Jumaat, 27 November 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Blogger UMNO, Rohban Faizal DIarahkan Untuk Ditangkap

Posted: 27 Nov 2015 01:35 AM PST

IGP arah tahan 'penyokong BN' naikkan posting menghasut

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan supaya seorang pengguna Facebook ditahan berhubung posting yang didakwa berunsur hasutan berkaitan dengan satu akuan berkanun (SD).

"Kesan dan tahan penama di bawah ini kerana menghasut," katanya dalam tweet kepada pegawainya bersama imej posting tersebut.


Posting Facebook oleh Faisal Rohban itu menyebut tentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.

Posting Faisal sebelum ini, bagaimanapun, menunjukkan bahawa dia adalah penyokong BN dan akaunnya turut memaparkan gambar perdana menteri.

Ketika ditanya sama ada posting itu bertujuan sebagai satu bentuk sindiran, Khalid memberitahu Malaysiakini bahawa kes ini tidak terkecuali.

IGP menegaskan bahawa tidak kira siapa yang disokong, dia perlu berhati-hati dengan apa yang dikatakan dalam media sosial kerana ia memberi ruang kepada pelbagai tafsiran.

Katanya, mereka mesti bertanggungjawab dengan apa yang mereka siarkan secara umum dan kes ini tidak terkecuali.

Dalam posting seterusnya, Faisal memohon maaf, dan berkata kenyataan awal beliau mungkin mengelirukan dan disalah faham.

ULASAN GB

Siapa Faizal Rohban? Seorang blogger UMNO yang mengendalikan blog "Ruang Bicara Faisal" (RBF).

Blogger berkenaan pernah diperintahkan oleh mahkamah Rayuan membayar RM50,000 kerana memfitnah Husam Musa.

GB bukan kata Najib dan Rosmah betul, tetapi setiap tududhan perlukan bukti. Kita tidak boleh menulis sesuka hati kita. Kita perlu berpegang kepada hukum kebenaran dan keadilan, menulis secara bertanggungjawab. Kita tidak boleh menulis sesedap hati tanpa rasa tanggungjawab.

Di dalam satu seminar seorang peserta seminar bertanya kepada GB apakah rahsia GB mampu menulis dan bertahan sejak bernama "Mahazalim" lagi?

GB jawab: seorang blogger perlu jaga integriti. Kita bukan orang yang berjuang mengikut kaedah falsafah haiwaniah Machievilism "matlamat menghalalkan cara" yang akhirnya melahirkan blogger-blogger seperti papagomo dan RBF.

Daripada menulis tak tentu pasal dan tak tentu hala lebih diam dan jangan jadi blogger.

Seorang blogger juga bertanggungjawab kepada Allah di akhirat kelak terhadap setiap perkataan yang ditulis. Yang baik berpahala dan yang tidak baik berdosa. Itu keyakinan GB.

Begitu juga media sosial yang lain yang menyebarkan tulisan kita untuk dibaca oleh orang lain, facebook, twitter, instagram dan lain-lain.

Timbangan akan tetap berlaku di "sana" dan kadang-kadang Allah bayar "tunai" tatkala masih di "sini" lagi.

Setakat ini, alhamdulillah, kebanyakan tulisan dan jangkaan GB benar dan menepati kebenaran.

Dulu GB akui memang GB seorang ahli dan pendokong PAS sebab PAS ketika itu di dalam kebenaran. Kini tidak lagi. PAS telah tergelincir dari kebenaran.

Justeru kini tiada bulan lagi di hati GB, kerana yang ada cuma kebenaran dan keadilan. Itulah yang perlu diperjuangkan.

Jika kita tuis dengan niat memperjuangkan kebenaran dan keadilan, Allah Al-Haq (Yang Maha Benar) akan menjadi pembela kita dan kita tidak takut apa-apa selain Dia.

KEBENARAN itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu. Al:Baqarah:147

PAS Kini Ada Ramai Remaja Usia Serendah 13 Tahun Jadi Ahlinya...

Posted: 26 Nov 2015 07:55 PM PST

Pas lancar gerakan jadi ahli umur 13 tahun

KOTA BHARU - Pas melancarkan gerakan menjadi ahli di usia muda dengan membuka keahlian seawal 13 tahun dalam misi memantapkan lagi perjuangan Islam di negara ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas sentiasa berusaha menambah keahlian kerana ia menggambarkan betapa kuat dan mantapkan perjuangan mereka dalam memartabatkan agama Islam di negara ini.

"Sejak ditubuhkan pada 1951 sehingga hari ini, keahlian Pas sudah mencecah 1.6 juta, dan kita sentiasa berusaha menambah keahlian kerana ramainya ahli menzahirkan sejauh mana kekuatan kita.


"Ia juga akan menggambarkan betapa hebatnya perjuangan Islam di negara ini," katanya dalam ucapan aluan sempena pelancaran gerakan menjadi ahli di awal usia di sini, kelmarin.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, gerakan menjadi ahli di usia muda dilancarkan buat pertama kalinya di negeri ini sempena Sambutan 60 Tahun Kerajaan Pas Kelantan di sini, malam tadi.

"Berdasarkan perlembagaan, lima syarat melayakkan seseorang menjadi ahli Pas, iaitu, Islam, warganegara, cukup umur mengikut hukum syarat (Pas menetapkan umur minimum menjadi ahli ialah 13 tahun) selain mengaku menerima serta taat kepada perlembagaan parti, peraturan, arahan dan keputusan parti dari masa ke semasa.

"Manakala bagi pelajar institusi pengajian tinggi, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak universiti terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu, majlis pelancaran yang disempurnakan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad turut menyaksikan kira- kira 1000 borang diagihkan sebagai permulaan.

"Ahli yang menyerahkan borang dalam tempoh seminggu bermula hari ini akan mendapatkan keahlian percuma manakala penyerahan (borang) selepas tarikh ditetapkan perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM5 dan RM3 untuk yuran tahunan," katanya. -SH

ULASAN GB

Demikian terdesaknya PAS sehinggakan yang masih berumur 13 tahun pun, yang belum akil baligh didaftarkan sebagai ahli PAS.

Patutlah borang keahlian PAS tebal menebal diserahkan rupa-rupanya pendaftaran budak-budak yang masih dibangku sekolah pun ada. Alasannya: kita sentiasa berusaha menambah keahlian kerana ramainya ahli menzahirkan sejauh mana kekuatan kita.

Nak tunjuk kuat rupa-rupanya sehingga sanggup mendaftarkan remaja seusia 13 tahun sebagai ahli. Supaya nampak ramai. Tapi ramai nak buat apa jika tak boleh mengundi?

Dan itu sebabnya mengapa kita juga hairan terdapat foto-foto di dalam majlis beberpa majlis baiah terdapat mereka yang muda belia mengangkat tangan di depan Presiden. Rupa-rupanya remaja-remaja belasan tahun yang belum mengerti apa itu politik didaftarkan sebagai ahli. Kena berbaiah pula.


Mungkin ini satu taktik baru PAS supaya dilihat ribuan telah menyertai PAS sedangkan mereka yang menyertainya rupa-rupanya yang belum akil baligh dan belum layak mengundi. .

p/s ada juga ahli-ahli PAS yang merungut... kenapa blog GB asyik hentam PAS ajer... senang jawabnya... PAS dari yang paling atas sampai ke bawah sentiasa meneyerang AMANAH. AMANAH pula belum ada media untuk menjawab semula semua cacian & fitnah mereka. Justeru itu GB dan blogger-blogger yang sedar perlu menggalas tanggungjawab itu... Harakahdaily misalnya, hari-hari hentam, fitnah dan kutuk AMANAH, secara tersurat atau tersirat.... itu tak apa?

Tiada ulasan: