Khamis, 16 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Ali Tinju dibenar ikat jamin RM8000

Posted: 16 Jul 2015 10:00 PM PDT

 
ali-tinju

Dia yang didakwa di Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah


KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dakwaan menyebut perkataan menghasut ketika insiden pergaduhan di Plaza Low Yat, Ahad lalu.

Mohd Ali, 44, atau lebih dikenali 'Ali Tinju' didakwa menyebut lima ayat yang berbentuk provokasi perkauman di hadapan bangunan plaza berkenaan, Jalan Bulan 1, Off Jalan Bukit Bintang, di sini pada 8.30 malam, 12 Julai.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama, membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, Mohd Ali yang diwakili peguam K. Ragunath memohon agar mahkamah menetapkan jumlah jaminan RM5,000 sahaja memandangkan isterinya tidak bekerja, tertuduh sendiri tidak mempunyai pendapatan tetap selain mempunyai lima anak masih bersekolah.

"Dia hanya berniaga kecil-kecilan dan tiada pekerjaan tetap. Dia juga telah direman tiga hari setelah menyerah diri di balai polis Dang Wangi selepas mendapat tahu di akhbar bahawa polis ingin mendapatkan maklumat daripada beliau," kata Ragunath.

Timbalan Pendakwa Raya S. Ravindran bagaimanapun menawarkan RM10,000 sebagai
jaminan.


Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu Mohd Ali tidak dibenar kacau ganggu atau menghubungi saksi pihak pendakwaan dalam kes itu.


-BERNAMA

Pengakuan video tidak dapat bersih imej PM FMT Reporters

Posted: 16 Jul 2015 09:15 PM PDT

 
zam_najib_rahman-dahlan_600

Kenyataan Rahman Dahlan dikatakan hanya untuk menenangkan hati PM untuk sambut Hari Raya

PETALING JAYA: Pendedahan Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa beliau mempunyai bukti rakaman video pengakuan yang menunjukkan niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan tidak dapat membersihkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, berpendapat Ahli Parlimen Kota Belud itu membuat perhitungan salah kerana menolak realiti yang berlaku di peringkat akar umbi.

Jelasnya, banyak lagi isu lain yang membelenggu kepimpinan sekarang dan bukan setakat laporan Sarawak Report mengenai skandal dana 1MDB.

"Ini adalah oleh kerana Najib tidak sekadarkan 1MDB tetapi Najib adalah bayang-bayang penghapusan ISA yang menimbulkan berbagai masalah dalam keretakan hubungan kaum sekarang dan kegagalan kawalan keatas media internet.

"Najib adalah flip flop Akta Hasutan, Najib adalah ketidak setabilan ekonomi, Najib adalah kejatuhan ringgit , Najib adalah GST, Najib adalah harga minyak,Najib adalah Lahad Datu, Najib adalah Obama, Najib adalah Rosmah," tulisnya di entri terbaru beliau, zamkata.blogspot.com.

Beliau berkata persepsi negatif rakyat daripada pelbagai kaum dan peringkat terhadap Perdana Menteri tidak mudah untuk ditukar.

Ia sama payahnya untuk menukarkan persepsi baik terhadap Anwar Ibrahim sebagai pemimpin besar Islam kepada pengamal seks bebas.

"Biarpun video sexnya diperlihatkan oleh TV dan media sosial disamping jam tangan Omega sebagai bukti tetapi rakyat tetap tidak mahu percaya kerana keyakinan kepadanya berakar umbi di kalangan rakyat biasa.Imej isterinya yang sederhana dan merendah diri membantu simpati kepadanya," tulis beliau.

Menurut bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia itu, dalam kes Anwar sukar untuk meyakinkan yang buruk terhadapnya tetapi dalam Kes Najib sukar untuk meyakinkan rakyat yang baik terhadapnya kerana Najib tidak datang dari rakyat biasa.

"Betapapun Najib cuba untuk menunjukan sifat kerakyatanya tetapi imej elitis kedua suami isteri mengatasi imej semula jadi rakyat biasa yang ada pada Anwar Ibhrahim, Abdullah Badawi dan Mahathir Mohamad," katanya.

Bagi Zainuddin, zaman kepimpinan yang bersifat kebangsawanan telah berakhir selepas Tun Hussein Onn dan apa yang dilakukan Rahman hanya dapat membantu Najib menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tenang.

Sirul ajak ibu beraya di Australia - Adam Abu Bakar

Posted: 16 Jul 2015 08:30 PM PDT


sirul
Mak Piah tidak dapat memenuhi permintaan itu kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

PETALING JAYA: Ibu bekas anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Koperal Sirul Azhar Umar tidak dapat memenuhi hasrat anaknya untuk berjumpanya pada bulan Syawal ini.

Menurut Piah Ahmad, 73, permintaan untuk ke Australia itu terpaksa ditolak berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.

"Dia minta supaya Mak Piah datang ke sana, tetapi cukuplah. Mak Piah sudah tidak larat lagi. Mak Piah tidak sihat,"

"Dia (Sirul) tanya apa khabar, kemudian Mak Piah cakap, tak sihat sakit lutut. Lutut belah kanan tak mahu lega. Hinggakan pergi sembahyang terawih pun pakai tongkat," katanya dalam temu ramah ekslusif dengan FMT.

Ibu kepada tujuh orang anak itu menceritakan walaupun anaknya kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood Sydney, hubungan kekeluargaan antara mereka tetap akrab malah semakin rapat.

Jelasnya di sepanjang bulan Ramadan ini, Sirul kerap menelefonnya.

"Depa 'free' je telefon dari sana (Australia) ke sini (Malaysia). Sirul juga beritahu, dia di sana sering berbuka lauk berasaskan kambing.

"Dia ditahan sekali dengan orang Arab Muslim, sebab itu dia selalu masak kambing," katanya yang dikenali sebagai Mak Long di kalangan orang kampung.

Dalam temu ramah yang berbaur sedih dan gembira Mak Piah turut berkongsi topik perbualannya dengan Sirul.

Dia memaklumkan kepada Sirul bahawa kini dia sedang mengubah-suai rumahnya.

"Dia tahu, Mak Piah sedang buat rumah. Rumah Mak Piah sekarang ini masuk anai-anai," katanya.

Dalam laporan selanjutnya, Mak Piah yakin anaknya tidak bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pangkat Datuk Dan Gelaran Doktor Bukanlah Jaminan Ulamak PAS Itu Cerdik

Posted: 16 Jul 2015 07:30 PM PDT

 
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berharap pemimpin progresif parti itu yang berhasrat meninggalkan mereka tidak lupa pada sokongan anggota.

Katanya, ini termasuk anggota PAS yang bekerja keras dan menyumbangkan wang ringgit bagi memenangkan mereka dalam pilihan raya.

Beliau mengingatkan bahawa kemenangan kumpulan progresif bukan dari hasil titik peluh mereka sendiri sebaliknya daripada sokongan semua pihak, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang lapor Harakahdaily.


*** Lebai-lebai PAS kena ingat juga.. Yang menangkan calun PAS dalam PRU yang lalu bukan semua ahli PAS, antara mereka termasuk ahli DAP yang lebai-lebai PAS dok maki hamun dan putuskan hubungan tu.

Lain kali kalau nak bercakap eloklah guna otak, jangan guna siku dan lutut. Walaupun bergelar ulamak yang ada pangkat doktor tak menjamin seseorang itu tidak bebal dan bodoh.

----------------------------------------------

Sudah-Sudahlah Mengungkit - Khalid Samad


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad tidak perlu mengungkit sumbangan memenangkan kumpulan progresif parti itu sebelum ini.

Ini kerana, kata bekas anggota jawatankuasa pusat PAS itu, kumpulan progresif juga turut menyumbang tenaga untuk calon-calon mereka di kawasan lain.

"Tidak patut ungkit mengungkit, habis pahala saja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Khalid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mahfodz yangmengingatkan pemimpin progresif parti yang berhasrat meninggalkan PAS agar tidak lupa pada sokongan anggota yang bekerja keras dan menyumbangkan wang ringgit bagi memenangkan mereka dalam pilihan raya.

Mahfodz turut mengingatkan bahawa kemenangan kumpulan progresif bukan dari hasil titik peluh mereka sendiri sebaliknya daripada sokongan semua pihak, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, ADUN Hulu Kelang Saari Sungib berkata anggota PAS seolah-olah terperangkap di dalam satu "doktrin ulama sentiasa benar" dalam membuat keputusan dan kenyataan.

Malah katanya tidak timbul soal ungkit mengungkit yang dibangkitkan oleh Mahfodz kerana katanya dalam pilihanraya umum lalu, beliau turut menyumbangkan wang simpanan peribadinya dalam kempen rakan-rakan dan dirinya.

"Memang dalam pilihanraya ada orang beri sumbangan nasi bungkus, pasang bendera… tetapi dalam DUN memerlukan RM100,000 sejak pilihanr aya umum lalu, bagaimana mahu dapatkan duit, sayalah, duit simpanan sikit, kawan-kawan dari NGO.

"Kita (anggota PAS) terperangkap di dalam satu doktrin ulama seolah-olah di bawah kepimpinan ulama semua betul," katanya.

- mkini


Posting Mokhtar Senik Dewan Ulama PAS Jadi Bahan Ketawa Di Facebook

Posted: 16 Jul 2015 06:45 PM PDT













Konspirasi menutup skandal 1MDB tidak akan berjaya – Rafizi FMT Reporters

Posted: 16 Jul 2015 06:00 PM PDT

 
rafizi

Dia mendakwa segala maklumat mengenai skandal itu telah jelas dan ia diperolehi hasil jawapan yang telah diberikan Menteri Kewangan di Parlimen.


PETALING JAYA: Konspirasi untuk menutup skandal 1MDB tidak akan berjaya kerana faktanya terlalu jelas, kata Rafizi Ramli.

Naib Presiden PKR berkata, dakwaan kononnya dia dan Tony Pua serta beberapa pemimpin pembangkang lain termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh berkomplot dengan Sarawak Report hanyalah cubaan untuk mengalih isu sebenar.

Katanya, dia tidak pernah kenal apatah lagi bekerjasama dengan bekas pekerja Sarawak Report, Lester Melanyi, yang didakwa telah membuat pengakuan kononnya pemimpin pembangkang menjadi dalang untuk memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tidak pernah berhubung atau berbincang dengan Clare Rewscastle Brown, pengendali Sarawak Report mengenai 1MDB.

"Sepanjang kerjaya saya, saya hanya pernah bekerjasama dengan Sarawak Report dalam satu kes iaitu skandal pembalakan di Sabah yang melibatkan sogokan RM40 juta yang didakwa melibatkan seorang bernama Michael Chia dan pimpinan kanan Umno Sabah", katanya dalam kenyataan media.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, jawapan-jawapan yang diberi Menteri Kewangan sendiri yang memerangkap Perdana Menteri dalam isu 1MDB apabila banyak maklumat itu bercanggah.

"Saya yakin konspirasi ini tidak akan berjaya kerana skandal 1MDB ini terlalu besar dan faktanya terlalu jelas untuk ditutup.

"Apakah selepas ini Datuk Rahman Dahlan (Pengarah Strategik BN) akan membuat satu lagi pendedahan kononnya saya juga mempunyai kuasa mengarahkan Asian Wall Street Journal (AWSJ) untuk menulis mengenai 1MDB?," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, tuduhan terhadap pemimpin pembangkang tidak boleh dipercayai kerana tiga individu yang membuat dakwaan iaitu Abdul Rahman, Ramesh Rao dan Lester Melanyi mempunyai kepentingan peribadi.


Katanya, Abdul Rahman selaku Menteri perlu membela Najib untuk kekal dalam Kabinet walaupun kalah pemilihan Ketua UMNO Kota Belud, Sabah, manakala Ramesh Rao pernah melobi untuk jawatan Senator menggantikan P. Waythamorth.

"Lester Melanyi adalah seorang bekas wartawan yang pernah menimbulkan kontroversi dan mengundang kemarahan umat Islam dalam tahun 2006 dahulu apabila sebagai editor, akhbarnya Sarawak Tribune menyiarkan kartun Rasulullah sebagai pengganas," katanya.

Rafizi berkata, dia telah mengarahkan peguam-peguamnya meneliti dengan tujuan mengambil tindakan saman terhadap Ramesh Rao dan individu-individu lain dalam masa yang terdekat.

Selamat Hari Raya...Ini Hadiahku, Teruskan Jihad Hingga Hari Kiamat! Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 16 Jul 2015 05:30 PM PDT

 

TERFIKIR-FIKIR aku, apa hadiah hari rayaku untuk pelayar-pelayar weblogku yang budiman..

Hadiahku Hanya Ucapan..
Kepada yang Islam kita diamanatkan, 'Teruskan Jihad Hingga Hari Kiamat'.
Kepada Yang Non Islam, 'Fahamilah Kalimah Jihad, Untuk Damai Bukan Untuk Jadi Teroris..'

Sikit Huraian..
Dalam Al-Qur`an disebutkan,


  • "Wahai orang-orang beriman! Barang siapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum; Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan tidak takut terhadap celaan orang yang suka mencela." (QS. Al-Maidah: 54)

Ayat di atas menyebutkan bahawa salah satu sifat kaum yang dipuji oleh Allah adalah mereka 'berjihad fi sabilillah'. Jihad fi sabilillah pada ayat di atas diungkapkan dengan menggunakan fi'il mudhari (akan kerja yang sedang dan atau akan dilakukan).

Salah satu dari fungsi dari fi'il mudhari' adalah untuk menyatakan suatu perbuatan yang akan terus terjadi. Dengan demikian, ayat ini mengisyaratkan bahawa jihad akan terus ada dan terjadi selama Islam dan umat Islam masih ada di muka bumi ini. (Yusuf Al-'Uyairi, Tsawabit 'ala Darb al-Jihad)
  • Selain pada ayat sebelumnya, pada ayat lainnya Al-Qur'an juga menyebutkan, "Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah dan agama hanya bagi Allah semata …" (QS. Al-Anfal: 39)
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
Maaf zahir batin.

  
 
 
Ikhlas dari:
 
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        
15 Julai 2015 KL

PERUTUSAN : Pengerusi Gerakan Harapan Baru

Posted: 16 Jul 2015 05:00 PM PDT

SELAMAT HARI RAYA - MAAF DZAHIR & BATHIN

Posted: 16 Jul 2015 04:30 PM PDT


Takbir raya didepan penjara Sg Buloh. muga Dsai terus tabah dan sehat. ~ masih ramai yang sayang ~

Posted: 16 Jul 2015 04:00 PM PDT

CONTOH TERBAIK Dari Menantu Presiden PAS ?

Posted: 16 Jul 2015 01:36 PM PDT

 

Gara-Gara Parti Harapan Baru, Din Ayam Maki Hamun Rafizi



Ahli Jawatankuasa PAS Zaharudin Mohamad (gambar, bawah) menyifatkan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebagai kurang ajar kerana mencampuri urusan dalaman parti Islam itu.

Menantu kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu marah kerana Rafizi menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB) walaupun majoritinya masih ahli parti Islam itu.

"Rafizi jangan campur urusan PAS. Nampak Rafizi ni gelojoh seperti orang terkencing sebelum sampai tandas," katanya.

"Selagi Gerakan Harapan Baru belum keluar PAS dan belum bercerai rasmi, maka kenyataan Rafizi saya anggap campur tangan dan kurang ajar," kata Zaharudin.

Menantu kepada Hadi itu juga merupakan ketua unit hal ehwal agama Kumpulan Perangsang Selangor, sebuah syarikat kerajaan negeri.

Menurutnya, jika GHB sedang tarik ahli PKR menyertainya, tiada masalah untuk Rafizi membuat kenyataan terbuka seperti itu.

"Tetapi sekarang GHB sedang giat tarik ahli PAS menyertainya bukan PKR atau Umno," kata Zaharudin melalui Facebook beliau.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang menyokong GHB dan akan menyertai jelajah seluruh negara.

Zaharudin juga cuba memecahkan PKR dengan berkata pandangan Rafizi itu berbeza dengan pandangan timbalan presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

"Berdasarkan Kajang Move, saya tidak nampak ini keputusan PKR atau Rafizi sendiri kerana itu adalah game kumpulan Rafizi yang di'mastermind'kan dan diwarnai Rahim Ghouse, seorang tegar IRC.

"Sebab itu kenyataan mereka sering tidak sehaluan dengan Azmin dan lain-lain," tulis Zaharudin.

Selepas ini, katanya, beliau akan mengulas beberapa isu lagi berkenaan grand design IRC dan modus operandi mereka.

IRC adalah merujuk kepada kumpulan Islamic Representative Council (IRC) yang ditubuhkan di United Kingdom oleh pelajar Malaysia di sana yang berbeza pandangan dengan PAS.

Ia dilabelkan sebagai kumpulan yang cuba memasuki PAS dan lain-lain pertubuhan politik termasuk Umno dan menguasainya dari dalam.

Teori ini menjadi pegangan sesetengah pihak sehingga ketengangan sentiasa berlaku dalam parti itu apabila wujudnya 'siege mentaliti' seolah-olah kumpulan Islam lain cuba menguasai PAS di kalangan mereka.

Menjelang pemilihan lalu, ramai pemimpin PAS dilabelkan sebagai 'orang IRC' dan meminta perwakilan 'menghalau' mereka termasuklah Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Mohd Hatta Ramli dan ramai lagi pemimpin kumpulan progresif.

"Saya sedang cari kenyataan rasmi Hasanudin (timbalan presiden Ikram) atas nama Ikram yang senada dengan Rafizi," kata Zaharudin lagi cuba mengaitkan Rafizi dan Rahim sebagai kader IRC untuk menghancurkan PAS.

Ikram adalah kesinambungan dari IRC yang ditubuhkan selepas Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebelum ini. – 16 Julai, 2015.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SELAMAT HARI RAYA DARI ANWAR

Posted: 16 Jul 2015 06:00 AM PDT






UCAPAN DARi

PENJARA


Anwar sampaikan ucapan Aidilfitri melalui klip video lagu 


Meskipun berada di tirai besi, pengguna media sosial berpeluang mengikuti ucapan dan amanat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena sambutan Aidilfitri yang disampaikan menerusi video yang menyentuh hati.
Video berdurasi hampir empat minit itu dibahagikan kepada tiga segmen iaitu sajak nukilan Anwar, lagu yang dinyanyikan Nik Jidan daripada kumpulan BangsArt dan lirik oleh aktivis Hishammuddin Rais serta amanat ringkas bekas ketua pembangkang itu.
Rentetan perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa, Reformasi 1998, pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan keputusan penghakiman Liwat II turut diabadikan menerusi lagu yang disampaikan.
Anwar menerusi sajaknya berkata, walaupun beliau kini dipenjarakan, namun isu semasa seperrti permasalahan pemimpin negara dan keluh kesah rakyat masih didengarinya.
Katanya penghujung Ramadan dijadikan peluang terbaik untuk bermunajat kepada Allah walaupun berdepan suasana kemarau di penjara. 
"Saya kini kembali menerkam dalam kenangan jerejak besi. Keheningan sendirian dan panas musim kemarau namun dimanfaatkan seluasnya untuk bermunajat di akhir Ramadan.
"Masih terdengar suara mendesir di luar sana. Penguasa bergelut soal dana, harta dan kemewahan.
"Rakyat bergelut kenaikan harga barang dan kesempitan hidup‎," kata Anwar menerusi sajak yang dimuatkan dalam video itu.
Hishammuddin berkata, video yang proses pembikinannya memakan masa tiga hari, berjaya disiapkan hari ini dan terus dimuat naik ke laman sosial YouTube.
Katanya, ‎video itu diterbitkan kerana ia merupakan medium paling mudah untuk menyampaikan ucapan Aidilfitri Anwar kepada semua umat Islam dan semua kaum di Malaysia.
"Sajak itu ditulis‎ pada Selasa. Kami dapat ucapan dahulu dan kami diberitahu sajak akan sampai kemudian.
"Daripada sajak dan ucapan itu kami mengorganisasikan bayangan dalam penjara," katanya yang mendapat bahan berkenaan daripada salah seorang peguam Anwar.
Anak kepada Anwar, Nurul Izzah dan Nurul Nuha gagal dihubungi The Malaysian Insider untuk memberikan komen berhubung video tersebut. – 16 Julai, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-sampaikan-ucapan-aidilfitri-melalui-klip-video-lagu#sthash.PA7awed9.dpuf






--------------------

SELAMAT HARI RAYA

Posted: 16 Jul 2015 04:00 AM PDT





SELAMAT 

HARI RAYA
tahun ni gwa balik kampong

 mereka yang raya di kl
gwa ucakpan
selat hari raya bangla


yang balik kampong
hati hati dijalan raya

kepad anak anak muda
jangan lupa
lepas raya
kita turun jalan raya





------------

KENALI SIAPA NAJIB

Posted: 16 Jul 2015 02:03 AM PDT





APA KATA 

ZA
TENTANG

NAJiB


"Najib adalah flip flop Akta Hasutan, Najib adalah ketidak setabilan ekonomi, Najib adalah kejatuhan ringgit , Najib adalah GST, Najib adalah harga minyak,Najib adalah Lahad Datu, Najib adalah Obama, Najib adalah Rosmah," tulisnya di entri terbaru beliau, zamkata.blogspot.com. Beliau berkata persepsi negatif rakyat daripada pelbagai kaum dan peringkat terhadap Perdana Menteri tidak mudah untuk ditukar.

 - See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/07/16/video-pengakuan-sr-tidak-dapat-bersih-imej-pm/#sthash.fcG577hx.dpuf

MANTAP 

KAH KAH  KAH


------------

SEDIH TAPI WAJIB TANYA

Posted: 15 Jul 2015 11:30 PM PDT







KENAPA TAK 

TANYA APA 

ISi 

KANDUNGAN

 KOTAK 

HiTAM?


Maimon (tengah) memegang gambar Allahyarham Mohamad Ghafar 
ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Masjid Tanah,
 Mas Ermieyati Samsudin di Masjid Tanah

Trajedi MH17: Ibu sebak kenang anak

ALOR GAJAH - "Selamanya mak cik akan rindukan arwah," kata Maimon Saripan, 74, ibu ketua pramugara MH17, Allahyarham Mohamad Ghafar Abu Bakar yang terbabit nahas, tahun lalu.

Menurutnya, biarpun sudah hampir setahun insiden berkenaan, sehingga kini wajah anak kesayangannya itu masih segar di ingatan termasuk masa dan tarikh peristiwa pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine 17 Julai tahun lalu.

"Bila tiba hari raya, pasti mak cik terasa sebak yang sukar digambarkan.

"Hanya mereka melaluinya akan faham dan bukan mudah untuk kita melupakan insan yang sentiasa ada ketika menyambut raya, tapi kini tiada lagi," katanya.

Menurutnya, walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai pramugara, anaknya itu bukan saja gemar pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama dia dan suami, malah seorang yang ringan tulang dan akan membantu membersihkan rumah sebelum hari raya
.


Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman menunjukkan kotak hitam milik helikopter yang terhempas semalam di Kementerian Pengangkutan hari ini. - Foto Tiewnama

------------------

GAMBAR DAN BERITA MENGELIRUKAN

Posted: 15 Jul 2015 09:22 PM PDT







GAMBAR
MALAYSIAKINI
MENGELIRUKAN

Ketua Umno Bahagian Bagan, Shaik Hussein Mydin telah ditahan oleh polis, demikian dilaporkan oleh Star Online.

Beliau ditahan oleh dua anggota polis pada jam 1.45 petang di luar balai polis Seberang Prai, ketika beliau mahu bercakap dengan pihak akhbar.

Sehingga jam 4.30 petang, difahami Shaik Hussein masih ditahan.

KAH KAH KAH
woit
ada dua pekara disini
1 - polis buat silap
2 - malaysiakini salah gambar
mustahil yang ditangkap
ketua united malays national organisation
kalau ketua MIC
satu dunia boleh percaya

TUUUUUUR





---------------

MAT SERBAN MULA MARAH

Posted: 15 Jul 2015 09:02 PM PDT





KOMENTAR
apabila musuh menyerang
itu bukan tanda tidak baik
itu pekara amat baik
kerana ada garis pemisah
antara  kamu dengan musuh

kamu diserang kerana
apa yang kamu buat
menyakiti musuh

jika musuh tidak menyerang
itu tanda tidak baik
kerana sama ada kamu
membuat pekara salah
atau kamu telah sama setaraf
berkerjasama dengan musuh


Mat Sabu, Salahuddin pengkhianat, PAS akan ambil tindakan disiplin 

Tindakan disiplin bakal dikenakan terhadap bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan bekas Naib Presiden Salahuddin Ayub kerana melanggar perlembagaan parti dengan menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GBH), kata Nasruddin Hassan.
Ketua Penerangan PAS itu dipetik akhbar Sinar Harian berkata, tindakan 2 bekas pemimpin yang tewas semasa pemilihan parti Jun lalu mengetuai GHB atau dahulunya dikenali G18 dianggap satu kesalahan besar dan tidak bermaruah.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mat-sabu-salahuddin-pengkhianat-pas-akan-ambil-tindakan-disiplin#sthash.lOV0MSXb.dpuf


KAH KAH KAH
woit 
mat serban sudah marah
kah kah kah
nak marah ... kah kah
marah laaaa
lagi marah lagi baik
lagi diserang lagi okay

MARAH APA

--------------

UCAPAN DARI PENJARA

Posted: 15 Jul 2015 07:12 PM PDT





UCAPAN DARi

PENJARA