Khamis, 31 Disember 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Najib berjaya berselindung disebalik undang-undang ...

Posted: 31 Dec 2015 05:14 AM PST

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengetepikan saman bekas ahli Umno, Anina Saaduddin yang mahu presiden parti itu menjelaskan tentang derma RM2.6 bilion diterimanya kepada ahli parti.

 Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab berkata, Anina tidak mempunyai "locus standi" kerana bukan lagi ahli Umno.

 "Disebabkan itu, tindakannya adalah tidak mapan dan boleh dipertahankan," katanya.

 Peguam Anina Mohamed Haniff Kahtri Abdullah berkata mereka akan merayu terhadap keputusan itu. Mahkamah juga menganugerahkan RM5,000 setiap seorang sebagai kos ganti rugi kepada Najib dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh yang turut terlibat dalam saman itu.


 Zaki berkata, di bawah Seksyen 9 (c) Akta Pertubuhan 1966, Anina boleh membawa suatu perkara ke mahkamah jika beliau adalah seorang pegawai umum atau memegang jawatan dalam Umno.

 "Dia tidak berada pada kedua-dua kapasiti itu," katanya.

 Hakim itu berkata Anina juga tidak boleh membawa tindakan derivatif bagi pihak ahli lain kerana dia sudah dipecat daripada Umno.

 "Dia adalah seorang ahli ketika dia mengambil tindakan itu tetapi kini keahliannya dibatalkan. Dalam kata lain tindakan yang diambilnya juga gagal," katanya.

 Hakim itu berkata, Anina juga tidak sepatutnya memulakan saman itu mengikut pertimbangan kepentingan awam.

 "Saya dapati isu saman itu melibatkan urusan dalaman parti dan bukan satu perkara yang melibatkan kepentingan awam," kata Zaki. - Baca lagi di sini

AGAMAWAN 'ASAL BUNYI'

Posted: 31 Dec 2015 12:51 AM PST

(Ulasan 'kuliah' Ustaz Masjid An Najah, Padang Serai). 

Sejak 3 hari yang lalu, ruang maya diviralkan dengan 'kuliah' (kalaupun boleh dinamakan kuliah atau mungkin sekadar berhimpun mendengar labun antara maghrib dan isyak) yang disampaikan oleh seorang Ustaz (saya tak dapat mengenali nama Ustaz tersebut, lalu saya nisbahkan Ustaz Masjid An Najah, Padang Serai - kerana kuliah itu disampaikan di Masjid tersebut), saya mendengar kuliah tersebut beberapa kali, kesimpulan saya 'inilah AGAMAWAN ASAL BUNYI', iaitulah sekelompok agamawan yang 'tanpa usul periksa' dan 'kerja rumah', mereka hanya seronok menghentam musuh (dalam konteks kuliah ini adalah AMANAH - atau disebut sebagai PAN - dan DAP), 'ASAL jumpa bahan' mereka terus 'tutoh' tanpa kaji tentang keaslian 'bahan' tersebut mahupun rujukannya.

 Dalam 'kuliah' tersebut, ada beberapa kesalahan yang cukup nyata; cukup kalau kita teliti 4 kesilapan besar, yang pasti akan kita simpulkan banyakannya AGAMAWAN ASAL BUNYI dalam medan dakwah kita sekarang ini.

 ISU ASAS

 Ustaz tersebut merujuk kepada sebuah 'hadith' dengan tidak membaca matannya (hanya baca terjemahan), tanpa menyebut sanad, bahkan tanpa menyebut RAWInya, dan disebut bahawa ia bersandarkan kepada sebuah kitab..... perhatikan kesalahan yang berlaku :

 1. Beliau menyebut nama kitab sebagai ناصح العباد (yang membawa maksud PENASIHAT HAMBA HAMBA), apabila diteliti nama kitab yang dirujuk sebenarnya adalah نصائح العباد (yang membawa erti NASIHAT NASIHAT UNTUK PARA HAMBA), sebuah hasil karya dalam bahasa Indonesia. (Berkaitan buku ini TIADA kepentingan di sini untuk di bahaskan). Dalam hal ini, membuktikan betapa beliau tidak teliti (atau mungkin TIDAK berupaya untuk memahami kaedah bahasa Arab yang berkaitan dengan tajuk dan istilah tertentu).

2. 'Hadith' tersebut hanya ditemui riwayatnya dalam kitab بحار الأنوار (sebuah rujukan mazhab syiah), apakah Ustaz tersebut ingin mengajak para pendengar supaya mengikut mazhab syiah atau sudah mula toleran antara mazhab atau sememangnya 'tak tahu pun' ASAL 'hadith' itu dari mana?.

3. Apabila 'hadith' (kalau diterima sebagai sohih) menyebut tentang ULAMA' dan FUQAHA, maka yang dirujuk sebagai ULAMA dan FUQAHA oleh Ustaz tersebut adalah Ulama Pas, benarkah cara 'berdalil' seumpama itu. Apakah yang dirujuk dalam semua hadith berkaitan ulama adalah Ulama Pas? Dan adakah semua Ulama Pas sebenarnya Ulama atau ada sebahagian mereka hanya para penyamar ulama?.

 4. Ustaz tersebut juga menyimpulkan 'Allah hanya akan tolong apabila ada berkat' dan umur mana mana parti hanya boleh panjang apabila ada 'berkat', betulkah dakwaan ini? Apakah semua pihak yang diberikan 'kemenangan' oleh Allah maka secara automatik mereka sebenarnya adalah golongan yang diBERKATI. Perkara yang asas macam barakah pun tak boleh difahami oleh Ustaz tersebut, maka sudah tentu syarahan yang lebih lanjut, amat amat bertentangan dengan asas kefahaman Islam.

 Kepada Dewan Ulama Pas

 Telitilah gejala Agamawan ASAL Bunyi ini kerana nama baik ISLAM akan tercalar (bukan hanya nama baik PAS, kalau nama pas sahaja saya pun tak kisah).

Katakan tidak kepada AGAMAWAN ASAL BUNYI

 Ridzwan Abu Bakar 
 Pengarah Media & Komunikasi 
 AMANAH Kedah ~ sumber

Apakah Mahkamah akan memihak kepada Najib petang ini?

Posted: 30 Dec 2015 09:51 PM PST

Anina Saadudin, Ketua Wanita Umno Langkawi yang dipecat akan mengetahui keputusan permohonan pembatalan saman oleh DS Najib hari ini jam 2.30 petang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anina pada 28 Ogos, memfailkan saman terhadap Najib dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi menuntut pembayaran balik sejumlah US$650 juta yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik UMNO di Singapura.

Anina menuntut penjelasan lanjut tentang 'wang derma'  dari seorang Pak Arab untuk Umno tapi telah dimasukan ke dalam akaun peribadi Najib. 

Menurut Anina, dia dan juga rakyat Malaysia mahu tahu kebenaran mengenai bagaimana pengurusan dana RM 2.6 bilion itu dikendalikan.

Dimanakah wang RM 2.6 billion?
Berapa banyak sudah terpakai?
Bagaimana ianya dibelanjakan?
Berapakah baki yang tinggal?

 Anina menuntut supaya Najib KEMBALIKAN BAKINYA KEPADA UMNO ~ sumber

Setelah setahun berlalu mesyuarat Sekretariat Jabatan Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia .... apa yang telah dibuat?

Posted: 30 Dec 2015 06:12 PM PST

Setahun telah berlalu, pada 6 Disember, beberapa rakan fesbuk telah sama-sama berkongsi satu status yang dimuatnaik oleh Nasrudin Hasan 

Status tersebut merupakan rakaman tragedi yang telah menimpa Nasrudin Hasan ....sangat menyedihkan dan memilukan siapa yang membacanya.....

Namun yang sangat mencuitkan hati ialah mengenai kenyataannya: 
"...saya terpaksa bergegas ke Rusila Terengganu untuk menghadiri mesyuarat Sekretariat Jabatan Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS)."
Saya hanya tulis "Kah! Kah! Kah!" dalam komentar saya... Lihatlah gambar berikut bagaimana sekretariat Jabatan Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) sedang bersidang.....



Petang tadi jam 6 adalah jadual anakanda Afif Syaikhani berkhatan. Tapi apa boleh buat, saya terpaksa bergegas ke Rusila Terengganu untuk menghadiri mesyuarat Sekretariat Jabatan Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS). 
 Afif ditemani Umminya terpaksa naik teksi dari Bechah Mulong ke Pasir Tumboh untuk berkhatan. Malangnya teksi pula habis minyak dalam perjalanan. Afif yang baru berusia 9 tahun mulanya sangat sedih kerana bimbang tidak sampai pada waktu yang dijadualkan.  Baca seterusnya dari sumber
Saja nak bertanya, bila mesyuarat sekretariat Jabatan Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) nak diadakan lagi? Nak tahu juga perkembangannya sehjauh kini...

Mufti Besar Palestin, Sheikh Hussein bersama 5 peserta multaqa' 
Ulama Sedunia menerima plaque logo Palestin sempena majlis 
penutupan multaqa'
Perlu diketahui bahawa Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia telah ditubuhkan sejak dua tahun yang lalu. Presidennya ialah Ust Abd Ghani Shamsudin. Manakala timbalannya ialah Ustaz Ahmad Awang. 

 Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia pernah menganjur bersama Persidangan Pembebasan Masjid al-Aqsa dan Ummat tertindas yang diadakan di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada 17-18 Mei 2014 yang turut dihadiri oleh 200 delegasi dan pembicara dari negara Mesir, Lubnan, Turki, Palestine, Indonesia, Kemboja, Iran Qatar, Syria, Thailand India dan Myanmar.

Ucaptama majlis tersebut telah disampaikan oleh Presiden PAS, Hj Abd Hadi Awang dan Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, DS Anwar Ibrahim. Ketika itu Hj Hadi belum lagi dilantik jadi Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia. ..huhuhu!

Setelah perlantikan Hj Hadi, apa peranan dan aktiviti sekretariat Jabatan Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang Nasrudin Hasan hebuhkan itu? "Kah! Kah! Kah!"

Tiada ulasan: