Jumaat, 25 September 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Dia Kembali Ke Rahmat Allah Sewaktu Mengimami Solat Aidil-Adha...

Posted: 25 Sep 2015 12:19 AM PDT

Imam meninggal dunia ketika tahiyat akhir

Seorang Imam dari Masjid Kampung Temeris, di Kuala Pilah Negeri Sembilan meninggal dunia ketika tahiyat akhir solat Sunat Aidiladha pagi tadi.

A. Karim Ismail, 66, yang mengimamkan solat sunat tersebut dikatakan batuk sebelum rebah pada tahiyat akhir solat itu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8:30 pagi semalam.

Memetik laporan sebuah stesen televisyen tempatan, anak lelaki imam tersebut yang dikenali sebagai Amran berkata, beberapa jemaah membantu mengangkat bapanya yang sudah tidak sedarkan diri dan kemudian membawanya ke hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk pemeriksaan lanjut.

"Bagaimanapun doktor yang merawat ayah mengesahkan bahawa ayah sudah meninggal dunia," katanya. -SH











[VIDEO & GAMBAR] 717 Jemaah Haji Terkorban Dalam Rempuhan Di Mina -updated

Posted: 24 Sep 2015 08:05 PM PDT


Angka kematian jemaah haji dalam insiden rempuhan di Mina di luar Makkah pada Khamis meningkat kepada lebih 700 orang, kata pertahanan awam Arab Saudi menerusi akaun Twitternya.

Laporan mengatakan kira-kira 800 jemaah lain cedera dalam insiden itu.

Kejadian rempuh-rempuhan itu berlaku apabila bilangan besar jemaah berasak-asak di Mina, di luar bandaraya suci Mekah.

Lebih kurang dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi, kata pihak berkuasa pertahanan awam Arab Saudi.

Kejadian itu berlaku di Street 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula.

Sebelum ini terdapat sekurang-kurangnya enam rempuhan pernah berlaku yang menyebabkan ratusan jemaah haji terbunuh. Pada 1990, lebih 1,400 meninggal dunia akibat rempuhan di dalam sebuah terowong.

Untuk musim haji tahun inipula, beberapa minggu lalu lebih 100 orang telah terkorban dan beratus yang lain cedera akibat insiden kemalangan kren yang tumbang kerana ribut yang melanda di Mekah.

Ia disusuli kemudiannya pada minggu lalu dengan kejadian sebuah hotel terbakar yang menyebabkan lebih 1,000 jemaah haji terpaksa dipindahkan.

Sehingga kini GB belum mendapat atau membaca apa-apa maklumat samada jemaah haji dari Malaysia terlibat di dalam rempuhan berkenaan.

TERKINI: Angka terkorban: 717, Cedera: 805





















Tiada ulasan: