WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- PERKASA MAHU ISA DAN SOSMA TERUS KEKAL..PAS KINI DI KUTUK KAW KAW
- Kunjungan Ibrahim ke pejabat parti agama tidak mengejutkan-MSO
- AMK KECAM KENAIKAN KADAR TOL SECARA MENGEJUT
- ‘MANA JANJI SEBELUM PRU 13 KURANGKAN KADAR TOL?’
- KULIAH TERBARU DARI ZON KULIAH PENANG
- PAS PERKASA.......DENGAR APA KATA HADI....
PERKASA MAHU ISA DAN SOSMA TERUS KEKAL..PAS KINI DI KUTUK KAW KAW Posted: 13 Oct 2015 04:19 PM PDT PERKASA MAHU ISA DAN SOSMA TERUS KEKAL.. LAGI PUTAR ALAM Hahaha... Hanya Kunjungan hormat sahaja.. 1. Dulu Pemuda PAS buat laporan polis isu October fest bersama-sama . PERKASA kata tidak dirancang cuma secara kebetulan dan terus bergambar bersama.. 2. Dulu PAS buat laporan polis kes pijak gambar pemimpin dalam Bersih 4.0 pun guna auta yg sama secara tak sengaja waktu laporan buat kebetulan pada tarikh dan jam yang sama.. Pembohongan yg paling tidak masuk akal bila mendakwa PAS - PERKASA bincang pasal SOSMA.. Kalau Bodoh pun biarlah bertempat.. Bukankah sebelum ini PERKASA merupakan Juara dalam mempertahankan ISA dan SOSMA? Kalau betul SOSMA yg dibincangkan bersama PERKASA sudah tentu pembicangan tersebut unutk menyokong SOSMA bukan untuk menghapuskan SOSMA kerana waktu perbahasan SOSMA Haji Hadi tidak hadir daalm Parlimen kerana beliau sedang sibuk menjamu selera Ikan Siakap 3 Rasa di Gombak Jgn nak bodohkan rakyat.. Teuku Zacharyah Iskandar Kah Kah Kah..!!! BEKERJASAMA ditukar kepada BERSETUJU.. Awalnya BEKERJASAMA dgn PERKASA bermaksud akan bersama2 PERKASA. Jika BERKERJASAMA maka perjumpaan PERKASA dgn PAS telah dirancang sedari awal utk bertemu dan membincangkan isu SOSMA, TPPA dan 1MDB. 2 jam kemudiannya perkataan BEKERJASAMA ditukar kpd BERSETUJU dgn PERKASA. bermaksud PERKASA yg datang bertemu PAS dgn membawa isu SOSMA, TPPA dan 1MDB. Lalu PAS pun bersetuju.. Apa punya BELIT laa... Teuku Zacharyah Iskandar Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO & PAS | ||
Kunjungan Ibrahim ke pejabat parti agama tidak mengejutkan-MSO Posted: 13 Oct 2015 03:43 PM PDT Kunjungan Ibrahim ke pejabat parti agama tidak mengejutkanBERITA PETANG
Dua peristiwa itu ialah sidang akhbar yang dibuat oleh Dr Mahathir Mohamad yang turut sama dihadiri oleh Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin bersama Naib Presiden Umno Shafei Afdal serta dituruti sama oleh ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, bekas presiden MCA Ong Tee Keat dan bekas Setiausaha Agung Umno Sanusi Junid. Peristiwa itu berlaku semalam di Yayasan Kepimpinan Perdana Puteraja. Manakala peristiwa hari ini ialah kunjungan Presiden Perkasa Inchek Ibrahim ke pejabat agung parti agama di Jalan Raja Laut kemjudian mengadakan sidang akhbar bersama dengan presiden parti itu, Abdul Hadi Awang bersama Setiausaha Agung dan pengarah pilihan rayanya. Ibrahim kalau ikut falak politik hari ini dia patut berada dalam sidang akhbar Dr Mahathir untuk menzahirkan penentangan kepada penahanan dua rakyat negara ini dibawah SOSMA (Khairuddin dan Mathis Chang) yang dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa oleh sidang media Mahathir itu. Sebagai sebuah pertubuhan redikal Melayu, Ngo itu patut menuntut pembebasan tahanan itu apa lagi ia dibuat kerana kedua tahanan itu membangkitkan soal skandal 1MDB. Tetapi itu tidak berlaku seperti sepatutnya. Tetapi Ibrahim memilih mengadakan "kujutan" lain dengan bertandang ke pejabat parti agama, Pas. Seumur hayat Ibrahim itulah kali pertama dia bertandang ke pejabat parti itu. Semasa dia bertanding atas tikit Pas tahun 2008 Ibrahim tidak pun pijak pejabat agung Pas. Seperti saya kata tadi, mereka yang tidak faham politik, akan rasa terkejut dengan kunjungan Ibrahim itu. Dalam masa sama ia dianggap sesuatu tuah kepada Pas. Tuah memang ia, tetapi kalau mengejutkan ia sesuatu yang tidak perlu sampai begitu. Bagi Pas kehadiran Ibrahim itu sedikit sebanyak dapat membalut luka apabila ramai bekas pemimpinnya meninggal parti berkenaan tetapi kalau hendak disifatkan laba besar tidak seberapa. Kekosongan yang berlaku dalam Pas diharap dapat ditampung oleh Ibrahim dan Ngonya kalau pun tidak dapat memenuhinya. Menjadi persoalan juga yang hadir ke pejabat parti agama itu, hanya Ibrahim bersama beberapa kerat pimpinan sahahja di mana ia tidak dihadiri pimpinan kanan Ngo itu yang lain. Apakah idea itu hanya bersifat peribadi Ibrahim sendiri? Atau pun kunjungan untuk menjalani pendekatan dengan Pas itu tidak dicapai secara sebulat suara dalam Ngo berkenaan. Pernah terjadi sebelum ini ramai pemimpin Ngo itu diperingkat negeri meletak jawatan dan meninggalkan Ngo itu apabila ia diura-urakan untuk diubah menjadi parti politik. Banyak perkara dalam Ngo itu dibuat secara ad hoc. Bagi saya kunjungan Ibrahim itu tidak mengejutkan. Tidak ada apa yang pelik dan ganjil dalam politik yang saya sifatkan politik Malaysia sudah sampai kepada politik "tahi anjing" waktu ini. Jauh sekali ia satu berita istimewa untuk dijaja. Dalam politik apa-apa pun boleh berlaku. Salah satu ialah macam mana Ibrahim yang menentang Pas kemudian menjadi calon Pas, (bertanding atas tikit) kemudian menentang Pas kemudian ditantang pula oleh Pas. Suatu masa Ibahim menghina dan mengutuk sehabisnya Allahyarham Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudian memeluk dan mendakapnya seperti apa yang dilakukan kepada presiden parti agama hari ini. Aksi, susana dan gambaran sama dipamerkan sekali lagi. Ia seolah Ibrahim menayang balik kepura-puraanya selama ini. Bagi Ibrahim dan mereka yang tidak tahu meletakkan moral dalam politik, apa yang berlaku hari ini adalah pencapaian baginya. Apabila menerima Ibrahim - untuk menjalani kerjasama mendokong isu-isu sefahaman, presiden Ngo itu dapat merasakan nyawa politiknya hidup semula. Ibrahim kini merasakan dia sudah ada sebatang lilin untuk menyuluhnya ke parlimen dalam pilihan raya akan datang. Orang yang bijak dan tahu membaca peta politik akan tahu ke mana arah dan tujuan Ibrahim itu. Kunjungan itu sangat bermakna baginya dan sudah pasti mulai malam ini Ibrahim akan mula mengarai mimpin indah di hari muka. Apa yang Ibrahim hajat ialah kerusi parlimen Pasir Mas. Bagi saya, saya tidak terkejut dengan apa yang berlaku hari ini. Ibrahim seorang yang licik dan daya diplomasi tidak bermoralnya sangat tinggi dan menakjubkan. Dia boleh dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk perbuatan dan kerja-kerja yang tidak tergamak dilakukan oleh orang lain. Dia juga pernah berkata kalau dia menyertai Umno semula dia akan cium punggung Mahathir. Sebelum dia berkunjung ke pejabat Pas, saya sudah memerhati dia sangat rapat dengan Mustapa Ali dan mereka sering berhubung. Saya sangat percaya mereka berdua ada misi tersendiri demi kepentingan kedua-duanya. Saya ternampak sendiri dalam satu majlis tahlil di rumah Tengku Razaleigh Hamzah mereka duduk semeja dan menyerlahkan keintiman. Ketika itu firasat saya sudah membaca apa yang akan berlaku seterusnya. Dan yang berlaku hari ini memberi kebenaran kepada apa yang saya bayangkan itu. Tidak ada masalah kalau Ibrahim bekerjasama dengan Pas. Itu adalah pilihan terbaik buatnya apabila pintu untuk dia memasuki Umno terkunci rapat. Tetapi apakah Pas boleh menerima begitu sahaja apa yang dijanjikan? Saya tidak ingin memberi ingatan kepada Pas agar waspada kepada Ibrahim Ali. Itu bukan hak saya. Cuma selepas ini saya akan cuba membuat ulasan apakah implikasi dan natijah daripada kerjasama parti agama itu dengan Ngo yang saya juga pernah terlibat dengan penubuhannya itu. [wm.kl.7:33 pm 13/10/15] | ||
AMK KECAM KENAIKAN KADAR TOL SECARA MENGEJUT Posted: 13 Oct 2015 03:40 PM PDT Posted By: Amiruddin Ahmad & Riduan ShamsudinAngkatan Muda Keadilan mengecam pengumuman kenaikan kadar tol di 11 lebuh raya. Menurut Timbalan Ketua AMK Dr Afif Bahardin, pengumuman kenaikan itu benar-benar menekan kehidupan rakyat ketika kos sara hidup melambung tinggi. "Pastinya selepas pelaksanaan GST bermula April lepas, tekanan kewangan rakyat semakin bertambah dan dengan kenaikan kadar tol iniakan menyukarkan lagi kedudukan majoriti rakyat untuk berhadapan dengan krisis ekonomi sekarang. "Anak muda, terutamanya mereka yang bekerja di Lembah Klang dan daripada golongan berpendapatan rendah, akan menerima kesan yang paling besar. Kos sara hidup golongan ini akan terus meningkat dan akhirnya menambah kesempitan golongan ini. "Jusitfikasi Kementerian Kerja Raya bahawa kenaikan ini adalah perlu bagi menjimatkan perbelanjaan Kerajaan Umno Barisan Nasional daripada membayar konsesi kepada syarikat syarikat, telah menunjukkan bahawa Datuk Seri Najib Razak dan kabinet beliaugagal untuk mengurus perbelanjaan kerajaan sehingga tepaksa menarik balik subsidi rakyat dan akhrinya membebankan rakyat," katanya dalam satu kenyataan. Beliauberkata,kenaikan tersebut menjadi bukti bahawa dasar kapitalis kroni (crony capitalism) yang diamalkan UMNO dan BN akhrinya telah memusatkan kekayaan kepada kelompok tertentu sahaja sehingga mengadaikan kesejahteraan rakyat. "Kenaikan ini juga menunjukkan bahwa tiada iltizam dari kepimpinan UMNO BN sekarang untuk melakukan perubahan dengan melaksanakan penjimatan dan mengatasi ketirisan dan kebocoran yang berlaku di dalam kerajaan, tetapi lebih rela untuk terus membebankan rakyat yang telah sedia tertekan dengan kedudukan ekonomi semasa. "Angkatan Muda Keadilan mendesak agar Kerajaan Umno – BN untuk menarik balik keputusan menaikkan kadar tol di lebuhraya -lebuhraya ini. "Seharusnya Kerajaan Umno BN menghentikan segala amalan pembaziran dan korup yang masih diamalkan. Masa sama, demi kembali memulihkan keyakinan pelabur dan mengukuhkan semula kedudukan Ringgit, isu 1MDB dan dakwaan skandal RM2.6 billion melibatkan Perdana Menteri wajib diselesaikan segera. AMK menuntut agar Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan dan kembalikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baru yang dapat menyelamatkan negara daripada krisis ini," tambahnya. Kenaikan tol melibatkan 11 lebuh raya. Lapan daripadanya di Lembah Klang; iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya DutaUlu Kelang (DUKE), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE). Kenaikan ini melibatkan peningkatan kadar tol di antara 20 sen dan RM 3. KADAR KENAIKAN TOL SETINGGI 80% ZALIM! Angkatan Muda Keadilan Malaysia membidas kenaikan kadar Tol yang diumumkan oleh syarikat konsesi melibatkan kadar mencecah hampir 80%. Naib Ketua AMK Selangor Jestin Raj Savarimuthu berkata, perkara itu amat bercanggah dengan Manifesto Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-13 lalu yang menjanjikan tiada kenaikan sekiranya rakyat memberi kepercayaan kepada BN untuk terus memerintah. "Kenaikkan ini memberi impak yang amat besar kepada Rakyat, khususnya warga Selangor. Hal ini kerana kesemua kadar Tol dinaikkan adalah di dalam Negeri Selangor dan Lembah Klang. Sumbangan Rakyat Selangor kepada Kerajaan Persekutuan melalui cukai adalah yang terbesar dari Negeri lain. "Kerajaan Persekutuan telah menaikkan segala perkara asas dari GST, Harga Barang, Tol dan sekarang kemerosotan nilai mata wang membuat Rakyat dalam keadaan yang parah. Kita boleh menjangka dalam Pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri pada hujung bulan ini akan memberi bantuan yang hanya sementara bagi Rakyat. "AMK Malaysia dengan ini mengutuk kenaikan kadar Tol ini dan Rakyat akan menghukum Kerajaan Barisan Nasional pasa Pilihanraya Umum Ke-14," katanya. | ||
‘MANA JANJI SEBELUM PRU 13 KURANGKAN KADAR TOL?’ Posted: 13 Oct 2015 03:35 PM PDT 'Mana janji sebelum PRU 13 kurangkan kadar tol?'Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menempelak kerajaan BN kerana sanggup menaikkan kadar tol setinggi 17% – 80%. Menurut Mahfuz kerajaan BN telah memungkiri janji mereka sebelum pilihan raya umum ke 13 lalu untuk mengurangkan kadar tol antara bandar bagi menarik pengundi bandar dan sub bandar pengundi pemerintah. "Persoalannya, ke mana perginya janji Kerajaan yang berikrar menjelang PRU13 lepas untuk mengurangkan tol antara bandar? Ke mana hilangnya janji Kerajaan yang hendak runding semula perjanjian dengan syarikat konsesi tol? Kenapa dibiarkan perjanjian yang bersifat pro syarikat dan tidak pro pengguna? Apakah jika tidak dinaikkan tol dan tidak dibayar pampasan, syarikat konsesi akan bankrap? "Kerajaan memberi alasan adalah lebih baik wang pampasan diguna untuk pembangunan yang lain untuk membina hospital dan sekolah. Sedangkan sebelum ini, PM menyatakan dengan GST kerajaan boleh membina hospital, sekolah dan jalanraya. "Kini Menteri Kerjaraya pula berkata dengan kenaikan tol, Kerajaan boleh bina hospital dan sekolah. Jadi, adakah kerajaan hanya mampu membina sekolah dan hospital dengan syarat menaikan tol dan kenakan cukai GST ke atas rakyat? Kerajaan apakah yang selemah ini?" katanya dalam satu kenyataan. Mahfuz menggesa kerajaan BN berhenti memperbodohkan rakyat. Sebaliknya, beliau mencadangkan, belanjawan negara pada Oktober ini perlu dibentangkan dengan kenaikan gaji kakitangan awam beserta peruntukan khas bayaran elaun tol bagi kakitangan awam di Lembah Klang bagi meringankan beban golongan pekerja yang terkepung pergerakan mereka dengan lebuh raya bertol. | ||
KULIAH TERBARU DARI ZON KULIAH PENANG Posted: 13 Oct 2015 05:08 AM PDT | ||
PAS PERKASA.......DENGAR APA KATA HADI.... Posted: 13 Oct 2015 04:25 AM PDT |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan