun, Kanada, Malaysia, New Zealand dan Australia.

Dalam pada itu, Zuhdi menegaskan, Pas sentiasa konsisten menentang TPP yang dianggap menindas ekonomi dan kedaulatan negara.

Zuhdi berpendapat, tentangan tersebut dilakukan demi memastikan dasar dan ekonomi negara tidak dieksploitasi oleh negara besar seperti AS.

Terdesak Tambah Ahli, PAS Turunkan Had Umur Kepada 13 Tahun

Posted: 22 Nov 2015 04:30 PM PST


KOTA BHARU - Pas melancarkan gerakan menjadi ahli di usia muda dengan membuka keahlian seawal 13 tahun dalam misi memantapkan lagi perjuangan Islam di negara ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas sentiasa berusaha menambah keahlian kerana ia menggambarkan betapa kuat dan mantapkan perjuangan mereka dalam memartabatkan agama Islam di negara ini.

"Sejak ditubuhkan pada 1951 sehingga hari ini, keahlian Pas sudah mencecah 1.6 juta, dan kita sentiasa berusaha menambah keahlian kerana ramainya ahli menzahirkan sejauh mana kekuatan kita.

"Ia juga akan menggambarkan betapa hebatnya perjuangan Islam di negara ini," katanya dalam ucapan aluan sempena pelancaran gerakan menjadi ahli di awal usia di sini, kelmarin.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, gerakan menjadi ahli di usia muda dilancarkan buat pertama kalinya di negeri ini sempena Sambutan 60 Tahun Kerajaan Pas Kelantan di sini, malam tadi.

"Berdasarkan perlembagaan, lima syarat melayakkan seseorang menjadi ahli Pas, iaitu, Islam, warganegara, cukup umur mengikut hukum syarat (Pas menetapkan umur minimum menjadi ahli ialah 13 tahun) selain mengaku menerima serta taat kepada perlembagaan parti, peraturan, arahan dan keputusan parti dari masa ke semasa.

"Manakala bagi pelajar institusi pengajian tinggi, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak universiti terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu, majlis pelancaran yang disempurnakan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad turut menyaksikan kira- kira 1000 borang diagihkan sebagai permulaan.

"Ahli yang menyerahkan borang dalam tempoh seminggu bermula hari ini akan mendapatkan keahlian percuma manakala penyerahan (borang) selepas tarikh ditetapkan perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM5 dan RM3 untuk yuran tahunan," katanya.

- sharian


TIGA PENYEBAB DATANGNYA SAKIT

Posted: 22 Nov 2015 04:00 PM PST

Nurliyana Abdullah's photo.

MULUT memang merupakan salah satu yang banyak sangat mengundang penyakit. Nabi pernah bersabda sekali kita buka mulut, maka siap singa menunggu di depan kita/begitulah.

Semua apa saja penyakit rata2 masuk keluar ke/dari mulut. Misalnya makanan yang masuk ke dalam mulut kita jika ikut nafsu akan mendatangkan penyakit dan demikian juga ketika kita melontar kata2 tanpa diperhatikan apa yang kita dicakapkan.

Dalam islam ada digariskan peraturan bersenggama dan dijelaskan kalau berlebih-lebihan tanpa ikut peraturan yang digariskan maka itu juga mengundang menyakit.

Telah ditentukan juga yang menyebabkan penyakit itu berada dalam diri kita ialah kesan meminum minuman-minuman keras alias arak dan biasanya yang saya perhatikan kalau sudah berlebih2an segala macam kata2nya tidak menentu dan kala memandu tidak lagi peduli keselamatan diri malah melibatkan orang lain yang terberdosa menjadi mangsa kesan khayal dan terjadi kemalangan.

Begitulah yang saya baca dan perhatikan dan hakikatnya memang benar dan itulah faktanya.


NURLIYANA ABDULLAH

SELAMAT PAGI BUAT SEMUA !!

Posted: 22 Nov 2015 03:30 PM PST


Zar Ali's photo.


KENYATAAN BERCANGGAH RAKYAT JADI KELIRU & TAKUT

Posted: 22 Nov 2015 12:50 PM PST

Nurliyana Abdullah
Nurliyana Abdullah's photo.

DI Malaysia ini baik pemimpin atasan atau ketua jabatan selalu saja kenyataan mereka bercanggah dan kemudian rakyat jadi bingung dan ketakutan.

Misalnya ketua polis negara mengatakan ada pengebom berani mati di Sabah dan di Kuala Lumpur kesannya rakyat jadi takut dan kemudian pelancong2 yang dijadualkan datang ke Sabah terpaksa membatalkan untuk pergi ke Sabah kesan kenyataan itu.

Kemudian ketua polis di Kota Kinabalu pula mengatakan jangan mendengar kabar angin dan ini lagi aneh kelihatannya sedang yang mengeluarkan kenyataan itu ketua polis negara sendiri.
Bagai mana itu?

Memang rakyat keliru kesan kenyataan yang bercanggah dan akhirnya merugikan Sabah sendiri kesan pelancong luar negara yang mahu datang ke Sabah terpaksa membatalkan kedatangan mereka.

Saya pun kekadang tidak mengerti keadaan semacam ini!


NURLIYANA ABDULLAH

dollah yankee

dollah yankee


Dari no: 1sampai no:27...

Posted: 22 Nov 2015 04:10 AM PST

Image result for 1MDB scandal cartoon

No: 24 Najib dan peguam-peguam dia kena berhenti dari dok berdolak dalik tentang ancaman hendak menyaman Wall Street Journal (WSJ).Dolak dalik mereka tentang nak saman WSJ ini hanya lah telah mengukuhkan andaian rakyat yang mereka sangat takut dengan dakwaan yang telah dibuat WSJ.

No: 25 Rasa-rasanya Najib telah terpijak taik sendiri yang dia sendiri berak bila dia mengancam nak saman WSJ. Awalnya dia cuma nak mengiyakan tentang kata-katanya sebelum ini dalam satu perhimpunan yang dia adalah pahlawan dan panglima badul bugis,kononnya nak tunjuk kata dia tak bersalah dan telah dianiaya dan apa yang dilapor olih WSJ itu adalah bohong dan fitnah semata-mata.

No: 26 Najib dah terpijak taik yang dia sendiri berak dan bau nya pulak dah tak bolih tahan kerana terlalu busuk. Kalau dia teruskan juga dengan ancaman saman itu maka lebih banyak taik akan keluar kerana anak tiri Najib, Riza Aziz dan Jho Low sudah pasti akan di sapina WSJ untuk jadi saksi kerana nama mereka berdua ini ada disebut dalam dakwaan WSJ.

No: 27 Dalam negara pula tiap-tiap hari Najib dicaci,di hamput dan disumpah seranah serta dihina.Tindakan terbuka banyak daripada ketua-ketua cawangan-cawangan umno yang mendesak Najib letak jawatan dan berambuss ada lah cacian,sumpahan dan penghinaan yang sangat teruk.


dollah yankee -
untuk baca artikel asal tentang perkara dari no:1-27 SILA BACA DI-SINI 
(untuk no:24-27 dalam blog dollahyankee ini,ianya telah dipinda sedikit-sebanyak daripada yang asal olih AKJ, sebab nak bagi hangat sikit. Kah..kah..Kah..)

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


DAP yakin Anwar setuju PH tanpa libatkan Pas

Posted: 22 Nov 2015 01:08 AM PST

DAP yakin Anwar setuju PH tanpa libatkan Pas

DAP yakin Anwar setuju PH tanpa libatkan Pas


Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong mengatakan beliau yakin bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersetuju partinya, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) bekerjasama tanpa melibatkan PAS walaupun beliau kini berada di dalam penjara.

Teo berkata, keyakinannya itu kerana PAS sudah pun memungkiri janji dan membelakangkan polisi yang dipersetujui bersama Pakatan Rakyat dahulu.

"Kami Pemuda DAP tidak sekali-kali ingin campur dalam masalah dalaman PAS sehinggalah PAS sendiri merosakkan hubungan dengan PKR dan DAP.

"Pakatan Harapan bukanlah tempat untuk pemimpin yang hipokrit!," katanya ketika berucap di Kongres Kebangsaan Pemuda DAP 2015 di Serdang, Selangor hari ini.

Pada masa sama, ahli Parlimen Rasah itu juga menyatakan kekesalannya terhadap kerajaan Selangor pimpinan Mohamed Azmin Ali kerana tidak mengiktiraf Pakatan Harapan walaupun ia ditubuhkan secara rasmi dan direstui Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Pengorbanan pemimpin-pemimpin parti Amanah yang selama ini mempertahankan Pakatan Rakyat seakan-akan tidak dihargai.
"Mereka ini terpaksa keluar daripada PAS atas prinsip yang kukuh dan jelas. Jadi adalah menjadi tanggungjawab PKR dan DAP untuk mempertahan dan membantu mereka," katanya.

Katanya, Pemuda DAP akan terus komited untuk bekerjasama dengan Pemuda PKR dan Pemuda Amanah dalam gerak kerja memperkuatkan Pakatan Harapan serta mengembalikan sokongan dan keyakinan rakyat kepada gabungan pembangkang baharu itu.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


OBAMA SILAP BESAR

Posted: 22 Nov 2015 07:49 PM PST






OBAMA SiLAP

BESAR


Saya bangkitkan soal memerangi rasuah dengan Najib, kata Obama

Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berkata beliau ada membangkitkan mengenai kepentingan ketelusan, akauntabiliti dan membanteras rasuah dengan Najib Razak, walaupun perdana menteri terlibat dengan kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma AS$700 juta. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-bangkitkan-soal-memerangi-rasuah-dengan-najib-kata-obama#sthash.Uqltm6TZ.dpuf

KAH KAH KAH
woit
presiden ini silap besar
di malaysia ini 
mana ada rasuah
yang wajib dibincang
bukan rasuah tapi DERMA
najib tak rasuah
najib dapat derma
kah kah kah

KANTOi LAGi

---------------

NAJIB DENGAN ZIONIS NETANYAHU

Posted: 22 Nov 2015 07:18 PM PST





SiAPA

DERHAKA?



Nurul Izzah dikritik hebat, kenapa Najib tidak?

SERDANG - DAP mempertikaikan sikap kerajaan terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kes gambarnya bersama anak perempuan bekas ketua pengganas Sulu, Jacel Kiram yang dilihat 'double standard'. 

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Zairil Khir Johari berkata, layanan berbeza diterima Najib Razak ketika gambarnya bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York tersebar.

"Saya nampak seperti biasa, ia satu tindakan yang 'double standard' di mana saya rasa ada juga gambar  Najib dengan orang-orang tertentu tapi kenapa YB Izzah kena, Najib tidak?," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui pada Kongres Kebangsaan Dapsy 2015, di sini, hari ini. 

KAH KAH KAH
woit
najib dengan zionis ok ke?
najib dengan netanyahu ok?

TIPU LAGI












----------------

PEMBELOT DISINGKIR

Posted: 22 Nov 2015 06:30 PM PST









BELOT


PUSPA DAN AMMAR

DISiNGKiR

DARi SENARAi

GAGALiS






MELAYU KENA JUAL

Posted: 22 Nov 2015 05:30 PM PST






MELAYU

TiMBANG KATi

BUNGKUS

JUAL







-----------

ADA APA DI PORT DICKSON

Posted: 22 Nov 2015 05:00 PM PST








AL PACINO
Berita hari ini tak boleh lawan berita 20 tahun dulu di PD ni. Di PD ni lah .. tak sehelai benang pun terlekat dibadan yang masih tegang .. dijilatnya seluruh daerah dan kampung, bukitnya di picit semahunya, tasiknya penuh air bagai empangan .. 

Al Pacino dalam sebuah filemnya pernah bersabda "didunia ini satu-satu nya tempat seakan syurga ialah .. .. .." . Maka di PD lah 20 tahun dulu mereka terjumpa surga. Isa Xinsir hanyalah satu watak kelakar dalam peristiwa itu .. ia tak de kena mengena dgn watak masuk surga tersebut. Isa ni bagai telur yang tak pernah masuk kedalam .. maksud aku kedalam surga tersebut. on BERITA DARI PORT DICKSON
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 11/22/15





---------------

JANGAN BUAT SILAP

Posted: 22 Nov 2015 08:49 AM PST







PERKATAAN

YANG BETUL

SEKONGKOL


BUKAN 


SETONGKOL

KAH KAH KAH








------------

TUNGGU DAN LIHAT

Posted: 22 Nov 2015 05:30 AM PST






JENG JENG 

JENG



Ketua UMNO cawangan rancang himpunan desak Najib berundur

PETALING JAYA: Ketua-ketua UMNO cawangan di seluruh negara merancang mengadakan perhimpunan besar-besar bulan hadapan bagi mendesak Najib Razak meletak jawatan.
Ketua UMNO Cawangan Taman Port Dickson Utama, Mohd Isa Mohd Yasin berkata, kira-kira 5,000 ketua cawangan telah menyatakan sokongan itu dan yakin satu perempat ketua UMNO cawangan menyokong rancangan itu.
Katanya, mereka belum menetapkan lokasi perhimpunan itu.
"Tindakan kami ini tidak didorong oleh mana-mana pihak, sebaliknya atas kesedaran sendiri untuk mengembalikan hak bersuara dalam UMNO kepada yang benar-benar berhak iaitu ketua UMNO cawangan sebagai akar umbi supaya parti dapat diselamatkan," katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.
Mohd Isa berkata demikian kepada media selepas mengadakan mesyuarat bersama 34 ketua UMNO cawangan bagi mendesak secara terbuka Najib meletak jawatan sebagai Presiden UMNO di Port Dickson, pada Sabtu.
Ketua UMNO cawangan itu dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah.
Mohd Isa berkata, 34 ketua UMNO cawangan itu sebulat suara mendesak Najib meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kredibiliti pemimpin itu.

Katanya, semasa peralihan jawatan antara  Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib, mereka memberikan sokongan penuh, di samping meletakkan harapan tinggi.
"Namun, apa yang berlaku hari ini tidak seperti mana yang diharapkan dan sudah ramai yang sangsi dengan UMNO.
"Kita mahu parti tidak mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Timbalan Presiden, Naib Presiden, ketua cawangan atau mana-mana ahli UMNO yang tampil membuat kritikan kepada parti," katanya.
Sebelum ini, sebanyak 13 ketua UMNO cawangan di Teluk Kemang dan 20 ketua cawangan di Sepang membuat desakan terbuka agar Najib meletak jawatan


KiTA TUNGU

DAN L
iHAT

KAH KAH KAH




--------------

BERSAMA BIBI

Posted: 22 Nov 2015 04:30 AM PST







DERHAKA

PADA SAPA?



Nurul Izzah boleh dianggap sebagai penderhaka, kata Ismail Sabri 

Tindakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang bergambar bersama anak perempuan bekas ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III baru-baru ini adalah satu bentuk penderhakaan 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nurul-izzah-boleh-dianggap-sebagai-penderhaka-kata-ismail-sabri#sthash.W9KbR7aa.dpuf

KAH KAH KAH
woit
derhaka?
kah kah kah
habislah negara ini
bergambar pun derhaka
kah kah kah
bergambar dengan bibi
macam mana? 
kah kah kah

BERSAMA BiBI
----------

BERITA DARI PORT DICKSON

Posted: 21 Nov 2015 09:18 PM PST






KENAPA PiLiH

PORT DiCKSON

TEMPAT  AMAT

BERSEJARAH

BERLATIH 
DI PORT DICKSON

34 ketua cawangan Umno desak Najib letak jawatan



PORT DICKSON - Seramai 34 ketua Cawangan Umno dari lima negeri mendesak secara terbuka agar Najib  Razak meletak jawatan sebagai Presiden Umno.

Kenyataan dibuat di hadapan media oleh ketua cawangan Umno Taman PD Utama, Mohd Isa Mohd Yasin selepas kesemua 34 orang dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah menghadiri sesi suai kenal serta mengadakan mesyuarat yang berlangsung kira-kira satu jam bermula kira-kira 3 petang di sini, hari ini.

Menurut Mohd Isa, mereka sebulat suara mendesak Presiden Umno meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kredibiliti pemimpin itu dalam memimpin parti nombor satu Melayu itu.

Menurutnya, semasa peralihan jawatan antara Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib, mereka memberikan sokongan penuh, di samping meletakkan harapan yang begitu tinggi.
"Namun, apa yang berlaku hari ini tidak seperti mana yang diharapkan dan sudah ramai yang sangsi dengan Umno.

"Melalui mesyuarat ini juga, kita mahu parti tidak mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap timbalan presiden, naib presiden, ketua cawangan atau mana-mana ahli Umno yang tampil membuat kritikan kepada parti," katanya pada sidang media berkenaan, hari ini.

Mohd Isa juga mendakwa mereka sudah mendapat sokongan hampir 5,000 ketua cawangan lain dari seluruh negara dan bercadang mengadakan himpunan besar-besaran akhir bulan depan berhubung perkara berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, lokasi penganjuran masih belum ditetapkan.

"Kita yakin akan mendapat sokongan lebih satu perempat daripada cawangan Umno di seluruh negara.

"Tindakan kami ini tidak didorong oleh mana-mana pihak, sebaliknya atas kesedaran sendiri untuk mengembalikan hak bersuara dalam Umno kepada yang benar-benar berhak iaitu ketua Umno cawangan sebagai akar umbi supaya parti dapat diselamatkan," katanya.

Pertengahan bulan lalu, seramai 13 ketua cawangan Umno sekitar Telok Kemang mengadakan sidang media mendesak Najib meletak jawatan.

Ia disusuli dengan tindakan 10 cawangan Umno di bahagian Sepang yang turut membuat kenyataan sama, Rabu lalu.

KAH KAH KAH
woit
betul ke berita ini?
benar ke laporan ini?
wow wow wow
ini memang hebat
pejuang melayu telah keluar
5000 ketua bahagian
ini melimpah banyak
ini muntah ramai
kah kah kah
parti ketunan melayu
turun berdemo
ya asal balik usul
dari demo mereka bermuka
kepada demo mereka kembali

BERDEMO LAGi


-----------

BERAPA BUJET?

Posted: 21 Nov 2015 08:30 PM PST






BELANJA

1 BILiON

Bagaimana Jakim belanja hampir RM1 bilion tahun ini 

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, timbul pelbagai persoalan mengenai apakah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) masih relevan dan bagaimana mereka membelanjakan hampir RM1 bilion wang pembayar cukai setiap tahun. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jakim lebih relevan pada hari ini kerana berdepan dengan Syiah, Islam liberal dan Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bagaimana-jakim-belanja-hampir-rm1-bilion-tahun-ini#sthash.Fw7iZlWX.dpuf

umang aaaii

den tak sanko

bujet 1 bilion

-----------

APA DIA

Posted: 21 Nov 2015 08:03 PM PST






DUA PULUH 

TiGA

HARi






-------------

PAS BUKAN BUBUR LAMBOK

Posted: 21 Nov 2015 07:30 PM PST






PAS BUKAN

JADi BUBUR


Pas ibarat bubur Asyura, ada kekuatan tersendiri

KOTA BHARU – Pas mempunyai kekuatan tersendiri, walaupun ia tidak nampak dengan jelas,kata Naib Presidennya, Mohd Amar Nik Abdullah.

Menurutnya, dengan kekuatan tersebutlah menjadikan Pas sebagai sebuah parti yang matang dan sehingga kini boleh berdiri atas kaki sendiri walaupun dihimpit pelbagai kemelut dan cabaran.

"Pas ini boleh diibaratkan seperti buat bubur As-Syura. Banyak bahan-bahan yang diperlukan seperti jagung, gula, garam, daging. Tapi apabila masak, bahan-bahan tersebut langsung tidak kelihatan.

"Bila kita makan, semua bahan-bahan tersebut tadi kita dapat rasa,  walaupun secara kasarnya hanya nampak bubur syura sahaja dari luaran. Tapi kesedapan yang dirasai bukan disebabkan gula sahaja, bukan hanya kerana daging sahaja, tetapi disebabkan semua bahan yang digunakan," katanya.


PAS BUKAN

BUBUR 

LAMBOK

KAH KAH KAH

----------------