Jumaat, 3 April 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


PM Najib Perdana Menteri Paling Tak Guna Dalam Sejarah Negara ?

Posted: 03 Apr 2015 10:30 PM PDT

'Tahukah anda bila Tun M lantang mengkritik Dato Najib, dia bkn hendak menjatuhkan amno dan BN. Tetapi utk menyelamatkan amno bn dari kalah pru akan dtg.  Kita tgk semasa saat² akhir beliau menjadi pm apabila sokongan kepadanya merosot dia letak jawatan diganti dgn paklah. Bila sokongan rakyat kepada paklah merosot dia jatuhkan paklah dan naikkan najib.   Skrg najib pula dikritik hebat demi menyelamatkan amno bn.   Percayalah selepas pm baru selepas najib akan ada pula kritikan dari tun, sbb pemimpin dari amno memang tak layak memimpin negara.'
Tahukah anda bila Tun M lantang mengkritik Dato Najib, dia bkn hendak menjatuhkan amno dan BN. Tetapi utk menyelamatkan amno bn dari kalah pru akan dtg.

Kita tgk semasa saat² akhir beliau menjadi pm apabila sokongan kepadanya merosot dia letak jawatan diganti dgn paklah. Bila sokongan rakyat kepada paklah 
merosot dia jatuhkan paklah dan naikkan najib. 

Skrg najib pula dikritik hebat demi menyelamatkan amno bn. 

Percayalah selepas pm baru selepas najib akan ada pula kritikan dari tun, sbb pemimpin dari amno memang tak layak memimpin negara.

 

Mahathir calon BN di Permatang Pauh?

Posted: 03 Apr 2015 09:30 PM PDT

Seorang pimpinan Umno peringkat negeri mencadangkan kepada partinya supaya tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang bakal diadakan itu sekiranya Umno atau BN tidak mempunyai calon yang berwibawa. Pandangan pemimpin Umno itu disokong oleh akhbar PB, yang menjadi lidah rasmi parti nasionalis itu.

Mahathir calon BN P Pauh?
Alasan pemimpin Umno itu tidak mahu BN meletakkan calon kerana tidak yakin parti itu boleh menang. Pengundi Permatang Pauh seramai 70,000 katanya berbeza dengan pengundi lain kerana mereka tidak melihat kepada isu pembangunan tetapi lebih berkesan dengan simpati terhadap nasib Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Apa yang dimaksudkan oleh pemimpin Umno itu, bahawa pengundi Permatang Pauh akan mempercayai bahawa Anwar tidak bersalah sebaliknya bekas TPM itu dianiaya dan dizalimi. Kerana itu pilihan raya kecil Permatang Pauh itu tidak akan dimenangi selagi isu Anwar dimainkan.

Apabila pemimpin Umno itu mencadangkan supaya seorang calon berwibawa dan luar biasa diletakkan, berfikiran mungkin dengan cara itu kerusi Permatang Pauh yang dimiliki Anwar sejak tahun 1982 itu akan terlucut.

Dalam mengenali calon berwibawa yang boleh memberi cabaran kepada PKR nanti, saya tidak nampak orang lain melainkan ianya Dr Mahathir Mohamad. Bukankah pihak polis, pendakwa, dan juga mahkamah serta sebahagian besar ahli Umno mempercayai dan menyakini kepada Mahathir Mohamad yang berkaitan tuduhan ke atas Anwar.

Kalau bukan Mahathir yang menjadi orang utama menolak Anwar kerana dikatakan meliwat, sudah tentu orang lain tidak berani untuk menuduh Anwar kerana bukti atau pun proses untuk mendakwa Anwar itu dilihat lemah, longgar serta penuh tektikal. Tetapi apabila Mahathir ketika itu selaku PM sendiri berada di hadapan dan memberi isyarat jelas dengan memecatkan Anwar pada 3 September 1998, maka orang lain menjadi berani dan percaya.

Tidakkah Mahathir seorang yang cukup berwibawa dalam kes Anwar ini? Nah, wajarlah kalau Mahathir diletak untuk menjadi calon BN di Permatang Pauh. Apa lagi waktu ini Mahathir sedang galak menyerang dan hendak menjatuhkan Najib. Beliau juga dikatakan kurang percaya kepada Muhyiddin Yassin untuk mengganti Najib. Begitu juga kepada Tengku Razaleigh Hamzah atau Hishamuddin Husseind dan Zahid Hamidi.

Maka sebaik-baik orang dan tokoh untuk mengganti Najib itu ialah Mahathir. Tidak mustahil kalau Mahathir menang di Permatang Pauh beliau boleh membuat comeback kemudian menaiki takta sekali lagi sebagai PM. Lagipun ramai yang masih bernostalgia kepada era Mahathir yang penuh cemerlang.

Mahathir tidak yakin orang lain mampu memimpin Malaysia dengan baik, kecuali dia, maka elok kalau Mahathir sekali lagi berkorban untuk rakyat dengan menjadi PM.

Dalam masa sama juga beliau boleh menyiapkan canggung untuk anaknya Mukhriz duduk bagi dijadikan legasinya dalam politik. Saya rasa Najib sedia untuk memberi laluan kepada Dr Mahathir bertanding di Permatang Pauh. Apapun kena rujuk kepada Rosmah, tidak begitu Mat? Mat manalah kalau bukan Mat GST. [wm.kl.12:23 t/hari 03/04/15]



Posted by mso.im


Regu Dr M-Ku Li muncul untuk kembalikan 'negara' yang hilang

Posted: 03 Apr 2015 08:45 PM PDT

 

KOMEN: Tujuan mereka adalah untuk memulihkan ekonomi yang merudum dan keadaan negara yang terumbang-ambing kepada haluan yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.

Satu regu dalam Umno dan politik Malaysia telah muncul – antara bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad dan tokoh yang dahulu pernah mencabarnya, Tengku Razaleigh Hamzah.


Objektif jelas regu ini bukan sekadar menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan Mahathir sebagai terlalu lembap, malah mungkin sebagai penjenayah, dan akan menyebabkan Umno BN kalah dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-14. Malah untuk memulihkan, di bawah kepimpinan Tengku Razaleigh, ekonomi yang merosot dan keadaan negara yang seperti tiada nakhoda.

Pada 2 April, sebaik selepas serangan paling tajam Mahathir terhadap Najib, kerabat diraja Kelantan itu menunjukkan sokongannya, dalam satu kenyataan yang dibuat kepada media di lobi Parlimen.

Kombinasi serangan Mahathir dan Razaleigh terhadap Najib memberi petunjuk kepada orang ramai bahawa – ironi untuk Najib, memandangkan beliau adalah anak sulung Tun Razak – pemimpin muda yang muncul di era Razak selepas 13 Mei 1969 kini bergabung untuk memberi kesan kepada haluan Umno dan negara.

Mahathir adalah ahli kanan dalam lingkungan itu, manakala Tengku Razaleigh atau nama timangannya "Ku Li", adalah ahli yang lebih muda.

Kedua-dua pelaksana perubahan ekonomi dan politik yang dicetuskan Razak selepas insiden trauma 13 Mei itu bertembung pada 1987, dalam pertembungan merebut jawatan presiden Umno dan kawalan terhadap parti itu.

Ku Li kalah tipis dalam pertandingan itu.

Satu ironi membingungkan dalam keadaan semasa, apabila peralihan sokongan saat akhir oleh Najib, selaku bakal ketua pemuda Umno, daripada Ku Li kepada Mahathir yang membolehkan Mahathir mengekalkan kedudukannya.

Kini Mahathir mahu Najib keluar daripada bilik nakhoda bagi parti dan negara.

Satu-satunya serangan terbaru Mahathir terhadap Najib adalah berhubung siapa yang memberi arahan membunuh Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh kejam di Shah Alam pada Oktober 2006.

Najib tidak disyaki terlibat dalam pembunuhan itu, namun beliau disyaki terlibat dalam usaha menutup kes itu.

Aspek lain serangan Mahathir adalah hujah sama, betapa Najib secara terlampau salah menguruskan ekonomi, terutama berkaitan badan pelaburan 1MDB yang kini menanggung hutang setinggi RM42 bilion, dan juga tindakan Najib yang terlalu menarik sokonga masyarakat Cina dan mengabaikan orang Melayu.

Walaupun dua polis itu disabitkan bersalah kerana membunuh Altantuya, motif tindakan mereka tidak diketahui. Ia adalah "twist" yang membuatkan orang tertanya-tanya, memandangkan pembunuhan biasanya mempunyai motif, dan pembunuhan paling kejam tidak pernah kekurangannya.

Sejak PRU 2008, Ku Li telah menyuarakan kritikan terhadap keadaan politik dan ekonomi negara, dalam ucapannya di hadapan hadirin yang terpilih.

Secara keseluruhannya, ucapan-ucapan itu bersamaan dengan pendakwaan terhadapa keadaan hari ini, serta rayuan untuk mengembalikan warisan yang hilang.

Kedua-dua Mahathir dan Ku Li mungkin berbeza berhubung perincian warisan ini, tetapi bukan tentang tokoh yang bertanggungjawab mewariskannya: Abdul Razak Hussein yang menurut penerus legasinya mengimpikan sebuah negara yang bersatu, setara dan makmur untuk semua menumpahkan taat setia kepadanya.

- Semut Harian

Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan (4): 'Pembunuh Ke 2 Al-tantuya Mohon... Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 03 Apr 2015 08:00 PM PDT

 
 
Gempar, Ke Arah Bongkar PM Letak Jawatan, 'Pembunuh kedua Al-tantuya mohon semak semula keputusan mahkamah'.
Pembunuh kedua Altantuya mohon semak semula keputusan mahkamah - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pembunuh-kedua-altantuya-mohon-semak-semula-keputusan-mahkamah#sthash.RWeUxQqV.dpuf
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan?   Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir...
Siri 4:

Pembunuh kedua Al-tantuya mohon semak semula keputusan mahkamah.
Ketua Inspektor Azilah Hadri, salah seorang daripada 2 bekas komando polis yang dihukum mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, akan memohon semakan semula terhadap keputusan bersalah Mahkamah Persekutuan.
Peguam Azilah, Datuk Hazman Ahmad berkata permohonan itu sedang dimuktamadkan dan akan difailkan tidak lama lagi, tetapi tiada tarikh akhir ditetapkan.

"Ada beberapa alasan yang sah untuk mengkaji semula keputusan yang dibuat panel 5 hakim itu," katanya kepada The Malaysian Insider apabila ditanya jika Azilah memohon kepada Lembaga Pengampunan untuk menukar hukuman mati kepada hukuman penjara seumur hidup.

Beliau tidak mengulas lanjut alasan permohonan semakan Azilah. Bekas anggota polis itu kini sedang menunggu hukuman mati. Hazman berkata permohonan semakan perlu dilupuskan sebelum sebarang representasi dibuat kepada Lembaga Pengampunan.

Permohonan semakan dibuat di bawah Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan berdasarkan alasan ketidakadilan prosedur, dengan pemohon meminta penghakiman bersalah itu diketepikan dan panel hakim baru ditubuhkan bagi mendengar semula rayuan.

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari, 2015 mengekalkan semula sabitan ke atas Azilah dan Sirul Azhar Umar kerana membunuh wanita berusia 28 tahun itu, pada tahun 2006. Bagaimanapun, Sirul tidak hadir ketika keputusan itu disampaikan dan laporan berita berikutnya mengesahkan beliau berlepas ke Australia pada Oktober lalu.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas berusia 43 tahun itu ditangkap di Brisbane dan ditahan di pusat tahanan imigresen di sana. Bagaimanapun, beliau kemudiannya dilaporkan dilepaskan pihak berkuasa imigresen Australia tetapi pasportnya ditahan.

Sirul juga mengugut untuk mendedahkan semuanya tentang kes pembunuhan berprofil tinggi itu kepada media Australia, dengan mendakwa yang beliau menerima arahan untuk membunuh Altantuya. Menurut laporan media, Sirul tidak akan dihantar pulang ke Malaysia kerana Canberra melarang penghantaran pulang suspek yang menghadapi hukuman mati.

Awal minggu ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses ekstradisi Sirul ditangguhkan kerana ia melibatkan "isu undang-undang yang rumit". Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin juga mendedahkan Pejabat Peguam Negara masih belum memulakan permintaan ekstradisi dengan Canberra, walaupun anak guamnya ditangkap pada 22 Januari.

Katanya, jika permintaan ekstradisi difailkan, permohonan perlu dibuat untuk Sirul hadir di hadapan seorang majistret di Australia. Keterangan dalam mahkamah mendedahkan, Altantuya dibunuh sebelum mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C4 pada 18 Oktober 2006, di pinggir Shah Alam, dekat Kuala Lumpur.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul tetapi dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa dipanggil membela diri.

Kerajaan tidak merayu pembebasannya. Walaupun terdapat sabitan, motif untuk membunuh Altantuya tidak pernah didedahkan. 3 April 2915 Malaysian Insider.

Mungkinkah ada lagi kritikan Dr M ?

Posted: 03 Apr 2015 07:30 PM PDT

 
 
Semua mata akan tertumpu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad apabila bekas perdana menteri itu muncul di khalayak umum buat pertamanya esok selepas membuat kritikan yang pedas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
 
Dr Mahathir dijadual menghadiri sesi khas dengan para pelajar di Cyberjaya bagi membincangkan isu kepimpinan di mana pemimpin veteran Umno itu mungkin membuatkan lagi kritikan pedas terhadap Najib.
 
Acara esok dianjurkan oleh WYSJ (What Youth Should Know), yang dipengerusikan oleh Lawrence Low Kah Guan, yang juga ketua biro pendidikan Pemuda MCA Selangor.
 
Siri kepimpinan global anjuran WYSK yang ada kaitan dengan MCA itu, membariskan Dr Mahathir yang tidak dapat hadir pada persidangannya Sabtu lalu - hari yang sama dengan perkahwinan anak perempuan Najib.
 
Pihak penganjur mendedahkan bahawa Dr Mahathir berada di Jepun tetapi berjanji untuk menghadiri ceramah itu esok sebagai gantinya.
 
Acara esok boleh meletakkan MCA dalam kedudukan yang janggal selepas Ketua Pemudanya, Chong Sin Woon menganggap Dr Mahathir telah 'keterlaluan" dalam serangannya terhadap Najib dan menuntut bekas perdana menteri itu menunjukkan buktinya.
 
Chong turut hadir di persidangan  WYSK minggu lepas tetapi tidak pasti sama ada beliau akan menghadiri majlis itu esok.
 
 
Malaysiakini
 

PKR kutip tandatangan gesa bebas Anwar

Posted: 03 Apr 2015 07:00 PM PDT

 
 
PKR menawarkan premis dan akan menggerakkan jenteranya untuk mengutip sejuta tandatangan bagi mendesak pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara.

Langkah itu diambil sebagai menyambut cadangan mahasiswa yang mengesyorkan petisyen dibuat bagi membebaskan ketua umum PKR itu, menurut kenyataan tiga pemimpinnya.

"Ternyata, orang ramai, mahasiswa, peniaga,  petani,  pekerja,  aktivis, hatta rakyat semuanya boleh sahaja meneruskan usaha murni memperjuangkan kebebasan DSAI (Anwar), ketua pembangkang Malaysia.

"Nescaya, pembebasan beliau melangsungkan pembebasan rakyat," kata dua naib presiden Tian Chua dan Shamsul Iskandar Md Akin serta anggota Parlimen Padang Serai N Surendran.

"Makanya, PKR mendukung sepenuhnya usaha mendapatkan sejuta tandatangan bagi petisyen membebaskan DSAI dan kemudiannya memimpin perubahan politik negara, lantas membebaskan rakyat dari bebanan bertimpa."

Speaker mengumumkan kerusi Permatang Pauh kini kosong setelah gagal mendapatkan pengampunan diraja yang dibuat oleh anggota keluarganya. 
 
 
Malaysiakini 
 

Umno Pmtg Pauh serah nama 3 calon PRK

Posted: 03 Apr 2015 06:15 PM PDT

 
 

Umno bahagian Permatang Pauh telah mencadangkan tiga nama kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih sebagai calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Permatang Pauh.
  
Ketuanya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata beliau telah mengemukakan nama tersebut kepada Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan empat mata di bangunan Parlimen, semalam.
  
"Saya telah pun menjelaskan kepada perdana menteri tentang permohonan kami yang mahukan calon anak tempatan, anak Permatang Pauh.
  
"Bagaimanapun, tidak ada lagi keputusan tentang siapa yang dirasakan sesuai menjadi calon. Saya sudah berikan pandangan kepada perdana menteri dan menyerahkan kepada pucuk kepimpinan untuk membuat keputusan.
  
"Kami akan akur dan menerima siapa sahaja calon yang akan dipilih kelak," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan peruntukan projek bekalan dan peralatan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Permatang Pauh bernilai RM49,500 kepada 19 penerima di Pertubuhan Peladang Kawasan Kampung Pelet, di Bukit Mertajam, hari ini.

Mohd Zaidi berkata dalam pertemuan itu, beliau turut membincangkan perancangan untuk membantu masyarakat di Permatang Pauh yang meliputi pelajar, belia, ibu tunggal dan pembangunan infrastruktur.
  
Kerusi Parlimen Permatang Pauh diisytihar kosong apabila penyandang Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen pada 16 Mac lepas selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon melalui keluarganya pada 24 Feb lepas.
  
Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
  
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berhubung pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh Rabu ini (8 April).
  
Ditanya mengenai unsur sabotaj jika ada calon kecewa kerana tidak dipilih, Mohd Zaidi berkata beliau mengenali secara peribadi semua nama yang dicadangkan itu dan yakin perkara itu tidak berlaku.
  
"Saya nampak lebih ramai orang yang tak mahu jadi calon daripada mahu menjadi calon. Jadi, saya rasa kita boleh selesaikan (jika berlaku unsur sabotaj)," katanya.
  
Pada Pilihan Raya Umum 2013, Anwar mengekalkan kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Permatang Pauh apabila menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.
  
-Bernama

Mawan: Mahathir ada 'bola kristal' sendiri

Posted: 03 Apr 2015 05:45 PM PDT

   

Seorang menteri kanan Sarawak Tan Sri William Mawan Ikom menyifatkan kecaman bekas Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai "hobi" tokoh politik itu.

"Bekas perdana menteri itu sudah mengulas perlabagai perkara berhubung pentadbiran Najib sama ada menyebelahi atau tidak menyebelahinya.

"Mungkin ini hobinya," kata Mawan (kiri), menteri pembangunan sosial negeri.

Dalam sidang medianya, Mawan, presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras), berkata Mahathir berhak mengkritik Najib kerana mempunyai "bola kristal" (tilik nasib) sendiri.

"Saya sangat hormat padanya. Tetapi jangan pula kita menjadi nujum. Semua orang akan terkesan dengannya.

"Kita tidak patut harapkan perkara buruk berlaku pada diri kita. Kita mahukan perkara yang baik, berita baik," katanya.

Beliau merujuk ramalan Mahathir bahawa BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Mawan berkata kerajaan tidak dapat menutup mulut orang ramai daripada mengkritik, terutamanya jika kritikan itu membina.

Mahathir semalam menulis di blog mengkritik pentadbiran Najib daripada pelbagai aspek.

Ia dilihat antara kecaman paling keras diajukan oleh bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.

Perkara itu termasuk membangkitkan persoalan berhubung pihak yang mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, susulan reaksi Najib bahawa perkara itu "mengarut" sebelum ini.

Beliau juga mengulangi amaran bahawa BN akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika Najib terus menerajui parti itu, selain terus mengasak itu 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Mahathir juga berkata semua kaum tidak lagi berdiri di belakang pemimpin nombor satu negara. 



Malaysiakini

MP: GST M'sia bercanggah dengan tujuannya

Posted: 03 Apr 2015 05:00 PM PDT

 
 

Kenyataan perdana menteri bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Malaysia paling banyak pengecualian di dunia ini didakwa bercanggah dengan prinsip kesederhanaan pelaksanaan cukai itu.

"Jaminan itu bercanggah sepenuhnya dan ironinya membuktikan Malaysia masih tidak sedia melaksanakan GST," kata anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Pua berkata senarai panjang barangan berkadar sifar dan dikecualikan menjadikan cukai itu tidak berkesan.

Katanya, ia bercanggah dengan tujuannya untuk untuk menjadi cukai yang berkesan kerana kesederhanaannya.

"(Datuk Seri) Najib Razak, yang juga memegang jawatan menteri kewangan, gagal mengenal pasti fakta bahawa GST lebih berkesan kerana kesederhanaan dan sifar universal cukai itu.

"Ini bermakna cukai GST berkesan kerana ia mengenakan bayaran satu kadar cukai kepada semua barang.

"Hasilnya sebuah sistem cukai yang mudah difahami, mudah dilaksanakan dan murah untuk ditadbir," katanya.









Malaysiakini

UMNO dan PRU 14 - Written by chedet

Posted: 03 Apr 2015 04:15 PM PDT

 
1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul "merepet", tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.


6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.

11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.

12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.

13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.

14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem "Wolf of Wall Street" oleh Riza datang dari mana?

15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.

16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.

17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.

18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.

19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.

22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.

23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.


MAHATHIR MOHAMED

Bekas Wartawan Hiburan, Juwie Meninggal Dunia

Posted: 03 Apr 2015 12:59 PM PDT

 

BEKAS wartawan hiburan, Juwie atau nama sebenar, Abdul Jalil Salleh.


KUALA LUMPUR : Kolumnis hiburan BH, Juwie, 62, meninggal dunia kira-kira jam 10.30 malam tadi di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser prostat.

Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Saleh, terdahulu dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan HUKM pertengahan Mac lalu dan menjalani rawatan penyakit berkenaan sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) apabila kesihatannya tidak stabil.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga dan jenazah akan dikebumikan di sebelah pusara ibunya di Selayang, dekat sini esok.

Juwie memulakan perkhidmatannya sebagai wartawan di akhbar Berita Harian pada tahun 1974 sebelum menyertai Utusan Malaysia pada 1984.

Semasa di Utusan Malaysia beliau terkenal apabila mengendalikan ruangan hiburan iaitu Auw! Juwie menerusi sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.

Allahyarham kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Editor Majalah Mangga pada tahun 1995 di syarikat yang sama sehinggalah bersara pada 8 Julai 2008.

Selepas persaraan itu, Pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Johan Jaaffar menawarkannya untuk menjadi kolumnis hiburan di akhbar Berita Harian pada setiap hari Sabtu yang dikenali Auw Juwie!

Selain bergelar wartawan, Juwie turut aktif dalam bidang penulisan lirik untuk penyanyi terkenal seperti Datuk Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Siti Fairuz, Nassier Wahab, Shidee, kumpulan Gersang, Spring dan May.

Antara karya popular beliau adalah Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi (Ramlah Ram) Bila Rindu Ku Sebut Namamu (Siti Fairuz), Sampai Hati (Spring), Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats), Masih Aku Terasa (Gersang) dan Meraung (New Boyz) dan Kad Ucapan (Norsheila Amin).

Juwie pernah menjuarai Juara Lagu pada tahun 1988 bersama komposer terkenal Datuk Ahmad Nawab menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu nyanyian Ramlah Ram.

Beliau juga pernah menghasilkan novel iaitu Sampai Hati.

Populariti Juwie itu menyebabkan kumpulan rock Bumiputra Rockers (BPR) menulis lagu khas untuk Allahyarham iaitu Juwie Juwie Juwie yang dimuatkan dalam album Selamat Pagi Malaysia yang diterbitkan pada 1987.

Semasa bersara, Juwie banyak menghabiskan masanya dengan aktiviti-aktiviti keagamaan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah.

- kedahlanie


 

Maaf!! janganlah Wan Azizah jadi calon P44, tapi ini dia 2 tokoh hebat kami cadangkan untuk anda buat pilihan

Posted: 03 Apr 2015 01:45 AM PDT

 


Di atas kertas mungkin DSWA calon terbaik utk mengekalkan kerusi P44 : Permatang Pauh ni.. tapi ketika UMNO di hujung nyawa dan kegawatan politik masakini adalah lebih baik PKR menghantar wakil yg lebih vokal utk bergandingan dgn wakil sedia ada bagi memastikan gegaran yg lebih kuat di dlm dewan rakyat..
 
Saya ada dua cadangan satu dari PKR dan satu dari PAS... jadi pakat berbincanglah nak angkat yang mana satu..


M.A Shah, Pemerhati Politik Anda

Mahathir sudah habis cuti, sambung serang Najib MSO

Posted: 03 Apr 2015 01:00 AM PDT

 
 
Hari ini Dr Mahathir Mohamad meneruskan serangan terhadap Najib Razak agar perdana menteri itu berundur. Serangan terbaru Mahathir kepada Najib ialah dengan meminta supaya Sirul Azhar Umar kenapa dia membunuh Altantuya Shaariibuu.

Sirul adalah bekas pegawai peribadi Najib dimana menurut Dr Mahathir mungkin Najib tahu tujuan atau sebab-sebab kenapa Sirul membunuh Altantuya atau pun siapa yang mengupah Sirul. 

Serangan Mahathir itu membenarkan maklumat sebelum ini mengatakan Najib direhatkan seketika untuk tidak dikritik supaya membolehkan beliau menguruskan perkahwinan anak perempuannya.

Majlis perkahwinan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa dengan lelaki Kazakhstan, Daniyer Kesssikbayer sudah pun selesai. Tidak diketahui apakah Dr Mahathir hadir atau tidak di kedua-dua majlis meraikan perkahwinan anak perempuan Najib itu. 

Beberapa minggu sebelum berlangsung majlis perkahwinan anak Najib itu saya mendapat maklumat daripada orang dekat dengan Umno yang mengatakan Najib diberi peluang untuk menyelesaikan perkahwinan anaknya. Kata sumber itu serangan ke atas Najib dihentikan buat sementara bagi menghormati perkahwinan anaknya itu.

Najib juga kata sumber itu bersetuju dengan konsesus untuk berundur apabila majlis perkahwainan anaknya selesai. Najib didakwa "memohon" untuk terus menjadi perdana menteri sewaktu anaknya melangsung perkahwinan.

Najib menurut sumber itu begitu bimbang kalau-kalau semasa perkahwinan anaknya beliau sudah tidak menjadi PM lagi. 
 
Nasib takut apa dialami bekas MB Terengganu Ahmad Said yang tidak menjadi MB ketika beberapa hari anaknya hendak berkahwin menimpa dirinya. Tragedi yang menimpa Ahmad itu dikatakan menjadi phobia kepada Najib.
Sumber dalaman itu menyebut, pihak menyerang Najib termasuk Mahathir bersetuju memberi peluang kepada Najib menjadi PM sehingga perkahwinan anaknya dengan pemuda Kazakhstan itu berlangsung.

Dalam pada itu persetujuan lisan juga dibuat sebelum ini dimana Najib bersedia untuk berundur dengan memberi beberapa syarat. Syarat popuar ialah pastikan orang yang mengambil alih jawatan PM nanti akan melantik sepupunya Hishmauddin Hussein menjadi timbalan perdana menteri.

Dan serangan Mahathir terhadap Najib kini tidak akan berhenti sehinggalah PM itu turun takhta. Deadline yang diberikan untuk Najib berundur sehingga Jun. Pelaksanaan GST yang bermula dua hari lepas bakal dijadikan momentum baru untuk menggertak Najib turun takhta


Kisah Si Pendek Kaki Pembohong..

Posted: 03 Apr 2015 12:15 AM PDT

'Kisah Si Pendek Kaki Pembohong...  Kira-kira 40 peratus daripada aduan yang diterima pada hari pertama pelaksanaan GST pada 1 April membabitkan kad tambah nilai berkenaan.  Konsesi masa berbual tambahan itu tidak boleh diterima kerana kerajaan telah berjanji bahawa syarikat telekomunikasi tidak akan dibenarkan untuk mengenakan GST ke atas kad prabayar.   Jika syarikat telekomunikasi gagal mematuhinya, kerajaan perlu mengambil tindakan ke atas mereka.'
 .
Kira-kira 40 peratus daripada aduan yang diterima pada hari pertama pelaksanaan GST pada 1 April membabitkan kad tambah nilai berkenaan.

Konsesi masa berbual tambahan itu tidak boleh diterima kerana kerajaan telah berjanji bahawa syarikat telekomunikasi tidak akan dibenarkan untuk mengenakan GST ke atas kad prabayar.

Jika syarikat telekomunikasi gagal mematuhinya, kerajaan perlu mengambil tindakan ke atas mereka.

dollah yankee

dollah yankee


GST: Nak tanya pun kena tangkap!

Posted: 03 Apr 2015 07:52 AM PDT



Hari ini telah masuk hari ke-3 KERAjaan telah mencekik kita dengan GST. Seminggu sebelum 1 April hari itu, ratusan rakyat telah memenuhi pejabat kastam di Kelana Jaya dengan 106 soalan yang mahu diajukan kepada pihak kastam.

Malangnya pihak kastam telah bersedia menyambut kumpulan ini dengan pasukan polis. Hampir 80 orang aktivis dan rakyat telah ditahan dan disumbat ke-dalam 'black maria' dan ada yang dicederakan hanya kerana telah memenuhi ruang awam dan menggunakan saluran kaunter pertanyaan pejabat kastam untuk bertanyakan 106 soalan yang dibawa dan yang telah disediakan lebih awal.

Mereka ingin membuat pertanyaan ini sebab mereka tak paham dengan GST ini. Yang peliknya selepas mereka (kastam) gagal menjawab 106 soalan yang diajukan, mereka ini telah ditangkap pak polisi. Gurkah-gurkah politik di'port' menganggap tindakan ini sesuatu yang hodoh.

Jika pihak kastam yang hari-hari bermain dengan cukai pun terketar-terketar dan tak reti nak jawab 106 soalan yang dibawa olih aktivis ini, apa kah rakyat biasa yang lain-lain boleh terima sistem percukaian baru yang dilaksanakan ini?

Macam manalah pak-pak menteri kita boleh kata sistem cukai baru ini telah diterima olih semua rakyat? Apakah nak buat pertanyaan pasal cukai GST merupakan satu ancaman kepada negara?

dollah yankee -
Ketua Pengarah Kastam telah kena 'Boo'.., last sekali dia kata "Parlimen yang perintah,saya hanya lakukan"... 
Kah..Kah..Kah.. dia pun tak reti nak jawab

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Masa Untuk Tun M, Ku Li, Pak Lah dan Musa Hitam Bersatu

Posted: 03 Apr 2015 04:08 PM PDT

SHAHBUDIN HUSSEIN


Sekembalinya daripada luar negara semalam kerana menjalani rawatan mata di Jepun dan tidak menghadiri majlis kenduri kahwin anak perempuan Najib Razak yang gilang-gemilang dan super mewah,  bekas Perdana Menteri,  Tun Mahathir Mohamad tidak menunggu lama untuk meneruskan serangannya kepada Perdana Menteri yang sudah sekian lama ditarik balik sokongannya.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Tun Mahathir mengatakan BN akan kalah dalam pilihanraya akan datang selagi dipimpin oleh Najib kerana ketika ini semua kaum menolak kepimpinannya.

Tun Mahathir juga membangkitkan mengenai siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya, mengenai hutang 1MDB serta pembelian jet baru yang katanya "untuk kegunaan Datuk Seri dan Datin Seri."

Serangan Tun Mahathir kali ini adalah yang paling keras berbanding sebeluknya dan menyeluruh menyentuh pelbagai aspek yang menjadi punca utama penolakan rakyat terhadap UMNO dan BN yang dipimpin oleh Najib.

Sebelum ini, ketika menulis mengenai 1MDB, Tun Mahathir sudah pun menimbulkan beberapa persoalan mengenai kaitan syarikat itu dengan Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Aziz yang mampu menerbitkan filem di Hollywood dan membeli unit kondo mahal di New York.

Tulisan dan kritikan Tun Mahathir kali ini, jika difahami, tidak lain hanya dengan satu tujuan iaitu mahukan Najib berundur atau diundurkan dengan segera jika UMNO dan BN ingin terus mengekalkan kuasa dalam tangannya. 

Secara realitinya dan berdasarkan penolakan pelbagai segmen masyarakat yang makin nyata ketika ini, Najib sememangnya hampir tidak diyakini lagi mampu mencipta kemenangan buat UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.

Najib bukan saja sarat dengan masalah, isu dan kelemahan, bahkan juga mengekalkan segala masalah, isu dan kelemahan itu kekal bersarang melingkari kepimpinannya tanpa menampakkan usaha yang jitu untuk bergerak memperbaikinya.

Yang menariknya, serangan dan kritikan Tun Mahathir kali ini segera mendapat respon positif daripada Tengku Razaleigh Hamzah yang mahukan Najib segera tampil memberikan jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan itu.

Menurut beliau yang lebih popular dengan Ku Li, Tun Mahathir hanya menuntut penjelasan dan sudah sampai masanya Najib memberikan penjelasan agar kebenaran terserlah.

Pendirian senada antara Tun Mahathir dengan Ku Li ini secara umumnya adalah berita gembira kepada mereka yang sayangkan negara ini. Terlihat seolah-olah ada sinar baru untuk menyelamatkan negara ini daripada terus musnah dan binasa melalui pendirian senada Mahathir dan Ku Li ini.

Ketika ini, haruslah diakui bahawa negara kita diuruskan dengan teruk oleh Najib. Hutang negara meningkat, wang 1MDB hilang entah ke mana, ekonomi suram, ringgit jatuh, peluang perniagaan atau pekerjaan terhad, pembaziran serta pemborosan terus berleluasa, tadbir urus kerajaan di tahap paling lemah serta 1001 masalah lainnya.

Yang paling memeritkan ialah, hutang sudah pun sedia menunggu bagi anak dan cucu kita yang belum pun lahir ke dunia ini lagi.

Demi menyelamatkan masa depan negara ini, sebenarnya tidak saja Ku Li yang harus tampil memberi sokongan kepada Mahathir. Tun Abdullah Badawi, Tun Musa Hitam dan lain-lain harus juga berani bersuara dan bersama-sama berganding bahu dengannya.

Sebagaimana Tun Mahathir yang tiada kepentingan apa-apa lagi dalam kehidupannya kerana semua anak-anaknya sudah berjaya dan kaya raya, Tun Abdullah dan Tun Musa Hitam juga akan lebih dihormati dan dihargai jika mahu berganding bahu mulai sekarang.

Semua tokoh-tokoh yang pernah berjasa ini iaitu Tun Mahathir, Ku Li, Tun Abdullah dan Tun Musa Hitam harus melupakan sejarah silam dan tidak lagi terperangkap dengan penjara masa masing-masing. 

Sekarang adalah masa untuk "biduk lalu kiambang bertaut" serta "buang yang keruh dan ambil yang jernih" kerana masa depan negara dan generasi akan datang lebih penting dari segala-galanya. ( 02/04/2015)

NIK AMR:ISU AMANAT NIK AZIZ. INI BUKTI PENJELASAN NIK AMAR. KALAU TAHU NAK KENA TIPU KENAPA NAK LAKSANAKAN.

Posted: 03 Apr 2015 03:57 PM PDT





Amar nafi laporan akhbar berhubung amanat Nik Aziz

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan berkata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan pesanan supaya berbaik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan melalui Facebook miliknya. – Gambar Facebook, 3 April, 2015.  


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan berkata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan pesanan supaya berbaik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan melalui Facebook miliknya. – Gambar Facebook, 3 April, 2015.

 Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan kenyataannya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini, berhubung amanat terakhir Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dikaitkan dengan isu hudud di Kelantan.

Timbalan menteri besar Kelantan itu menafikan berkata yang Nik Aziz meninggalkan pesanan mengingatkan ahli PAS supaya mewujudkan hubungan baik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Beliau membuat penafian tersebut melalui media sosial, mengatakan laporan itu "tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah."


"Merujuk tajuk dan laporan Berita Harian Jumaat 3 April 2015 yang memetik kenyataan saya berkenaan 'amanah Tok Guru Nik Aziz'.

"Dukacita dimaklumkan laporan akhbar tersebut adalah tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah," katanya dalam satu posting di laman Facebook miliknya petang tadi.

Justeru, beliau menyarankan pembaca mendapatkan maklumat yang tepat dan benar dengan merujuk ucapan penuhnya yang terlebih dahulu dirakam oleh pihak penganjur.

Beliau dipercayai merujuk ucapannya dalam satu majlis ceramah penjelasan isu hudud yang diadakan pada 1 April jam 9 malam di Pengkalan Chepa, Kota Baru, Kelantan.

Lapor Berita Harian hari ini memetik kenyataan Amar yang selain mendedahkan apa yang dikatakan amanat mursyidul am PAS itu, beliau juga dilaporkan mengingatkan ahli PAS agar tidak mengkritik Umno kerana parti Melayu itu merupakan pihak yang perlu berurusan bagi membolehkan hasrat kerajaan negeri tercapai.

Hadi, Haron Din lupakan GST? Rakyat akan lupakan mereka!

Posted: 03 Apr 2015 03:20 PM PDT


Oleh: Posted by Riduan Shamsudin & Amiruddin Ahmad

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah pun sempurna dilaksanakan pada 1 April. Pemimpin DAP dan PKR menyerang hebat polisi kerajaan BN ini. Namun tiada satu serangan pun dari kepimpinan tertinggi PAS.

 
PAS seolah-olah merestui GST. Hadi Awang sibuk dengan Hudud. Haron Din melebihkan Hudud sehingga terlajak berkata Pakatan Rakyat tidak lagi penting kepada PAS. Semua ulama-ulama muktabar PAS tidak mengeluarkan kecaman terhadap cukai yang memangsakan rakyat itu.

Hanya Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At Takiri dan Tuan Ibrahim Tuan Man sahaja dari kelompok ulama yang cuba memecah kesunyian berkata GST haram dikutip ketika rakyat hidup menderita. Ulama PAS lain malangnya tidak mengeluarkan hujah. Hero Majlis Syura Ulama seperti Tantawi, Nik Abduh, Zaharudin dan lain-lain diam membisu. Semua ini pelik jika dibandingkan keaktifan ulama PAS ketika era Reformasi 1998 -1999 lalu.

Fatwa tentang kezaliman

Ulama PAS zaman Fadzil Noor mengeluarkan pelbagai pandapat yang sesetengahnya menghampiri fatwa menentang kezaliman kerajaan BN terhadap Anwar. Didedahkan kepada umum kaedah Islam memutuskan hukum liwat, kaedah Islam menentang kerajaan yang zalim dan sebagainya.

Pada era Hadi, Umno dilihat tidak zalim dan tidak perlu ditentang biar apa pun cukai zalim dikenakan. Walaupun tidak diisytihar secara terang-terangan tetapi tindakan Hadi menggambarkan Umno BN perlu diberi peluang kali ini kerana mereka menyokong Hudud di Kelantan.

Adakah Hudud penghalang rakyat menyatakan kebenaran? Memang ianya hukum dari Allah tetapi tidak pernah dalam sejarah Islam Hudud menjadi penghalang kepada rakyat membangkitkan dasar-dasar kerajaan yang menindas mereka.

Hudud bukan segala-galanya dalam pemerintahan. Ia hanyalah sebahagian daripada bentuk hukuman.  Faktor yang menentukan berjaya atau gagalnya pemerintahan adalah keadilan dan kebajikan. Hudud tidak menjamin sesebuah kerajaan tidak akan dijatuhkan rakyat jika bertindak zalim. Malah Nabi Muhammad s.a.w pun lebih banyak memberi amaran agar pemerintah mengasihani rakyat. PAS di bawah Hadi telah melupakan semua itu demi kerjasama Umno – PAS meluluskan Hudud.

Keutamaan berkuasa

Tindakan Hadi ini amat merbahaya kepada masa hadapan PAS. Meskipun Hadi dan ulama PAS lain mengajarkan perlu taat kepada presiden parti dalam apa keadaan sekali pun dan semua yang terjadi ada hikmah disebaliknya, tetapi ahli PAS bukanlah bodoh. Apatah lagi penyokong yang terdiri daripada kaum Cina dan India yang tiada kaitan dengan Hudud.

Apabila harga barang dan kos hidup melambung, pada bila-bila masa mereka boleh beralih daripada mengundi PAS kepada tidak mengundi dan membiarkan sahaja BN menang dalam pilihan raya sebagai tanda protes.

Hadi mengutamakan Hudud tetapi tidak melihat sokongan rakyat sebagai keutamaan untuk PAS berkuasa. Tidak ada parti politik yang mengambil pendekatan PAS kecuali parti yang mahu hancur lebur. Hadi yang berpengalaman puluhan tahun berpolitik tiba-tiba mengikut rentak Haron Din yang telah 'terbiasa' menyokong polisi kerajaan pada era 1980an – 1990an lalu.

Haron memang akan menyokong GST kerana terbukti dalam dua dekad ketika beliau rapat dengan Anwar ketika itu, beliau menyokong kebanyakan dasar-dasar kerajaan. Namun Hadi yang sejak 1980an menentang kerajaan BN dilihat 'buang tabiat' di penghujung usia apabila mengikut nasihat puak Haron dan Dr Zuhdi.

PAS atau apa sahaja parti agama tidak akan disokong oleh rakyat jika mereka memisahkan diri daripada kenyataan hidup semasa. Sekiranya Hadi mahu membawa kepada keadaan yang merugikan ini maka lebih baik puak profesional dalam PAS mencabar kepimpinan Hadi.

Gantikan Hadi

Hadi perlu diganti agar PAS kembali relevan. GST diramalkan oleh bekas Presiden Umno Dr Mahathir akan menyebabkan parti nasionalis itu kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang. Malah tidak kurang di dalam Umno yang meramalkan pemberontakan rakyat akan berlaku sebelum pilihan raya  jika keperitan hidup melampaui batas.

PAS tidak mengambil kesempatan menambah sokongan. Sebaliknya puak ulama dalam parti itu - kerana membalas budi Umno - ingin mempertahankan pula parti yang bertindak membebankan rakyat. Ulama PAS tidak dapat melihat mereka akan survive sekiranya Umno tidak memerintah kerajaan pusat.

Cogan kata  'PAS ganti Umno' tiba-tiba bertukar kepada 'PAS sokong Umno demi Islam'. Langkah berputar ke belakang ini tidak pernah berlaku dalam sejarah PAS kecuali pada awal penubuhan parti itu era 1950an.

Ketika itu, PAS adalah sayap agama Umno sebelum berpisah secara rasmi. Pada 2015, PAS di bawah Haron Din dan Hadi akan sekali lagi menjadi Biro Agama Umno. Bezanya dahulu ia dipimpin oleh Ahmad Badawi, Umno totok yang tidak jelas tahap pendidikan agamanya tetapi kali ini diketuai oleh ulama besar.

Sejuta rakyat di himpunan 1 Mei untuk protes GST

Posted: 03 Apr 2015 06:14 AM PDT

Sejuta rakyat di himpunan 1 Mei untuk protes GST


KUALA LUMPUR 3 April- Sekretariat Kita Lawan akan mengerahkan seluruh kekuatan anak muda bagi memastikan seramai sejuta rakyat Malaysia berhimpun di Kuala Lumpur pada 1 Mei depan bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).






Dalam satu kenyataannya, sekretariat itu menyeru rakyat Malaysia memulakan protes itu dengan berpakaian hitam setiap Sabtu bermula minggu ini.

Demo GST 2 

"Kami juga menyeru agar program-program rakyat, komuniti dan politik yang pro-rakyat yang dijadualkan pada hari-hari Sabtu menjelang 1 Mei 2015 menggalakkan orang ramai memakai baju hitam," jelas kenyataan itu lagi.

GST yang dilaksanakan sejak semalam, menerima reaksi negatif daripada pelbagai latar belakang masyarakat dan bantahan itu turut disuarakan di laman-laman sosial.

Pengenalan cukai tersebut di saat kerajaan melakukan pembaziran, termasuk pembelian jet peribadi untuk Perdana Menteri, jelas menimbulkan kemarahan orang ramai.

Menurut sekretariat itu lagi, protes itu juga bagi menunjukkan tanda setiakawan bersama pimpinan rakyat, aktivis muda dan pengamal media yang diheret ke lokap di bawah Akta Hasutan 1948 baru-baru ini.
"Kami percaya, kerakusan cukai GST mencengkam seluruh rakyat Malaysia.

"Rakyat tidak lagi takut untuk menentang kezaliman ini secara terbuka sedangkan mereka yang berkuasa terus hidup dengan penuh kemewahan," ujar kenyataan itu.

Wan Azizah panggil Pakatan mesyuarat, tumpu agenda bela rakyat

Posted: 03 Apr 2015 06:12 AM PDT

Wan Azizah panggil Pakatan mesyuarat, tumpu agenda bela rakyat

KUALA LUMPUR 3 APRIL: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memanggil semua komponen Pakatan Rakyat bermesyuarat dalam waktu terdekat dengan agenda membela rakyat.
"Saya sedang berusaha supaya satu mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dapat diadakan dalam tempoh dua minggu ini dengan meletakkan agenda pembelaan rakyat sebagai keutamaan teratas," katanya dalam kenyataan.

Menurut Wan Azizah, beberapa agenda utama akan dibincangkan dalam mesyuarat itu nanti meliputi aspek mengawalselia pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk memastikan rakyat tidak terus menjadi mangsa, dan dalam masa sama menyokong segala usaha membantah pelaksaaan cukai tersebut.

WAWI 

Katanya, tindak balas Pakatan Rakyat ekoran siri penangkapan ke atas aktivis, pimpinan politik dan pengamal media yang menunjukkan terhakisnya ruang demokrasi di negara ini juga akan dibawa dalam pertemuan itu nanti.

"Selain itu, kerjasama yang lebih fokus untuk mempercepatkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang masih belum mendapat bantuan sepenuhnya," jelas Wan Azizah lagi.

Sambung Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang itu, persediaan bersama menghadapi pilihan raya yang makin dekat terutama Pilihan Raya Negeri Sarawak, termasuk agenda yang akan dibincangkan.
"Saya percaya rakyat memerlukan pimpinan politik untuk kembali mengangkat agenda membela rakyat dan cuba menangani perselisihan secara berhikmah.

"Ini bukanlah bermakna kita tidak mengambil peduli pergeseran sesama kita, tetapi sekiranya perselisihan itu dibincangkan dengan berpaksikan agenda pembelaan rakyat sebagai keutamaan, saya yakin ia boleh diselesaikan dengan baik," kata Wan Azizah dalam kenyataan.

Beliau turut khuatir dengan beberapa perkembangan mutakhir mengenai Pakatan Rakyat termasuk keputusan DAP dan KEADILAN di Sabah dan Sarawak berhubung kerjasama dengan PAS.

"Sementara saya menghormati kedudukan DAP dan KEADILAN di Sabah dan Sarawak yang mempunyai autonomi, saya berharap agar keputusan-keputusan itu juga dapat dibincangkan dengan lebih teliti di peringkat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat," ujarnya.

"Saya berdoa agar pimpinan Pakatan Rakyat diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk menguatkan saf berhadapan dengan Barisan Nasional dalam keadaan pelbagai masalah masyarakat semakin menekan rakyat Malaysia," katanya lagi

Hadi, Haron Din lupakan GST? Rakyat akan lupakan mereka!

Posted: 03 Apr 2015 05:53 AM PDT

Oleh: Posted by Riduan Shamsudin & Amiruddin Ahmad

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah pun sempurna dilaksanakan pada 1 April. Pemimpin DAP dan PKR menyerang hebat polisi kerajaan BN ini. Namun tiada satu serangan pun dari kepimpinan tertinggi PAS.

 
PAS seolah-olah merestui GST. Hadi Awang sibuk dengan Hudud. Haron Din melebihkan Hudud sehingga terlajak berkata Pakatan Rakyat tidak lagi penting kepada PAS. Semua ulama-ulama muktabar PAS tidak mengeluarkan kecaman terhadap cukai yang memangsakan rakyat itu.

Hanya Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At Takiri dan Tuan Ibrahim Tuan Man sahaja dari kelompok ulama yang cuba memecah kesunyian berkata GST haram dikutip ketika rakyat hidup menderita. Ulama PAS lain malangnya tidak mengeluarkan hujah. Hero Majlis Syura Ulama seperti Tantawi, Nik Abduh, Zaharudin dan lain-lain diam membisu. Semua ini pelik jika dibandingkan keaktifan ulama PAS ketika era Reformasi 1998 -1999 lalu.

Fatwa tentang kezaliman

Ulama PAS zaman Fadzil Noor mengeluarkan pelbagai pandapat yang sesetengahnya menghampiri fatwa menentang kezaliman kerajaan BN terhadap Anwar. Didedahkan kepada umum kaedah Islam memutuskan hukum liwat, kaedah Islam menentang kerajaan yang zalim dan sebagainya.

Pada era Hadi, Umno dilihat tidak zalim dan tidak perlu ditentang biar apa pun cukai zalim dikenakan. Walaupun tidak diisytihar secara terang-terangan tetapi tindakan Hadi menggambarkan Umno BN perlu diberi peluang kali ini kerana mereka menyokong Hudud di Kelantan.

Adakah Hudud penghalang rakyat menyatakan kebenaran? Memang ianya hukum dari Allah tetapi tidak pernah dalam sejarah Islam Hudud menjadi penghalang kepada rakyat membangkitkan dasar-dasar kerajaan yang menindas mereka.

Hudud bukan segala-galanya dalam pemerintahan. Ia hanyalah sebahagian daripada bentuk hukuman.  Faktor yang menentukan berjaya atau gagalnya pemerintahan adalah keadilan dan kebajikan. Hudud tidak menjamin sesebuah kerajaan tidak akan dijatuhkan rakyat jika bertindak zalim. Malah Nabi Muhammad s.a.w pun lebih banyak memberi amaran agar pemerintah mengasihani rakyat. PAS di bawah Hadi telah melupakan semua itu demi kerjasama Umno – PAS meluluskan Hudud.

Keutamaan berkuasa

Tindakan Hadi ini amat merbahaya kepada masa hadapan PAS. Meskipun Hadi dan ulama PAS lain mengajarkan perlu taat kepada presiden parti dalam apa keadaan sekali pun dan semua yang terjadi ada hikmah disebaliknya, tetapi ahli PAS bukanlah bodoh. Apatah lagi penyokong yang terdiri daripada kaum Cina dan India yang tiada kaitan dengan Hudud.

Apabila harga barang dan kos hidup melambung, pada bila-bila masa mereka boleh beralih daripada mengundi PAS kepada tidak mengundi dan membiarkan sahaja BN menang dalam pilihan raya sebagai tanda protes.

Hadi mengutamakan Hudud tetapi tidak melihat sokongan rakyat sebagai keutamaan untuk PAS berkuasa. Tidak ada parti politik yang mengambil pendekatan PAS kecuali parti yang mahu hancur lebur. Hadi yang berpengalaman puluhan tahun berpolitik tiba-tiba mengikut rentak Haron Din yang telah 'terbiasa' menyokong polisi kerajaan pada era 1980an – 1990an lalu.

Haron memang akan menyokong GST kerana terbukti dalam dua dekad ketika beliau rapat dengan Anwar ketika itu, beliau menyokong kebanyakan dasar-dasar kerajaan. Namun Hadi yang sejak 1980an menentang kerajaan BN dilihat 'buang tabiat' di penghujung usia apabila mengikut nasihat puak Haron dan Dr Zuhdi.

PAS atau apa sahaja parti agama tidak akan disokong oleh rakyat jika mereka memisahkan diri daripada kenyataan hidup semasa. Sekiranya Hadi mahu membawa kepada keadaan yang merugikan ini maka lebih baik puak profesional dalam PAS mencabar kepimpinan Hadi.

Gantikan Hadi

Hadi perlu diganti agar PAS kembali relevan. GST diramalkan oleh bekas Presiden Umno Dr Mahathir akan menyebabkan parti nasionalis itu kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang. Malah tidak kurang di dalam Umno yang meramalkan pemberontakan rakyat akan berlaku sebelum pilihan raya  jika keperitan hidup melampaui batas.

PAS tidak mengambil kesempatan menambah sokongan. Sebaliknya puak ulama dalam parti itu - kerana membalas budi Umno - ingin mempertahankan pula parti yang bertindak membebankan rakyat. Ulama PAS tidak dapat melihat mereka akan survive sekiranya Umno tidak memerintah kerajaan pusat.

Cogan kata  'PAS ganti Umno' tiba-tiba bertukar kepada 'PAS sokong Umno demi Islam'. Langkah berputar ke belakang ini tidak pernah berlaku dalam sejarah PAS kecuali pada awal penubuhan parti itu era 1950an.

Ketika itu, PAS adalah sayap agama Umno sebelum berpisah secara rasmi. Pada 2015, PAS di bawah Haron Din dan Hadi akan sekali lagi menjadi Biro Agama Umno. Bezanya dahulu ia dipimpin oleh Ahmad Badawi, Umno totok yang tidak jelas tahap pendidikan agamanya tetapi kali ini diketuai oleh ulama besar.

PAS makin celaru, wujudkah sinar buat Pakatan?

Posted: 03 Apr 2015 05:50 AM PDT

Oleh: Posted by Riduan shamsudin & Amiruddin Ahmad


Langkah meluluskan enakmen Hudud di Kelantan bukanlah satu kejayaan besar bagi PAS, sebaliknya keadaan parti itu semakin celaru.

Dengan sekutu utama PKR dan DAP yang mula tidak percaya kepada beberapa pimpinan utama seperti Presiden Hadi Awang dan Mursyidul Am Haron Din, Umno pula yang dianggap sekutu baharu kian berdolak dalih dan berdiam diri daripada menyokong Hudud di peringkat pusat.

Rakyat melihat PAS sekali lagi 'kena main' oleh Umno. Sokongan padu Umno Kelantan terhadap Hudud pertengahan Mac lalu kini terumbang ambing apabila komponen BN, parti Gerakan memulakan tindakan mahkamah untuk mengisytiharkan Hudud melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Umno dolak dalih

Umno pusat tidak membantah tindakan Gerakan. Sesuatu yang tidak sesuai dengan tindakan Umno Kelantan. Lebih daripada itu, pemimpin kanan Umno seperti Tengku Adnan Mansor terus menyerang Hudud dan mengatakan ianya tindakan politik PAS manakala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata rang undang-undang persendirian Hudud tiada ruang di dengar di Dewan Rakyat pada sesei Mac - April.

Lebih dahsyat komen Menteri Perlancongan Nazri Aziz: "Jika hudud merupakan satu isu yang akan memecah-belahkan Pakatan, saya harap begitulah," katanya pada 31 Mac lalu.

Semua ini membenarkan apa yang dibantah oleh PKR dan DAP, bahawa keadaan tidak kondusif membentangkan Hudud. PKR menyatakan pendirian tidak menentang Hudud tetapi tidak menyokong tindakan PAS yang terburu-buru. Dalaman DAP juga dikhabarkan semakin lembut berhubung isu Hudud. Jika Pakatan Rakyat memerintah DAP mungkin membenarkan sesetengah negeri melaksanakannya. Tetapi Hudud sebelum memerintah bagi DAP akan merosakkan peluang Pakatan mengalahkan BN pada pilihan raya umum ke 14.

547x598 1.bp.blogspot.com  
Kesalahan kini diletakkan ke bahu Hadi serta para kroninya yang termakan 'godaan' Umno untuk memecah belahkan Pakatan. Hadi pula secara peribadi hilang kredibiliti apabila melanggar janjinya dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada Februari lalu yang bersetuju berunding dengan komponen PR sebelum melakukan sebarang tindakan lanjut membentangkan Hudud di Dun atau Parlimen.

Perjanjian Hudaibiyah
Janji adalah perkara mustahak dalam Islam. Perjanjian Hudaibiyah adalah contoh bagaimana Nabi Muhammad saw tidak mengkhianati kafir Quraisy Mekah. Semua butir perjanjian dituruti walaupun terdapat dalam kalangan sahabat yang membantah, termasuk Umar al Khattab kerana disangka perjanjian itu merugikan orang Islam. Tanpa berpegang pada janji maka agama Islam akan dipandang buruk oleh bukan Islam walaupun tabiat mungkir janji itu adalah kelemahan individu penganutnya.

 Tidak ada masalah apabila pemimpin Umno berjanji menyokong Hudud tiba-tiba merestui tindakan Gerakan mahu menghalang undang-undang itu melalui kuasa mahkamah kerana Umno adalah parti sekular, namun adalah sesuatu yang tidak boleh diterima pemimpin parti Islam tidak berpegang kepada janji yang dibuat.

Dengan alasan-alasan sedemikian maka Hadi diragui masih layak memimpin PAS. Kelemahannya dalam strategi politik dan akhirnya masuk perangkap Umno sudah menyamakan Hadi dengan Yang Dipertua Agung PAS, Asri Muda pada 1970an.

Contohi Fadzil Noor

Kelemahan beliau dalam mentadbir pula menyamai Presiden Yusuf Rawa pada dekad 1980an. Hadi terlalu banyak mendengar nasihat yang tidak betul daripada puak Dr Zuhdi dan Dr Haron Din. Dua puak ini bukanlah PAS sejati dan mempunyai kepentingan lain di belakang mereka.

Hadi sewajarnya bertindak seperti bekas presiden Fadzil Noor yang tidak banyak mendengar nasihat sekeliling tetapi membuat penyelidikan sendiri mengenai keutamaan politik PAS. Fadzil tidak memperdulikan tentangan keras Ketua Dewan Ulama Harun Taib yang tidak mahu PAS menyokong Anwar dan gerakan Reformasi pada 1998.

Tindakan Fadzil tepat. PAS mendapat laba besar hari ini setelah melayan baik pemimpin Reformasi. PAS memperolehi kepercayaan rakyat berbilang kaum dan ahlinya bertambah daripada hanya 400,000 pada 1998 kepada 1.3 juta.

Sebaliknya penasihat Zuhdi didakwa 'tiga suku' apabila mencadangkan PAS berpecah dua selepas Muktamar Jun nanti. Puak PasMa diharap membentuk parti lain. Dan puak penasihat ini lebih suka PAS jadi parti kecil seperti zaman Yusuf Rawa pada 1980an. Menang dua tiga kerusi parlimen serta tidak memerintah mana-mana negeri kerana lebih mudah untuk ditadbir.

 
Bersarakan Hadi

Hadi juga seronok dengan kenyataan Dr Haron Din bahawa Pakatan tidak penting selepas Umno Kelantan menyokong Hudud. Hadi tidak sedar sekiranya PAS gagal menghukum Hudud pemimpin Umno Kelantan, jika mereka melakukan apa-apa kesalahan di bawah Hudud, maka enakmen itu akan dipersoalkan kerana gagal menghukum sang penguasa.

Atas segala kelemahan ini maka banyak PAS Kawasan yang sedang bermesyuarat untuk menentukan pencalonan jawatan-jawatan tinggi parti tidak mencalonkan Hadi sebagai presiden. Peringkat kawasan mencalonkan ustaz Ahmad Awang dan Husam Musa sebagai pilihan pengganti selepas Tuan Ibrahim menolak pencalonan.

Ahmad Awang adalah pemimpin PAS yang menggagalkan usaha 'tokoh ulama' PAS yang menduduki hirarki tinggi hari ini merundingkan kerajaan perpaduan Umno-BN-PAS di Perak selepas pilihan raya umum 2008 lalu. Tanpa istikamah Ahmad sebagai Pesuruhjaya PAS Perak ketika itu, kerajaan Perak pada Mac 2008 tentulah BN campur PAS dan memusnahkan sama sekali penubuhan Pakatan Rakyat.

Hadi yang pernah suatu ketika pada 1980an dituduh puak nasionalis 'mengkafirkan' Umno kini rela bersekongkol dengan parti itu kerana termakan nasihat tidak bijak pemikir di sekeliling beliau. Hadi tidak lagi memikirkan derita rakyat; cukai GST, kenaikan kos hidup, kenaikan tambang pengangkutan awam, perompakan besar-besaran dana negara oleh Najib dan kroninya.

Tibalah masanya PAS mencari pemimpin pengganti agar perjuangannya kembali relevan bersama rakyat dan diterima semula oleh para pengundi.