Kelab Greenboc |
Benar, 2015 Gelap Untuk Penentang Najib, 2016 Bertambah Teruk... Posted: 31 Dec 2015 01:05 AM PST 2015 tempoh gelap bagi penentang Najib, 2016 bakal bertambah teruk Tahun 2015 menyaksikan tekanan terbesar diterima penentang atau mereka yang berbeza pendapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan satu daripada kumpulan hak asasi manusia terkemuka negara memberi amaran ia boleh menjadi lebih buruk pada 2016. Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata, amaran keras itu muncul ketika perdana menteri berdepan tekanan supaya meletak jawatan susulan salah urus tadbir 1Malaysia Development Berhad 1MDB (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya. Sehingga November lepas, Suaram merekodkan peningkatan 5 kali ganda individu disiasat, ditahan atau didakwa mengikut Akta Hasutan – akta kontroversi dijanjikan Najib untuk dimansuhkan malah diperkukuhkan pada tahun ini – berbanding pada tempoh yang sama tahun lepas. Tahun ini, terdapat 220 individu atau kes-kes pendakwaan di bawah Akta Hasutan berbanding 44 kes pada 2014. Pada 2013, terdapat 11 kes manakala 8 kes pada 2012. Menurut data Suaram, ia adalah jumlah tertinggi sejak Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada 2009. Menurut kaji selidik The Malaysian Insider sendiri, individu ditahan mengikut Akta Hasutan tahun ini termasuk ahli-ahli politik yang mengkritik dasar-dasar kerajaan, walaupun Putrajaya sudah berjanji mengkritik tidak menyalahi undang-undang. Satu lagi peristiwa yang mendapat perhatian umum adalah apabila 163 anak muda ditahan selama 3 hari bermula pada 28 Ogos lalu mengikut Akta Hasutan kerana menghadiri perhimpunan Bersih 4. Terdapat juga peningkatan sebanyak 7 kali ganda terhadap jumlah individu yang disiasat, ditahan atau didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Terdapat 37 kes tahun ini berbanding hanya 5 pada 2014. "Trend pada 2015, adalah untuk menghukum kumpulan masyarakat sivil, ahli-ahli politik pembangkang dan pembela hak asasi manusia. Ini pasti akan berterusan tahun depan," kata Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy. Beliau mendakwa, ada bukti pihak berkuasa menggunakan Akta Hasutan terhadap pengkritik Najib dan kerajaan Barisan Nasional (BN), walaupun ia kemudian dinafikan. Sebagai contoh, ahli politik pembangkang iaitu pemimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSM) S Arutchlevan didakwa pada November kerana mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari lalu. Arutchelvan bersama pemimpin PKR dan DAP, R Sivarasa serta Ng Wei Aik didakwa secara berasingan selepas Akta Hasutan dipinda pada Jun bagi menghalang kritikan dibuat terhadap dasar kerajaan dan keputusan mahkamah. "Perkara yang sama berlaku dengan Akta Kesalahan Khas (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma)," kata Sevan. Putrajaya sudah berjanji yang mereka tidak akan menggunakan akta tersebut untuk menutup mulut pengkritik politik. Namun pada 8 September, bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan selama 28 hari kerana hasrat beliau untuk membuat laporan terhadap 1MDB kepada 6 pihak berkuasa kewangan asing. Tahun 2016, tidak akan menjadi tahun yang begitu baik kepada sistem demokrasi, kata Sevan kerana Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 memberi perdana menteri kuasa mengisytiharkan kawasan keselamatan di mana-mana bahagian negara ini. Pengkritik rang undang-undang itu menyatakan kebimbangan mengenai bagaimana kerajaan menentukan bentuk ancaman keselamatan negara dan penyalahgunaannya terutama ketika berlaku perhimpunan rakyat. "Katakanlah jika perhimpunan awam diisytiharkan di Kuala Lumpur, kerajaan boleh mengisytiharkan ia sebagai kawasan keselamatan untuk menutup perhimpunan tersebut," kata Sevan. "Ia tidak akan menjadi tahun yang mudah. Justeru, rakyat mesti bangkit dan menjadi aktif. Anda tidak boleh hanya menyokong kumpulan hak asasi manusia, anda juga perlu mengambil bahagian secara aktif dalam program-program dianjurkan. "Rakyat kini mempunyai tanggungjawab lebih besar berbanding sebelum ini untuk menentang," kata Sevan. –TMI ULASAN GB Pemerintahan Najib kini nampaknya menjurus ke arah menjadi seorang diktator. Yang menentangnya, tak kira pihak mana, akan menerima padahnya. Cuma setakat ini, TDM masih terlepas. Najib masih khuatir untuk menahan TDM. Timbalanya, Muhyiddin Yassin habis diterajangnya dari jawatan TPM. Apa yang dilakukan Najib sebenarnya akan memusnahkan dirinya sendiri. Tindakan beliau "menghukum penjara" Anwar merupakan satu kesilapan besar. Bencana menimpanya dan kehidupan beliau umpama berada di neraka, menurut blogger MSO. Sementara kehidupan Anwar, walaupun di penjara tetapi ibarat syurga, kerana Anwar kini lebih banyak masa untuk beribadah menghadap Ilahi. Berbanding Najib yang kini diburu dengan pelbagai ketakut6an dan kritikan dari pelbagai arah. Sebelum ini GB sudah membuat ulasan. Petikan: Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kemenangan dengan penipuan adalah satu jenayah dan tiada keberkatannya. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan