Khamis, 15 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Apabila Allah Mengutuskan Untuk Mencabut Nyawa Kamu......

Posted: 15 Jan 2015 11:00 PM PST

Pekerja kilang, suri rumah ditahan Sosma

Posted: 15 Jan 2015 10:15 PM PST

 
Polis antikeganasan Bukit Aman menahan tiga suspek yang merancang untuk menyertai kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) di Syria.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Suspek yang berumur 25 tahun bekerja sebagai operator kilang di Lembah Klang, suspek 29 tahun bekas penyelia kilang di Selangor manakala seorang lagi suri rumah.

"Ketiga-tiga suspek berusia antara 25 hingga 30 tahun dan merupakan warganegara Malaysia yang diusir daripada Australia kerana menyalah guna Visa pelancongan," katanya.

Dalam kenyataannya lewat petang tadi, Khalid juga berkata, ketiga-tiga suspek disyaki terlibat merekrut dan menguruskan penghantaran tiga orang warganegara Malaysia ke Syria.

Ini dilakukan melalui sebuah negara ketiga sebelum ini, tambahnya.

Semua suspek ditahan selepas disyaki melakukan kesahan bawah Bab V1A Kanun Keseksaan berkaitan keganasan .

Mereka akan disiasat bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma.
 

Malaysiakini

Pakai semua butang baju kurung, kata sekolah

Posted: 15 Jan 2015 09:30 PM PST

 
 
 Masalah komunikasi dan tersalah tafsir maklumat oleh pelajar dan ibu bapa adalah punca tercetusnya isu pemakaian baju kurung oleh pelajar bukan Melayu, dakwa pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara Mohd Amir Abdul Ghani.

Beliau berkata pihak sekolah tidak pernah menghalang pelajar perempuan bukan Melayu untuk memakai baju kurung, cuma menekankan supaya memakai baju kurung dengan cara yang betul.

"Kalau hendak pakai baju kurung, pelajar mestilah memakai dengan betul iaitu memakai kesemua butang baju tersebut. Apabila kata begini, mereka anggap kita (sekolah) tidak benarkan pakai baju kurung.

"Sekolah tidak pernah menghalang sesiapa pakai baju kurung kerana ia adalah baju kebangsaan. Malah guru-guru bukan Melayu pun boleh pakai baju kurung," katanya ketika ditemui Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Media tempatan melaporkan dakwaan seorang pelajar sekolah yang berumur 15 tahun dilarang memakai baju kurung oleh pihak pentadbiran sekolah di Kuala Lumpur kononnya atas alasan baju kurung hanya untuk pelajar perempuan Melayu.

Mohd Amir berkata permintaan pihak sekolah supaya memakai kesemua butang baju kurung adalah bagi menjaga aurat pelajar sekali gus menjaga keselamatan pelajar itu sendiri.

Katanya satu perbincangan antara pengetua, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan penjaga kepada murid berkenaan (pengadu) turut diadakan pada hari ini bagi menyelesaikan konflik berkenaan.

Beliau menegaskan pelajar perempuan yang terlibat akan kembali ke sekolah dan bebas memakai baju kurung.

Mohd Amir berkata beliau tidak berada di sekolah pada hari kejadian dan mendakwa masalah komunikasi itu adalah antara guru dan pelajar.

Pengetua itu percaya jika beliau berada di sekolah pada hari tersebut mungkin perkara itu tidak timbul dan menjadi isu hangat di media sosial.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin semasa mengulas perkara itu berkata Kementerian Pendidikan tidak pernah mengeluarkan arahan melarang pelajar perempuan bukan beragama Islam memakai baju kurung ke sekolah kerana pemakaian tersebut sejajar dengan dasar kementerian dalam soal pemupukan perpaduan.

"Tak ada arahan dikeluarkan oleh kementerian kepada mana-mana pihak pentadbiran sekolah untuk sekat atau halang pelajar bukan Islam untuk pakai baju kurung," kata Muhyiddin dalam sidang media selepas melancarkan Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur hari ini.

Mohd Amir berkata beliau amat menggalakkan pelajar perempuan bukan Melayu sekolah itu jika berhasrat untuk memakai baju kurung kerana ia adalah simbol perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.

Menurut beliau, majoriti pelajar di sekolah berkenaan adalah pelajar berbangsa Cina dan baju kurung tidak pernah menjadi masalah dalam kalangan pelajar di sekolah itu sebelum ini.

Tinjauan Bernama juga mendapati beberapa guru bukan Melayu bebas memakai baju kurung di sekolah tersebut.

- Bernama

Paspot Antarabangsa Dua Tahun Dimansuhkan ?

Posted: 15 Jan 2015 08:30 PM PST

Bayaran pasport antarabangsa turun RM100


 
Bayaran bagi permohonan pasport antarabangsa Malaysia bagi warga berumur 13 hingga 59 tahun untuk tempoh lima tahun diturunkan daripada RM300 kepada RM200 berkuatkuasa hari ini.

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Imigresen, kadar bayaran bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah pula serta jemaah haji ialah RM100.

Permohonan Orang Kelainan Upaya (OKU) kekal percuma.

Serentak dengan itu semua permohonan pasport antarabangsa untuk tempoh dua tahun dengan bayaran RM100 adalah dimansuhkan.



Malaysiakini

Erdogan (4): 5 Tahun Ke Depan Turki Makmur -Bank Dunia. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 15 Jan 2015 07:45 PM PST

 
Di bawah kepemimpinan Islam, lima tahun ke depan Turki makmur
Turki. © Lifeinroam.com

MEYAKINI negara dipimpin kerajaan Islam yang yang kononnya 'konservatif', bakal mengalami kemerosotan dan kemunduran adalah suatu kesalahan besar. Bank Dunia hari ini menetapkan Turki bakal menjadi negeri paling tinggi pendapatan perkapitanya dalam lima tahun ke depan, kerana Turki kini diperintah oleh seorang presiden Muslim yang keras tegas, iaitu Recep Tayyip Erdogan.

Stesen televisyen Al Arabiya melaporkan, Selasa (13/1), Bank Dunia melihat kesungguhan kerajaan Erdogan meningkatkan produktiviti kerja mereka serta penguatkuasaan undang-undang dijalankan dengan baik. Di bawah kepimpinan Erdogan, Turki bangkit dari terperusuk dalam krisis kewangan global pada 2007 dan mempunyai kedudukan ekonomi setara Mexico.

Meski demikian beberapa kenaikan dan kemajuan ekonomi sempat terhenti terutama di tengah pilihan raya umum sengit dan cabaran keselamatan serantau. Erdogan dianggap berjaya menangani masalah dalam negera termasuk tunjuk perasaan besar-besaran awal tahun lalu.

Namun kerajaan Erdogan punya cara unik yakni mengurangkan belanja negara sebanyak 3-4 peratus untuk tahun ini. Perkapita Turki naik menjadi USD 12.746 setelah sebelumnya di angka USD 11.000.

(IH) 

 Ibnu Hasyim

Australia tak benar Sirul dibawa pulang MALAYSIAKINI

Posted: 15 Jan 2015 07:00 PM PST


 
Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang bekas anggota elit polis, Sirul Azhar Umar.

Laporan Sydney Morning Herald menyebut, permohonan tersebut tidak akan dipenuhi kerana ia melibatkan hukuman mati.

Laporan itu memetik kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia yang menyebut, ia hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut.

"Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan," laporan itu dipetik.

Australia merupakan salah sebuah negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.

Sirul Azhar (kiri), yang merupakan tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak hadir ke mahkamah pada hari Selasa lalu dan susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya
  
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas.  
  
Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua mereka.
  
Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.
  
Pada 9 April 2009 Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

Gambar Sirul, 43, dan Azilah, 38 (kanan) juga diperolehi hari ini dengan ehsan polis Bukit Aman.

Sirul dan Azilah sebelum ini berjaya mengelak wajah mereka dirakam oleh lensa kamera sepanjang tempoh perbicaraan dan rayuan, sejak hampir sedekad lalu.

Kedua-duanya menutup wajah masing-masing dengan rapi ketika dibawa masuk dan keluar daripada bilik mahkamah.




Berakhirkah sudah legasi Tok Guru Nik Aziz? Dinsman Betul, dulu saya menyanjung Tok Guru Nik Aziz dan sekarang pun saya masih menyanjungnya, kerana Nik Aziz yang dulu dengan Nik Aziz sekarang adalah orang yang sama; hanya bezanya sekarang dia semakin uzur dan peranannya dalam politik PAS jauh berkurangan dan tidak seefektif dulu. Itulah jawapan kepada salah seorang pembaca yang bertanya, sebagai respons kepada tulisan saya yang mengkritik ulama dalam PAS, awal Disember 2014. Soalannya – kenapa dulu saya begitu menyanjung Tok Guru Nik Aziz tetapi sekarang mengkritik ulama? Saya tidak mengkritik ulamanya Nik Aziz, tetapi saya mengkritik segelintir ulama lain yang menduduki beberapa jawatan penting dalam pimpinan atasan PAS dan mempengaruhi perjalanan parti itu, bukan sahaja sebagai natijah keberkesanan kepemimpinannya (seperti yang berlaku pada kepemimpinan Nik Aziz), tetapi juga melalui kempen yang digerakkan dengan sedar bagi menyingkirkan pihak yang dianggap mengancam kedudukan mereka di dalam parti. Itulah yang saya maksudkan apabila saya kata mereka itu "kehilangan keyakinan diri". Orang yang mempunyai keyakinan diri yang teguh seperti Nik Aziz dan juga Almarhum Ustaz Fadzil Noor misalnya tidak pernah berasa kedudukan mereka terancam dan tidak pernah berasa perlu menggerakkan kempen bagi menyingkirkan pihak yang dianggap mengancam dan menyaingi kedudukan mereka. Bahkan mereka menerima dan meraikan kehadiran golongan profesional dan intelektual tersebut (yang dianggap memberi ancaman dan saingan itu) yang mahu berjuang bersama bagi mencapai matlamat parti. Satu hal yang sangat jelas menjadi asas kepemimpinan Nik Aziz (dan juga Fadzil Noor) ialah penekanan dan fokus yang diberikan kepada dakwah Islamiyah sentiasa berada di atas daripada segala kepentingan dan pertimbangan lain, termasuk kepentingan politik parti. Perhatikanlah isi ceramah Nik Aziz misalnya, walau di manapun dan dalam situasi apapun dia berucap, termasuk dalam kempen pilihanraya sekalipun, dia sentiasa bercakap mengenai ajaran Islam begitu dan begini dan sentiasa berusaha memberi penerangan dan penjelasan dari pelbagai sudut, menggunakan bahasa dan perbandingan yang paling mudah difahami orang ramai. Mengenai ajaran Islam. Bukan mengenai kebaikan parti PAS. Dan dia sentiasa menegaskan kerja dakwah yang dilakukan, bersama alim ulama lain termasuk guru-guru pondok adalah sebagai kesinambungan daripada kerja yang dilakukan oleh para ulama dahulu, sejak zaman berzaman, yang dimulai oleh para Rasul. Begitu dia menjelaskan kedudukan para ulama, tanpa ada kecenderungan berpolitik (atau kelihatannya seperti tidak ada kecenderungan berpolitik). Saya sendiri beberapa kali mendengar Nik Aziz menasihati para pimpinan PAS supaya kurangkan bercakap mengenai PAS dan lebihkan bercakap mengenai Islam kerana tujuan dan matlamat perjuangan PAS ialah Islam. Bahkan beliau juga pernah berkata sekiranya Umno mengubah dasar perjuangannya daripada nasionalisme kepada Islam, PAS akan membubarkan partinya kerana tidak diperlukan lagi, kerana Umno sudah berjuang untuk Islam. Begitu sekali Nik Aziz menjunjung Islam itu di atas dari segala-galanya, dan menganggap segala gerak kerjanya sebagai ibadat kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan, dan sentiasa mengingatkan orang ramai terhadap kehidupan akhirat – hingga kelihatan seperti dia tidak ada masa memikirkan soal kepentingan diri atau kepentingan untuk mempertahankan kedudukan dirinya di dalam parti. Sebab itu apabila pihak lawan menuduh PAS memperalatkan Islam untuk mencapai kepentingan politik, tuduhan itu dilihat awam sebagai tidak mempunyai kewajarannya. Berbeza dengan sekarang. Bukannya orang lain, orang dalam parti sendiripun sudah mula membuat tuduhan yang seperti itu – "mereka itu memperalatkan agama untuk kepentingan diri." Orang sesama parti yang mengata. Kalau orang sesama parti pun sudah berkata begitu, bagaimanakah pula kita akan berhujah mempertahankan parti sekiranya pihak lawan menuduh demikian kepada kita? Itulah yang membezakan ulama dulu dengan sekarang. Ulama dulu kurang berpolitik tetapi lebih berdakwah dan bercakap mengenai Islam, bukan mengenai parti. Ulama sekarang terlalu banyak berpolitik dan menjaga kepentingan diri dan puak. Dan itulah yang membezakan Nik Aziz dengan segelintir individu yang menganggap diri mereka sebagai ulama sekarang, yang menduduki beberapa jawatan penting dalam PAS, termasuk dalam Majlis Syura Ulama – badan tertinggi dalam parti. Apabila mereka mula berkempen untuk mempertahankan diri atau menjaminkan jawatan tertentu dalam parti untuk mereka dan menyingkirkan golongan profesional dan intelektual yang dianggap menyaingi mereka, saya melihat itu sebagai tanda mereka sudah kehilangan keyakinan diri. Apatah lagi apabila kempen itu sudah menjadi ala-ala kempen di dalam Umno, akhlak mereka yang terlibat itupun sudah larilah daripada akhlak yang dianjurkan Islam. Di situ imej Islam sudah tercalar. Selain itu banyaklah lagi tindakan dan gerak kerja mereka yang suka menonjolkan diri sebagai ulama di dalam PAS itu yang menyimpang daripada 'jalan' yang dilalui Nik Aziz. Bukan saya mengatakan jalan yang dilalui Nik Aziz itu sahaja satu-satunya jalan yang diiktiraf Islam. Saya hanya mengatakan Nik Aziz menunjukkan satu jalan Islam yang diterima oleh orang ramai yang pelbagai kaum, pelbagai budaya dan pelbagai agama di negara ini. Suatu pencapaian yang cukup besar bagi parti PAS dan juga bagi Islam kerana bukannya mudah untuk orang ramai yang bukan Islam pada hari ini hendak menerima pimpinan Islam. Kempen dan dakyah Amerika-Zionis melalui pelbagai media yang nyata dan tak-nyata hari ini mempengaruhi bukan sahaja orang bukan Islam tetapi juga sebahagian orang Islam yang lemah imannya, memandang Islam itu hanya agama untuk ibadat peribadi sahaja, manakala untuk urusan kehidupan mereka lebih percayakan sistem-sistem sekular. Maka amatlah menghairankan saya kenapakah khazanah pencapaian Nik Aziz yang sangat berharga untuk PAS dan juga untuk Islam tidak dipelihara dan dipertahankan oleh para ulama di dalam PAS hari ini. Malah mereka yang diamanahkan untuk mentadbir negeri Kelantan setelah Nik Aziz melepaskan jawatan menteri besar pun nampaknya tidak begitu bersungguh meneruskan 'jalan' yang dilalui dan dibuktikan keberkesanannya oleh Nik Aziz itu. Bukanlah mereka mengabaikannya langsung. Banyak juga yang mereka hargai dan mereka teruskan. Tetapi banyak pula kecacatan dan kelemahan dalam mereka meneruskan itu. Apakah kerana kurang memahami/menghayatinya atau kerana mencuba membuat pembaikan atau membuat penyesuaian dengan keperluan baru – saya tak tahulah. Yang jelasnya nampak seperti mereka kurang menghargai dan menghayatinya. Walaupun ada ditubuhkan Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) misalnya, tetapi apakah fungsi dan peranan yang dimainkan oleh institut itupun setakat ini tidak jelas. Misalnya dalam pergolakan yang berlaku di kalangan ulama di dalam PAS mutakhir ini, saya fikir barangkali IPTG boleh melakukan sesuatu, samada reaksi secara langsung ataupun tidak langsung. Tetapi nyatanya tidak. -malaysianinsider-

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
"Sudah pasti saya akan bersama Pakatan Rakyat" PUBLISHED: Jan 15, 2015 11:14pm Mejar Zaidi akan bersama Pakatan Rakyat Zaidi berkata, keputusan untuk bersama PR, bukanlah satu keputusan yang dipaksa mana-mana pihak, sebaliknya ia adalah keputusan beliau sendiri, berdasarkan apa yang berlaku dalam arena politik negara. KUALA LUMPUR, 15 Januari: Bekas Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad mengesahkan akan bersama Pakatan Rakyat (PR). Beliau berkata demikian, selepas menyertai Forum Bersih 2.0, "Padah Kerana Benar, Bebas Kerana Salah", pada Khamis malam. "Sudah pasti saya akan bersama Pakatan Rakyat. "Bila kamu sertai parti politk, kamu kena ikut keputusan parti. Dan kalau parti ambil keputusan untuk saya bertanding, saya akan bertanding sebagai calon," katanya ketika ditanya sama ada akan bertanding sebagai calon PR pada pilihan raya umum akan datang. Menurutnya, keputusan untuk bersama PR, bukanlah satu keputusan yang dipaksa mana-mana pihak, sebaliknya ia adalah keputusan beliau sendiri, berdasarkan apa yang berlaku dalam arena politik negara. "Faktanya ialah, kalau awak tidak bersetuju dengan kerajaan, kamu kena ada pilihan atau alternatif. Jadi, saya perlu lakukan bahagian saya, dan saya percaya semua orang buat keputusan sendiri. "Keputusan saya adalah berdasarkan apa yang saya fikir, bukan berdasarkan apa yang orang fikir dan percaya apa yang saya akan buat," jelasnya lagi. Isnin lalu, Mahkamah Tentera Kuala Lumpur memutuskan untuk memecat Mejar Zaidi daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong. Keputusan itu dibuat mahkamah berkenaan, selepas mendapati dia bersalah terhadap dua pertuduhan, melibatkan isu dakwat kekal, pada Pilihan Raya Umum ke-13, serta menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu. - sumber Posted by mountdweller at 7:00 AM

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Mejar Zaidi ditawarkan pekerjaan di Pulau Pinang

Posted: 15 Jan 2015 06:15 PM PST

 
Mejar Zaidi Ahmad bersama keluarga diluar mahkamah, baru-baru ini. - Foto Sinar Harian oleh SITI AZIELAH WAHI 
SHAH ALAM - Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera baru-baru ini mungkin akan diambil bekerja di Pulau Pinang.

Memetik laporan sebuah portal berita hari ini, Timbalan Ketua Menteri I, Mohd Rashid Hasnon dikatakan, sedang mencari peluang pekerjaan bagi membantu bekas pegawai tentera itu.

Menurut Mohd Rashid, buat masa kini, pihaknya masih meninjau kekosongan pekerjaan di kawasan Bertam atau Tikam Batu.

"Dia adalah kawan rapat saya dan ini masanya untuk saya bantu rakan yang memerlukan.

"Kami akan mempertimbangkan untuk menawarkan dia kerja dalam NGO mungkin," katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Mejar Zaidi dibuang kerja 12 Januari lalu selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan melibatkan isu dakwat kekal semasa PRU13 dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.

Zaidi mencetuskan kontroversi semasa pilihan raya umum lepas Mei 2013 apabila beliau memberitahu media bahawa dakwat kekal yang digunakan boleh dikeluarkan dengan mudah.

"Akan ada peluang untuk Zaidi di mana beliau secara aktif boleh menyumbang kepada rakyat," kata Rashid, sambil menambah bahawa pada masa ini tiada kekosongan jawatan di pejabatnya.
 
 
Batu Vs Kayu

Akhirnya Pembunuh Altantuya Selamat Di Australia...

Posted: 15 Jan 2015 05:30 PM PST

 
KERAJAAN Australia akan menolak permohonan Malaysia untuk membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar kerana hukuman yang dijatuhi ke atasnya adalah hukuman mati.

Akhbar Australia, Sydney Morning Heraldmelaporkan jurucakap Jabatan Peguam Negara Australia menyebut undang-undang ekstradisi negara itu tidak membenarkan seseorang diserahkan kepada negara lain untuk kesalahan yang boleh dihukum dengan kematian melainkan negara ini telah memberikan satu akujanji kepada Australia bahawa hukuman itu tidak akan dilaksanakan.

"Australia menentang hukuman mati. Kita menentang hukuman mati di Australia dan di luar negara," menurut laporan itu.

Sirul dan seorang lagi anggota UTK Azilah Hadri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan, Selasa lepas selepas keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh model Mongolia, Altantuya Shariibuu, ditolak.

Panel lima hakim sebulat suara mendapati Sirul dan Azilah bersalah dan hukuman gantung berkenaan dikekalkan.

Sirul tidak hadir ke mahkamah ketika hukuman tersebut dijatuhkan dan dipercayai berada di Australia sejak enam bulan yang lalu.

Polis akan mendapatkan kerjasama dengan Polis Persekutuan Australia untuk memberkas Sirul yang menurut rekod Jabatan Imigresen, ke negara tersebut pada Oktober lepas.

Kedua-duanya sebelum ini pada April 2009 didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh model Mongolia Altantuya sembilan tahun lalu tetapi kemudian dilepas dan dibebaskan Mahkamah Rayuan.

– MYNEWSHUB.CC

Daim Tahu Siapa Dalang Fitnah Terhadapnya

Posted: 15 Jan 2015 04:45 PM PST



Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin terkejut dengan perhatian luar biasa media mesra kerajaan terhadap dakwaan pembangkang berkaitan tuduhan yang dilemparkan padanya.

Daim berkata beliau bersedia membantu dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap kepentingan perbankannya di luar negara.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan daripada pejabatnya berkaitan gesaan ahli politik pembangkang supaya SPRM mempercepat siasatan berkaitan perkara itu.

"Walaupun saya faham motif ahli politik PKR ini kerana mereka tidak tahu perkara lain selain politik dan membuat dakwaan tidak berasas, saya agak terkejut dengan perhatian yang diberikan kepada mereka oleh media mesra kerajaan," kata Daim.

"TV3 tidak akan memberi walaupun sedikit masa siaran pada Pakatan, tetapi mengudarakan sidang media PKR tidak kurang daripada tiga kali. NST dan Utusan juga menyiarkan laporan itu."

Semasa pilihan raya kecil Kajang baru-baru ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Daim terlibat dalam transaksi bernilai berbilion ringgit di Afrika dan Eropah timur menggunakan proksi.

April tahun lalu, ketua Pemuda PKR ketika itu Shamsul Iskandar Md Akin membuat laporan polis berhubung dakwaan itu dan menyerahkan dokumen yang didakwa berkaitan aktiviti perbankan Daim.

- mkini


Papagomo Kantoi Lagi.. Diperintah Bayar Ganti Rugi

Posted: 15 Jan 2015 03:50 PM PST

 

Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan seorang blogger membayar ganti rugi kepada seorang peguam bersabit dengan penyiaran artikel-artikel yang berbaur fitnah.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim mendapati ketiga-tiga artikel yang dimuatkan dalam laman web www.papagomo.blogspot.com merupakan fitnah terhadap Datuk Sukri Mohamed.

Mahkamah membenarkan rayuan Sukri untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, 31.

Hakim Abdul Aziz, yang mempengerusikan panel itu memerintahkan kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi di Kota Baharu di Kelantan untuk taksiran ganti rugi.

Dalam keputusannya, Hakim Abdul Aziz berkata Mahkamah Tinggi gagal mempertimbangkan keterangan saksi-saksi yang mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger papagomo.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi hanya mempertimbangkan seorang saksi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memberi keterangan pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi SKMM tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai pemilik papagomo.blogspot.com.

Hakim Abdul Aziz berkata mahkamah (Mahkamah Rayuan) mendapati keterangan tiga orang saksi sudah cukup untuk mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger papagomo.

Beliau juga memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar kos RM20,000 kepada Sukri bagi prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Sukri, 51, yang juga anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan dan bekas anggota Majlis Perajaan Negeri Kelantan menyaman Wan Muhammad Azri kerana menerbitkan ketiga-tiga artikel dalam laman web papagomo.blogsport.com pada 2011 yang didakwa memfitnahnya.

Wan Muhammad Azri, dalam pernyataan bela diri yang dipinda, menafikan yang dia adalah blogger Papagomo dan pemilik blog itu. Dia juga mendakwa penerbitan artikel itu bersifat mempertahankan justifikasi, ulasan yang adil dan berupa perlindungan bersyarat.

Sukri diwakili oleh peguam Hisham Fauzi sementara Wan Muhammad Azri mewakili dirinya sendiri.

– bernama

Rupanya Ini Punca Sirul Azhar Terlepas Ke Luar Negara

Posted: 15 Jan 2015 02:00 AM PST

 

SHAH ALAM: Jabatan Imigresen tidak menerima apa-apa arahan untuk menahan pasport Koperal Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, lapor Sinar Harian.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, pihaknya hanya boleh bertindak menyekat seseorang individu untuk ke luar negara sekiranya ada arahan dibuat oleh pihak mahkamah atau Menteri Dalam Negeri.

"Pihak kami hanya melaksanakan apa-apa arahan daripada kerajaan (sahaja)," katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya sama ada imigresen pernah mendapat apa-apa arahan sebelum ini untuk menahan Sirul Azhar atau telah menerima arahan terbaharu untuk mengesan tertuduh selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman terhadap bekas anggota polis itu kelmarin, Mustafa berkata setakat petang semalam, tiada arahan sedemikian diterima pihaknya.

"Tidak (pernah terima arahan)," katanya ringkas.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar bersalah atas kematian ngeri Altantuya Shaariibuu dan sekali gus menerima rayuan pihak pendakwa untuk mengetepikan pembebasan bekas komando polis itu.

Panel 5 hakim, yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mendengar perbicaraan itu, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati sekaligus menunjukkan bahawa 2 bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu bertanggungjawab ke atas kematian wanita Mongolia itu sembilan tahun lepas.

"SHAHIDAN ENGKAU JANGAN JADI MACAM ZAHID HAMIDI SUDAH " tikaq buloh

Posted: 15 Jan 2015 01:00 AM PST



Jangan jadi macam Zahid Hamidi sudah Shahidan oi, konon nak dedah bukti dalang pencerobohan Lahad Datu, nak dedah bukti Mat Sabu panganut Syiah tapi sampai hari ini senyap terus.

Siap ada bukti gred A dan gred B lagi. Kalau kau ada bukti pelaku pembalakan haram di Kelantan jangan hanya pongpang-pongpang dalam media nak tunjuk hero, repot SPRM dan jabatan yang berkaitan baru betul.

Kerajaan negeri Kelantan pun dah memberi kesediaan untuk bekerjasama. Rakyat pun nak tahu siapa dalang sebenar pencerobohan tanah dah pembalakan haram di Gua Musang. Sila dedahkan kalau betul dah ada bukti.

Pandangan dan endorsement Datin Seri Rosmah diperlukan sebelum sebarang kenyataan dikeluarkan

Posted: 15 Jan 2015 12:00 AM PST

  Jangka masa seminggu yang diperlukan oleh Datuk Seri Najib sebelum beliau keluarkan kenyataan mengenai kedudukan ekonomi negara rasanya cukup untuknya berbincang dengan pakar ekonomi tersohor, Datin Seri Semah. Rakyat sedia maklum, seakan menjadi pra-syarat, pandangan dan endorsement Semah Mansor diperlukan dalam semua kenyataan dan tindakan PM Najib.


Najib akan buat kenyataan penuh kedudukan ekonomi Malaysia minggu depan.


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membuat kenyataan penuh mengenai kedudukan ekonomi negara minggu depan.

"Saya akan buat kenyataan minggu depan," katanya ketika menjawab pertanyaan mengenai sasaran ekonomi, bajet dan fiskal, berikutan kejatuhan harga minyak global serta banjir yang melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima bantuan banjir dari China, di sini hari ini, (semalam).

Najib menerima bantuan itu daripada Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.

Bantuan berkenaan antara lain terdiri daripada 2,950 unit khemah, 220 set jana kuasa, 400 pam air dengan kapasiti 1.1 kilowatt, 45 gulung hos air dan 60 set penulenan air dengan kapasiti 500 liter/sejam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Tiada ulasan: