Khamis, 19 November 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tolong jangan gelakan Hj Hadi....Ini kenyataan Setiausaha Agung!

Posted: 19 Nov 2015 08:00 AM PST

Tuang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlalu sibuk dengan urusan parti untuk hadiri sidang Dewan Rakyat yang mana meluluskan beberapa rang undang-undang kontorversi termasuk Bajet 2016.

 "Beliau mempunyai banyak benda nak buat. Kadang kala beliau tidak ada dalam negara," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini.

 Beliau berkata Hadi yang juga MP Marang, tidak dapat mengelaknya walaupun Dewan Rakyat dijadualkan untuk mengundi kerana beliau perlu perlu menghadiri urusan parti.

 "Ia bergantung. Bila kamu ada perkara penting di luar parlimen, beliau tidak dapat mengelaknya," kata Takiyuddin.

 MP Kota Bharu itu menjelaskan Hadi selalu menghadiri perbahasan bila beliau berkemampuan dan menafikan masalah kesihatan menjadi sebab tokoh PAS itu tidak hadir dalam perbahasan penting.

 Tahun ini, presiden PAS itu terlepas untuk mengundi Rang Undang-undang Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan pindaan Akta Hasutan.~  baca lagi di sini

Gobind desak pengerusi PAC berundur kerana tidak bebas

Posted: 19 Nov 2015 06:00 AM PST

Ahli Parlimen DAP Gobind Singh menuntut peletakan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin yang terdahulu hari ini berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak semestinya akan dipanggil memberi keterangan dalam siasatan ke dalam firma pelaburan milik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

 Wakil rakyat Puchong itu berkata, kenyataan Hasan kepada pemberita berhubung perkara itu adalah "memalukan" dan menunjukkan beliau tidak bebas untuk terus menjadi pengerusi panel ahli Parlimen yang dianggotai kedua-dua bahagian politik itu.

 "Pengerusi PAC mesti meletak jawatan sekarang kerana beliau tidak bebas," katanya ketika mencelah ucapan perbahasan ahli Parlimen Kulai daripada DAP Teo Nie Ching pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

 "Ini standard yang kita ada pada seorang pengerusi sebuah jawatankuasa yang sangat berkuasa. Ini memalukan dan mengaibkan."

 Gobind merujuk kepada cubaan Hasan meremehkan isu sama ada Najib akan dipanggil memberi keterangan mengenai syarikat sarat hutang 1MDB yang diilhamkannya, mengatakan beliau hanya "nak cari makan".

 Sebelum itu, Hasan berulang kali berkata Najib tidak semestinya akan dipanggil, apabila ditanya pemberita mengenainya pada satu sidang media hari ini.

 Pengerusi PAC sebelumnya, Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak menolak kemungkinan memanggil Najib dalam siasatan 1MDB.

 Perdana Menteri yang juga menteri kewangan, merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

 Bagaimanapun, apabila diberitahu Nur Jazlan dahulu sedia menyoal Najib, Hasan berkata: "Janganlah, saya pun nak cari makan juga."

 Gobind dengan marah berkata, jelas daripada kenyataan Hasan, beliau tidak akan bebas dalam siasatan panel terhadap 1MDB, menegaskan tindakan pengerusi itu menunjukkan beliau tidak layak menjadi ahli Parlimen. Hasan dinamakan sebagai ketua PAC baharu pada Oktober selepas Nur Jazlan dilantik sebagai timbalan menteri dalam negeri pada Julai.

 Dalam sidang akhbar di lobi Parlimen selepas itu, Gobind berkata komen Hasan kepada media adalah serius, sambil menambah ia menunjukkan beliau tidak mampu mengendalikan dirinya sebagai pengerusi PAC.

 "Rakyat mengharapkan pengerusi PAC bertindak bebas tanpa rasa takut atau pilih kasih. Ia mempunyai kesan yang besar kepada Dewan," katanya.

 Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin daripada Parti Amanah Negara berkata semua pihak berkepentingan dalam 1MDB perlu dipanggil jika PAC mahu menyiasat sehabis-habisnya kontroversi itu.

 "Sebelum ini, kita melihat prosiding ditangguhkan dan kini, beliau secara terbuka berkata demikian. Kebebasan PAC sudah terjejas," katanya.

 Gobind juga berkata terdapat cara lain meminta Hasan meletak jawatan, sekiranya beliau gagal mengambil "tindakan sewajarnya" dan berundur.

 "Kami akan mengambil langkah seterusnya. Kami sedang memikirkannya," katanya. – 18 November, 2015. ~ themalaysianinsider

Debat Husam - Mustafa di larang...

Posted: 19 Nov 2015 04:00 AM PST

Muka-muka yg bersalah nampak monyok...
Walaupun Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali dan ADUN Salor Datuk Husam Musa bersedia untuk berdebat, namun hasrat mereka untuk berbuat demikian tidak kesampaian.

 Ini kerana, Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS melarang sebarang debat atau dialog yang dibuat di luar parti.

 "Kita tak mahu sebarang debat dan dialog di luar parti. Kita tidak akan benarkan mana-mana pihak menganjurkan debat antara mereka.

 "Ini adalah arahan gag order yang dikenakan kepada semua melibatkan pimpinan termasuk Husam, Mustafa Ali dan penganjur," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.Baca lagi di sini

Komen alHusseyn :

 Memang saya dah agak, PAS tak ada teloq untuk berdebat mengenai isu tersebut. Cumanya tidaklah saya jangka begitu cepat 'gag order' itu keluar!

Kelmarin Husam muatnaik status difesbuknya :

Cabaran Debat Dato Mustafa Ali 

Saya bersetuju untuk debat terbuka dengan siapa saja, termasuk Cik Gu Pa.Sedikit sebanyak, adalah juga pengalaman saya berdebat lebih kurang.

Berpeluang berdebat dengan guru politik sehebat beliau tentunya satu penghormatan pada saya. Beliau boleh menentukan tarikh dan tajuk debat terbuka itu. 

Seumpama : Saya Tanya Anda Jawab.

 Merujuk cadangan beliau tujuan debat itu juga antara lain menentukan duduk cerita perjumpaan Pas - Umno di Selangor dua hari selepas Pru 2008.

 Rasanya bila matahari sudah keluar, petunjuk bintang tidak lagi mustahak. 

Maksud saya, dengan kenyataan, qarinah atau bukti dan perkembangan terbaru, bukti lama sungguh pun kekal berguna, ditelan oleh bukti baru yang lebih besar. (Rujuk kenyataan terbaru Mursyidul Am tentang kerjasama Pas-Umno).

 Bintang digunakan untuk menentukan kedudukan timur barat di gelap malam. Munculnya matahari, petunjuk bintang tidak lagi berguna kerana demikian cerahnya sinar matahari hinggakan bintang seakan sirna. 

Pertemuan Pas-Umno 2008 itu akan kekal dalam sejarah - terpulang kepada pengundi Selangor menilaikannya. 

Arah perbincangan dalam perjumpaan 2008 itu berubah kerana perundingnya telah berjaya diubah. 

Tetapi fakta adanya perundingan di saat tidak munasabah seperti itu akan kekal sampai bila-bila. 

Cadangan Cik Gu Pa untuk turut memanggil YB Khalid Samad dengan sendirinya membenarkan dakwaan saya adanya pertemuan itu, bukan menafikannya.

 Ada pun pertanyaan beliau sama ada saya menjadi alat Dap, saya pertanyakan kembali kepada Cik Gu: Adakah Cik Gu kini sedang menjadi alat Umno sekali lagi?

Ada apa-apa ke Cik Gu telah dapat ? 

Sanggupkah Cik Gu menanggung akibat tidak berterus terang dengan ahli selama ini? 

Alat siapa Cik Gu?

3. Kenyataan Terbaru Mursyidul Am Mengenai Kerjasama Pas-Umno

Saya merujuk kepada laporan media seperti keratan di bawah.

 Sekalipun kenyataan ini belum lagi bertaraf seterang matahari, tetapi ia lebih mudah difahami. Paling tidak, seterang bulan purnama. Mengikut Islam, sekecil hilal ( bulan sabit) pun sudah boleh dijadikan dalil untuk memulakan ibadat sebesar puasa, ini kan pula bulan purnama.

 Sudah cukup bagi yang prihatin, untuk mengambil pedoman. Kenyataan itu menunjukkan, perundingan kerjasama antara Pas-Umno MEMANG WUJUD.

Jadi atau tidak, belum pasti, pertama. Kedua, bentuknya belum muktamad.9

Sebagai ahli Pas, saya lebih menghargai ketelusan sebegini.9

 Ia lebih mulia dari usaha belakang tabir yang boleh menimbulkan kekeliruan ahli parti. Ketiadaan info kepada setengah ahli menimbulkan perbalahan yang berlarutan.9

 Mereka berpencak silat dengan mata tertutup kerana maklumatnya disembunyikan, tapi bunyi dan desirnya telah wujud sejak 2008. Itu mungkin sebabnya Islam melarang memperdaya pengikut. Memperdaya bermakna pengikut tidak diberi tahu arah sebenar mereka dibawa sehingga sampai satu waktu, mereka tidak lagi boleh berpatah balik.

 Apa yang diperlukan Pas kini ialah ketelusan. Samaada bila kerjasama itu akan dimuktamadkan dan bentuknya, tentu bergantung kepada banyak faktor, seperti kata Mursyidul Am, termasuk faktor strategi masa dan keadaan.

 Niatnya ada. Usahanya ada. Penafian dulu kini sudah meningkat menjadi pengakuan, sedikit demi sedikit seperti menyuntik ubat bius oleh doktor pakar.

 Kini, terpulang kepada ahli Pas dan masyarakat awam menilai, membaca dan bertindak balas.9 Pas tidak boleh menghalang orang ramai membuat tafsiran sendiri, membuat bacaan politik dan bertindak balas sewajarnya.

 Alhamdulillah, usaha kecil saya untuk Allah bukakan rahsia pergerakan belakang tabir selama ini dengan menyebut namaNya 'Al Khabir' sedikit sebanyak berhasil.

 Allah Maha Mengetahui rahsia tersembunyi dan tindakan terang semua hambaNya.

 Saya berterima kasih kerana Mursyidul Am memberikan pencerahan yang sudah lama dinantikan. ~ Baca lagi di sini

Husam bakal dedahkan PAS mahu bergabung dengan Umno melalui debat dengan Mustafa Ali

Posted: 19 Nov 2015 01:27 AM PST

Persoalan sama ada benar atau tidak Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu membawa PAS bersama Umno akan diketahui dengan mendalam apabila debat antara pengarah pilihan raya parti Islam itu Datuk Mustafa Ali dan bekas naib presiden Datuk Husam Musa menjadi realiti.

 Isu yang lebih dikenali dengan nama UG atau "Unity Government" (kerajaan perpaduan) yang menjadi duri dalam daging PAS sejak selepas pilihan raya umum (PRU) 2008, dijangka akan dibedah sepenuhnya melalui debat yang akan diadakan di Kota Baru, Kelantan, negeri yang diperintah PAS.

 Debat ini dijangka akan memberikan penerangan lebih jelas berhubung isu ini apabila pihak-pihak terlibat secara langsung akan berdebat secara terbuka.

 Mustafa, selaku orang kanan dan pakar strategi bagi presiden PAS sejak sekian lama, akan berdebat dengan Husam, tokoh yang sentiasa mengungkit isu UG sejak 2008 lagi.

 Bahkan boleh dikatakan, isu UG menjadi antara sebab pecahnya PAS kepada Parti Amanah Negara (Amanah) yang dipimpin bekas timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.

 Dalam kenyataan disiarkan Harakahdaily hari ini, Mustafa berterima kasih kepada Husam kerana menyambut baik cadangannya supaya diadakan majlis bersemuka untuk meleraikan beberapa kenyataan dan tuduhan beliau terhadap pimpinan PAS sebagaimana diketahui umum.

 "Tajuknya ialah mengenai tuduhan beliau yang presiden PAS sejak PRU ke-12 pada 2008 sudah berusaha membawa PAS bersatu dan bergabung dengan Umno.

 "Tugas beliau ialah untuk membuktikan tuduhan tersebut. Tugas saya ialah sebaliknya," kata Mustafa dalam kenyataannya.

 Menurut beliau, masa akan dicari dan satu tarikh sesuai dan dipersetujui kedua-dua pihak akan ditentukan.

 Katanya, Husam perlu mencari penganjur majlis itu kerana beliau sebelum ini menolak cadangan Pemuda PAS Kelantan yang menawarkan diri menjadi penganjur.

 "Kita akan melihat cadangan dan tawaran lain yang sesuai dan boleh dipersetujui bersama.9

 "Demikian juga moderator, perlulah seorang tokoh yang boleh diterima dan dipersetujui bersama," kata Mustafa dalam kenyataan itu.

 Husam kelihatannya lebih senang sekiranya debat itu dianjurkan badan bebas yang tiada kaitan dengan PAS, termasuk pihak media.

 The Malaysian Insider juga menawarkan diri menganjurkan debat itu.

 Semalam, menyahut cabaran Mustafa untuk bersemuka, Husam berkata dalam satu kenyataan: "Saya bersetuju untuk debat terbuka dengan siapa saja, termasuk Cikgu Pa (Mustafa).

 Katanya, beliau menyerahkan kepada Mustafa untuk menentukan tarikh dan topik debat tersebut. Husam menegaskan, perjumpaan PAS-Umno yang didakwanya berlangsung pada 2008 kekal menjadi sebahagian daripada sejarah dan terpulang kepada pengundi di Selangor untuk membuat penilaian.

 "Arah perbincangan dalam perjumpaan 2008 itu berubah kerana perundingnya berjaya diubah. 

 "Tetapi, fakta adanya perundingan di saat tidak munasabah seperti itu, akan kekal sampai bila-bila," katanya. – 19 November, 2015. ~  themalaysianinsider

1MDB dan RM2.6 bilion Najib isu berbeza, kata PAC

Posted: 18 Nov 2015 03:59 PM PST

Laporan interim audit negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyatakan syarikat pelaburan itu dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah 2 "subjek berbeza", kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin hari ini.

 "Saya mesti nyatakan di sini, 1MDB dan RM2.6 bilion adalah 2 subjek yang sama sekali berbeza. Mereka tidak sama," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

 Ditanya bagaimana PAC membuat kesimpulan itu, Hasan berkata, kenyataan beliau dibuat berdasarkan laporan interim yang dikeluarkan pada pertengahan tahun ini dan tidak pernah diumumkan kepada orang ramai setakat ini.

 "Ini berdasarkan kepada laporan interim itu," katanya.

 Sebelum ini, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata, Jabatan Audit tidak melihat kepada isu transaksi wang RM2.6 bilion itu kerana Bank Negara "better equipped" (lebih mempunyai kelengkapan mencukupi) mengendalikan perkara itu.

 The Wall Street Journal mendakwa RM2.6 bilion itu datang daripada beberapa entiti berkaitan 1MDB.

 Dakwaan itu dinafikan Putrajaya, yang sebaliknya berkata wang itu datang daripada dermawan di Timur Tengah.

 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini turut mengesahkan, wang itu bukan berpunca daripada 1MDB. – 18 November, 2015. ~ themalaysianinsider

Komen al-Husseyn :

Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin hari ini hanya seperti tukang angguk kepada dakwaan  SPRM atau Putrajaya bahawa RM2.6 bilion itu datang daripada dermawan di Timur Tengah tidak pernah dibuktikan sama ada melalui dokumen atau mendedahkan identiti penderma tersebut.

Beliau sekadar hanya memperakukan dakwaan tersebut tanpa nilai tambahan apa-apa bukti. Apa jenis siasatan yang PAC lakukan ini?

Menurut PM Najib wang sebanyak itu bertujuan untuk dibelanjakan untuk parti dan kempen pilihan raya - bahawa ia adalah "bukan untuk kegunaan peribadi".

Soalnya, kenapa masuk kedalam akaun peribadi Najib dan tidak akaun Umno? Bila pula Najib jadi Bendahari Umno?

 Jika organisasi UMNO dikendalikan dengan betul, setiap derma yang diterimanya tentu telah direkodkan dan perbelanjaan diperincikan. Terdapat juga undang-undang pilihan raya, mengenai had ke atas perbelanjaan yang telah melebihi berkali-kali dilakukan oleh Najib secara rahsia.

Sebaliknya The Wall Street Journal telah membuktikan bahawa dana tersebut datang daripada beberapa entiti berkaitan 1MDB. 

 Persoalan mengapa maklumat penting mengenai identiti penderma dan penerima telah tiada dalam dokumen pemindahan, yang sebenarnya dan kenapa pemindahan itu sebagai dicatat sebagai "bayaran".  Baca di sini

Tiada ulasan: