Jumaat, 9 Oktober 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Alhamdulillah, AMANAH Kini Sudah Ada Pejabatnya Sendiri

Posted: 09 Oct 2015 01:40 AM PDT

Amanah masuk pejabat baharu ketika didakwa cuba rampas bangunan PAS

Parti Amanah Negara (Amanah) mula memasuki bangunan ibu pejabatnya yang baharu pada 1 Oktober ketika sesetengah pihak dalam PAS mendakwa parti itu cuba merampas bangunan-bangunan mereka termasuk ibu pejabat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Bangunan 3 tingkat yang menjadi pejabat baharu Amanah terletak di Jalan Kuching, Kuala Lumpur itu dinamakan Wisma Amanah.



Sehingga kini, hampir 10 kakitangan diketuai Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir sebagai petugas tetap parti yang dilancarkan 16 September lalu bersempena Hari Malaysia, beroperasi di situ.

Pada Selasa (6 Oktober), Amanah mencatatkan sejarah apabila menerima sijil pengesahan penukaran nama, logo dan slogan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Sijil itu diterima Anuar bersama Timbalan Setiausaha Agung Abang Ahmad Kerde dan Setiausaha Organisasi Amanah Suhaizan Kaiat daripada Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah.

"Kita akan jadikan Wisma Amanah sebagai pusat gerakan dan kami dapatkan ia melalui tabungan, ahli dan penyokong Amanah," kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub ketika ditemui di pejabat baharunya.

Bukan DAP biaya Amanah

Salahuddin menolak dakwaan DAP membiayai perbelanjaan kerana segala-galanya diperoleh melalui titik peluh dan hasil sumbangan ahli dan penyokong Amanah.

Ketika The Malaysian Insider berkunjung ke pejabat itu, semua pimpinan pusat termasuk Presiden Amanah Mohamad Sabu sedang bermesyuarat di bilik mesyuarat utama bangunan.

"Kami sedang mengadakan retreat selama 2 hari mulai hari ini bagi membincangkan Perlembagaan parti kami," kata Salahuddin.

Kemasukan mereka ke pejabat baharu itu sedikit sebanyak meredakan spekulasi Amanah akan mengambil alih Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Spekulasi bertiup kencang kerana pemimpin PAS yang menyertai Amanah bertanggungjawab mengusahakan pemilikan ibu pejabat – kini bernilai lebih RM10 juta.

Salah seorang pemegang amanah ibu pejabat PAS ialah Asmuni Awi, bekas bendahari PAS Pusat yang kini merupakan bendahari Amanah.

Bagaimana imej PAS diubah

Kumpulan progresif dalam PAS bersungguh-sungguh untuk memindahkan ibu pejabat dari markas tarbiyah yang terletak di kawasan kampung di pinggir bandar ke Kuala Lumpur.

Difahamkan, ia bertujuan untuk menukar "imej kampung" PAS pada ketika itu kepada "imej kosmopolitan" walaupun mendapat tentangan kumpulan konservatif parti itu.

Kumpulan progresif yang kini menyertai Amanah banyak menjadi pemegang amanah kepada harta-harta milik PAS di seluruh negara.

Baru-baru ini, menjadi viral di laman sosial bagaimana PAS mendakwa Amanah merampas bangunan milik mereka dan Pasti (tadika ditubuhkan PAS) secara sistematik terutama di kawasan Tenggara, Johor.

Bagaimanapun, perkara ini kemudiannya dijelaskan pengerusi Amanah Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Ya'ni, Aminolhuda Hassan.

Bekas pesuruhjaya PAS Johor itu berkata, seawal penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) lagi, mereka sudah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset bagi menangani aset sepencarian semasa bersama parti Islam itu.

Keanggotaan jawatankuasa itu terdiri daripada peguam, perunding hartanah dan golongan profesional.

"Insiden yang diviralkan dalam media baru-baru ini, berkaitan pemilikan sebuah markas oleh Amanah di Tenggara sebenarnya tidak lari daripada panduan yang dinyatakan," kata Aminolhuda. -TMI

ULASAN GB

Alhamdulillah.

Dahulu, golongan progresif inilah yang bersungguh-sungguh memindahkan ibu pejabat dari markas tarbiyah di Taman Melewar yang terletak di kawasan kampung di pinggir bandar ke Kuala Lumpur ke bangunan Jalan Raja Laut yang bertujuan untuk menukar "imej kampung" PAS pada ketika itu kepada "imej kosmopolitan". Pada waktu itu terdapat tentangan dari beberapa orang dari golongan konservatif PAS.

Kini golongan progresif yang sama telah menubuhkan parti AMANAH yang baru saja beberapa hari diluluskan, telah berjaya pula mendapatkan sebuah ibu pejabat untuk Parti Amanah Negara di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Di Kedah, Perak dan di Selangor sudah ada "WISMA AMANAH" di negeri masing-masing. Di Melaka, GRAHA AMANAH akan dirasmikan beberapa minggu lagi setelah kerja-kerja renovasinya siap pertengahan bulan ini. Di Johor, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan lain-lain negeri diberitakan juga akan mempunyai pejabat AMANAH negeri masing-masing menjelang penghujung tahun ini.

Demikian progresifnya ahli-ahli jawatankuasa AMANAH di semua peringkat. Berkat pertolongan Allah swt jua, perjalanan Parti Amanah Negara telah dan akan terus dipermudahkanNya, dan semuga benar-benar akan menterjemahkan ISLAM sebagai Rahmat Sekalian Alam di bumi tercinta ini, Malaysia.

[VIDEO & GAMBAR] Pasar Lama Chow Kit Terbakar

Posted: 08 Oct 2015 08:52 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pasar lama Chow Kit dekat Jalan Raja Bot, di sini, musnah dalam kebakaran tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 12.26 tengah malam.




"Seramai 28 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Sentul dan Hang Tuah dengan kekuatan tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Sehingga kini, api masih marak dan kami sedang berusaha mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan sekitar," katanya ketika dihubungi tadi. -BH




[BONGKAR] Parti Baharu Itu Ditubuhkan Oleh Bekas Presiden KITA

Posted: 08 Oct 2015 05:10 PM PDT

Bekas Presiden Kita tubuh parti baharu

Bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Zamil Ibrahim mengakui dia antara yang terlibat dalam gerakan penubuhan parti baharu sebagai alternatif kepada ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bercakap kepada FMT, dia mendedahkan 99 peratus ahli parti baharu itu akan disertai oleh bekas pemimpin dan ahli PKR. Katanya, dia mengambil inisiatif untuk mengerakkan penubuhan parti baharu sebagai kuasa ketiga selepas mendapat sokongan akar umbi PKR yang kecewa dengan kepimpinan sedia ada.



"Kebanyakan yang akan menyertai adalah mereka yang kecewa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR.

"Mereka percaya PKR telah rosak," katanya sambil mengaku terdapat Ahli Parlimen PKR yang menyatakan minat untuk menyertai parti baharu itu.

Katanya, Ahli Parlimen PKR itu kecewa kerana merasakan parti itu tidak ada masa depan.

"Bila mereka lihat parti baharu ini akan ok, mereka berkemungkinan akan menyertainya," katanya yang enggan mendedahkan nama parti baharu itu sehingga Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran.

Katanya, dia bersama bekas Setiausaha Kerja PKR, Hasrul Muhamin Hasbi telah menghantar borang permohonan pada 2 Oktober lalu.

Zamil menafikan pemimpin Pas dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlibat dalam gerakan penubuhan parti baharu itu. -FMT

IMBAS KEMBALI


Presiden Parti KITA dalang beli pemimpin PR

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan individu dalam rakaman video berhubung agen Umno didakwa cuba membeli ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) kepada para wartawan di bangunan Parlimen di sini.

Dalam sidang media itu, beliau mendakwa dan menamakan bekas ahli PKR yang juga Presiden Parti KITA, Zamil Ibrahim sebagai dalang.

Bagaimanapun menurutnya, rakaman video yang ditayangkan telah disunting kepada 3 minit.

"Ini merupakan satu video yang panjang selama 3 jam... memadai buat hari ini kita tunjukkan sikit..daripada dua agen dan kita dedahkan satu.

"Rakaman video dirancang oleh ahli-ahli PR setahun lalu di Lembah Klang... saya meminta Zamil tampil memberikan penjelasan," katanya.

Khalid sebelum ini mendedahkan rakaman video yang mendakwa seorang individu menawarkan sejumlah RM2 juta kepada pemimpin pembangkang untuk lompat parti.

Hadir sama dalam sidang media, Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi.

Ditanya sama ada wakil rakyat PR yang ditawarkan habuan akan mengadakan sidang media, Khalid berjanji ia akan diadakan sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

"Saya minta Datuk Zaid Ibrahim (pengasas dan ketua parti KITA ) beri kenyataan sama ada Zamil pemimpin parti KITA," ujarnya.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, rakaman video ini akan dimuat naik di laman sosial Youtube dalam tempoh terdekat.

Ditanya mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan fatwa dalam isu video skandal seks Azmin Ali bahawa bukti video tidak boleh pakai kononnya basi, beliau hanya tersenyum dan menjelaskan bahawa rakaman video ini boleh menjadi asas untuk mulakan siasatan.

"Kita yakin video ini tulen, kalau Umno nak nafi..nafi lah..kalau Zamil nak nafi..nafi lah, itu semua terpulang pada mereka..kita mahukan reaksi maklum balas," ujarnya.
antarapos (14/06/2012)


Tiada ulasan: