Sabtu, 26 Disember 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


TGNA & Karpal - Tokoh Yang Tiada Penggantinya...

Posted: 25 Dec 2015 11:45 PM PST

Nik Aziz, Karpal ikon rentasi sempadan kaum, agama

KUALA LUMPUR 25 DIS: DAP hari ini mengajak rakyat Malaysia menjadikan almarhum Nik Aziz Nik Mat dan mendiang Karpal Singh sebagai ikon yang mempromosi kehidupan harmoni, toleransi merentas sempadan kaum, agama dan budaya.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata ikonik kedua-dua tokoh mampu menjadikan Malaysia sebagai negara model yang aman di dunia sekalipun memiliki rakyat berbilang kaum, agama dan budaya.


Bersempena sambutah Hari Maulidur Rasul dan Hari Krismas, beliau berkata, rakyat Malaysia harus menunjukkan contoh kepada masyarakat dunia dengan memecah tembok kebencian, salah faham antara agama dan kaum, seterusnya membina jambatan persefahaman, harmoni dan toleransi.

"Saya teringat dua peristiwa. Pertama, kejadian orang Islam mempertahan orang Kristian apabila diserang pengganas Somali di Mandera, utara Kenya dengan mendesak pengganas membunuh mereka bersekali jika meneruskan serangan.

Kedua, kunjungan Nik Aziz pada sambutan Hari Thaipusan pada Januari 2013 manakala Karpal pula mengunjungi rumah Nik Aziz untuk sambutan ulang tahun kelahiran ke-82," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Nik Aziz adalah bekas Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan manakala Karpal Ahli Parlimen Bukit Gelugur. Kedua-duanya antara tokoh terkenal dalam parti masing-masing berikutan kelantangan mereka tetapi sentiasa dihormati kawan dan lawan di Malaysia.

"Biarlah Malaysia memberi sumbangan bermakna untuk keamanan dan tamadun manusia," kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu. -roketkini

ULASAN GB

Memang hebat dan sukar untuk ditandingi. Itulah pandangan GB terhadap kedua-dua tokoh berkenaan.

Seingat GB, TGNA bertandang ke rumah Karpal Singh selepas Karpal Singh membuat kenyataan yang amat menghiris hati PAS dengan penolakan hudud. Bagi TGNA, kritikan dan penolakan Karpal terhadap hudud tidak membawa masalah kepadanya kerana ia memberi ruang yang lebih luas kepadanya untuk menjalankan misi dakwah kepada penentang hudud. Maka digunakan diplomasi kek hari jadi.

Berbea sungguh dengan cara ulama PAS selepas era TGNA.

Dihentamnya pemimpin-pemimpin DAP. Dibuatnya usul putuskan hubungan dengan DAP. Dan dimeteraikan oleh Majlis Syura, tiada lagi tahaluf siyasi dengan parti tersebut.

Begitu juga dengan hubungan dengan UMNO. TGNA sendiri berkali-kali menolak untuk jalinkan kerjasama denan UMNO. Tetapi selepas eranya, tup tup Presiden PAS tiba-tiba sepentas dengan Presiden UMNO, sedondon lagi.

Kecemerlangan PAS di era TGNA sehingga PAS dikurniakan oleh ALlah dengan bilangan kerusi yanfg banyak di parlimen dan DUN.. dan PRU14 akan menjadi kayu ukur prestasi ulama PAS pula selepas kumpulan progresif dihalau keluar oleh Presiden PAS dan akhirnya tertubuh AMANAH.

Tiada ulasan: