Ketuanya, Mohd. Hilmie Ibrahim berkata, sekiranya dakwaan tersebut benar, tindakan memecat Khairuddin perlu diambil oleh UMNO memandangkan Perlembagaan parti telah menetapkan setiap individu yang memegang jawatan tidak boleh diisytihar muflis.

"Kami harap ada siasatan dibuat ke atas perkara ini kerana kita tidak mahu seorang pemimpin yang dipilih sebenarnya sudah muflis tetapi masih memegang jawatan selain lantang mengkritik parti sendiri.

"Dokumen yang diserahkan termasuk salinan surat daripada Jabatan Insolvensi yang menunjukkan beliau muflis, maklumat mengenai 138 syarikat milik Khairuddin dan surat saman polis," katanya.