Selasa, 6 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


1,740 kawasan cerun di KL berisiko

Posted: 06 Jan 2015 10:30 PM PST

 
Sebanyak 1,740 kawasan cerun di sekitar sini berisiko runtuh, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.
  
Beliau berkata jumlah itu diperoleh berdasarkan kajian Kuala Lumpur Slope Information System (KuLSIS).
  
Daripada jumlah itu, sebanyak 620 kawasan cerun didapati berisiko paling tinggi manakala selebihnya berisiko tinggi, katanya.

"Kawasan di Parlimen Segambut mencatat jumlah tertinggi iaitu 713 kawasan, 219 paling tinggi dan 494 kawasan berisiko tinggi.

"Lembah Pantai berjumlah 315 kawasan, Bandar Tun Razak (183), Seputeh (132), Setiawangsa (125), Bukit Bintang (90), Kepong (70), Wangsa Maju (56), Cheras (45) dan Batu (11)," katanya selepas melawat bekas tapak runtuhan cerun di Jalan Tuba, Kampung Attap di ibunegara.
  
Ahmad Phesal berkata setakat ini lapan kawasan cerun sedang dalam proses pembaikan.
  
"Daripada jumlah itu, tiga kawasan telah dibaik pulih iaitu di Taman Salak Jaya dengan kos RM1.2 juta, Lorong Setia Bistari, Bukit Damansara (RM1.5 juta) dan Jalan Tuba, Kampung Attap (RM1.9 juta)," katanya.
  
Beliau berkata pemaju yang ingin melaksanakan pembinaan di kawasan berisiko tinggi perlu mendapatkan khidmat nasihat KuLSIS terlebih dahulu dan mengikutgaris panduan pembangunan di kawasan tanah tinggi.
  
KuLSIS yang diperkenalkan Jun lalu berupaya membantu aspek visual untuk menilai pembangunan di kawasan lereng dan cerun bukit serta membantu menangani kegagalan cerun atau tanah runtuh.

- Bernama

Zizan, bekas pengurus gagal selesai saman

Posted: 06 Jan 2015 10:00 PM PST

 
Dua saman difailkan terhadap pelawak dan pelakon terkenal Zizan Razak oleh pembantu peribadinya berhubung pembekuan akaun syarikat dan pelanggaran perjanjian kontrak akan diteruskan melalui perbicaraan selepas proses mediasi bagi menyelesaikan saman itu di luar mahkamah gagal.
  
Zizan, 31, atau nama sebenarnya Mohd Razizan Ab Razak ketika ditemui pemberita berkata beliau bersedia menghadapi perbicaraan kes itu dan berharap peminat mendoakan yang terbaik untuknya.
  
"Saya tidak buat apa-apa. Saya yang disaman dan saya bersedia untuk perbicaraan dan kes ini hanya melibatkan isu syarikat," katanya selepas proses mediasi di hadapan Hakim Zainal L. Salleh di Pusat Mediasi, Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
  
Peguam Harjit Sandhu yang mewakili plaintif, Marina Juki memberitahu pemberita bahawa proses mediasi bagi kedua-dua saman itu gagal selepas kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan terma-terma penyelesaian.
  
Harjit berkata mahkamah menetapkan November ini untuk perbicaraan kes saman berhubung pembekuan akaun syarikat di hadapan Hakim Datuk John Louis O'Hara manakala esok bagi pengurusan kes di Mahkamah Sesyen Sivil untuk kes saman berhubung pelanggaran kontrak.
  
Pada 30 September tahun lepas, Marina, 31, memfailkan saman terhadap Zizan di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil berhubung pembekuan dua akaun syarikat Wire Fame Entertainment Sdn Bhd untuk satu tempoh yang lama.
  
Wanita itu mendakwa akibatnya beliau menanggung kerugian besar kerana artis-artis di bawah naungan syarikat Wire Fame tidak berminat lagi menyambung kontrak kerana pembekuan akaun syarikat itu menunjukkan syarikat itu bermasalah.  

Dalam saman itu beliau menamakan Maybank Islamic Berhad, Zizan dan syarikat Wire Fame sebagai defendan pertama hingga ketiga.
  
Pada 5 November tahun lepas, Marina memfailkan saman kedua di pejabat pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil terhadap Zizan atas dakwaan melanggar kontrak perjanjian yang ditandatangani antara Zizan, syarikat Wire Fame dan plaintif (Marina) pada 3 Mei 2011 iaitu Zizan telah bersetuju melantiknya sebagai pengurus peribadi dan perjanjian itu untuk tempoh empat tahun  dan akan tamat pada 2 Mei 2015.

Marina dalam pernyataan tuntutannya berkata bagaimanapun pada Mei 2014, pihak Astro telah mengesahkan Zizan kini berada di bawah pengurusan Astro dengan kontrak bernilai RM2,000,000 tanpa persetujuan syarikat Wire Fame dan plaintif.

Wanita itu mendakwa Zizan telah melanggar perjanjian kerana perpindahannya ke Astro dilakukan sebelum tamat tempoh kontrak dengan plaintif dan syarikat Wire Fame.
  
Marina mendakwa akibat pelanggaran perjanjian itu beliau menanggung kerugian teruk, oleh itu beliau memohon ganti rugi khas sebanyak RM535,500, ganti rugi am, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

- Bernama

Kabus tebal, penerbangan AirAsia ke Chennai dilencong

Posted: 06 Jan 2015 09:00 PM PST

 
Penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Chennai, Tamil Nadu adalah antara beberapa penerbangan yang ditunda dan dilencongkan ke bandar raya berdekatan kerana kabus tebal menyelubungi lapangan terbang di bandar raya selatan India itu semalam.

Semakan data penerbangan mendapati penerbangan AK11, yang sepatutnya mendarat di Chennai pada jam 7.25 pagi waktu tempatan dilencongkan ke Colombo, Sri Lanka.
  
Pesawat yang membawa 168 penumpang itu kemudian mendarat dengan selamat pada jam 11.15 pagi waktu tempatan apabila jarak penglihatan bertambah baik.

"Juruterbang pesawat sangat telus. Beliau berkata lapangan terbang Chennai tidak membenarkan penerbangan mendarat kerana jarak penglihatan cuma beberapa meter kerana kabus," kata Ketua Penyunting, Meja Penyuntingan Bahasa Inggeris Bernama, M. Govind Nair, yang merupakan seorang daripada penumpang ketika dihubungi.
  
Beliau berkata di lapangan terbang Colombo, pesawat menunggu selama dua jam di landasan tetapi semua penumpang berada dalam keadaan ceria.
  
"Semua penumpang bertepuk tangan apabila juruterbang mendaratkan pesawat itu dengan selamat di Chennai selepas melalui beberapa situasi yang bergelora," kata Govind.
  
"Keadaan kabus tebal yang jarang berlaku itu telah mencetuskan situasi kelam-kabut di lapangan terbang Chennai selama beberapa hari. Bukan penerbangan AirAsia sahaja yang terjejas.
  
Penerbangan yang ditunda atau dilencongkan ialah penerbangan yang dijadualkan mendarat atau berlepas dari pukul 6 pagi hingga 8 pagi semalam, kata seorang pegawai yang berpusat di lapangan terbang Chennai.
  
Keadaan kabus tebal adalah masalah biasa yang sering dihadapi oleh lapangan terbang di utara India semasa musim sejuk tetapi tidak di bandar raya di selatan India.
  
Ketika ditanya mengapa penerbangan dilencongkan ke Colombo, pegawai itu berkata setiap lapangan terbang mempunyai ruang untuk menerima penerbangan yang dilencongkan dan biasanya lapangan terbang paling dekat akan dipilih.
  
"Ia merupakan amalan biasa dalam industri penerbangan," katanya kepada Bernama.
  
Laporan Times of India pada Isnin berkata jarak penglihatan mula merosot pada tengah malam Sabtu sehingga 50 meter dan sejak itu beberapa penerbangan yang dijadualkan mendarat dan berlepas dari Chennai telah terjejas.

Ia memetik seorang pegawai Pejabat Meteorologi sebagai berkata bahawa kabus jarang berlaku di Chennai tetapi ketumpatan air akibat tiupan angin dari utara dan tahap kelembapan udara yang tinggi menjejaskan jarak penglihatan selama kira-kira lima hari dalam setahun pada dua minggu pertama Januari.

Justeru, keadaan yang serupa kemungkinan akan berterusan selama beberapa hari lagi, kata beliau.
  
- Bernama

VIDEO - Hayati Sepuasnya.......

Posted: 06 Jan 2015 08:15 PM PST



Bukan mcm pemimpin umno haramjadah tu... DSAI n DSWA di daerah Bera semalam...

Posted: 06 Jan 2015 08:00 PM PST

  
Ahmy Dima's photo.
Ahmy Dima's photo.

1MDB bukan syarikat di bawah UMNO, tetapi kenapa UMNO kelam kabut sangat?

Posted: 06 Jan 2015 07:15 PM PST


 "Tetapi, kenapa UMNO kelam kabut sangat. Selepas saya buat laporan polis tempoh hari, pihak 1MDB telah keluarkan kenyataan bahawa mereka sedia dan tidak takut untuk disiasat, tetapi kenapa UMNO yang bising-bising," kata Khairuddin.

Khairuddin dari UMNO Bahagian Batu Kawan ni.. dia benar-benar tak tahu atau pura-pura tak tahu sebenarnya?

Kelam kabut lah kawan-kawannya dari UMNO tu sebab nak jadi hero untuk diperlihatkan kepada Najib yang mengasaskan penubuhan 1MDB tu..

Mana tahu hasil penat lelah mereka bermati-matian mempertahankan 1MDB itu dihargai Najib.. cerahlah masa depan..Kalau bukan projek adalah habuan lain..

Biasalah tu.. dalam UMNO bodohpun tak apa asal pandai bodek..

Laporan berkaitan..

Kenapa UMNO kelam-kabut?

KUALA LUMPUR: "Kenapa UMNO kelam-kabut sangat," soal Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berhubung perbuatan UMNO yang melenting akibat tindakannya membuat laporan polis mengenai 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB).

Beliau berkata, laporan polis yang dibuat mengenai 1MDB tidak mempunyai kaitan dengan UMNO dan tidak ada sebab untuk parti itu melatah.

Malah ujarnya, pihak 1MDB menyatakan kesediaannya untuk disiasat " tetapi kenapa UMNO yang bising-bising."

"Tetapi, kenapa UMNO kelam kabut sangat. Selepas saya buat laporan polis tempoh hari, pihak 1MDB telah keluarkan kenyataan bahawa mereka sedia dan tidak takut untuk disiasat, tetapi kenapa UMNO yang bising-bising," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu beliau memberi keterangan di Bahagian Jenayah Perdagangan, Polis Diraja Malaysia berhubung laporannya mengenai 1MDB.

Khairuddin menjelaskan bahawa tindakannya itu hanyalah disebabkan kerisauan apabila melihat hutang 1MDB sejak Mac tahun lalu mencecah RM41.9 bilion ringgit.

"Ia merupakan satu jumlah yang besar. Sekiranya apa-apa berlaku, ia akan memberi masalah kepada rakyat dan kerajaan," tambahnya.

Beliau juga menyifatkan Naib Pengerusi Pekida Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Mohamad Hilme Ibrahim sebagai seorang budak hingusan yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang politik.

Menurutnya, laporan yang dibuat oleh Hilme mengatakan bahawa laporan yang dibuatnya tempoh hari mengenai syarikat 1MDB palsu mencemarkan imejnya.

"Laporan Hilme itu mencemar kredibiliti politik saya. Saya membuat laporan polis itu hanyalah untuk menegakkan kebenaran dan oleh itu, saya memohon pihak polis siasat ketelusan dana 1MDB," katanya.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan bagaimana Hilme boleh mengesahkan bahawa laporan yang dibuatnya adalah palsu.

"Kenapa Hilme melangkaui pihak berkuasa. Adakah Hilme ingat dia Ketua Polis Negara, Peguam Negara. Pihak polis kini sedang menyiasat dan dia kata laporan itu palsu. Saya amat menyanjungi polis, kerana mereka pada masa ini tidak memilih bulu.

"Bahkan, saya selama ini konsisten. Saya tidak pernah kata 1MDB mengamalkan rasuah dan sebagainya cumanya saya minta pihak polis siasat ketelusan pentadbiran dana 1MDB dan minta siasat dengan semua lembaga pengarah 1MDB," ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, Khairuddin turut bercadang untuk mengambil tindakan terhadap Hilme yang juga merupakan Naib Pemuda UMNO Batu Kawan.

"Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Hilme, dan peguam saya sedang mengkaji kenyataannya di dalam akhbar dan sedikit masa lagi kita akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya," ujarnya lagi lapor Free Malaysia Today.


[VIDEO] Awan Kumulonimbus Penyebab QZ8501 Jatuh Sudah Tercatat Dalam Al-Quran

Posted: 06 Jan 2015 06:15 PM PST

 

 




Pakar penerbangan Indonesia mendakwa bahawa pesawat AirAsia QZ8501 yang jatuh semasa penerbangan Surabaya-Singapura setelah ia melalui awan kumulonimbus.

Alvin Lie memberitahu, sekiranya sesuatu pesawat tersebut memasuki awan kumulonimbus, ia akan naik dengan pantas dalam keadaan yang tidak stabil.

"Dengan kelajuan hampir seperti pesawat tempur serta sayap pesawat itu tidak direka sedemikian menyebabkan sayapnya mudah patah dan musnah.

"Posisi pesawat akan naik di dalam awam kumulonimbus dengan keadaan tidak stabil dan semakin sukar untuk dikendalikan," katanya kepada detik.com.

Tambahnya, setelah melepasi awan kumulonimbus, pesawat akan berada dalam keadan tidak stabil, boleh menjunam ke bawah, berpusing-pusing dan mungkin sayapnya telah patah kerana tidak dapat menahan tekanan yang kuat sebelum itu.


Beliau turut mempersoalkan bagaimana pesawat canggih seperti itu boleh memasuki awan kumulonimbus.

"Jika kumulonimbus itu jauh boleh dielakkan dan awan sebesar itu dari jauh juga boleh boleh dilihat," katanya.

Awan kumulonimbus merupakan sejenis awan yang tinggi, padat dan merupakan awan pembentuk hujan dan ribut petir serta cuaca sejuk dan lembap. Ia lazimnya terbentuk pada ketinggian 6,500 kaki hingga 60,000 kaki (2,000 meter – 16,000 meter).
Awan Kumulonimbus dan Kebenaran Alquran

Awan kumulonimbus sempat menjadi perbincangan pasca hilangnya pesawat AirAsia QZ8501, Minggu 28 Desember 2014. Pesawat yang mengakut 155 penumpang dari Surabaya menuju Singapura itu diduga jatuh karena terjebak awan kumulonimbus.

Ternyata kehebatan awan kumulonimbus sudah dijelaskan dalam Alquran. Kepala Balitbang Kemenag Makassar, Hamzah Harun Al Rasyid MA, menyebarkan isyarat Alquran tentang kumulonimbus melalui akun Facebook-nya, Kamis 1 Januari 2015.

"Subhanallah, Nabi Muhammad SAW 1400 tahun silam tanpa pesawat, tanpa satelit dan tanpa teropong, tanpa teknologi dapat menjelaskan jenis awan Cumulonimbus yang dituliskan dalam kitab Alquran," kata alumnus Pondok Pesantren As'adiyah dan Universitas Al Azhar Mesir itu.

Dia kemudian mengajak membaca Alquran Surat AnNur 24: 43. Berikut terjemahannya;

"Tidakkah kamu melihat bahwa Allah menjadikan awan bergerak perlahan lalu mengumpulkannya, kemudian Allah menjadikannya bertumpuk-tumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (awan cumulonimbus seperti) gunung-gunung tinggi, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) airbatu itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dihindarkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan".


Hamzah juga mengutip pernyataan pakar dirgantara; "Dalam awan kumulonimbus terdapat butiran airbatu yang menyebar dan badai petir yang mengkilat, kalau butiran airbatu itu masuk ke enjin maka ia dapat menyebabkan enjin terus mati," tulisnya. -dream.co
Pengalaman Menembusi Awan Kumulonimbus

Video yang berjudul "Cockpit View Approach and Landing at Soekarno Hatta Airport in stormy weather" yang dibuat oleh seorang pilot Maskapai Garuda Indonesia, bernama Gilang Wardhana ketika memasuki awan CB di wilayah Utara Jakarta. Pilot hendak mendarat di Bandara Soekarno Hatta, Cengkareng pada Malam Hari dengan cuaca yang tidak bersahabat

Pilot pesawat Airbus A330 PT Garuda Indonesia yang juga mantan Presiden Asosiasi Pilot Garuda Stephanus G Setitit mengatakan:

Awan CB sejatinya berisi:
 - air - salju - bongkahan ais - ion listrik yang bisa menimbulkan petir - pergerakan udara yang hebat tidak beraturan naik dan turun

Dampak Terburuk Berada di dalam Awan CB:

1. Turbulensi

Dalam awan juga terdapat pergerakan udara ke atas ataupun ke bawah. Dinamika itu terjadi karena proses pembentukan awan terjadi terus-menerus sehingga ada gerakan ke atas (updraft). Pada saat bersamaan juga terjadi gerakan udara turun (downdraft) saat bulir air turun menjadi hujan.

Gerakan udara naik dan turun itu akan membuat pesawat mengalami turbulensi. Penumpang di dalam pesawat akan merasakan turbulensi itu sebagai guncangan.

Turbulensi yang besar bisa merusak struktur pesawat. "Bahkan, jika guncangannya sangat besar, pesawat bisa patah," kata konsultan penerbangan Gerry Soejatman.

2. Mengganggu Hingga Merusak Mesin Pesawat

Selain bulir air, awan kumulonimbus berisi salju, kristal es hingga bongkahan es. Partikel es itu umum terbentuk pada lapisan awan yang lebih tinggi. Di samping itu, kecepatan angin juga makin besar di lapisan awan yang lebih tinggi.

Ahli propulsi pesawat Program Studi Aeronautika dan Astronautika ITB, Firman Hartono mengatakan, turbulensi bisa menyebabkan kompresor pada mesin pesawat mengalami gangguan aliran udara. Pada kondisi normal, udara yang masuk mesin seharusnya bergerak lurus. Namun, akibat turbulensi, gerakan udara menjadi tidak teratur sehingga proses pembakaran di mesin tidak sempurna.

"Akibatnya, kinerja mesin berkurang," katanya.

Pembakaran yang tidak sempurna di mesin juga bisa disebabkan oleh bulir air maupun lelehan salju di awan yang masuk ke mesin pesawat. Jika jumlah air yang masuk terlalu banyak, mesin pesawat bisa mati.

3. Sambaran Petir Merusak Komunikasi dan Navigasi

Awan kumulonimbus juga mengandung banyak partikel bermuatan listrik yang bisa memunculkan petir. Partikel bermuatan dan sambaran petir itu bisa mengacaukan sistem kelistrikan pesawat sehingga mengacaukan sistem komunikasi dan navigasi pesawat. -wikidpr


Kelab Greenboc

Fahamkan betul-betul. Jet Najib hanya bagi urusan rasmi!

Posted: 06 Jan 2015 05:30 PM PST


  KOMEN PEMBACA: Fahamkan dengan betul. Ia bukannya pesawat milik Najib. Ia adalah jet kerajaan dan digunakan bagi tujuan rasmi. Adakah rakyat akan bising jika beliau telah kembali dengan jet yang sama?

Tidak! Jika PM kembali dalam jet yang sama dan seluruh rombongannya meneruskan percutian mereka menggunakan wang mereka sendiri, tiada siapa yang akan peduli dan tiada siapa yang akan bising. –

Ghee Hin Ooi Dennis Sin Kachun: Rakyat mempunyai hak untuk mengetahui di mana setiap sen wang rakyat dibelanjakan oleh menteri-menteri dan kerajaan. Ingat, ini bukannya sebuah syarikat keluarga! Mohd Shah Kamarulhisham:

Jika mereka tidak tahan panas kerana diteliti dengan rapat, apa yang mereka perlu lakukan ialah memberi laluan kepada orang lain. Kim Seng:


 Pesawat itu adalah bagi kegunaan rasmi, dan kita boleh bertanya kerana ia dikendalikan menggunakan wang pembayar cukai. Ia adalah bagi mengangkut PM Malaysia dan bukannya sebuah kapal terbang kargo untuk mengangkut ahli-ahli keluarga untuk membeli-belah dan bersiar-siar.

Christine Xavier Gordon: Sebuah satira yang amat menarik! Lagipun, jet peribadi Perdana Menteri jarang dapat berehat, jadi mengapa mengeluh apabila ia pergi bercuti ke seluruh dunia?

Mengapa tidak? Lagipun ia dibiayai wang pembayar cukai, jadi cubalah bermurah hati! Gary Tay: Kami tidak akan peduli jika pembayar cukai tidak perlu membayar baginya. 


Albert Lye: Jet Najib adalah urusan setiap rakyat Malaysia, kerana ia adalah milik negara dan ia dibeli menerusi wang pembayar cukai. Mike Chong:

Urusan peribadinya adalah halnya, tetapi wang pembayar cukai adalah urusan kami. Noktah! Patrick Lau: Najib tidak memiliki jet itu, tetapi tindakannya menggunakannya seperti harta peribadi adalah salah! Ricky Chan: Jet itu adalah milik rakyat dan rakyat mempunyai hak untuk tahu! Mike Samaravera:

Pembayar cukai yang rugi pada akhirnya. Kita sebagai pengundi, adalah orang-orang yang menderita manakala orang yang kita undi menikmati segala-galanya. Kita harus dipersalahkan kerana apa yang berlaku di negara ini. Itu semua kesalahan kami. Kumar Samidorai:

Bekas PM India, Indira Gandhi, pernah terpaksa membubarkan parlimen dan mengadakan pemilihan baru selepas diketahui bahawa semasa kempen pilihan raya beliau (dia adalah pemangku perdana menteri pada masa itu), dia telah menggunakan helikopter kerajaan. 


Ini dianggap sebagai salah guna kuasa dan beliau didakwa dan akhirnya menghadapi dakwaan. Wah, begitu berbeza bukan? Rizal Mohamed: Betul.

Kita terlupa bahawa itu adalah jet peribadi. Jadi, hanya biarkan ia terbang secara persendirian. Mengapa suka jaga tepi kain orang? Chan Chong Meng:

Faham betul-betul! Ia bukan jet peribadi. Beliau tidak memilikinya. Ia adalah milik kerajaan. Ia sepatutnya hanya digunakan bagi membawa pegawai-pegawai untuk tugas-tugas rasmi. 


Karen Ann Donald: Perdana Menteri Britain tidak mempunyai jet peribadi. Apa perlunya pemimpin kita mempunyai sebuah jet peribadi?

Komen-komen ini diberikan oleh pembaca artikel, "Hey man, lay off! Najib's jet is Najib's 'private' affair!" oleh Pembaca Semut Harian

Posted by mountdweller

1MDB terlepas bayar pinjaman RM2 bilion...??

Posted: 06 Jan 2015 04:45 PM PST

 
 
Badan pelaburan1Malaysia Development Bhd terlepas membuat bayaran balik RM2 bilion (AS$563 juta) pinjaman darurat (bridge loan) yang berakhir pada hujung Disember, kata dua individu yang mengetahui perkara itu pada Selasa.

Syarikat 1MDB kini mencari jalan untuk menjelaskannya kepada Maybank dan RHB, yang kini akan berakhir pada 30 Januari, kata mereka.

Pegawai 1MDB tidak dapat dihubungi segera bagi mendapatkan ulasan mereka.

Manakala pihak yang maklum tentang perkara itu enggan nama mereka disebut kerana ia masih rahsia.

Pada Isnin, 1MDB memberitahu, seorang ahli perbankan Malaysia yang berpangkalan di Abu Dhabi Arul Kanda dilantik sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan baru.

Arul Kanda menggantikan Ketua Pengarah Eksekuif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman yang berundur setelah dilantik pada 2013, di tengah-tengah kritikan berkaitan hutang syarikat itu. 
 
 
Malaysiakini 

'Tiada kompromi rakyat M'sia terlibat 14k Triad'

Posted: 06 Jan 2015 04:00 PM PST

   
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan rakyat Malaysia yang terlibat dengan kumpulan kongsi gelap
dan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang dikenali sebagai kumpulan '14K Triad'.
   
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya mengesahkan bahawa tidak wujud kumpulan tersebut di Malaysia dan sekiranya terdapat rakyat Malaysia menganggotai kumpulan itu di luar negara, ia di luar perundangan negara ini.
  
"KDN tidak bersimpati walaupun individu berkenaan rakyat Malaysia dan kita (KDN) juga tidak akan berkompromi sekiranya seseorang itu terlibat dalam aktiviti perjudian atau kongsi gelap," katanya kepada pemberita selepas melawat 1,115 mangsa banjir dari 297 keluarga di pusat latihan UITM Sungai Galah di Pasir Salak hari ini.

Paul Phua serta anaknya, Darren Wai Kit Phua kini sedang dalam tahanan rumah di Amerika Syarikat dan menghadapi pertuduhan di mahkamah negara itu atas kesalahan penghantaran maklumat pertaruhan dan menjalankan kegiatan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014 lalu.

Paul Phua yang cukup terkenal dalam sirkit permainan poker profesional, pernah mengambil bahagian dalam kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012.
  
Beliau menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo‚ 100k Super High Roller 2014 dan dia juga disyaki terlibat dengan kegiatan kongsi gelap '14K Triad'.
  
Berikutan penahanan Paul Phua, firma guamannya, Chesnoff & Schonfeld telah memohon Zahid agar mengeluarkan surat kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano untuk mengesahkan yang lelaki itu bukan seorang ahli '14K Triad' dan kumpulan kongsi gelap itu juga tidak wujud di Malaysia.
  
Ahmad Zahid berkata kes tersebut sedang dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat, maka pihaknya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan yang akan mempengaruhi sebarang keputusan yang akan dibuat oleh mahkamah negara itu.
  
"Kerajaan Malaysia terutama KDN dan (Polis) Bukit Aman  berpihak kepada perundangan.
  
"Jika tertuduh dikenakan pertuduhan dan mahkamah memutuskan sebarang keputusan, maka peraturan dan perundangan negara berkenaan hendaklah dipatuhi," katanya.

Mengenai banjir yang melanda di beberapa negeri, Ahmad Zahid berkata KDN sedang membuat taksian kerugian akibat kemusnahan yang dialami termasuk berek dan balai polis.
  
"Jumlah sebenar kerugian tidak dapat dikenal pasti kerana banjir masih berlarutan," jelasnya.
  
- Bernama

Gambar-Gambar Di Central Chidlom, Bangkok

Posted: 06 Jan 2015 08:00 AM PST





Ketika seluruh rakyat Malaysia masih tertunggu-tunggu penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri atau Najib Razak sendiri mengenai siapakah yang menggunakan jet kerajaan 9M-NAA yang masih misteri sehingga kini, kita lapangkan jiwa dengan menatap foto-foto ini. 

Foto-foto ini dirakamkan sekitar pukul 8.00 malam, Sabtu 3 Januari di Central Chidlom, sebuah kompleks membeli-belah di Bangkok, Thailand. 

Sebelum itu, jet kerajaan yang tidak diketahui siapa para penumpangnya juga dikesan oleh FlightRadar24 melepasi beberapa bandaraya utama dunia seperti Los Angelas, New York, London, Dubai sebelum mendarat di Bangkok. 

Pada tarikh yang sama, Najib juga berada di Bangkok selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Thailand, Jenderal Prayudh Chan-ocha mengenai banjir. 

Pada Ahad malam, 4 Januari pula, Najib dan keluarganya berlepas pulang ke Kuala Lumpur daripada Bangkok dan tiba di KLIA sebelum 11 malam. 

Jet itu kemudian berlepas ke pengkalan TUDM Subang sebagai tempat penyimpanannya. Najib kini sedang berehat atas nasihat doktor kerana dijangkit bakteria e.coli yang dipercayai menjangkitinya ketika meninjau keadaan banjir di beberapa negeri sebelum itu.

Apa pun didoakan semoga Najib segera sembuh dan sihat seperti sediakala serta dapat tampil merungkai pelbagai keserabutan mengenai jet yang menjadi bualan dan beban kepada kerajaan sekarang ini. 


Rakyat Marhaen

Kalau betul ni.. tak sia-sia lah dia tentang Anwar masa PRU13 hari tu.. ada habuannya..

Posted: 06 Jan 2015 07:30 AM PST

 
Khidmat Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi sebagai pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak disambung untuk penggal seterusnya dan Putrajaya dikatakan mahu menggantikannya dengan ahli politik Umno.

Kontrak pengerusi SKMM selama dua tahun itu berakhir pada 31 Disember lalu dan sumber memberitahu jawatan tersebut kini dipangku Tengku Zaib Raja Ahmad yang juga ketua pegawai Perkhidmatan dan Sokongan sementara calon baru dipilih.

"Kontrak pengerusi SKMM tidak disambung, jawatan tersebut dipangku oleh staf dalaman SKMM iaitu Tengku Zaib," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Sumber berkata, di antara calon yang dipertimbangkan untuk menjadi pengerusi baharu SKMM adalah ahli politik Umno Dr Mazlan Ismail yang bertanding melawan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Mazlan memiliki ijazah dalam bidang Komunikasi Elektronik daripada Universiti Salford, United Kingdom (UK) dan mempunyai Ijazah Sarjana dalam Operational Telecom daripada Universiti Coventry, UK serta Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia atas biasiswa Telekom Malaysia (TM).

Beliau berkhidmat dengan TM sejak 1983 dengan jawatan terakhir sebagai pengurus besar.

Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Mazlan bagi mengesahkan berita tersebut menemui kegagalan.

Sharil ditekan terutamanya daripada kumpulan sayap kanan dan sesetengah ketua bahagian Umno kerana tidak mahu mengawal Internet di Malaysia terutamanya yang mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Bagaimanapun, semakan di laman sesawang SKMM mendapati nama Sharil masih lagi berada dalam senarai sebagai pengerusi agensi kerajaan tersebut. Difahamkan, beliau sudah menerima nota terima kasih daripada kerajaan di atas perkhidmatannya.

Sharil yang mempunyai latar belakang pendidikan guaman mula menyertai SKMM pada 2000 sebelum meninggalkannya pada 2006 untuk menjadi pengarah eksekutif dan ketua strategi sebuah firma perunding kewangan BinaFikir.

Beliau menyertai kembali SKMM pada 2008 dan dijadikan pengerusi pada 2011. Rakan-rakan industri memberitahu Sharil dihormati di peringkat antarabangsa sebagai berpendirian tegas dan pengawal selia yang progresif.

Difahamkan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek seharusnya sudah mengumumkan nama pengerusi baharu tetapi ia tertangguh kerana sibuk menangani isu banjir yang sedang melanda negeri di pantai timur.

SKMM ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.

Ketika diasaskan, tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998).

Baru-baru ini SKMM dikritik hebat selepas menyaman stesen radio perniagaan BFM sebanyak RM10,000 kerana menyiarkan wawancara tentang kontroversi Allah bersama tokoh akademik Islam Iran-Amerika Syarikat Reza Aslan pada 21 Oktober 2013.

Dalam wawancara bersama BFM tahun lalu, Reza mengkritik Malaysia kerana menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan mengatakan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober, 2013 sebagai "keputusan politik."

BFM pada ketika ini masih membuat rayuan berhubung saman itu lapor The Malaysian Insider  

Kerjasama PAS dan Umno - Awas bila bekerjasama dengan penyangak ....

Posted: 06 Jan 2015 06:45 AM PST


Pertemuan tertutup TPM dengan MB Kelantan Inilah masalah utama kerjasama membantu mangsa banjir antara Negeri Kelantan dan Persekutuan jika terjadi…..

Benarkah mereka akan membantu tanpa udang di sebalik batu? Sebelum baca mengenai pertemuan Mat Yakub dan Muhyiddin tu, baca apa yang sedang berlaku nih..... Saya tidak pasti samada jumlah tersebut merupakan peruntukan RM500 juta yang pernah PM Najib sebut sebelumnya.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed sekadar menyebut : "Isunya sekarang ialah mengenai bajet tambahan ini. Banyak pihak akan mempersoalkan mengapa kerajaan tidak boleh buat bajet yang tepat."

Walau apa pun, adalah penting persoalan RM800 juta itu dijelaskan samada ianya benar-benar sampai kepada mangsa banjir atau tiris dimana-mana? Kita harap Pengerusi PAC akan bertegas dan telus dalam menyiasat bagaimana peruntukan ini disalurkan kepada mangsa banjir.

Peruntukan RM800 juta tersebut, menurut Nur Jazlan, berbentuk bantuan kepada mangsa banjir, dan tidak meliputi perbelanjaan untuk pembangunan semula di tempat yang terjejas.

"Ini hanya bantuan banjir kepada mangsa banjir, ia belum kos untuk pembangunan semula seperti buat jalan semula, baiki bekalan elektrik dan air serta sebagainya," kata beliau. Sementara itu, Nur Jazlan berkata MKN perlu menjelaskan beberapa perkara yang menjadi persoalan khususnya berhubung aduan mengenai persediaan dan pengurusan yang tidak teratur dalam menangani bencana banjir kali ini.

Ditanya bila Kementerian Kewangan dan MKN akan dipanggil, Nur Jazlan memberitahu surat akan dihantar sebaik sidang Parlimen dibuka dan selepas reda semua masalah banjir. "Jumlah RM800 juta untuk bantuan ini besar, PAC akan memanggil Kementerian Kewangan dan MKN untuk memperincikan bagaimana peruntukan ini disalurkan kepada mangsa banjir," kata Nur Jazlan di sini

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dilaporkan berkata hampir RM800 juta sudah dibelanjakan kerajaan menerusi MKN bagi membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang terbabit musibah itu baru-baru ini.

Peruntukan berkenaan membabitkan pembekalan makanan, operasi logistik dan pembersihan rumah-rumah mangsa. Baca di sini Pusat dan Kelantan setuju tubuh JK bersama pasca banjir 6 JAN: Kerajaan Pusat dan Kerajaan PAS Kelantan bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Peringkat Negeri bagi membangunkan semula Kelantan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan mengkaji semua aspek pembangunan di negeri ini selepas musnah dilanda malapetaka banjir baru-baru ini.

"Tumpuan utama adalah untuk pulihkan keadaan rakyat. Banyak pihak menyedari hakikat kita perlu bersatu dan menguruskan keadaan ini sebaik-baiknya," katanya di Kota Bharu,

Selasa. Muhyiddin berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Ahmad di pejabat menteri besar di Kompleks Kota Darulnaim yang turut dihadiri Mustapa


Video - Najib Tak Dapat Tidur Kerana Bunyi Motor Mat Rempit, Kata Rosmah

Posted: 06 Jan 2015 06:00 AM PST


Khairuddin Yang Buat Laporan Polis Isu 1MDB Rupanya Seorang Bankrap?

Posted: 06 Jan 2015 05:15 AM PST

Khairuddin Abu Hassan yang sebelum ini membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu dipecat sekiranya benar ahli perniagaan itu kini diisytihar muflis, kata Pemuda Umno Batu Kawan.

Ketuanya, Mohd Hilmie Ibrahim semalam menyerahkan memorandum dan beberapa dokumen daripada Jabatan Insolvensi kepada Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh bagi menyiasat dakwaan itu.

"Kami harap ada siasatan dibuat ke atas perkara ini kerana kita tidak mahu seorang pemimpin yang dipilih sebenarnya sudah muflis tetapi masih memegang jawatan selain lantang mengkritik parti sendiri.

"Dokumen yang diserahkan termasuk salinan surat daripada Jabatan Insolvensi yang menunjukkan beliau muflis, maklumat mengenai 138 syarikat milik Khairuddin dan surat saman polis," katanya seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Hilmie berkata, jika benar Khairuddin kini diisytihar muflis maka naib ketua Umno Batu Kawan itu perlu dipecat.

Katanya, Perlembagaan parti menetapkan individu yang memegang jawatan dalam Umno tidak boleh diisytihar muflis.

Khairuddin sebelum ini membuat laporan polis terhadap 1MDB serta anak syarikatnya kerana mendakwa ia menjalankan perniagaan yang boleh dipersoalkan.

Beliau juga dalam satu temubual bersama sebuah portal berita mendakwa pemimpin Umno Pulau Pinang tidak melakukan kerja sebaliknya hanya 'tidur'.

Hilmie yang menolak dakwaan itu berkata, Khairuddin cuba bertindak sebagai pemimpin hebat sedangkan beliau sendiri tidak pernah berkhidmat kepada rakyat di kawasan yang diwakilinya.

Khairuddin pada Ahad mendakwa sedang mempertimbangkan untuk menyaman pihak yang menuduhnya membuat laporan palsu terhadap 1MDB.

Beliau berkata, peguamnya Datuk Seri Rajan Navaratnam sedang meneliti laporan berita tentang kenyataan Hilme terhadapnya dan akan membuat keputusan tidak lama lagi sama ada untuk menyaman Hilme.

"Mengatakan yang saya buat laporan palsu adalah kenyataan menghasut. Adakah dia lihat laporan polis yang saya buat, maklumat yang saya beri kepada polis Bukit Aman?

"Adakah dia ada dokumen 1MDB yang boleh menentang kenyataan yang dibuat ramai pihak lain terhadap syarikat itu?

"Siapa dia untuk mempersoalkan laporan polis saya sedangkan polis sendiri belum menyelesaikan siasatan mereka?" katanya di Bukit Mertajam.

Khairuddin mengulas tentang laporan polis terhadapnya pada Jumaat oleh Hilme yang mendakwanya membuat laporan polis palsu. Beliau juga menuduh Khairuddin merosakkan imej 1MDB, bahagian Umno Batu Kawan serta Umno Pulau Pinang.

Sebelum laporan terhadap Khairuddin difailkan, sekumpulan 80 orang daripada pelbagai organisasi bukan kerajaan Melayu Pulau Pinang mengadakan demonstrasi aman di luar ibu pejabat polis Seberang Prai Tengah

malaysian insider  

UMNO BN Mengamalkan Rasuah Dari Dulu, Kini Dan Selamanya - CELAKA UMNO !!

Posted: 06 Jan 2015 04:45 AM PST

Pengkhianat Bangsa Dan Negara

Posted: 06 Jan 2015 04:10 AM PST

SURAT NIKAH AWIE - ROZANA DISAHKAN PALSU

Posted: 06 Jan 2015 03:00 AM PST

 
Bekas Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Yusoff Abu Bakar pada Selasa mendedahkan bahawa surat nikah milik penyanyi Awie adalah dokumen palsu.

Ia selepas saksi berkenaan membuat semakan dalam senarai pendaftaran nikah Pulau Pinang pada 4 Julai tahun lalu dan mendapati carian dokumen menggunakan nombor kad pengenalan milik isteri penyanyi itu, Rozana tidak berada dalam senarai.
 


Yusoff juga turut memberitahu, dia sekali lagi membuat semakan menggunakan nombor siri pendaftaran yang dikemukakan oleh Awie pada 8 Julai tahun yang sama dan mendapati nombor siri sijil nikah tersebut didaftarkan di atas nama orang lain.

Yusoff yang kini berjawatan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perlaksanaan Undang-undang, Jabatan Keluarga Islam Malayisa (JAKIM) memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan membatalkan perintah ex-parte terhadap hak penjagaan anak yang dikemukan oleh Rozana.

Keterangan itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie,  Mahakamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mohd Amran Mat Jais pada Selasa.

Rozana diwakili peguam syarie, Jamal Lokman Mohd Sulaiman sementara Awie diwakili peguam Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Terdahulu dakwaan perkahwinan itu tidak pernah didaftarkan muncul selepas Rozana meragui permohonan Awie yang turut melampirkan bersama surat nikah mereka ketika mengemukakan permohonan hak jagaaan anak (hadanah) secara ex-parte.

Rozana seterusnya menyiasat perkara itu sebelum pihak JAIPP mengeluarkan surat menyatakan tiada pendaftaran dibuat oleh Awie berhubung pernikahan mereka.

Mohd Amran menetapkan 13 Januari ini untuk mendengar penghujahan kedua-dua belah pihak terhadap kes berkenaan dan meminta pasangan itu menghadiri perbicaraan itu nanti.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Penyanyi itu turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.

PERKASA Sangsi Dan Tertanya-Tanya Apa Tujuan Zahid Hamidi Tulis Surat Kepada FBI

Posted: 06 Jan 2015 02:00 AM PST

 
Merujuk kepada isu surat dari Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi kepada FBI yang membabit Paul Phua, seorang individu yang sedang ditahan tanpa ikat jamin di Amerika Syarikat kerana disyaki terbabit dalam kegiatan kegiatan kongsi gelap antarabangsa serta jenayah perjudian.

PERKASA menerima pertanyaan yang bertubi-tubi dari orang ramai yang bimbang dengan kemungkinan bahawa surat tersebut mungkin mempunyai unsur rasuah dan salahgunakuasa.

PERKASA difahamkan dari butir-butir dalam surat tersebut yang telah tersebar meluas di media sosial serta pandangan daripada orang ramai, surat tersebut bolehlah dikategorikan sebagai suatu sokongan kepada Paul Phua dari Menteri Dalam Negeri bahawa Paul Phua adalah seorang yang baik kerana kerap menolong kerajaan Malaysia walaupun beberapa kali dia ditahan kerana terbabit di dalam sindiket perjudian antarabangsa. 
 
Tambahan pula, Paul Phua juga terpalit dengan aktiviti kongsi gelap di luar negara.

Satu frasa didalam surat tersebut menyebut "as such we are eager for him to return to Malaysia" bolehlah difahami seperti Dato' Seri Zahid Hamidi mahu menggunakan pendekatan diplomatik supaya Paul Phua ini dibebaskan serta dihantar pulang ke Malaysia.

Persoalannya, adakah Dato' Seri Zahid Hamidi berbuat sedemikian adalah kerana beliau mendapat "BENDA" sepertimana yang diungkapnya dulu kepada Naib Presiden PERKASA, Tan Sri Rashid ?

Kita sedia maklum jenayah melibatkan perjudian ini habuannya besar. Jika di Malaysia sahaja, keuntungan bulanan bagi pengusaha mesin judi haram ini mencecah jutaan ringgit sehari.

Maka, jika ini benar, PERKASA berpendirian ia adalah suatu tindakan yang berbentuk pengkhianatan kepada keselamatan negara serta merosakkan keintegritian dan imej baik negara yang selama ini dijaga baik oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.

Persoalan yang timbul hasil daripada apa yang difahamkan, adakah Dato' Seri Zahid Hamidi sudah hilang keintegritiannya sehingga sanggup menulis surat berbentuk sokongan untuk melepaskan seorang penjenayah yang didakwa di luar negara hanya untuk mendapatkan "BENDA" ?

Bagi PERKASA, jika hal ini benar maka ia adalah suatu yang lebih jijik dari jenayah seksual atau liwat yang dilakukan oleh seseorang ahli politik. 
 
Perkara ini lebih besar kerana ia melibatkan unsur salahguna kuasa serta mempunyai unsur rasuah dan yang paling jijik sekali, kedua-dua unsur ini digunakan untuk melepaskan seorang penjenayah yang berpotensi menjadi ancaman kepada negara yang disyaki terlibat di dalam kegiatan kongsi gelap serta perjudian antarabangsa.

Dan ini semestinya akan mengkompromi keselamatan negara.

Jika inilah sifat seorang Menteri Dalam Negeri yang berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan keselamatan negara, maka tak hairanlah semenjak dua menjak ini terlalu banyak anasir-anasir jahat yang boleh mengganggu gugat keselamatan berleluasa.

Kini, persepsi sudah terbina dan pelbagai persoalan telah timbul dan perlukan penjelasan daripada menteri untuk merungkainya.

PERKASA ingin mendapatkan penjelasan dari Dato Seri Dr Zahid Hamidi, adakah Ketua Polis Negara dimaklumkan terlebih dahulu sebelum surat ini dihantar kepada FBI ?

Dan perkara ini adalah besar dan melibatkan hubungan antarabangsa dengan negara Kuasa Dunia serta penjenayah yang terpalit dengan kongsi gelap antarabangsa dan perjudian haram. 
 
Adakah perkara sebesar ini di dalam pengetahuan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak sebelum ia didedahkan oleh media ?

Adakah Dato Seri Dr Zahid Hamidi merujuk serta mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum menulis surat ini kepada FBI ?

Ini adalah persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh Dato Seri Dr Zahid Hamidi untuk merungkai persepsi negatif yang terbina dikalangan masyarakat.

Atau, jika tidak, rakyat akan menghukumnya dengan pelbagai persepsi negatif ini.


Azrul Akmal Saharudin

Ahli Dewan Tertinggi PERKASA

merangkap Setiausaha Biro Pemantauan & Integriti PERKASA



TPM adakan pertemuan tertutup dengan MB K'tan

Posted: 06 Jan 2015 01:00 AM PST

 
 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin  Yassin mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabat menteri besar di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bahru hari ini.
  
Muhyiddin tiba pada pukul 12.30 tengah hari dan dipercayai pertemuan itu diadakan berkaitan dengan bencana banjir besar yang berlaku di negeri ini baru-baru ini.
  
Turut hadir dalam pertemuan kira-kira 50 minit itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Khas Bencana Banjir Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Thajudeen Abdul Wahab.
  
Timbalan perdana menteri yang mengadakan lawatan sehari bagi meninjau keadaan pasca banjir, kemudian mempengerusikan mesyuarat koordinasi pelan tindakan pasca banjir negeri Kelantan di Hotel Sutera Inn Prima pada pukul 2 petang.
  
Muhyiddin yang juga menteri pendidikan kemudian menyertai gotong-royong pembersihan akibat bencana banjir di Sekolah Kebangsaan Tanjung Cenak di Pasir Mas.
  
Lawatannya berakhir dengan beliau menyertai gotong-royong pembersihan di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang di Rantau Panjang, Pasir Mas.


Malaysiakini

Betapa malangnya rakyat Malaysia kerana kepimpinan negara dipenuhi oleh barisan Menteri Kabinet Umno spesis 'Lembu Gila'....

Posted: 06 Jan 2015 12:45 AM PST

PM, jangan biar orang ambil kesempatan'

Posted: 05 Jan 2015 11:55 PM PST


 

Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak seharusnya membiarkan pihak lain mengambil kesempatan ke atas kebaikan dirinya.

Katanya, beliau menyampaikan nasihat tersebut sewaktu bertemu Najib yang juga menteri kewangan di kediaman perdana menteri di Jalan Duta, sebelum beliau berlepas ke Hawaii. 

"Saya kata pada Najib secara jujur, kerana kebaikan Najib, jadi orang akan ambil kesempatan ke atas kebaikan beliau," kata Khairuddin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi kenyataan kepada polis ekoran laporannya berhubung isu syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mengulas lanjut, Khairudin berkata beliau tidak akan menarik balik laporan polisnya itu  sekiranya Najib berdiam diri dan tidak menyelesaikan kemelut itu.

"Saya minta Najib untuk tampil berdepan dengan rakyat dan jelaskan kepada rakyat mengenai kedudukan 1MDB.

"Kalau saya puas hati dengan kenyataan Najib selaku perdana menteri dan menteri kewangan, berkemungkinan saya akan tarik balik laporan polis.

"Malangnya Najib tidak tampil beri penerangan yang jelas kepada rakyat," katanya.

Tiada ulasan: