Selasa, 17 November 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Orang lain buat kursus kahwin dapat untung, tapi YaPEIM rugi?

Posted: 16 Nov 2015 09:45 PM PST

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mempertahankan penganjuran kursus perkahwinan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di luar negara.

 Jamil Khir berkata, kursus itu memberi manfaat kepada pelajar di luar negara tanpa perlu mengambil kursus yang serupa di Malaysia, lapor The Rakyat Post.

 "Apa salahnya Yapeim menganjur dan membiayai kursus perkahwinan kepada pelajar luar negara?

 "Adakah kursus itu tidak berfaedah sedangkan ia memudahkan pelajar yang mengikuti kursus itu berkahwin di luar atau pun di dalam negara?," soalnya seperti dilaporkan portal tersebut.

 Malah katanya, kursus itu mendapat sambutan daripada pelajar sehingga terpaksa menolak permohonan yang terlalu ramai.

 "Pelajar tahu manfaat daripada kursus itu yang merangkumi pelbagai perkara berkaitan kekeluargaan dan penjelasan berkaitan Islam sebagai agama persekutuan," katanya mengulas dakwaan Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir yang mempersoalkan rasional kursus itu.

 Jamil Khir berkata, kursus dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu pernah diadakan di beberapa tempat lain seperti di Amerika Syarikat, London dan Paris. Beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan NOW itu berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana beliau turut berdialog dengan peserta mengenai isu semasa.

 "Saya perjelaskan isu semasa negara, pengganas Isis, hudud dan perkara berkaitan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT).

 "Pelajar berpeluang bertanya apa juga kemusykilan berkaitan agama dan alam perkahwinan serta kekeluargaan," katanya. Beliau berkata, pelajar Malaysia di luar negara juga layak menerima bantuan daripada Yapeim termasuk kursus perkahwinan selain bantuan perniagaan. – 17 November, 2015. ~ themalaysianinsider

Komen al-Husseyn :


Mangkuk ni satu... orang persoalkan ko guna duit anak yatim tu...boleh ke buat belanja untuk lain pula?

Lagi pula semua orang tahu, lazimnya Kursus Pra Perkahwinan anjuran Pejabat Agama Islam digunakan  Yuran Penyertaan sebanyak RM 80.00 seorang. Maka penganjura akan mendapat keuntungan. Bukan buat saja-saja dengan percuma!

Tetapi peliklah pula, macamana pula Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), membelanjakan hingga RM290,000 untuk kursus perkahwinan di luar negara, di Paris, Perancis? 

Apakah perbelanjaan tersebut termasut kenduri kahwin selepas berkursus? Kalau macam itu , saya pun mahu!  Pah! Oh Pah! Mana butang baju melayu abang Pah?! Hahahaha!

PAS tetap akan mengemukakan cadangan penyelesaian Bajet 2016 kepada kerajaan

Posted: 16 Nov 2015 06:00 PM PST

Hj Hadi kata, Bajet 2016 tidak selari dengan prinsip syariah Islam. Bajet kali ini "menyenangkan kerajaan tetapi menyusahkan rakyat" terutamanya mengenakan cukai kepada golongan fakir dan miskin.

Menurutnya lagi, PAS tetap akan mengemukakan cadangan penyelesaian Bajet 2016 kepada kerajaan melibatkan tiga masalah utama, iaitu kejatuhan nilai ringgit, kebergantungan kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dan kos sara hidup. (Baca seterusnya di Malay Mail Online.)

Hj Hadi dan 3 lagi ahli parlimen PAS ponteng sewaktu pembentangan bajet bagi bacaan kali kedua kelmarin yang melihat Bajet 2016 itu diluluskan.

Nampaknya PAS mengulangi sekali lagi saranannya untuk jadi penasihat kepada kerjaan Umno/BN untuk membantu Bajet 2016 yang ditolak oleh pembangkang.

Sebelum ini, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd Zuhdi Marzuki berkata, "Bajet yang dikemukakan oleh Datuk Seri Najib, tidak semuanya negatif, contohnya hampir 1.6 juta kakitangan kerajaan menunggu insentif atau saguhati yang diberi kepada mereka atas usaha mereka, lalu diberikan satu hingga dua kenaikan gaji, kemudian imbuhan." 

Beliau juga berkata, PAS bersedia menawarkan khidmat nasihat pakar-pakar parti itu dalam menghadapi isu-isu nasional yang menjangkau politik kepartian.    

Hj Hadi dan ahli parlimen PAS sepatutnya tidak hanya bercakap di luar parlimen sahaja. Mereka sepatutnya menyalurkan pandangan kepakaran yang mereka ada itu melalui perbahasan sewaktu bajet itu dibentangkan. 

Tetapi kenapa Hj Hadi dan kuncu-kuncunya gagal melakukannya? Kalau benar PAS ada kepakaran untuk menasihat, janganlah disorok-sorok, kami semua pun mahu tahu sejauh mana kebenaran dakwaan Hj Hadi yang kononnya mempunya ramai pakar.

Kita mahu mendengar hujah-hujah kepakaran dari Nik Abduh, Nasrudin at-Tantawi, Khairudin at-Takiri ....bukan rethorik di luar parlimen sahaja.

Tiada ulasan: