WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Penasihat-penasihat Najib adalah ‘menteri pintu belakang’ yang tidak perlu
- HAPUS SUBSIDI ELEKTRIK: BN TAK PRIHATIN WARGA MISKIN
- TUBUH KABINET BAYANGAN PH, JANGAN UMUM BERTANDING SESUKA HATI
- EKONOMI MERUDUM, EKSEKUTIF PERNIAGAAN JADI PEMANDU TEKSI
Penasihat-penasihat Najib adalah ‘menteri pintu belakang’ yang tidak perlu Posted: 27 Nov 2015 07:07 PM PST JEMAAH Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah dipenuhi dengan ramai pak menteri, salah satu jemaah yang paling besar dalam sejarah Malaysia. Tidak cukup lagi, sekurang-kurangnya seramai lapan ahli parlimen atau bekas menteri dilantik sebagai Penasihat atau Duta Khas kepada Perdana Menteri. Gaji yang diberi kepada Penasihat dan Duta Khas lebih lumayan daripada Menteri atau Timbalan Menteri. Kabinet Najib menpunyai 36 menteri penuh dan 32 timbalan menteri. Wujudnya sepuluh menteri dan dua timbalan menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri. Terdapat hanya lima orang menteri dalam JPM sebelum pilihanraya 2013. Menurut jawapan bertulis Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang saya terima mengenai jumlah dan peranan Duta Khas dan Penasihat kepada Perdana Menteri semasa Perbahasan Bajet 2016 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat: "Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelantikan mereka diberi mengikut tanggungjawab tertentu yang telah ditetapkan berdasarkan kepakaran masing-masing. Mereka mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut di dalam membantu kerajaan melaksanakan program-program yang telah dipertanggungjawabkan. "Selain itu, mereka mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan negara lain berdasarkan bidang tugas dan pengalaman mereka sebelum ini. Kerajaan hanya membayar gaji dan elaun mengikut kelayakan masing-masing berdasarkan kepakaran yang diberi. Seramai lapan Duta Khas dan Penasihat telah dilantik seperti berikut:
Menurut Senarai Perjawatan 2016 (Maksud Bekalan 6 – Jabatan Perdana Menteri, muka surat B06-1 hingga B06-15, gaji rasmi bulanan (tidak termasuk elaun ahli parlimen dan elaun-elaun lain) untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri ialah:
Gaji rasmi yang tersenarai dalam Senarai Perjawatan 2016 adalah seperti berikut:~
Difahamkan Ong Ka Ting dan Tiong King Sing tidak menerima gaji untuk tugasan mereka. Tidak ada maklumat mengenai gaji Shaziman Abu Mansor. Walau bagaimanapun, setiap Penasihat atau Duta Khas diperuntuk dengan empat hingga lapan orang pegawai dan pembantu seperti yang diperuntukan untuk seorang menteri penuh. Lantikan bekas ahli politik sebagai duta-duta ke luar negeri bukan amalan baru yang diterima walaupun bilangannya haruslah dikawal supaya lebih ramai duta datang dari kalangan diplomat kareer. Yang tidak boleh diterima adalah apa yang saya gelarkan sebagai "duta palsu", iaitu duta khas kepada Perdana Menteri yang tidak tertakluk dalam struktur Wisma Putra. Saya difahamkan pertindihan diantara duta-duta khas dengan Wisma Putra lazimnya berlaku dan amalan memberikan gelaran duta khas untuk ahli-ahli politik Barisan Nasional perlulah dihentikan. Jawatan-jawatan Penasihat kepada Perdana Menteri yang bertaraf menteri dan diberikan gaji yang lebih tinggi daripada menteri adalah salah dari segi amalan Kerajaan Kabinet. Semua Penasihat-penasihat bertaraf "menteri pintu belakang" sepatutnya digugurkan jawatan. * Liew Chin Tong ialah Ahli Parlimen Kluang |
HAPUS SUBSIDI ELEKTRIK: BN TAK PRIHATIN WARGA MISKIN Posted: 27 Nov 2015 06:15 PM PST Hapus subsidi elektrik: BN tak prihatin warga miskinAhli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membidas tindakan kerajaan menghapuskan subsidi elektrik berjumlah RM150 juta yang disifatkan sebagai menganiaya rakyat miskin. Beliau berkata, penarikan subsidi ini sangat tidak wajar selepas subsidi petrol, gula, beras ST 15 dan insentif peningkatan hasil padi dimansuhkan serta pengurangan-pengurangan peruntukan yang dikurangkan dalam Bajet 2016. "Penghapusan subsidi bil letrik untuk rakyat miskin adalah satu penganiayaan kepada mereka sedangkan dalam bil letrik rumah Perdana Menteri pun berjumlah RM2.2 juta setahun. "Manakala rumah Timbalan Perdana Menteri pula berjumlah RM800 ribu setahun. Semua ini malangnya ditanggung oleh wang rakyat," katanya dalam kenyataan media hari ini. Menurut beliau juga, terlalu banyak subsidi pemberian yang selama ini dinikmati rakyat sebagai suatu mekanisma pengagihan kekayaan negara dirampas semula oleh Kerajaan. "Penghapusan subsidi dan pengurangan peruntukan insentif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat menjadikan orang miskin hidup tanpa subsidi. Hari ini getah sekerap RM1.90 1kg," katanya. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air pula melakukan penjimatan dalam Bajet 2016, dengan pengurangan peruntukan sebanyak RM605 juta, kepada RM2.262 billion. Dan sesetengah rakyat akan menerima kesan apabila subsidi bil elektrik berjumlah RM150 juta turut dimahsuhkan sejajar dengan pemotongan peruntukan kepada kementerian terbabit. Pada masa ini, pengguna yang mendapat bil kurang atau RM20 sebulan layak menerima subsidi sepenuhnya oleh kerajaan atas nama membantu golongan termiskin. |
TUBUH KABINET BAYANGAN PH, JANGAN UMUM BERTANDING SESUKA HATI Posted: 27 Nov 2015 06:12 PM PST Tubuh kabinet bayangan PH, jangan umum bertanding sesuka hatiKetua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini memberi amaran terhadap kesemua parti dalam Pakatan Harapan agar tidak mengumumkan pertandingan kerusi pilihan raya akan datang sesuka hati. "Secara peribadi, saya berpendapat, sudah tiba masanya parti-parti pembangkang mencapai konsensus untuk menubuhkan 'Kabinet bayangan' bagi menggambarkan keseriusan kita mentadbir Putrajaya. "Kita sudah tampil sejak Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat dengan belanjawan alternatif dan manifesto bersama. Kabinet bayangan adalah langkah ke hadapan yang perlu kita laksanakan seterusnya. "Pengumuman pertandingan kerusi secara unilateral, harus dihentikan serta-merta," kata ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada ucapan dasar Ketua Pemuda PKR di Kongres Nasional 2015 di Petaling Jaya, Selangor hari ini. Namun beliau menafikan kenyataan itu merujuk kepada tindakan DAP pada akhir Oktober lalu. "Kita sekarang dah ada Pakatan Harapan. Jadi sebarang pengumuman nak bertanding kena buat menerusi Pakatan Harapan. Saya cakap semualah," kata Nik Nazmi apabila ditemui pemberita. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, segala keputusan akan dibuat selepas perundingan bersama dalam Pakatan Harapan. "Rundingan kerusi, yang itu kita akan berunding tetapi apa yang saya cakap itu rujuk kepada Pakatan Harapan," tambahnya yang merujuk kepada kerusi bakal dipertandingkan seluruh negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Setiausaha Publisiti DAP Tony Phua sebelum ini pada Oktober lalu berkata, parti itu mungkin akan bertanding di 8 kerusi PAS pada PRU14 malah sudah bersedia ke arah itu. Kerusi-kerusi yang dimaksudkan ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat. Sementara itu, Nik Nazmi menyerahkan kepada jawatankuasa pilihan raya Pakatan Harapan sama ada PKR bersedia memberikan kerusi kepada Parti Amanah Negara (Amanah). "Kita akan serahkan kepada jawatankuasa rundingan kerusi yang dianggotai pimpinan tertinggi Amanah, DAP dan PKR," katanya. |
EKONOMI MERUDUM, EKSEKUTIF PERNIAGAAN JADI PEMANDU TEKSI Posted: 26 Nov 2015 11:40 PM PST Ekonomi merudum, eksekutif perniagaan jadi pemandu teksiBiar pun kerajaan menyatakan keadaan ekonomi Malaysia lebih baik daripada mana-mana negara dalam Asia namun hakikatnya setiap hari semakin banyak syarikat mengurangkan pekerja. Pekerja yang dibuang bukan sahaja dalam kalangan bawahan tetapi juga pada level eksekutif dan jawatan pengurusan lainnya. Salah seorang daripadanya, Tony, 36 tahun yang pernah bekerja sebagai eksekutif teknologi maklumat (IT) di kawasan perindustrian Kepong berkata, selepas diberhentikan beberapa bulan lalu beliau mengalami kesukaran untuk mencari pekerjaan baharu. "Apabila tempat kerja saya mengurangkan jumlah pekerja, saya diberhentikan. "Selepas satu bulan, saya gagal mendapat kerja walaupun lebih 25 surat permohonan telah dihantar, saya ambil keputusan untuk jadi pemandu teksi," kata Tony. Beliau memberitahu, selain daripada menghantar surat permohonan, beliau juga cuba mencari kerja sebagai eksekutif IT di kilang-kilang lain tetapi kilang-kilang tersebut sama ada tidak lagi mengambil pekerja baru atau pun sedang dalam proses mengurangkan pekerja. Katanya, terdapat juga kilang yang akan tutup pada bulan hadapan dan oleh itu tidak lagi mengambil pekerja. Tony yang mempunyai dua orang anak dan isterinya mengajar di sebuah tadika berpendapat kini ekonomi negara sudah berada pada tahap membimbangkan tetapi kerajaan masih tidak dapat berbuat apa-apa untuk memperbaiki keadaan tersebut. "Saya juga amat bimbang kadar faedah pinjaman perumahan akan mengalami kenaikan. Saya dengar dari rakan usahawan kadar tersebut akan mengalami kenaikan selepas Amerika Syarikat menaikkan kadar 'Federal Reserve' pada bulan Disember akan datang ini. Jika kadar di AS naik 3% maka kadar di sini pun akan naik. Nilai hutang rumah akan bertambah. "Sedangkan kerja yang bagus sukar dicari, kos sara hidup pula melambung naik. Saya rasa golongan bergaji rendah akan mengalami kesukaran hidup pada tahun depan," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan