Isnin, 12 Oktober 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MAHSURI KEMBALI

Posted: 12 Oct 2015 06:39 PM PDT








MAHSURi

KEMBALi

KOMENTAR
ada kalanya
sejarah berulang
sesekali watak lama
menjelma kembali
dalam sosok yang baru
membawa khabar yang sama
membawa seruan yang sama
membawa maklumat sama
mengajak umat manusia
ke jalan benar
mengajak umat manusia
berlaku jujur
mengajak umat manusia
berani berkata benar

MAHSURI LANGKAWI


Selepas gesaan Muhyiddin, Anina mahu lebih ramai ahli Umno bersuara 


Anina Saadudin hari ini menggesa supaya ahli Umno menyambut gesaan  Muhyiddin Yassin yang mahu melihat lebih ramai berani menyatakan pendirian, serta mendesak perubahan pucuk pimpinan parti dilakukan segera.
Bekas ahli Wanita Umno bahagian Langkawi itu berkata, tiada jalan lain untuk menyelesaikan kemelut dalaman yang dihadapi sekarang ini melainkan perubahan dibuat segera.
"Umno wajib menukar kepimpinannya yang sedia ada dan segera melakukan langkah strategik untuk melakukan modifikasi terhadap bagaimana parti tersebut ditadbir supaya sesuai dengan perkembangan persekitaran.
"Dalam usaha tersebut, Umno perlu berani berubah," katanya kepada The Malaysian Insider.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-gesaan-muhyiddin-anina-mahu-ramai-ahli-umno-tampil-buat-perubahan#sthash.UTjpv7Bh.dpuf



--------------

SUARA MUFTI PERLIS

Posted: 12 Oct 2015 06:00 PM PDT






BARU BETUL

MUFT
i

BERSUARA



Mufti Perlis sifatkan Zeti lakukan jihad besar

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat menyatakan sokongan terhadap Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)  Dr Zeti Akhtar Aziz menerusi satu posting di laman Facebook beliau.
Asri menyifatkan tindakan tegas gabenor tersebut, yang tetap dengan keputusan pendakwaan berhubung skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Devopment Berhad (1MD), satu jihad besar.
"Semoga Allah memberi pahala yang besar kepada gabenor Bank Negara yang berusaha menyelamatkan negara daripada para pengkhianat dan penjenayah.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mufti-perlis-sifatkan-zeti-lakukan-jihad-besar#sthash.G4pfrnpS.dpuf


KAH KAH KAH
woit
biasanya para mufti
hanya nak menghukum
itu salah 
ini salah
itu haram
ini haram
letik dengan fakwa fakwi
takj habis habis
yang ini bari betul
suara mufti yang mahu
memperbaiki asas negara

MUFTi BETUL

---------------

LAPORAN MH17 KELUAR

Posted: 12 Oct 2015 05:29 PM PDT







PERSOLAN

kotak hitam MH17 ditemui
tetapi kerajaan malaysia
serahkan kepada pihak
britain

1- mengapa?
2- apa rakaman kota hitam?
3- hingga hari ini tidak
   diketahui
4- kenapa orang ramai tak
   diberitahu apa isi 
   kandungan kotak hitam?
5- MH370 - kita tahu 
   kata-kata akhir
   'Good Night Malaysia
   'three seven zero'

Ini Kata-kata Terakhir Sebenarnya dari Kokpit MH370

Liputan6.com, Kuala Lumpur- Pelaksana Tugas (Plt) Menteri Transportasi Hishammuddin Hussein mengonfirmasi kata-kata terakhir dari kokpit pesawat Malaysia Airlines dengan nomor penerbangan MH370 yang dinyatakan hilang sejak 8 Maret 2014.

Dia menjelaskan, kata-kata terakhir sebenarnya adalah "Good Night, Malaysian three seven zero" - "Selamat Malam, Malaysia 370." Sebelumnya kata-kata terakhir yang beredar dari kokpit adalah "Alright, good night".


Lembaga Keselamatan Belanda akan mengeluarkan laporan siasatan berhubung kemalangan pesawat MH17 Malaysia Airlines hari ini.
Menurut laman web http://www.onderzoeksraad.nl/, ia akan menyediakan dokumen yang mengandungi semua aspek siasatan.
Dokumen itu bertajuk 'About the Investigation' akan diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Beland
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/belanda-keluar-laporan-siasatan-mh17-hari-ini#sthash.uqw8DiNT.dpuf

MH17 crash report is set for release, but it is unlikely to offer closure

In a hangar at an airfield in southern Holland, a ghost has been conjured from the gloom.
Over the past nine months Dutch investigators have been fitting together pieces of recovered plane wreckage and debris. They have rebuilt part of the cockpit and business section. The plane is MH17, the Malaysia Airlines flight shot down on 17 July 2014 while flying above conflict-torn eastern Ukraine. All 298 people on board were killed. 



-----------------

SINDROM POLIS PENCEN

Posted: 12 Oct 2015 10:00 AM PDT











SINDROM

POLIS PENCEN




KOMENTAR
zakaria jaafar  bekas
timbalan pesuruhjaya SPRM
mengeluarkan kata kata
yang terang jelas keras
agak berani seolah-olah
najib akan ditangkap esok

tapi bila diselidiki
depan nama zakaria
ada perkataan B-E-K-A-S
zakaria dah pencen
maka disini timbul
budaya POLIS PENCEN

APA BUDAYA POLIS PENCEN
polis pencen akan bising
dia tahu siapa jual dadah
dia tahu siapa bawa
pelacur masuk dari china
dia tahu siapa dibelakang
towkay mesin judi
dia tahu tan seri mana 
kepala gengster
siapa makan duit lendir
pegawai mana rasuah
dan dan dan...
semua kes dia tahu
tapi mamat ini dah pencen

SOALAN HAKIKI
ketika dia bekerja
ketika dia bertugas
ketika dia ada kuasa
kenapa TIDAK bersuara
kenapa senyap membisu
inilah namanya sindrom 
polis pencen

diharapkan bekas 
pegawai tinggi SPRM ini
tidak dilanda oleh 
sindrom polis pencen
kerana kenyatan keras
saperti ini menaikkan
semangat orang ramai
untuk melihat najib 
ditahan dan didakwa
menaikan harapan bahawa
negara ini dapat kita
bersama selamat kan

hendak hendaknya
suara zakarian bukan 
suara polis pencen




SPRM dedahkan siasat 

individu paling 

berkuasa di Malaysia 

Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  Zakaria Jaffar mendedahkan agensi itu kini sedang melakukan siasatan terhadap individu paling berkuasa dalam negara.
Zakaria yang secara rasminya bersara hari ini berkata, siasatan SPRM merujuk kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.
SRC International merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri  Najib Razak.
Manakala skandal derma RM2.6 bilion didedahkan dalam laporan The Wall Street Journal (WSJ) di mana ianya disalurkan dalam akaun peribadi Najib.
"Sepanjang saya berkhidmat di BPR dan SPRM, saya tidak pernah terfikir dan terlintas pada diri saya yang SPRM akan menghadapi cabaran terbesar dan paling hebat seperti yang dilalui sekarang," katanya merujuk kepada Badan Pencegah Rasuah.
"Semua sedia maklum SPRM sedang menjalankan siasatan paling besar sejak 1967. Oleh itu pegawai- pegawai yang terlibat dalam siasatan kes ini harus diberi sokongan dan suntikan semangat kepahlawanan untuk berjuang di medan yang paling sukar ini.
"Kita berhadapan dengan satu siasatan yang melibatkan orang paling berkuasa dalam negara," katanya ketika berucap dalam majlis persaraannya di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam ucapannya itu, beliau turut menyentuh mengenai 'serangan' yang diterima SPRM, menyaksikan 7 pegawainya disiasat dan arahan pertukaran ke Jabatan Pedana Menteri yang diberikan kepada 2 pengarah kanannya pada Ogos lalu.
"Peristiwa ini sepatutnya tidak berlaku sama sekali," katanya.
Justeru, beliau menyeru pegawai yang terlibat menyiasat kes SRC International dan RM2.6 bilion untuk menjalankan tugas tanpa gentar.
"Saya yakin pegawai yang terlibat dalam kes semasa, melibatkan personaliti tinggi dan mendapat perhatian antarabangsa, akan menjalankan tugas tanpa gentar.
"Berdasarkan kepada tradisi, siasatan tetap perlu dijalankan meskipun kita difahamkan ada saksi hilang, lari atau dilarikan," katanya. – 12 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-timbalan-ketua-dedahkan-sprm-siasat-individu-paling-berkuasa-di-malay#sthash.MXYCug2u.dpuf






----------------

MENGHASUT LAGI

Posted: 12 Oct 2015 06:00 AM PDT










MAKIN RAMAI

JADI

 PENGHASUT




KENA TUKAR
Lps neh ade la soltan yg kena tukar mcm AG PAC dan abg SB sorg tuh.kih kih. Agak2 cmaner nak tukar ek TT. Alaa... Kejap jer. Lps kena ugut bongkar gambar pelik2 kontrak suku sakat pakat senyap ler smua tu... Pok jibmah gelak jer.. Diakan anak belaan mahadeath gak. So sama jer laa caranya... on ADAKAH INI MENGHASUT?
air gunung
on 10/7/15


BACA SKRIP
Semua baca skrip saja bah.... Biasa lah on ADAKAH INI MENGHASUT?
Anonymous
on 10/7/15


RAKYAT TERHARU
Tuanku2 telah menghasut. Mungkin macam tu lah pendapat kami rakyat jelata. Jangan cepat panik. Bukan kami kata, tapi umno bn yang kata. Bukankah sampai sekarang belum ada respon dari pmo? Biasanya hal atau berita besar macam ini pihak pm najib mesti respon segera. Sekurang2nya berkata ' Kami amat terharu atas titah tuanku2 terhadap situasi negara kita sekarang. 

Kami akan menurut titah tuanku dengan kadar segera demi kesejahteraan rakyat jelata' Kalau tak ada sepatah pun kata respon dari pm najib, kami merasakan tuanku2 dalam bahaya. Kami yakin pm najib telah bergegas berjumpa snaiden dan apco untuk merancang rancangan mahu tibai tuavnku2 secukup2nya. Mereka bukan diam, tuanku. Mereka bekerja siang malam untuk kepentingan diri mereka sahaja. 

Oleh itu tuanku2 yang memikul berkilo2 lencana dan pangkat selaku penaung angkatan tentera kita di darat, laut dan udara hendaklah mengambil tindakan segera. Duli yang maha mulia seri paduka baginda yang di pertuan agong bolehlah berdiri megah on ADAKAH INI MENGHASUT?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/7/15


-------------

TOL NAIK LAGI

Posted: 12 Oct 2015 05:00 AM PDT









HiDUP

LEBUH RAYA




Kadar tol naik Khamis ini

Mulai 15 Oktober ini, kadar tol di beberapa lebuh raya akan dinaikkan.
Menurut Maju Expressway Sdn Bhd yang mengendalikan Lebuh Raya Maju (MEX) kadar tol akan dinaikkan antara 20 sen dan RM3.
ANIH Berhad yang mengendalikan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak mengumumkan kadar bayaran di Plaza Tol Gombak dan Bentong naik antara 30 sen dan RM3 mulai Khamis ini.
Bagi pengendali Lebuh Raya SILK yang mengendalikan laluan Kajang, pula mengumumkan kadar akan dinaikkan di antara 40 sen and RM2.40.
Konsortium Lebuhraya Utara-Timur Tol pula mengumumkan kenaikkan antara 30 sen dan RM1 di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).
Kadar tol di terowong SMART juga naik kepada RM3.
Pengendali lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) juga mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).


ADAKAH 

ANDA TAHU

tol lebuh raya kita ini
lebih murah dari di german
lebih murah dari di itali
lebih murah dari peranchis
tidak kah anda tahu 
semua fakta ini

KAH KAH KAH





------------

DARI FB MUHYIDDIN YASSIN

Posted: 12 Oct 2015 12:43 AM PDT








 FACE BOOK







Muhyiddin Yassin added 3 new photos — withKhuzairi Abdul Latiff.
Politician617,680 Likes
1 hr

KENYATAAN MEDIA BERSAMA
Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik. 
Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen.
Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.
Pada akal yang sihat, tindakan ini juga memperlihatkan apabila ada pihak yang didakwa melakukan kesalahan dan apabila laporan dibuat terhadapnya, apa jua peruntukan undang-undang yang ada akan digunakan untuk menutup kesalahan pihak yang didakwa.
Tidakkah amat memalukan apabila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak berusaha membuktikan kebenaran ataupun "his innocence" tetapi sebaliknya orang yang melaporkan kesalahan ditahan.
Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan, maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan.
SOSMA yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus untuk menghalang sebarang tindakan atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:
1)untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;
(2)untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;
(3) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;
atau
(4)untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.
Matthias Chang adalah peguam yang mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia. Tindakan ini tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA.
Malahan laporan-laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
Justeru, kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.
Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Apatah lagi, YAB Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu "bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan". Malahan, beliau berjanji "tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara".
Berdasarkan janji ini, maka kedua-kedua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamd
YABhg Tun Ling Liong Sik
YB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin
YB Datuk Seri Shafie Apdal
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
YBhg Tan Sri Ong Tee Keat
YBhg Tan Sri Sanusi Junid

12 Oktober 2015





-----------------

AYAM SIAM NAIK HARGA

Posted: 11 Oct 2015 11:09 PM PDT









AYAM DANOK

MAKiN MAHAL


LAPORAN LEBAI GOOGLE

Malaysian Ringgit equals
8.58 Thai Baht
Chart of exchange rate values over time







--------------

INI MAKNA GAMBAR ITU

Posted: 11 Oct 2015 10:38 PM PDT








iNI MAKNA

GAMBAR

iTU 


Veteran BN sertai perjuangan Dr Mahathir dalam kemelut 1MDB

12 Oct — Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) menyertai  Mahathir Mohamad hari ini untuk bersuara menentang penahanan 2 individu yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu dalam kempen terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).…


APA SEMiOTIK

GAMBAR IN
i?



---------------

SELAMAT JALAN DOLAR

Posted: 11 Oct 2015 08:39 PM PDT











DUNi


BERUBAH

EMP
iRE 

AMERiKA

SEMAK
i

RUNTUH

China launches global yuan payment system

China's Central Bank has started a global payment system which provides cross-border transactions in yuan. The China International Payment System (CIPS) intends to internationalize the yuan and challenge the US dollar's dominance.
"The establishment of CIPS is an important milestone in yuan internationalization, providing the infrastructure that will connect global yuan users through one single system," Helen Wong, greater China chief executive at HSBC, was cited as saying by the Financial Times.
BAi BADOLAR


















--------------

TUKAR TIUB PECAH BERITA

Posted: 11 Oct 2015 07:51 PM PDT







TT PECAH

GAMBAR


SEDUNiA



KOMENTAR
apa makna gambar ini?
apa isi gambar ini?
apa tujuan sidang akbar ini?
tunggu dan nanti

GAMBAR

1 - shafie afdal
2 - muhyiddin yassin
3 - mahathir muhamad
4 - tunku razaleigh
5 - sanusi juned
6 - ong tee kiat






---------------

Tiada ulasan: