Khamis, 15 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Apabila Allah Mengutuskan Untuk Mencabut Nyawa Kamu......

Posted: 15 Jan 2015 11:00 PM PST

Pekerja kilang, suri rumah ditahan Sosma

Posted: 15 Jan 2015 10:15 PM PST

 
Polis antikeganasan Bukit Aman menahan tiga suspek yang merancang untuk menyertai kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) di Syria.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Suspek yang berumur 25 tahun bekerja sebagai operator kilang di Lembah Klang, suspek 29 tahun bekas penyelia kilang di Selangor manakala seorang lagi suri rumah.

"Ketiga-tiga suspek berusia antara 25 hingga 30 tahun dan merupakan warganegara Malaysia yang diusir daripada Australia kerana menyalah guna Visa pelancongan," katanya.

Dalam kenyataannya lewat petang tadi, Khalid juga berkata, ketiga-tiga suspek disyaki terlibat merekrut dan menguruskan penghantaran tiga orang warganegara Malaysia ke Syria.

Ini dilakukan melalui sebuah negara ketiga sebelum ini, tambahnya.

Semua suspek ditahan selepas disyaki melakukan kesahan bawah Bab V1A Kanun Keseksaan berkaitan keganasan .

Mereka akan disiasat bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma.
 

Malaysiakini

Pakai semua butang baju kurung, kata sekolah

Posted: 15 Jan 2015 09:30 PM PST

 
 
 Masalah komunikasi dan tersalah tafsir maklumat oleh pelajar dan ibu bapa adalah punca tercetusnya isu pemakaian baju kurung oleh pelajar bukan Melayu, dakwa pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara Mohd Amir Abdul Ghani.

Beliau berkata pihak sekolah tidak pernah menghalang pelajar perempuan bukan Melayu untuk memakai baju kurung, cuma menekankan supaya memakai baju kurung dengan cara yang betul.

"Kalau hendak pakai baju kurung, pelajar mestilah memakai dengan betul iaitu memakai kesemua butang baju tersebut. Apabila kata begini, mereka anggap kita (sekolah) tidak benarkan pakai baju kurung.

"Sekolah tidak pernah menghalang sesiapa pakai baju kurung kerana ia adalah baju kebangsaan. Malah guru-guru bukan Melayu pun boleh pakai baju kurung," katanya ketika ditemui Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Media tempatan melaporkan dakwaan seorang pelajar sekolah yang berumur 15 tahun dilarang memakai baju kurung oleh pihak pentadbiran sekolah di Kuala Lumpur kononnya atas alasan baju kurung hanya untuk pelajar perempuan Melayu.

Mohd Amir berkata permintaan pihak sekolah supaya memakai kesemua butang baju kurung adalah bagi menjaga aurat pelajar sekali gus menjaga keselamatan pelajar itu sendiri.

Katanya satu perbincangan antara pengetua, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan penjaga kepada murid berkenaan (pengadu) turut diadakan pada hari ini bagi menyelesaikan konflik berkenaan.

Beliau menegaskan pelajar perempuan yang terlibat akan kembali ke sekolah dan bebas memakai baju kurung.

Mohd Amir berkata beliau tidak berada di sekolah pada hari kejadian dan mendakwa masalah komunikasi itu adalah antara guru dan pelajar.

Pengetua itu percaya jika beliau berada di sekolah pada hari tersebut mungkin perkara itu tidak timbul dan menjadi isu hangat di media sosial.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin semasa mengulas perkara itu berkata Kementerian Pendidikan tidak pernah mengeluarkan arahan melarang pelajar perempuan bukan beragama Islam memakai baju kurung ke sekolah kerana pemakaian tersebut sejajar dengan dasar kementerian dalam soal pemupukan perpaduan.

"Tak ada arahan dikeluarkan oleh kementerian kepada mana-mana pihak pentadbiran sekolah untuk sekat atau halang pelajar bukan Islam untuk pakai baju kurung," kata Muhyiddin dalam sidang media selepas melancarkan Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur hari ini.

Mohd Amir berkata beliau amat menggalakkan pelajar perempuan bukan Melayu sekolah itu jika berhasrat untuk memakai baju kurung kerana ia adalah simbol perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.

Menurut beliau, majoriti pelajar di sekolah berkenaan adalah pelajar berbangsa Cina dan baju kurung tidak pernah menjadi masalah dalam kalangan pelajar di sekolah itu sebelum ini.

Tinjauan Bernama juga mendapati beberapa guru bukan Melayu bebas memakai baju kurung di sekolah tersebut.

- Bernama

Paspot Antarabangsa Dua Tahun Dimansuhkan ?

Posted: 15 Jan 2015 08:30 PM PST

Bayaran pasport antarabangsa turun RM100


 
Bayaran bagi permohonan pasport antarabangsa Malaysia bagi warga berumur 13 hingga 59 tahun untuk tempoh lima tahun diturunkan daripada RM300 kepada RM200 berkuatkuasa hari ini.

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Imigresen, kadar bayaran bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah pula serta jemaah haji ialah RM100.

Permohonan Orang Kelainan Upaya (OKU) kekal percuma.

Serentak dengan itu semua permohonan pasport antarabangsa untuk tempoh dua tahun dengan bayaran RM100 adalah dimansuhkan.



Malaysiakini

Erdogan (4): 5 Tahun Ke Depan Turki Makmur -Bank Dunia. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 15 Jan 2015 07:45 PM PST

 
Di bawah kepemimpinan Islam, lima tahun ke depan Turki makmur
Turki. © Lifeinroam.com

MEYAKINI negara dipimpin kerajaan Islam yang yang kononnya 'konservatif', bakal mengalami kemerosotan dan kemunduran adalah suatu kesalahan besar. Bank Dunia hari ini menetapkan Turki bakal menjadi negeri paling tinggi pendapatan perkapitanya dalam lima tahun ke depan, kerana Turki kini diperintah oleh seorang presiden Muslim yang keras tegas, iaitu Recep Tayyip Erdogan.

Stesen televisyen Al Arabiya melaporkan, Selasa (13/1), Bank Dunia melihat kesungguhan kerajaan Erdogan meningkatkan produktiviti kerja mereka serta penguatkuasaan undang-undang dijalankan dengan baik. Di bawah kepimpinan Erdogan, Turki bangkit dari terperusuk dalam krisis kewangan global pada 2007 dan mempunyai kedudukan ekonomi setara Mexico.

Meski demikian beberapa kenaikan dan kemajuan ekonomi sempat terhenti terutama di tengah pilihan raya umum sengit dan cabaran keselamatan serantau. Erdogan dianggap berjaya menangani masalah dalam negera termasuk tunjuk perasaan besar-besaran awal tahun lalu.

Namun kerajaan Erdogan punya cara unik yakni mengurangkan belanja negara sebanyak 3-4 peratus untuk tahun ini. Perkapita Turki naik menjadi USD 12.746 setelah sebelumnya di angka USD 11.000.

(IH) 

 Ibnu Hasyim

Australia tak benar Sirul dibawa pulang MALAYSIAKINI

Posted: 15 Jan 2015 07:00 PM PST


 
Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang bekas anggota elit polis, Sirul Azhar Umar.

Laporan Sydney Morning Herald menyebut, permohonan tersebut tidak akan dipenuhi kerana ia melibatkan hukuman mati.

Laporan itu memetik kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia yang menyebut, ia hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut.

"Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan," laporan itu dipetik.

Australia merupakan salah sebuah negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.

Sirul Azhar (kiri), yang merupakan tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak hadir ke mahkamah pada hari Selasa lalu dan susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya
  
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas.  
  
Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua mereka.
  
Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.
  
Pada 9 April 2009 Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

Gambar Sirul, 43, dan Azilah, 38 (kanan) juga diperolehi hari ini dengan ehsan polis Bukit Aman.

Sirul dan Azilah sebelum ini berjaya mengelak wajah mereka dirakam oleh lensa kamera sepanjang tempoh perbicaraan dan rayuan, sejak hampir sedekad lalu.

Kedua-duanya menutup wajah masing-masing dengan rapi ketika dibawa masuk dan keluar daripada bilik mahkamah.




Berakhirkah sudah legasi Tok Guru Nik Aziz? Dinsman Betul, dulu saya menyanjung Tok Guru Nik Aziz dan sekarang pun saya masih menyanjungnya, kerana Nik Aziz yang dulu dengan Nik Aziz sekarang adalah orang yang sama; hanya bezanya sekarang dia semakin uzur dan peranannya dalam politik PAS jauh berkurangan dan tidak seefektif dulu. Itulah jawapan kepada salah seorang pembaca yang bertanya, sebagai respons kepada tulisan saya yang mengkritik ulama dalam PAS, awal Disember 2014. Soalannya – kenapa dulu saya begitu menyanjung Tok Guru Nik Aziz tetapi sekarang mengkritik ulama? Saya tidak mengkritik ulamanya Nik Aziz, tetapi saya mengkritik segelintir ulama lain yang menduduki beberapa jawatan penting dalam pimpinan atasan PAS dan mempengaruhi perjalanan parti itu, bukan sahaja sebagai natijah keberkesanan kepemimpinannya (seperti yang berlaku pada kepemimpinan Nik Aziz), tetapi juga melalui kempen yang digerakkan dengan sedar bagi menyingkirkan pihak yang dianggap mengancam kedudukan mereka di dalam parti. Itulah yang saya maksudkan apabila saya kata mereka itu "kehilangan keyakinan diri". Orang yang mempunyai keyakinan diri yang teguh seperti Nik Aziz dan juga Almarhum Ustaz Fadzil Noor misalnya tidak pernah berasa kedudukan mereka terancam dan tidak pernah berasa perlu menggerakkan kempen bagi menyingkirkan pihak yang dianggap mengancam dan menyaingi kedudukan mereka. Bahkan mereka menerima dan meraikan kehadiran golongan profesional dan intelektual tersebut (yang dianggap memberi ancaman dan saingan itu) yang mahu berjuang bersama bagi mencapai matlamat parti. Satu hal yang sangat jelas menjadi asas kepemimpinan Nik Aziz (dan juga Fadzil Noor) ialah penekanan dan fokus yang diberikan kepada dakwah Islamiyah sentiasa berada di atas daripada segala kepentingan dan pertimbangan lain, termasuk kepentingan politik parti. Perhatikanlah isi ceramah Nik Aziz misalnya, walau di manapun dan dalam situasi apapun dia berucap, termasuk dalam kempen pilihanraya sekalipun, dia sentiasa bercakap mengenai ajaran Islam begitu dan begini dan sentiasa berusaha memberi penerangan dan penjelasan dari pelbagai sudut, menggunakan bahasa dan perbandingan yang paling mudah difahami orang ramai. Mengenai ajaran Islam. Bukan mengenai kebaikan parti PAS. Dan dia sentiasa menegaskan kerja dakwah yang dilakukan, bersama alim ulama lain termasuk guru-guru pondok adalah sebagai kesinambungan daripada kerja yang dilakukan oleh para ulama dahulu, sejak zaman berzaman, yang dimulai oleh para Rasul. Begitu dia menjelaskan kedudukan para ulama, tanpa ada kecenderungan berpolitik (atau kelihatannya seperti tidak ada kecenderungan berpolitik). Saya sendiri beberapa kali mendengar Nik Aziz menasihati para pimpinan PAS supaya kurangkan bercakap mengenai PAS dan lebihkan bercakap mengenai Islam kerana tujuan dan matlamat perjuangan PAS ialah Islam. Bahkan beliau juga pernah berkata sekiranya Umno mengubah dasar perjuangannya daripada nasionalisme kepada Islam, PAS akan membubarkan partinya kerana tidak diperlukan lagi, kerana Umno sudah berjuang untuk Islam. Begitu sekali Nik Aziz menjunjung Islam itu di atas dari segala-galanya, dan menganggap segala gerak kerjanya sebagai ibadat kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan, dan sentiasa mengingatkan orang ramai terhadap kehidupan akhirat – hingga kelihatan seperti dia tidak ada masa memikirkan soal kepentingan diri atau kepentingan untuk mempertahankan kedudukan dirinya di dalam parti. Sebab itu apabila pihak lawan menuduh PAS memperalatkan Islam untuk mencapai kepentingan politik, tuduhan itu dilihat awam sebagai tidak mempunyai kewajarannya. Berbeza dengan sekarang. Bukannya orang lain, orang dalam parti sendiripun sudah mula membuat tuduhan yang seperti itu – "mereka itu memperalatkan agama untuk kepentingan diri." Orang sesama parti yang mengata. Kalau orang sesama parti pun sudah berkata begitu, bagaimanakah pula kita akan berhujah mempertahankan parti sekiranya pihak lawan menuduh demikian kepada kita? Itulah yang membezakan ulama dulu dengan sekarang. Ulama dulu kurang berpolitik tetapi lebih berdakwah dan bercakap mengenai Islam, bukan mengenai parti. Ulama sekarang terlalu banyak berpolitik dan menjaga kepentingan diri dan puak. Dan itulah yang membezakan Nik Aziz dengan segelintir individu yang menganggap diri mereka sebagai ulama sekarang, yang menduduki beberapa jawatan penting dalam PAS, termasuk dalam Majlis Syura Ulama – badan tertinggi dalam parti. Apabila mereka mula berkempen untuk mempertahankan diri atau menjaminkan jawatan tertentu dalam parti untuk mereka dan menyingkirkan golongan profesional dan intelektual yang dianggap menyaingi mereka, saya melihat itu sebagai tanda mereka sudah kehilangan keyakinan diri. Apatah lagi apabila kempen itu sudah menjadi ala-ala kempen di dalam Umno, akhlak mereka yang terlibat itupun sudah larilah daripada akhlak yang dianjurkan Islam. Di situ imej Islam sudah tercalar. Selain itu banyaklah lagi tindakan dan gerak kerja mereka yang suka menonjolkan diri sebagai ulama di dalam PAS itu yang menyimpang daripada 'jalan' yang dilalui Nik Aziz. Bukan saya mengatakan jalan yang dilalui Nik Aziz itu sahaja satu-satunya jalan yang diiktiraf Islam. Saya hanya mengatakan Nik Aziz menunjukkan satu jalan Islam yang diterima oleh orang ramai yang pelbagai kaum, pelbagai budaya dan pelbagai agama di negara ini. Suatu pencapaian yang cukup besar bagi parti PAS dan juga bagi Islam kerana bukannya mudah untuk orang ramai yang bukan Islam pada hari ini hendak menerima pimpinan Islam. Kempen dan dakyah Amerika-Zionis melalui pelbagai media yang nyata dan tak-nyata hari ini mempengaruhi bukan sahaja orang bukan Islam tetapi juga sebahagian orang Islam yang lemah imannya, memandang Islam itu hanya agama untuk ibadat peribadi sahaja, manakala untuk urusan kehidupan mereka lebih percayakan sistem-sistem sekular. Maka amatlah menghairankan saya kenapakah khazanah pencapaian Nik Aziz yang sangat berharga untuk PAS dan juga untuk Islam tidak dipelihara dan dipertahankan oleh para ulama di dalam PAS hari ini. Malah mereka yang diamanahkan untuk mentadbir negeri Kelantan setelah Nik Aziz melepaskan jawatan menteri besar pun nampaknya tidak begitu bersungguh meneruskan 'jalan' yang dilalui dan dibuktikan keberkesanannya oleh Nik Aziz itu. Bukanlah mereka mengabaikannya langsung. Banyak juga yang mereka hargai dan mereka teruskan. Tetapi banyak pula kecacatan dan kelemahan dalam mereka meneruskan itu. Apakah kerana kurang memahami/menghayatinya atau kerana mencuba membuat pembaikan atau membuat penyesuaian dengan keperluan baru – saya tak tahulah. Yang jelasnya nampak seperti mereka kurang menghargai dan menghayatinya. Walaupun ada ditubuhkan Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) misalnya, tetapi apakah fungsi dan peranan yang dimainkan oleh institut itupun setakat ini tidak jelas. Misalnya dalam pergolakan yang berlaku di kalangan ulama di dalam PAS mutakhir ini, saya fikir barangkali IPTG boleh melakukan sesuatu, samada reaksi secara langsung ataupun tidak langsung. Tetapi nyatanya tidak. -malaysianinsider-

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
"Sudah pasti saya akan bersama Pakatan Rakyat" PUBLISHED: Jan 15, 2015 11:14pm Mejar Zaidi akan bersama Pakatan Rakyat Zaidi berkata, keputusan untuk bersama PR, bukanlah satu keputusan yang dipaksa mana-mana pihak, sebaliknya ia adalah keputusan beliau sendiri, berdasarkan apa yang berlaku dalam arena politik negara. KUALA LUMPUR, 15 Januari: Bekas Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad mengesahkan akan bersama Pakatan Rakyat (PR). Beliau berkata demikian, selepas menyertai Forum Bersih 2.0, "Padah Kerana Benar, Bebas Kerana Salah", pada Khamis malam. "Sudah pasti saya akan bersama Pakatan Rakyat. "Bila kamu sertai parti politk, kamu kena ikut keputusan parti. Dan kalau parti ambil keputusan untuk saya bertanding, saya akan bertanding sebagai calon," katanya ketika ditanya sama ada akan bertanding sebagai calon PR pada pilihan raya umum akan datang. Menurutnya, keputusan untuk bersama PR, bukanlah satu keputusan yang dipaksa mana-mana pihak, sebaliknya ia adalah keputusan beliau sendiri, berdasarkan apa yang berlaku dalam arena politik negara. "Faktanya ialah, kalau awak tidak bersetuju dengan kerajaan, kamu kena ada pilihan atau alternatif. Jadi, saya perlu lakukan bahagian saya, dan saya percaya semua orang buat keputusan sendiri. "Keputusan saya adalah berdasarkan apa yang saya fikir, bukan berdasarkan apa yang orang fikir dan percaya apa yang saya akan buat," jelasnya lagi. Isnin lalu, Mahkamah Tentera Kuala Lumpur memutuskan untuk memecat Mejar Zaidi daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong. Keputusan itu dibuat mahkamah berkenaan, selepas mendapati dia bersalah terhadap dua pertuduhan, melibatkan isu dakwat kekal, pada Pilihan Raya Umum ke-13, serta menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu. - sumber Posted by mountdweller at 7:00 AM

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Mejar Zaidi ditawarkan pekerjaan di Pulau Pinang

Posted: 15 Jan 2015 06:15 PM PST

 
Mejar Zaidi Ahmad bersama keluarga diluar mahkamah, baru-baru ini. - Foto Sinar Harian oleh SITI AZIELAH WAHI 
SHAH ALAM - Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera baru-baru ini mungkin akan diambil bekerja di Pulau Pinang.

Memetik laporan sebuah portal berita hari ini, Timbalan Ketua Menteri I, Mohd Rashid Hasnon dikatakan, sedang mencari peluang pekerjaan bagi membantu bekas pegawai tentera itu.

Menurut Mohd Rashid, buat masa kini, pihaknya masih meninjau kekosongan pekerjaan di kawasan Bertam atau Tikam Batu.

"Dia adalah kawan rapat saya dan ini masanya untuk saya bantu rakan yang memerlukan.

"Kami akan mempertimbangkan untuk menawarkan dia kerja dalam NGO mungkin," katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Mejar Zaidi dibuang kerja 12 Januari lalu selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan melibatkan isu dakwat kekal semasa PRU13 dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.

Zaidi mencetuskan kontroversi semasa pilihan raya umum lepas Mei 2013 apabila beliau memberitahu media bahawa dakwat kekal yang digunakan boleh dikeluarkan dengan mudah.

"Akan ada peluang untuk Zaidi di mana beliau secara aktif boleh menyumbang kepada rakyat," kata Rashid, sambil menambah bahawa pada masa ini tiada kekosongan jawatan di pejabatnya.
 
 
Batu Vs Kayu

Akhirnya Pembunuh Altantuya Selamat Di Australia...

Posted: 15 Jan 2015 05:30 PM PST

 
KERAJAAN Australia akan menolak permohonan Malaysia untuk membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar kerana hukuman yang dijatuhi ke atasnya adalah hukuman mati.

Akhbar Australia, Sydney Morning Heraldmelaporkan jurucakap Jabatan Peguam Negara Australia menyebut undang-undang ekstradisi negara itu tidak membenarkan seseorang diserahkan kepada negara lain untuk kesalahan yang boleh dihukum dengan kematian melainkan negara ini telah memberikan satu akujanji kepada Australia bahawa hukuman itu tidak akan dilaksanakan.

"Australia menentang hukuman mati. Kita menentang hukuman mati di Australia dan di luar negara," menurut laporan itu.

Sirul dan seorang lagi anggota UTK Azilah Hadri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan, Selasa lepas selepas keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh model Mongolia, Altantuya Shariibuu, ditolak.

Panel lima hakim sebulat suara mendapati Sirul dan Azilah bersalah dan hukuman gantung berkenaan dikekalkan.

Sirul tidak hadir ke mahkamah ketika hukuman tersebut dijatuhkan dan dipercayai berada di Australia sejak enam bulan yang lalu.

Polis akan mendapatkan kerjasama dengan Polis Persekutuan Australia untuk memberkas Sirul yang menurut rekod Jabatan Imigresen, ke negara tersebut pada Oktober lepas.

Kedua-duanya sebelum ini pada April 2009 didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh model Mongolia Altantuya sembilan tahun lalu tetapi kemudian dilepas dan dibebaskan Mahkamah Rayuan.

– MYNEWSHUB.CC

Daim Tahu Siapa Dalang Fitnah Terhadapnya

Posted: 15 Jan 2015 04:45 PM PST



Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin terkejut dengan perhatian luar biasa media mesra kerajaan terhadap dakwaan pembangkang berkaitan tuduhan yang dilemparkan padanya.

Daim berkata beliau bersedia membantu dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap kepentingan perbankannya di luar negara.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan daripada pejabatnya berkaitan gesaan ahli politik pembangkang supaya SPRM mempercepat siasatan berkaitan perkara itu.

"Walaupun saya faham motif ahli politik PKR ini kerana mereka tidak tahu perkara lain selain politik dan membuat dakwaan tidak berasas, saya agak terkejut dengan perhatian yang diberikan kepada mereka oleh media mesra kerajaan," kata Daim.

"TV3 tidak akan memberi walaupun sedikit masa siaran pada Pakatan, tetapi mengudarakan sidang media PKR tidak kurang daripada tiga kali. NST dan Utusan juga menyiarkan laporan itu."

Semasa pilihan raya kecil Kajang baru-baru ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Daim terlibat dalam transaksi bernilai berbilion ringgit di Afrika dan Eropah timur menggunakan proksi.

April tahun lalu, ketua Pemuda PKR ketika itu Shamsul Iskandar Md Akin membuat laporan polis berhubung dakwaan itu dan menyerahkan dokumen yang didakwa berkaitan aktiviti perbankan Daim.

- mkini


Papagomo Kantoi Lagi.. Diperintah Bayar Ganti Rugi

Posted: 15 Jan 2015 03:50 PM PST

 

Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan seorang blogger membayar ganti rugi kepada seorang peguam bersabit dengan penyiaran artikel-artikel yang berbaur fitnah.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim mendapati ketiga-tiga artikel yang dimuatkan dalam laman web www.papagomo.blogspot.com merupakan fitnah terhadap Datuk Sukri Mohamed.

Mahkamah membenarkan rayuan Sukri untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, 31.

Hakim Abdul Aziz, yang mempengerusikan panel itu memerintahkan kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi di Kota Baharu di Kelantan untuk taksiran ganti rugi.

Dalam keputusannya, Hakim Abdul Aziz berkata Mahkamah Tinggi gagal mempertimbangkan keterangan saksi-saksi yang mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger papagomo.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi hanya mempertimbangkan seorang saksi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memberi keterangan pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi SKMM tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai pemilik papagomo.blogspot.com.

Hakim Abdul Aziz berkata mahkamah (Mahkamah Rayuan) mendapati keterangan tiga orang saksi sudah cukup untuk mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger papagomo.

Beliau juga memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar kos RM20,000 kepada Sukri bagi prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Sukri, 51, yang juga anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan dan bekas anggota Majlis Perajaan Negeri Kelantan menyaman Wan Muhammad Azri kerana menerbitkan ketiga-tiga artikel dalam laman web papagomo.blogsport.com pada 2011 yang didakwa memfitnahnya.

Wan Muhammad Azri, dalam pernyataan bela diri yang dipinda, menafikan yang dia adalah blogger Papagomo dan pemilik blog itu. Dia juga mendakwa penerbitan artikel itu bersifat mempertahankan justifikasi, ulasan yang adil dan berupa perlindungan bersyarat.

Sukri diwakili oleh peguam Hisham Fauzi sementara Wan Muhammad Azri mewakili dirinya sendiri.

– bernama

Rupanya Ini Punca Sirul Azhar Terlepas Ke Luar Negara

Posted: 15 Jan 2015 02:00 AM PST

 

SHAH ALAM: Jabatan Imigresen tidak menerima apa-apa arahan untuk menahan pasport Koperal Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, lapor Sinar Harian.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, pihaknya hanya boleh bertindak menyekat seseorang individu untuk ke luar negara sekiranya ada arahan dibuat oleh pihak mahkamah atau Menteri Dalam Negeri.

"Pihak kami hanya melaksanakan apa-apa arahan daripada kerajaan (sahaja)," katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya sama ada imigresen pernah mendapat apa-apa arahan sebelum ini untuk menahan Sirul Azhar atau telah menerima arahan terbaharu untuk mengesan tertuduh selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman terhadap bekas anggota polis itu kelmarin, Mustafa berkata setakat petang semalam, tiada arahan sedemikian diterima pihaknya.

"Tidak (pernah terima arahan)," katanya ringkas.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar bersalah atas kematian ngeri Altantuya Shaariibuu dan sekali gus menerima rayuan pihak pendakwa untuk mengetepikan pembebasan bekas komando polis itu.

Panel 5 hakim, yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mendengar perbicaraan itu, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati sekaligus menunjukkan bahawa 2 bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu bertanggungjawab ke atas kematian wanita Mongolia itu sembilan tahun lepas.

"SHAHIDAN ENGKAU JANGAN JADI MACAM ZAHID HAMIDI SUDAH " tikaq buloh

Posted: 15 Jan 2015 01:00 AM PST



Jangan jadi macam Zahid Hamidi sudah Shahidan oi, konon nak dedah bukti dalang pencerobohan Lahad Datu, nak dedah bukti Mat Sabu panganut Syiah tapi sampai hari ini senyap terus.

Siap ada bukti gred A dan gred B lagi. Kalau kau ada bukti pelaku pembalakan haram di Kelantan jangan hanya pongpang-pongpang dalam media nak tunjuk hero, repot SPRM dan jabatan yang berkaitan baru betul.

Kerajaan negeri Kelantan pun dah memberi kesediaan untuk bekerjasama. Rakyat pun nak tahu siapa dalang sebenar pencerobohan tanah dah pembalakan haram di Gua Musang. Sila dedahkan kalau betul dah ada bukti.

Pandangan dan endorsement Datin Seri Rosmah diperlukan sebelum sebarang kenyataan dikeluarkan

Posted: 15 Jan 2015 12:00 AM PST

  Jangka masa seminggu yang diperlukan oleh Datuk Seri Najib sebelum beliau keluarkan kenyataan mengenai kedudukan ekonomi negara rasanya cukup untuknya berbincang dengan pakar ekonomi tersohor, Datin Seri Semah. Rakyat sedia maklum, seakan menjadi pra-syarat, pandangan dan endorsement Semah Mansor diperlukan dalam semua kenyataan dan tindakan PM Najib.


Najib akan buat kenyataan penuh kedudukan ekonomi Malaysia minggu depan.


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membuat kenyataan penuh mengenai kedudukan ekonomi negara minggu depan.

"Saya akan buat kenyataan minggu depan," katanya ketika menjawab pertanyaan mengenai sasaran ekonomi, bajet dan fiskal, berikutan kejatuhan harga minyak global serta banjir yang melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima bantuan banjir dari China, di sini hari ini, (semalam).

Najib menerima bantuan itu daripada Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.

Bantuan berkenaan antara lain terdiri daripada 2,950 unit khemah, 220 set jana kuasa, 400 pam air dengan kapasiti 1.1 kilowatt, 45 gulung hos air dan 60 set penulenan air dengan kapasiti 500 liter/sejam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

dollah yankee

dollah yankee


Saham tetap tinggi ...

Posted: 15 Jan 2015 06:19 AM PST


dollah yankee -
Selamat Datang ke KBS (Kelab Bujang Semula) ... kalau lah dapat duduk minum kopi dengan dia, biarpun hanya 10 minit, aku lah orang paling bahagia ... 

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Kepimpinan Negara: Reput yang Membawa Runtuh

Posted: 15 Jan 2015 06:08 AM PST

sakmongkol




Mungkin ramai orang lupa isiu pokok negara ini ialah isiu kempimpinan atau secara lebih tepat, ketiadaan nya. Akibat nya, pengurusan berkerajaan jadi huru hara. Si eksekutif duduk joli sana joli sini, membisu seribu bahasa kerana dia fikir, membisu itu sunyi mulia. Dia merengek dan kememe tak dapat tidur malam dan dijangkiti e- coli. Sultan Kelantan berendam dalam air dan makan dengan mangsa banjir ok pulak.

Najib akan suka isiu kepimpinan nya dan keruntuhan pentadbiran nya digerhanai oleh isiu2 seperti isiu Eric Paulsen menghina khutbah; kita orang Islam nak paranoid sangat kenapa? itu pandangan nya  dan kita orang Islam mesti dewasa dalam fikiran; jika orang Islam hentam agama lain  mungkin dalam atau tidak dalam khutbah, maka mereka mesti menduga mesti ada reaksi balas - orang lain akan mengecam Islam sama ada kerana mereka sengaja melakukan atau kerana mereka jahil. Jika jahil dan bodoh suatu jenayah- ramai orang Melayu masuk jel. kalau Paulsen salah caj dia dalam mahkamah. Tapi kerajaan mesti lah jawab mengapa Ibrahim Ali yang menganjur membakar Injil tidak dicaj dalam mahkamah dan tidak didakwa bawah akta hasutan?

Atau paling dibisingkan sekarang isiu gadis Melayu bertudung diciumi oleh penyanyi k-pop. Haramkan sahaja konsert oleh penyanyi bukan Islam- bawa masuk ke Malaysia kumpulan dan penyanyi Arab dengan tarian gelek padang pasir.

Mesti ada sesuatu yang tdak kena- gadis2 ini hasil system social kita( ekonomi, pendidikan , politik dan agama). Kem ibadah berlambak, program agama bersusun susun, ustaz petah dan galak bercakap- budak2 Islam masih ramai mahu pergi konsert, makan dadah, dan melakukan maksiat. Mungkin ada pertalian positif antara kegiatan keagamaan Islam dengan perbuatan maksiat? Iaitu lagi banyak program Islam, lagi banyak perbutan maksiat.

Anak siapa mereka- anak orang kaya? Anak orang berpendidikan? Anak emak dan bapak kerajaan hantar kursus ke England, US dan lain2? Anak ustaz? Kalau gadis2 muda ini diciumi oleh Maher Zain bagaimana? Kita InsyaAllah InsyaAllah? Atau diraba dan di peluk oleh kumpulan nasyid popular bagaimana?

Kita jangan alihkan pandangan kita daripada isiu kepimpinan Najib yang lemah- itu isiu yang paling penting. Isiu pimpinan yang lemah melibatkan masa depan seluruh negara. Jika dia lemah dan bebal, kesan nya ialah kepada seluruh negara.

Ekonomi kita misalnya- lebih tenat dibawah penjagaan Najib. Tapi tidak ada orang bising. Kumpulan penjaga kepentingan ekonomi Melayu lupa UMNO menjalankan dasar dan polisi bahkan semenjak tahun 1970 melancarkan agenda ekonomi Bumiputera. Berapa lama lagi masa yang UMNO perlukan? Selamanya pun tidak berguna jika fundamental dasar itu tidak betul. 
apa akan jadi kepada bajet 2015 kerana sekarang hasil dari minyak mentah yang berharga kurang dari USD50 setong, tentulah cukai dan sumbangan dari Petronas akan merudum. Isiu akibat reseb asing yang berkurang keatas negara kita, kemerosotan nilai wang kita, barang buatan Malaysia akan jadi murah tapi adakah permintaan untuk nya yang akan melonjakkan pendapatan Negara? Dan orang yang menjadi menteri kewangan sebab dia kemaruk nak control semua ialah Najib.

Isiu 1MDB- 1 Malaysia Dalam Bahaya bagaimana dengan hutang yang dijamin kerajaan yang mencecah RM42 billion, berapa kali  tukar CEO da…dan akaun syarikat yang lambat dikeluarkan. Jika CEO baru kata RM2 billion sudah di redeem sepenuhnya- redeem itu apa maksudnya? Sudah dipulangkan oleh pengurus dana? Kita tidak lagi percaya kenyataan yang dikeluarkan oleh 1MDB- kita mahu dengar apa kata Bank Negara. Tanggungan kerajaan atas pelaburan 1MDB bagaimana pula?Bagaimana nasib pemegang syer FGV yang sekarang sekitar RM2.13?

Sudahkan semua syarikat besar yang tidak bayar cukai bernilai ratusan juta dan mungkin berbiliun diatasi? Mungkinkah GST yang akan beroperasi sebagai pukat harimau itu bertujuan menutup kelemahan atau keengganan kerajaan mengutip cukai yang tidak dibayar oleh sector korporat?

Isu rasuah yang makin meningkat bagaimana? Adakah cukup untuk mengatakan bahawa rasuah itu hanya persepsi? Rasuah itu real bukan persepsilah Dol- keadaan ekonomi yang makin parah, agihan pendapatan yang makin tidak adil. Semua ini berpunca dari kualiti kerajaan dan standard pengkerajaan yang rendah yang semuanya pula berpunca dari kepimpian Najib yang koro.

Ini isiu yang dibangkitkan oleh tokoh seperti Dr Mahathir dan orang seperti Daim Zainudin. Saya baca apa yang ditulis oleh rakan restoren Rajoo Tun Daim- Kadir Jasin dan saya suka kalau lasykar siber UMNO terus menggasak Daim. Mudah2an Daim akan meninggalkan Najib dan tanpa Daim, Najib akan hilang tali hayat nya yang akhir yang dapat mengendurkan serangan Dr Mahathir. Dr Mahathir slow sedikit mungkin sebab dinasihati oleh Daim. Jadi hentamlah lagi Daim itu samdol! Tingkatkan lagi kebangangan.

Akibat dari pimpinan yang lemah dan tandus, terdapat reput yang merebak luas yang menyumbang kepada kemerosotan umum.

Sebaliknya kita sibuk dengan isiu gelagat beberapa gadis Melayu yang bertudung dicium oleh penyanyi k pop. Maka timbulah tiori konspirasi ang menyatakan bajhawa penyanyi2 k pop ini adalah ejen Kristian dan pengkristianan. Tidak ketinggalan ejen Mossad. Penceritaan bangang seperti jangan dilayan oleh orang Melayu. 

Berapa orang sudah jadi Kristian akibat k- pop ini. Sepatutnya yang menjadi tumpuan ialah kenapa gadis melayu bertudung menjerit terpekik terlolong bila dengar nyanyian k pop dalam Bahasa yang mereka bukan nya faham.. anak muda melayu yang bertudung dan tidak bertudung hanya bereaksi akibat darah muda sahaja. Janganlah lah kita membaca gadis2 muda ini seolah olah mereka ahli falsafah yang jalan sana sini sentiasa memikirkan apa orang politik dan orang dewasa fikirkan. Ini orang muda yang bereaksi akibat darah muda. Janganlah kita pulak, yang semasa muda dahulu mungkin lebih pelesit, mak bapak suruh belajar kita menyetan , sekarang apabila sudah dewasa dan berada dalam pertubuhan nak berfalsafah dan berkhutbah mengenai kehidupan. Jangan lah kita tiba2 ada honour killing punya mentality dan mahu menghukum anak2 muda. Salahkan mak bapak mereka, salahkan persekitaran mereka. Jangan kita galak hendak membetulkan tingkah laku anak muda dengan menyalahkan pihak lain.

Disebabkan pimpinan yang lemah yang tidak tahu bila menggunakan ketegasan, kita lihat reput atau decay dalam insitusi dan pusat2 kekuasaan kerajaan. Kita lihat bagaimana jabatan, bahkan kementerian beroperasi secara bersendirian  yang menampakkan kerajaan ini tidak ada coherence dan cohesiveness. Akibat nya, jabatan dan kementerian beroperasi secara tidak terkawal.

Apabila Muhyidin kata cabinet tidak tahu mengenai surat perakuan Zahid Hamidi kepada seorang yang diketahui melakukan kesalahan undang2 dan pekara ini terdedah- keengganan PM untuk censure Zahid amat mengejutkan. Ianya menandakan bahawa PM sebagai pemimpin teratas tidak mengkomunikasikan pendirian dan dasar2 kerajaan nya sendiri. Para menteri , jabatan, kementerian tidak cukup ditarbiyahkan.

Di UK dan di negara demokrasi matang yang lain ketua polis atau Chief Constable tidak bercakap mengenai soal2 dasar atau polisi. Pihak Polis ialah penguatkuasa undang2 bukan jurucakap dasar dan polisi kerajaan. Jika kekucar-kaciran telah menular ke peringkat jabatan2, ini menandakan bahawa system berkerajaan kita sedang mengalami kerosakan yang dasyat. 
JIka kita cari punca nya, kita akab bertemu nama Najib Razak, PM yang tak buat apa apa. 
Wallahua'lam bissawab.  
 
 

Jadi macam ini muka Sirul dan Azilah

Posted: 15 Jan 2015 01:31 AM PST


sirul dan azilah

Sirul dan Azilah pesalah kes bunuh Altantuya yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 13 Januari 2015. Berita terkini secara aneh beliau boleh keluar dari Malaysia malah tanpa diberitahu menghairankan peguam terkenal Tan Sri Shafee Abdullah – MRM

Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang bekas anggota elit polis, Sirul Azhar Umar.

Laporan Sydney Morning Herald menyebut, permohonan tersebut tidak akan dipenuhi kerana ia melibatkan hukuman mati.

Laporan itu memetik kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia yang menyebut, ia hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut.
sirul azhar umar australia
"Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan," laporan itu dipetik.

Australia merupakan salah sebuah negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.

Sirul Azhar (kiri), yang merupakan tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak hadir ke mahkamah pada hari Selasa lalu dan susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya

Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas.

Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua mereka.

Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.
Pada 9 April 2009 Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

Gambar Sirul, 43, dan Azilah, 38 (bawah) juga mula disebarkan hari ini.

Sirul dan Azilah sebelum ini berjaya mengelak wajah mereka dirakam oleh lensa kamera sepanjang tempoh perbicaraan dan rayuan, sejak hampir sedekad lalu.

Kedua-duanya menutup wajah masing-masing dengan rapi ketika dibawa masuk dan keluar daripada bilik mahkamah. Malaysiakini

Klik Baca: Peguam Tan Sri Shafee Abdullah hairan bagaimana beliau tidak dimaklumkan pergi ke Australia lapor Sinar Harian

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MINAH CUN STRIKES BACK

Posted: 15 Jan 2015 06:51 PM PST





MINAH CUN

BANGUN 

MELAWAN

SYABAS


jangan ingat
hang sorang saje 
baca kitab agama
jangan ingat
 hang sorang saje
online
kalau hang boleh online
orang lain pun boleh

ONLINE


------------------------------

ADA DUA UNDANG-UNDANG

Posted: 15 Jan 2015 06:18 PM PST









FACE BOOK

Baru nampak muka 2 pembunuh Altantuya.
Katanya yang tak byr hutang PTPTN tak leh ke luar negara, pasport kena tahan tapi yg bom orang boleh melilau satu dunia. Dunia..dunia.




NOTA


di malaysia ini
ada dua undang undang
satu untuk yang kaya
yang berkuasa
satu untuk yang miskin 
yang papa

undang-uandang ALLAH
pun sama

K-POP  sebagai bukti
kes SIRUL sebagai bukti

kah kah kah

MUSTAHIL TAK FAHAM





--------------

JANGAN JUAL AGAMA

Posted: 15 Jan 2015 05:43 PM PST





MANA BERNAi KOMEN
KOMENTAR

apa yang berlaku ini amat baik
ini adalah ajaran politik
ini adalah ajaran yang jelas
ini sekolah politik terulung

dari zaman bersaman
agama telah dijadikan alat menindas
agama digunakan oleh kaum penindas
kaum pemerintah yang zalim
telah bersubahat untuk memindas
rakyat biasa

di eropah gereja 
bersubahat dengan kaum feudal
merampok dan menjarah
tanah orang kampong

kini lihat di saudi arabia
bagaimana agama juga digunakan
untuk menindas rakyat saudi
agama sedang digunakan
mempertahankan kepentingan
kuasa imperialis anglo-amerikan zionis

apabila kaum progresif menerangkan hal ini
kalau progresif dituduh tidak beragama
kalau progresif dituduh anti agama

justeru apa yang berlaku dengan K-POP
apa yang berlalu dihadapan mata kita
adalah kelas politik yang amat baik
kelas pencerahan tentang peranan agama

jelas:
tukang jual agama ini 
kerjanya menakut nakutkan 
takutkan orang ramai dengan api neraka
bila orang ramai takut
maka senang untuk dicucuk hidung

jelas:
tukang jual agama ini
tidak akan berani 
melakukan apa apa
tidak akan bersuara
tidak akan memberi komen kepada:

tuan yang melantik mereka
tuan yang memberi mereka kerja 
tuan yang memberi mereka makan
tuan yang beri mereka gelaran imam
tuan yang beri mereka gelaran mufti
tuan yang beri mereka gelaran datuk
tuan yang beri mereka gelaran tan seri
.



Anwar pertikai dakwaan terpilih remaja 

peluk artis K-pop 

Anwar Ibrahim membidas tindakan pihak berkuasa agama yang menjalankan penguatkuasaan terpilih dengan hanya mahu mendakwa anak muda dalam isu berpeluk di konsert K-pop baru-baru ini 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-pertikai-dakwaan-terpilih-remaja-peluk-artis-k-pop#sthash.pmd6CLht.dpuf

KAH KAH KAH

woit
buatlah kerja yang halal
janganlah jual agama
nampak koro
nampak cekai

tak payah jaga
tepi kain orang
jangan jadi kedai dobi
kah kah kah

APA PUNYA LAUNDRY




---------

LAWAK BERDIRI- STAND UP COMIC

Posted: 15 Jan 2015 05:32 PM PST






AKAN DATANG

COMING SOON

BANTAH K- POP

Posted: 15 Jan 2015 05:06 PM PST






WIRA MELAYU
BANTAH
K-POP
KAH KAH KAH

muka ketat & sendat




--------------

I LOVE K- POP

Posted: 15 Jan 2015 04:30 PM PST





KAH KAH KAH
Jim Alif Kaf Ya Mim=(JAKIM) Jgn Amik Kisah Isu Menteri!!! Kahkahkah! on JAKIM INI APA?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/16/15




-------------

SEMUA REKRUT ALLAH

Posted: 15 Jan 2015 09:32 AM PST








Allah izinkan gadis Melayu dipeluk 

artis K-Pop, kata wanita -

Tiga gadis Melayu yang berada di atas pentas dan berpeluk dengan artis K-pop B1A4 dari Korea Selatan tidak akan mendapat peluang sedemikian jika tidak kerana ketentuan Allah, kata seorang pengguna media sosial.

Wanita 20-an yang menyiarkan pendapatnya melalui video berdurasi 5:42 minit itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial lain yang turut berkongsi di Facebook dan YouTube.
Wanita tersebut ketika mengulas insiden yang kini menjadi viral dan mendapat perhatian meluas sehingga pemimpin negara dan badan agama berkata, gadis terbabit berada di atas pentas dengan keizinan Allah.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/allah-izinkan-gadis-melayu-dipeluk-artis-k-pop-kata-wanita#sthash.9kaVcX1M.dpuf


KAH KAH KAH

woit
jangan ingat
ustaz saje 
boleh rekrut allah
kah kah kah
peminat K-POP
pun boleh rekrut allah
ini baru real
kah kah kah

SEMUA SUDAH 

BERANI
-------------

ULANG BACA SEKALI LAGI

Posted: 15 Jan 2015 06:00 AM PST




NOTA

apa yang berlaku
di paris minggu lalu
apa yang sedang berlaku
di eropah dan dalam  dunia hari ini
mewajibkan kita berfikir
mewajibkan kita bertenang
mewajibkan kita membaca

sila ulang baca tulisan ini
yang telah disiarkan dalam
suara keadilan pada 
25 november 2014



PERANAN ISIS DAN GEOPOLITIK


Geopolitik ialah kajian yang menganalisa geografi, sejarah, serta sains sosial, dengan rujukan kepada politik antarabangsa. Ia memeriksa kepentingan politik dan strategi geografi, dengan geografi ditakrifkan dari segi lokasi, keluasan dan sumber kawasan-kawasan. Stratiji ini muncul di German. Dan digunapakai oleh Nazi Hitler dalam usaha untuk menawan Eropah dan dunia.

Dari mana pula muculnya ISIS?

ISIS muncul sebagai budak suruhan dalam geopolitk kuasa Imperial Amerika dalam usaha untuk mempertahankan EMPIRE. Sesudah tamat Perang Dingin (1985) keadaan dunia agak kendur saketika. Perang idealoji antara blok Sosialis dengan blok Kapitalis reda.

Dalam suasana reda ini Amerika mula meluaskan pengaruh. Sesudah tamat Perang Dingin Blok Soviet Union telah memansuhkan perjanjian persenjataan Warsaw Pact ( 1955-1991). Perjanjian Warsaw Pact ini dimunculkan sebagai jawapan kepada Amerika yang menubuhkan perjanjian persenjataan NATO – North Altantic Treaty Organisation – pada tahun 1949.
Hari ini NATO semakin diperluas. Negara-negara bekas perjanjian Warsaw Pact – Albania, Slovania, Slovakia, Hungary, Republik Czech, Romania, Bulgaria, Latvia dan Poland semua telah menjadi ahli NATO.

Negara-negara bekas Warsaw Pact ini dari segi ilmu alam semuanya wujud disekeliling Rusia. Maka inilah yang dikatakan geopolitik – wilayah bumi yang akan memainkan strateji politik. Geopoilitik sedang mengepong Rusia.

Justeru,  apa pula peranan ISIS satelah kembali suasana perang dingin. Saya berani menyatakan disini bahawa dalam geopolitik hari ini ISIS hanyalah bidak catur.

Saya yakin ramai anak-anak muda Islam bukan sahaja di Malaysia malah dari benua lain juga tidak dapat memahami bahawa ISIS ini hanyalah alat untuk kegunaan strateji geopolitik kuasa imperial Amerika. ISIS sedang digunakan sebagi buah catur dalam straterji geopolitik untuk mempertahankan Empire. Pasti, susah untuk mereka menerima hakikat bahawa 'satu gerakan Islam' sebenarnya hanyalah budak suruhan Amerika. Kerana itu kita  wajib memahami geopolitik untuk memahami ISIS.

Saya ulangi sekali lagi – dalam strateji geopolitik ini - Amerika sedang mengepong kawasan-kawasan yang memiliki bahan bakar petrol dan kawasan yang dijangkakan memiliki bahan ini. Ini strateji jangka panjang kuasa imperialis Amerika.

Ingin saya nyatakan disini bahawa jika Iraq sebuah negara pengekspot belacan pasti Saddam Hussein masih hidup dan Iraq selamat. Saya juga yakin jika Saudi Arabia negara pengeluar buah kurma pasti setiap hari kita akan terbaca berita 'orang kena pancung' dihadapan Masjid Riyadh. Media Barat setiap hari akan berlagu dengan kesah-kesah warga Saudi sebagai rakyat yang tidak betamadun kolot penindas perempuan.

Hakikatnya Saudi dan Iraq negara pengeluar minyak yang terbesar dalam dunia. Maka negara-negara ini dari segi geopolitik amat-amat penting. Maka Iraq diserang untuk ditawan. Saudi tidak diganggu gugat kerana setia menjadi budak suruhan.

Dari salasilah - ISIS adalah sambungan dari Al-Qaeda. Asal usul turun temurun ISIS ialah Al-Qaeda. Jangan kita lupa bahawa Al-Qaeda ini adalah anak syarikat Amerika. Kumpulan ini bertelor, mengeram, menetas dan beranak dalam reban CIA di Peshawar Pakistan. Al-Qaeda adalah sebahagian dari budak suruhan Amerika ketika Amerika melawan Soviet Union diakhir 70'an.

Dalam geopolik dunia hari ini Empire Amerika memiliki tiga musuh. Pertama Rusia, kedua Iran dan musuh akhir ialah China. Sesudah Saddam tewas tidak ada lagi kuasa Arab yang berpotensi untuk engkar dengan kuasa Amerika atau berani melawan Israel. Mesir - kuasa terkuat negara Arab telah mandul dan masuk ke dalam poket Amerika samenjak zaman Anwar Saddat lagi.

Hanya Iran yang dilihat memiliki keupayaan ekonomi, tenaga manusia dan hasil bumi yang boleh bebas merdeka dari kuasa Empire. Iran ada keupayaan untuk menandingi Israel. Justeru Iran wajib ditundukkan. Dalam usaha menundukkan Iran tidak dapat tidak Amerika perlu juga menundukkan Syria dahulu. Ini kerana Syria dan Iran memiliki perjanjian setiakawan. Sekatan ekonomi sahaja belum tentu berhasil.

Dalam masa yang sama Syria dari samenjak zaman Hafiz al-Assad telah menjalinkan hubungan baik dengan Rusia. Rusia memberi alat persenjataan kepada Syria dan juga Iran. Tentera laut Rusia dibenarkan datang berlabuh di perlabuhan Tartus wilayah milik Syria.

Dalam strateji geopolitik - ISIS digunakan sebagai 'hantu' untuk menakut-nakutkan banyak negara. Hantu yang saya maksudkan ialah menjadikan ISIS bahan mengolah persetujuan orang/ manufacturing consent. Peranan ini awalnya telah dimainkan oleh Usama Bin Ladin dan Al-Qaeda.

Lihat bagaimana ledakan WTC 9/11 telah berjaya mengolah persetujuan rakyat dunia agar perang dimulakan di Afghanistan dan Iraq diserang.
Suasana salepas 9/11 memperlihatkan bagaimana Amerika dapat mengumpulkan banyak negara untuk menyerang Iraq. Presiden Bush Senior dilihat berjaya mengolah persetujuan dunia untuk menggalang satu barisan menentang Saddam walau pun Iraq TIDAK ada sangkut paut dengan ledakan WTC.

Dalam masa yang sama pembaca wajib sedar bahawa politik domestik Amerika telah berjaya diolah. Pelbagai undang-undang baru telah diluluskan oleh Senate/Kongres Amerika. Sedikit demi sedikit hak kebebasan rakyat Amerika sendiri terhakis. Ada yang disedari dan ada yang TIDAKdisedari.

Warga Amerika yang terkejut dengan ledakan WTC telah bersetuju untuk mengurangkan hak kebebasan demi keselamatan. Warga Amerika – yang takut - bersetuju untuk memberikan lebih banyak kuasa kepada polis dan tentera demi keselamatan.

Kini Soldadu Amerika boleh masuk ke dalam bandar. Kini soldadu Amerika boleh masuk ke dalam rumah persendirian. Lihat hari ini bagaimana kawalan ketat dilapangan terbang. Lihat bagaimana ramai aktivis Amerika disenarai hitamkan dan TIDAK boleh menaiki pesawat udara. Semua ini 'dihalalkan' melalui Patriot Act yang diluluskan sesudah berlakunya ledakan WTC 9/11.

Media Amerika – yang satu ketika dahulu memiliki sejarah bebas dan berani kini menjadi lembik dan manai. Dunia masih ingat lagi peranan Washington Post yang berjaya menundukkan Presiden Nixon sehingga Nixon meletakkan jawatan kerana Skandal Watergate.

Hari ini media Amerika telah jadi manai. Ketika Iraq diserang media Amerika datang bersama-sama soldadu dan duduk berkhemah – bergolek bantal bersama soldadu. Ini TIDAK pernah terjadi ketika Vietnam diserang. Kini Media Amerika telah Sekatil dengan Empire Amerika.

Dimana peranan ISIS sekarang?

Ingat atau TIDAK apa terjadi petang 2 Julai 2000 di Bukit Jenalik Grik Perak? Satu kumpulan yang dipanggil Al-Maunah telah dituduh merampas 5 tan senjata dan dimasukkan ke dalam 3 buah Pajero dalam masa 15 minit. Satu Malaysia melihat babak Al-Maunah ini sebagai satu sandiwara.

Babak Al-Maunah ini tidak masuk akal dan TIDAK diyakini maka terpaksa sekali lagi dipentaskan di Kuala Lumpur untuk membuktikan bahawa - boleh 5 tan senjata masuk ke dalam Pajero dalam masa 15 minit.

Sabenarnya sandiwara Al-Maunah ini dipentas untuk mengolah persetujuan agar orang ramai agar jangan turun berdemo ke jalan raya menentang Anak Lelaki Iskandar Kutty. Ketika itu gerakan anti United Malays National Organisation sedang mengampoh.

Al-Maunah juga telah digunakan untuk menyediakan persetujuan orang ramai agar ISA digunakan dengan meluas. Pada 10 April 2001 seramai 10 orang Reformis telah ditahan dibawah ISA. Ini diikuti pula dengan penahanan berpuluh-puluh warga yang dituduh sebagai ahli Kumpulan Mujahidin dan Jamaah Islamiah.

Apa hubungan Al-Maunah denganh ISIS?

Al-Maunah ini digunakan untuk mengolah politik domestik Malaysia. ISIS digunakan untuk mengolah persetujuan geopolitik dunia. ISIS diperlukan untuk mengetatkan lagi hukum dan undang-undang domestik Amerika. Edward Snowden bekas pekerja National Security Agency telah membocorkan bagaimana badan risikan Amerika sedang menyimpan semua e-mail dan panggilan talipon warga Amerika. Pihak berkuasa mengakui ini berlaku demi keselamatan. Inilah peranan ISIS.

Lihat bagaimana berita ISIS memancung kepala menjadi heboh, heboh dan heboh sedunia. Hanya tiga kepala putus. Tetapi media dunia TIDAK pernah melaporkan 79 kepala yang dipenggal tahun lalu oleh Saudi Arabia. Statistik ini adalah laporan dari Amnesty International.

Dengan menghebohan berita – ISIS PENGGAL KEPALA – maka warga dunia menjadi takut dan gentar. Dalam masa yang sama berita saperti ini menarik anak-anak muda yang suci dan jujur yang mahu melihat satu dunia baru yang lebih adil.

Saudi negara pengeluar minyak terbesar dalam dunia ini dengan fahaman Wahabi dan Salafi sedang bersekongkol dengan imperialis Amerika untuk menyerang Iran. Saudi bersama negara Telok telah mengeluarkan berbilion dolar untuk membiyai perang di Syria.

Kepada anak muda atau sesiapa sahaja yang masih TIDAK faham apa itu ISIS biar saya terangkan. Di belakang ISIS ini ialah Saudi Arabia - barua Amerika yang paling kental. Tanpa duit Saudi ISIS tidak mungkin wujud. Saudi dan Amerika sedang menjual Islam untuk mempertahankan sistem ekonomi kapitalis yang semakin tidak menentu.

Hujah saya ini saya kuatkan dengan pertanyaan.

Pada 30 Oktober 2014 ISIS cawangan Sinai Mesir telah membunuh 30 orang soldadu Mesir. Kenapa gerila ISIS ini tidak menyerang Zionis Israel? Wal hal Sinai bersempadan dengan Israel. Siapa musuh utama? Zionis atau warga Mesir?

Pada Jun 2011 Saudi menghatar 1,500 soldadu bersama kereta kebal ke Bahrain. Ini untuk menyerang demonstrasi anak-anak muda Bahrain yang menolak keputusan pilihan raya. Kenapa Saudi Arabia tidak pernah dalam sejarah terlibat menyerang Israel?


Akhirnya negara-negara di Eropah, Amerika Latin dan Afrika – tidak dapat tidak akan mewujudkan undang-undang baru atas nama keselamatan untuk menentang pengganas ISIS. Malaysia juga akan memunculkan undang-undang baru anti-pengganas. Wal hal kepala pengganas utama dalam dunia ialah imperialis Amerika. Inilah peranan ISIS. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN 
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-3045


-------------

PERANAN ISIS GLOBAL

Posted: 15 Jan 2015 05:12 AM PST







KOMENTAR


tukar tiub tepat
ramalam tepat
peranan ISIS

UK akan ada undang undang baru
obama juga sedang merancang
dan malaysia bulan MEI ini



Nancy Shukri
PUTRAJAYA - Satu rang undang-undang khas untuk menangani ancaman militan termasuk kumpulan IS akan dibentangkan di Parlimen, Mac ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri...



INI BUKTI

Tulisan saya dalam Suara Keadilan bertajuk : ISIS dan Geopolitik – telah diterbitkan pada 25 November 2014. Para akhir dalam tulisan itu saya telah membuat rumusan ini:


Akhirnya negara-negara di Eropah, Amerika Latin dan Afrika – tidak dapat tidak akan mewujudkan undang-undang baru atas nama keselamatan untuk menentang pengganas ISIS. Malaysia juga akan memunculkan undang-undang baru anti-pengganas. Wal hal kepala pengganas utama dalam dunia ialah imperialis Amerika. Inilah peranan ISIS. 

------------

JAKIM INI APA?

Posted: 15 Jan 2015 04:00 AM PST






FACE BOOK

masa saya bertemu dengan wakil JAKIM di Putrajaya dalam lebih kurang hampir dua tahun lalu, saya pernah bertanya kepada wakil JAKIM itu tentang kemampuan pihak JAKIM dalam bidang keilmuan. Dia mendakwa bahawa pihak JAKIM punyai individu pakar. Kajian pakar-pakar itu menjadikan mereka boleh haramkan buku-buku yang tidak selaras dengan pemikiran JAKIM.

Saya menjawab, kepakaran JAKIM hanya mampu mengharamkan buku, tetapi tidak ada kemampuan untuk menulis buku untuk menjawab balas dakwaan terhadap buku yang diharamkan itu.

Kali ini, mamat cina Paulsan dah sedia berdebat. Ini seruan menarik. Seruan sesuai dengan ajaran al-Quran. Sebagai badan agama Islam, sudah pasti seruan debat ini tidak akan diabaikan oleh JAKIM. kecuali, kalau JAKIM memang badan yang diciptakan untuk merosakan imej agama Islam.

Firman Allah, "katakanlah (wahai Muhammad) datangkan bukti-bukti kamu, jika kamu dari kalangan mereka yang benar".








----------------

SEORANG PEJUANG MELAYU

Posted: 15 Jan 2015 01:26 AM PST




Laporan 1MDB: Khairuddin mungkin 

tinggalkan parti 'bodoh' Umno 

Ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang dikritik teruk kerana tindakan beliau membuat laporan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkata beliau mungkin meninggalkan parti kerana serangan yang diterimanya.
Memanggil parti "bodoh", timbalan ketua Bahagian Umno Batu Kawan berkata ,mengutuk beliau kerana laporan 1MDB memakan diri kepada pengkritiknya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/laporan-1mdb-khairuddin-mungkin-tinggalkan-parti-bodoh-umno#sthash.WHMvrpdT.dpuf

KAH KAH KAH

ya ampoooon
ya maulanaa
jangan datuk
jangan berhenti datuk
datuk pejuang bangsa
datuk harapan negara
datuk pejuang melayu
tak ada datuk
rakyat tak ada siapa

NOTA
rumah kena lelong
pasal apa?
kah kah kah

APA PUNYA LAN COW



-------------

SAYA CHARLIE - SAYA BUKAN CHARLIE

Posted: 14 Jan 2015 07:48 PM PST







SAYA CHARLIE TAPI BUKAN CHARLIE

Tulisan saya dalam Suara Keadilan bertajuk : ISIS dan Geopolitik – telah diterbitkan pada 25 November 2014. Para akhir dalam tulisan itu saya telah membuat rumusan ini:

Akhirnya negara-negara di Eropah, Amerika Latin dan Afrika – tidak dapat tidak akan mewujudkan undang-undang baru atas nama keselamatan untuk menentang pengganas ISIS. Malaysia juga akan memunculkan undang-undang baru anti-pengganas. Wal hal kepala pengganas utama dalam dunia ialah imperialis Amerika. Inilah peranan ISIS.

Serangan ganas keatas kartunis majalah Charlie Hebdo yang berlaku dalam kota Paris minggu lalu membuktikan bahawa strateji geopolitik ini sedang berjalan mantap. Strateji geopolitik ini sedang menyediakan suasana Perang Dunia ke3.

Majalah Charlie Hebdo ialah majalah lawak satira. Saya merayakan satira dan lawak. Malah saya sendiri melakukan kerja 'lawak berdiri/stand up comic'. Blok saya : tukartiub adalah blog satira politik. Justeru lawak dan satira bukan satu yang asing untuk saya.

Dalam komidi dan dalam garis politik saya TIDAK menyokong apa sahaja gerakan atau kumpulan yang mengakui mewakili Tuhan. Saya menentang keganasan yang reaksionari. Saya menyokong anak semua bangsa untuk merayakan kepercayaan semua agama. Saya menentang cita-cita dan niat yang memperlekeh apa sahaja agama. Saya merayakan anak semua bangsa yang menganut apa saja agama. Dalam masa yang sama saya juga merayakan mereka yang tidak beragama.

Justeru saya juga Charlie dan saya juga BUKAN Charlie.

Saya mengutuk pembunuhan keatas kartonis majalah Charlie Hebdo. Saya mengutuk pembunuhan itu yang dilakukan atas nama Islam. Atau atas alasan mempertahankan Nabi Muhamad. Atau alasan tidak sensitif terhadap agama.

Dalam masa yang sama saya juga mengutuk kebodohan dan kebangangan majalah Charlie Hebdo. Saya anggap majalah ini bodoh dan bangang. Bukan saja majalah bangang tapi majalah rasis. Justeru, saya mengutuk majalah ini yang berselindung dibelakang tabir kebebasan bersuara.

Dua-dua kumpulan – yang dibunuh dan yang membunuh – untuk saya sama-sama karut. Dua-dua kumpulan ini sedang menjadi alat daulah terpendam/deep state. Secara sedar atau tidak sedar mereka adalah bidak catur dalam stratreji geopolitik kuasa imperialis.

Majalah Charlie Hebdo ini tidak melakar satira politik yang bijak. Dari ilmu semiotik – jika diperhatikan maka kita tidak akan salah jika membuat rumusan bahawa ini adalah majalah rasis. Amat jelas - dibelakang satira ini adalah sanubari rasis Peranchis yang terpendam dalam. Ramai warga Peranchis bermimpi angkuh dan berangan-angan bahawa dunia yang indah ini hanya dunia Peranchis

Memang betul ada unsur agama yang kadang-kandang boleh dilihat sebagai lawak dan komidi. Tapi bukan saperti yang digarap oleh Charlie. Majalah ini menghina dan mengutuk agama.

Satelah serangan berlaku maka Peranchis menjadi riuh dan heboh. Ini bukan heboh se Paris. Kini telah menjadi heboh sedunia. Maka pandangan yang akan saya ajukan ini mungkin akan dilihat sebagai pandangan minoriti. Pandangan saya ini melanggar dan menentang pandangan arus perdana.
Tembakan dan letupan dari kedua belah pihak ini sedang menimbulkan banyak persoalan. Untuk sementara waktu jangan kita terperangkap dalam pebagai teori yang tersebar. Tidak berguna kita bertegang lidah cuba membuktikan bagaimana ledakan Kalashnikov itu TIDAK kena kepada kepala polis. Atau kenapa darah tidak membasahi jalan raya. Untuk saya - kita TIDAK perlu teori-teori untuk memahami apa yang sedang berlaku.

Dihujung minggu lalu dilaporkan lebih dari 40 orang pemimpin dunia dari pelbagai 'bentuk dan genre' telah mengutuk pembunuhan dan bersimpati dengan Peranchis.

Ada yang bernama Merkel, ada yang bernama Obama, ada yang benama Netanyahu, ada yang bernama Cameron. Kita juga diberitahu berjuta warga Peranchis telah turun ke jalan raya berdemo mengutuk apa yang ditakrifkan sebagai 'Extremis Islam'.

Apabila saya terbaca nama Merkel, Obama, Netanyahu dan Cameron yang bersimpati dengan Peranchis maka saya jadi loyo dan hampir keluar 'muntah taik'.

Kalau saya katakan 'padan muka' maka saya anggap diri saya kurang ajar. Saya akan dituduh tidak memiliki garis politik yang lurus. Tapi biar saya terangkan sajelas hari siang disini tentang apa itu politik dan apa itu realpolitik. Para pembaca boleh membuat rumusan sendiri.

Sosok yang menjadi Presiden Peranchis namanya Francois Hollande. Dibawah pimpinan Hollande kita lihat bagaimana Peranchis terlibat secara gelap dan secara terbuka dalam mengimplementasi strateji geopolitik kuasa imperial Anglo-Amerikan Zionis.

Seawal 2011 Peranchis secara sulit telah memberi senjata kepada puak Extremis Islam yang menentang Gadaffy di Libya. Akhbar Telegraph dari London pada 29 Jun 2011 telah melaporkan kenyataan jurucakap tentera Peranchis Colonel Thiery Bukhard yang mengakui bahawa Peranchis telah memberi senjata ringan kepada kumpulan anti-Gadaffy. Tiga bulan kemudian Peranchis bersama bala tentera Nato telah mengebom Libya.

Pada 15 November 2012 BBC London telah melaporkan pemberian senjata dari Peranchis kepada kumpulan Extremis Isam yang anti-Bashar di Syria.

Pada 14 March 2013 akhbar Guardian London melaporkan kerjasama Britain dan Peranchis dalam usaha bersama untuk mempersenjatai kumpulan Extremis Islam yang anti-Bashar. Laporan ini juga menyebut bagaimana Francois Hollande telah pergi ke Brussels untuk berkempen di Parlimen Eropah- meminta negara-negara Eropah yang lain menyokong langkah Britain dan Peranchis. Hollande juga meminta negara German bersetuju untuk menghapuskan sekatan senjata keatas Syria agar senjata dapat dihantar kepada kumpulan anti-Bashar.

Pada 21 Ogos 2014 yang baru lalu stesen TV France24 telah melaporkan berita Presiden Francois Hollande telah menghantar senjata kepada kumpulan yang sedang menyerang Bashar al-Assad.

Apa yang ingin saya buktikan disini ialah kumpulan Extremis Islam yang dikatakan menyerang Charlie Hebdo itu telah bertelor, mengeram, menetas dan dibesarkan oleh kuasa imperial Anglo-Amerikan Zionis. Peranchis ada salah satu negara yang membekal senjata untuk kumpulan Extremis Islam ini. Tukang bayar harga senjata ini tidak lain dan tidak bukan ialah Saudi Arabia. Dari apa yang saya pernah baca Saudi Arabia ini dikatakan sebuah negara Arab yang beragama Islam.

Kumpulan Extremis Islam ini datang dalam pelbagai bentuk – awalnya mereka dikenali sebagai al-Qaeda kemudian menjadi Jabhar al Nusra dan hari ini menjadi ISIS. Walau pun apa nama mereka bukti telah menunjukkan bahawa Extremis Islam ini semuanya adalah anak didik Amerika.

Pada 16 Julai 2014 akhbar Gulf Daily News dari Bahrain telah melaporkan kenyataan Edward Snowden. Anak muda yang melarikan diri dari Amerika ini adalah bekas penyelidik Jabatan Risikan Amerika (NSA). Mengikut Snowden ISIS telah dirancang oleh badan risikan Britain dan Amerika.

Edward Snowden juga telah membocorkan fakta tentang Abu Bakr Al-Baghdadi. Sosok yang dikatakan menjadi Khalifah ISIS ini telah dilatih selama satu tahun oleh Mossad. Latihan diberikan dalam ilmu teoloji agama dan cara berpidato yang boleh menarik perhatian orang ramai.

Ketika tulisan ini digarap seluruh dunia sedang heboh tentang Charlie Hebdo. Media arus perdana sedang menggoreng isu ini semasak mungkin untuk menyediakan suasana dimana perang boleh dilancarkan atas nama mempertahankan kebebasan bersuara. Perang boleh diteruskan atas nama menentang extremis agama.

Dengan apa yang telah berlaku warga dunia akan bersedia – akan terbuka hati untuk menerima apa sahaja rancangan dari pemimpin mereka. Rakyat yang takut senang menjadi Pak Turut. Senjata boleh ditempah dan dipesan. Saudi Arabia dan Negara Arab Telok boleh memesan senjata baru dan membayar dengan dolar yang mereka kumpulkan hasil dari jualan bahan bakar petrolium.

Serangan keatas Charlie Hebdo ini secara bijak telah menenggelam ingatan kita kepada kematian warga Pakistan yang saban masa dibom oleh drone Amerika. Media telah berjaya membesarkan berita Charlie ini sehinggakan kita terlupa bahawa saban hari ada warga Yemen yang mati di bom oleh Amerika melalui drone.

Dengan bijak media milik kaum pemodal telah berjaya membawa satu naratif - satu jalan cerita bahawa Extremis Islam adalah punca masalah dunia. Naratif ini sedang tersebar dengan meluas.

Tulisan saya ini adalah kounter naratif atau satu jalan cerita yang lain. Saya melihat bukan hanya pembunuhan, bukan hanya ledakan Kalashinkov. Saya mahu para pembaca juga menyoal – dari mana datangnya Extremis Islam ini? Siapa pembekal Kalashinkov ini? Siapa tukang bayar semua ini.

Kalau polis menyiasat kes bunuh ada tiga pekara yang wajib dikenal pasti. Pertama apa senjata yang digunakan. Kedua apa tujuan pembunuhan dilakukan. Ketiga: mana mayat mangsa pembunuhan.

Dalam menganalisa politik – dalam real politik kita – saperti polis yang menyiasat wajib bertanya CUI BONO. 

Ini perkatan dalam bahasa Latin. Makna cui bono ialah siapa dapat untung. Dalam realpolitik untung ini ialah kejayaan melaksankan satu strateji politik yang akhirnya akan memperkukuh kuasa. Dengan kuasa yang kukuh maka dolar dan riyal dapat dikumpul. Justeru cui bono ini wajib terus dijadikan asas untuk memahami politik. Bukan sahaja politik luar negara malah politik Malaysia juga boleh ditanya melalui soalan cui bono?

Minggu ini terbukti apa yang saya tulis pada 25 November 2014 lalu menjadi tepat. Ini disahkan oleh kenyatan Ketua Polis Negara mengenai Charles Hebdo. Ketua Polis Negara telah berkata bahawa amat perlunya Akta Hasutan 1948 diteruskan untuk mengelakkan dari berlakunya serangan saperti di Paris.

Kenyataan Ketua Polis Negara ini jangan dibaca sebagai lawak atau dibaca sebagai satira. Untuk saya apa yang jelas ialah TIDAK lama lagi pasti ada satu undang-undang baru untuk mengawal dan menangkap orang ramai yang semakin berani bertanya - cui bono? (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-3045





-------------