Jumaat, 16 Oktober 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


SAIFUDDIN PATUTNYA SUDAH LAMA TINGGALKAN UMNO

Posted: 16 Oct 2015 05:26 AM PDT

shahbudindotcom





Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah akhirnya membuat keputusan meninggalkan UMNO dan menyertai PKR hari ini. Keputusan beliau sebenarnya tidaklah mengejutkan kerana jalur pemikirannya memang sudah lama tidak sesuai dengan parti itu.

Cuma, beliau sepatutnya lebih awal lagi meninggalkan UMNO lantaran jurang pemikirannya dengan parti itu yang semakin melebar berkaitan beberapa perkembangan melibatkan hubungan kaum dan isu-isu semasa berkaitan kerajaan.

Beliau yang pernah menjadi ahli MT UMNO dan memimpin Majlis Belia Malaysia (MBM), dikenali dengan pemikiran yang menolak ekstremisme kaum dan tidak takut menyuarakan pandangan yang berbeza dengan wadah yang dianutinya.

Jiwanya yang merdeka, tidak pandai mengampu dan enggan mencium tangan pemimpin berkuasa, memang tidak sesuai sama sekali dengan UMNO.

Jika beliau ada watak seperti itu, pasti beliau dulu menjadi menteri atau menduduki mana-mana agensi kerajaan yang menjanjikan habuan lumayan kepadanya.

Dalam UMNO, berbanding yang pandai membodek, mengampu dan selalu cium tangan, pemimpin seperti Saifuddin yang lantang, kritikal dan jujur memberikan pandangan, memang sukar untuk mendapat tempat. 

Lihat saja Nur Jazlan Mohamed, gaya pemikirannya juga mirip Saifuddin, jika bukan kerana keperluan "mengkucar-kacirkan" Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat 1MDB, barangkali sampai sekarang beliau tidak dilantik sebarang jawatan dalam kerajaan.

Rezeki Nur Jazlan hanya datang dengan dilantik sebagai timbalan menteri dalam negeri kerana timbulnya penyiasatan terhadap 1MDB yang membuatkan Najib terpaksa mengambil langkah-langkah menyelamatkan diri, walaupun beliau lebih senior, berkelayakan dan berkemampuan berbanding ramai menteri dan timbalan menteri sedia ada.

Meskipun Saifuddin menyebut sebab utama beliau meninggalkan UMNO ialah kerana kegagalan parti itu menangani isu berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun Najib Razak, hakikatnya pilihan beliau ini lebih menjanjikan masa depan yang cerah buatnya.

Dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Yayasan Kesederhanaan Global yang dipengerusikan oleh Najib selepas PRU 13, tidak banyak yang boleh dilakukannya melalui badan itu berikutan pendirian serta imej Perdana Menteri  yang kerapkali tidak menentu.

Lantaran itu, dengan keluar beliau daripada UMNO dan meletakkan jawatan daripada yayasan itu, ia juga bermakna tamparan terhadap kegagalan Najib sendiri mempromosikan imej sederhananya kepada rakyat.

Tidak dinafikan Saiffuddin mungkin akan dipecat tidak lama lagi daripada UMNO berikutan kehadirannya mewakili NGO Akademi Belia dalam persidangan meja bulat penubuhan Pakatan Harapan baru-baru ini yang menyebabkan ramai pemimpin parti itu tidak senang dengannya, namun beliau ternyata bijak dengan mengambil sikap "keluar lebih dulu sebelum kena pecat."

Sekurang-kurangnya Saifuddin keluar daripada UMNO dan menyertai PKR dengan "tanda harga" yang masih ada pada dirinya. Beliau memilih tidak mahu menjadi "sampah hanyut" dalam UMNO semata-mata kerana tiada bakat mengampu dan membodek dalam dirinya.

Sebagai parti berbilang kaum, PKR memang sesuai untuk Saifuddin. Parti itu juga menjanjikan masa depan yang cerah kepadanya jka mereka meletakkan Saifuddin bertanding di mana-mana kawasan Parlimen yang mempunyai pengundi campuran.

Tidak semestinya beliau mesti diletakkan di Temerloh semula iaitu kawasan lamanya, bahkan boleh dipertimbangkan di lain-lain kawasan di Pahang atau diletakkan sebagai calon di Wilayah Persekutuan atau Selangor.

Kalahnya beliau mewakili BN di Temerloh dalam PRU 13 lalu kepada calon Pas, Nasharuddin Tantawi bukanlah bermakna pengundi menolaknya secara peribadi, tetapi lebih disebabkan penolakan terhadap UMNO dan BN ketika itu.

Dalam pilihanraya akan datang, PKR wajar memanfaatkan Saifuddin sebagai bekas timbalan menteri dan bekas pemimpin belia yang digemari oleh generasi muda, khususnya golongan urban dengan meletakkannya bertanding di mana-mana kawasan yang sesuai kerana pemikiran serta kebolehannya adalah aset kepada parti itu untuk bersuara di Parlimen. 

Meninggalkan UMNO adalah pilihan yang tepat baginya, sama seperti pilihannya menyertai PKR sebagai wadah baru.


Khutbah: Silap tak kaitkan hijrah dengan Negara Islam

Posted: 16 Oct 2015 05:17 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Sempena sambutan Maal Hijrah kelmarin, khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengingatkan bahawa peristiwa itu berkait rapat dengan pembinaan daulah Islamiah (negara Islam).

Teks khutbah mengingatkan, menjadi kesilapan membicarakan peristiwa hijrah Nabi Muhammad tanpa mengaitkannya dengan agenda menegakkan sebuah negara Islam.

"Hijrah dan daulah (negara) dua kalimah yang penuh bermakna dan saling berkait rapat antara satu sama lain.

"Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan," menurut teks khutbah Selangor.

Mimbar juga menyebut agenda negara Islam adalah matlamat utama Rasullullah dan sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Ia, katanya, bukan setakat untuk memperkatakan masalah individu tetapi turut merangkumi hal ehwal kemasyarakatan dan negara.

"Hijrahnya Nabi SAW dan kota Mekah ke Madinah bukan setakat berpindah tempat tetapi turut menghijrahkan keadaan daripada umat yang lemah kepada gagah, yang tertindas kepada yang bergerak cergas, yang melarat kepada yang berdaulat, dakwah dalam lingkungan terbatas kepada masyarakat luas," kata khutbah.


MP: Tol naik hasil 'perjanjian bodoh' kerajaan

Posted: 16 Oct 2015 05:07 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


DAP menyifatkan kenaikan harga tol hingga 200 peratus di 18 lebuh raya bermula semalam berpunca daripada "perjanjian terlampau bodoh" dengan syarikat konsesi.

Anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata apa yang berlaku juga hasil perjanjian berat sebelah yang tidak memberi kelebihan kepada kerajaan.

"Kenaikan harga tol bukan kerana kerajaan persekutuan mengalihkan perbelanjaan pampasan tol kepada bidang lain, tetapi akibat perjanjian terlampai bodoh yang ditandatangani dengan syarikat konsesi," katanya.

Pua berkata, terdapat kontrak diberikan tanpa tender yang didakwa menguntungkan "kroni" parti memerintah.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan malangnya terus mengamalkan langkah sama dalam pemberian kontrak lebuh raya.

"Oleh itu kita boleh jangkakan semua lebuh raya sedia ada dan pada masa akan datang akan terus mencekik pengguna kenderaan di Malaysia dengan kadar tol akan naik lebih drastik," katanya lagi.

Kerajaan berpendapat tidak harus terus menanggung pampasan sangat tinggi yang dibayar kepada syarikat konsesi lebuh raya dalam usaha mengekang kenaikan kadar tol.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata kerajaan terpaksa membayar pampasan RM510 juta (Januari-Oktober) tahun ini susulan keputusan menangguhkan kenaikan kadar tol yang sepatutnya dilaksanakan Januari lalu.

MP Rompin pengerusi PAC baru

Posted: 16 Oct 2015 04:55 AM PDT

Kow Gah Chie


 


Anggota parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin akan mengambil alih jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) apabila parlimen bersidang Isnin depan.

Perkara itu dinyatakan dalam susun atur persidangan yang dilihat Malaysiakini.

Lantikan Hasan ditetapkan sebagai agenda kedua pada hari itu dan akan dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum itu, Najib akan mencadangkan agenda pertama untuk melantik Timbalan Perdana Menteri Datuk Zahid Hamidi, Presiden MIC Dr S Subramaniam dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail ke sebuah jawatankuasa khas parlimen.

Mereka akan menggantikan anggota parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Anggota parlimen Cameron Highlands MP Datuk Seri G Palanivel dan bekas ketua pembangkang yang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jawatan pengerusi PAC sebelum ini disandang oleh anggota parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamad, yang kini dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Hasan seorang anggota baru Dewan Rakyat yang memasuki parlimen selepas menang pilihan raya umum Mei lalu.

Beliau enggan mengesahkan lantikan itu buat masa ini.
"Saya tidak tahu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dengan lantikan itu, beliau dijangka menjadi tumpuan dalam siasatan PAC sekitar kontroversi 1MDB, syarikat cetusan ilham perdana menteri yang sarat hutang.

MCA Perak digesa putus hubungan dengan Umno

Posted: 16 Oct 2015 04:53 AM PDT

MCA Perak digesa putus hubungan dengan Umno
Kah Woh (tengah, duduk) bersama sebahagian pimpinan DAP Perak.


IPOH - DAP Perak menggesa MCA Negeri memutuskan kerjasama politik dengan Umno berikutan kenyataan berbaur perkauman yang diluahkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Setiausahanya, Wong Kah Woh berkata, tindakan itu perlu dilakukan kerana tiada sebarang hukuman dikenakan terhadap Tajuddin meskipun aduan rasmi telah dihantar MCA Negeri kepada BN Perak pada 12 Oktober lalu.

"MCA Negeri perlu memutuskan hubungan dengan Umno yang dilihat gagal dan enggan mengambil tindakan terhadap Tajuddin sehingga ke hari ini.

"MCA Negeri juga seharusnya mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melucutkan jawatan Tajuddin selaku Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Wisma DAP Perak, disini, hari ini.

Hadir sama Penolong Setiausaha DAP Perak,Yong Choo Kiong, Bendahari DAP Perak, Teh Hock Ke dan Ketua Pemuda Sosialis DAP Perak, Howard Lee Chuan How.

Menurutnya, kenyataan berbaur perkauman itu perlu dipandang serius oleh Umno kerana ia bukan pertama kali diluahkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

"Pada tahun 2006, kalau tak silap saya, beliau pernah mengugut untuk mencederakan Pengerusi DAP Perak, Ngar Kor Ming," katanya.

Beliau berkata, DAP Perak juga akan mengadakan ceramah di Parlimen Pasir Salak pada penghujung Oktober depan bagi mendesak hukuman tatatertib dikenakan terhadap Tajuddin.

"Ia bertujuan mendesak dan memberi tekanan kepada BN dan Perdana Menteri untuk mengambil tindakan terhadap beliau," katanya.

Sebelum ini, Tajuddin dilaporkan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman selepas Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang melakukan lawatan di Jalan Petaling pada 25 September lalu.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan Tajuddin selain menganggap ucapannya telah disalah tafsir oleh sebahagian media.


Tiga didakwa culik kanak-kanak lima tahun

Posted: 16 Oct 2015 04:46 AM PDT

Tiga didakwa culik kanak-kanak lima tahun
Tiga suspek yang dipercayai terlibat atas kes penculikan kanak-kanak dituduh di Mahkamah Kajang hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 


KAJANG - Seorang ahli perniagaan dua pekerjanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang sebentar tadi terhadap pertuduhan menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun minggu lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Siow Kek Keong, 44; Mohd Saiful Amri Jarkasi, 28; dan warga Indonesia, Riduansyah Yahya, 32, dihadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhammad.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama  menahan dan mengurung secara tidak sah kanak-kanak berusia lima tahun itu, untuk memdapatkan wang tebusan sebanyak RM300,000.

Kesalahan itu didakwa berlaku di tepi Jalan Seroja, bersebelahan rumah No 40, Taman Setia, Sungai Chua, di sini jam 9.26 pagi 9 Oktober lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 Disember depan untuk sebutan semula kes itu.

Kejadian culik itu telah dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan tersebar di media sosial.

Pada sebelah petang, mangsa ditemukan dalam keadaan selamat oleh seorang pemandu teksi yang kemudian menghantarnya pulang ke rumah.

Polis kemudian berjaya menahan tiga suspek selain merampas wang tebusan yang diserahkan bapa mangsa berjumlah hampir RM300,000.


Broker tanah dibakar ketika buang air‎

Posted: 16 Oct 2015 04:43 AM PDT

Broker tanah dibakar ketika buang air‎
Mangsa yang melecur hampir 60 peratus sudah tidak sedarkan diri (kanan).


GEORGETOWN - Seorang broker tanah melecur di bahagian kepala dan badan selepas dibakar ketika sedang membuang air di dalam sebuah tandas pusat membeli belah di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.05 malam itu, mangsa yang berusia 56 tahun dikatakan dibaling dengan sehelai kain yang bercampur petrol sehingga menyebabkan hampir 60 peratus badannya melecur.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, orang ramai yang mendengar mangsa meronta akibat kejadian itu bertindak membantu mangsa memadam api yang sedang mebakar tubuhnya.

Menurutnya, mangsa tidak mengetahui angkara siapa yang menyebabkan api tiba-tiba menyala di bahagian tubuhnya berikutan ketika kejadian dia berada di dalam tandas dan pintu bertutup.

"Mangsa yang melecur teruk di kejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan dan dia dilaporkan dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.

"Kita masih menyiasat motif si pelaku dan percaya ia dilakukan oleh seorang lelaki yang masuk ke dalam tandas tiga minit lebih awal daripada m angsa,"katanya.

Menurutnya, suspek yang memakai topi keledar itu dilihat berlari keluar daripada tandas berkenaan dengan membawa beg yang dipercayai milik mangsa.

Mior Farid berkata, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat kejadian bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

"Sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah," katanya.


Segera syor penambahbaikan undang-undang SPRM

Posted: 16 Oct 2015 04:41 AM PDT

Segera syor penambahbaikan undang-undang SPRM
Ketua Persuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed (tiga dari kiri) menyerahkan Laporan Tahunan SPRM dan Ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah 2014 kepada Abu Zahar. Ahli JKMR yang turut hadir (dari kiri) Datuk Noraini Ahmad, Datuk Irmohizam Ibrahim, Datuk Fauzi Abd Rahman dan Dr Tan Seng Giaw.
 
 
SHAH ALAM - Kerajaan digesa laksanakan semua syor penambahbaikan undang-undang pencegahan rasuah yang pernah dikemukakan bagi menambahbaik perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Tan Sri Abu Zahar Ujang ketika menerusi sebuah kenyataan berkata, sehingga kini syor penambahbaikan yang dicadangkan masih belum dibawa ke Parlimen dan dilaksanakan.

"Ini tahun ketiga saya menjadi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, kami telah mencadangkan perubahan-perubahan ke atas Akta SPRM 2009 bagi membawa penambahbaikan demi memperkukuhkan SPRM.

"Tetapi sehingga kini belum ada pembentangan di Parlimen. Saya tidak pasti sama ada perubahan ini akan dibawa ke Parlimen pada sesi ini (yang akan  bermula 19 Oktober 2015), tetapi saya berharap pindaan-pindaan yang telah disyorkan sebelum ini akan dibawa sebelum penggal saya sebagai ahli Dewan Negara berakhir April 2016," katanya ketika dilaporkan berucap dalam satu majlis hari ini.

Antara perkara yang pernah disyorkan ialah pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah Malaysia, aspek pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM di bawah Perlembagaan Persekutuan, pindaan Seksyen 23 dan 36 Akta SPRM 2009, serta mewujudkan peruntukan liabiliti korporat dan salah laku penjawat awam.

Difahamkan, syor tersebut dikemukakan demi memperkasakan SPRM dan mewujudkan persekitaran bebas rasuah di Malaysia.

"Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim telah memberi penjelasan mengenai isu semasa kepada saya dan ahli JKMR. Saya telah meminta beliau supaya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan bebas dan profesional.

"Kita perlu ikut undang-undang, kita perlu praktikal, serius dan tanpa membuat andaian-andaian awal yang tidak berasas," katanya.

Bagaimanapun jika siasatan SPRM mendapati ada pihak yang melakukan kesalahan, kita tidak boleh berkompromi.

"JKMR akan menyokong tindakan-tindakan yang diambil oleh SPRM," katanya lagi.

Peguam Negara didakwa salahkan Bank Negara

Posted: 16 Oct 2015 04:37 AM PDT

1MDB
1MDB
 
 
SHAH ALAM – Pas mendakwa nasib sesetengah pihak sudah berubah gara-gara "menyentuh" isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baik dalam kalangan pemimpin politik mahupun pihak berkuasa yang menyiasat skandal kewangan berjumlah RM42 bilion itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sebaliknya nasib syarikat pelaburan nasional itu dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat masih teguh susulan Peguam Negara didakwa sukar "menghidu" masalah yang dihadapi 1MDB kini.

"Ternyata hidung Peguam Negara tidak sesensitif hidung Majlis Raja-raja yang turut menggesa agar krisis 1MDB diselesaikan dengan cepat.

"Yang hebatnya ialah sehingga kini, 1MDB masih tidak perlu berdepan dengan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Perdana Menteri pula belum disoal oleh polis mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Majlis Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Dalam satu kenyataan pada minggu lalu, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

Dalam pada itu, Pas juga kesal apabila kesalahan pihak tertentu yang meminjam dana berbilion ringgit itu kini diletakkan kepada pihak lain.

"Pihak yang meminjam duit merata-rata sehingga hutangnya menggerunkan kini tidak lagi dipersalahkan. Itulah yang sedang berlaku apabila Jabatan Peguam Negara meletakkan Bank Negara Malaysia sebagai pihak yang cuai di dalam krisis 1MDB.

"Apakah Peguam Negara tidak dapat menghidu bahawa 1MDB ini bermasalah?" soalnya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mengulangi pendirian parti Islam itu bahawa pihaknya tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan NGO yang bersentimen perkauman.

"Jika ada NGO cuba mengapi-api dan melaga-lagakan kaum dan agama, Pas adalah musuhnya yang pertama kerana Islam menegah perkara ini dengan jelas.

"Pas akan menjadi benteng pertama menghalang NGO tersebut daripada merosakkan keharmonian kaum dengan politik perkauman yang melampau," katanya lagi.


Jurulatih baharu Harimau Malaya diketahui 30 Okt

Posted: 16 Oct 2015 04:33 AM PDT

SINAR HARIAN


FAM
FAM
 
 
KETUA jurulatih baharu skuad Harimau Malaya bakal diketahui 30 Oktober ini, setelah Jawatankuasa Pasukan Petugas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima laporan daripada panel pemilihan khas.
 
Pengerusi Jawatankuasa berkenaan Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata panel pemilihan itu terdiri daripada enam individu termasuk tiga daripada FAM, akan menilai latar belakang 15 calon yang memohon jawatan itu sebelum menyerahkan hasil penilaian kepada jawatankuasa tersebut.
 
Enam individu itu adalah tiga wakil Majlis Sukan Negara (MSN) selain timbalan pengerusi jawatankuasa pasukan petugas Datuk Mohd Junid Mohd Noor, bekas jurulatih kebangsaan B. Sathianathan dan Pengarah Teknikal FAM Fritz Schmid.
 
Abdul Mokhtar yang juga Timbalan Presiden FAM berkata pihaknya akan membuat penilaian lanjut berhubung laporan diterima daripada panel pemilihan itu, sebelum menamakan ketua jurulatih skuad kebangsaan baharu.
 
"Tiga wakil MSN turut dijemput menjadi sebahagian daripada panel pemilihan memandangkan MSN mengeluarkan kos persediaan skuad Bawah 23 Tahun negara ke Sukan Sea 2017," katanya kepada Bernama hari ini.
 
Antara individu dilaporkan memohon jawatan berkenaan adalah bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim, Bojan Hodak; bekas jurulatih Kelantan, George Boateng dan bekas jurulatih Sarawak, Robert Alberts.
 
Laporan media asing turut menyatakan bekas jurulatih utama kelab Liga Perdana Inggeris Manchester United, Rene Meulensteen dari Belanda juga berminat dengan 'kerusi panas' berkenaan.
 
"Beri masa kepada panel pemilihan berkenaan untuk meneliti latar belakang setiap calon terlibat sebelum kita umumkan jurulatih baharu skuad kebangsaan," kata Abdul Mokhtar. 
 
Ketua jurulatih skuad B-23, Datuk Ong Kim Swee dilantik oleh FAM bagi mengendalikan sementara skuad Harimau Malaya bagi baki lima perlawanan Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bermula dengan perlawanan keempat menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam, 8 September lepas.
 
Jawatan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya kosong setelah Dollah Salleh meletak jawatan susulan kekalahan memalukan 0-10 Malaysia kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan ketiga Kumpulan A pusingan kelayakan di Abu Dhabi, UAE, 3 September lepas. - Bernama
 
 

Tiada Pengesahan Benjy Dihukum Gantung

Posted: 16 Oct 2015 04:07 AM PDT

RAKYAT NEWS




KUALA LUMPUR - Setakat hari ini tiada sebarang pengesahan bahawa pelakon, Benjy telah menjalani hukuman gantung selepas ditahan dan disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah beberapa bulan lalu.

Hasil tinjauan mendapati beberapa blog dan portal kini mula menyiarkan beberapa keping gambar yang didakwa diambil sebelum Benjy menjalani hukuman tersebut.

Namun sehingga hari ini, belum ada pengesahan sejauh mana kesahihan gambar-gambar tersebut.

Ini kerana status terakhir tentang kes Benjy yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah adalah pada Mei lalu di mana sebutan semula kes dijalankan.

Benjy ditahan pada 27 Mac lalu dan dihadapkan ke mahkamah pada 8 April.


Kenapa Nak Takut Orang Melayu Bertemu

Posted: 16 Oct 2015 04:05 AM PDT

RAKYAT NEWS




Pelbagai spekulasi berlegar apabila Pas mengadakan pertemuan dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Kuala Lumpur semalam. Kunjungan hormat oleh Perkasa itu turut mengembalikan nostalgia kepada Presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang pernah bertanding atas tiket Pas dalam pilihan raya umum 2008.

Ibrahim memeluk erat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Tiada apa yang mengejutkan kerana sudah menjadi adat dalam politik, tiada musuh dan kawan yang kekal apatah lagi melibatkan antara sesama Islam.

Bagaimanapun, penulis tidak berhasrat melihat pertemuan antara dua pihak itu dari sudut politik. Apa yang lebih penting daripada itu, ini sekurang-kurangnya membuka jalan untuk mencari satu titik pertemuan dan persamaan kepada seluruh orang Melayu tanpa mengira parti apa atau pertubuh­an mana mereka anggotai.

Sesungguhnya pertemuan itu amat bermakna kerana diadakan sehari sebelum umat Islam menyambut kehadiran tahun baharu Hijrah yang temanya Perpaduan Nadi Transformasi Negara. Oleh itu, tiada mana-mana pihak perlu gelisah tidak tentu pasal apabila melihat Perkasa bertemu Pas. Sebaliknya, mereka perlu bersyukur kerana sekurang-kurangnya ini memberi isyarat bahawa orang Melayu dalam apa keadaan sekalipun ibarat air yang dicincang tidak akan putus.

Penulis percaya demi orang Melayu dan umat Islam, Perkasa bukan sahaja bersedia duduk semeja dengan Pas malah dengan mana-mana juga parti Melayu termasuklah UMNO. Sebelum ini pun, Perkasa pernah mengadakan pertemuan demi pertemuan dengan pemimpin UMNO.

Apa yang lebih penting untuk kita berbincangkan adalah sejauh manakah pertemuan itu akan memberikan manfaat kepada seluruh orang Melayu secara keseluruhan.

Dalam soal kerjasama politik, biarlah masa dan keadaan menentukannya. Lagipun Pas sendiri melalui Pengarah Pilihan Rayanya, Datuk Mustafa Ali menjelaskan parti itu terbuka untuk menjalin kerjasama politik dengan mana-mana parti pada pilihan raya umum akan datang termasuklah UMNO.

Tumpuan pada masa ini adalah bagaimana untuk menyatukan orang Melayu supaya mereka bersama-sama bangkit memperjuangkan sesuatu isu yang menyentuh hak dan kepentingan mereka serta mempertahankan kesucian agama Islam. Kenapa perlu takut apabila parti dan pertubuhan Melayu mengadakan pertemuan? 

Kenapa perlu bimbang apabila mereka boleh duduk semeja berbincang? Soal mereka bersetuju atau tidak dalam sesuatu perkara yang diperbincangkan ia soal kedua, paling penting berbincang dahulu.

Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 159 bermaksud; "Maka disebabkan rahmat Allahlah, engkau bersikap lemah lembut terhadap mereka. Seandainya engkau bersikap kasar dan berhati keras. Nescaya mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan tertentu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepadaNya".

Begitulah juga dalam soal penyatuan orang Melayu. Mana-mana pihak tidak boleh berputus asa atau menunjukkan ego tidak bertempat. Selagi mereka adalah orang Islam menghadap kiblat yang sama dan menyembah Allah yang satu maka wajib usaha dilakukan bagi menyatukan mereka.

Mungkin soal kepentingan dan ideologi politik sering sahaja menjadi halangan, tetapi cubalah lihat pihak-pihak lain apakah mereka berpecah belah atau bertelingkah dalam soal kepentingan kaum dan agama mereka? Oleh itu, kenapakah orang Islam mahu menjadikan perbezaan fahaman itu sebagai batu penghalang? Kenapakah perlu setiap pertemuan antara orang Islam mahu dilihat dari segi politik?

Dalam keadaan orang Melayu sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuklah keberanian luar biasa sesetengah pihak memperlekehkan mereka maka adalah perlu jalan dicari supaya orang Melayu bersatu.

Tindakan yang dilakukan oleh Perkasa seharusnya dipuji. Kalau mahu mengikut 'rajuk politik' sudah lama Ibrahim tidak akan bersedia berjumpa Pas atau Abdul Hadi tidak akan sudi melihat muka Ibrahim, tetapi kedua-dua pemimpin ini memikirkan soal kepentingan orang Melayu dan umat Islam sebab itulah mereka bertemu. Apa yang mereka capai dalam pertemuan tersebut tidak perlu menjadi perdebatan. Tetapi ia sekurang-kurangnya memberikan isyarat kepada mana-mana pihak bukanlah mustahil untuk orang Melayu duduk semeja berbincang dan mencari titik persamaan antara mereka.

Perjuangan menyatukan orang Melayu turut dilakukan oleh UMNO. Sebab itulah pemimpin-pemimpin UMNO sering menekankan betapa pentingnya orang Melayu bersatu kerana perpecahan sesama mereka hanya akan menyebabkan orang Melayu menjadi lemah.

Tetapi malangnya apabila UMNO mahu orang Melayu bersatu atau mengajak mana-mana pihak untuk bersatu maka parti itu akan dikecam. Parti itu akan dituduh berada dalam keadaan lemah sebab itulah mereka mahu bekerjasama dengan pihak lain.

Tafsiran seumpama ini harus dihentikan kerana tidak akan menguntungkan orang Melayu. Sudah sampai masanya orang Melayu mencari titik persamaan antara mereka. Mahu bertarung dalam pilihan raya demi merebut kerusi, tidak ada salahnya kerana itulah amalan demokrasi tetapi janganlah kita terus berpecah belah sehingga terlupa kesannya kepada anak cucu kita.

Ingatlah, banyak pihak sedang menanti orang Melayu berpecah belah, sebab itulah media-media pro kelompok tertentu memberi gambaran bahawa tidak begitu elok berhubung pertemuan Pas dan Perkasa. 

Mereka memberi isyarat orang Melayu sedang bersatu dan ini bagi mereka tidak elok kerana kalau orang Melayu bersatu maka golongan itu akan menjadi kuat dan sekali gus menjadi penghalang kepada sebarang usaha bagi melemahkan kuasa politik orang Melayu.

Justeru diharapkan pertemuan seperti mana berlaku antara Pas dan Perkasa akan diteruskan pula dengan parti dan pertubuhan Melayu lain sehinggalah kita menyaksikan semua orang Melayu tanpa mengira fahaman politik atau perbezaan pertubuhan yang disertai akan duduk semeja berbincang demi masa depan orang Melayu.

Percayalah niat yang baik pasti diberkati Allah, apatah lagi jika dibuat demi masa depan bangsa, agama dan negara agar orang Melayu tidak menjadi bangsa yang diperkotak-katikkan di tanah air sendiri.


Bajet 2016 Beri Peluang Rakyat Tingkat Pendapatan - Najib

Posted: 16 Oct 2015 03:58 AM PDT

RAKYATNEWS



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bajet 2016 yang akan dibentangkan pada 23 Oktober ini akan terus memberi peluang kepada rakyat untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup isi rumah.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, hasil satu kaji selidik yang dilancarkan 18 September lalu mendapati tiga perkara penting yang dimahukan rakyat untuk belanjawan kali ini adalah mengenai kos sara hidup, perumahan dan kehidupan di bandar serta pendidikan.

Katanya, tidak dapat dinafikan bahawa ketidaktentuan ekonomi global pada hari ini sedikit sebanyak menjejaskan kedudukan ekonomi Malaysia dan menimbulkan kebimbangan lapisan masyarakat tertentu.

"Keadaan ini juga dijangka akan berlanjutan disebabkan oleh harga minyak mentah dan komoditi utama lain yang masih di paras yang rendah serta kelembapan ekonomi dunia, terutama rakan-rakan dagangan.

"Golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) adalah golongan yang paling mudah terjejas dan memerlukan kestabilan pekerjaan serta peningkatan pendapatan bagi menampung kos pendidikan, kos pemilikan perumahan dan kos sara hidup," kata Perdana Menteri menerusi laman blog, NajibRazak.com, hari ini.

Najib berkata, Bajet 2016 akan terus menjamin peluang dan akses isi rumah B40 kepada pendidikan tinggi dan latihan kemahiran agar berpeluang memperoleh pekerjaan yang stabil dan lebih baik selain menyediakan rumah mampu milik, meningkatkan pendapatan, pemilikan kekayaan dan kualiti hidup isi rumah golongan ini.

Beliau berkata, kelestarian pendapatan isi rumah adalah penting, lantaran itu penekanan banyak ditumpukan kepada kepentingan ekonomi rakyat (People Economy), namun pada masa yang sama kerajaan perlu memastikan ekonomi modal (Capital Economy) terus bergiat cergas.

"Adalah perlu kecerdasan kedua-dua ekonomi ini dipertingkatkan untuk membawa negara ke arah kedudukan yang lebih tinggi selaras dengan negara-negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

"Kerajaan akan terus memastikan bahawa pertumbuhan ekonomi negara kekal pada landasan yang kukuh lagi stabil melalui beberapa langkah yang akan diumumkan dalam Bajet 2016 nanti," katanya.


Anwar sambut baik penyertaan Saifuddin dalam KEADILAN

Posted: 16 Oct 2015 03:56 AM PDT

Oleh: Ermizi Muhamad


PETALING JAYA- Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim menyambut baik penyertaan bekas pemimpin Umno, Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam KEADILAN.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui pemberita di perkarangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

"Alhamdulillah, Anwar menyambut baik kemasukan beliau. Malah kita harapkan lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin dari parti lawan menyertai kita demi menyelamatkan Malaysia," jelas Adun Kajang itu.

Saifuddin, yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan bekas Timbalan Menteri hari ini mengisytiharkan keluar parti dan menyertai KEADILAN.

Perkara itu diumumkan Wan Azizah  dalam sidang media di ibu pejabat parti, sambil disaksikan barisan kepimpinan tertinggi parti itu.

Saifuddin sebelum ini pernah dilantik timbalan menteri pengajian tinggi selepas memenangi kerusi parlimen Temerloh selama sepenggal mulai 2008.

Beliau melepaskan jawatannya sebagai pemimpin Gerakan Moderat Global (GMM), satu badan yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, susulan penyertaannya dalam KEADILAN.

Beliau berdepan tekanan Umno apabila didakwa menyertai mesyuarat sekumpulan badan bukan kerajaan ke arah pembentukan gabungan baru pembangkang, Pakatan Harapan, bulan lalu.

Umno akan rugi jika tidak terima pertentangan pendapat, kata Rafidah

Posted: 15 Oct 2015 05:52 PM PDT




Umno akan rugi jika tidak mahu bertolak ansur dengan pendapat yang bertentangan, kata veteran parti Tan Sri Rafidah Aziz. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2015.Umno akan rugi jika tidak mahu bertolak ansur dengan pendapat yang bertentangan, kata veteran parti Tan Sri Rafidah Aziz. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Keluarnya Datuk Saifuddin Abdullah daripada Umno menunjukkan parti itu kini tidak lagi bertolak ansur dengan pendapat yang bertentangan, kata veteran parti Tan Sri Rafidah Aziz hari ini. Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu juga berkata, ia bukan satu petanda baik bagi Umno apabila terdapat ahli yang mungkin tidak meninggalkan parti, tetapi pada masa sama, tidak juga memberikan sokongan.

"Terdapat ramai yang tidak betul-betul gembira dengan keadaan yang berlaku sekarang, mereka mungkin tidak akan meninggalkan parti, tetapi mereka mungkin tidak akan mahu menyokong parti, dan ini tidak baik untuk Umno.

"Satu kerugian besar apabila pandangan yang bertentangan tidak boleh ditoleransi, dan ia boleh mendorong ahli meninggalkan parti," katanya kepada The Malaysian Insider, mengulas keputusan bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu meninggalkan parti Melayu yang memerintah untuk menyertai PKR. 
 
Rafidah berkata, ini bukan satu keadaan di mana "sama ada anda bersama kami atau anda keluar", sambil menambah, orang ramai mempunyai pilihan untuk "melihat apa yang ada di luar sana".

"Dan jika mereka merasakan tidak dibenarkan mempunyai hak itu, maka parti yang akan rugi akhirnya," kata bekas ketua Wanita Umno itu.

Katanya, Umno tidak boleh hanya bergantung kepada mereka yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada pemimpin, sambil menambah, realitinya terdapat ahli yang tidak benar-benar gembira dengan apa yang berlaku dalam parti.

Rafidah juga tidak bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang melabelkan Saifuddin sebagai "sampah" kerana keputusannya meninggalkan parti.

Katanya, kenyataan seperti itu tidak akan diterima baik ramai ahli Umno yang setia kepada parti tetapi bimbang dengan beberapa isu berkaitan dengan pemimpin.

"Jadi, kita ada sampah dalam kerajaan? Mereka yang tewas (dalam pilihan raya) dilantik sebagai penasihat," katanya merujuk pelantikan beberapa pemimpin Barisan Nasional yang kalah dalam pilihan raya sebagai penasihat perdana menteri dalam urusan tertentu.

Terdahulu hari ini, mengulas keputusan Saifuddin menyertai PKR, Tengku Adnan berkata ia tidak akan menjejaskan Umno kerana bekas ahli Majlis Tertinggi parti itu kalah dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Saifuddin bersama kita sebelum ini dan dulunya ahli Parlimen Temerloh. Kami letak dia bertanding dalam pilihan raya dulu dan dia kalah. Pastinya beliau seorang yang bermasalah.

"Malah, rakyat di Temerloh pun tak nak dia, jadi anda (PKR) boleh ambil dia. Kami tak nak dia. Kami tak nak semua sampah ini dalam Umno," kata Tengku Adnan.

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin sementara itu meramalkan, lebih ramai akan mengikut jejak langkah Saifuddin dan meninggalkan Umno, lapor Malaysiakini.

"Saifuddin nampak pengaruh Najib (sebagai seorang yang sederhana) makin menyusut, jadi dia melompat sebelum kapal tenggelam. Saya rasa ramai lagi akan melompat sebelum kapal tenggelam," katanya dipetik berkata kepada portal itu.

Pemergian Saifuddin, katanya kepada laman web itu, akan menyakiti Najib lebih daripada Umno.

"Umno tak akan rugi, tapi ia akan memberi kesan kepada imej Najib berhubung dengan kesederhanaan," katanya.

Saifuddin hari ini mengumumkan meninggalkan Umno dan menyertai parti pembangkang PKR, memetik cara Putrajaya mengendalikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri sebagai alasan berbuat demikian.

Beliau juga mengaitkan keputusannya dengan apa yang didakwanya kurang kesungguhan di pihak Umno melaksanakan perubahan politik dan pembaharuan institusi iaitu dua agenda perjuangan yang dekat di hatinya.


IGP: Ancaman IS benar, bukan sandiwara kembalikan ISA

Posted: 15 Oct 2015 05:40 PM PDT

Adrian Wong  






Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menegaskan ancaman daripada kumpulan militan Negara Islam (IS) adalah benar dan bukan sandiwara kerajaan untuk mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.

Beliau bagaimanapun kesal kerana ada di kalangan Ahli Parlimen yang tidak mempercayai hakikat itu.

"Masih ada di kalangan kita, termasuk Ahli Parlimen, yang tidak percaya dengan ancaman IS.

"Bagi mereka, IS adalah sandiwara kerajaan. Oleh itu, kami gesa Ahli Parlimen dari kedua-dua pihak pembangkang dan parti pemerintah untuk menghadiri taklimat polis (berhubung IS).

"Bagi mereka yang sengaja memilih untuk tidak faham, saya berasa kesian dengan mereka," katanya kepada pemberita selepas forum mengenai jenayah di Akademi Polis Diraja Malaysia di Kuala Lumpur.

Khalid berkata demikian ketika mengulas dakwaan Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng bahawa kerajaan secara 'halus' cuba menghidupkan semula ISA dengan mengungkit ancaman oleh pihak militan IS.

Lim yang ditemui pemberita selepas forum yang sama, berkata polis memberi bayangan bahawa undang-undang keselamatan yang membenarkan yang membenarkan tahanan tanpa bicara dihidupkan semula.

"Mereka (polis) dakwa menghadapi kesukaran menahan pengganas kerana kekurangan bukti. Mereka dakwa sukar bagi menangani (pengganas) dan adalah lebih mudah pada masa lalu dengan ISA," katanya.

Jamal tetap mahu teruskan demo anti-k'jaan S'gor

Posted: 15 Oct 2015 05:37 PM PDT

Radzi Razak  






Orang kuat disebalik himpunan 'baju merah' pada 16 September lalu, Datuk Jamal Mohd Yunus mahu meneruskan himpunan anti-kerajaan negeri Selangor pada 18 Oktober ini.

Malah, ketua Umno bahagian Sungai Besar itu memaklumkan beliau sedang merancang untuk melakukan siri jelajah di Selangor selama enam bulan, bermula dengan perhimpunan di Ampang, Ahad ini.

Jamal berkata beliau juga telah menghantar notis kepada pihak polis dan meminta pihak berkuasa melakukan kerja mereka.

Saya tidak mencabar pihak polis atau pihak berkuasa. Saya cuma nak beritahu 18 Oktober ini kami tetap akan mengadakan perhimpunan itu.

"Kami tidak jangkakan kehadiran ramai orang, anggaran kami sekitar 5,000 orang. Ini adalah siri jelajah.

"Selepas ini, kami akan berhimpun di Kelana Jaya dan Subang... siri jelajah ini akan dilakukan dalam masa enam bulan sebelum kita kumpulkan ratusan ribu dalam satu himpunan," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, hari ini.

Minggu lalu, Jamal mengumumkan akan mengadakan perhimpunan "Selamatkan Negeri Selangor daripada Kerajaan Pakatan Cacamarba" pada Ahad ini di Ampang.

Jamal pada mulanya bercadang mengadakan satu perhimpunan di Kajang sebaik sahaja beliau dibebaskan selepas ditangkap susulan kenyataannya berkaitan kemungkinan rusuhan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Pengerusi Gabungan NGO Melayu itu berkata tindakan itu dibuat kerana presiden PKR dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail didakwa tidak memenuhi janji pilihan raya kecil kawasan itu dua tahun lalu.

Jamal kemudian membatalkan hasrat mengadakan demonstrasi di Kajang sebaliknya mensasarkan pentadbiran Selangor bawah Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Tol di Selangor

Sementara itu, Jamal juga mahu kerajaan negeri Selangor bertanggungjawab terhadap kenaikan tol.

Katanya, ini kerana kerajaan Selangor memiliki 30 peratus keuntungan daripada syarikat konsesi tol yang beroperasi di negeri termaju di Malaysia itu.

"Kerajaan negeri Selangor menikmati royalti daripada 30 peratus saham dalam syarikat konsesi lebuh raya itu.

"Apa salahnya kerajaan negeri beri subsidi kepada syarikat konsesi ini. Ini satu cabaran kepada kerajaan Selangor yang hanya pandai bercakap sahaja," kata Jamal.

Peniaga berang, wakil rakyat DAP jadi sasaran

Posted: 15 Oct 2015 05:34 PM PDT

Adrian Wong


 


Sepatutnya ia adalah satu kunjungan biasa, tetapi bertukar menjadi satu konfrontasi apabila sekumpulan wakil rakyat DAP terpaksa berdepan dengan para peniaga yang berang ketika mengunjungi bazar baru Deepavali di Sungai Way hari ini.

MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengunjungi bazar baru itu bersama dengan ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San, dan ADUN Kota Alam Shah, V Ganabathirao, yang juga exco kerajaan negeri Selangor.



Bagaimanapun, beberapa peniaga - yang berang kerana terpaksa berpindah ke tapak baru itu dari jalan bersebelahan - bersemuka dengan wakil rakyat itu dan ahli majlis tempatan yang mengiringi mereka, menuntut supaya isu itu diselesaikan.

Kumpulan itu juga didakwa melemparkan kata-kata kesat terhadap wakil rakyat DAP itu.
Ketika dihubungi, Pua mengecam mereka kerana menurutnya berkelakuan seperti samseng.

"Sesetengah daripada mereka adalah ahli PKR... Saya akan menulis surat aduan kepada menteri besar," katanya sambil menambah beliau yakin PKR tidak akan membiarkan tindakan seumpama itu.



Ketika dihubungi, Lau pula berkata peniaga tersebut berang mereka terpaksa berpindah dari tapak bazar lama di Jalan SS9A/13 ke Jalan SS9A/12 di Sungai Way.

Menurutnya, kata-kata kesat turut dilemparkan terhadap mereka.

Beliau menegaskan bahawa tapak lama berada di atas jalan yang sangat sempit, manakala lokasi baru itu bersebelahan dengan sebuah kuil Hindu dan sepatutnya dapat menarik pengunjung ke situ.

Pua berkata keputusan untuk memindah tapak bazar itu dibuat berdasarkan aduan mengenai kesesakan lalulintas. Lokasi baru, katanya, mempunyai lapan lagi gerai, menjadikan jumlah vendor kepada 26.

Di tapak baru itu, katanya, tidak ada orang tengah dan peniaga mendapatkan lesen secara terus dengan MBPJ, dengan membayar hanya RM95 bagi lesen untuk berniaga selama empat minggu.

Pihak berkuasa, katanya, tidak harus berganjak atau tunduk kepada ancaman dari samseng yang hanya cuba untuk mendapatkan pendapatan haram dari penjaja kaum India.

Apa yang berlaku hari ini, tegasnya, menjadi bukti taktik membuli mereka apabila mereka menghalang gerai dibuka di tapak baru.

Lau pula berkata, walaupun kejadian tersebut berlaku, namun keputusan majlis tempatan untuk memindahkan bazar tersebut kekal.

Pegawai polis ditangkap bersama dengan geng 36

Posted: 15 Oct 2015 05:33 PM PDT

SINAR HARIAN



Jaafar Mohd Yusof
Jaafar Mohd Yusof


SEREMBAN - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Sembilan menahan enam lelaki yang merupakan anggota Kongsi Gelap Geng 36 dan seorang pegawai kanan polis negeri ini, berkaitan kes pengedaran dadah berbahaya di sekitar bandar ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, polis turut menyita harta suspek bernilai RM474,417.64 iaitu tujuh lori, enam kereta, dua motosikal, wang tunai dan wang di dalam akaun bank.

"Kesemua yang ditahan berusia antara 33 dan 46 tahun dan suspek ditahan untuk siasatan selama 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 kerana penglibatan dalam kegiatan pengedaran dadah berbahaya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jaafar berkata, siasatan dijalankan bermula 21 September hingga 6 Oktober yang lepas dan kesemua suspek ditahan dalam beberapa siri tangkapan di sekitar bandar ini.

"Enam daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkait dengan kesalahan dadah seperti penagihan, pemilikan dan pengedaran serta jenayah. 

"Hasil siasatan mendapati kumpulan ini menjalankan kegiatan pengedaran dadah jenis syabu di kawasan Seremban lebih kurang setahun dan bekalan dadah tersebut diperoleh sekitar Lembah Klang," katanya.

Jaafar berkata, penyitaan harta suspek dibuat mengikut peruntukan Seksyen 4 Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988.

Beliau berkata siasatan masih lagi giat dijalankan bagi mengesan lain-lain harta kumpulan ini yang ada hubung kait dengan hasil kegiatan pengedaran dadah mereka.

"Penyitaan harta kumpulan ini memberi mesej yang jelas dan amaran kepada pengedar dadah bahawa segala kekayaan yang diperoleh melalui kegiatan salah tersebut akan disiasat, disita dan dilucutkan hak menurut peruntukan undang-undang," kata Jaafar. - Bernama


Pampasan MH17 naik taraf madrasah

Posted: 15 Oct 2015 05:21 PM PDT

Pampasan MH17 naik taraf madrasah
Mustafa memegang potret Mastura yang masih disimpannya.


SEREMBAN - "Saya reda, itu bahagian dia. Apa lagi saya nak persoalkan," kata Mustafa Abdul Samad, 84, bapa kepada pramugari MAS pesawat MH17 yang ditembak jatuh di sempadan Ukraine - Rusia, tahun lalu.

Menurut Mustafa, sehingga kini, kehilangan anak bongsunya, Mastura Mustafa masih dirasai kerana selama ini Allahyarham tinggal bersama dengannya.

"Terasa jugalah kehilangan dia sebab dulu ke mana-mana arwah bawa saya dan dia uruskan semuanya.

"Tapi sekarang saya kena buat sendiri. Kalau dulu arwah ada, dia yang masak. Sekarang saya hanya masak nasi dan beli lauk sendiri di luar," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sentosa, Paroi, di sini, kelmarin.

Mustafa berkata, dia tidak mengharapkan apa-apa melainkan mahu Allahyarham tenang 'di sana'.

"Lagipun pampasan pun dah dapat, apa lagi kita nak persoalkan. Sekarang ini saya hanya fikir mahu perbanyakkan amal jariah. Duit pampasan itu pun saya ada gunakan untuk naik taraf Madrasah Al-Ma'mum Blok A, Kampung Sentosa di sini," katanya.

Menurutnya, dia sentiasa mengikuti perkembangan berita mengenai tragedi MH17 dan masih menyimpan setiap keratan akhbar mengenai kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya, hatinya sedikit terubat apabila anak-anak lain dan cucu sering datang ke rumah menjenguknya.

"Anak arwah (Muhriz Marzaini, 11) selalu telefon saya. Kadang-kadang saya pun telefon dia tanya khabar. Dia nampak gembira tinggal bersama ayahnya di Ipoh," katanya.


Hanya tambah nilai minimum RM50 dibenarkan di Jambatan Pulau Pinang

Posted: 15 Oct 2015 05:12 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
GEORGE TOWN: Orang ramai hanya boleh membuat urusan tambah nilai minimum RM50 di lorong-lorong tambah nilai di Jambatan Pulau Pinang bermula hari ini.
 
Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad Datuk Noorizah Abd Hamid berkata langkah itu diambil selepas kajian teliti dibuat terhadap lorong tambah nilai yang sering sesak dan mengganggu kelancaran lorong-lorong elektronik yang lain.
 
"Tindakan ini perlu dilaksanakan bagi mengurangkan kekerapan orang ramai membuat urusan tambah nilai di lorong tambah nilai di Jambatan Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.
 
Walau bagaimanapun, Noorizah berkata pelaksanaan ini dikecualikan untuk tambah nilai motosikal sedia ada yang mana pengguna masih boleh membuat urusan tambah nilai serendah RM5.
 
Katanya pengguna masih boleh menambah nilai serendah RM10 dan tanpa caj di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS di bangunan pejabat Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Juru, Sungai Dua atau Plaza Tol Kubang Semang.
 
"Orang ramai juga boleh menambah nilai kad elektronik mereka di lebih 580 lokasi tambah nilai yang lain di sekitar Pulau Pinang termasuklah mesin-mesin ATM, stesen minyak, kedai serbaneka 24 jam, pasar raya terpilih dan lain-lain lagi," katanya.
 
Kutipan tol secara elektronik dilaksanakan sepenuhnya di lima buah plaza tol di utara iaitu di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Bukit Kayu Hitam, Jitra, Kubang Semang dan Lunas bermula 9 Sept lepas.
-- BERNAMA
 
 

[KEMASKINI] Saifuddin masuk PKR, terpaut imej pelbagai bangsa

Posted: 15 Oct 2015 05:10 PM PDT

 Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mengesahkan beliau menyertai PKR.
 
Saifuddin yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata hatinya terpaut dengan PKR selepas melihat kesungguhan parti itu menonjolkan imej kepelbagaian bangsa, tidak seperti parti lain.
 
"Saya percaya antara perubahan yang dilakukan ialah mengubah sistem politik yang ada, yang lebih menonjol adalah sosialisme yang merupakan modul BN, ada parti lain dalam BN dan Pakatan Harapan", katanya di Ibu Pejabat PKR, sebentar tadi, selepas secara rasminya menyertai PKR.
 
"Dalam hati ini terpaut kepada PKR yang cuba dengan serius untuk menonjolkan konsep berkenaan dalam konteks ini saya nampak PKR," ujar beliau.
 
Bercakap kepada pemberita, Saifuddin berkata beliau juga kecewa dengan kegagalan Umno menyelesaikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion.
 
Justeru itu, Saifuddin akan meletakkan jawatan selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Pergerakan Moderat Global serta merta.
 
Saifuddin sebelum ini mendapat surat tunjuk sebab daripada Umno kerana menyertai persidangan meja bulat melibatkan parti pembangkang 22 September lalu.
 
Persidangan itu membawa kepada penubuhan Pakatan Harapan yang merangkumi PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
 
Masa depan Saifuddin dalam Umno merudum selepas tewas kepada calon PAS Nasrussin Hassan di kerusi Parlimen Temerloh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
 
Beliau juga gagal mempertahankan jawatannya sebagai ahli majlis tertinggi Umno pada pemilihan Umno baru-baru ini.
 
Walaupun tiada sebarang jawatan dalam Umno dan juga kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetap melantik Saifuddin sebagai CEO Yayasan Pergerakan Moderat Global.
 
Bagaimanapun Saifuddin dilihat terlampau kritikal terhadap pemimpin Umno khususnya kepimpinan tertinggi dalam parti itu. 
 
Pemerhati politik menyifatkan penghijrahan Saifuddin adalah satu-satun cara untuk hidupkan semula kerjaya politiknya.
 
Sementara itu, penyertaan Saifuddin dalam PKR memberikan suntikan semangat kepada parti itu, kata presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
 
"Sudah terang lagi bersuluh kerana kemasukan itu memberikan satu suntikan baru dan memberikan impak yang baik kepada PKR", kata Wan Azizah selepas mengumumkan kemasukan bekas wakil rakyat Umno itu ke dalam PKR, dalam sidang media yang sama.
 
Turut hadir adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan beberapa lagi pemimpin parti itu.
 
Dalam satu sidang media berasingan, Pakatan Harapan mengumumkan akan membentangkan Bajet Alternatif pada sidang Dewan Rakyat, Rabu depan.
 
Bajet berkenaan akan disampaikan oleh Ketua Pembangkang,  Datuk Seri Dr, Wan Azizah Wan Ismail bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta Pengerusi Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.
 
Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen di ibu pejabat PKR hari ini.
 
Menurut beliau, bajet tersebut akan menumpukan kepada pendekatan jurang antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak.
 
Ini kali pertama Bajet pembangkang dibentangkan tanpa  kehadiran PAS.
 
 

Devamany tanding jawatan Timbalan Presiden MIC

Posted: 15 Oct 2015 05:03 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri S K Devamany akan bertanding jawatan timbalan presiden MIC pada pemilihan parti itu, bulan hadapan. 
 
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan peringkat akar umbi. Katanya, siri jelajah sudah dilakukan ke seluruh negara bagi mendapatkan sokongan pelbagai peringkat.
 
"Saya hanya mempertahankan kedudukan saya sebagai 'orang nombor dua' sebagaimana ditetapkan oleh ROS dalam hierarki parti selepas mengesahkan Datuk Dr S Subramaniam sebagai Presiden MIC yang sah, " katanya pada sidang media ketika mengumumkan perkara itu di sini sebentar tadi.
 
Devamany adalah Naib Presiden MIC seperti ditetapkan oleh ROS yang melantik Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) 2009 untuk melaksanakan pemilihan semula MIC pada bulan depan.
 
Kedudukannya adalah sebagai pemimpin 'nombor dua' selepas timbalan presiden sebelum ini. Subramaniam dilantik sebagai pemangku presiden MIC selepas keputusan pemilihan CWC 2013 dibatalkan oleh ROS.
 
 

Tiada ulasan: