WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- MAHATHIR SEDIA DITANGKAP ASALKAN NAJIB TERSINGKIR
- [LIVE][111115] BM21 - Ust Shamsuri Hj Ahmad
- PAKATAN HARAPAN KECEWA PAS ENGGAN TOLAK BAJET 2016
- PAS AKAN DITINGGALKAN RAKYAT JIKA UTAMAKAN DENDAM POLITIK
MAHATHIR SEDIA DITANGKAP ASALKAN NAJIB TERSINGKIR Posted: 11 Nov 2015 04:41 AM PST Mahathir sedia ditangkap asalkan Najib tersingkirTun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi berkata beliau sedia ditangkap atau dituduh di mahkamah susulan kenyataannya bahawa pemimpin Umno mengambil rasuah yang dibuat dalam himpunan BERSIH 4 lalu. "Bila kamu ambil risiko, kamu sedia untuk dipancung," kata bekas perdana menteri keempat itu. Beliau berkata demikian ketika ditanya berkaitan siasatan terhadapnya yang akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara tidak lama lagi. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim pada 7 Julai berkata kertas siasatan kes itu berhubung dakwaan membuat kenyataan berunsur fitnah akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu daripada tarikh itu. Keterangan yang diambil bagaimanapun tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu 1MDB. Ditanya sama ada polis akan menahan Dr Mahathir, Noor Rashid berkata ia bergantung kepada keadaan dan hasil siasatan yang dijalankan. |
[LIVE][111115] BM21 - Ust Shamsuri Hj Ahmad Posted: 11 Nov 2015 04:06 AM PST |
PAKATAN HARAPAN KECEWA PAS ENGGAN TOLAK BAJET 2016 Posted: 10 Nov 2015 11:34 PM PST Pakatan Harapan kecewa Pas enggan tolak Bajet 2016Pakatan Harapan membidas sikap PAS yang berkecuali untuk menolak Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ketua Whip parlimen bagi ketiga-tiga gabungan parti pembangkang – PKR, DAP dan AMANAH – itu menyifatkan tindakan PAS itu "tidak wajar" diambil oleh pihak pembangkang ketika ini. "Ini kerana bajet itu merupakan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan BN yang tidak dipersetujui. Ini bukan sekadar aspek cara kutipan hasil tetapi juga keutamaan dalam penggunaan wang rakyat. "Oleh itu ia ditolak dan ditentang. Sikap berkecuali tidak akan membantu rakyat terbanyak dan menjadikan kehadiran di Parlimen tidak bermakna," kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini. Kenyataan itu ditandatangani ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul, Loke Siew Fook (DAP) dan Khalid Abd Samad (AMANAH). Mereka berkata penolakan bajet oleh pembangkang adalah amalan biasa dalam sistem demokrasi berparlimen dan ia bukan perkara aneh ataupun baru kerana Pakatan Rakyat termasuk ahli Parlimen PAS menolak bajet yang dibentang kerajaan sebelum ini. "Ia dilakukan melalui tindakan belah bahagi selepas sahaja bajet dibentangkan. Walaupun ia ditolak pembangkang, undi menyokong dari ahli Parlimen BN melebihi undi pembangkang dan dengan itu ia diluluskan. "Tahun ini keadaannya sedikit berbeza. Ini adalah kerana ada kemungkinan bajet akan ditolak apabila undi sokongan dari Ahli Parlimen BN dikatakan tidak padu dan ada yang diberitakan akan menolaknya," katanya. ketiga-tiga pemimpin itu turut berpendapat penolakan bajet itu sebagai pukulan hebat kepada Najib dan Kabinet serta boleh menjadi undi tidak percaya terhadap Najib. "Kemungkinan besar usul undi tidak percaya yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang tidak akan diangkat untuk perbahasan oleh pihak kerajaan. Oleh itu tindakan penolakan bajet boleh menjadi penggantinya," kata mereka. Penolakan itu juga dilihat sebagai peluang keemasan membetulkan bajet yang membebankan rakyat dengan mengemukakan atau membuat pindaan, kata mereka Antaranya kadar GST dapat disifarkan, mengutamakan pembasmian rasuah, kronisme, dan subsidi serta bantuan yang lebih bermakna kepada rakyat dapat dilaksanakan. |
PAS AKAN DITINGGALKAN RAKYAT JIKA UTAMAKAN DENDAM POLITIK Posted: 10 Nov 2015 11:18 PM PST SAMPAI BILA NAK TUTUP MULUT? SHAH ALAM - Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh terus mengunci mulut terhadap dakwaan yang dilemparkan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mendakwa Hadi merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor dan menuntut presidennya itu menafikan dakwaan itu sekiranya ia tidak benar. Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, Presiden Pas itu perlu menjawab dakwaan terhadap dirinya itu secepat mungkin bagi mengelakkan isu persepsi terus menebal. "Jika benar, beliau harus menjawab. Jika tidak betul, beliau harus buktikan dengan testimoni-testimoni ataupun saksi-saksi yang boleh (membuktikan) beliau tidak melakukan. Pas akan ditinggalkan rakyat jika utamakan dendam politikOleh: Pukul Canang Ulasan: Keengganan Pas untuk membincangkan idea menandatangani kerjasama antara parti itu dan Pakatan Harapan (PH) di Selangor akan hanya akan memberi masalah kepada Menteri Besar Azmin Ali pada jangka panjang. Pada 10 November lalu, Pengerusi Biro Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Samad mencadangkan Pas yang enggan menyertai PH agar menandatangani satu perjanjian kerjasama rasmi dengan pakatan memerintah Selangor. Perjanjian yang berakhir sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri terbubar itu adalah perkara biasa dalam kerjasama politik di negara-negara maju Eropah. Di mana parti-parti yang bersaing sentiasa tidak mendapat cukup kerusi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian. Parti-parti akan membentuk kerajaan campuran untuk memerintah pusat mahu pun negeri. Perjanjian dilakukan agar urusan pentadbiran berjalan lancar. Perkara-perkara yang diutamakan adalah dasar-dasar bersama. Tanpa perjanjian maka dasar bersama sangat kabur dan parti-parti mungkin bertelingkah apabila keputusan penting ingin diambil. Tidak mahu berstrategi Tindakan Pas ternyata tidak menghiraukan strategi politik sedemikian. Malah alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden parti itu Tuan Ibrahim Tuan Man kelihatan dangkal sama sekali. Alasan Pas tidak akan bekerjasama dengan Amanah dan telah memutuskan hubungan dengan DAP terlalu bodoh untuk diterima rakyat. Sekiranya alasan itu digunakan maka Pas perlu sedar diri dan segera meninggalkan kerajaan Selangor. Mereka tidak mempunyai apa-apa sebab untuk kekal di kerusi exco dan meneruskan pemerintahan seperti biasa. Sebaliknya, perjanjian kerjasama yang dicadangkan itu boleh menyelamatkan air muka Pas. Parti itu akan diiktiraf secara rasmi sebagai sekutu. Dalam pemberitaan media, kerajaan Selangor akan dikenali sebagai kerajaan campuran PH dan Pas atau PH + Pas. Tidak ada faedahnya Pas terikat dendam setelah ditinggalkan pemimpin Amanah. Mereka mengakui falsafah 'politik adalah seni serba kemungkinan'. Apa sahaja boleh berlaku, termasuk kerjasama parti itu dengan Umno. Azmin guling Wan Azizah? Oleh itu, sepatutnya mereka tidak ada masalah menerima kedudukan lebih rendah daripada ahli Pakatan Rakyat sebelum ini. Sekutu rasmi lebih baik berbanding kedudukan yang tidak pasti sekarang. Kekuatan Pas kerana faktor Azmin Ali berasa terhutang budi kepada Presiden Hadi yang mencadangkan namanya sebagai Menteri Besar. Pas juga yakin Azmin mempunyai cukup penyokong dalam PKR untuk menggulingkan Dr Wan Azizah sebagai presiden dalam pemilihan sekiranya presiden bertegas mahukan kerajaan PH di Selangor. Namun keyakinan itu bukanlah selama-lamanya. Dalam keadaan Anwar di penjara, Azmin tidak boleh mencabar Wan Azizah dalam pemilihan parti tahun 2016. Simpati penyokong terhadap Dr Wan Azizah tinggi dan beliau dilihat mampu mempertahankan kedudukan. Azmin sekiranya berbuat sedemikian maka beliau terpaksa mengosongkan kerusi Timbalan Presiden dan tempat itu akan diganti oleh pemimpin lain seperti Rafizi Ramli atau Nurul Izah. Sekiranya senario Azmin tanpa jawatan tinggi dalam parti menjadi kenyataan maka dalam pilihan raya umum ke 14, andainya Pakatan Harapan menang maka Azmin tidak lagi menjadi MB dan Pas akan ditendang secara rasmi dari pakatan Selangor. Adakah pemikir Pas, Dr Zuhdi Marzuki dan 'empat doktor dari UKM' telah berfikir ke arah itu atau mereka masih berfantasi Pakatan Rakyat masih hidup di Selangor? Pas tidak matang Menurut dakwaan sumber dalaman, pemimpin PKR semakin berbulu terhadap presiden Pas. Mesyuarat kerjasama dua hala PKR – Pas yang diadakan tidak mampu menyelesaikan hal-hal berbangkit kerana tidak dihadiri Presiden Hadi. PKR tidak mahu keputusan yang dibuat akhirnya diveto oleh Hadi sebagaimana sebelum ini. Adakah politik tidak matang seperti itu mahu ditonjolkan terus-menerus oleh Pas? Rakyat bosan dengan pemerintahan BN yang sering berdolak dalih dalam isu 1MDB dan dana akaun Najib RM2.6 bilion. Kini rakyat mempunyai satu kebosanan lain, iaitu sikap tidak konsisten pemimpin Pas. Pas semakin dilabelkan sama seperti Umno. Tidak boleh dipercayai serta tidak kredibel. Dalam situasi Selangor, untuk terus mendapat kepercayaan pengundi dalam pilihan raya umum akan datang Pas perlukan satu pakatan. Tidak ada kerugian sekiranya Pas bekerjasama di Selangor. Pas negeri memang tidak akan menuntut hudud dikuat kuasakan di di negeri itu atau mengharamkan arak serta judi seperti di Kelantan. Halangan yang wujud hanyalah resolusi Muktamar Pas ke 61 yang memutuskan kerjasama dengan DAP. Terma 'kerjasama' itu ditafsirkan terhad pada peringkat parti dan bukannya kerajaan negeri. Mustahil Pas Selangor kekal sebagai exco sekiranya mereka tidak mahu bekerjasama dengan DAP di peringkat kerajaan. Bagaimanakah pemimpin Pas bermesyuarat dengan pemimpin DAP tanpa wujud kerjasama? Dendam bukan pilihan Kebodohan dan dendam bukanlah pilihan dalam politik. Dibuktikan di mana-mana bahagian dunia parti yang tidak mahu melupakan masa silam dan tidak pragmatik akan ditinggalkan oleh rakyat. Rakyat mengundi untuk kesejahteraan bukannya ingin beremosi dan meneruskan dendam pemimpin-pemimpin Pas yang jumud. PKR mendapat pengajaran pahit dalam PRU 2004, apabila kalah teruk di seluruh negara kerana mengutamakan isu Anwar. Rakyat meninggalkan mereka dan Anwar. Pada 2008 PKR membawa isu keadilan untuk semua kaum dan mereka mendapat keyakinan yang amat tinggi dari pengundi bukan Melayu. Sekiranya Pas tidak mahu mengambil pengajaran dari sejarah itu maka mereka akan mengulangi nasib PKR pada PRU akan datang. Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan bukannya pendirian rasmi Suarapakatandaily |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan