Rabu, 11 November 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Kenaikan tarif air tidak munasabah – Khalid Ibrahim Mohamad Fadli

Posted: 11 Nov 2015 10:30 PM PST


khalid-ibrahim,airKenaikkan tarif air bercanggah matlamat asal penyusunan semula industri air yang bertujuan memberi perkhidmatan lebih cekap pada harga berpatutan dan kenaikan hanya selepas tiga hingga empat tahun pengambilalihan selesai.

PETALING JAYA: Keputusan kerajaan Selangor untuk menaikkan tarif air setelah proses pengambilalihan syarikat konsesi air selesai sepenuhnya tidak munasabah kerana bercanggah dengan matlamat asal penyusunan semula industri air di negeri itu.


Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sepatutnya kenaikan tarif air hanya boleh dipertimbangkan selepas tiga hingga empat tahun industri perkhidmatan air Selangor berjaya distruktur semula sepenuhnya dan kenaikan itu tidak melebihi 12 hingga 15 peratus setiap tiga tahun.

"Saya amat terkejut dan terkilan dengan perubahan mendadak pada dasar-dasar awam seumpama ini memandangkan antara sebab asal utama penstrukturan semula indusri air dilaksanakan adalah supaya rakyat boleh menikmati perkhidmatan air yang lebih efisien dan pada tarif yang berpatutan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu menggesa satu badan pengawasan bebas industri air ditubuhkan agar dapat memantau penetapan tarif itu.

"Bagi memastikan hak dan kepentingan rakyat terpelihara, saya menggesa agar satu badan pengawasan bebas industri air ditubuhkan dengan fungsi antara lain memantau metodologi penetapan tarif dan mutu perkhidmatan di samping memastikan keabsahan justifikasi dan legitimasi keperluan menaikkan tarif seperti yang didakwa.

"Meskipun kewajaran bagi kenaikan tarif wujud, perkara tersebut perlu dibentangkan di Dewan Negeri Selangor terlebih dahulu agar semua wakil rakyat faham dan jelas tentang isu-isu yang terlibat," katanya yang turut mempersoalkan syarikat manakah yang dilantik sebagai penilai bebas bagi nilai pampasan kepada SPLASH dan bayaran konsultansi yang dibayar kerajaan negeri.

Katanya, selain menaikkan tariff air, kerajaan negeri yang mengawal sepenuhnya industri air boleh mengelakkan pembaziran dan ketirisan dalam kos operasi dengan memotong perbelanjaan tidak perlu, mengurangkan kontrak berlapis-lapis dan menghentikan serta-merta penganugerahan sub-kontrak.

"Kerajaan negeri tidak perlu lagi mengikut Perjanjian Konsesi kerana sudah mempunyai kuasa mutlak untuk menetapkan kaedah 'harga' dan 'kos' yang baharu untuk mengurangkan dan menghapuskan keperluan menaikkan tarif," katanya.

Dalam masa sama, Khalid juga menasihatkan agar kerajaan negeri faham secara mendalam segala butiran dalam akaun dan rekod kewangan operator perkhidmatan air terutama aspek perbelanjaan.

"Dari situ, satu formula lestari boleh digarap bagi mengelakkan kenaikan tarif buat jangka masa panjang," katanya.

Khalid turut membidas Pakatan Harapan yang sering mencari kelemahan pihak lain tetapi mendiamkan diri terhadap kepincangan yang berlaku di Selangor.


Katanya, Pakatan Harapan perlu berhenti bersikap hipokrit dan berdolak dalih dengan membuktikan keupayaan mengurus industri air lebih baik berbanding era Barisan Nasional disamping menunaikan tawaran dalam manifesto PRU13.


FMT

PRU-14 : INILAH MASANYA

Posted: 11 Nov 2015 09:45 PM PST

Ismaily Bungsu C's photo.
HAKIKAT jelas dan fakta bahawa untuk merubah sistem tadbir di Malaysia ini termasuk Sabah kena undi dua parti saja di peringkat nasional iaitu HARAPAN PAKATAN atau BARISAN NASIONAL.

Sebabnya kedua parti ini saja yang akan tandingi 222 kerusi nanti sedang parti lain hanya merebut kerusi di Negeri masing2, kalaupun mereka bertanding jelas faktanya tidak akan mendapat lebih dari 112 kerusi MP.

Kita tahu bahawa parti yang menangi lebih 112 kerusi dengan sendirinya akan menduduki putrajaya dan dengan sendirinya akan kuasai tadbir di Malaysia ini.

Kepentingannya duduki di putrajaya ialah kuasai WANG DISATUKAN termasuk jabatan kehakiman, pendidikan, kastam, polis, tentera dan jabatan2 lain sedang yang menangi di DUN negeri hanya kuasa negeri tak akan dqpat merubah keadaan.

PRU-13 jelas saudara2 kita di Malaya sokong PR tapi yang menyebabkan BN berkuasa di Malaysia ini ialah kesan sokongan rakyat Sabah dan Sarawak yang memberikan kemenangan dan sekitar 44 kerusi MP menyokong BN yang menyebabkan PR tertinggal 33 kerusi.

Bayangkan sekarang 56 kerusi yang ada di Sarawak dan Sabah esok menyokong HARAPAN PAKATAN, maka esok juga BN akan tersungkur. Ini hakikat yang rakyat harus tahu.

Kesan Sabah dan Sarawak yang menjadikan BN berkuasa di Putrajaya, lalu kenapa saudara2 kita di Malaya disalahkan? Kenapa pula Malaya yang dikatakan menjajah? kalau BN menjajah, bukankah kita sendiri yang bersalah kerana mengundi BN?

PRU-14 merupakan waktu yang sesuai dan kita kena bersatu demi Sabahan dan Sarawakian dan jalan terbaik undilah PARTI NASIONAL iaitu HARAPAN PAKATAN sebab hanya HARAPAN PAKATAN saja yang bakal tandingi 222 kerusi MP.

Menang di DUN dan kemudian menang 25 kerusi MP di Sabah sebenarnya tidak berguna dan sia2 sebab tidak menguasai kerajaan persekutuan dan ini akan sama juga sejarahnya kemenangan PBS dalam tahun 1985.

Sesungguhnya mengkaji dan pengalaman kemenangan PBS dalam tahun 1985 itu sudah cukup mengajar kita dan harusnya dijadikan pengajaran.

Jika inipun tidak faham maka jelas orang kita ini memang mahu dijajah atau memang tidak faham dunia politik atau tidak faham hakikat kuasa kerajaan negeri dan kuasa kerajaan persekutuan.




ISMAILY BUNGSU
sabah

Sepatutnya DS Anwar Ditahan dikediamannya, bukan dipenjara.

Posted: 11 Nov 2015 10:13 PM PST

Zahid beritahu pemimpin UK Anwar dibenar bawa pakar luar negara.

zahid-hamidi,anwar
November 12, 2015


Penjelasan itu diberikan kepada Setiausaha Dalam Negeri UK Theresa May dan Menteri Negara di Pejabat Luar Negeri dan Komanwel Hugo Swire.

LONDON : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah menjelaskan kepada dua pemimpin kerajaan United Kingdom (UK) bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan rawatan pakar perubatan tempatan untuk mengubati masalah kesihatan yang dialaminya selain dibenarkan membawa pakar perubatan dari luar negara merawatnya di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penjelasan itu diberikan kepada Setiausaha Dalam Negeri UK Theresa May dan Menteri Negara di Pejabat Luar Negeri dan Komanwel Hugo Swire yang bertanya mengenai rawatan perubatan kepada bekas Ketua Pembangkang Malaysia itu semasa beliau bertemu mereka secara berasingan di sini pada Selasa dan Rabu.

Ahmad Zahid yang menamatkan lawatan empat hari ke UK pada Rabu berkata, kedua-dua pemimpin itu bertanyakan soalan itu dengan mengaitkannya kepada sepucuk surat yang dihantar oleh Perdana Menteri UK, David Cameron kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanyakan mengenai rawatan yang diberikan kepada Anwar, yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.


Pada pertemuan itu, beliau juga telah menjelaskan kepada mereka bahawa Najib turut menerima surat daripada Presiden Georgetown University yang melampirkan dua pucuk surat iaitu daripada Setiausaha Negara Amerika John Kerry dan Penasihat Keselamatan Amerika Susan Rice bertanyakan persoalan yang sama.

"Tentunya pertanyataan ini ada kaitan dengan gambaran solah-olahnya Anwar tidak langsung diberikan sebarang layanan yang sepatutnya, terutama dari segi pemberian rawatan dan perubatan yang sepatutnya diberikan.

"Saya telah menyatakan bagi pihak kerajaan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia bahawa sesungguhnya Anwar telah diberikan rawatan yang sepatutnya.

"Ini termasuklah keputusan oleh Jabatan Penjara untuk membenarkan kumpulan pakar perubatan dari Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, datang ke Malaysia bagi menjalankan rawatan dan melakukan sebarang prosedur operasi terhadap sakit yang dialami oleh Anwar," katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di sini.

Ahmad Zahid juga menjelaskan kepada kedua-dua pemimpin UK itu bahawa pakar-pakar perubatan dari luar negara itu dibenarkan dibawa dan melakukan rawatan ke atas Anwar di mana-mana hospital kerajaan.
Beliau berkata, mereka juga boleh membawa kumpulan doktor pakar termasuk pembantu perubatan yang diperlukan sesuai dengan masalah kesihatan yang dialami Anwar.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa Anwar mengalami kecederaan bahu kronik.

Anwar, kata Ahmad Zahid kini ditempatkan di wad dalam Penjara Sungai Buloh dan telah diberikan rawatan perubatan di dalam penjara serta rawatan pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Penjelasan yang diberikan beliau itu, katanya telah mengejutkan kedua-dua pemimpin dari UK itu, barangkali kerana gambaran yang diberikan kepada mereka sebelum ini ialah Anwar seolah-olah langsung tidak diberikan sebarang rawatan oleh doktor pakar atau doktor-doktor di Malaysia.

Ahmad Zahid meminta semua pihak tidak menyalah tafsir penjelasan itu sebagai menggambarkan bahawa Anwar diberikan layanan istimewa oleh pihak Jabatan Penjara tetapi ia hanya disebabkan keperluan terhadap rawatan oleh doktor pakar.

Beliau berkata, khidmat doktor pakar dari luar negara yang memberikan rawatan kepada Anwar sebenarnya tidak perlu kerana hakikatnya ada doktor-doktor pakar dalam bidang yang sama di negara ini.

"Tetapi oleh kerana pihak Jabatan Penjara merasakan bahawa ia bagi memberi gambaran kepada komuniti antarabangsa bahawa kita memberikan layanan mengikut asas kemanusiaan, maka keputusan itu harus diterima dengan berlapang dada dan berfikiran terbuka oleh semua pihak dan ia bukannya memberi sebarang keistimewaan kepada Anwar.

"Saya harap pihak keluarga menerima keputusan Jabatan Penjara itu dengan berlapang dada kerana beberapa pertanyaan telah dibuat dalam persidangan Dewan Rakyat terutamanya apabila perbahasan mengenai belanjawan yang menyentuh pertanggungjawaban Kementerian Dalam Negeri, khususnya penjara yang digambarkan seolah-olah tidak ada rawatan, layanan pertemuan dan juga bantuan guaman diberikan kepada Anwar," katanya.

Ahmad Zahid berkata jemaah menteri telah dimaklumkan bahawa terdapat hampir 200 lawatan semasa Anwar dalam tahanan penjara sama ada daripada pakar perubatan, doktor-doktor perubatan, peguam-peguam yang mengendalikan 16 kes Anwar yang masih berjalan di mahkamah selain pertemuan anggota keluarga sama ada di penjara ataupun di hospital ketika beliau menerima rawatan.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak dapat memenuhi permohonan beberapa pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa dan pemimpin politik antarabangsa untuk bertemu Anwar, katanya.

Beliau berkata, ini kerana Akta Penjara serta tatacara dan perundangan sedia ada dan seseorang yang berada dalam tahanan tidak seharusnya mendapat sebarang keistimewaan kerana beliau seorang yang dikenali ramai.

Ahmad Zahid berkata, beliau berharap penjelasannya itu akan memberikan gambaran kepada masyarakat antarabangsa bahawa hukuman yang dikenakan ke atas Anwar bukan kerana kesalahan politik dan beliau bukan tahanan politik.

Anwar telah melalui proses perundangan yang keputusannya bukan keputusan kerajaan tetapi keputusan mahkamah mengikut sistem keadilan di Malaysia dan ia tak ada kena mengena dengan kononnya ada campur tangan daripada pihak kerajaan dalam perbicaraan berkenaan, katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penjelasan yang diberikannya itu adalah dalam pengetahuan semua ahli jemaah menteri dan ia telah dikemukakan sebagai laporan daripada Jabatan Penjara kepada Jemaah Menteri.

"Saya harap isu ini tidak dipolemikkan sama ada oleh pihak pembangkang atau mana-mana pihak yang menjadikannya sebagai isu kerana kesalahan dan proses undang-undang telah berjalan dan Jabatan Penjara menjalankan tugasnya sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang dan peraturan penjara," katanya.


BERNAMA

Bongkar: Pegawai Ambank Di Pecat Kerana Mahu Lapor Akaun Najib....Sebarkan suarakami

Posted: 11 Nov 2015 08:32 PM PST



Seorang pegawai eksekutif ibu pejabat Ambank dipecat gara-gara mempertikaikan arahan majikannya untuk menguruskan pemindahan masuk sejumlah wang SG$21 juta daripada UBS Bank Singapura ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Citizens For Accountable Governance Malaysia (CAGM).

Menyokong dakwaannya itu CAGM memuat naik akuan bersumpah dalam blog mereka yang memetik pegawai itu berkata, pada Mei 2013 beliau diarahkan pegawai atasannya menguruskan pemindahan wang SG$7 juta daripada UBS Bank daripada 3 transaksi ke akaun Najib.

Katanya, seminggu sebelum itu, SG$14 juta dimasukkan ke akaun sama.

Menyedari jumlah transaksi itu besar daripada yang dibenarkan, pegawai yang 14 tahun berkhidmat di Ambank memberitahu pegawai atasannya beliau perlu mematuhi proses yang ditetapkan.

"Memandangkan jumlah transaksi lebih tinggi daripada yang dibenarkan, saya perlu memaklumkan kepada Bank Negara dan saya memberitahu pegawai atasan saya perlu mematuhi prosedur.

"Wang daripada Singapura perlu ditukar kepada Ringgit dan mengikut arahan yang ditetapkan saya perlu memasukkannya ke dalam beberapa akaun semasa.

"Pegawai atasan pada ketika itu bercakap melalui telefon dengan pengerusi Ambank Tan Sri Azman Hashim, menghempas telefon dan menyuruh saya patuh kepada arahan kerana ia melibatkan pemindahan wang orang penting (VVIP) berprofil tinggi," katanya dalam akaun bersumpah yang dibuat di pejabat Pesuruhjaya Sumpah Kuala Lumpur pada 8 Mei 2013.

Surat itu kemudian diedarkan kepada media oleh badan bukan kerajaan (NGO), CAGM.


Dalam akuan bersumpah itu pegawai bank berusia 50 tahun itu berkata, beliau juga dimarahi apabila membangkitkan tentang prosedur dan diberitahu Bank Negara membenarkan pemindahan wang tersebut dan dia hanya perlu ikut arahan.

"Saya ada buat salinan slip transaksi di mesin fotokopi dan pegawai atasan dapat tahu apabila beliau memeriksa laporan mesin fotokopi dengan juruteknik di bahagian IT. Saya syak mereka memantau gerak-geri saya melalui CCTV," katanya.

Katanya, setengah jam kemudian beliau dipanggil masuk ke bilik mesyuarat di Tingkat 46 dan terkejut melihat Azman juga hadir.

Beliau kemudian dimarahi kerana tidak mengikut arahan melibatkan pengurusan akaun berprofil tinggi dan membuat salinan slip tanpa kebenaran.

Katanya, pada petang hari yang sama selepas mesyuarat itu, siasatan dibuat dan beliau diarahkan meninggalkan pejabat dan tidak dibenarkan membawa pulang apa-apa barang dari pejabat.

"Pada pagi keesokannya saya diarahkan datang ke bahagian sumber manusia dan diberikan surat berhenti kerja serta-merta tanpa diberi peluang mempertahankan diri," katanya

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MAHATHIR SEDIA DITANGKAP ASALKAN NAJIB TERSINGKIR

Posted: 11 Nov 2015 04:41 AM PST

[LIVE][111115] BM21 - Ust Shamsuri Hj Ahmad

Posted: 11 Nov 2015 04:06 AM PST

PAKATAN HARAPAN KECEWA PAS ENGGAN TOLAK BAJET 2016

Posted: 10 Nov 2015 11:34 PM PST

PAS AKAN DITINGGALKAN RAKYAT JIKA UTAMAKAN DENDAM POLITIK

Posted: 10 Nov 2015 11:18 PM PST

Tukar Tiub

Tukar Tiub


JAI DAN EZI MANDI LAUT

Posted: 11 Nov 2015 06:41 PM PST






PESTA CAHAYA



PESTA CAHAYA
untuk sama
merayakan pesta cahaya
jai dan ezi
telah turun ke laut
bertemu kawan kawan baru
bertemu dengan elis
yang sedang berpesta
dengan kaum keluarga






--------------

SATU AMAL JARIAH

Posted: 11 Nov 2015 06:18 PM PST









AMAL JARiAH


JAMiL KHiR




NOW dakwa keluarga pemimpin Wanita Umno Kelantan raih pendapatan RM80,000 sebulan 

Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini sekali lagi mendedahkan kepincangan sebuah yayasan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa, seorang pemimpin Wanita Umno Kelantan serta keluarganya mempunyai 14 jawatan berbeza dalam yayasan itu, memperoleh pendapatan hampir RM81,700 sebulan.
Wanita Umno yang berada di kedudukan kedua tertinggi di yayasan tersebut menerima gaji dan elaun RM45,500 sebulan dengan memegang 7 jawatan, manakala anak lelakinya turut memegang jawatan sebagai pengarah, dan menerima gaji dan elaun bulanan RM31,200.
Bukan itu sahaja, suami wanita berkenaan turut dilantik menjadi fellow yayasan itu dengan dibayar elaun RM5,000 sebulan.
"(Maklumat) ini pun merupakan pendapatan tahun lepas. Tahun ini mungkin ada kenaikan.
"Perkara itu disahkan melalui surat elaun bulanan," kata Akmal pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini. 
Pada sidang media itu, Akmal turut mendedahkan beberapa bukti dalam bentuk surat pengesahan elaun bulanan, carta organisasi yayasan dan surat tawaran lantikan jawatan.
NGO itu turut mendedahkan seorang lagi individu yang memegang 12 jawatan, termasuk berstatus presiden dan pengerusi, memperoleh pendapatan RM73,000 sebulan.
Justeru, NOW menggesa perkara tersebut diperjelaskan, memandangkan tugas mereka sepatutnya memantau pengurusan dan memastikan sumbangan derma orang ramai tidak disalah gunakan dan sampai kepada mereka yang layak menerima.
"Sebaliknya, mereka menjadi penerima sumbangan dan manfaat terbesar. Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku?" soal Akmal.
Yayasan itu berada di bawah pengawasan menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam,  Jamil Khir Baharom
Beliau setakat ini tidak memberi sebarang respons kepada panggilan dan mesej dari The Malaysian Insider bagi menjawab dakwaan dibuat NOW itu.
NOW akhir-akhir ini sering membongkar kegiatan rasuah oleh yayasan berkaitan kerajaan tersebut yang menerima sumbangan dari orang ramai dan juga geran kerajaan.
Awal minggu ini, NOW mendedahkan penglibatan yayasan itu dalam menyalurkan RM223,000, kononnya bagi program kemasyarakatan ketika pilihan raya kecil Rompin pada Mei tahun ini, tetapi sebaliknya ia disalurkan kepada seorang pemimpin Wanita Umno Kelantan.
Pemimpin Wanita Umno itu juga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana menyalahgunakan dana bantuan banjir yang diamanahkan kepada yayasan itu untuk mangsa banjir di Kelantan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/now-dakwa-keluarga-pemimpin-wanita-umno-kelantan-raih-pendapatan-rm80000-se#sthash.6piNoO71.dpuf


KAH KAH KAH

woit
ini namanya 
perniagan kaum keluarga
ini namanya 
syarikat anak beranak
ini namanya
syarikat abang adik
kah kah kah
yang cilakanya
duit kita kena rembat
kah kah kah

iHUP MELAYU

-------------

WASPADA TANAH RUNTUH

Posted: 11 Nov 2015 05:39 PM PST







BERHATi HATi

WASPADA

TANAH

RUNTUH


Tanah runtuh: JKR hantar pakar forensik

Kementerian Kerja Raya akan menghantar pasukan pakar forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi meninjau keadaan kawasan tanah runtuh di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, esok.

Bomba sahkan dua kenderaan terperangkap

BENTONG - Terdapat dua kenderaan dilaporkan terperangkan dalam kejadian tanah runtuh telah berlaku di Kilometer 52.5 Jalan Lentang - Bukit Tinggi sekitar jam 7.04 malam tadi.

------------

LAWAK BESAR PAGI INI

Posted: 11 Nov 2015 05:12 PM PST








TiDAK SUSAH

UNTUK 

DiFAHAMi


Rakyat semakin faham pelaksanaan GST - TKP Kastam 

GEORGETOWN: Penerimaan orang ramai terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kini bertambah baik berikutan tidak ada banyak aduan berhubung pelaksanaan cukai baharu itu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/semasa


SEMUA FAHAM

DUiT DALAM

SAKU KURENG

BARANG NAiK

iNGAT RAKYAT

NGEK  NGOK
------------

PROGRAM ANAK MUDA DI SELATAN

Posted: 11 Nov 2015 04:30 PM PST







KiTA FORUM

JUMAAT MALAM
DI JAY BEE




Bagi yang berkelapangan, Jumaat jam 9 malam, boleh turut serta program kami, anjuran KITA FORUM, menampilkan sosok Benz Ali sebagai panelis, akan bercakap tentang Gerakkan Jalanan dan sumbangannya kepada masyarakat. Aku akan jadi moderatornya. Lokasi, ROOST, sekitar Bazar Karat, Johor Bharu. Jom buat ramai.




----------

TINGKAP PROTON

Posted: 11 Nov 2015 05:30 AM PST





SATU LAGi

PRoJEK

KRONi






Malaysia minat guna drone hantar bantuan kepada mangsa banjir, kata Jailani


Malaysia berminat menggunakan pesawat tanpa pemandu, Drone, bagi perkhidmatan penghantaran terutamanya bantuan kemanusiaan melalui udara kepada mangsa-mangsa di kawasan banjir di negara ini. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-minat-guna-drone-hantar-bantuan-kepada-mangsa-banjir-kata-jailani#sthash.H8g8KL5b.dpuf

KAH KAH KAH
woit
hantar pakai lori
pun lintang pukang
nak hantar dengan 
drone pulaaaaaak
kah kah kah
ini macam nak buat
loji nuklear tapi
tingkap kereta proton
tak pernah dapat dibuka
kah kah kah
woit siapkan laaa
rumah yang runtuh
tahun lalu 
banyak belum siap
kah kah kah


PUTAR LAGi
-------------

LAWAN TERUS LAWAN

Posted: 11 Nov 2015 04:09 AM PST









APA DIA

SEMUA INI

KOMENTAR
apa dia semua ini?
ini adalah bukti
pertempuran dua hala
syarikat tembakau
sedang cuba menghancurkan
pengusaha tempatan
diketahui jualan rokok
makin mnenurun
harga makin mahal
maka vape menjadi pilihan

pelobi syarikat tembakau
gunakan semua jentera
untuk menundukkan vape

hujah kesehatan 
tidak masuk akal
kalau betul untuk jaga
rakyat sehat kenapa
hospital di swastakan?

lihat pada ketika ini
kuasa syarikat tembakau
ini sebelum TPPA dipakai
kalau TPPA dipakai
mampoos pengusaha tempatan



Kandungan nikotin rendah, persatuan vape gesa Putrajaya tetap peraturan sebelum serbuan

Minyak vape diperbuat daripada bahan yang biasa digunakan dalam produk makanan dan mengandungi nikotin lebih rendah berbanding rokok, kata Naib Presiden Persatuan E-Vaporizer dan Alternatif Tembakau Malaysia (Mevta) Rizani Zakaria, ketika peruncit rokok elektronik atau vape bergelut dengan peraturan baharu pihak berkuasa kesihatan yang mengancam perniagaan mereka.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kandungan-nikotin-rendah-persatuan-vape-gesa-putrajaya-tetap-peraturan-sebe#sthash.EWS0tPQT.dpuf




-----------

SILA KLIK IKLAN

Posted: 11 Nov 2015 03:30 AM PST











DERMA DAPUR 

JALANAN



iKLAN
jika anda lihat 
ada iklan
sila klik iklan itu
iklan dalam blog ini
tanpa pembaca klik
ianya menjadi iklan percuma

duit dari iklan 
dihadiahkan kepada
  dapur jalanan


-----------

SENYUM SARDIN

Posted: 11 Nov 2015 01:30 AM PST




JANGAN HINA SARDIN

Dak la ni aku bukan nak komen dayak. Aku nak pesan kat hang hisyam jangan dok bos gambaq sardin maslan dah. Sardin tu antara makanan kegemaran aku. Jangan hina sardin. Ni last warning aku kepada hang. on BANI DAYAK DAN BANI MELAYU
Publish | Delete | Spam
underBear
on 11/11/15




---------------

PUNDIEK TUKAR NAMA

Posted: 11 Nov 2015 12:00 AM PST








PUNDiEK

PUNDiEK

PUNDiEK



PPP tukar nama, logo jadi 'myPPP' Ahad ini


Parti Progresif Penduduk (PPP) akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi meluluskan penukaran logo dan nama baharu parti itu pada Ahad ini.

KAH KAH KAH


PUNDiEK

PUNDiEK 

PUNDiEK

JADi

MY PUNDiEK
------------

JATUH LAGI

Posted: 10 Nov 2015 11:08 PM PST






SETAKAT INI

JATUH LAGI



US Dollar equals
4.36 Malaysian Ringgit
Chart of exchange rate values over time



Malaysian Ringgit equals
8.22 Thai Baht
Chart of exchange rate values over time



-------------

UNTUK INGATAN BERSAMA

Posted: 10 Nov 2015 10:09 PM PST















-------------

BERANI BETUL BERANI

Posted: 10 Nov 2015 09:19 PM PST







BERANi BETUL

BERANi



Kritik presiden: Tindakan Husam itu berani

SHAH ALAM - Penganalisis politik melihat tindakan bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa yang mengkritik Presidennya, Abdul Hadi Awang sebagai satu tindakan berani dan dipercayai mempunyai asas demi mengelakkan pisang berbuah dua kali.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, kebenaran dakwaan Husam itu agak tinggi kerana Adun Salor itu tidak mungkin mengemukakan persoalan terhadap perkara yang tidak berlaku.

KAH KAH KAH

woit
dah tak ada pilihan
kalau tidak sama sama
tenggelam dilaut
silap silap
dimakan oleh sotong
kah kah kah

SOTONG LAGi

-----------

SAEKOR KAMBING

Posted: 10 Nov 2015 08:43 PM PST




BETUL SETUJU


Jangan jadikan Najib 'kambing hitam' 1MDB, kata Kayveas





Najib Razak tidak sepatutnya dijadikan sebagai "kambing hitam" dalam dakwaan skandal yang melibatkan syarikat milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP)  M Kayveas. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-jadikan-najib-kambing-hitam-untuk-1mdb-kata-kayveas#sthash.ZR4zjT2H.dpuf

KAH KAH KAH
woit
mat najib bukan gagak
may najib bergincu merah
mustahil jadi hitam
jadi kambing itu mungkin
kah kah kah

KAMBiING







-----------

SATU BERITA BAIK

Posted: 10 Nov 2015 08:08 PM PST






BETUL KAH iNI?

INI TERBAiK



SPRM mesti soal Najib isu RM2.6 bilion sebelum akhir tahun, kata peguam negara


Peguam negara berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada tempoh hingga akhir tahun ini untuk merakamkan kenyataan Najib Razak berkenaan wang RM2.6 bilion yang diterimanya, sambil menambah siasatan terhadap derma kontroversi itu juga mesti dimuktamadkan sebelum tempoh itu. 
Pada 5 Ogos, SPRM berkata ia akan menyoal Najib berhubung sumbangan derma itu, yang disahkannya datang daripada seorang penderma Timur Tengah.
Tetapi sehingga baru-baru ini iaitu bulan lepas, kerajaan masih belum mengumumkan bila PM akan disoal, dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low berkata, SPRM akan memanggil Najib "apabila tiba masanya".
Apandi berkata, beliau menyedari kenyataan Raja-raja Melayu itu dan juga kebimbangan orang ramai.
"Serta-merta selepas kenyataan Majlis Raja-raja, pada malam itu sendiri, saya menghantar mesej kepada SPRM, 'Hello, lebih baik anda cepat'.
"Dan kemudian, untuk memastikan mereka mempercepatkan (proses), saya kata, 'selesaikan siasatan pada hujung Oktober'. Itu arahan saya," katanya.

JENG JENG JENG

RAJA RAJA MELAYU

SUDAH BERTANYA

BILA LAGI?

JENG JENG JENG 
--------------