Selasa, 27 Oktober 2015

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh

Posted: 27 Oct 2015 04:21 PM PDT


Sebenarnya ada banyak sekali cara menghilangkan kutu rambut yang bisa Anda coba terapkan. Baik itu cara alami ataupun menggunakan obat-obatan. Tapi sebelum menerapkan obat, lebih baik lakukan perawatan secara alami dulu.

Cara menghilangkan kutu alami ampuh
Cara menghilangkan kutu alami


Ada beberapa bahan alami yang bisa Anda coba sendiri di rumah. Mulai dari minyak zaitun, bawang, alkohol, dan masih banyak lagi. Untuk hasil maksimal, jangan lupa lakukan cara dibawah ini secara rutin ya.

Cara Mengatasi Kutu Rambut Ampuh Secara Alami

1. Bawang merah dan minyak zaitun

Bawang merah mungkin lebih dikenal dalam dunia masak memasak, begitupun dengan zaitun. Akan tetapi sebenarnya dibalik itu semua, kedua bahan ini bisa dicampur untuk mengobati kutu di kepala.

Caranya haluskan bawang merah 5 siung. Kemudian peras dan campur airnya dengan 6 sendok makan minyak zaitun. Setelah selesai keramas, gunakan campuran tersebut untuk memijat kulit kepala 15 menit. Lalu bilas dengan menggunakan air dingin sampai bersih.

2. Alkohol

Meskipun dikatakan sebagai minuman yang memabukan, namun dalam dunia kesehatan alkohol sangatlah berguna. Selain bermanfaat sebagai obat bius, kandungan senyawa yang terdapat di dalam alkohol juga cukup efektif untuk menghilangkan kutu kulit kepala.

Cara menggunakannya cukup dengan membasuhkan ke seluruh bagian kulit kepala (rambut). Kemudian pijat sebentar selama kurang lebih 10 menit, setelah mendiamkan 30 menit basuh dengan air hangat sampai bersih.


Itulah beberapa cara menghilangkan kutu rambut yang dapat saya sampaikan. Selamat mencoba dan semoga hasilnya memuaskan, salam. 

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Balas kepada Wan Mutalib Jawap Balas Kpd Wan Mutalib.

Posted: 27 Oct 2015 09:15 PM PDT


Balas kepada Wan Mutalib Jawap Balas Kpd Wan Mutalib Alhamdulillah, paling tidak Kanda saya Dato Wan Mutalib Embong selaku AJK Pas Pusat sudi berbicara (menerusi surat terbuka) dengan saya. Inilah yang saya tunggukan - tindak balas.

Beliau berani meletakkan nama beliau dan bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis. Pertama, surat beliau banyak bertanya. Menunjukkan bagi beliau banyak perkara belum jelas kedudukannya.

Mengapa saya tidak menegur amalan kelulusan hutan simpan tebang habis untuk tujuan perladangan dengan jumlah yang semakin luas dari masa ke semasa sewaktu saya dalam kerajaan? Adakah saya tidak menegur selama ini?

Saya berpendapat lebih baik untuk Dato Wan bertanya kepada MB Kelantan sekarang, atau anggota Dewan Harian (DH) di masa lalu dan anggota J Kuasa Kecil Perhutanan (JKKP) pada masa saya menjadi anggotanya daripada membuat pertanyaan terbuka seperti ini.

Ketika seorang Adun (sekarang telah dilantik menjadi Exco) hendak dilantik sebagai anggota tambahan JKPP, saya telah meminta DH menentukan dasar pemberian hutan simpan kekal tebang habis ini untuk diguna pakai oleh anggota JKKP. Seingat saya,

YAB MB sekarang mempengerusikan mesyuarat tersebut. Beliau waktu itu adalah Timbalan Pesuruhjaya Jaya 1 dan Tok Guru tidak hadhir. Ia berlaku pada akhir 2012 atau sekitarnya. Tidak ada polisi diputuskan.

Bila YB anggota tambahan ini pertama kali menghadiri mesyuarat JKKP, seperti biasa saya sekali lagi berhujah dalam mesyuarat tersebut menolak cadangan-cadangan kelulusan atas tajuk ini. Hujah saya tidak dibantah.

Apa yang berlaku ialah anggota baru ini membacakan senarai syarikat untuk kelulusan. Saya memprotes secara dalaman dengan tidak lagi menghadiri mesyuarat JKKP sampai DUN dibubarkan pada tahun 2013.

Tiga atau empat mesyuarat selepas itu tidak lagi saya hadhiri. Rekod mesyuarat berkenaan boleh disemak. Tujuan? Kalau saya ikut serta, sampai bila bila saya terperangkap dan tidak dapat bersuara.

Sejak itu, kelulusan atas tajuk ini kian bertambah. Rekod-rekod boleh disemak dan InsyaAllah akan berbicara dengan sendirinya. Adakah sebelum itu saya tidak berbuat apa-apa? Saya telah melakukan apa yang terdaya dalam berbagai cara yang saya tidak bercadang memanjangkan pada peluang ini.

Sebahagian darinya telah saya nyatakan dalam wawancara yang disiarkan Sinar Harian baru lalu. Kedua, adakah kerana pernah menjadi sebahagian dari sistem itu pada masa lalu, saya hilang kebebasan saya selama-lamanya untuk menegur sesuatu yang saya fikir buruk?

Apatah lagi ia kian bertambah hari ke hari dengan kelulusan baru. Saya yakin itu bukan prinsip Dato Wan yang saya kenal. Prinsip itu hanya anutan Fir'aun.

Fir'aun menggunakan 'kesalahan' lalu Nabi Musa a.s menyebabkan seorang pemuda terbunuh untuk menghalang Nabi Musa bersuara. (Al Qur'an - Surah As Syua'ra, ayat 19) Apa lagi kelulusan tebang habis adalah sentiasa berkembang dengan jumlah keluasan yang semakin bertambah.

Di manakah hadnya? Adakah adanya tambahan-tambahan kelulusan baru sekalipun, tiada teguran boleh dibuat sampai hutan Kelantan pupus sepenuhnya? Terbaru adalah seluas 4,500 ha hutan simpan hanya untuk satu syarikat.

Kini, giliran saya bertanya kepada Dato Wan selaku Ajk Pas Pusat. Apa dasar Pas terhadap alam sekitar? Apa dasar Pas terhadap pemanasan global?

Apa dasar Pas terhadap pembalakan tebang habis? Apa dasar Pas terhadap pemberian hutan bersekala besar tanpa tender?

Apa janji Pas dalam manifesto mengenai pemeliharaan alam? Apa dasar Pas terhadap cara pembahagian kekayaan negara/negeri yang hanya melebihkan orang yang sama?

Adakah Dato Wan tahu berapa keluasan hutan simpan di Kelantan yang telah diluluskan?

Adakah Dato Wan mengambil tahu korupsi di pelbagai peringkat yang melatari amalan ini? (Dalam kesempatan ini saya tidak bercadang menghuraikannya) Bukankah dulu Dato Wan atau pimpinan Pas membesar-besarkan pengurusan ( baca penyelewengan) balak oleh pimpinan Umno?

Adakah kini bila Pas melakukannya kita harus berdiam diri? Adakah Pas Pusat pernah meminta taklimat oleh Pas Kelantan diberikan?

Saya adalah anak Kelantan. Saya bertanggungjawab membantu menjaga kepentingan negeri tanah tumpah saya lebih dari pertimbangan yang lain. Lagi pun, apa yang ditegur mempunyai ruang diperbaiki.

Sepanjang kritikan saya, saya lebih banyak menumpukan kepada keputusan-keputusan terkini kerajaan dengan tujuan di sana ada sanubari yang masih sudi mendengarnya. Sekalipun serangan untuk membunuh karekter dilakukan ke atas saya kiri dan kanan, apa kan daya.

InsyaAllah selagi hayat dikandung badan, saya dayung jua teguran ini, mudah-mudahan kita semua terselamat dari azab Allah dunia dan akhirat. Nota: Saya menerima surat terbuka Dato Wan Mutalib pada malam Himpunan 60k (17 Oktober 2015) dari orang yang tidak dikenali.

Saya cuba menalipon dan menghantar pesanan sms kepada nombor Dato Wan memohon pengesahan beliau atas tulisan itu, tetapi tidak berjawab sampai hari ini. Saya menyimpan jawapan balas agar tiada mudharat lebih besar berlaku.

Rasa hormat saya terhadap pemimpin yang mempunyai 'stature' seperti Dato Wan meminta saya tidak keburu dalam melepaskan peluru. Saya beranggapan, pemimpin sehebat beliau memilih pendekatan 'diplomatik' ketimbang 'ofensif'.

Melalui secawan kopi, mungkin saya boleh memberikan latar belakang kritikan saya daripada berbalas surat terbuka dengan beliau. Malangnya, saya mendapat tahu tulisan beliau akhirnya disiarkan menerusi Harakah terbaru.

Saya tidak mempunyai pilihan melainkan menyiarkan jawapan saya. Moga Harakah dapat berlaku adil dengan ikut menyiarkan jawapan saya ini. Terima kasih. Husam Musa 14 Muharram 1437/27 Oktober 2015

Posted by mountdweller

Tambang percuma sebulan di 4 stesen LRT baharu

Posted: 27 Oct 2015 08:30 PM PDT


Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL tawar perjalanan percuma sebulan untuk penumpang di laluan 4 stesen baharu Ampang Line yang akan mulai beroperasi pada Sabtu ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2015.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL tawar perjalanan percuma sebulan untuk penumpang di laluan 4 stesen baharu Ampang Line yang akan mulai beroperasi pada Sabtu ini

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL tawar perjalanan percuma sebulan untuk penumpang di laluan 4 stesen baharu Ampang Line yang akan mulai beroperasi pada Sabtu ini.


Prasarana Malaysia Berhad, pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL menawarkan perjalanan percuma sebulan untuk penumpang di laluan 4 stesen baharu Ampang Line yang akan mulai beroperasi pada Sabtu ini.

Dalam kenyataan syarikat itu berkata, 4 stesen terbabit akan menggunakan perkhidmatan AMY, tren 6 gerabak.

Token perjalanan sehala percuma disediakan di Pejabat Khidmat Pelanggan di Stesen LRT Sri Petaling dan di semua 4 stesen terbabit iaitu Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.

Para penumpang juga boleh menggunakan MyRapid Cards dan kad transit Touch 'n Go untuk perjalanan percuma itu.

"Kami menyarankan penggunaan MyRapid Cards untuk keselesaan perjalanan dalam rangkaian kami yang membabitkan jajaran LRT dan Monorel serta jaringan bas Rapid KL termasuk Bus Rapid Transit - Sunway Line," kata Presiden Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz.

Berikutan proses peningkatan sistem isyarat yang sedang dijalankan, tren baharu akan berhenti di stesen Sri Petaling dan penumpang perlu menukar tren untuk meneruskan perjalanan di jajaran sekarang iaitu laluan Sri Petaling ke Sentul Timur.

"Penumpang dari Ampang Line perlu turun di stesen Sri Petaling untuk meneruskan perjalanan ke 4 stesen baharu itu," katanya. – Bernama, 27 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Kami sudah cukup beradab, Pakatan Harapan jawab Hadi OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 27 Oct 2015 08:00 PM PDT


Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke (tengah) dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (kiri) bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 27 Oktober, 2015.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke (tengah) dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (kiri) bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke (tengah) dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (kiri) bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 27 Oktober, 2015.
Pakatan Harapan berikrar akan meneruskan protes terhadap Putrajaya dengan mengangkat sepanduk "Mana RM2.6 bilion" sepanjang sidang Parlimen ini, mengatakan tindakan itu sudah cukup beradab.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, Pakatan Harapan tidak melihat protes melalui mengangkat sepanduk atau plakad di dalam Dewan Rakyat sebagai perbuatan tidak beradab dan bersopan seperti dakwaan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kita bukannya membaling kasut, kerusi, atau apa pun. Tak seperti di Eropah, mereka baling gas pemedih, sebagai tanda protes.

"Tapi kita mengangkat plakad. Itu sudah cukup beradab. Tidak timbul huru-hara," kata wakil rakyat Parti Amanah Negara (Amanah) itu pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, Hadi berkata, tindakan parti pembangkang yang memegang plakad "Mana RM2.6 bilion" selepas Datuk Seri Najib Razak selesai membuat pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat lalu satu perbuatan tidak sopan dan tidak wajar kerana ia hanya dilakukan peserta demonstrasi.

Khalid berkata, protes tersebut bakal diteruskan selagi ia tidak mendapat teguran daripada speaker.

"Protes ini akan berterusan. Kita harap ahli pembangkang lain akan bersama menyertai kita.

"Kita akan teruskan selagi tidak ada tertulis (larangan) dalam Peraturan Mesyuarat Dewan, (selagi) speaker tidak membuat kenyataan," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke berkata, kenyataan Hadi itu tidak selari dengan tindakan parti Islam itu sendiri sebelum ini.

Wakil rakyat DAP itu berkata, PAS ketika pembentangan bajet tahun lalu, ketika masih berada dalam Pakatan Rakyat, bersama menyokong protes plakad anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Kenyataan beliau tidak konsisten. Pada tahun lepas, beliau juga memegang plakad membantah pelaksanaan GST.

"Saya harap, Hadi meskipun tidak bersama dengan kami (Pakatan Harapan), tetapi beliau mestilah konsisten dengan pendirian," katanya.

Sebaliknya, Loke menyifatkan tindakan Pakatan Harapan memegang plakad itu sebagai satu cara yang kreatif dalam menyampaikan mesej.

"Ini adalah cara paling kreatif, bukan tidak beradab. Yang tidak beradab ialah apabila ambil derma, namun tidak dedahkan sumber," kata wakil rakyat DAP itu, menyindir Najib yang menerima wang RM2.6 bilion, dikatakan sumbangan derma, tetapi enggan menjelaskan mengenainya walaupun pelbagai persoalan timbul. – 27 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Masa untuk nilai semula Malaysia, ubah pemikiran, kata Rafidah OLEH JENNIFER GOMEZ

Posted: 27 Oct 2015 07:30 PM PDT


Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz berucap di persidangan anjuran Institut Akauntan Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz berucap di persidangan anjuran Institut Akauntan Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 27 Oktober, 2015.
Malaysia perlu mengenal pasti faktor yang membuatkannya ketinggalan di belakang dan menentukan sama ada ia satu realiti atau sekadar persepsi orang ramai, kata bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz hari ini.

Bekas ketua Wanita Umno yang lantang menyuarakan pandangannya itu berkata, negara perlu menilai semula bidang yang perlu dilakukan perubahan, sambil menambah transformasi tidak boleh berlaku dalam bilik persidangan, seminar atau makmal.

"Anda mesti mempunyai negara maju dipadankan dengan masyarakat yang boleh berfikir ke depan, yang tidak ketinggalan daripada segi apa yang dijangkakan sebuah negara maju," katanya kepada pemberita selepas berucap pada satu persidangan anjuran Institut Akauntan Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, yang pertama perlu diubah ialah pemikiran, dan Malaysia harus berhenti mempolitikkan isu penting.

"Pemikiran mengubah segalanya.

"Kita mempolitikkan pendidikan sehingga merugikan generasi masa depan kita, kita mempolitikkan isu berdasarkan jurang perkauman.

"Kita mempolitikkan isu berdasarkan kepada siapa kita bercakap, ini sangat memecahbelahkan, kita mempolitikkan isu, ini sangat tidak baik untuk rakyat dan negara ini," katanya.

Rafidah mutakhir ini lantang di media sosial mengenai isu semasa yang menjejaskan Malaysia, termasuk kemelut politik negara dan kurangnya keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Beliau menggesa pemimpin negara menyediakan jawapan yang jelas kepada tuduhan salah laku melibatkan kerajaan, dan pada Ahad berkata, Malaysia yang satu masa dulu pernah menikmati pertumbuhan ekonomi pesat, perlu menjenamakan dirinya semula.

Rafidah hari ini berkata, sistem persekolahan juga mesti dirombak supaya pelajar dididik dengan nilai yang betul seperti integriti dan kejujuran.

Ditanya sama ada Bajet 2016 menepati sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi, Rafidah berkata, tidak perlu terlalu teruja mengenainya, memandangkan ia hanya satu perancangan kewangan untuk setahun.

Sebaliknya, katanya, perhatian perlu lebih diberi kepada strategi jangka panjang untuk bergerak menuju 2020.– 27 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

Masa untuk nilai semula Malaysia, ubah pemikiran, kata Rafidah

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz berucap di persidangan anjuran Institut Akauntan Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 27 Oktober, 2015.Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz berucap di persidangan anjuran Institut Akauntan Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 27 Oktober, 2015.
Malaysia perlu mengenal pasti faktor yang membuatkannya ketinggalan di belakang dan menentukan sama ada ia satu realiti atau sekadar persepsi orang ramai, kata bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz hari ini. Bekas ketua Wanita Umno yang lantang menyuarakan pandangannya itu berkata, negara perlu menilai semula bidang yang perlu dilakukan perubahan, sambil menambah transformasi tidak boleh berlaku dalam bilik persidangan, seminar atau makmal.
"Anda mesti mempunyai negara maju dipadankan dengan masyarakat yang boleh berfikir ke depan, yang tidak ketinggalan daripada segi apa yang dijangkakan sebuah negara maju," katanya kepada pemberita selepas berucap pada satu persidangan anjuran Institut Akauntan Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, yang pertama perlu diubah ialah pemikiran, dan Malaysia harus berhenti mempolitikkan isu penting. "Pemikiran mengubah segalanya.
"Kita mempolitikkan pendidikan sehingga merugikan generasi masa depan kita, kita mempolitikkan isu berdasarkan jurang perkauman.
"Kita mempolitikkan isu berdasarkan kepada siapa kita bercakap, ini sangat memecahbelahkan, kita mempolitikkan isu, ini sangat tidak baik untuk rakyat dan negara ini," katanya.
Rafidah mutakhir ini lantang di media sosial mengenai isu semasa yang menjejaskan Malaysia, termasuk kemelut politik negara dan kurangnya keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
Beliau menggesa pemimpin negara menyediakan jawapan yang jelas kepada tuduhan salah laku melibatkan kerajaan, dan pada Ahad berkata, Malaysia yang satu masa dulu pernah menikmati pertumbuhan ekonomi pesat, perlu menjenamakan dirinya semula.
Rafidah hari ini berkata, sistem persekolahan juga mesti dirombak supaya pelajar dididik dengan nilai yang betul seperti integriti dan kejujuran.
Ditanya sama ada Bajet 2016 menepati sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi, Rafidah berkata, tidak perlu terlalu teruja mengenainya, memandangkan ia hanya satu perancangan kewangan untuk setahun.
Sebaliknya, katanya, perhatian perlu lebih diberi kepada strategi jangka panjang untuk bergerak menuju 2020.– 27 Oktober, 2015. 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/masa-untuk-nilai-semula-malaysia-ubah-pemikiran-kata-rafidah#sthash.geevDzlF.dpuf

Najib makin lantang mendendangkan lagu ‪#‎POTA‬ dan ‪#‎SOSMA‬

Posted: 27 Oct 2015 07:00 PM PDT

Guruyaya OK Papazi's photo.

Nampaknya makin ‪#‎takdateloq‬ lah suara2 sumbang yang mahu menentang Najib bila sejak akhir2 ini Najib juga makin lantang mendendangkan lagu ‪#‎POTA‬ dan ‪#‎SOSMA‬

#Pota berkuat kuasa secara rasmi mulai 1 September 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini berhujah Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) selari demokrasi.

"Saya percaya prinsip pencegahan pencegahan sudah tentu diperlukan untuk kita bagi memastikan tiada aksi keganasan berlaku di Malaysia dan bumi kita […]

"Tahanan pencegahan selaras dengan demokrasi, kerana demokrasi hormat pada kedaulatan undang-undang, hormat kehidupan sebagai prinsip asas dalam hak asasi manusia," katanya.

Mengaitkan dengan perlindungan terhadap nyawa manusia, Najib menegaskan kerajaan tidak akan teragak-agak bertindak tegas terhadap pihak yang mengancam nyawa orang ramai.

Beliau berkata demikian dalam majlis makan malam di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Patutlah Hassan Arifin Di Lantik Pengerusi Kira-Kira Wang Negara (PAC).. Ini Sebabnya

Posted: 27 Oct 2015 06:30 PM PDT


Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin memberitahu Dewan Rakyat bahawa kejatuhan nilai ringgit baik untuk masyarakat luar bandar. 

Ini kerana, kata Hasan (BN-Rompin), keadaan itu menyebabkan harga komoditi meningkat. 

Hasan berkata demikian ketika mencelah perbahasan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) berkaitan belanjawan 2016 yang dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lepas. 

Pasaran komoditi kini tidak menentu dengan harganya jatuh sepanjang tahun sebelum pilih semula pada Oktober.

Harga Minyak sawit mentah (CPO) ditutup tinggi minggu lepas sementara pasaran getah pula bercampur-campur. 

CPO bagaimanapun akan dipengaruhi oleh pergerakan ringgit, menurut peniaga.

Sementara itu, Hasan Arifin berkata kerajaan tidak patut menyuntik wang untuk menstabilkan nilai ringgit. 

Beliau bagaimanapun tidak mengulas panjang selepas Rafizi tidak lagi memberi laluan kerana kesuntukan masa.


Addin:

Patutlah Hassan Arifin dilantik Pengerusi PAC.. macam Hassan Malek jugak..

PAS Kompom Bekerjasama Dengan BN

Posted: 27 Oct 2015 06:00 PM PDT

Pas Ulangi Pendirian Bekerjasama Dengan BN 

PAS sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun menegaskan bahawa parti itu tidak berhasrat untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan parti pemerintah itu.

"Kita sedia bertemu kerajaan. Ini sikap kita sebagai parti pembangkang kerana kita mahu pelihara hubungan rakyat.

"Bukan satu step (langkah permulaan) sudah banyak step kita sertai kerajaan campuran...masuk BN keluar BN.

"PAS bekerjasama dengan perkara baik, tak kerjasama dengan perkara yang tak baik," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Selain itu Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, PAS memilih untuk tidak bertindak secara agresif dalam berhadapan musuh politiknya.

"PAS akan terus menjadi pembangkang dan tidak akan sesekali menyertai BN. PAS akan menjadi pembangkang yang menerang bukan menyerang. Itu pendekatan yang kita ambil," katanya.

Ditanya sama ada PAS sedia bekerjasama dengan kumpulan serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), Abdul Hadi bagaimanapun menolak sebarang usaha ke arah itu.

"PAS tak akan menyertai sebarang langkah yang tidak berteraskan Islam dan tidak mencapai matlamat.

"Kita tidak ada harapan dengan Harapan yang tak sampai destinasi. Bas ekpress nak pergi kuantan, tapi tersekat tengah jalan di Kuala Lipis," katanya.

 Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
ariff@thestar.com.my

INFO KESIHATAN

Posted: 27 Oct 2015 05:30 PM PDT

Resepi Sheila Rusly's photo.

\
Inilah yang Terjadi Pada Tubuh Anda Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi.

Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu
Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.

Sebagai 'ubat kurus' kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai 'pembersih' hati
Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.

Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?

Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi

Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan 'pembersihan' yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
Lain-Lain Keistimewaan Lemon:

Menghilangkan acne

Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar
Caranya:

Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. 

Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa

Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)

Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.
Menghilangkan rasa takut dan cemas

Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.

Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?

Caranya:
Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.
Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE)

Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni
Caranya:

Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa

Bye-bye demam


Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.

Caranya:

Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.

Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!

Selesema dan Sakit Tekak

Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak

Caranya:

Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.


Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan
Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)

Caranya:

Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas.
Biarkan semalaman.


Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan. 


Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema


Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit
Caranya:

Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi

Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari

Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.

Merawat Keletihan

Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.
Caranya:

Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment

Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza


Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air


Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam


Hypertension

Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.
Caranya:

Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya

Reneh atas api selama 5 minit


Tapiskan dan sejukkan


Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari


Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah


Melegakan sengatan serangga berbisa

Caranya:

Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.

Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu


Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi

Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik

Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil

Menidurkan Insomnia

Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.

Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan
Menyelamatkan perut

Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.

Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
Selamat tinggal Varicose Vein!


Caranya:

Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart

Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang 
suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. 

Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.
Menghilangkan kesakitan

Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari

Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil
Menghilangkan nafas berbau!

Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.

Caranya:

Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
More At : Resepi Sheila Rusly

Kalau Nak Share SILA Komen"SAYA SHARE"Mohon Kerjasama
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)



Selamat mencuba wink emoticon

IBU KAWINI ANAK SENDIRI

Posted: 27 Oct 2015 05:00 PM PDT

Ismaily Bungsu C's photo.

TERINGAT teater barat yang saya lihat di TIM jakarta tentang anak kawini ibunya sendiri tapi awalnya tak tahu.

Tapi kasus di atas saya nonton satu acara bincang yang ibu berbaju hitam jadikan anaknya sendiri sebagai suami dan sudah beranak dua.

Anaknya bicara tadi bersama ibunya sebagai isteri sejak usia 20 tahun hingga melahirkan anak.
Ibu itu ceritanya tadi memang bersuami dan punya tiga orang anak tapi suaminya meninggal maka anak pula dijadikan suami.

Anaknya usaha mengelak tetapi ibunya memaksa hingga punya anak dua.

Kata perempuan berbaju hitam itu ia selalu ingat suaminya yang sudah meninggal dan melihat wajah anaknya maka tanpa malu ia akui seolah suaminya.

Kelihatannnya manusia kini tidak segan2 sama Allah terus bermain sindol2an dengan anak sendiri.
Di sabah juga ada ayah rogol anaknya sendiri hingga punya anak.

Setahu saya sekitar 10 orang mengadu konon bapa bernafsu setan paksa lakukan hubungan sulit dan ada mengandung/lalu punya anak dan sesudah beranak terus saja anaknya itu ke kl dan hilang jejak.



ISMAILY BUNGSU

Buat Semua Pembaca.............

Posted: 27 Oct 2015 04:30 PM PDT

TERKINI !! - DS Anwar Terus Di Zalimi

Posted: 27 Oct 2015 09:00 AM PDT


Zar Ali's photo.
 
Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda: 

"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. 

Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." - 

( Hadis riwayat Hakim - sanad sahih) 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

JAWATANKUASA DISIPLIN UMNO TAK SEHARUSNYA LAYAN ADUAN ISA SAMAD!! shahbudindotcom

Posted: 27 Oct 2015 08:15 AM PDT


Adakah mendesak mana-mana pemimpin meletak jawatan merupakan suatu kesalahan dalam UMNO?

Berikutan tindakan 13 Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang mengadakah sidang akhbar bersama mendesak perletakan jawatan Najib Razak sebagai Perdana Menteri, Ketua UMNO bahagian berkenaan yang juga Pengerusi Felda, Isa Samad dilaporkan akan menghantar laporan kepada Jawatankuasa Disiplin agar sesuatu tindakan dapat diambil terhadap mereka.

Meskipun Isa memberi alasan mereka itu telah mencemar amalan membuat keputusan secara kolektif yang selama ini dihormati, tetapi tentunya punca paling utama "kemarahan"  beliau sehingga mahu tindakan itu diambil ialah kerana desakan itu berkaitan pengunduran Najib.

Tiada sebab lain tindakan itu mahu diambil melainkan Isa merasakan namanya sudah agar tercemar di mata Najib berikutan perbuatan 13 Ketua Cawangan itu.

Lantaran itu, sebagai tindak balas yang mudah ialah melaporkan kepada Jawatankuasa Disiplin di mana jika mereka dipecat atau digantung keahliannya, dapatlah Isa memberi gambaran bahawa UMNO Teluk Kemang yang dipimpinnya sudah kembal solid, padu dan tidak berbelah bagi menyokong serta mendokong Najib.

Jika mereka terbabit membuat desakan lain seperti meminta Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal meletakkan jawatan, atau mendesak Tun Mahathir keluar UMNO misalnya, walaupun tidak dibuat secara kolektif, sudah pasti Isa tidak akan melaporkannya kepada Jawatankuasa Disiplin.

Bahkan tidak mustahil beliau akan mengatakan, itu merupakan hak mereka dan ia kebebasan yang perlu dihormati dalam demokrasi UMNO.

Tetapi kerana itu menyentuh "pemimpin agung" yang sedang berkuasa, maka semuanya mahu dijadikan salah belaka. Itulah UMNO...

Soalnya, adakah suatu kesalahan dan terdapat dalam perlembagaan parti bahawa mendesak Perdana Menteri berundur merupakan perbuatan yang boleh diambil tindakan?

Apakah juga tindakan mereka itu boleh dianggap mencemar UMNO sedangkan niat besarnya ialah untuk menyelamatkan masa depan parti?

Sehingga ini, perdebatan dan perbualan mengenai salah atau tidaknya tindakan 13 Ketua UMNO Cawangan itu masih menjadi pertikaian di kalangan ahli dan pemimpin UMNO sendiri.

Rata-rata mengatakan tiada peruntukan khusus tentang perkara itu, tetapi boleh ditafsirkan sebagai kesalahan kalau dimahukan demikian oleh mereka yang berkuasa mengenainya.

Jika tiada peruntukan khusus mengenainya, maka ada baiknya Jawatankuasa Disiplin tidak melayan sama sekali aduan Isa Samad itu kerana jika semua suara mahu disekat, UMNO akhirnya akan menjadi seperti "syarikat sendirian berhad" saja.

Lagi pun, kini bukanlah era seperti 70an atau 80an lagi di mana semua yang diatas dianggap betul belaka dan tidak boleh ditegur sama sekali. 

Yang mustahak, haruslah disedari bahawa tidak mungkin sokongan 100 peratus boleh diperolehi dan tindakan 13 Ketua Cawangan itu merupakan amaran muhasabah diri kepada Najib dan juga Isa Samad.

Dalam masa yang sama, jika mendesak Najib meletak jawatan mahu dianggap suatu kesalahan, bagaimana pula dengan Jamal Mohd Yunus, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang sudah acapkali membuat desakan yang sama kepada Muhyiddin Yassin?

Tidakkah Jamal sepatutnya lebih dulu diambil tindakan?

Atau adakah, dalam UMNO ini hanya mendesak pemimpin yang sedang berkuasa saja merupakan suatu kesalahan manakala yang sudah habis kuasanya, apa pun boleh saja? 

Hanya pemimpin amanah berani bercakap benar – Mufti Perlis By canang

Posted: 27 Oct 2015 07:30 AM PDT


 
Beliau menghuraikan ungkapan Abu Bakar al-Siddiq 'Benar itu amanah, bohong itu khianat' mengikut keadaan semasa.

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meneruskan siri-siri mengkritik pemimpin negara yang pada pendapat dan pandangannya gagal melaksanakan tanggung jawab dengan baik terhadap rakyat.

Kali ini, beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Maza memperli pemimpin yang suka berbohong dan mengarahkan orang lain berbohong bagi pihaknya.

Tanpa menuju kepada sesiapa secara spesifik, katanya, pemimpin yang suka berbohong bukanlah seorang pemimpin yang baik dan amat malang bagi rakyat yang terpaksa hidup di bawah pembohongan itu.

Beliau memetik kata-kata Abu Bakar al-Siddiq pada awal pelantikan sebagai Khalifah Islam yang berbunyi 'benar itu amanah, bohong itu khianat' dan menghuraikannya berdasarkan keadaan semasa.

"Ternyata bahawa pemimpin jika dia bercakap benar maka itulah amanah beliau.

"Apabila beliau berbohong maka itulah bukti pengkhianatan.

"Hanya pemimpin yang amanah sahaja berani bercakap benar sedangkan pemimpin yang khianat terpaksa berbohong dengan segala bahasa dan helah agar pengkhianatan tidak terdedah.

"Lebih dari itu orang lain juga akan dikerahkan berbohong untuknya maka hilanglah kewibawaan dan hiduplah rakyat di bawah pembohong dan pembohongan.

"Demikianlah mendalamnya maksudnya ungkapan Abu Bakar al-Siddiq itu," tulisnya di Facebook.

Dr Maza berkata, walaupun kata-kata itu ringkas namun hakikatnya ia sesuai merentasi zaman dan tempat.

Beliau dipercayai merujuk kepada senario politik semasa yang digemparkan dengan pendedahan demi pendedahan melibatkan Perdana Menteri dan isterinya yang dikaitkan dengan kontroversi 1MDB.sumber

Ular Dalam Semak Bercakap Berbelit Belit !!

Posted: 27 Oct 2015 06:45 AM PDT

Raziq Penang's photo.

KUALA LUMPUR, Selasa – Demi rakyat, PAS sedia menjalinkan kerjasama dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan meletakkan isu-isu rakyat sebagai keutamaan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata tindakan itu adalah pendekatan terbaru yang diambil berikutan parti Islam itu menolak segala fahaman politik yang berbeza.

PAS Ni Cakap Tak Serupa Bikin ?

Posted: 27 Oct 2015 06:00 AM PDT

Asri Asri's photo.
Reality politik tanah air telah membuktikan tidak ada mana mana parti politik pun yang mampu memerintah secara sendirian tanpa bantuan parti lain.

Hata diKelantan pun kejayaan pas berkuasa kerana bantuan parti lain bermula dgn S46.Jika pas kuat tanpa batuan parti lain sdh pasti mereka mpu menguasai Terengganu dan Kedah.

Kroni dapat RM8 bilion bina hospital RM600 juta’

Posted: 27 Oct 2015 05:16 AM PDT




Rafizi Ramli (PKR-Pandan) hari ini mendakwa kerajaan pada peringkat menganugerahkan seorang tokoh usahawan yang dikaitkan dengan Umno sebanyak RM8.2 bilion bagi pembinaan projek hospital yang hanya bernilai RM599 juta.

Rafizi memaklumkan Dewan Rakyat, bahawa 'hospital super' yang dicadangkan di kampus Universiti Teknolog Mara (UiTM) Puncak Alam.

"Adakah benar bahawa kerajaan akan menganugerahkan projek penswastaan hospital di UiTM Puncak Alam kepada syarikat ini?

"Perjanjian konsesi membabitkan pembinaan sebuah hospital yang berharga RM599 juta sahaja. Tetapi melalui perjanjian itu, kerajaan sebaliknya terpaksa membayar RM8.2 bilion," dakwanya.

Rafizi membuat dakwaan ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara menunggu jawapan rasmi, Malaysiakini tidak akan menyiarkan nama usahawan dan syarikat yang terbabit.

Syarikat itu juga, kata Rafizi, terbabit dalam penswastaan UiTM Shah Alam.

Ia juga dikatakan sedang disaman oleh seorang kontraktor berhubung projek di universiti itu.

- mkini

Video penuh ucapan berani Muhyiddin Yasin mendedahkan kelemahan Najib

Posted: 27 Oct 2015 04:30 AM PDT

 
 
Ucapan berani Muhyiddin tu menyebabkan dia diserang teruk ramai pemimpin utama Umno termasuk Zahid Hamidi yang dilaporkan oleh Bharian sampai minta Muhyiddin keluar Umno secara sukarela.

(Video penuh di akhir artikel)
TheMalaysianInsider melaporkan:
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Putrajaya pernah cuba meluluskan suntikan dana sebanyak RM3 bilion untuk syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, tindakan itu bagaimanapun gagal apabila Jemaah Menteri menolak cadangan berkenaan.

"Selepas pinjam (dari) T Anandha Krishnan RM2 bilion, nak pinjam lagi RM3 bilion. Berapa bilion kita nak pinjam ni?" soal Muhyiddin merujuk kepada RM2 bilion yang dipinjamkan hartawan itu bagi membantu 1MDB menyelesaikan hutang banknya.

"Berniaga apa macam ini, pinjam atas pinjam," katanya ketika berucap pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk 'Berani kerana benar' anjuran akhbar Sinar Harian di Johor Baru hari ini. - TMI.
Malaysiakini pula melaporkan:
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, membidas sesetengah pemimpin Umno sebagai pengecut kerana tidak bersuara dalam isu krisis negara.
Ia mungkin kenyataan paling keras pernah dibuat beliau sejak digugurkan dari kabinet Datuk Seri Najib Razak Julai lalu.

Muhyiddin menyifatkan, ketika negara dalam keadaan kelam-kabut di waktu ini beliau sahaja yang berani bersuara untuk memperbetulkan keadaan.

"Hanya saya seorang bersuara, yang lain buat apa?

"Saudara semua pengecut, takut kena pecat sebagai ketua cawangan, ketua bahagian dan ada juga wakil rakyat.

"Semua orang amat takut untuk bersuara walaupun keadaan negara dalam situasi begini tetapi tak mahu buat apa-apa. Orang luar tanya saya apa sudah jadi," katanya seperti dilaporkan SInar Harian.

Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda; Berani Kerana Benar anjuran Sinar Harian, hari ini. - Mkini.
Ucapan berani Muhyiddin tu menyebabkan dia diserang teruk ramai pemimpin utama Umno termasuk Zahid Hamidi yang dilaporkan oleh Bharian sampai minta Muhyiddin keluar Umno secara sukarela.

Kat bawah ni rakaman ucapan penuh 'Bicara Minda Bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin' dengan tema Berani Kerana Benar yang anjuran SinarHarian.

Pelajar Tingkatan Lima Dirogol Sebelum Dibunuh

Posted: 27 Oct 2015 03:45 AM PDT



Georgetown: Pelajar perempuan tingkatan lima yang ditemui mati di rumah keluarganya di Teluk Kumbar dekat sini semalam, dirogol sebelum dibunuh teman lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad berkata suspek berusia 20 tahun itu memberitahu polis dia melakukan perbuatan itu akibat cemburu kerana pelajar itu mempunyai teman lelaki lain.

"Lelaki itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Bayan Lepas, mempunyai kunci pendua rumah mangsa dan dipercayai masuk ke dalam rumah itu kira-kira 6 pagi semalam.

"Ketika itu, pelajar perempuan berkenaan tinggal bersendirian kerana ibu bapanya pulang ke rumah neneknya di Bayan Lepas. Polis sedang siasat bagaimana lelaki itu mendapatkan kunci pendua rumah berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mayat Intan Suraya Mawardi, 17, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar ditemui terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya yang pulang ke rumah pada 7.30 malam.

Zakaria berkata lelaki itu, yang mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah, ditahan di Teluk Kumbar kira-kira dua jam selepas penemuan mayat pelajar itu dan mengaku membunuh mangsa.


Beliau berkata lelaki itu juga menunjukkan kepada polis tempat dia membuang pisau yang didakwa digunakan untuk membunuh mangsa, iaitu dalam sebuah lubang di kawasan pencawang elektrik sekolah tempat dia bekerja.

"Polis menemui dua pisau dibungkus dalam anak tudung putih yang terdapat kesan darah dipercayai milik mangsa dan siasatan mendapati senjata itu diambil di rumah mangsa. Polis turut menemui semula telefon bimbit mangsa yang dibuang di kawasan tempat kerja suspek itu," katanya.

Menurutnya siasatan mendapati lelaki itu, yang mengenali mangsa sejak awal tahun ini, masuk ke dalam rumah pelajar itu untuk membunuh teman wanitanya kerana marah dan cemburu.

"Mangsa dipercayai dibunuh antara tujuh dan lapan jam sebelum mayatnya ditemui," katanya.

Zakaria berkata ujian air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah dan dia kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Jenazah pelajar perempuan itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Batu kira-kira 5 petang ini. - Bernama/26/10/15

Najib Terkedu Dengan Berita Ini?

Posted: 27 Oct 2015 03:00 AM PDT


Putrajaya dan Umno perlu menunggu tanpa mengganggu siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ketua Pemuda Umno itu berkata, ini supaya kredibiliti siasatan terhadap syarikat sarat hutang itu terjamin.

"Ia masih dalam siasatan. SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sedang siasat. Jadi apa yang diminta PM adalah masa.

"Kita Pemuda punya pandangan dalam isu 1MDB ataupun isu RM2.6 bilion.

"Kita tak boleh kata isu itu selesai. Kalau kerajaan kata isu ini selesai atau Umno cakap isu ini dah selesai ada keraguan sebab kita sendiri yang kata tak ada sebarang masalah, jadi kita kena tunggu," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, jika Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ataupun agensi seperti SPRM sendiri membuat ketetapan, maka akan ada kredibiliti kerana siasatan dibuat pihak ketiga.

"Jadi kita bagi ruang siasatan ini diteruskan."

Sementara itu, beliau berkata tidak ada sebarang sekatan kepada perwakilan untuk membahaskan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion semasa Perhimpunan Agung Umno.

"Dalam 15 tahun saya jadi perwakilan, takda satu pun dalam perhimpunan agung kita letakkan sekatan terhadap perbahasan kepada pembahas-pembahas.

"Jadi bagi saya walaupun kita menghormati tatasusila dan juga tataetika perbahasan, saya rasa tak pernah ada usaha untuk menyekat suara pembahas daripada didengari oleh pucuk pimpinan parti."

 
ADDIN

Ahli Parlimen BN bela Muhyiddin, selar timbalan menteri berkenaan

Posted: 27 Oct 2015 02:15 AM PDT


Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata program 1BestariNet adalah projek seluruh negara yang diterajui mantan menteri pendidikan.

Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh daripada Barisan Nasional (BN) menegur sikap Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari yang meletakkan tanggungjawab kelemahan pelaksaan projek 1BestariNet di atas bahu bekas menteri pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ghapur sebaliknya berkata, kelemahan yang timbul tidak seharusnya dipersalahkan atas bahu seseorang, sebaliknya Putrajaya perlu memikul tanggungjawab tersebut.

"Timbalan menteri kata ada projek (1BestariNet) daripada mantan menteri pendidikan. Kita satu kerajaan, jangan cari mantan, kementerian bukan mantan.

"Kalau begini, lain kali orang akan cakap mantan punya...mana ada mantan punya, mantan itu kerajaan punya, itu kerajaan punya," katanya ketika mengajukan soalan tambahan di Dewan Rakyat ketika sidang Parlimen, hari ini.

Posted by Kedah Lanie

Rajinikanth tiba di Malaysia untuk penggambaran filem Kabali

Posted: 27 Oct 2015 01:30 AM PDT

Sivaji The Bos Tiba Di Malaysia..o




Ketibaan Legenda filem Tamil, Rajinikanth di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut meriah oleh beberapa pihak media tempatan.

KUALA LUMPUR: Legenda filem Tamil, Rajinikanth telah tiba di Malaysia untuk untuk penggambaran filem terbaharunya, 'Kabali'.

Beliau disambut meriah oleh beberapa pihak media tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Satu sidang media ringkas telah diadakan kira-kira jam 6.20 petang tadi di lapangan terbang tersebut bagi menyambut kehadiran Rajnikanth secara rasmi di Malaysia.

Difahamkan, beliau akan berada di sini selama sebulan bagi rakaman filem terbaharunya itu.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Presiden Parti Makkal Sakti, Datuk R.K Ramesh dan ahli Parti Makkal Sakthi Malaysia, Datuk V. Pulainthiran yang juga merupakan pengerusi penganjur lawatan ini.

Sebelum ini, timbul desas-desus berhubung kelewatan dan perubahan dalam jadual penggambaran filem tersebut..



INI THE BOS DI MALAYSIA

YSCFN melaporkan bahawa dalam jadual asal filem itu, ia memerlukan tempoh penggambaran selama tiga bulan di Malaysia.

Namun, faktor keselamatan serta peraturan membabitkan penggambaran di luar negara menjadi faktor kepada keputusan itu diubah pada saat akhir.

Sebaliknya, sebuah set yang "menyerupai beberapa latar belakang Malaysia" sedang dibina.

'Kabali' merupakan filem Rajinikanth ke-159.

Di dalam filem itu, beliau memegang watak ahli akademik, yang dikatakan berdasarkan kepada figura sebenar.

Untuk filem ini, beliau memilih menggunakan krew penggambaran sama yang digunakan dalam pembikinan filem Tamil 'Madras'.

'Kabali' dijangka mula ditayangkan pada April tahun depan.

Pemimpin Utama Syiah Dihukum Mati

Posted: 27 Oct 2015 12:45 AM PDT


Pemerintah Arabia, dalam hal ini Mahkamah Agung Arab Saudi menolak kasasi atas hukuman mati terhadap seorang ulama terkenal Syah, Sheikh Nimr al-Nimr.

Ulama Syiah itu merupakan pendukung para pengunjuk rasa antipemerintah yang dilakukan oleh minoritas masyarakat Syiah pada masa bergejolaknya gerakan prodemokrasi di kawasan Arab yang sering disebut dengan Musim Semi Arab.

Keputusan terbaru ini diumumkan oleh saudaranya, Mohammed al-Nimr, lewat pesan Twitter dan kepada kantor berita AP, dia mengatakan keluarga sudah mendapat informasi tentang keputusan Mahkamah Agung lewat telepon.

Keputusan itu kini memerlukan tanda tangan Raja Salman sebelum diekskusi.

Walau para pendukungnya mengatakan al-Nimr hanya mendukung unjuk rasa yang damai namun dia dinyatakan bersalah dalam dakwaan mengangkat senjata melawan pemerintah.

Kasusnya ini mengangkat kembali masalah pengekangan kebebasan mengungkapkan pendapat di Arab Saudi serta ketegangan antara pengikut Syiah dan Sunni di negara itu.

Awal Oktober, Perdana Menteri Inggris David Cameron meminta agar pemerintah Arab Saudi tidak menghukum mati al-Nimr,  seorang ulama di Provinsi Qatif yang mayoritas penduduknya beragama Syiah.

Kelompok  Syiah di manapun selalu membuat huru-hara, dan berbagai kegiatan yang mengancam kedaulatan negara. Mereka membuat kegiatan yang menciptakan instabilitas di setiap negara Arab. (sasa/aby/voa-islam.com)

JOM KITA HADIR BERAMAI RAMAI !

Posted: 27 Oct 2015 12:00 AM PDT


Zar Ali's photo.