Kelab Greenboc |
[VIDEO & GAMBAR] Terbukti, Himpunan Baju Merah Bersifat Perkauman Posted: 14 Sep 2015 01:00 AM PDT Umno Kota Baru bakar patung pemimpin DAP menjelang 'himpunan baju merah' Menjelang "himpunan baju merah", Umno Bahagian Kota Baru menganjurkan sebuah program membakar patung pemimpin DAP berpakaian baju Bersih 4 sebagai persediaan untuk turun ke himpunan di Kuala Lumpur itu pada 16 September ini. Dalam sebuah klip video dimuat naik di laman sosial YouTube, ahli-ahli Umno dilihat membakar patung dengan gambar Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang diketuai Ketua Bahagian Kota Baru Datuk Mohd Fatmi Che Salleh. Upacara itu berlangsung dalam sebuah program yang diadakan pada 13 September baru-baru ini ibu negeri Kelantan itu. Fatmi yang juga bekas setiausaha politik Datuk Seri Najib Razak dalam video itu memberi ucapan menyeru ahli Umno supaya menyertai himpunan pada 16 September demi mempertahankan maruah orang Melayu. "Orang Kota Baru berjuanglah, berjuanglah demi agama, bangsa dan negara," kata Fatmi. Beliau juga mengecam kedua-dua pemimpin DAP dan penganjur Bersih 4 yang mahu memecah-belahkan kaum Melayu. "Kita bakar patung mereka ini sebagai simbolik, simbolik kita protes, kita tentang semua Bersih yang menipu ini. "Setuju atau tidak? (kemudian disambut oleh orang ramai yang hadir). Mereka ini durjana, celaka nak memecahkan orang Melayu dan memecahkan negara ini," kata Fatmi dalam video itu. Himpunan baju merah atau dikenali Himpunan Rakyat Bersatu dijadualkan berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober depan, bertujuan antara lain, membantah himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu. Najib sebelum ini berkata, Umno tidak menaja himpunan itu tetapi tidak akan menghalang ahlinya daripada menyertainya. Bagaimanapun, The Malaysian Insider pada hujung minggu lalu mendedahkan mengenai notis dikeluarkan Ibu Pejabat Umno yang mengerah ahli-ahli di bahagian untuk turun ke himpunan tersebut. Dalam sepucuk surat dikeluarkan Ibu Pejabat Umno dan ditandatangani Setiausaha Kerja Datuk Ab Rauf Yusoh mengarahkan wakil semua perhubungan negeri menghadiri satu mesyuarat khas bagi membincangkan persiapan himpunan baju merah pada 4 September lalu. Rauf mengesahkan mengenai mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider tetapi berkata surat itu sudah "overtaken by events" dan menyifatkan ia sebagai persediaan jika terdapat jemputan daripada pihak penganjur. -TMI
ULASAN GB Sudah amat jelas bahawa himpunan baju merah bersifat perkauman. Ia direstui oleh kerajaan UMNO BN. Najib dilaporkan berkata UM NO tidak menaja perhipunan berkenaan tetapi tidak menghalang ahli UMNO menghadirinya. Polis pula tidak menghalang perhimpunan berkenaan sepertimana tegasnya mereka menghalang BERSIH 4.0 yang tidak bersifat perkauman. Ternyata isu perkauman dimainkan oleh UMNO sebagai talian hayat dan untuk survival UMNO. Malaysia sedang menuju kehancuran di bawah UMNO BN. | ||
Ketua AMK Jawab Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh: "Kenapa Nak Takut?" Posted: 13 Sep 2015 09:05 PM PDT Kalau yakin dengan PAS kenapa nak takut, Nik Nazmi jawab Nik Abduh Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat tiada sebarang kesalahan sekiranya mana-mana pemimpin PAS ingin menyertai parti itu kerana sebelum ini turut berlaku perkara sama membabitkan kedua-dua parti itu. Nik Nazmi berkata, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz juga tidak perlu berasa takut dengan penyertaan pemimpin mereka ke dalam PKR sekiranya yakin dengan pertubuhan mereka. "Ada beberapa ahli PKR yang sertai PAS, tiada masalah...kalau kita yakin dengan pertubuhan kita buat apa kita nak takut," katanya, kepada pemberita selepas berucap merasmikan penutup Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang Jaya, Selangor hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, PAS juga pernah menerima ahli mereka ketika parti itu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (PKN), Mohd Anuar Mohd Tahir. Anuar kini merupakan setiausaha agung Parti Amanah Negara (Amanah). Nik Nazmi turut mengambil contoh bekas bendahari PKR, Abdul Rahman Othman yang meninggalkan parti itu dan memohon menjadi ahli PAS kawasan Subang Jaya, pada 2007. "Kalau atas dasar orang itu bersetuju dengan perjuangan parti apa salahnya," katanya. PAS hari ini menyatakan rasa kecewa dengan tindakan PKR yang menerima penyertaan bekas setiausaha agung mereka Datuk Kamaruddin Jaafar. Nik Abduh berkata, parti Islam itu selalu berpegang dengan pendirian tidak akan menerima mana-mana wakil rakyat atau pemimpin daripada sekutu mereka. "Sikap PAS dalam Pakatan Rakyat, kita tidak akan terima mana-mana ahli pemimpin atau wakil rakyat yang daripada rakan politik (yang ingin lompat parti) masuk dalam PAS. "Ada kes sebelum ini, tapi kita tangguh kemasukan demi menjaga hubungan dalam PR," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur hari ini Kamaruddin Jaffar yang merupakan ahli Parlimen Tumpat dan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada Jumaat mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PKR. -TMI
ULASAN GB Nik Abduh masih bercakap mengenai baiah, sedangkan Setiausaha Agung PAS sendiri telah menyatakan PAS telah menutup isu baiah dan tidak mempersoalkan lagi wakil rakyat yang melompat ke parti lain. Serahkan kepada Allah isu baiah. Sudah banyak kali didebatkan dan sudah ramai ulama membincangkan. Ada pro dan kontra, ertinya ia termasuk hal khilafiah. Tak perlu diungkit lagi. Ia akan lebih banyak memaparkan sisi hodoh PAS sendiri. Sesunguhnya Dia Maha Tahu. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan