Selasa, 22 September 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Harap Berita Ini Benar! Najib Berdepan Dengan Siasatan Rasuah AS

Posted: 21 Sep 2015 11:40 PM PDT

Najib berdepan siasatan rasuah AS, lapor New York Times

Badan kehakiman Amerika Syarikat (AS) kini menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas pembelian hartanah di sana oleh anak tirinya Riza Aziz dan ahli perniagaan Low Taek Jho, lapor The New York Times (NYT) hari ini.

Sebuah unit di Jabatan Kehakiman AS yang menyiasat kes rasuah antarabangsa sedang menjalankan siasatan itu, lapor NYT memetik sumber tanpa nama.

Siasatan itu memberi tumpuan kepada pembelian hartanah di AS sejak beberapa tahun kebelakangan dilakukan "syarikat bayangan".

NYT melaporkan pada Februari mengenai pembelian ini yang menggunakan "syarikat bayangan" daripada pelbagai tokoh antarabangsa, termasuk Riza dan Low, juga dikenali sebagai Jho Low.

NYT juga melaporkan selain pembelian hartanah, siasatan rasuah itu juga akan melihat dakwaan AS$681 juta yang merupakan sebahagian daripada RM2.6 bilion didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib - pertama kali dilaporkan oleh The Wall Street Journal (WSJ) dan kemudiannya disahkan pihak berkuasa anti-rasuah Malaysia sebagai "derma politik".


Pemindahan dana adalah di bawah bidang kuasa AS kerana ia melalui bank Amerika Wells Fargo, kata akhbar itu.

Dalam laporan NYT pada Februari, akhbar berpengaruh itu mendapati hartanah mewah bernilai lebih RM150 juta dikesan mempunyai kaitan sama ada dengan Low atau Riza.

Ini termasuk "penthouse" bernilai AS$30.55 juta di Time Warner Centre di Manhattan, rumah di Hollywood bernilai AS$39 juta, Hotel L'Ermitage di Beverly Hills dan sebahagian Hotel Park Lane di New York.

Ia juga mengesan sebuah kondominium bernilai AS$33.5 di Laurel Park, Manhattan, di samping hartanah lain di Los Angeles yang turut melibatkan Riza, melalui pelbagai "syarikat bayangan".

Laporan NYT juga menyebut, bekas eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan menandatangani pembelian kondominium AS$4.5 juta yang dibeli "syarikat bayangan" dikenali sebagai Cricklewood One Madison LLC, tahun lepas.

Penjaga di bangunan itu mengesahkan seorang wanita dengan nama berkenaan tinggal di situ, menurut NYT.

Loo sedang dicari Bank Negara Malaysia bagi mendapatkan bantuan berhubung siasatan ke atas 1MDB.

NYT berkata, ia cuba mendapatkan maklum balas daripada beberapa individu dan syarikat yang disebut dalam laporan itu tetapi semuanya enggan mengulas.

Seorang peguam bagi Cricklewood enggan mengulas, manakala Loo tidak memberi respons kepada nota yang ditinggalkan di kondominium beliau.

Wakil Riza dan Low bagaimanapun memberitahu akhbar itu mereka tidak terlibat dalam apa-apa urusan jual beli tidak sepatutnya.

NYT berkata, Najib bersiap sedia untuk berlepas ke London minggu ini bagi konvensyen perdagangan dan dijangka ke New York selepas itu untuk Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Akhbar itu juga memetik bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott yang menyatakan Najib "benar-benar menghargai imej antarabangsa" dan mempersoalkan jika perdana menteri kini "dipulaukan".

Najib berada di bawah tekanan yang besar berhubung skandal 1MDB, yang beliau selia sebagai menteri kewangan, dan pemindahan wang ke dalam akaun peribadinya.

Beliau juga merombak Kabinet pada Julai, menggugurkan seorang timbalan perdana menteri dan seorang lagi menteri kerana mengkritik cara beliau mengendalikan syarikat sarat hutang itu, dan menukar peguam negara yang sedang melakukan siasatan terhadap 1MDB dan pemindahan dana ke dalam akaun peribadinya. -TMI

Dr M: Najib berpontensi ditangkap di luar negara


Berdepan beberapa siasatan penggubahan wang yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, perdana menteri berpontensi untuk ditangkap di luar negara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad.

Beliau berkata demikian dalam satu ucapan pada Jumaat, berdasarkan kepada video klip yang dimuat naik penulis blog Din Turtle, yang menjalankan beberapa temubual kritikal Dr Mahahtir terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahahtir berkata Najib mungkin dapat mengelak siasatan terhadap skandal 1MDB yang sedang disiasat di luar negara, tetapi tidak di luar negara.

"Undang-undang dunia berbeza daripada dulu. Kalau jenayah buat di sini, undang-undang sini berkuatkuasa.

"Tapi jika (jenayah) kaitan dengan luar negeri, negara lain ada kuasa (untuk mengambil tindakan)," katanya.

"Sekarang ini, di Switzerland, Britian, Amerika Syarikat... (sudah ada siasatan penggubahan wang). Mereka berhak untuk saman untuk suruh Interpol tangkap (jika ada alasan kukuh).

"Kalau (dia) keluar daripada negara, mungkin akan berlaku tangkapan," kata negawaran dalam ucapannya dalam majlis 'Kumpulan Melayu Berani Bersatu' di Kuala Lumpur, seperti menurut video klip itu.

Bagaimanapun Dr Mahathir cukup berhati-hati dengan menyatakan ia hanya spekulasi.

"Itu mungkin. Saya cerita, bukan akan berlaku," kata bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.
-mk











PAS Dapat Kawan Baharu: Baju Merah Ingin Sertai H60K

Posted: 21 Sep 2015 08:10 PM PDT


Jamal diminta bertemu penganjur baju hijau

Datuk Jamal Md Yunos, orang kuat di sebalik himpunan baju merah, diminta bertemu jawatankuasa Himpunan 60,000 (H60K), bagi membincangkan penyertaan mereka ke program PAS itu pada bulan depan.

"Kita mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk bersama dalam sebarang agenda nasional untuk menuntut ketelusan pentadbiran negara dan bukan dengan tujuan mendiamkan diri atas penyelewengan negara.

"(Penganjur himpunan) Baju merah boleh berhubung dengan jawatankuasa himpunan untuk perbincangan lanjut," kata anggota Jawatankuasa Himpunan 60,000 (H60K) Datuk Khairuddin Aman Razali.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Nerus itu menjelaskan perkara itu kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas hasrat baju merah menyertai himpunan mereka pada 17 Oktober depan.

Jamal dilapor bercadang menyertai H60K, yang termakan baju hijau, jika objektif himpunan itu ke arah menyatupadukan orang Melayu.

PAS melalui timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata menerima sesiapa sahaja untuk hadir jika menyokong dasar dan perjuangan mereka.

Beliau bagaimanapun menegaskan kepada Malaysiakini, parti Islam itu menentang golongan rasis dan menyokong pembinaan kerukunan dan keharmonian bernegara.

PAS pada 15 September lalu, sehari sebelum himpunan baju merah pada Hari Malaysia, mengumumkan H60K untuk menguatkan kembali sokongan akar umbinya.

Himpunan itu dianjurkan selepas mereka diheret pelbagai konflik dalaman baik dengan rakan pembangkang mahu pun bekas kepimpinan kanan parti itu sendiri.

Perhimpunan itu akan berlangsung di Stadium Sultan Muhamad ke IV, Kota Bharu.

Ia dilihat penting bagi menjana kembali kekuatan mereka di Kelantan bagi berdepan pilihan raya umum akan datang.

Lebih-lebih lagi, PAS kini berdepan situasi berbeza apabila akan berdepan pencabar dalam keadaan ketiadaan ikon legenda mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat dan kemungkinan perebutan anggota dengan parti serpihan, Parti Amanah Negara (AMANAH). -mk


PAS terima siapa saja ke himpunan baju hijau

PAS akan menerima sesiapa sahaja untuk hadir ke Himpunan 60,000 (H60K) di Kelantan bulan depan yang menyokong dasar dan perjuangan mereka.

"Kita mengalu-alukan semua pihak," kata timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mengulas hasrat kumpulan baju merah menyertai himpunan mereka pada 17 Oktober depan.

Beliau bagaimanapun menegaskan kepada Malaysiakini, parti Islam itu menentang golongan rasis dan menyokong pembinaan kerukunan dan keharmonian bernegara.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan semua rakyat mesti menghormati kebersamaan rakyat menentang rasuah, dan salah guna kuasa.

Datuk Jamal Md Yunos, orang kuat di sebalik himpunan baju merah minggu lalu, berkata beliau bercadang menyertai H60K jika objektif himpunan itu ke arah untuk menyatupadukan orang Melayu.

PAS pada 15 September lalu, sehari sebelum himpunan baju merah pada Hari Malaysia, mengumumkan H60K, yang bertemakan baju hijau untuk menguatkan kembali sokongan akar umbinya.

Himpunan itu dianjurkan selepas mereka diheret pelbagai konflik dalaman baik dengan rakan pembangkang mahu pun bekas kepimpinan kanan parti itu sendiri.

Perhimpunan itu akan berlangsung di Stadium Sultan Muhamad ke IV, Kota Bharu.

Ia dilihat penting bagi menjana kembali kekuatan mereka di Kelantan bagi berdepan pilihan raya umum akan datang.

Lebih-lebih lagi, PAS kini berdepan situasi berbeza apabila akan berdepan pencabar dalam keadaan ketiadaan ikon legenda mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat dan kemungkinan perebutan anggota dengan parti serpihan, Parti Amanah Negara (AMANAH).
-mk


ULASAN GB

Bravo!!! Nampaknya gayung bersambut... PAS akan mendapat kawan baharu untuk H60K nanti... iaitu si baju merah! PAS memang terdesak dan mengharapkan perhimpunan H60K itu akan berjaya, untuk membuktikan bahawa mereka juga boleh membuat perhimpunan yang"puluhan ribu" akan menyertainya. Untuk lawan perhimpunan BERSIH 4.0 yang mendapat sambutan luarbiasa dari rakyat.

Pada minggu lalu si baju merah... rata-ratanya dari UMNO... berhimpun untuk memberi sokongan kepada Najib ... dengan menjadikan agenda "Melayu" sebagai tema himpunan mereka. Dihentamnya dan dimakinya kaum Cina habis-habisan. Difahamkan juga PM memberi penajaan sebanyak RM3 juta kepada ketua penganjur himpunan merah berkenaan.

Citarasa PAS kini menyamai citarasa UMNO. Walaupun tidak mahu mengakui mereka bersifat rasisma sepertimana UMNO, namun PAS memang telah turut memaki kaum Cina terutama DAP dengan menggelar mereka sebagai DAPigs. Baju merah pula di dalam himpunan mereka memanggil Cina Babi.

Malah PAS enggan untuk bersama di dalam Pakatan 2.0 kerana tidak mahu bersama DAP. PAS menuduh bekas pemimpin mereka yang menyertai Parti Amanah Negara sebagai kuda Cina, kuda DAP. Kerana gagal berdakwah kepada DAP, dihentamnya DAP kerana telah menolak hudud.

Itulah persamaan UMNO dan PAS, dan kerana itulah juga si baju merah akan bersama-sama si baju hijau di dalam H60K nanti.


Kenyataan TITM bahawa "semua rakyat mesti menghormati kebersamaan rakyat menentang rasuah, dan salah guna kuasa" hanyalah omongan kosong dan kata-kata kosmetik kerana si baju merah tidak memperdulikan itu semua. Si baju merah mendokong kepimpinan Najib yang rasuah dan salahguna kuasa.

Presiden PAS pun pernah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS bersedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak dengan mereka yang dituduhnya sebagai "pengkhianat". Maksudnya bersedia bekerjasama dengan UMNO tetapi tidak dengan AMANAH. Malah di dalam pemilihan muktamar yang lalu, Presiden PAS itu menuduh calon yang melawannya sebagai proksi DAP.

Mungkin ramai menteri-menteri UMNO juga bakal hadir di dalam H60K nanti untuk bersama-sama dengan pemimpin PAS untuk merealisasikan apa yang disebut "perpaduan Melayu". Begitu assabiyah sekali bunyinya.

. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan... PAS dan UMNO ke arah penyatuan....TAHNIAH!








Tiada ulasan: