Rabu, 23 September 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PAS Kamu Ini Bagimana? Tiada Istiqamah, Asyik U-turn Sepanjang Masa....

Posted: 23 Sep 2015 12:00 AM PDT


PKR masih rakan kerjasama PAS, kata Tuan Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih lagi rakan tahaluf (kerjasama) kepada PAS dalam pakatan pembangkang seperti yang ditegaskan dalam Muktamar parti itu sebelum ini, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun beliau menegaskan tiada kerjasama antara parti itu dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"PKR masih rakan tahaluf PAS di dalam Pakatan Rakyat sebagaimana yang ditegaskan dalam Muktamar," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menegaskan parti itu akan terus bersama pembangkang dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan menentang salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan dana awam.

"PAS menghargai jemputan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ke meja bulat pembangkang, namun PAS memilih untuk tidak menghadirinya," katanya.

Tuan Ibrahim berkata perjumpaan antara PAS dan PKR akan diadakan dari semasa ke semasa dan sentiasa menilai setiap isu antara kedua parti itu sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"PAS akan menumpukan sepenuh tenaga menguatkan jentera parti dari segala sudut terlebih dahulu sebagai persiapan menghadapi UMNO-BN di PRU14," katanya.

Wan Azizah hari ini mengumumkan PKR, DAP dan Amanah bersetuju menubuhkan pakatan pembangkang baharu dikenali sebagai Pakatan Harapan selepas mempengerusikan rundingan meja bulat penubuhan pakatan pembangkang baharu itu, hari ini.

Presiden PKR itu juga berkata penubuhan Pakatan Harapan tidak akan menjejas kedudukan kerajaan Selangor kerana "Menteri Besar (Mohamed Azmin Ali) mendapat sokongan majoriti ahli dewan undangan negeri... Kerajaan Selangor stabil".

Daripada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, 2 daripada 15 Adun PAS meninggalkan parti itu untuk menyertai Amanah. DAP mempunyai 15 Adun dan PKR 13. BN memiliki 12 manakala terdapat seorang Adun bebas.

PAS mempunyai 3 Adun menjadi exco kerajaan negeri Selangor. – Bernama


PAS sah tak sertai Pakatan Harapan

PAS mengekalkan keputusan parti itu untuk tidak menyertai Pakatan Harapan yang ditubuhkan hari ini, tegas Setiausaha Agungnya Datuk Takiyudin Hassan.

Anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata perkara tersebut diputuskan hasil Mesyuarat Dewan Harian diadakan semalam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di Kota Bharu.

"Bagaimanapun kita ambil ketetapan untuk tidak buat komen yang panjang buat masa ini kerana pakatan itu pun baharu sahaja dilancarkan, baru ditubuhkan," katanya dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat berkenaan.

PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dalamproses didaftarkan, hari ini sepakat menubuhkan sebuah pakatan baharu yang dinamakan Pakatan Harapan, tanpa penyertaan PAS.

Bagaimanapun, Takiyudin berkata PAS masih lagi mengekalkan kerjasama politiknya dengan PKR kerana perkara itu diputuskan pada muktamar tahunan parti itu Jun lepas.

"Usul Dewan Ulama dalam muktamar adalah jelas (iaitu) mengekalkan kerjasama politik dengan PKR... kita mengesahkan hubungan dengan DAP terputus (pada muktamar itu)," katanya.

Ditanya mengenai hubungan beberapa ADUN PAS yang dilantik sebagai anggota Exco Negeri Selangor dengan DAP dalam kerajaan

negeri itu, beliau berkata hubungan itu semata-mata sebagai anggota kerajaan sahaja.

"Jadi kita bekerjasama dalam isu-isu melibatkan kepentingan rakyat dan negeri," katanya.

Mengulas mengenai Amanah yang mendakwa akan bertanding di semua kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, beliau berkata PAS tetap akan mempertahankan kerusi yang ditandingi mereka sebelum ini walaupun ia akan menyebabkan undi pecah.

"The more the merrier (lebih ramai, lebih ceria)... kalau dia (Amanah) nak bertanding, bertandinglah.. tapi kalau kita nak serahkan kerusi kita kepada dia, itu tidak sama sekali.. kalau nak bertanding dipersilakan," katanya.
- Bernama


Putus hubungan jika PKR sertai gabungan baharu, kata PAS

PAS sedia menamatkan hubungan dengan PKR sekiranya parti itu bersetuju menyertai DAP dan ‎Gerakan Harapan Baru (GHB) membentuk satu pakatan pembangkang baharu, kata Datuk Dr Haron Din dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia.

Mursyidul am PAS itu dilaporkan berkata, kemungkinan pendirian itu dibuat selepas meneliti kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ‎baru-baru ini yang menggambarkan seolah-olah mahu memutuskan hubungan dengan parti Islam itu.

"Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri selepas terbubarnya pakatan pembangkang.

"Kalau mereka hendak menubuhkan parti baharu, saya ucapkan selamat maju jaya," katanya seperti dilaporkan edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia.

Haron berkata, pihaknya yakin PAS tetap kuat dan berdiri teguh memperjuangkan Islam walaupun sekumpulan ahlinya akan menubuhkan ‎parti baharu GHB.

Katanya, ini kerana PAS pernah mengalami situasi sana melalui sejarah penubuhan ‎Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim).

"‎Semoga GHB tidak tinggal harapan sahaja dan masa akan menentukan. Jika umur kita panjang, kita akan melihat apa yang berlaku seterusnya," katanya.

Anwar dalam kenyataan pada 24 Jun lalu membayangkan penubuhan pakatan baharu yang merangkumi semua kumpulan progresif termasuk Bersih, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan GHB.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, PAS tidak akan dilibatkan dalam pakatan baharu tersebut kerana parti Islam itu menjadi punca kematian Pakatan Rakyat. – TMI (26 Julai, 2015).


ULASAN GB

Mursyidul Am PAS, Haron Din menyatakan "Putus hubungan jika PKR sertai gabungan baharu," tetapi TITM dan Takiyuddin menyatakan "PKR masih lagi rakan tahaluf (kerjasama) kepada PAS sekalipun Pakatan Harapan telah dibentuk semalam."

U-turn lgi, tiada istiqamah sekalipun dijeritkan satu dunia kononnya PAS "beristiqamah hingga kemenangan".

Langkah mengekalkan hubungan dengan PKR hanyalah untuk kepentingan exco-exco PAS bersama-sama 5,000 ahli PAS yang kini menjawat pelbagai jawatan di dalam kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh PKR sekarang ini. Kepentingan perut.

Itu fakta yang sebenarnya.

Jika menurut kenyataan Mursyidul Am PAS, Haron Din, sudah sewajarnya PAS meninggalkan kerajaan negeri Selangor. Pakatan Harapan telah dibentuk dan PKR bukan sahaja bergabung dengan DAP, AMANAH dan NGO, malah mengetuainya.

PAS, kamu ini bagaimana? Lansung tiada istiqamah... asyik U-turn sepanjang masa...












Sejarah Tercipta, Pakatan Harapan Dibentuk Tanpa PAS...

Posted: 22 Sep 2015 07:02 PM PDT

Pakatan Harapan' nama baharu gabungan pembangkang, Anwar calon PM

Gabungan pembangkang baharu terdiri daripada PKR, DAP, dan Parti Amanah Negara (Amanah) dikenali sebagai 'Pakatan Harapan', kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Gabungan itu juga menyaksikan parti Islam PAS tidak menyertainya, selepas Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 2008 berpecah.

"Mulai hari ini, Pakatan Harapan akan berfungsi sebagai pakatan politik yang jitu membela rakyat berhadapan Umno dan BN," kata Dr Wan Azizah selepas sidang meja bulat pembentukan gabungan baharu di Subang Jaya, Selangor hari ini.

Pada sidang media sama, Dr Wan Azizah turut mengumumkan Pakatan Harapan bersetuju Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menurutnya dipenjara atas sebab politik, merupakan calon perdana menteri sekiranya gabungan ini menang pilihan raya umum akan datang.

"Perkara pertama yang diumumkan adalah saudara Anwar sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang," katanya.

"Kami yakin beliau adalah antara pemimpin paling sesuai menangani kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti yang ditinggalkan Datuk Seri Najib Razak," kata Dr Wan Azizah.

Ditanya tentang sikap PAS terhadap gabungan baharu ini, Dr Wan Azizah berkata parti itu turut dijemput dalam perbincangan hari ini.

"Mereka jawab terima kasih kerana menjemput tetapi kami tak dapat sertai pusingan (rundingan) kali ini," katanya.

Menurut ahli Parlimen Permatang Pauh itu, satu jawatankuasa khas terdiri daripada setiausaha agung dan wakil setiap parti akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi memperhalusi terma-terma Pakatan Harapan seperti dasar bersama, etika kerjasama sesama parti serta perjanjian bersama.

Kenyataan yang dibaca Dr Wan Azizah pada sidang media kali ini juga buat pertama kalinya ditulis bersama beliau, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sewaktu ditemui wartawan menjelaskan yang Pakatan Harapan berbeza dengan Pakatan Rakyat kerana ia akan mempunyai dokumen yang mengikat semua parti secara bersama.

Katanya, dokumen itu yang menggariskan terma gabungan ini perlu dirunding semula sekiranya ada parti lain ingin menyertainya.

PKR sejak awal berusaha menarik PAS bersama gabungan baharu ini dan disokong Amanah namun parti Islam itu menolak atas alasan ia tidak lagi boleh bekerjasama dengan "pengkhianat parti" dan DAP.

Pada masa sama, PAS menyifatkan Amanah sebagai pengkhianat selepas berpecah daripada parti itu manakala DAP pula kerana mereka memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -TMI


PAS bincang mengenai Pakatan Harapan petang ini

Dewan Harian PAS akan berbincang mengenai penubuhan pakatan baru pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam mesyuaratnya petang ini.

"PAS akan berbincang mengenai perkembangan terbaru itu petang ini dalam mesyuarat Dewan Harian di Kota Bharu," kata Naib Presiden Datuk Iskandar Samad kepada Malaysiakini.

Iskandar, yang sedang dalam perjalanan ke Kota Bharu, bagaimanapun berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara tersebut sehingga selesai mesyuarat di kalangan kepimpinan tertinggi PAS itu.

Hari ini persidangan meja bulat melibatkan ketiga-tiga parti itu secara rasmi bersetuju menubuhkan Pakatan Harapan - tanpa dianggotai PAS yang sebelum ini menolak jemputan untuk menghadirinya.

Bagaimanapun gabungan baru politik pembangkang itu tetap terbuka untuk menerima parti lain yang boleh memberikan kerjasama.

Sebelum ini PAS menegaskan mereka mengekal kerjasama politik dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan AMANAH - parti yang baru ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.


ULASAN GB

Syukur ke hadhrat Ilahi dengan terbentuknya apa yang dinamakan PAKATAN HARAPAN - menggantikan Pakatan Rakyat, membawa harapan sekalian rakyat untuk masa depan Malaysia yang lebih baik dan lebih gemilang.

Masalah PAS tidak menghadiri persidangan meja bulat bukan satu masalah besar. Sesungguhnya rakyat sudah boleh menilai keangkuhan PAS itu malah matinya Pakatan Rakyat adalah disebabkan PAS juga.

Sebelum ini pun PAS telah membuat kenyataan tidak akan bersama dengan DAP dan AMANAH, PAS ingin bersendirian, dengan mereka menyangka mereka boleh memerintah Malaysia dengan cara demikian.

Maaf cakap, GB lebih suka Pakatan Harapan tanpa PAS. Kerana dengan kehadiran PAS, ia bakal mengharu-birukan dan mengkhianati Pakatan Harapan sekali lagi sepertimana PAS telah mengharu-birukan dan mengkhianati Pakatan Rakyat sebelum ini.

Biarkan saja si luncai dengan labu-labunya:










Tiada ulasan: