Sabtu, 28 November 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] Wisma AMANAH NEGARA Dirasmikan Hari Ini

Posted: 28 Nov 2015 12:25 AM PST

Parti Amanah Negara akan mengukit sejarahnya pada hari ini apabila WISMA AMANAH NEGARA akan dirasmikan petang ini.

Wisma Amanah Negara ini terletak berhampiran dengan Tesco Extra Selayang dan akan dirasmikan dengan majlis jamuan hi-tea pada pukul 5 ptg ini. Pada sebelah malamnya iaitu bermula jam 8.30 mlm, satu program Ceramah Perdana yang membariskan pimpinan Pakatan Harapan iaitu presiden AMANAH, Mohd Sabu, Presiden PKR, DS Wan Azizah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Hj Salahuddin Ayub dan Anuar Tahir masing-masing Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung AMANAH.


Pagi ini, AMANAH mengadakan Kongres EGM yang disertai oleh perwakilan dari seluruh negara bagi mempekemas dan meluluskan Perlembagaan AMANAH.


Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh AMANAH, pihak AMANAH melahirkan rasa bersyukur kepada Allah SWT diatas kemudahan yang telah diberikan kepada AMANAH untuk meneruskan langkah cemerlang di pentas politik negara walaupun baru berusia dua bulan lebih sejak ia ditubuhkan.

Dalam perkembangan terbaru, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan penubuhan AMANAH di semua 14 negeri, dan juga 33 kawasan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Sementara penubuhan bagi baki kawasan-kawasan lain akan dibuat awal Disember ini. Turut diluluskan adalah sayap-sayap parti iaitu Pemuda AMANAH Nasional dan juga Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN). Parti AMANAH juga telah berjaya mewujudkan biro-biro di bawah parti dengan melantik ketua masing-masing.

Sejak dilancar 31 Ogos lalu, permohonan orang ramai untuk menyertai Parti AMANAH sangat memberangsangkan. Sehingga kini pihak AMANAH sedang memproses 60,000 permohonan keahlian dengan Kelantan kekal sebagai negeri tertinggi diikuti Johor dan Selangor. Melihat kepada sambutan ini, dan AMANAH optimis bahawa sasaran 100,000 ahli menjelang 2016 akan dapat dicapai, tambah kenyataan tersebut.

AMANAH juga telah memulakan jelajah turun ke negeri-negeri bermula 29 Oktober dengan Sarawak sebagai negeri pertama, kemudian ke Terengganu, Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan. Sepanjang jelajah itu, sambutan yang diterima sangat baik. Untuk seterusnya, AMANAH akan meneruskan jelajah ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Selangor.

Dengan penubuhan secara rasmi AMANAH di peringkat negeri dan kawasan-kawasan ini, serta sambutan dan penyertaan yang menggalakkan ini, maka Parti AMANAH kini siap sedia untuk menjadi antara pemain politik utama di negara ini.

AMANAH juga akan terus memberi komitmen dan berperanan secara aktif bersama Pakatan Harapan. AMANAH telah mengisi semua keanggotaan dalam kuota Majlis Presiden dan juga Majlis Setiausaha yang dibentuk dan telah empat kali mengadakan mesyuarat. Buat masa ini AMANAH juga terlibat untuk menyiapkan perjanjian persepakatan (coalition agreement) dan juga kerangka dasar bersama (common policy framework).

Pihak AMANAH juga menjemput semua pihak hadir ke majlis perasmian Wisma Amanah Negara, Kuala Lumpur, pada petang ini, 28 Novemberi. Program akan bermula dengan majlis Hi-Tea pada jam 5 petang, dan ceramah perdana oleh pemimpin utama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan pada sebelah malam.



p/s GB akan cuba membuat liputan perasmian Wisma AMANAH Negara. Gambar-gambar akan cuba diupload dari semasa ke semasa.

PKR Ikut PAS Mahu Huru-harakan Pakatan Harapan?

Posted: 27 Nov 2015 07:15 PM PST

Azmin ikrar kerjasama dengan PAS di hadapan DAP, AMANAH

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengulangi komitmennya untuk bekerjasama dengan PAS di hadapan pemimpin PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.

Berucap pada Kongres Pemuda dan Wanita PKR, beliau yang juga adalah menteri besar Selangor berkata parti itu adalah satu-satunya yang boleh membuat semua mereka bekerja bersama-sama.

"Saya gembira kerana inilah satu-satu parti PKR yang berjaya menjana kekuatan DAP, AMANAH dan PAS untuk duduk bersama dalam satu pentas untuk lawan Umno-BN," katanya.


Antara pemimpin yang hadir pada kongres itu termasuk Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh, Ketua Belia AMANAH, Sany Hamzah dan Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin.

"Kita menyambut AMAANH dalam keluarga besar kita dan muafakat dalam Pakatan Harapan bersama DAP dan AMANAH akan terus dibina dan diperkukuhkan.

"PKR juga akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PAS serta Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti politik di Sabah dan Sarawak.

"Ini ketetapan yang diambil Majlis Pimpinan Pusat yang bersidang pada 11 Oktober, kita mahu semua pihak khususnya rakan kita menghormati pendirian PKR dan jangan sekali-kali cuba melaga-lagakan kepimpinan dalam PKR," katanya.

Tidak pasti sama ada amaran itu ditujukan kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan AMANAH. -mk

Masalah dalaman pakatan pembangkang mula terserlah apabila pada sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini lima ADUN PKR memutuskan untuk berkecuali berhubung usul Umno mengenai projek penambakan laut. Ketua Menteri Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP membayangkan tindakan mereka itu sebagai rampasan kuasa dalam PKR Pulau Pinang. -mk


Pakatan Harapan jangan jadi macam budak-budak

Wanita PKR mengingatkan parti dalam Pakatan Harapan agar tidak bersikap kebudak-budakan kerana sering mencabar antara satu sama lain dalam pelbagai isu.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, parti dalam Pakatan Harapan harus meletakkan rakyat sebagai keutamaan dan mengetepikan agenda peribadi atau parti.

"Sikap cabar mencabar antara satu sama lain hanyalah menzahirkan sikap kebudak-budakan masing-masing dalam suasana politik kita yang kini kian rapuh.

"Kami percaya keutamaan harus ditumpukan kepada isu nasional yang menjadikan negara dalam kerugian besar,"katanya dalam ucapan dasarnya dalam Kongres Nasional AMK dan Wanita Tahunan ke-11, hari ini.

Menurutnya, rakan dalam Pakatan Harapan perlu menjaga batas dalam berkomunikasi dengan mempunyai sifat terbuka melalui perbincangan aktif dan kerap.

"Jangan pernah lupakan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhempas pulas suatu ketika dahulu menyatukan kita dalam satu pakatan.

"Walaupun jasadnya dipenjarakan,namun idealismenya harus diteruskan menjalar dan meresapi pada setiap sanubari rakyat agar tiada lagi penindasan berlaku kerana kecetekan ilmu dalam politik,"katanya.

Beliau berkata, Wanita PKR bersetuju sepenuhnya terhadap resolusi yang dilakukan PKR yang komited untuk meneruskan usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu serta mencari penyelesaian kepada krisis negara yang mendesak.
-SH


\ ULASAN GB

Sungguh pelik kenyataan dua tokoh PKR di atas.

PKR yang bergolak dituduhnya pihak lain... iaitu parti komponen Pakatan Harapan.

GB sebelum ini sudah menyatakan bahawa perjuangan rakyat di kalangan komponen Pakatan Harapan perlu diperkukuhkan jika benar ada cita-cita dan hasrat untuk menumbangkan UMNO-BN.

Perjuangan masa depan negara ialah di antara BN dan PH. Anda boleh pilih yang mana satu. Soal PAS tak sertai PH, itu hal mereka. Mereka mahu bersendirian, mereka juga mahu menentang calon-calon DAP dan AMANAH, kata mereka.

Apa hal dan apa hak PKR mahu beri amaran dan menuduh PH kebudak-budakan?

Pertentangan "kem" di dalam PKR tiada kena-mengena lansung dengan PH, tapi PH yang dipersalahkan dan dituduh melaga-lagakan kepimpinan PKR. Sudah nyata bahawa di Selangor PKR cuba merosakkan PH dengan tidak mengiktirafkan pakatan tersebut walaupun PH dibentuk dengan kehadiran dan inisiatif mereka Presiden PKR sendiri. Di Pulau Pinang 5 ADUN PKR berkecuali sewaktu undian terhadap usul wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam isu tebus guna tanah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat lepas. Salah DAP? Salah AMANAH?

Kebenarannya, PKR gagal mendisiplin ADUN-ADUNnya untuk bersatu hati di dalam membuat keputusan berhadapan UMNO BN. Katanya mengikut "suara hati", katanya untuk menggalakkan demokrasi, katanya bla bla bla....

Jika demikian sikap PKR maka memang perlu PKR keluar saja dari PH kerana tanpa disiplin, maka tidak mungkin UMNO BN dapat dikalahkan.

Lihat saja di dalam usul tolak Bajet 2016. UMNO BN walaupun sebelumnya ada desas-desus menyatakan beberapa MOPnya akan sokong usul menolak Bajet 2016 yang dibawa pembangkang, tetapi apabila mengundi rupa-rupanya mereka bersatu hati. Kalah pembangkang.

Di kalangan pembangkang pula tidak wujud hal sedemikian. Berpecah. Di parlimen PAS berkecuali, di DUN Pulau Pinang, PKR berkecuali.

Justeru nampaknya PKR ikut cara PAS. Nak huru-harakan PH dan nak beri kemenangan kepada UMNO BN.

Rakyat dikelirukan dengan permainan-permainan "suara hati" sehingga tidak ada "kesatuan fikr dan kesatuan tindakan" baik di dalam parlimen ataupun di DUN.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. UMNO BN memang akan ditolak oleh rakyat. Itu trend pengundi di dalam pilihanraya demi pilihanraya, apatahlagi sekalian banyak masalah negara yang ada kini adalah disebabkan kebobrokan UMNO BN.

Dan mereka yang tidak jelas pendirian, samada bersendirian atau khianat kepada PH juga perlu ditolak rakyat. Kerana mereka merbahaya. Makan kiri kanan.

Tiada ulasan: