WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- TRASKRIP S/U AGUNG PAS .BANYAK SANGAT U TURN PULAK DAH.....
- ‘KENAIKAN KOS HIDUP CELIKKAN MINDA MELAYU MENJELANG PRU 14’
- Pilih kasih, paip air dan permusuhan rumah panjang
- Sokongan Hadi terhadap Najib atasi keperluan sokongan pemimpin UMNO
- Hutang negara: Jangan sampai Malaysia menjadi Zimbabwe
- Jika gagal bayar hutang negara RM627.5 bilion, dana dalam KWSP lebur?
- Bantu pekerja Malaysia di Singapura, DAP Johor desak menteri campur tangan
- KERJASAMA UMNO – PAS: SURAT TERBUKA BUAT HJ HADI
- KERJASAMA UMNO – PAS, TAPI TIDAK UNTUK MANGSA BANJIR’
- MALAYSIA KURANG KERJA, SEBERANG KE SINGAPURA PUNYALAH SIKSA’
TRASKRIP S/U AGUNG PAS .BANYAK SANGAT U TURN PULAK DAH..... Posted: 20 Dec 2015 09:12 PM PST Berikut adalah transkrip sidang media Takiyuddin di Kuala Lumpur semalam: Pemberita: Salam perpaduan antara Umno dengan PAS, pemimpin PAS pun beri 1 reaksi positif? Takiyuddin: Sebagaimana kita semua maklum ucapan diberikan presiden, cuma yang penting kepada kita, perpaduan yang diperjuangkan PAS selama ini adalah perpaduan dan "unity" berasaskan syariat. Sebab itu sebagaimana kenyataan presiden PAS, sepanjang masa PAS berjuang atas dasar ini, sampai masanya ada pihak lain yang juga berjuang atau mengambil prinsip yang sama dengan PAS, maka PAS bersikap terbuka bersama-sama menjayakan agenda besar ini. Atas kata kunci perpaduan atau perjuangan berasaskan syariat itu kita bersama-sama mana-mana pihak, sama ada orang Islam atau bukan Islam. Itu kenyataan presiden kita. Jelas. Pemberita: So maknanya PAS bersedia "forgive and forget"? Takiyuddin: Itu antara ciri yang ada dalam perjuangan kita. Perkara ini bukan perkara baharu. Di dalam perjuangan PAS sendiri. Ramai pemimpin parti lain. Parti Umno sendiri. Yang masuk dalam PAS mereka ada kedudukan yang begitu baik. Diterima dengan hati terbuka PAS. Itu di kalangan ahli. Sekarang ini datang parti pula kita akan "apply" perkara yang sama. Pemberita: Apakah selepas ini PAS dan Umno akan lebih kerap bertemu dalam majlis lain? Takiyuddin: Itu bergantung perancangan kedua-dua pihak. Kita sekarang dalam proses untuk kita berikan penjelasan yang menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat dan perkara ini. Pemberita: Penerimaan ahli bagaimana? Takiyuddin: Penerimaan saudara boleh melihat sekarang ini. Perkara yang baru memang ada tahap masing-masing. Tapi pokoknya dalam kepimpinan PAS, apa yang dibawa presiden PAS ini adalah satu yang bersikap kolektif atas nama parti. Itu adalah "collective decision" daripada parti. lapor The Malaysian Insider |
‘KENAIKAN KOS HIDUP CELIKKAN MINDA MELAYU MENJELANG PRU 14’ Posted: 20 Dec 2015 06:47 PM PST 'Kenaikan kos hidup celikkan minda Melayu menjelang PRU 14'Ketua Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) berkata tiada yang lebih besar mengganggu kehidupan kaum Melayu hari ini selain siri kenaikan harga barangan dan caj perkhidmatan di bawah pentadbiran Najib Razak. Katanya, isu tersebut sekiranya dimainkan secara bijaksana boleh menukar persepsi Melayu terhadap Umno yang selama ini didewa-dewakan sebagai pembela kaum tersebut. "Kita (Pakatan Harapan) perlu celikkan minda Melayu terhadap isu harga barang naik dan kos sara hidup yang asyik meningkat, itu saja. Tak usah rumitkan minda Melayu dengan isu 1MDB dan isu lain yang berkaitan sebab mereka tak minat," kata beliau kepada Suara pakatan daily, menjawab soalan bagaimanakah Amanah ingin meningkatkan sokongan Melayu terhadap parti itu menjelang Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU14). Bagi Khalid, masyarakat Melayu kurang berminat perihal isu ekonomi negara tetapi mereka menekankan isu perbelanjaan harian dan untuk golongan yang bergaji rendah, tumpuan mereka ialah bagaimana hendak menampung kos sara hidup. Justeru itu, isu kewangan negara dan pengurusan serta pentadbiran ekonomi kurang sesuai digunakan sebagai topik untuk menarik minat bangsa Melayu terhadap perjuangan PH. Beliau berpendapat Pakatan harus lantang dalam isu-isu seperti kenaikan kadar tol, harga barang runcit, kenaikan bil elektrik dan tambang pengangkutan awam untuk menarik minat Melayu. "Buat masa ini kerjasama Pakatan belum cukup mantap lagi tetapi kita sedang memperbaiki kelemahan tersebut. Diharap rakyat akan memberi peluang kepada Pakatan dalam PRU14 nanti kerana kita ada idea yang baik dan bernas yang tidak membebankan untuk menurunkan kos sara hidup. "Idea yang kita tawarkan akan menguntungkan saku rakyat serta membolehkan rakyat menabung dengan lebih untuk masa depan mereka," kata Khalid. Tambah Khalid, beliau sering bertemu dengan rakyat marhaen yang merungut mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar 6% kini menjerut leher dan kalau kadar tersebut dinaikkan ke 7% maka 'habislah golongan yang miskin dan yang bergaji rendah.' |
Pilih kasih, paip air dan permusuhan rumah panjang Posted: 20 Dec 2015 06:36 PM PST
DULU, dua kejiranan rumah panjang – Rumah Timban dan Rumah Chirry di Sungai Iran, di Song berkongsi paip air dari empangan utama. Namun, air empangan itu kian sukar susut dan paras air menjadi sangat rendah hingga tidak dapat menampung keperluan dua rumah panjang itu. Paip usang sejak dipasang 15 tahun lalu, menambahkan lagi masalah kerana kerap bocor dan tidak berfungsi dengan baik. Sejak dua tahun lalu, kerajaan mengumumkan projek bantuan luar bandar. Ia kelihatan baik. Sebaliknya, ia mencetus permusuhan antara kedua-dua penduduk rumah panjang itu lantaran sikap pilih kasih. Kerajaan membantu Rumah Chirry tetapi mengabai Rumah Timban. Rumah Chirry menerima paip berketumpatan tinggi bersama penapis air manakala Rumah Timban tidak menerima apapun, walaupun sudah merayu. Meski ada lebihan paip projek di Rumah Chirry, bahan itu disimpan berkunci di gudang milik Rumah Chirry. Ada desas desus mengatakan pendirian penduduk Rumah Timban yang cenderung menyokong pembangkang sebagai punca penindasan itu. Bagi 16 keluarga di Rumah Timban, tersisih dari bandar utama Song dengan Sungai Iran, keterasingan itu akan menyebabkan pihak luar sukar membantu jika kerajaan enggan menghulur bantuan. Untuk sampai ke rumah panjang, ia memerlukan sebuah bot dan mengambil masa 30 minit dari bandar Song, terkenal sebagai laluan paling sukar di Sarawak kerana ketiadaan jalan menghubung rumah panjang dengan kawasan lain. Bot satu-satunya pengangkutan yang boleh sampai melalui Sungai Rejang, dua jam perjalanan dari Sibu. Itu tidak menghalang Impian Sarawak untuk memindahkan 15 gelung paip dan bahan binaan di tujuh bot panjang, sebelum ditarik dan dipasang di kawasan seberang pada jarak 1.5 kilometer dari sumber empangan baru. Empangan itu ditemui penduduk dan kemudian dibina oleh Impian Sarawak. Mujur, ketika itu musim hujan dan paras air yang tinggi memudahkan kerja pemasangan. Dua kunjungan susulan – September dan Oktober – dibuat sebelum pembinaan dan kerja bermula pada November dan memakan masa tiga hari untuk siap. Empangan baru mengambil masa 20 minit berjalan kaki dari rumah panjang. Sumber air itu mengalir terus dan penduduk bersepakat air itu tidak akan kering meskipun kemarau melanda. Selain sukarelawan dan 45 penduduk menyiapkan kerja, projek itu turut dibantu Pengerusi Sementara DAP Kabitas, Paren Anak Nyawi dan Nyambung, individu bertanggungjawab di rumah panjang. Perasmian projek itu dibuat Adun Pelawan, David Wong – menyaksikan penglibatan sulung Impian Sarawak di Kapit, kawasan paling mundur dari segi pembangunan dan paling terpencil antara 12 daerah di Sarawak. Projek Impian membuktikan tiada kerumitan atau dana besar diperlukan untuk membolehkan sistem dijana untuk keperluan masyarakat itu dibuat kerana ia boleh dicapai melalui belanja sederhana – dibuktikan dengan projek hanya RM15,000 – dengan komuniti sebagai penggerak kepada projek itu. * Lim Chia Ying ialah antara pasukan Impian Malaysia |
Sokongan Hadi terhadap Najib atasi keperluan sokongan pemimpin UMNO Posted: 20 Dec 2015 06:36 PM PST SELAYANG 21 DIS: Sokongan terbuka Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Datuk Seri Najib Razak termasuk mempertahan Perdana Menteri itu dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meninggalkan kesan besar terhadap landskap politik negara. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan sokongan tidak berbelah bahagi Abdul Hadi itu sebagai sesuatu yang kuat dan mengatasi sokongan yang diperlukan Najib daripada pucuk pimpinannya sendiri. "Dengan sokongan Presiden PAS yang begitu kuat, Najib tak perlukan pemimpin UMNO atau menterinya sekalipun untuk pertahankan beliau," katanya pada majlis makan malam di Selayang, baru-baru ini. Mei lalu, Abdul Hadi menasihati Najib supaya tidak tunduk terhadap desakan supaya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, malah Hadi meminta Najib supaya terus kekal berkuasa. Julai lalu, Abdul Hadi turut menolak dakwaan Wall Street Journal (WSJ) terhadap Najib berkaitan 'derma' RM2.6 billion yang kononnya disumbangkan seorang perderma dari Timur Tengah. Terbaru, Abdul Hadi dan Najib semalam dilihat hadir bersama pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia di Kuala Lumpur dan antara agenda program tersebut adalah melihat UMNO dan PAS bersatu kononnya demi penyatuan ummah. Menyatakan pendedahan terbaharu WSJ sebagai sesuatu yang mengemparkan di tengah-tengah kemelut skandal yang tidak henti-henti melanda kebelakangan ini, Kit Siang berkata: "Pendedahan WSJ mengaitkan 1MDB itu bukanlah satu-satunya perkara mengemparkan. Lebih mengemparkan ialah sokongan Hadi yang seolah-olah menjuarai isu Najib, mengatasi yang harus dilakukan pucuk pimpinan Najib sendiri." Laporan WSJ itu menyatakan satu unit 1MDB memindahkan sekurang-kurangnya AS$850 juta melalui tiga urus niaga tahun lalu kepada sebuah syarikat berdaftar di Kepulauan British Virgin. ROKETKINI |
Hutang negara: Jangan sampai Malaysia menjadi Zimbabwe Posted: 20 Dec 2015 06:35 PM PST KUALA LUMPUR 21 DIS: Semua pihak patut risau bagaimana Kerajaan Malaysia mengendalikan hutangnya kerana rakyat Malaysia adalah pemiutang terbesarnya, kata Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham. Ia kerana, Penasihat DAP Perak itu berkata, wang simpanan yang dikumpul rakyat akan lenyap jika kerajaan Persekutuan tidak dapat membayar hutang atau mula mencetak lebih banyak wang Ringgit Malaysia secara berleluasa. Beliau berkata, Menteri Kewangan pada jawapan bertulis kepadanya mengakui sejumlah RM608.7 bilion yang dihutang kerajaan ialah hutang kepada institusi yang menjadi tempat simpanan wang rakyat. Katanya, ia ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM127.6 bilion, Unit Amanah Pencen (RM20.3 bilion), institut perbankan (RM148.8 bilion), syarikat insurans (RM30.3 bilion), institusi kewangan pembangunan (RM22.8 bilion) dan lain-lain (78.8 bilion). "Ia wang simpanan rakyat. Rakyat Malaysia secara langsung akan mengalami kerugian besar jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mampu membayar semula hutang itu. "Benar, kerajaan tidak akan bankrap kerana ada kuasa mencetak wang lebih banyak untuk bayar hutang. Namun jika ia berlaku, nilai ringgit akan turun. Simpanan rakyat akan 'hilang' kerana wang tidak bernilai lagi. "Kita tidak mahu Malaysia berakhir seperti Zimbabwe yang pernah dipuji sebagai negara membangun yang berjaya tetapi apabila mula mencetak mata wang secara berleluasa, akhirnya ia tidak lagi bernilai," katanya pada kenyataan media, hari ini. Menyatakan mata wang Zimbabwe kini satu-satunya yang tiada nilai, kata Koo Ham berkata: "Semua usaha keras menyimpan wang akan lenyap jika kerajaan menambah hutang dan gagal membayar balik atau mencetak mata wang dengan berleluasa. ROKETKINI |
Jika gagal bayar hutang negara RM627.5 bilion, dana dalam KWSP lebur? Posted: 20 Dec 2015 03:13 AM PST PERAK 20 DIS: Simpanan hari tua dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mungkin 'lebur' jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal menjelaskan hutang tertunggak yang ditanggung negara. Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham membuat pendedahan itu dengan merujuk maklum balas Menteri Kewangan yang menyenaraikan KWSP sebagai antara pemiutang. "Wang yang dipinjamkan KWSP adalah wang rakyat, rakyat bakal alami kerugian besar jika Kerajaan BN gagal lunaskan hutang itu," katanya pada kenyataan media, hari ini. Malaysia menangung hutang RM627.5 bilion dengan 97 peratus daripadanya hutang domestik dan selebihnya iaitu tiga peratus hutang asing bernilai RM18.80 bilion. Tidak menolak kemungkinan negara menuju muflis, beliau berkata tindakan mencetak wang bagi membayar hutang berkenaan pula dikhuatiri mencetuskan masalah lain. "Kita tidak mahu jadi Zimbabwe. Suatu masa dulu maju dan mencetak wang sesuka hati tetapi kini tidak bernilai langsung," katanya dan menambah mata wang negara itu satu-satunya tidak diterima di seluruh dunia. Justeru, Koo Ham menyeru rakyat mendesak Kerajaan BN supaya telus mengurus dana awam bagi mengelakkan wang rakyat terus-terusan digunakan bagi kepentingan pihak tertentu. "Segala simpanan yang dikumpul dari jerih payah rakyat bakal dirompak jika Kerajaan BN gagal melunaskan hutangnya dan memilih secara sembarangan mencetak wang untuk melunaskan hutang," katanya. |
Bantu pekerja Malaysia di Singapura, DAP Johor desak menteri campur tangan Posted: 20 Dec 2015 03:06 AM PST JOHOR 21 DIS: DAP Johor bersimpati terhadap rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura kerana terpaksa terpaksa mengadapi kesesakan trafik yang teruk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) sejak minggu lalu Dalam keadaan ekonomi negara lemah ditambah pula kejatuhan nilai ringgit, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata mereka terpaksa meredah laluan sukar demi kelangsungan hidup. "Kami amat bersimpati dan bersedih dengan kesusahan yang ditanggung mereka demi mencari sesuap nasi," katanya sambil menyatakan rata-rata rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura berpendapatan rendah . Ia berlaku akibat lebuh raya yang menghubungkan dua negara itu mengalami kesesakan teruk berikutan sekatan yang diperketat Singapura di pintu masuk negara berkenaan. Justeru, Chin Tong berkata, DAP Johor mengesa Kerajaan Negeri lebih proaktif dalam menangani masalah yang menghimpit kebanyakan rakyat yang bergantung terhadap laluan Malaysia-Singapura itu. Beliau menyeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Wahid Omar dan Menteri Besar Johor, Khaled Nordin mengadakan mesyuarat tergempar dengan rakan sejawatnya di Singapura bagi meleraikan isu berkenaan. Katanya, DAP Johor juga mendesak Kementerian Pengangkutan supaya menambah jumlah perjalanan Perkhidmatan Tren Ulang-alik Tebrau, daripada tujuh perjalanan sehari kepada 15 minit setiap perjalanan. "DAP Johor turut memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri supaya hasil tol digunakan bagi menaik taraf dan memperbaiki sistem pengangkutan dan laluan trafik di negeri itu bagi mengelakkan perkara sama berulang," katanya. |
KERJASAMA UMNO – PAS: SURAT TERBUKA BUAT HJ HADI Posted: 20 Dec 2015 02:57 AM PST Kerjasama Umno – Pas: Surat terbuka buat Hj HadiAssalamualaikum Tuan Guru Presiden PAS, Menyelusuri sejarah kepimpinan Pas di bawah Tuan Guru, sebermula pada tahun 1978 ketika Tuan Guru mula bertanding di dalam pilihan raya umum (PRU) 1978 amat berat rasanya untuk percaya hala tuju Pas hari ini agak berlainan daripada era 1980an lalu. Kekuatan imej Islam Tuan Guru ketika itu berjaya membuka laluan Pas memenangi 5 kerusi di Terengganu pada PRU 1982 dan juga di beberapa DUN di negeri lainnya. Tuan Guru juga kemudiannya cepat menaiki tangga kepimpinan di peringkat nasional sehingga berjaya memangku jawatan Presiden selepas kembalinya ke rahmatullah ustaz Fadzil Noor. Kegagalan PAS mempertahankan pemerintahan Terengganu (1999 – 2004) dan Tuan Guru kehilangan jawatan Menteri Besar memang sedikit sebanyak membawa kekecewaan kepada sebahagian pimpinan Pas di semua peringkat. Namun ahli Pas tetap walak kepada Tuan Guru dan tidak mempersoalkan kepimpinan mahu pun kelemahan Tuan Guru. Ahli bawahan tetap memberi peluang kedua kepada Tuan Guru memimpin Pas. Kejayaan kedua Pas dalam kerjasama politik dengan PKR dan DAP yang berhasil di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang di samping mempertahankan Kelantan pada PRU 2008 sepatutnya dijadikan pengajaran bahawa hanya dengan bersatu bersama lain-lain parti pembangkang sahaja Pas akan kuat dan berkuasa. Namun Allah swt lebih mengetahui akan sebab-sebab kepada penurunan prestasi Pas pada PRU ke 13 di banyak tempat kecuali di Selangor apabila Pas menang sebanyak 15 kerusi. Krisis menggantikan Menteri Besar Selangor yang juga melibatkan Pas sebagai sekutu menguji kekuatan Tuan Guru membuat keputusan. Namun krisis itu juga menyebabkan semakin parah masalah dalaman yang dihadapi Pas sejak mengikat tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP pada 1999. Kemuncak krisis dalaman Pas apabila keluarnya beramai-ramai pimpinan profesional dan mereka menubuhkan kumpulan pendesak dengan nama Gerakan Harapan Baru dan seterusnya menubuhkan parti Islam progresif Parti Amanah Negara . Penyebab kepada masalah dalaman ini, tidak lain tidak bukan adalah isu Pas sedikit sebanyak ada menjalinkan hubungan dengan Umno secara rahsia dan senyap sejak sekian lama. Pun begitu hal ini terbongkar juga akhirnya. Terkini, apabila Presiden Pas menerima jemputan ke program Alumni lepasan Universiti Al Azhar dan disiarkan secara besar-besaran maka satu negara melihat pendirian Tuan Guru untuk mendakwah Umno demi merapatkan perpaduan dan menyatukan umat Melayu. Namun daripada segi politik Pas mengalami kerugian apabila media berpropaganda kononnya Pas dan Umno telah bekerjasama. Maka kami ahli veteran Pas merasakan langkah yang dilakukan Tuan Guru Presiden kali ini bakal memerangkap Pas. Ahli bawahan tetap membantah dan menolak apa sahaja usaha untuk bekerjasama dengan Umno yang telah merobek dan merosakkan negara ini. Kami ahli bawahan tetap mahu Umno dijatuhkan melalui saluran pilihan raya dan gabungan pembangkang akhirnya menguasai Putrajaya. Bukannya dengan apa-apa cara untuk ke Putrajaya melalui pendekatan kerjasama. Kini hubungan antara Pas dan Umno sudah terang lagi bersuluh sebagaimana yang dibimbangi almarhum Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sebelum ini. Kepada pembela kerjasama Umno – Pas, usahlah jadikan pertemuan Fadzil Noor dengan Mahathir ketika pidato Palestin suatu ketika dahulu sebagai alasan untuk berjumpa atau bekerjasama dengan Umno BN. Situasi yang melatari dua pertemuan ini sangat berlainan! Sekian terima kasih. Teguran ikhlas daripada veteran Pas yang juga sahabat kepada bekas Ketua Dewan Ulama Pas, Dato' Haron Taib |
KERJASAMA UMNO – PAS, TAPI TIDAK UNTUK MANGSA BANJIR’ Posted: 20 Dec 2015 02:55 AM PST 'Kerjasama Umno – Pas, tapi tidak untuk mangsa banjir'Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman, mempertahankan kenyataannya semalam yang petugas PAS di sebuah pusat pemindahan banjir di Meru, Klang diarahkan keluar dari pusat itu oleh Umno melalui ketua bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah. Beliau berkata demikian mengulas penafian oleh timbalan Faizal, Datuk Saroni Judi, yang dilaporkan hari ini berkata, dakwaan itu tidak benar dan hanya salah faham, kerana kedua-dua pihak sedia maklum tempat itu perlu dikosongkan bagi persiapan majlis perkahwinan Sabtu ini "Demi Allah, saya berkata benar. Memang saya sendiri diarahkan berbuat demikian. Allah saksi saya, dan ada juga orang lain yang jadi saksi. "Faizal menarik tangan saya ketepi ketika lawatannya ke situ dan membuat arahan itu. Dia membuatnya dengan cara baik dan meminta maaf terlebih dahulu. "Dia kata, itu arahan pihak atasan kerana sekolah itu di bawah kerajaan pusat, bukan kerajaan negeri. Ia disaksikan sendiri penyelaras Umno DUN Meru, Mukhris Jaafar," kata Dr Rani kepada The Malaysian Insider. Sehubungan itu, beliau menolak kenyataan Saroni yang menafikan dakwaan mereka menghalau petugas Unit Amal yang membantu mangsa banjir di Dewan Merak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru pada Rabu. Menurut Dr Rani, mereka memang tahu dewan itu akan digunakan untuk kenduri kahwin Sabtu ini dan sudah sedia untuk berpindah sebelum tarikh itu. "Kami menggunakan dewan sekolah ini sejak Ahad lalu sebagai pusat perpindahan kerana Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) sedang dibaik pulih. "Namun selepas ini, kami tidak akan lagi menggunakan dewan sekolah di bawah kerajaan pusat, tetapi akan menggunakan dewan sekolah agama dan masjid sebagai pusat perpindahan banjir, selain Dewan MPK," katanya. Beliau berkata, beliau sendiri terpaksa mengambil sikap mengeluarkan semua petugas PAS dari situ selepas diarah berbuat demikian kerana tidak mahu guru-guru yang terlibat membantu diambil tindakan. Rabu lepas, semua petugas PAS termasuk anggota Unit Amal diarahkan keluar dari dewan sekolah yang menjadi pusat pemindahan 52 keluarga mangsa banjir sekitar Meru itu. Mereka juga turut membawa keluar khemah yang dipasangkan di dewan sekolah itu selepas diarahkan berbuat demikian. Menurut Ketua Kampung Meru Thaifor Noor, insiden diarahkan keluar itu berlaku ketika mereka menunggu ketibaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim yang sepatutnya tiba ke pusat perpindahan itu jam 1 tengah hari, kelmarin. Sementara itu, Pengarah Unit Amal Nazree Mohd Aris yang kesal dengan kejadian itu berkata, kejadian itu membuktikan cakap-cakap Umno akan bekerjasama dengan PAS hanya omong kosong. |
MALAYSIA KURANG KERJA, SEBERANG KE SINGAPURA PUNYALAH SIKSA’ Posted: 20 Dec 2015 02:52 AM PST 'Malaysia kurang kerja, seberang ke Singapura punyalah siksa'DAP Johor hari ini menggesa Malaysia dan Singapura untuk mengadakan mesyuarat tergempar bersama peringkat menteri untuk membincangkan nasib ribuan pekerja negara ini yang terpaksa menunggu berjam-jam untuk menyeberangi sempadan memasuki republik itu. Mereka mendakwa ini berikutan tindakan pihak berkuasa Singapura yang mengetatkan kawalan di pintu masuk menyebabkan kesesakan teruk di Tambak Johor-Singapura. "Pekerja Malaysia di Singapura masih rakyat negara ini yang layak mendapat perhatian penuh kami. "Kesengsaraan mereka tidak boleh diabaikan oleh kerajaan persekutuan dan Johor atau kerajaan Singapura," kata Ahli Parlimen Kluang yang juga adalah ketua DAP Johor Liew Chin Tong dan empat ADUN parti itu dalam satu kenyataan bersama. Mereka adalah Cheo Yee How (Pengkalan Rinting), Liow Cai Tung (Johor Jaya), Chen Kah Eng (Stulang) dan Chew Peck Choo (Yong Peng). "DAP Johor menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin yang kedua-dua mereka menganggotai jawatankuasa bersama menteri Malaysia-Singapura memohon supaya mesyuarat tergempar JMC dengan rakan sejawatan dari Singapura diadakan," kata mereka. Menurut mereka, kedua-dua kerajaan mesti cuba mencari jalan terbaik untuk meningkatkan perkhidmatan di Pusat Imigresen dan Kuarantin (CIQ) masing-masing. "Kerajaan Singapura perlu membuka lebih banyak kaunter di CIQ untuk membolehkan laluan pantas untuk pengguna. "Di pihak Malaysia, pelbagai langkah juga boleh dilaksanakan bagi melancarkan keadaan lalu lintas." Menurut mereka, pekerja yang berulang-alik setiap hari antara Johor Baru dan Singapura adalah dari golongan berpendapatan rendah. Keadaan sesak luar biasa itu sehingga memaksa ada pengguna yang terpaksa berjalan kaki menuju ke pusat pemeriksaan Imigresen di Singapura seawal jam 4 pagi. Masalah kesesakan itu dipercayai semakin buruk dengan peningkatan jumlah kenderaan sepanjang musim cuti sekolah dan Krismas. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan