Khamis, 24 September 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Utusan Diambang Kengkrapan: Diarah Bayar 1/2 Juta Dalam 2 Kes Berasingan

Posted: 24 Sep 2015 01:24 AM PDT

Utusan diarah bayar RM300K pada bekas GM PKNS

Utusan Melayu (Malaysia) Berhad hari ini diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada bekas pengurus besar (GM) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) atas dakwaan menerbitkan artikel berunsur fitnah dalam akhbar Utusan Malaysia, dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'hara membuat keputusan itu selepas membenarkan saman Datuk Othman Omar, 56, selaku plaintif terhadap Utusan Melayu, yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman tersebut.

O'hara memerintahkan Utusan Melayu membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 sebagai ganti rugi am, ganti rugi teruk sebanyak RM50,000 dan faedah sebanyak lima peratus bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga penghakiman selesai.

Mahkamah juga memerintahkan syarikat akhbar itu membayar kos sebanyak RM20,000 kepada plaintif dan membenarkan satu injunksi untuk menghalang Utusan Melayu daripada menerbitkan atau mengedar kenyataan fitnah yang sama terhadap plaintif.

O'hara juga membenarkan permohonan peguam Mohd Izral Khairy mewakili Utusan Melayu bagi mendapatkan penangguhan sementara untuk Utusan Melayu menerbitkan penarikan balik ke atas penyiaran pernyataan fitnah itu dalam dua buah akhbar selepas peguamnya memfailkan permohonan penangguhan secara rasmi berhubung perkara itu pada 1 Okt ini.

Dalam penghakimannya, O'hara berkata terdapat niat jahat dilakukan oleh pihak defendan (Utusan Melayu) kerana menerbitkan artikel itu secara melulu dan mahkamah mendapati bahawa artikel yang diterbitkan itu adalah fitnah.

Katanya, wartawan yang menulis artikel berkenaan tidak mengambil langkah yang munasabah untuk mengesahkan kebenaran artikel itu dan kelakuannya dilihat tidak bertanggungjawab.

"Mahkamah mendapati Utusan Melayu telah gagal memuaskan bahawa ia boleh bergantung kepada pembelaan kelebihan kelayakan berhubung penerbitan itu," katanya.

Pada 14 Jun 2013, Othman memfailkan saman selepas mendakwa syarikat akhbar itu telah menerbitkan artikel yang bertajuk "Dikatakan banyak timbul kontroversi ketika menerajui PKNS - Kontrak Othman tak disambung" pada 29 Jan 2013.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Othman mendakwa artikel berunsur fitnah yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia antara lain membawa maksud bahawa beliau tidak layak untuk menjadi pengurus besar PKNS dan suka membuat keputusan kontroversi terhadap Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Selain itu, Othman mendakwa kenyataan itu juga membawa maksud bahawa beliau tidak jujur dan menguruskan kewangan perbadanan itu dengan cara yang tidak betul.

Beliau mendakwa defendan telah membuat kenyataan fitnah itu tanpa mendapatkan sebarang penjelasan daripadanya sehingga mencemarkan karakter dan nama baiknya di khalayak ramai.

Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi am, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Peguam Datuk Dhanaraj Vasudevan mewakili Othman. - Bernama


Utusan diperintah bayar RM200,000 kepada Tony Pua

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar ganti rugi RM200,000 kepada anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berhubung artikel yang diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia, tahun lepas.

Peguam Elly Azureen Khalid yang mewakili Utusan Melayu memberitahu pemberita, mahkamah membuat perintah itu selepas syarikat akhbar itu menerbitkan permohonan maaf berhubung penerbitan artikel yang bertajuk "Tony, Anwar Dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan" pada 15 November tahun lepas.

Elly Azureen berkata akhbar itu menerbitkan permohonan maaf tersebut pada 23 Mei lepas.

Beliau berkata Hakim Datuk Hue Siew Kheng yang membuat keputusan itu dalam kamarnya juga memerintahkan Utusan Melayu membayar kos RM15,000 kepada Pua.

Pada 16 Januari tahun ini, Pua menfailkan saman itu dan mendakwa artikel itu yang mengandungi empat pernyataan fitnah antara lain bermaksud beliau seorang ahli politik yang tidak bermoral, tidak tahu malu dan ahli perniagaan yang tidak cekap.

Beliau memohon ganti rugi am, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Peguam Guok Ngek Seong mewakili Pua.
=Bernama


ULASAN GB

Saman setengah juta di dalam dua kes berasingan tetapi dengan sebab yang sama - FITNAH!

Nampaknya Utusan tidak boleh lagi menyembunyikan hakikat bahawa syarikat itu sedang di ambang kebangkrapan!








Pulau Pinang Menjadi Kerajaan Pakatan Harapan Yang Pertama...Selangor?

Posted: 23 Sep 2015 07:51 PM PDT


Pulau Pinang kini 'Kerajaan Negeri Pakatan Harapan', umum Guan Eng

GEORGE TOWN – Pentadbiran Pulau Pinang kini digelarkan sebagai Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, selepas suatu keputusan sebulat suara diputuskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada pagi tadi.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng semasa membuat pengumuman itu, turut mengalu-alukan penyertaan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam pakatan politik di bawah Kerajaan Negeri bersama-sama DAP dan PKR.

"Pihak Kerajaan Negeri mengalu-alukan penubuhan Pakatan Harapan dan pagi ini mesyuarat Exco Kerajaan Negeri telah sebulat suara membuat keputusan Kerajaan Negeri sekarang digelarkan sebagai 'Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang'.

"Kita (Kerajaan Negeri) mengalu-alukan Parti Amanah Negara sebagai ahli kerajaan rasmi.

"Kita akan mengalu-alukan sokongan daripada mana-mana rakyat Pulau Pinang yang bersedia menyokong dan bersama dengan kerajaan berjiwa rakyat,"
jelas Guan Eng di sini pada pagi tadi.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut menjelaskan mengenai status wakil PAS, Dato' Mohd. Salleh Man yang masih menyandang jawatan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), sungguhpun belum menyertai AMANAH.

"Mungkin dari segi namanya PAS, kalau hatinya bersama dengan Kerajaan Negeri 'Pakatan Harapan' Pulau Pinang, maka tiada masalah," jelas Guan Eng menjawab soalan wartawan.

Tambah Guan Eng, pakatan pembangkang yang baru ditubuhkan akan lebih kukuh berbanding Pakatan Rakyat dulu

Mewakili PKR, Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon turut menyatakan sokongan pada pengumumam yang dibuat oleh Guan Eng itu.

Sebelum itu, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dalam kenyataannya berkata, AMANAH akan menyokong penuh tadbir urus Kerajaan Negeri selagimana berdasarkan nilai integriti, seperti Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

"Kalau ada perkara yang tidak kena, kita (AMANAH) akan tegur melalui saluran perbincangan, dialog, dan apa-apa saluran dalam bentuk demokrasi.

"Inilah harapan kami agar Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang dapat terus cemerlang," jelas Mohamad.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tabatan Banjir), Jagdeep Sing Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan), Dato' Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Phee Boon Poh (Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar) dan Dr. Afif Bahrdin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani dan Kesihatan).

Hadir sama, Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa dan jawatankuasa utama peringkat negeri parti Islam berkenaan. -blog faqar



ULASAN GB

Tahniah dan syabas kerajaan Pulau Pinang. Barulah betul dan selari dengan keputusan yang diputuskan oleh Rundingan Meja Bulat semalam iaitu sebuah pakatan baharu dibentuk iaitu Pakatan Harapan.

Ia satu tamparan hebat untuk PKR dan kredibiliti PKR dipersoalkan kerana walaupun menjadi "pengerusi" rundingan meja bulat dan mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, tetapi di negeri yang PKR sendiri tadbir dan perintah iaitu Selangor, TIDAK mematuhi keputusan yang dibuat semalam apabila mengekalkan kerajaan negeri yang sedia ada dengan tidak mengumumkan Selangor sebagai kerajaan Pakatan Harapan.

Menteri Besarnya, Azmin Ali masih mengekalkan kerajaan sedia ada bersama PAS walaupun PAS sudah membuat keputusan tidak menyertai Pakatan Harapan.

Langkah Azmin dan PKR itu bakal "membunuh" PKR sendiri di dalam pilihanraya umum yang ke 14 nanti kerana langkah PKR berkenaan tidak selari dengan keputusan rakyat dan keputusan rundingan meja bulat semalam.

PKR mengharap dan mengejar undi Melayu yang belum tentu boleh dikuasai oleh PAS lagi seperti di dalam PRU13, PKR akan bermasalah pula untuk memperolehi undi bukan-Melayu kerana umum mengetahui majoriti kaum bukan-Melayu akan beralih dan tidak berpihak kepada PAS lagi.

Senario PRU13 memang menyaksikan PAS memperolehi undi yang tinggi namun pada ketika itu PAS adalah komponen Pakatan Rakyat. Rakyat menyokong PAS ketika itu kerana sokongan kepada Pakatan Rakyat, bukan PAS per se. Suasana terkini adalah berbeza. Boleh lakukan simulasi pilihanraya di mana-mana kerusi ADUN dan parlimen di dalam negeri Selangor jika kurang percaya.














Tiada ulasan: