Sabtu, 19 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


YANG BERMASALAH DAN PUNCA SEGALA MASALAH IALAH NAJIB, BUKAN CINA

Posted: 19 Sep 2015 07:03 AM PDT

shahbudindotcom


Apakah sebetulnya masalah sebenar  dalam negara kita sekarang ini?

Satu-satunya sebab himpunan baju merah diadakan ialah untuk mempertahankan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak yang sedang bermasalah. Tidak perlu dihuraikan lagi apa sebenarnya masalah Najib ssjak dulu hingga kini kerana seluruh dunia sudah memperkatakannya.

Masalah Najib tidak saja ditulis di media-media antarabangsa dan diterbitkan dalam bentuk rencana video untuk siaran televisyen, tetapi juga sudah menjadi fokus utama forum di peringkat antarabangsa.

Daripada UMNO jadi bergolak sekarang dan kemudian muncul pelbagai himpunan untuk menyatakan sokongan terhadapnya, kini masalah Najib sudah bertukar menjadi beban kepada negara pula.

Hanya kerana ingin mempertahankan Najib, hubungan kaum sudah jadi retak dan tidak seharmoni dulu lagi. Semuanya kerana perhimpunan baju merah yang bercorak perkauman dan menghina kaum lain telah dibenarkan berlaku seolah-olah penolakan terhadap Najib adalah berasaskan kehendak satu-satu kaum saja.

Hello...sedarlah bahawa orangramai menolak dan ingin menyingkirkan Najib bukan kerana bangsa dan keturunannya, tetapi disebabkan perangai dan kepimpinannya yang tidak boleh diterima lagi.

Daripada 2009 sehinggalah sekarang, melalui satu demi satu masalah yang timbul, tiada sedikit habuk pun kebencian dan rasa menyampah rakyat terhadap Najib berpunca daripada kedudukannya sebagai seorang yang berbangsa Melayu.

Lihatlah kembali satu demi satu masalah yang timbul berkaitan Najib, adakah disebabkan darah Melayunya atau onar kepimpinannya?

Jadi, apa kena mengena dengan maruah Melayu, Melayu bangkit, melakukan keganasan  dan kemudian ingin hak memiliki tapak berniaga di Jalan Petaling diselitkan dalam himpunan baju merah yang pada asasnya hanya untuk mempertahankan Najib?

Kenapa baru sekarang tapak berniaga di Jalan Petaling hendak dihebohkan?

Siapa yang jadi kerajaan dan agensi mana yang mengeluarkan lesen perniagaan di Jalan Petaling itu?

Jangan lupa juga tanya dengan Najib, sejak menjadi Perdana Menteri, kenapa Jalan Petaling antara tempat yang paling kerap dilawatinya?

Selain itu, bukankah kawasan perniagaan Cina itu sudah lama muncul dan ada di seluruh dunia pun? Kenapa hanya di ketika Najib hampir lemas sekarang  baru tuntutan mahu meniaga di Jalan Petaling ini digegak-gempitakan dan tidak sejak dulu lagi?

Tetapi dengan berlakunya himpunan baju merah dan keganasan yang dicetuskan di Jalan Petaling, keharmonian kaum dalam negara kita boleh dikatakan sudah hancur dan musnah. Ia menjadi lebih buruk kerana di sebalik semua kemusnahan itu tersembunyi segala isu berkaitan Najib di dalamnya.

Jika bukan Najib sebagai Perdana Menteri, tiada pembaziran, tiada kemewahan, tiada karenah isterinya yang berlebih-lebihan, tiada skandal 1MDB dan tiada derma RM2,600 juta yang sehingga kini tidak mampu dijelaskannya, mungkin semua yang berlaku sekarang tidak terjadi di depan mata kita.

Bersih 4 jelas tidak bercorak perkauman dan semua bangsa kelihatan menghadirinya. Tuntutannya juga untuk kepentingan semua kaum, tetapi kenapakah reaksi balasnya melalui himpunan baju merah dialihkan kepada Melayu bangkit, maruah Melayu, Melayu tercabar dan sebagainya?

Orang Melayu juga ramai yang mahukan Najib berundur. Orang Cina menolak Najib kerana mahu menggantikannya dengan pemimpin Melayu yang lain dan orang Melayu juga menolak Najib kerana inginkan tokoh Melayu lain menggantikannya. 

Pernahkah kita dengar jika Najib disingkirkan, pemimpin Cina sebagai gantinya?

Maka, di mana rasisnya menolak dan menyingkirkan Najib itu?

Himpunan baju merah  pada asasnya tidak dapat disembunyikan daripada hakikat untuk menunjukkan sokongan dan mempertahankan Najib Razak semata-mata tetapi telah ditukar corak menjadi perkauman dan Kemelayuan dengan harapan semua Melayu terkaut sama dengannya.

Cubalah dengar apa kata penganjur dan semua pemimpin yang berucap di pentas Padang Merbok tempohari. Semuanya memuji Najib dan mempertahankan seolah-olah beliau masih kuat sokongannya sehingga sesiapa yang memakai pakaian merah pada hari tersebut juga diangggap menyokong Perdana Menteri.

Melayu sebenarnya tiada masalah dengan orang Cina dan begitulah juga sebaliknya. Semua kita saling memerlukan antara satu sama lain sejak dulu lagi. Kita tidak boleh hidup sendirian dan kemajuan seperti sekarang juga tidak mungkin dapat dicapai melalui usaha satu-satu kaum saja.

Peserta himpunan baju merah sendiri bukan saja memerlukan kaum Cina sebagai rakan kongsi, malah menempah baju T, membeli garam, kicap, pisau cukup untuk kegunaan seharian juga mungkin di kedai orang Cina.

Masalah kita dan punca segala masalah kita sebenarnya ialah Najib. Masalah kita tidak sesekali orang Cina dan bukan juga ada kena mengena dengan maruah bangsa kita sendiri.

Buang dan singkirkan punca masalah ini, selesailah semuanya. Tak perlu kalut-kalut dengan ancaman Cina, Melayu bangkit, maruah Melayu, mahukan tapak berniaga di Jalan Petaling dan sebagainya.

Ahmad Maslan Derhaka Kepada Sultan Johor, Perlu Tinggalkan Johor...

Posted: 19 Sep 2015 06:49 AM PDT

KELAB GREENBOC


Johor tak terima golongan rasis, tangkap mereka, titah Sultan

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang amalan bersifat perkauman dan negeri Johor tidak memberi ruang kepada sebarang isu dan sikap perkauman.

Malah, titah baginda, pihak berkuasa negeri itu digesa menangkap sesiapa sahaja yang terlibat menghasut rakyat Johor untuk bertindak sedemikian.

"Mereka yang membenci dan mengamalkan perkauman tidak pernah saya terima di Johor Darul Ta'zim dan tidak mungkin saya menerima mereka.

"Kepada pihak berkuasa, berkas mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mempromosikan perkauman.


"Jangan pilih kasih, cari jalan penyelesaiannya ke akar umbi," titah Sultan Johor itu di laman Facebook rasmi baginda.

Malah, Sultan Ibrahim menerusi laman sosial itu turut menasihatkan individu yang mengamalkan sikap perkauman supaya keluar dari negeri itu serta-merta.

"Ini kerana, Johor adalah rumah kepada Bangsa Johor yang terdiri dari Orang Melayu, kaum Cina dan kaum India.

"Ini adalah satu perintah. Jangan amalkan sikap perkauman dan membenci, atau lebih baik tinggalkan Johor,"
titahnya.

Jelas baginda, pihaknya bertungkus-lumus demi untuk kepentingan Bangsa Johor dan Negeri Johor, dan memastikan semua rakyat negeri itu hidup dalam harmoni serta negeri semakin maju.

"Mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mengamal sikap perkauman akan berhadapan dengan tindakan tegas." -TMI


ULASAN GB

Sebagai ahli parlimen Pontian Johor, Ahmad Maslan dilihat telah menderhakai titah Sultan Johor agar tidak mengamalkan sikap perkauman dengan menyertai himpunan baju merah semalam.

Tetap sebagai pembodek Najib yang tegar, nampaknya Ahmad Maslan tidak memperdulikan titah Sultan Johor.

Beliau dilihat sedang berkonvoi dengan motosikal bersama-sama dengan peserta himpunan merah.

Sekumpulan peserta daripada perhimpunan itu dikatakan cuba merempuh kawasan perniagaan di Jalan Petaling sehingga pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan tembakan meriam air bagi menyuraikan mereka.

Sebelum ini terdapat peserta membaling pasukan FRU dengan botol plastik selain membuat provokasi kepada polis, termasuk menggelar mereka "barua Cina".

Tiga anggota polis tercedera semasa berlakunya kekecohan di hadapan pintu gerbang Jalan Petaling.

Yang kelakar dan peliknya Najib berkata beliau tidak pernah melihat himpunan rakyat berlangsung dalam keadaan sangat aman seperti hari ini... tetapi beliau sendiri mengarahkan polis menyiasat insiden kekecohan yang berlaku itu.

[VIDEO & GAMBAR] Terkini: Hotel Di Mekah Terbakar, 1000 Dipindahkan

Posted: 19 Sep 2015 04:15 AM PDT

KELAB GREENBOC

 
Kira-kira 1.000 anggota jemaah haji berasal dari Asia dipindahkan dari hotel mereka setelah berlaku kebakaran yang menyebabkan dua orang cedera, Khamis (17/9/2015) waktu tempatan.

Kebakaran bermula di tingkat 16 sebuah bangunan 20 tingkat di kawasan kejiranan Aziziya di sini semalam.

Memetik Al Jazeera, sekurang-kurangnya dua jemaah cedera dalam kejadian itu.

Sementara itu, sebahagian petugas pemadam kebakaran berusaha untuk menyelamatkan dua anggota jemaah haji yang mengalami luka kebakaran di tingkat 8 hotel berkenaan. Demikian menurut keterangan agen pertahanan awam di Arab Saudi.

Namun, agen tersebut tidak menyebutkan asal negara anggota jemaah haji yang dipindahkan dan tak menjelaskan penyebab kebakaran tersebut.

Lebih dari 1 juta anggota jemaah haji telah tiba di Mekkah pada musim haji tahun ini.

Ibadah haji merupakan ibadah tahunan terbesar di dunia. Menunaikan haji merupakan salah satu dari lima rukun Islam dan wajib dilaksanakan oleh Muslim yang mampu.

Selain kebakaran, terdapat peristiwa yang cukup menggemparkan pada musim haji tahun ini, yakni robohnya kren yang menyebabkan 107 anggota jemaah haji meninggal dan beberapa di antaranya berasal dari Asia. 


LIHAT VIDEO DI SINI DAN DI SINI





Khalid, Dr Maza Tunai Haji Atas Jemputan Raja Arab Saudi

Posted: 19 Sep 2015 04:05 AM PDT


Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
 
 

Khalid bersama Dr Maza terpilih menunaikan haji menerusi jemputan Raja Arab Saudi.

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dipilih menunaikan haji menerusi program Tetamu Haji Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz.

Perkara tersebut dimaklumkan Dr Mohd Asri atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Maza menerusi facebook miliknya, DrMAZA.com pada Jumaat.

"Hari ini (Jumaat) masuk hari ketiga saya di Mekah untuk menunaikan haji. Kami dalam program Tetamu Haji Raja Salman bin Abdul Aziz.

"Teman sebilik saya ialah Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara. Menarik juga berbual dan bertukar-tukar pengalaman dengan beliau.


Antara gambar yang dikongsi Dr Maza di laman Facebooknya.
"Persepsi mungkin tidak sama dengan realiti. Tanggungjawab dan tugas masing-masing menanggungnya untuk negara tercinta," kata Dr Maza.

Menurut entri di facebook tersebut, Khalid dilantik sebagai ketua rombongan Malaysia manakala Dr Maza pula sebagai mufti haji.

Turut mengiringi mereka Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim yang bertanggungjawab sebagai timbalan ketua rombongan tersebut.

"Doakan agar Allah menerima ibadah kami semua," katanya.

Dr Maza turut berkongsi beberapa keping gambar bersama Khalid di Tanah Suci.

Felixia Yeap Kecam Pihak Guna Gambarnya Untuk Tujuan Politik

Posted: 19 Sep 2015 04:01 AM PDT

Oleh: RASHVINJEET S. BEDI
 
 
Felixia Yeap 1
Felixia Yeap
 
 
PETALING JAYA: Model Felixia Yeap enggan dirinya dikaitkan dengan parti yang baru dilancarkan, Parti Amanah Negara (Amanah), selepas gambar kononnya menunjukkan beliau menyokong parti itu tersebar di rangkaian sosial.

Bekas model majalah Playboy yang memeluk Islam pada Julai tahun lepas itu berkata beliau tidak mahu gambar atau namanya digunakan untuk sesuatu yang mempunyai kaitan dengan politik.

"Saya tidak berminat untuk terlibat apa-apa yang berkaitan politik. Sila padam gambar ini. Keadaan terdesak anda membuat anda kelihatan menyedihkan," kata Felixia atau nama Islamnya Raisha Rania, dalam laman Facebook, Sabtu.

Gambar itu menunjukkan gambarnya dengan kata-kata, "Saya Felixia Orang Cina & Beragama Islam" dan "Islam rejects racism".


 
Terdapat juga simbol Amanah dalam gambar tersebut.

Parti Amanah telah dilancarkan secara rasmi pada 16 September dengan acara itu dihadiri oleh pemimpin PKR dan DAP.

Kepimpinan tertingginya terdiri daripada bekas ahli-ahli progresif PAS.
 
 

Pelihara Lebih 600 Anjing, Mak Intan Sedia Hadapi Penyakit Anjing Gila

Posted: 19 Sep 2015 03:56 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Pemilik Pusat Perlindungan Haiwan Pak Mi, Halijah Idris,68, atau lebih dikenali sebagai Mak Intan sedang membelai anjingnya ketika ditemui di Pusat Perlindungannya di Jalan Bendahara Jumaat. Susulan dari pengumuman Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengisytiharkan tiga negeri di Utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila, Halijah telah bersedia lebih awal dengan perkara itu melalui suntikan vaksin dan memeriksa suhu badan setiap anjing peliharaannya.
-fotoBERNAMA
 
 
 
ALOR SETAR: Walaupun Kedah telah diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila, bagi pencinta haiwan, Halijah Idris,68 atau lebih mesra dikenali sebagai Mak Intan, beliau telah bersedia lebih awal untuk melindungi haiwan peliharaannya.

Memelihara lebih 600 ekor anjing jalanan di tanah rizab kerajaan kira-kira 500 meter di belakang Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini, Mak Intan yang meneruskan perjuangan arwah suaminya Muhammad Azmi Isma bagi membela anjing-anjing jalanan yakin dengan penjagaan rapi dan amalan pencegahan dilakukannya.

Ketika ditemui pemberita di tempat pemeliharaan anjingnya, Mak Intan sedang leka memberikan antibiotik kepada anjing-anjing dan sedang membersihkan tempat makanan dan minuman untuk anjing tersebut.

Beliau berkata, dua minggu sebelum pengisytiharan jangkitan penyakit itu, beberapa rakan arwah suaminya dari Thailand ada memaklumkan mengenai wabak berkenaan yang dijangka merebak ke utara negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, anjing-anjing peliharaannya dikawal rapi melalui pemberian vaksin awal bagi mencegah pelbagai penyakit termasuk penyakit anjing gila dan memeriksa suhu badan setiap anjing belaannya.

Anjing yang mempunyai suhu badan 40 darjah celcius ke atas katanya akan diasingkan dalam satu sangkar khas dan dipantau rapi, dan hanya akan dilepaskan selepas tiga hari.

"Awal-awal dah vaksin, lepas itu jaga makanan, kebersihan, minuman dan lepas itu bagi antibiotik sementara dapatkan ubat rabies daripada Jabatan Haiwan.

"Mak Intan kurung dan tak lepas, tak lepas luar langsung, tak campur luar langsung, Mak Intan kawal 24 jam dan tak kasi campur anjing luar, tapi buat masa ini kesemua anjing-anjing Mak Intan tak ada tanda-tanda penyakit itu," katanya.

Jelasnya, beliau mendapatkan bekalan ubat-ubatan dan antibiotik serta vaksin daripada beberapa doktor haiwan daripada Persatuan Pencegahan Penganiyaan Haiwan Kedah (SPCA).

Pada Khamis, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengisytiharkan tiga negeri di utara Semenanjung Malaysia - Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila selepas 20 kes jangkitan ke atas manusia dikesan di negeri berkenaan.
 
 

Ujian DNA Sahkan Mayat Kevin Morais

Posted: 19 Sep 2015 03:54 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Kevin Anthony Morais.
 
 
PETALING JAYA: Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat yang ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Subang, Selangor pada Rabu lalu mengesahkan ia adalah Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad.

Pada Jumaat, adik mendiang, Datuk Richard Morais dan abangnya, David menjalani ujian DNA di Institut Forensik Nasional di Hospital Kuala Lumpur.

Mayat mendiang Kevin Morais ditemui disumbatkan dalam tong dram berisi konkrit di Subang Jaya, dekat sini Rabu lepas selepas seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.

Kevin Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 September selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.


Himpunan baju merah: Manifestasi jiwa hamba

Posted: 19 Sep 2015 03:45 AM PDT

Baju Merah-715315


 Oleh Mahdzir Ibrahim


Sejurus tamat perhimpunan kumpulan baju merah, saya meneliti beberapa laporan, banyak perkara dan ucapan yang klise seperti mana ceramah-ceramah dalam perhimpunan yang ada.

Perhimpunan ini jelas sekali mahu mencari peluang untuk menunjukkan rasa marah penganjur (Melayu) kepada 'Cina'. Tetapi ia diskopkan kepada 'Cina DAP', mungkin jika Cina sahaja, bimbang rakan-rakan MCA dan Gerakan akan marah. Contohnya, Ibrahim Ali seperti dilaporkan berkata, "Dulu kita bukan masyarakat majmuk tetapi melalui rundingan dan tolak ansur kita menerima kaum lain. Kita bagi mereka kerakyatan. Kita bagi kerakyatan kita ingat mereka berterima kasih. Tetapi saya tak salahkan orang Cina. Yang merosakkan perpaduan ini adalah DAP, yang lahir dari PAP Singapura ."

Seperti selalu, retorik Ibrahim Ali ini memang satu ayat 'mujarobat' paling popular untuk hati-hati yang hasad. Siapakah 'kita' yang dimaksudkan oleh Ibrahim Ali ini? Dia dan bapa dia atau suku-sakat dia? Siapa?

Retorik Ibrahim Ali ini telah sampai ke tahap bodoh sampah. Jika Ibrahim Ali malas membaca, saya harap orang-orang kanannya rajinlah sikit membaca, kemudian bisikan ke telinga Ibrahim Ali, DAP itu lahir di mana, bila dan bagaimana. Tetapi harapan saya saya ini mungkin terlalu tinggi.

Ada juga tokoh pecacai membuat uacapan, "Kita tak mahu merempat di bawah tapak kaki orang lain. Kita tak mahu kita jadi pencacai kepada bangsa lain," kata Jamaluddin Yusof. Tak mahu jadi 'pecacai bangsa' lain itu menjelaskan lagi jiwa hamba kumpulan-kumpulan ini. Mereka hanya mahu bertuankan dari bangsa mereka, tak kira bangsa mereka itu korup atau zalim. Inilah psiki jiwa hamba yang ditanam sejak sekian lama oleh parti UMNO (dakwaan yang klise tetapi benar).

hbm2Kemudian Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin pula berpidato, "Dengan kalimah La Ilaha Illallah bumi ini kita tidak akan benarkan bumi ini dijajah selama-lamanya… Hidup Melayu!" Ini contoh klasik perasaan assobiyah diadun dengan elemen 'agama' dan Islam untuk meyakinkan lagi kepercayaan mereka bahawa mereka dijajah oleh 'bangsa lain' (Cina DAP).

Menyalahkan Cina DAP ini sangat mudah. Tak mencabar pun. Mudah dijangka. Inilah tanda-tanda jiwa hamba. Kelemahan dan kebodohan mereka adalah salah Cina DAP.

Seterusnya Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar dalam ucapannya menggesa kerajaan agar mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menyekat himpunan seperti Bersih 4 yang didakwa menghina pemimpin Melayu.

Mencadangkan ISA dikembalikan hanya untuk menghalang perhimpunan Bersih adalah hujah yang sangat popular tetapi dangkal. Undang-undang itu sendiri anti-demokrasi, bagaimana undang-undang tersebut akan berlaku adil kepada rakyat? Ini tak pula difikirkan oleh beliau. Namun, pada hakikatnya, kan akta ISA ini sudah dimansuhkan sebenarnya?

Mencadangkan Cina DAP sebagai punca masalah UMNO pada hari ini sememangnya cadangan yang sudah kotai. Yang membuat rasuah, yang menerima derma, yang membuat kerugian syarikat GLC dan yang membuat dasar serta keputusan ekonomi adalah kerajaan UMNO-BN yang diketuai oleh Melayu.

Mereka yang berjiwa hamba, sememangnya tidak akan mampu dan tak mahu melihat lebih jauh dari hakikat ini. Sebaliknya, jiwa hamba ini hanya melihat 'tuan'nya adalah maksum sebab tuannya itu dari kalangan sebangsa dan seagama dengannya. Seolah-olah, tanda-tanda 'ketuhanan' pada tuan mereka ini sejak azali lagi.

redshirt-fightMereka yang berjiwa hamba ini tidak dapat menerima hakikat bahawa tuan dari bangsanya itu tidak maksum. Mereka yang berjiwa hamba ini tidak dapat terima hakikat bahawa tuan dari bangsanya itu mungkin penipu, pencuri atau pemfitnah.

Perhimpunan ketika Hari Malaysia ini, tidak membawa apa-apa cadangan membina kepada rakyat Malaysia. Seolah-olah, Melayu di Malaysia ini hidup sendirian. Slogan Hidup Melayu? Melayu mana yang perlu hidup? Hidup yang bagaimana? Dengan GST? Tak pula hujah dan retorik ini kedengaran.

Jiwa hamba hanya mampu berteriak-teriak, tatkala kepenatan, mereka memaki hamun. Inilah Hari Malaysia yang paling memalukan. – Roketkini.com

*Penulis adalah Ahli Jawatankuasa DAP Johor, seorang pendukung seni dan budaya

Himpunan baju merah yang disokong Najib jadi medan kutuk kaum bukan-Melayu

Posted: 19 Sep 2015 03:43 AM PDT

hbm1

Roketkini.com


SUBANG JAYA: Perhimpunan baju merah di Kuala Lumpur semalam telah menjadi medan mengecam dan mengutuk kaum bukan-Melayu, khususnya kaum Cina, dengan kata-kata kesat.

Malah, ia bersifat provokasi perkauman dengan justifikasi agama yang menggunakan tafsiran yang salah, kata aktivis muda DAP, Nor Miswary Ramli.

Beliau selaku Penolong Setiausaha DAP USJ Subang Jaya berkata, tindakan puak tersebut mengaitkan DAP kerana kegagalan UMNO-Barisan Nasional membela maruah Melayu adalah bukti tindakan mereka yang berada di luar ketamadunan manusia.

"Dakwaan tersebut jelas berniat jahat dan sangat tidak berasas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Di perhimpunan semalam para peserta dilaporkan mengutuk dan menyerang polis di kawasan perniagaan Petaling Street.

Selain itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa, dengan angkuhnya menyatakan perkauman adalah sesuatu yang dibenarkan oleh Islam, dan tidak ada salahnya menjadi rasis untuk mempertahankan kaum sendiri "asalkan tidak menzalimi kaum lain".

Ketua Penerangan UMNO yang berjawatan timbalan menteri, Datuk Ahmad Maslan serta beberapa pemimpin UMNO turut hadir memberi sokongan kepada perhimpunan perkauman itu.

Menurut Nor Miswary, walaupun ramai pihak marah dengan puak baju merah yang mencetuskan provokasi perkauman, lebih ramai yang kecewa apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyokong dan memuji perhimpunan rasis tersebut.

"Sokongan Perdana Menteri telah memberi gambaran betapa Malaysia dipimpin oleh mereka yang hanya menjual slogan daripada mempraktikkannya.

"Apakah gelaran Bapa Transformasi beliau telah bertukar menjadi Bapa Perkauman dengan pujian itu?" soal beliau.

Tambah beliau, walaupun DAP meraikan hak untuk berhimpun secara aman, rakyat menolak perhimpunan provokasi perkauman yang mengecam kaum-kaum lain serta menyebar fitnah dan pembohongan terhadap pihak lain, khususnya DAP. – Roketkini.com


Beza Perhimpunan Bersih 4.0 VS Himpunan Baju Merah? 20 Fakta Yang Perlu Anda Tahu!

Posted: 19 Sep 2015 12:57 AM PDT

BERITA SEMASA


Beza Perhimpunan Bersih 4.0 VS Himpunan Baju Merah?

Kedua-dua perhimpunan telah pun berlalu, masing-masing dengan matlamat mereka dan penyokong mereka seperti mana hak yang dijamin dalam perlembagaan untuk mereka berhimpun bersama bagi menyuarakan suara mereka kepada umum.

Selepas Berita Semasa memerhatikan kedua-dua kumpulan ini mengadakan perhimpunan mereka baik Perhimpunan Bersih 4.0 ataupun Himpunan Baju Merah semalam, Berita Semasa dapat membuat kesimpulan dan membezakan apa sebenarnya yang berlaku disebalik kedua-dua perhimpunan ini.

 Contohnya seperti di bawah ini yang telah kami susun mengikut nombor antara Perhimpunan Bersih 4.0 dan Himpunan Rakyat bersatu Baju Merah :

Perhimpunan Rakyat Bersatu

 

Perhimpunan Bersih 4.0?

  1. Tema baju adalah berwarna kuning
  2. Baju kuning yang dipakai peserta kebanyakannya dibeli peserta sendiri
  3. Mahu Najib Razak letak jawatan
  4. Mahu pilihanraya yang bersih, rasuah dibanteras, kerajaan yang telus, demokrasi dipelihara dan ekonomi Malaysia diselamatkan
  5. Tidak menggunakan bas PLKN
  6. Kebanyakan datang sendiri
  7. Majoriti peserta adalah kaum Cina
  8. Ada pelbagai bangsa lain. Peserta yang berbangsa Melayu hanya 20-35 peratus
  9. Disokong oleh Pakatan Rakyat contohnya PKR dan DAP
  10. PAS tidak menggalakkan ahlinya untuk turut serta dalam perhimpunan Bersih 4.0 kali ini tetapi tidak menegah ahlinya untuk turut serta
  11. Mendapat sokongan Tun Dr Mahathir
  12. Bersih 4.0 dapat pungutan derma termasuklah jualan baju Bersih 4.0 berwana sejumlah RM2.4 juta
  13. Tidak mendapat permit daripada DBKL
  14. Mendapat amaran keras dan ditemplak kalangan menteri disebalikpenganjuran Perhimpunan Bersih 4.0
  15. Terpaksa membayar RM65,000 kepada DBKL disebabkan kekotoran dan kebersihan bandaraya Kuala Lumpur sepanjang penganjuran
  16. Ditemplak oleh Perdana Menteri, Najib Razak selepas menganjurkan perhimpunan ini dengan termasuklah peserta tidak patriotik, tidak aman dan sebagainya
  17. Tidak berlaku sebarang kekecohan
  18. Bersih 4.0 kata 200,000 yang hadir dalam perhimpunan ini
  19. Penganjuran berlangsung selama 48 jam
  20. Ada peserta Perhimpunan yang ditangkap ketika berhimpun

 

Himpunan Baju Merah

  1. Tema baju adalah berwarna merah
  2. Baju merah yang dipakai peserta kebanyakannya diedarkan pengajur secara percuma
  3. Sokonga Najib Razak. Lim Kit Siang diberikan amaran keras, Cina DAP ditemplak
  4. Sokong kerajaan yang dipilih melalui pilihanraya, hormati hak melayu dan agam Islam di Malaysia, mahu ISA dikembalikan
  5. Bas PLKN digunakan
  6. Kebanyakan peserta datang dengan bantuan bas
  7. Majoriti peserta adalah bangsa Melayu.
  8. Sukar untuk melihat bangsa lain dalam perhimpunan ini
  9. Disokong oleh UMNO
  10. MCA tidak sokong himpunan ini
  11. Tun Dr Mahathir tidak sokong
  12. Tiada pungutan derma diadakan sebaliknya penganjur dilihat mengeluarkan dana dan modal mereka sendiri untuk menganjurkannya
  13. Dapat permit dari DBKL
  14. Mendapat sokongan penuh daripada kalangan menteri. Malah ada pemimpin UMNO tertinggi dan menteri yang turut turun padang dalam Himpunan Baju Merah ini
  15. Ada kekotoran dan kebersihan tidak dijaga sepanjang penganjuran. Adakah Himpunan Baju Merah juga akan disuruh bayar denda? Terkini, Berita Semasa dimaklumkan yang DBKL akan hantar notis tuntutan denda
  16. Perdana Menteri memuji perilaku dan cara penganjuran selepas selesai Himpunan baju Merah ini
  17. Berlaku kekecohan apabila seorang peserta cedera apabila dibaling kon oleh peserta himpunan itu sendiri dan 3 polis cedera apabila berhadapan dengan peserta Himpunan Baju Merah
  18. Penganjur mengatakan seramai 250,000 yang hadir dalam himpunan ini
  19. Penganjuran berlangsung dari pagi sampai petang
  20. Sudah mula menahan peserta yang buat kecoh
P/S : Semangat manusia tidak boleh dipaksa-paksa, dibayar, disuap. Tetapi semangat itu akan datang atas kehendak sendiri

Lagi gambar apa yang berlaku semalam ada di bawah ini….


PKR dijangka meninggalkan Pas

Posted: 19 Sep 2015 12:48 AM PDT

 
PKR kemungkinan mengambil keputusan berpisah dengan Pas dan memilih untuk bersama-sama DAP dan PAN bagi membentuk PR 2.0.


PAS-PKR1


PETALING JAYA : Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mengambil pendirian berpisah dengan Pas bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) bersama DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Jangkaan itu dibuat oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Dengan jangkaan keputusan PKR itu, beliau berkata, Pas berkemungkinan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) secara bersendirian menggunakan pengaruh dan kekuatan sendiri.

"PPP mengunjurkan PRU14 nanti adalah pertandingan pelbagai parti (multi parties system), di mana Pas akan muncul sebagai salah satu parti yang berpengaruh," katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Ahli Majlis Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama membentuk kerajaan dengan mana-mana pihak selepas PRU14 yang menghormati dasar perjuangan dan menyokong usaha Pas menyuruh kebaikan (maaruf) dan mencegah keburukan (mungkar) demi kesejahteraan Malaysia.

Diminta mengulas kenyataan DAP yang tidak mahu menyertai PR 2.0 sekiranya Pas menyertai gabungan itu, Dr Zuhdi berkata,

"Pas Lebih teguh dalam keadaan seperti hari ini, iaitu tiada hubungan dengan DAP dan golongan yang selama ini cuba memesongkan jati diri perjuangan Pas telah keluar menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (Parti Amanah Negara)," katanya.

Pembunuhan Kevin Morais: Masyarakat turut bersalah

Posted: 19 Sep 2015 12:36 AM PDT

 
Kevin Morais mungkin dapat diselamatkan sekiranya orang ramai yang melihat kejadian itu membuat laporan awal kepada pihak polis.


kevin,murder


PETALING JAYA: Sikap dingin masyarakat dalam mengambil tahu hal orang lain merupakan antara faktor yang menyebabkan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dibunuh kejam.

Ini kerana, kejadian penculikan Kevin Morais telah dilihat oleh ramai orang tetapi mereka memilih jalan berdiam diri dan tiada seorang pun yang membuat laporan polis.

Akhbar China Press melaporkan, Kevin Morais telah diculik hanya kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Jalan Dutamas Raya.

Pada hari kejadian pada 4 September, Ketika Kevin Morias dalam perjalanan ke tempat kerja di Putrajaya, empat penculik yang kemudian menjadi pembunuh dengan sengaja mewujudkan kemalangan jalan raya.

Tanpa mengesyaki apa-apa, Kevin Morais telah turun dari kereta untuk memeriksa keadaan kenderaannya itu dan seterusnya menyebabkan dia diculik.

Kejadian itu berlaku ketika waktu puncak dan dalam kesesakkan lalu lintas, maka kejadian itu disaksikan orang ramai yang tersangkut dalam kesesakkan jalan raya.

Tiga orang berperanan memasukkan Kevin Morais ke dalam pickup jenis Mitsubishi Triton sementara seorang lagi memandu kereta mangsa.

Menurut polis, sekiranya orang ramai membuat laporan, nasib Kevin Morais mungkin berubah atau dia mungkin dapat diselamatkan lebih awal.

Dalam pada itu, sumber polis memberitahu, pembunuhan Kevin Morais telah dirancang secara teliti oleh pembunuh.

Kata sumber, pembunuh mengelak menggunakan jalan raya bertol tidak kira dalam proses penculikan, pembunuhan atau pelupusan mayat.

Pembunuh turut menjadikan sebuah bengkel untuk menjalankan kerja-kerja menyembunyikan mayat yang disimen dalam tong dram.

Kedah menang bergaya, belasah Terengganu

Posted: 19 Sep 2015 12:31 AM PDT

BERNAMA

 

kedah_M
Pemain pasukan Kedah Sandro Da Silva melompat bagi meraikan jaringannya pada perlawanan Liga Malaysia di antara Kedah menentang Terengganu di Stadium Darul Aman malam tadi. -Foto Bernama

  
KUALA LUMPUR, Juara Liga Perdana, Kedah mengutip tiga mata berharga dalam saingan Piala Malaysia 2015 selepas melakar kemenangan selesa 5-0 ke atas Terengganu pada aksi Kumpulan A di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Helang Merah mendahului carta kedudukan Kumpulan A dengan empat mata hasil satu kemenangan dan satu seri.

Penyerang import dari Brazil, Sandro Da Silva muncul wira pasukan Kedah apabila meledak hatrik pada minit ke-51, ke-66 (penalti) dan ke-81.

Dua lagi gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Muhd Farhan Roslan pada minit ke-71 dan Mohd Alif Fadzil pada minit ke-86.

Terdahulu, Terengganu terpaksa beraksi dengan sembilan pemain setelah pengadil, Muhd Nazmi Nasaruddin melayangkan dua kad merah kepada pemain pasukan pelawat yang melakukan kekasaran ke atas pemain Kedah.

Muhd Hafizal Mohamad menerima kad merah pada minit ke-24 selepas mengasari Muhd Farhan sebelum penyerang Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha diperintah keluar padang pada minit ke-75 selepas mengasari Osman Md Yusuf.

Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, pasukan Kelantan gagal mengutip mata penuh di laman sendiri selepas seri 1-1 menentang Felda United pada aksi Kumpulan C.

Gilmar da Silva meletakkan skuad 'The Red Warriors' di hadapan pada minit ke-48 selepas bijak menyambar bola yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Felda United, Mohd Farizal Harun, sebelum pasukan pelawat menyamakan kedudukan hasil jaringan Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-63.

Malam ini, enam lagi perlawanan Piala Malaysia akan berlangsung melibatkan, masing-masing dua perlawanan dalam Kumpulan B dan D selain satu perlawanan dalam Kumpulan A dan C.

Pelakon ‘Ku Tinggal Cinta di Okinawa’ ditahan miliki dadah

Posted: 19 Sep 2015 12:28 AM PDT

BERNAMA

 

Handcuffs isolated in white background, clouse up
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata dalam kejadian pukul 11 malam itu, pelakon yang membintangi drama 'Ku Tinggal Cinta di Okinawa' itu ditahan selepas polis menemui satu paket plastik berisi ceraian daun kering disyaki ganja dan 1/2 biji pil eramin 5, di biliknya.


KUALA LUMPUR, Polis menahan seorang pelakon wanita berusia 20 tahun bersama dua lagi rakannya kerana disyaki memiliki ganja seberat 627.59 gram dalam serbuan di sebuah kediaman di Subang Parkhomes, Subang Jaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata dalam kejadian pukul 11 malam itu, pelakon yang membintangi drama 'Ku Tinggal Cinta di Okinawa' itu ditahan selepas polis menemui satu paket plastik berisi ceraian daun kering disyaki ganja dan 1/2 biji pil eramin 5, di biliknya.

Yahaya berkata pihaknya turut menahan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang sedang tidur di sebuah bilik kedua di kediaman itu setelah menemui satu beg mengandungi tiga paket plastik lutsinar berisi ceraian daun kering disyaki ganja seberat 15.74 gram bersama dua bilah pisau di bahagian atas almari baju.

"Pemeriksaan di bilik ketiga menemui satu beg kertas mengandungi dua paket plastik lutsinar setiap satu mengandungi satu ketulan mampat berisi bahan disyaki ganja seberat 609.66gram dalam baju," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, selain itu, satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki ganja seberat 2.19gram turut dijumpai di atas meja di ruang tamu rumah berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Wariskan kemakmuran, bukan hutang

Posted: 19 Sep 2015 12:17 AM PDT

Faiz Fadzil





Krisis kemelesetan ekonomi yang sedang menghantui negara amat membimbangkan terutama kepada anak muda.

Untuk mengatasi kemelut ekonomi yang semakin membarah ini, perdana menteri mengumumkan suntikan dana sebanyak RM20 billion ke dalam pasaran saham domestik melalui syarikat ValueCap Sdn Bhd.

Syarikat ini dimiliki oleh agensi kerajan iaitu Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Langkah ini menimbulkan pelbagai persoalan:

1) Mengapakah kerajaan tidak menggunakan dana RM20 billion tersebut untuk tujuan pelaburan dalam aktiviti ekonomi sebenar (real economy). Langkah itu akan mendatangkan kesan pengganda (multiplier effect) lebih tinggi yang mana akan meningkatkan aktiviti ekonomi domestik.

Langkah ini sekali gus menambahkan pendapatan dan menghasilkan peluang pekerjaan kepada rakyat jelata. Kita bimbang kerana suntikan modal sebegini hanya menaikkan nilai keuntungan di atas kertas semata-mata.

2) Adakah suntikan dana RM20 bilion ini akan menggunakan wang rakyat kerana pemegang saham ValueCap terdiri daripada institusi yang dilihat sebagai lubuk tabungan rakyat iaitu KWAP, PNB dan Khazanah Nasional Bhd?

3) Adakah suntikan dana ini merupakan pakej pemulihan jangka panjang dan cekap dalam menangani krisis yang sedang dihadapi?

Persoalan ini timbul kerana langkah yang sama telah dilakukan oleh kerajaan China beberapa bulan dahulu namun akhirnya mengheret pasaran saham republik itu ke dalam tragedi China Black Monday pada tanggal 24 Ogos 2015.

Hanya langkah pintas

Tidakkah sentimen negatif terhadap kewangan negara akan bertambah memandangkan langkah China berkenaan turut dikritik hebat oleh para pakar ekonomi dan penganalisis dunia?

4) Siapakah yang akan mendapat faedah sebenar daripada suntikan dana ini? Seterusnya, apakah jaminan kerajaan bagi memastikan suntikan dana tersebut tidak dimanipulasi untuk kepentingan politik dan juga individu tertentu?

Suntikan dana ini dibimbangi akan dimanipulasi melalui pemberian 'duit kopi' untuk tujuan pembersihan wang haram (money laundering) sepertimana yang didakwa berlaku dalam skandal 1MDB.

Kerajaan harus sedar bahawa penyusutan nilai mata wang negara yang mendadak perlu ditangani dengan segera bagi pemulihan ekonomi jangka panjang.

Suntikan dana tersebut hanyalah langkah pintas dan bersifat pemulihan jangka pendek semata-mata yang bakal mendedahkan pasaran Malaysia sekali lagi kepada aliran keluar dana asing yang lebih besar, terutamanya setelah suntikan RM20 billion itu habis dibelanjakan.

Jumlah sebesar ini jika disuntik sebagai peruntukan untuk merancakkan aktiviti ekonomi kecil dan sederhana seluruh negara mampu meningkatkan pendapatan rakyat melalui peluang penglibatan dalam ekonomi domestik yang lebih luas.

Pihak kerajaan sering menggunakan alasan bahawa fenomena global menyebabkan penyusutan nilai mata wang, namun kerajaan tidak dapat menafikan bahawa skandal 1MDB dan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi PM sendiri telah menggalakkan dan meningkatkan lagi sentimen negatif terhadap kedudukan ekonomi negara.

Justeru kami melihat bahawa perdana menteri sepatutnya meletak jawatan terlebih dahulu sebagai langkah awal yang cekap dan bertanggungjawab bagi memulihkan ekonomi negara.

Pemimpin negara wajib mendahulukan nasib negara dengan membela masa depan anak muda. Kami mahu mewarisi kekayaan yang adil lagi saksama di samping kesenangan hidup tanpa bebanan kos saraan yang tinggi.

Wariskanlah kepada kami kemakmuran dan bukannya bebanan hutang dan pinjaman. Kami gusar apabila melihat nasib anak muda semakin bertambah terbeban.

Perhimpunan baju merah, Rabu lalu gagal melihat keseriusan kemelut ini. Jika api perkauman yang mahu diwariskan, kami bimbang masa depan anak muda amat gelap.

Mereka bukan sahaja akan dalam kemiskinan, malah dalam persengketaan dan perbalahan sesama sendiri. Kami khuatir nantinya yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang.


FAIZ FADZIL Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara

Gesa Mujahid letak jawatan kerana sertai Amanah

Posted: 18 Sep 2015 11:57 PM PDT

Mujahid
Mujahid
 
 
PARIT BUNTAR - Pas kawasan Parit Buntar mendesak Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu serta-merta berikutan tindakannya menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
 
Yang Dipertua (YDP) Pas kawasan Parit Buntar, Abdul Bahrin Md Desa berkata, desakan itu dibuat setelah mengambil kira kemenangan Dr Mujahid pada dua Pilihan Raya Umum (PRU) terdahulu adalah hasil pencalonan Pas kawasan atas kelayakannya sebagai ahli Pas.
 
Menurutnya, Mujahid tidak berpeluang dicalonkan bertanding kerusi Parlimen Parit Buntar jika bukan ahli Pas, tambahan pula dakwaan beliau menganggap diri sebagai calon pilihan rakyat dan mendapat sokongan masyarakat Cina Parlimen ini adalah tidak tepat.
 
"Saya ingin mengingatkan Mujahid akan keperitan ahli-ahli bawahan yang berkorban masa, harta dan kesenangan demi membantu kemenangan beliau dalam PRU ke-13 sebelum ini.
 
"Tindakan beliau menyertai Amanah seolah-olah satu pengkhianatan besar kepada ahli Pas kawasan ini di mana kesemua mereka kecewa dengan keputusan yang membelakangi pengorbanan petugas dan pengundi," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Pas kawasan Parit Buntar, di sini semalam.
 
Abdul Bahrin berkata, sebagai orang luar yang diberi kepercayaan parti untuk menjadi wakil rakyat bagi penduduk Parit Buntar, Dr Mujahid tidak sewajarnya memperkecilkan sokongan diberikan ahli Pas kawasan di peringkat akar umbi.
 
Menurutnya, di sebalik kesungguhan beliau menyertai Parti Amanah, Pas kawasan Parit Buntar masih memberi Mujahid peluang untuk kembali beristiqamah dalam perjuangan Pas melalui dua siri pertemuan hati ke hati yang diadakan sebelum ini.
 
"Bagaimanapun, dalam pertemuan itu, Mujahid bersedia mengosongkan ruang pejabatnya yang dipinjamkan Pas kawasan Parit Buntar pada 31 Ogos lalu.
 
"Pada pertemuan kali kedua, Mujahid menyelesaikan urusan penyerahan tugas melibatkan parti kepada Pas kawasan Parit Buntar. Pas kawasan meminta beliau untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat dalam pertemuan itu," katanya.
 
Abdul Bahrin berkata, Pas kawasan Parit Buntar membuat keputusan menubuhkan satu jawatankuasa khas penyelaras Parlimen bagi menggantikan fungsi beliau sebagai wakil rakyat parti itu sebelum ini.
 
Menurutnya, dalam mesyuarat Pas kawasan terbaharu, Jawatankuasa Pas kawasan sebulat suara melantik dirinya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Parlimen Parit Buntar sambil dibantu Adun Titi Serong, Abu Bakar Hussin.
 
Beliau berkata, Pas kawasan juga memutuskan kesemua staf yang berkhidmat di bawah Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar, dikekalkan untuk berkhidmat dengan Jawatankuasa Penyelaras Parlimen Parit Buntar.
 
Katanya, mereka kini sudah menubuhkan beberapa jawatankuasa bertindak bagi menggantikan beberapa pimpinan kawasan yang meninggalkan jawatan sebelum ini.
 
Dalam pada itu, Mujahid ketika dihubungi menegaskan tidak akan tunduk pada desakan peletakan jawatan oleh kepimpinan Pas kawasan Parit Buntar.
 
Sebaliknya, Mujahid menyatakan mana-mana calon Pas yang menang PRU sebelum ini, namun gagal memenuhi janji komitmen mereka bersama PR yang sepatutnya meletakkan jawatan.
 
"Meskipun saya dicalonkan Pas, tetapi saya masuk bertanding PRU atas tiket parti yang menjalinkan pakatan kerjasama dengan PR. Kini, satu negara tahu Pas memutuskan hubungan dengan DAP dan secara terbuka menyerang Pakatan Rakyat (PR).
 
"Saya fikir Pas kawasan Parit Buntar tidak faham undi rakyat yang turut memihak kepada kemenangan calon Pas diberikan mereka atas semangat PR  bukan sokongan individu terhadap mana-mana parti dalam PR," katanya.
 
Mujahid berkata, pihaknya turut kesal dengan pihak yang mempersoalkan kredibilitinya sepanjang memberi perkhidmatan sebagai wakil rakyat Pas di Parlimen Parit Buntar.
 
Katanya, tindakan itu disifatkannya sebagai kebudak-budakan dan memberi gambaran Pas mengamalkan budaya memaki-hamun jika mana-mana pihak tidak lagi bersama parti itu.
 
"Kebebasan pilih wadah politik tidak wajar disamakan keluar Islam kerana hanya golongan IS sahaja bersikap menghukum orang tanpa berlandaskan nas al-Quran dan Hadis yang benar," katanya.
 
 

Khairuddin ditahan polis sebelum bertemu FBI

Posted: 18 Sep 2015 11:45 PM PDT

Polis tahan suami Umi Aida
Laman Facebook Umie Aida yang memaparkan kenyataan suaminya.


BANGKOK - THAILAND. Bekas ahli Umno, Khairuddin Abu Hassan ditahan pihak berkuasa semalam atas dakwaan cuba menggulingkan kerajaan.

Memetik laporan dari portal antarabangsa, New York Times, Khairuddin ditahan sebelum sempat bertemu dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bagi menggesa badan siasatan Amerika Syarikat (AS) itu untuk menggesa siasatan terperinci dilakukan ke atas dana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pertemuan tersebut dikatakan diatur oleh Kedutaan AS di negara ini.

Khairuddin dikatakan berulang alik antara Eropah dan Asia dalam usaha meyakinkan pihak berkuasa luar untuk melakukan siasatan ke atas perdana menteri.

Isu 1MDB kian meruncing apabila portal antarabangsa The Wall Street Journal melaporkan pasukan penyiasat yang melakukan siasatan terhadap dana dan urusniaga 1MDB percaya bahawa pengaliran dana 1MDB berakhir ke dalam akaun Najib.

Portal antarabangsa itu dikatakan telah memuat naik dokumen berupa perincian bagaimana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, sekaligus mengaitkan pemimpin ngara ini dengan dana badan pelaburan tersebut.

Bagaimanapun dakwaan tersebut dinafikan oleh kerajaan Malaysia.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan suami Umi Aida ]

Dalam satu temu bual, Khairuddin dipetik sebagai berkata bahawa dia merancang untuk mengemukakan dokumen berkaitan dakwaan penggubahan wang haram kepada pegawai FBI.

"Saya percaya pihak berkuasa AS ada rekod pergerakan wang," kata Khairuddin.

Khairuddin bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut.

Peguam Khairuddin, Matthias Chang ketika dihubungi berkata, Khairuddin dijangka bertemu dengan pegawai FBI pada Isnin depan.

Menurut Chang, penahanan yang dibuat ke atas Khairuddin datang dari arahan Ibu Pejabat Polis.

"Ini adalah satu penyalahgunaan kuasa untuk menghalang laporan ini dari yang difailkan di Amerika Syarikat.

"Tak munasabah untuk mengatakan tindakannya akan melemahkan demokrasi," kata Chang.


Khalid Ibrahim dipelawa sertai Pas

Posted: 18 Sep 2015 11:42 PM PDT

SINAR HARIAN


Khalid Ibrahim
Khalid Ibrahim


DUNGUN - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah dipecat daripada PKR, telah dipelawa oleh Pas untuk menyertai parti itu.

Bagaimanapun, katanya beliau belum menimbangkan tawaran itu kerana masih ada perkara untuk diselesaikan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau berpendapat berlaku ketidakadilan berhubung pemecatannya daripada PKR.

Abdul Khalid dipecat daripada PKR selepas beliau enggan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor seperti diputuskan oleh parti.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 anjuran Pas Terengganu di Pulau Serai dekat sini malam tadi. Turut hadir Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Bernama


Penganjur nafi Najib beri cek RM3 juta

Posted: 18 Sep 2015 11:40 PM PDT

SINAR HARIAN


Najib Razak
Najib Razak - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos menyangkal dakwaan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan cek berjumlah RM3 juta bagi penganjuran 'himpunan rakyat bersatu'.

Jamal menegaskan penganjur himpunan rakyat bersatu yang diadakan di ibu negara semalam tidak menerima sebarang peruntukan daripada Perdana Menteri mahupun kerajaan.

"Saya ingin nafikan kenyataan dan berita ini. Saya ingin menegaskan himpunan rakyat bersatu tidak ada kaitan dengan Najib dan tidak menerima sebarang peruntukan daripada beliau mahupun kerajaan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Jamal berkata, dakwaan itu adalah satu fitnah dan merupakan berita yang tidak berasas yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Berlangsung di Padang Merbok di ibu negara semalam, himpunan yang diterajui Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) itu dianjurkan sebagai tindak balas membantah perhimpunan Bersih 4 di kawasan sekitar Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos lepas. - Bernama


1MDB kecam laporan WSJ

Posted: 18 Sep 2015 08:55 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


1Malaysian Development Berhad (1MDB) telah mengutuk laporan terbaru Wall Street Journal (WSJ) mengenai syarikat itu dan menyifatkan ia sebagai '"salah, berdasarkan sumber lemah, sensasi dan berniat jahat.'

Laporan berkaitan pembayaran "hampir AS$1.0 bilion' yang menurut WSJ dibuat oleh 1MDB bagi penamatan opsyen-opsyen tertentu.

Syarikat pelaburan kerajaan itu berkata: "Memandangkan seriusnya dakwaan yang tidak dibuktikan, sendiran berniat jahat dan kesan pelan rasionalisasi 1MDB, kami menjangka bahawa setidak-tidaknya WSJ akan mempunyai rasa sopan dan berani untuk menamakan sumbernya dan/atau mengemukakan bukti."

"Ketidakupayaan untuk berbuat demikian jelas menunjukkan kecetekan dakwaan itu dan menimbulkan keraguan serius tentang sama ada para editor WSJ sendiri percaya kepada laporan yang lemah itu, dan juga para wartawannya."

Laporan itu merujuk kepada syarikat pelaburan milik Abu Dhabi, Aabar dan anak syarikatnya IPIC, yang menjalankan urusniaga dengan 1MDB.

1MDB berkata dalam satu kenyataan: "Kami menegaskan bahawa kami tidak boleh bercakap bagi pihak Aabar atau IPIC apatah lagi memberi komen mengenai urusan perakaunan pihak ketiga.

"Apa yang kami boleh mengesahkan ialah bahawa nota-nota penyata kewangan 1MDB beraudit 31.03.2014 jelas menyatakan sumber pembiayaan dan tujuan pembayaran bagi penamatan opsyen, untuk mengelakkan keraguan, adalah berstruktur sebagai deposit sementara menunggu penentuan jumlah penyelesaian muktamad (iaitu ia kini aset kewangan milik, dan belum lagi perbelanjaan 1MDB)."

Ia menambah: "1MDB boleh mengesahkan bahawa berhubung dengan pembayaran yang dibuat oleh 1MDB, pilihan sebenarnya ditamatkan. 
 
Malahan, 1MDB dan anak-anak syarikatnya berkaitan telah dibebaskan daripada semua perjanjian, opsyen, kovenan, syarat dan ketentuan di pihak mereka di bawah opsyen dan sebarang hak oleh mana-mana pihak lain terhadap opsyen tersebut dilepaskan dan ditamatkan."- Bernama

Anina mohon mahkamah bekukan aset Najib

Posted: 18 Sep 2015 08:44 PM PDT

MALAYSIAKINI

 


Bekas wanita Umno Langkawi Anina Saadudin terus mengasak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di mahkamah.

Beliau hari ini memfailkan permohonan perintah injuksi mareva untuk membekukan aset presiden Umno dan perdana menteri.

Peguam Anina, Hanif Khatri Abdullah, memberitahu Malaysiakini, permohonan untuk membekukan aset Najib itu difailkan pagi ini.

Hanif berkata, pembekuan itu dipohon sehingga kes samannya terhadap Najib sebelum ini dibicarakan.
Anina sebelum ini, mendakwa ahli yang bertindak bagi pihak Umno, menuntut sebahagian daripada wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib kerana ia untuk kegunaan parti Melayu itu.

Langkah drastik itu membuatkan beliau dipecat. Pemecatan itu juga dicabar ke mahkamah.

Dalam kenyataannya hari ni, pembekuan itu, kata Ania, melibatkan penggunaan, pelupusan ataupun penyusutan sebarang asetnya.

Pembekuan dituntut juga melibatkan rumah Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur.

Khairuddin dan Matthias dilarang keluar M'sia

Posted: 18 Sep 2015 08:42 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas pemimpin Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang, seorang bekas pembantu Tun Dr Mahathir Mohamad, telah dilarang daripada meninggalkan negara ini.

Kedua-dua mereka telah membuat beberapa laporan di pelbagai negara berhubung 1MDB.

Dalam satu catatan di Facebook, Khairuddin berkata dia sepatutnya belepas ke New York dan London pagi ini.

Bekas timbalan ketua Umno Batu Kawan itu mendakwa dia telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen atas arahan pihak polis.

Katanya, jabatan imigresen dan pihak polis tidak memberi sebarang notis kepadanya,


Tiada ulasan: