Ahad, 6 Disember 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


"Balaci DAP" - Ratib PAS Kepada AMANAH Sepanjang Masa

Posted: 06 Dec 2015 01:10 AM PST

Mat Sabu jurucakap DAP, kata PAS

Kenyataan Mohamad Sabu yang mengaitkan PAS dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) hanya mengesahkan yang presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu bertindak sebagai jurucakap kepada DAP, kata parti Islam itu hari ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali berkata, ia juga strategi DAP untuk terus memburukkan PAS yang kini dianggap musuh nombor satu DAP.




Memetik sumber dalaman, Mustafa berkata, kenyataan Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sebenarnya tidak dipersetujui sebahagian besar pimpinan utama Amanah, tetapi beliau terus membuat kenyataan tanpa merujuk mereka.

Katanya, Mat Sabu dilihat lebih mementingkan survival politiknya sendiri berbanding kepentingan Amanah, yang beliau sendiri sedar kini kehilangan "steam" dan momentum selepas hanya beberapa bulan ditubuhkan.

"DAP di bawah Lim Guan Eng mahukan dominasi total ke atas pengundi Cina apatah lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.

"Oleh itu, Mat Sabu cuba mengaitkan PAS dengan Isis untuk menakutkan pengundi Cina.

"Khabarnya, Mat Sabu juga mendapat jaminan Lim untuk bertanding di satu kawasan selamat dalam PRU ke-14 akan datang, sama ada di bawah simbol Amanah atau DAP," katanya.

Mustafa berkata, ini kerana Mat Sabu sedar kedudukannya sebagai presiden Amanah goyah kerana pengaruh kumpulan seperti Ikram, Alami dan lain-lain yang mula meresap dalam Amanah dan golongan ini tidak senang dengan latar belakang Mat Sabu.

"Untuk menyelamatkan diri, Mat Sabu tidak kisah menjadi alat atau jurucakap DAP. Apa lagi persepsi umum sudah melihat Amanah tidak lebih daripada proksi DAP," katanya.

Bagaimanapun, kata Mustafa, walaupun tuduhan itu berniat jahat, provokasi itu tidak akan memberi kesan kepada PAS kerana masyarakat umum sudah memahami pendirian PAS.

"Sebaliknya ia akan mengesahkan pandangan rakyat yang Amanah dan Mat Sabu adalah proksi DAP sebagai satu realiti, bukan lagi sekadar satu persepsi," kata Mustafa.

ULASAN GB

Tak ada modal lain. Jurucakap DAP, balaci DAP, orang suruhan DAP... itulah lemparan kata-kata pemimpin dan ahli PAS terhadap bukan sahaja mkepada Mohd Sabu tetapi kepada AMANAH.

Diratibnya berulang-kali untuk menyemarakkan rasisma dan untuk menimbulkan rasa kebencian orang Islam terhadap AMANAH.

Satu ketika digunakan sentimen hudud untuk menolak DAP. Kononnya DAP tolak hudud, oleh itu DAP dikategorikan "kafir harbi". Kita tak tahu ilmu mana yang mereka dapat, walaupun sebelumnya mereka sendiri akui bahawa DAP dan sekalian yang bukan Islam "berhak tolak hudud".


Jika orang bukan Islam diakui berhak tolak hudud, ini bererti anda yang "mengkafir-harbikan" mereka, andalah yang bersalah dan yang melampaui batas.

Dan ramai para ulama PAS "menghalalkan" dan "mendiamkan" segala cacian dan makian yang dilakukan oleh ahli-ahli PAS terhadap bukan Islam khususnya DAP. Mari sini biar GB tunjukkan hadith Rasulullah saw bahawa betapa besar dosa dan salahnya mereka mencaci dan memaki itu:

Kemudian Mustafa Ali menyatakan:

Mat Sabu, sebenarnya tidak dipersetujui sebahagian besar pimpinan utama Amanah, tetapi beliau terus membuat kenyataan tanpa merujuk mereka.

Katanya, Mat Sabu dilihat lebih mementingkan survival politiknya sendiri berbanding kepentingan Amanah, yang beliau sendiri sedar kini kehilangan "steam" dan momentum selepas hanya beberapa bulan ditubuhkan.

Kemudian dia menambah lagi:

..ini kerana Mat Sabu sedar kedudukannya sebagai presiden Amanah goyah kerana pengaruh kumpulan seperti Ikram, Alami dan lain-lain yang mula meresap dalam Amanah dan golongan ini tidak senang dengan latar belakang Mat Sabu

Ketawa besar semua pemimpin dan ahli AMANAH membaca kenyataan Mustafa Ali. Dia ingat AMANAH semacam PAS. Dia ingat AMANAH sebuah parti yang eksklusif hanya untuk ulama macam PAS.

Sedangkan AMANAH kini sebuah parti Islam yang menampung semua orang yang terdiri dari pelbagai latarbelakang pendidikan, sosio-ekonomi, agama, bangsa, warna kulit malah welstanchaung juga. AMANAH juga sebuah parti yang progresif dan peduli. Kita tahu untuk menguruskan perbezaan dan kerencaman ahli-ahli. Bukan seperti PAS, golongan cai diwujudkan untuk menyingkirkan mereka yang tak sefahaman dan tak sehaluan dengan mereka.

Mustafa Ali sebenarnya sudah kecewa dengan Mat Sabu. Mat Sabu yang selama ini begitu lantang mengangkat darjat PAS ke pesada yang ada pada hari ini, tiba-tiba meninggalkan PAS dan membentuk AMANAH.,

Mat Sabu inilah orangnya yang diperkudakan oleh Mustafa Ali dan PAS selama ini. Malah di atas perancangan Mustafa Ali juga, Mat Sabu diarahkan bertanding di Kuala Terengganu di dalam pilihanraya umum 2008. Apabila Mat Sabu tewas, maka dikutuknya Mat Sabu habis-habisan.

Cukuplah, kita bukan hendak mengaibkan Mustafa Ali yang mempunyai "banyak rekod" yang kotor. Hukum kebenaran dan keadilan akan menyerlahkan siapa sebenarnya Mustafa Ali ini. Selagi banyak dia bercakap, lagi banyaklah yang bakal terdedah mengenai dirinya kerana hukum kebenaran dan keadilan tidak pernah menipu. "Sunnatullah" tetap berlansung sampai hari kiamat.

Kini Allah swt "menyelamatkan" Mat Sabu dan sekalian pemimpin Islam yang progresif dari terus diperkuda dan diperalatkan oleh golongan "ulama duniawi" dengan menyediakan mereka sebuah wadah baharu untuk memperjuangkan Islam dengan cara yang lebih profesyenal yang bernama Parti Amanah Negara. Parti politik ini akan terus berpaksi kepada politik berasakan ilmu dan akhlak, mewujudkan budaya mampu mengurus perbezaan dalam pelaksanaan prinsip hak bersuara dan tuntutan kesaksamaan seperti yang dituntut Islam dan AMANAH mendukung sepenuhnya konsep Islam sebagai Rahmatan-Lil-Alamin.

Tinggallah PAS dengan kaedah orthodoxnya, mengkafirkan orang, mengikut gaya dan kaedah ISIS (seperti kes serangan ke atas Ust Miqdad Zakaria di Terengganu).



Hudud Mana Hudud? PAS Kelihatan Bangang Setelah Ditipu UMNO Berkali-kali....

Posted: 05 Dec 2015 09:15 PM PST

Hudud: Husam dakwa Umno tipu Pas

KOTA BHARU – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa Umno jelas menipu Pas apabila tidak memberi laluan kepada parti itu untuk membentangkan pindaan Akta 355 di parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Berucap selepas Majlis Pelancaran Buku Peringatan Orang Terpedaya di Gelanggang Seni, di sini, malam tadi, Adun Salor itu berkata, kegagalan Pas itu disebabkan sikap pimpinannya yang terdahulu melanggar keputusan mesyuarat mengenai perkara itu.




"Kita boleh ditipu sebab kita tak pakai keputusan mesyuarat, kita telah tetapkan tidak boleh bawa sendiri (Rang Undang-undang Persendirian) Akta 355, sebab kalau kita bawa bukan Islam akan 'celik' mata, Majlis Raja-Raja masih masih tidak lulus lagi.

"Kita juga nak ahli parlimen semua sokong khususnya BN yang mempunyai banyak kerusi, jadi jika dah bincang dengan BN, biarkan dia bawa (usul), tetapi kita gatal nak bawa sendiri, lepas tu jadi ke tidak sekarang?," soalnya di hadapan kira-kira 1,000 penyokongnya.

Husam yang juga bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan turut mendakwa, jika sebelum ini Pas begitu bersemangat untuk melaksanakan hukuman ini, tetapi kini pimpinannya senyap apabila rang undang-undang itu gagal dibentangkan.

"Tak jadi kenapa senyap semua, dulu ceramah seluruh Kelantan, pinda enakmen hudud, dum dum dicanang sana sini, lepas itu bawa bulan April kena tipu, bawa bulan Jun, kena tipu, bawa bulan Oktober ghaib, bulan November habis, Disember senyap,

"Kalau begini, macam mana nak hadapi pilihan raya, kita hanya boleh bagi tahu kepada rakyat kita nak buat sahaja,"katanya.

Husam berkata demikian sebagai merujuk kepada sidang Dewan Rakyat yang berakhir Khamis lalu yang menyaksikan Pas sekali lagi gagal membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) bagi membolehkan perlaksanaan hukuman hudud berjalan di negeri Kelantan.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mempertaruhkan jawatannya bagi memastikan hukuman itu dilaksanakan sebelum menukar keputusannya.

Ahmad berkata, beliau tidak meletak jawatan kerana sudah berusaha supaya hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. -SH


Umno sokong hudud hanya untuk pecahbelah Pakatan, kata penganalisis

Satu-satunya tujuan Umno menyokong hudud sekarang ialah untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR), menurut penganalisis politik yang mengatakan, apabila rang undang-undang itu sampai ke Parlimen, soal mengundi untuknya tidak penting kerana kerosakan sudah pun terjadi.

Mereka menolak dakwaan ahli Parlimen Umno yang menyokong hudud penting bagi memenuhi ajaran Islam, dengan mengatakan apabila tiba masanya, parti itu mungkin tidak akan menyokong rang undang-undang itu kerana ia mengundang risiko kemarahan sekutu mereka di Sabah dan Sarawak.

"Tujuan Umno menyokong rancangan hudud ialah untuk memecahkan PR. Dengan pembentangan rang undang-undang hudud di Kelantan, PR sudah di ambang kemusnahan," kata Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, pensyarah kanan Jabatan Pengajian Politik, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

"PR tidak boleh diteruskan jika PAS berkeras menghidupkan semula agenda hudud. Jadi, jika PR musnah sebelum pembentangan usul itu di Parlimen, Umno boleh senang lenang tidak menyokong rang undang-undang itu bagi memastikan BN tidak terjejas."

Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, sokongan Umno terhadap hudud mungkin merupakan satu pembohongan, terutamanya memandangkan langkah itu tidak akan diterima baik oleh BN Sabah dan Sarawak.

Katanya, kemusnahan pakatan pembangkang merupakan peluang terbaik Barisan Nasional (BN) untuk terus hidup, susulan tekanan yang diterima akibat pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan cabaran yang dihadapi kepimpinan Perdana Menteri.

"Menariknya, pemimpin kanan PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Haron Din terpedaya dengan rancangan bijak BN memecahbelahkan pembangkang, tanpa menyedari PAS yang akan rugi besar apabila pengundi bukan Islam menolak mereka, menyebabkan ia hilang semua kerusinya di Semenanjung.

"Saya setuju yang BN Sabah dan Sarawak tidak akan setuju dengan hudud kerana ia akan melemahkan kedudukan mereka sendiri,"
kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

Dr Lim Teck Ghee, pengarah Pusat Kajian Dasar, juga bersetuju, sambil mengambil maklum yang masyarakat Kristian dan bukan Islam di Malaysia Timur mempunyai pegangan yang besar dari segi kebebasan beragama di negara ini.

"Tidak diketahui ramai yang Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah penduduk bukan Islam yang besar yang undian mereka boleh menentukan gabungan parti mana yang akan memenangi kuasa di peringkat persekutuan, terutamanya ketika pilihan raya umum dengan persaingan sengit.

"Dan bukan orang bukan Islam sahaja yang bimbang dengan kes pencerobohan terhadap isu agama dan kebebasan sivil lain," kata Lim.

Bagaimanapun, Faisal berkata, sekiranya Umno mengundi menyokong rang undang-undang itu di Parlimen kelak, ia tidak akan membawa kepada perpecahan dalam Barisan Nasional (BN).

"Sabah ditadbir Umno, manakala Sarawak ditadbir sebuah parti yang dikuasai Bumiputera Islam. Umno ialah parti yang sangat dominan hinggakan parti BN yang lebih kecil tidak akan berani menarik diri daripada gabungan itu.

"Melalui naungan atau malah ancaman, gabungan itu boleh kekal," kata Faisal.

Hadi memohon membentangkan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ketika sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang hingga 9 April, bagi membolehkan Kelantan menguatkuasakan undang-undang hudud, walaupun terdapat bantahan daripada PKR dan DAP.

Rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, yang mengehadkan kuasa mahkamah Syariah kepada denda maksimum RM3,000, lima tahun penjara dan enam kali sebatan.

Satu pindaan diperlukan terhadap akta ini bagi membolehkan pindaan hudud Kelantan itu dikuatkuasakan. Bagaimanapun, sekutu PAS dalam PR berkata, hudud bukan sebahagian daripada pendirian bersama pakatan itu dan ia lantang bersuara menentang.

DAP akan bermesyuarat pada Isnin bagi mengkaji semula hubungannya dengan PR, selepas merasakan "dikhianati" PAS apabila Dewan Undangan Negeri Kelantan membentangkan dan meluluskan pindaan kepada enakmen itu minggu lalu.

PKR hari ini mengumumkan ia tidak akan menyokong rang undang-undang hudud PAS itu sekiranya ia dibentangkan di Parlimen, mengatakan parti Islam itu bertindak secara unilateral dalam hal itu dan membelakangkan keputusan Majlis Pimpinan PR.


ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini mengenai hudud. Jangkaan GB menjadi kenyataan. GB kata dulu - ayam terlepas tangan bau tahi. Hudud tak jadi dibentangkan, PAS yang kini ternampak bangang setelah ditipu UMNO, bukan sekali, tapi berkali-kali.

Maka berlakulah apa yang dinamakan "krisis Hudud". Bagi ulama PAS ia kini sudah menjadi keutamaan. Walaupun Hj. Hadi sebelum ini menyatakan Hudud bukan Keutamaan.




Tiada istiqamah. Dan berlakukah tikam menikam. Mereka lupa akan hukum alamiah, hukum kebenaran dan keadilan bahawa: satu hari anda menikam orang lain, anda bakal ditikam pula. "Sunatullah" tidak pernah berdusta, dan sunnatullah juga tidak pernah berubah. Itu janji Allah swt.



Ada pula berkata, "kita tak hiraukan niat UMNO BN kerana ikhlas tak ikhlas itu bukan urusan manusia". Tetapi mereka terlupa dengan pesanan Rasulullah saw supaya jangan masuk lubang biawak dua kali. Mengapa bodoh sangat?

Ada pula yang berhujjah, kita hendak mencapai redha Allah, walaupun tak ke Putrajaya.
Kita kata: kita hendak ke Putrajaya bersama dengan redha Allah.
Kedua-duanya itu berbeza dari sudut tekad dan implikasinya.

Memang benar kata Ustaz Kamal Koh Abdullah, bahawa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Hudud terlepas, hubungan dengan rakan PR punah ranah dan dan matlamat ke Putrajaya musnah.


Dengan kata lain, ayam terlepas tangan berbau tahi....


Tiada ulasan: