Ahad, 13 September 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


1MDB: Khairuddin Akan Saman Ketua Pemuda Umno Batu Kawan

Posted: 13 Sep 2015 04:13 AM PDT

Oleh: NORFATIMAH AHMAD
 
 
Khairuddin Abu Hassan
 
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan akan mengemukakan saman malu terhadap Ketua Pemuda Umno Bahagian Batu Kawan, Mohamad Hilme Ibrahim kerana memfitnahnya berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau yang juga bekas naib ketua Umno bahagian berkenaan berkata, setakat ini beliau sedang berbincang dengan peguamnya untuk melaksanakan tindakan itu.

"Tindakan ini diambil kerana kenyataan Hilmie kononnya laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang saya buat itu palsu.

"Ketika itu, semua laporan yang dibuat belum lagi disiasat dan kini jelas ada pihak berkuasa yang telah bertindak susulan laporan yang saya kemukakan.

"Oleh itu, kenyataan Hilmie adalah suatu jenayah fitnah," katanya kepada mStar Online.

Kata Khairuddin, setakat ini, pihaknya percaya perkembangan terkini kes berkaitan 1MDB memberi ruang untuknya mengambil tindakan undang-undang terhadap Hilmie.




Januari lalu, Hilmie meminta SPRM menyiasat Khairuddin berhubung laporannya terhadap 1MDB kerana mendakwa laporan yang dibuatnya palsu dan mempunyai elemen rasuah.

Ketua Pemuda Umno bahagian itu juga mendakwa Khairuddin masih gagal mengemukakan bukti susulan laporannya itu.

Pada 12 Disember tahun lalu, Khairuddin turut membuat laporan polis terhadap 1MDB dan syarikat subsidiarinya atas dakwaan urusniaga kewangan syarikat yang meragukan.

Beliau turut mendakwa sehingga Mac tahun lalu, syarikat berkenaan mempunyai hutang berjumlah sehingga RM41.9 bilion, dan meletakkan syarikat berhadapan dengan risiko diisytihar bankrap dan sekaligus akan membebankan kerajaan Persekutuan yang merupakan penjamin kepada pinjaman berkenaan.

Selain itu, Khairuddin juga ke Perancis, Switzerland, Hong Kong dan Singapura untuk membuat laporan berhubung isu sama.

HIMPUNAN BAJU MERAH MULA CELARU, LEBIH BAIK BATALKAN SAJA!!

Posted: 13 Sep 2015 04:08 AM PDT

shahbudindotcom

 
 
Beberapa hari sebelum himpunan baju merah pada 16 September ini, kecelaruan mula berlaku di sana sini dan sesama mereka yang terlibat dengannya.

Gabungan NGO-NGO Melayu yang diketuai oleh Jamal Mohd Yunus tetap mahu berarak dengan baju merah melalui beberapa kawasan di Bukit Bintang sebelum menuju ke destinasi akhir di Padang Merbok.

Pesaka yang dipilih sebagai penganjur pula hanya mahu berkumpul di Padang Merbok. Mereka juga tidak menetapkan sebarang tema warna kepada peserta, boleh berbaju merah, hitam atau apa saja.

Malah, Pesaka mengatakan baju merah bukanlah sebahagian daripada mereka.

Mungkinkah nanti himpunan 16 September itu menjadi berbelang-belang warnanya? Tak kelakar ke?

Lalu, di mana kesepakatan dan solidaritinya? 

Pesaka turut tidak meletakkan sebarang sasaran jumlah kehadiran, tetapi Jamal mengatakan pihaknya akan mengumpul seramai 30 ribu peserta bagi tujuan itu.

Kenapa hanya 30 ribu? Mana angka yang diwar-warkan dulu kononnya sejuta peserta, 500 ribu, 300 ribu dan sebagainya?

Kalau nak lawan Bersih 4 dan menunjukkan sokongan kepada Najib Razak, bukankah jumlah yang munasabah ialah sekurang-kurangnya 500 ribu?

Jika tidak, malulah Pahlawan Bugis!!

Dalam pada itu, walaupun UMNO melalui Setiausaha Kerjanya, Abd Rauf Jusoh akhirnya mengakui penglibatan parti itu dalam mengerahkan kehadiran ahli-ahli UMNO seluruh negara ke himpunan tersebut, banyak pihak jelas tidak bersetuju dengannya.

Pakar sejarah, Dr Ramlah Adam nyata tidak senang dengan himpunan baju merah yang dirancang itu manakala adik Najib, Nazir Razak  pula mengatakan beliau akan meraikan kepelbagaian serta tidak akan berbaju merah sempena sambutan Hari Malaysia itu nanti.

Tun Mahathir, Rafidah Aziz dan ramai lagi semuanya juga tidak setuju.

Pemimpin komponen BN lagi tidak setuju dengan himpunan baju merah yang lebih bercorak perkauman dan hanya melibatkan satu-satu kaum saja serta dalam masa yang sama ingin menunjukkan kekuatan kepada kaum yang lain.

Dengan ini kebarangkalian untuk BN lebih menjarak daripada pengundi bukan Melayu selepas himpunan baju merah ini adalah paling mungkin sekali.

Dalam negara berbilang kaum, tiada sebarang himpunan melibatkan kaum patut dibenarkan. Jika ia berlaku, reaksi daripada kaum lain akan muncul selepasnya dan akhirnya semua kaum akan bebas berarak di jalan-jalan sepanjang masa untuk menuntut dan memperjuangkan hak mereka.

Apa jadi akhirnya? 

Sudah tentu keharmonian dan kedamaian sesama rakyat akan terjejas. Hubungan dengan jiran tetangga daripada kaum lain dan kemesraan dengan rakan berbilang bangsa serta pergaulan anak-anak di sekolah pastinya tidak seharmoni dulu lagi.

Semuanya akan rosak binasa.

Sebelum api ini memusnahkan segala-galanya, adalah lebih baik Najib Razak mengambil tindakan mengeluarkan arahan membatalkan saja himpunan pada 16 September ini.

Meskipun pada awalnya Najib mengatakan tiada halangan dan tidak melarang ahli-ahli UMNO menghadirinya, mungkin kerana merasakan ia untuk memberi sokongan kepadanya, lebih terpuji jika Najib segera menarik balik semua itu.

Sudah cukup isu 1MDB, derma RM2,600 juta dan isu Altantuya yang timbul kembali kian menghakis sokongan rakyat terhadapnya, himpunan baju merah ini juga tidak menyumbang apa-apa keuntungan atau bonus tambahan kepadanya.

Tidak seperti Bersih 4 yang ada asas perjuangannya, himpunan baju merah hanyalah medan pembodek dan pengampu mempamerkan aksinya sambil memasang angan-angan untuk mengaut laba diri sendiri sahaja.

Sekali lagi, demi keharmonian dan semangat Hari Malaysia, lebih baik Najib batalkan segera, setidak-tidaknya dapat juga menjimatkan lebihan derma RM2,600 yang masih disimpannya!!

Himpunan ‘baju merah’ jejas imej Malaysia di peringkat antarabangsa, kata penganalisis

Posted: 13 Sep 2015 04:03 AM PDT



Himpunan baju merah pada 16 September ini akan hanya beri kesan buruk kepada negara, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 September, 2015.Himpunan baju merah pada 16 September ini akan hanya beri kesan buruk kepada negara, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insider
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Semangat perkauman yang ditiup dan cuba dibangkitkan "himpunan baju merah" pada 16 September ini hanya akan memberi kesan dan imej buruk kepada negara, kata penganalisis. 
 
Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik berkata, beliau mengesyaki himpunan itu didalangi pihak tertentu yang hanya mengeruhkan ekonomi negara.

"Bersih 4 bawa isu nasional, bukan isu perkauman. Itu beza dengan 'merah' yang mereka bawa isu perkauman, dan juga keganasan.

"Berita ini dipaparkan media antarabangsa dan akan jejaskan sentimen pasaran," katanya kepada The Malaysian Insider. 
 
Beliau berkata, lebih banyak cara berkesan untuk memartabatkan kaum Melayu dan bukannya turun ke jalan raya dengan membawa mesej perkauman.
 
"Jika kumpulan baju merah benar-benar ingin memartabatkan Melayu, alangkah baiknya jika semangat tersebut diterjemahkan kepada kerja kesukarelawanan.
 
"Mereka bantu membangunkan masyarakat luar bandar di Borneo atau di Semenanjung sekalipun yang sehingga kini masih ketinggalan dalam banyak prasarana asas kehidupan," katanya.
 
Sementara itu, Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita) Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong menyifatkan perhimpunan tersebut tidak wajar dilakukan kerana penganjuran bersifat perkauman tidak berasas dan memberikan imej buruk kepada Malaysia.
 
"Ia boleh digunakan masyarakat antarabangsa untuk terus menghentam Malaysia, sebagai negara yang menghadapi krisis.
 
"Ia lebih bersifat reaksi perkauman apabila menggunakan slogan seperti 'kebangkitan maruah Melayu' dan 'mandi darah Cina'.
 
"Bersih 4 walaupun didakwa sebagai didalangi DAP dan disertai rata-ratanya kaum Cina, mempunyai 4 matlamat jelas, yang boleh dianggap sebagai isu genting negara, yang membabitkan semua pihak," katanya.
 
Teo turut menyifatkan perarakan baju merah tidak mempunyai matlamat nasional yang jelas dan masalah politik di antara Cina-Melayu, baju kuning dan merah, tidak boleh dipandang enteng, ia perlu diselesaikan dengan bijak dalam konteks hubungan etnik negara.
 
"Ia manifestasi penyatuan rakyat yang tidak erat," katanya.
 
Minggu ini satu mesyuarat tergempar diadakan 250 Badan Bukan Kerajaan NGO Melayu menyatakan sokongan terhadap perhimpunan baju merah atau dikenali sebagai "Himpunan Maruah Melayu" dan akan diteruskan walaupun diharamkan polis.
 
Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia Datuk Jamal Md Yunos berkata, perhimpunan akan dijalankan secara aman, tanpa niat untuk membuat sebarang rusuhan atau kekecohan.
 
"Soal polis tak bagi, itu terpulang pada mereka," kata Jamal yang bertindak sebagai jurucakap 250 NGO Melayu yang menyokong perhimpunan baju merah anjuran Persatuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) itu.


DAP kekal dalam kerajaan Selangor walaupun PKR bekerjasama dengan PAS

Posted: 13 Sep 2015 03:52 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, jika DAP berundur daripada kerajaan Selangor, PAS dibimbangi akan berbuat apa sahaja seperti memperkenalkan larangan menjual arak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 September, 2015.Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, jika DAP berundur daripada kerajaan Selangor, PAS dibimbangi akan berbuat apa sahaja seperti memperkenalkan larangan menjual arak. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
DAP akan terus mengekalkan kedudukannya dalam kerajaan negeri Selangor, meskipun PKR tetap berkeras mahu bekerjasama dengan PAS, kata setiausaha agungnya, Lim Guan Eng. Lim berkata langkah itu bagi menghalang PAS daripada memperkenalkan dasar pentadbiran yang tidak sesuai kepada rakyat Selangor.

Katanya, jika DAP berundur daripada kerajaan negeri Selangor, PAS dibimbangi akan berbuat apa sahaja, sebagai contoh, memperkenalkan larangan menjual arak.

"Pendirian kita jelas. Walaupun PKR mahu bekerjasama dengan PAS, itu ialah hak dan keputusan mereka. 
 
"Bagaimanapun, kita mengakui ia akan sedikit menjejaskan (kedudukan) DAP dalam kerajaan Selangor," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Kedai Kopi dan Pendaftaran Pengundi Baru anjuran Pusat Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya di Taman Molek, di Johor Baru, hari ini.
 
Lim berkata demikian ketikta diminta mengulas pendirian PKR yang tetap mahukan PAS berada dalam pakatan pembangkang dan bagaimana kedudukan DAP dalam kerajaan Selangor dengan pendirian PKR itu.
 
Turut hadir Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Liow Cai Tung. – Bernama,


Dasar perlu seiring peruntukan Perlembagaan

Posted: 13 Sep 2015 03:46 AM PDT

Ahli Majlis Tertinggi Pemikir ,Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman
Ahli Majlis Tertinggi Pemikir ,Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman


SHAH ALAM - Kerajaan didesak kaji dasar agar seiring peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam memelihara hak istimewa orang Melayu.

Ahli Majlis Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia (Pemikir), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, rugi jika peruntukan yang dibentuk hasil kemerdekaan negara diabaikan begitu sahaja.

"Tiga perkara yang kerajaan perlu ambil perhatian dan jaga demi kepentingan rakyat khususnya orang Melayu iaitu menjaga kepentingan Artikel 153 (agama Islam sebagai agama rasmi), 152 (Bahasa Kebangsaan) dan 89 (Tanah Rizab Melayu).

"Sehubungan itu kami mendesak jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji tiga peruntukan itu adakah dasar kerajaan hari ini selari dengan apa yang termaktub dalan Perlembagaan," katanya.

Beliau yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS, berpendapat ramai rakyat tidak faham undang-undang.

Katanya, walaupun lebih 58 tahun merdeka, namun masih ada pihak cuba persoal agama Islam sebagai agama rasmi, rizab tanah Melayu dan Bahasa Kebangsaan.

"Tidak guna kita cakap banyak dengan teori kalau tidak selesai masalah. Ramai tidak tahu isi kandung Perlembagaan sehingga lupa peranan Majlis Raja-Raja. Semasa dalam penjajahan British kepentingan hak orang Melayu masih dijaga melalui peranan Majlis Raja-Raja," katanya.

Abdul Aziz  turut menekankan fungsi majlis agama sebagai institusi yang bertanggungjawab menjaga ekonomi orang Islam.

"Penting kita tahu majlis agama ada duit ratus juta (ringgit), tapi tak buat apa pada orang Melayu sehingga masih ramai miskin.

"Kalau perlu hadap Majlis Raja-Raja, kita boleh lakukan agar majlis agama berfungsi," katanya.


PKR bincang dengan PAS isu Pakatan 2.0 esok

Posted: 13 Sep 2015 03:43 AM PDT

Alyaa Azhar


 


PKR akan mengadakan pertemuan dengan wakil PAS esok untuk membincangkan secara mendalam berkaitan gabungan baru pembangkang.

Setiausaha Agung PAS Rafizi Ramli, yang mengesahkan perkara ini, berkata pertemuan itu akan diadakan di ibu pejabat parti PKR di jam 2.30 petang esok.

Beliau berkata Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah berbincang dengan parti yang terlibat termasuk Parti Amanag Negara (AMANAH) Rabu lalu berhubung perkara tersebut.

Rafizi yang ditemui dalam Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang, Selangor, Rafizi berkata Wan Azizah akan bertemu dengan DAP dalam masa yang terdekat.

"Ia merupakan satu proses yang perlu kami lalui, duduk berbincang, dan mendengar pandangan mereka.
Perkara pertama yang perlu kami tekankan bahawa setiap parti perlu mencapai satu lawan satu," katanya yang mengakui PKR terbeban untuk membawa setiap parti bersama.

Isu penyertaaan PAS dalam Pakatan Rakyat yang baru timbul selepas PKR bertegas mahu PAS bersama dalam gabungan itu tetapi dibantah oleh DAP dan menggesa PKR memberi penjelasan mengenainya.

Hadi pula dilapor berkata tidak mustahil bagi PAS bergerak sendirian tanpa terikat dengan mana-mana parti komponen kerana berdasarkan pengalaman parti itu sebelum ini.

PAS perlu kekal dalam gabungan pembangkang

Posted: 13 Sep 2015 03:41 AM PDT

Zulaikha Zulkifli 






Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata parti itu perlu kekal dalam satu gabungan demi memperkukuhkan lagi pembangkang di negara ini.

Mengakui kekuatan pembangkang berada dalam satu gabungan, MP Pasir Mas itu bagaimanapun berkata asas hormat menghormati perlu ada untuk terus kekal dalam sebagai satu pakatan.

"Kita konsisten bahawa kita perlu kuat dan kekuatan pembangkang ialah dalam gabungan. Dan selagi mana boleh bergabung, kita akan kekal bergabung dalam gabungan politik tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, menjelang pertemuan antara wakil parti itu dengan PKR bagi membincangkan mengenai pakatan baru pembangkang esok.

Pertemuan itu akan diadakan di ibu pejabat PKR jam 2.30 petang.

Isu penyertaan PAS dalam gabungan baru timbul selepas PKR bertegas mahu PAS dalam gabungan itu tetapi dibantah oleh DAP.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, parti Islam itu tidak mustahil bergerak sendirian.

Ini kerana, Abdul Hadi berkata, gabungan baru itu tidak mempunyai agenda memartabatkan Islam dan hanya mahu memenangi pilihan raya akan datang.


'Bukan Pas tetapi mereka yang mati katak'

Posted: 13 Sep 2015 03:26 AM PDT

NIK MOHAMAD ABDUH
NIK MOHAMAD ABDUH


KUALA LUMPUR - "Bukan Pas yang mati katak, tetapi mereka itu sendiri yang mati katak," demikian ujar Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, meskipun sering berhadapan dengan krisis, Pas tidak pernah terjejas dan terus bertapak sebagai parti yang kuat dalam negara ini.

"Meskipun berhadapan dengan pelbagai masalah dan krisis, kita dapat tengok bahawa Pas sentiasa mengekalkan dan memperkukuhkan istiqamahnya.

"Ini masih boleh dilihat menerusi beberapa himpunan yang telah kita anjurkan sebelum ini, penyokong-penyokong Pas masih mengekalkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada parti," katanya ketika ditemui dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Kamaruddin dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang mengumumkan keluar dari Pas dan menyertai PKR, pada Jumaat.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‎MP Tumpat, bekas MB S'gor sertai PKR]

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pada hari sama.

Kata Mohamad Abduh lagi, Pas tidak akan jatuh dengan hanya beberapa individu yang bertindak keluar parti.

"Masih ramai yang menerima Pas dan ingin menyertai Pas. Kami alu-alukan semua pihak dan individu untuk bersama-sama dengan kami," katanya lagi.


Video Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Malaysia. Eksklusif dari Al Jazeera.

Posted: 13 Sep 2015 02:22 AM PDT



Inilah satu-satu kes pembunuhan yang paling berprofil tinggi yang menjadi perhatian bukan sahaja di Malaysia tetapi wartawan di seluruh dunia. 

Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ini cukup terkenal kerana sarat dengan drama yang terdapatnya elemen seks, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan juga pembunuhan yang cukup-cukup kejam dalam kes bunuh ini. Sama sekali tidak terjangkau dek akal, begini sekali tahapnya cara pembunuhan di Malaysia.

Dan hanya manusia yang bertopengkan syaitan sahaja mampu memberikan arahan dan melunaskan arahan yang diterimanya.

pembunuhan altantuya

Nah….yang bertambah menarik kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ini apabila ia meninggalkan rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia apatah lagi bapanya Altantuya sendiri terkontang-kanting mencari jawapan dan persoalan yang masih lagi tergantung, termasuklah :

 

Isu dan Persoalan Serta Misteri Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu?

  • Mengapa Altantuya kena bunuh sebegitu rupa? Motif?
  • Siapa pula yang arah Sirul dan Azilah untuk bunuh wanita Mongolia ini?
  • Bagaimana bom C4 boleh digunakan sewenang-wenangnya?
  • Ada yang anda mahu tambah?
Inilah antara persoalan yang masih lagi berlegar dan menari-nari dalam kotak fikiran rakyat Malaysia. Persoalannya sampai bila?

P/S : Pertama kali Berita Semasa dapat melihat wajah Altantuya Shaariibuu tanpa mekap dengan paparan yang lebih jelas melalui Video Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Malaysia dari Al Jazeera ini.

PP/S : Mengejutkan apabila Sirul meminta RM2 juta untuk "si dia" berjumpa di Australia demi survival anak-anaknya, dan RM15 juta lagi jikalau tidak mahu………………….Anda boleh sambung tonton video di bawah.


 

Khairuddin: Berani ke Jamal jemput Najib 16 September ini?

Posted: 13 Sep 2015 02:13 AM PDT

 
Cadangan itu dibuat bagi memberi peluang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bersemuka secara langsung dengan Presiden UMNO itu di hadapan khalayak.


khairuddin-jamal


PETALING JAYA:Penganjur Himpunan Melayu Bersatu atau Kumpulan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos dicabar menjemput sekali Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke perhimpunan aman yang diadakan 16 September depan.

Cadangan itu dibuat bagi memberi peluang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bersemuka secara langsung dengan Presiden UMNO itu di hadapan khalayak.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, Jamal sepatutnya berhenti membodek, sebaliknya mencari jalan kepada kedua-dua mereka bertemu dan menjelaskan fakta sebenar terhadap apa yang berlaku.

"Kalau sekadar jemput Tun Dr Mahathir seorang saja buat apa?! Masalah kemelut politik dan ekonomi negara masakini boleh diselesaikan secara suasana tenteram apabila kita bagi peluang kepada kedua-dua tokoh ini untuk berdebat secara professional seterusnya memberi pencerahan kepada rakyat jelata untuk menghakiminya!! Siapa yang bercakap benar dan siapa yang bercakap bohong biarlah rakyat yang buat penilaian masing-masing!!

"Yang penting bagi mikrofon serta pentas kepada Najib Tun Razak serta Tun Dr Mahathir pada hari perhimpunan tersebut!! Itu baru betul!! Jamal Md Yunos berani ker anjurkan perhimpunan baju merah pada 16 september yang dihadiri oleh Najib Tun Razak serta Tun Dr Mahathir Mohamad?!" tulisnya di Facebook.

Dalam kenyataannya, Khairuddin turut menawarkan diri untuk menjemput semua pengamal media-media dari dalam negeri serta seluruh dunia untuk hadir buat liputan pada perhimpunan secara siaran terus menerus.

Katanya, dengan pertemuan dua tokoh di atas pentas yang sama barulah Perhimpunan Baju Merah menjadi ilmiah.

"Saya rasa kalau Jamal Md Yunos boleh bagi jaminan kehadiran Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir pada perhimpunan ini; bukan ribuan malah jutaan rakyat malaysia akan nenerkam untuk menghadiri diri pada perhimpunan ini!!"

"Alang-alang nak bodek biarlah kita anjurkan sebegini-rupa baru ada 'impact' wahai Jamal Md Yunos!! Kalau tak boleh anjur macam ini jangan buang masa Tun Dr Mahathir lah!! Banyak lagi benda lain yang lebih berfaedah untuk tun dr mahathir tangani bagi menyelamatkan keseluruhan bangsa, agama serta tanahair kita!!" tulisnya.

16 September: Baju merah ke baju hitam?

Posted: 13 Sep 2015 02:00 AM PDT

 
Bukan setakat warna, kecelaruan juga timbul mengenai tempat perhimpunan dan jalan yang akan dilalui pada hari berkenaan


shabudin-jamal


PETALING JAYA: Penganjur Himpunan Rakyat Bersatu dikatakan tidak bersefahaman mengenai warna tema baju yang akan dipakai 16 September ini.

Bukan setakat warna, kecelaruan juga timbul mengenai tempat perhimpunan dan jalan yang akan dilalui pada hari berkenaan.

Orang kuatnya, Datuk Jamal Md Yunos menerima tempelak selepas Presiden Pesaka, Tan Sri Mohd Ali
Rustam tidak menetapkan sebarang warna tema, dalam erti kata lain peserta boleh pakai apa sahaja warna yang mereka suka.

Bahkan ia turut menolak baju merah sebahagian daripada mereka.

Mengulas mengenai ketidak sefahaman yang timbul, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju,
Shahbudin Husin menyifatkan 16 September ini, hari yang penuh warna warni.

"Mungkinkah nanti himpunan 16 September itu menjadi berbelang-belang warnanya? Tak kelakar ke?

"Lalu, di mana kesepakatan dan solidaritinya?

"Pesaka turut tidak meletakkan sebarang sasaran jumlah kehadiran, tetapi Jamal mengatakan pihaknya akan mengumpul seramai 30 ribu peserta bagi tujuan itu.

"Kenapa hanya 30 ribu? Mana angka yang diwar-warkan dulu kononnya sejuta peserta, 500 ribu, 300 ribu dan sebagainya?

"Kalau nak lawan Bersih 4 dan menunjukkan sokongan kepada Najib Razak, bukankah jumlah yang munasabah ialah sekurang-kurangnya 500 ribu?

"Jika tidak, malulah Pahlawan Bugis!!," tulisnya di shahbudincom.blogspot.

Berbeza dengan Bersih 4.0, perhimpunan yang dibuat pada sambutan Hari Malaysia dianggap tidak mempunyai fokus dan tuntutan yang jelas.

"Tidak seperti Bersih 4 yang ada asas perjuangannya, himpunan baju merah hanyalah medan pembodek dan pengampu mempamerkan aksinya sambil memasang angan-angan untuk mengaut laba diri sendiri sahaja," tulisnya.

Bahkan segalanya dilihat lebih menjurus kepada sentimen perkauman.

Keadaan itu dilihat boleh memberi implikasi yang lebih buruk terhadap situasi yang sedia ada khususnya dalam konteks politik.

Pastinya, jika diteruskan juga undi bukan Melayu terhadap Barisan Nasional (BN) akan semakin merosot.

"Sebelum api ini memusnahkan segala-galanya, adalah lebih baik Najib Razak mengambil tindakan mengeluarkan arahan membatalkan saja himpunan pada 16 September ini.

"Meskipun pada awalnya Najib mengatakan tiada halangan dan tidak melarang ahli-ahli UMNO menghadirinya, mungkin kerana merasakan ia untuk memberi sokongan kepadanya, lebih terpuji jika Najib segera menarik balik semua itu.

Kepada Najib, Shahbudin mengingatkan perhimpunan yang akan diadakan Rabu ini tidak akan menyumbang atau memberi bonus terhadap karier politiknya.

Katanya lagi, isu 1MDB, derma RM2,600 juta dan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang timbul kembali kian menghakis sokongan rakyat terhadapnya.

"Sekali lagi, demi keharmonian dan semangat Hari Malaysia, lebih baik Najib batalkan segera, setidak-tidaknya dapat juga menjimatkan lebihan derma RM2,600 yang masih disimpannya!!," tulis Shahbudin sebelum mengakhiri entrinya.

Semua aktiviti atas nama PAN, haram

Posted: 13 Sep 2015 01:56 AM PDT

 
Sebarang aktiviti atas nama PAN boleh diambil tindakan dan didenda RM3,000 kerana belum diluluskan ROS


PAN


PETALING JAYA: Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan permohonan Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia untuk menukar nama kepada Parti Amanah Negara (PAN)

Pendaftar Pertubuhan, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, parti berkenaan tidak dibenarkan sama sekali mengadakan sebarang program atas nama PAN, sehingga ia diluluskan,

Katanya, sekiranya terus berdegil, pertubuhan atau parti yang melanggar peruntukan Seksyen 11 Akta Pertubuhan 1966 boleh didakwa.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 terhadap parti dan setiap pemegang jawatannya.

"ROS telah menerima notifikasi daripada pihak Workers' Party of Malaysia (Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia) mengenai pelantikan baru Ahli Jawatankuasa Pusat yang diputuskan melalui Kongres Luar Biasa yang diadakan pada 25 Ogos lalu.

"Sebahagian besar Ahli Jawatankuasa baru ini terdiri daripada bekas ahli PAS yang pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2013-2015," katanya dalam kenyataan yang dipetik daripada Berita Harian Online.

Insiden kren Mekah: Lima cedera dibenarkan pulang

Posted: 13 Sep 2015 01:31 AM PDT

HAZAWANI ARIFFIN

 

kren-tumbang-300x180
Sehingga pagi ini, lima jemaah Malaysia yang dirawat sudah dibenarkan pulang, lima masih menerima rawatan di klinik dan hospital manakala lapan lagi masih hilang berikutan insiden kren tumbang di Masjidil Haram, awal pagi semalam. Foto fail TRP 


KUALA LUMPUR, Lima daripada 10 orang jemaah haji yang cedera berikutan insiden kren tumbang di Masjidil Haram, awal pagi semalam telah dibenarkan pulang ke penginapan masing-masing, selepas menerima rawatan di Pusat Rawatan Tabung Haji.


Menurut kenyataan Lembaga Tabung Haji, lima jemaah itu ialah Faridah Mat Yaakob, 46, dari Bachok, Kelantan yang mengalami cedera ringan di kepala; Rusiah Baba, 50, dari Cheras, Kuala Lumpur yang mengalami lebam di tangan; Noordin Wahab, 59, dari Kuala Terengganu yang mengalami luka kecil; Ahmad Muzafar Mamat @ Adam, 39, dari Bangi, Selangor yang cedera di kaki kiri serta Mohd Sharif Meon, 64, dari Klang, Selangor yang mengalami kecederaan tisu, calar dan bengkak bahu kiri.

Bagaimanapun, lima lagi yang cedera masih menerima rawatan dan dilaporkan stabil.

Mereka ialah Zainul Arifin Zulkifli, 36, dari Batu Caves, Selangor yang mengalami patah tulang kaki serta belakang pinggang dan dirawat di Hospital Syusyah Tabung Haji; Mat Deris Mohd Noor, 46, dari Bachok, Kelantan yang cedera ringan di kepala dan patah tulang femur sebelah kanan, kini berada di Hospital King Abdul Aziz.

Mohd Nor Azman Hassan, 44, dari Cheras, Selangor yang mendapat patah bahu pula, dirawat di Hospital King Faisal; Faridah Mansor, 63, dari Dungun, Terengganu yang patah pergelangan kaki kiri dirawat di Hospital An Noor manakala Abdul Razak Mahmood, 61, dari Tanah Merah, Kelantan pula kini masih menjalani rawatan di Klinik Abraj Janadriah.

Namun menurut kenyataan itu, sehingga jam 11 malam waktu Saudi, pasukan perubatan Tabung Haji masih tidak dibenarkan memasuki rumah mayat dalam usaha mencari dan mengenal pasti jemaah Malaysia yang hilang.

"Pasukan mencari dan menyelamat Tabung Haji masih menggiatkan usaha untuk mencari dan mengesan kesemua jemaah yang terbabit," katanya.

Amanah tidak boleh anjur aktiviti selagi pertukaran nama belum diluluskan – RoS

Posted: 13 Sep 2015 01:29 AM PDT

BERNAMA

 

razinabdullah
Mohammad Razin berkata permohonan Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk menukar nama parti itu belum diluluskan lagi. Foto fail TRP 


PUTRAJAYA, Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia tidak dibenarkan sama sekali untuk mengadakan sebarang aktiviti atau program atas nama Parti Amanah Negara selagi pertukaran nama belum diluluskan, kata Pendaftar Pertubuhan (RoS).


Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata larangan itu adalah selaras dengan ketetapan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 11 Akta Pertubuhan 1966.

Katanya RoS menerima notifikasi daripada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia berhubung pelantikan baharu anggota Jawatankuasa Pusat yang diputuskan melalui Kongres Luar Biasa yang diadakan 25 Ogos lepas.

"Sebahagian besar ahli jawatankuasa baru ini, adalah terdiri daripada bekas ahli-ahli parti Pas yang pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat sesi 2013-2015," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya permohonan parti itu untuk menukar nama kepada Parti Amanah Negara masih belum diluluskan setakat ini.

Mohammad Razin berkata mana-mana pertubuhan atau parti dan pemegang jawatan yang didapati melanggar larangan itu boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000.

Pada 31 Ogos lepas, Pengerusi Gerakan Harapan Baru (HB) Mohamad Sabu mengumumkan pembentukan Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan penjenamaan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia untuk digunakan sebagai nama rasmi wadah politik HB.

Bekas timbalan presiden Pas yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata parti itu akan dilancarkan pada 16 September ini.

HB merupakan platform bagi golongan profesional Pas yang dikatakan kecewa selepas ditolak anggota parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas.

Sebelum ini, gerakan itu berhajat untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam (PPI) sebagai nama rasmi parti politiknya, namun RoS menolak permohonan itu.

Perhimpunan Baju Merah: Perniagaan Petaling Street tutup pada 16 September

Posted: 13 Sep 2015 01:27 AM PDT

BERNAMA

 

antibersih
Perhimpunan Baju Merah atau Himpunan Rakyat Bersatu yang dijadual diadakan pada 16 September ini, sempena Hari Malaysia membuatkan kumpulan peniaga di Petaling Street bercadang menutup operasi perniagaan mereka selama sehari. Foto hiasan TRP


KUALA LUMPUR, Sebanyak 773 penjaja dan 500 pekedai di Petaling Street bersetuju untuk menghentikan perniagaan selama sehari pada 16


September ini bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini ekoran Himpunan Rakyat Bersatu yang dikatakan bakal diadakan di kawasan itu.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee Jp berkata keputusan itu dilakukan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 5 September lepas.

"Sebanyak 90 peratus peniaga di sini telah mengambil keputusan untuk menutup perniagaan pada hari berkenaan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin  selain mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada pemberita pada program 'walkabout' anjuran NGO bersama ketua komuniti dan peniaga di Petaling Street, hari ini.

Beliau juga berharap pihak penganjur membatalkan perhimpunan berkenaan kerana banyak perniagaan di kawasan terlibat akan terjejas kerana terpaksa ditutup sepanjang hari.

Beliau berkata perhimpunan yang bercorak perkauman itu tidak bersesuaian dengan Hari Malaysia yang sepatutnya disambut dengan penuh semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk.

Lebih 50 wakil daripada 20 NGO menyertai program berkenaan untuk beramah mesra dengan peniaga serta penduduk di kawasan terbabit.

Program tersebut turut dihadiri Presiden Pro-Rakyat Khairul Anwar Othman, anggota Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun dan beberapa NGO seperti Otai Reformis, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Jingga 13, dan Pertubuhan Prihatin Selangor.

Khairul berkata, 2,000 anggotanya bersama-sama 500 anggota Otai Reformis akan 'berkampung' di sekitar kawasan antara lain Petaling Street dan Bukit Bintang dari pagi sehingga 12 tengah malam pada hari berkenaan.

"Kami sebagai orang Islam, juga orang Melayu dan rakyat Malaysia, ingin beri jaminan kami takkan biarkan rakyat Malaysia tidak kira bangsa diapa-apakan,"  katanya.

Perhimpunan Rakyat Bersatu atau lebih dikenali sebagai Perhimpunan Baju Merah dirancang diadakan pada 16 September ini di ibu negara.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Tan Sri Mohd Ali Rustam selaku penganjur perhimpunan, dalam sidang medianya semalam menegaskan pihaknya akan mengadakan perhimpunan di Padang Merbok sekiranya dibenarkan Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur dan bukan di Bukit Bintang atau di Petaling Street.

Lepas berlakon, Tun M bernyanyi pula

Posted: 13 Sep 2015 01:21 AM PDT

THE RAKYAT POST

 

tunmnyanyi
Dr Mahathir dilihat bernyanyi lagu My Way bersama Siti Nurhaliza dalam satu acara di Dewan Perdana Felda pada 11 September lalu. Foto Youtube 


KUALA LUMPUR, Dia memimpin negara lebih daripada 20 tahun, dikenali sebagai seorang daripada pemimpin yang lantang bersuara dan akhir-akhir ini mendapat perhatian kerana tindakan berterusan yang dilihat menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Namun, dalam satu rakaman video yang dikongsikan netizen Rizal Mohd Paudzi, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad is dilihat memegang mikrofon dalam tindakan yang sama sekali berbeza berbanding memberi ucapan yang sebelum ini biasa dilakukan.

Berdiri di sebelah penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza, Dr Mahathir dilihat mendendangkan lagu popular klasik, My Wat dalam satu acara yang diadakan di Dewan Perdana Felda pada 11 September lalu.

Acara itu, menurut Rizal yang memuat naik rakaman video berkenaan dalam akaun YouTube miliknya dikenali sebagai  'Malam Sahoca 2015′.

Sahoca adalah singkatan bagi Sultan Abdul Hamid Old Collegians Associations, iaitu persatuan alumni bagi pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar, Kedah.

Laman blog Rotikaya turut berkongsi video berkenaan dengan kebanyakan komen yang diperolehi, memuji kemahiran menyanyi mantan Perdana Menteri itu.

Menyanyi bukan satu-satunya kemahiran seni yang ditunjukkan Dr Mahathir, apabila baru-baru ini turut mempamerkan bakat lakonan apabila muncul dalam babak kecil filem 'Kapsul' yang akan ditayangkan pada 17 September ini.

‘Himpunan baju merah’ tiada faedah, kata pemimpin akar umbi Umno

Posted: 12 Sep 2015 05:23 PM PDT




Ahli Umno Kedah dan aktivis, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar mengatakan'perhimpunan baju merah' yang akan diadakan pada 16 September ini adalah sia-sia kerana tidak akan dapat mengubah nasib kaum Melayu dalam negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 September, 2015.Ahli Umno Kedah dan aktivis, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar mengatakan'perhimpunan baju merah' yang akan diadakan pada 16 September ini adalah sia-sia kerana tidak akan dapat mengubah nasib kaum Melayu dalam negara. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Menyifatkan 'himpunan baju merah' pada 16 September ini tidak memberi sebarang faedah kepada masyarakat, khususnya kaum Melayu, pemimpin akar umbi Umno rata-rata mempersoalkan matlamat sebenar himpunan yang menggunakan nama Melayu itu.
 
 Ahli Umno Kedah dan aktivis, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar berkata, perhimpunan tersebut adalah sia-sia kerana tidak akan dapat mengubah nasib kaum Melayu dalam negara.

"Adakah selepas 16 September. Orang Melayu akan bertukar jadi pemain dan pemegang utama ekonomi negara?

"Adakah kaum Cina akan tunduk dan takut serta akan turut apa juga kemahuan Melayu? Tiada apa yang berubah kerana penoreh getah akan pulang menoreh pada 17 September dan seterusnya. Apa faedahnya?" soal Zaienal (gambar) yang juga Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia kepada penganjur himpunan yang menyasarkan Padang Merbok. 
 
Bagi Ahli Umno Cawangan Keliang, Hulu Selangor Moohamad Faizal Abdul Raub pula, perhimpunan yang menggunakan nama Melayu itu hanya memberikan imej buruk kepada kaum itu.

"Memang berhimpun hak rakyat Malaysia seperti mana Bersih 4, tetapi isunya di sini himpunan tersebut kononnya untuk mempertahankan maruah dan ketuanan Melayu. Kalau ikutkan situasi kini, Melayu Umnolah yang menjahanamkan bangsa sendiri," katanya kepada The Malaysian Insider.

Faizal turut menyifatkan Datuk Jamal Md Yunos sebagai dalang penganjur hanya mengambil kesempatan di atas keadaan Malaysia semasa krisis.

"Jamal itu sebenarnya hanya menangguk di air keruh saja. Dia cuba hendak eksploitasi situasi sekarang untuk naikkan imej dia yang dah buruk sehinggakan bahagian dia sendiri (Sungai Besar) suruh dia berundur," katanya merujuk kepada ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu.

Sementara itu, Ahli Umno Batu Pahat Ramlee Wahab menyifatkan perhimpunan tersebut hanya membuang masa kerana tidak bermotif jelas.

"Kami tidak akan turun rasanya kerana motif tidak jelas. Kalau sekadar hendak tunjuk lawan pada Bersih, terhadap baju kuning itu buang masa.

"Kita berkumpul beri sokongan perlu ada matlamat jelas untuk disampaikan kepada pucuk pimpinan dan bukannya politik murahan. Kita ada maruah dan kita ada arah."

Beliau juga melahirkan kebimbangan sekiranya perhimpunan tersebut diteruskan pada 16 September ini.

"Berkumpul ada tujuan (baik) bukan berkumpul nak pamer kekuatan, saya khuatir timbul keburukan apabila ada campur tangan pihak ketiga nak melaga-laga... itu bahaya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Tenggara Asrul Esreen Mohd Salleh membidas tindakan Jamal kerana hanya mencari publisiti untuk dirinya.

"Datuk Jamal ingin mencari publisiti dan nak nampak hebat di kalangan ahli Umno. Kita marah dan mengutuk pada perhimpunan Bersih anjuran pembangkang dan kaum lain tetapi sebaliknya kita pulak terikut-ikut rentak mereka dengan berhimpun..untuk apa?"

Sebelum ini Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Jamal berkata pihaknya akan meneruskan acaranya pada 16 September ini meskipun sekiranya ia diisytiharkan haram oleh polis.

Ini kerana perhimpunan itu jelas matlamatnya untuk membangkitkan semangat Melayu dan akan dijalankan secara aman, tanpa niat untuk membuat sebarang rusuhan atau kekecohan.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menafikan Umno menjadi penaja himpunan itu.

Bagaimanapun perdana menteri berkata, tidak akan menyekat ahli Umno daripada menyertai program itu tersebut selagi ianya diadakan secara aman.


Apa jadi pada 'Islam Hadhari'?

Posted: 12 Sep 2015 05:09 PM PDT

Haron Din
Haron Din
 
 
SHAH ALAM - Kerajaan perlu meletakkan agama sebagai keutamaan sekiranya mahu memperbaiki kehidupan rakyat.
 
Pembahas usul agama, Datuk Dr Haron Din berkata, tiada guna kerajaan memperkenalkan model-model Islam yang akhirnya tenggelam apabila kepimpinan negara bertukar.
 
"Kita lihat kembali percubaan kerajaan, dahulu ada sistem kepimpinan melalui teladan dan kemudian ditukar kepada penerapan nilai Islam. Kemudian ada Islam Hadhari, banyak wang dibelanjakan dan akhinya kini hanya tinggal Institut Islam Hadhari di Universiti Kebangsaan Malaysia.
 
"Kini wasatiyah pula, tak tau apa yang dikehendaki dengan wasatiyah. Apa akan jadi akan datang? Adakah akan ada model baru yang hanya sekadar cogan-cogan yang kita dengar," katanya dalam sesi perbahasan usul di  Kongres Rakyat, di sini, hari ini.
 
Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, terdapat lima usul agama dan pendidikan dalam kongres tersebut yang akan dicadangkan kepada kerajaan.
 
Lima usul itu ialah mendesak yuran percuma untuk pengajian tinggi, memperkenalkan sistem pendidikan sepanjang hayat, meneliti kelemahan dan kebocoran sistem pendidikan negara, memperkenalkan mata pelajaran agama sebagai subjek wajib lulus bagi penganut agama masing-masing dan menggesa sekolah agama rakyat dinaiktaraf.
 
"Lima usul ini menambahkan lagi tuntutan kepada kerajaan, kita boleh agak kerajaan mahu terima atau tidak. Kalau kerajaan tidak mahu berubah, kitalah yang kena jadi pengubah kepada kerajaan.
 
"Ini suara rakyat dari dulu lagi yang mahu kerajaan jadikan Islam sebagai sistem kehidupan. Semua mesti berasaskan agama kerana agama yang akan menentukan hidup kita akhirnya," katanya.
 
 

Tutup sekolah jika IPU cecah 200

Posted: 12 Sep 2015 05:07 PM PDT

SINAR HARIAN


Jerebu
Gambar hiasan.


SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan telah menghantar surat pekeliling bagi memberi kebenaran kepada guru besar membuat keputusan menutup sekolah jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200.
  
Timbalan Menterinya, P. Kamalanathan juga mengingatkan pelajar terutama yang mempunyai risiko kesihatan yang tinggi supaya tidak menyertai aktiviti kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah jika bacaan IPU melebihi 100.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kampung Bahasa Inggeris di Dewan INTEC, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.
  
Bacaan IPU antara 0 dan 50 ditarifkan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas ditarifkan sebagai berbahaya.
  
Dalam pada itu, Kamalanathan berkata kementeriannya telah menerima cadangan supaya mempertimbangkan usaha memperkenalkan penilaian lisan bahasa Inggeris
untuk murid Tahun Lima di sekolah rendah.‎
  
Beliau berkata, penting bagi kementerian menilai kefasihan murid bertutur dalam bahasa Inggeris selain membantu guru-guru menilai kefahaman bahasa murid mereka pada peringkat awal.
  
"Pada masa ini, enam tahun pertama peringkat sekolah rendah tidak ada penilaian terhadap keupayaan murid bertutur bahasa Inggeris kecuali melalui peperiksaan bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
 
 "Sebab itu ada cadangan supaya kementerian boleh memberi pertimbangan mengadakan penilaian lisan bahasa Inggeris untuk murid Tahun Lima," katanya.
   
Bagaimanapun, katanya cadangan penilaian lisan itu tidak berorientasikan peperiksaan dan menambah beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan bagi mendapatkan input berhubung cadangan itu.  - Bernama


Che Ta nafi gambar separuh bogel

Posted: 12 Sep 2015 05:04 PM PDT

Rozita Che Wan
Rozita Che Wan
 

SELEBRITI cantik, Rozita Che Wan menjelaskan gambar separuh bogel yang dikatakan pelakon itu adalah palsu.

Rozita yang lebih mesra dipanggil Che Ta berkata, dia tidak terkejut dengan gosip sebegini kerana segalanya tidak mustahil di zaman teknologi sekarang.

"Saya bukan muda lagi untuk melakukan perbuatan sedemikian, malah saya juga sibuk bekerja, tiada masa untuk berbuat begitu.

"Saya tidak terkesan dengan penyebaran gambar itu kerana saya tahu itu bukannya diri saya," katanya dipetik Berita Harian Online.

Tambah Che Ta lagi, dia turut menunjukkan gambar tersebut kepada suaminya, Zain Saidin dan kedua-dua mereka merasakan bahawa apa yang berlaku itu, adalah sesuatu yang lucu kerana ini bukanlah kali pertama hal sebegini berlaku.

Gambar yang dipercayai mengunakan teknik 'super impose' itu memaparkan wanita dengan raut wajah seiras pelakon itu dalam keadaan tidak berbaju tersebar di laman sosial.


Jemaah hilang: Keluarga hanya mampu berdoa

Posted: 12 Sep 2015 05:01 PM PDT

SINAR HARIAN



Jemaah hilang: Keluarga hanya mampu berdoa
Bapa saudara Sobri Saad (kanan) menunjukkan gambar kedua ibu bapa Muhammad Afiq Amzar Shahidan pada telefon pintar ketika ditemui di kediaman penjaganya di Kampung Kodiang Lama Luar hari ini. Muhammad Afiq Amzar kini dijaga oleh kedua ibu bapa saudaranya ketika kedua ibu bapanya menunaikan Ibadah Haji di Mekah. Shahidan Saad adalah antara jemaah Haji Malaysia yang hilang dalam tragedi runtuhan kren di Mekah. - Foto Bernama
 
 
ALOR SETAR - Keluarga jemaah haji negara yang masih hilang selepas kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah semalam hanya mampu berdoa mengharapkan anggota keluarga mereka ditemui dengan segera dalam keadaan selamat.
 
Muhamad Fazil Abdul Habib berkata mereka sekeluarga mendoakan bapanya Abdul Habib Lahman, 68, yang pergi seorang diri menunaikan Haji di Tanah Suci itu ditemui dalam keadaan selamat.
 
"Selain daripada terus berdoa supaya bapa ditemui dengan selamat, kami sekeluarga juga terus menunggu sebarang berita atau maklumat tentang bapa daripada pegawai Tabung Haji (TH)," katanya ketika dihubungi hari ini.
 
Menurut Muhamad Fazil, pegawai TH ada menghubungi beliau pagi tadi bagi memaklumkan tentang keadaan terkini di Tanah Suci serta usaha berterusan pihak mereka untuk mencari bapanya.
 
Abdul Habib tinggal di Kampung Batu Besar, Mukim Teloi, Sik merupakan seorang daripada lapan jemaah Malaysia yang dikategorikan sebagai hilang setakat ini.
 
Kejadian kren runtuh di Masjidil Haram itu semalam telah mengakibatkan lebih daripada seratus orang maut, manakala lebih daripada 200 orang cedera termasuk 10 jemaah dari Malaysia.
 
Sementara itu Sabri Saad, abang kepada jemaah haji, Shahidan, 52, yang turut dikategorikan sebagai hilang, berkata beliau hanya mengetahui tentang nasib adiknya itu menerusi anaknya yang mendapat maklumat terbabit menerusi Facebook TH, sebelum menyebarkannya dalam aplikasi WhatsApp keluarga.
 
Shahidan yang merupakan pembantu makmal di Sekolah Menengah Tunku Bendahara, pergi ke Makkah bersama isterinya, Maziatunazna Bidin@Ibrahim, 40-an.
 
Sabri berkata anak tunggal pasangan itu, Mohd Afiq Amzar berusia dua tahun 10 bulan dijaga oleh beliau selepas adiknya berangkat ke Tanah Suci.
 
"Pegawai TH memaklumkan tentang Shahidan pagi tadi, yang beliau tidak balik ke bilik penginapan," katanya dan menambah adiknya itu bertolak ke Makkah 17 Ogos lepas dan dijadual pulang 1 Oktober ini.
 
Menurut Sabri ketika kejadian, isteri Shahidan berehat di bilik dan tidak mengikuti suaminya beribadat di Masjidil Haram. - Bernama
 
 

Bukan itu bukan ini, Umno huyung-hayang berkompromi

Posted: 12 Sep 2015 04:59 PM PDT



Oleh Alyaa Alhadjri


Berikutan hasil mesyuarat majlis tertinggi Umno pada 9 September, pemerhati percaya yang Perdana Menteri Najib Razak dan timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin sedang "bermain selamat" daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh menyebabkan parti itu terus berpecah belah.

Kelangsungan politik individu dan mengekalkan kedudukan kekuasaan dan pengayaan diri parti yang mendominasi gabungan pemerintah BN nampaknya terus menjadi keutamaan.

Baik Najib mahupun Muhyiddin tidak mempunyai keberanian untuk menggubah keadaan, sebaliknya memilih untuk mengekalkan status quo.

Penganalisis politik Ibrahim Suffian memberitahu SemutHarian yang tidak wujud keperluan untuk Najib memecat Muhyiddin, naib presiden Umno Shafie Apdal dan lima yang lain daripada parti, seperti yang disebarkan khabar angin sebelum ini. 

"Tidak banyak yang berlaku sewaktu mesyuarat. Apa yang berlaku dalam Umno kini telah diredakan dengan kenyataan Najib tentang kepentingan pemimpin parti untuk bersatu bagi menjamin masa depannya," kata Ibrahim. 

Pada 9 Sept, Malaysiakini memetik Najib sebagai berkata yang kedua-dua Muhyiddin dan Shafie telah menyatakan komitmen penuh mereka kepada Umno dan bekerja bersama-sama untuk kepentingan parti. 

"Kami juga membincangkan perkembangan isu semasa yang perlu diselesaikan, kepentingan perpaduan dalam kalangan kepimpinan tertinggi Umno, termasuk dalam majlis tertinggi yang bertindak sebagai asas menjamin Umno terus menjadi parti yang berkuasa dan kemampuan kami menyelesaikan apa sahaja isu," kata Najib dalam sidang media di ibu pejabat parti di PWTC selepas pertemuan itu. 

Bagaimanapun, Ibrahim, menyifatkan yang tumpuan utama Najib adalah untuk memperkukuhkan kedudukannya sendiri bagi menangani desakan untuk dia meletakan jawatan selepas skandal "derma" RM2.6 juta dan kekecohan kewangan 1MDB. 

"Dia (Najib) tidak bertindak keterlaluan dan tidak melakukan perkara yang tidak perlu untuk melindungi kedudukannya," kata Ibrahim, merujuk kepada tindakan Najib sebelum ini yang memecat Muhyiddin dan Shafie dari Kabinetnya. 

"Tidak wujud keperluan untuknya memecat sesiapa (dari Umno)," tekannya. 

Muhyiddin dan Shafie adalah antara pemimpin Umno yang secara terbuka mendesak Najib bertanggungjawab ke atas keputusannya berkaitan dengan 1MDB, menekankan yang tugas mereka berdua untuk menyelamatkan parti daripada terus jatuh tersungkur. 

Selaku menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, nampaknya keenganan Najib untuk bertindak menangangi tuduhan kepadanya juga menarik kecaman antarabangsa daripada badan antarabangsa seperti Transparency- International dan Amnesty International. 

Ketua perhubungan Umno Ahmad Maslan baru-baru ini berkata yang "Umno hanya boleh dimusnahkan daripada dalam" dan Najib dipercayai telah terlepas peluang untuk menyingkirkan pengkritik utamanya, walaupun wujud kebimbangan yang perpecahan dalaman boleh merebak dalam Umno. 

Begitu juga, pemerhati mengatakan yang Muhyiddin boleh menggunakan kedudukannya untuk menekan Najib mengambil tindakan segera yang selaras dengan desakan akar umbi yang di buat di peringkat bahagian Umno. 

Apabila ditemui oleh wartawan selepas pertemuan itu, Muhyiddin dipetik sebagai berkata yang dia adalah seorang ahli umno totok.

"Semua berjalan baik...saya Umno totok," kata Muhyiddin yang sebelum itu disambut oleh sorakan daripada lebih kurang 100 orang penyokongnya. 

Ibrahim percaya yang Muhyiddin masih mempunyai pengaruh dalam kekuatan dalam Umno walaupun kuasanya sudah disekat. 

"Selagi mana dia kekal sebagai ahli, dia masih berpeluang (untuk mengetuai Umno)," tambahnya. 

Ibrahim juga menyifatkan yang deklarasi Muhyiddin tentang kesetiaanya adalah petunjuk dia tidak akan "bergabung" dengan Pembangkang dalam cubaan menjatuhkan Najib selaku perdana menteri. 

Walaupun slogan parti adalah 'untuk agama, bangsa dan negara', nampaknya kelangsungan politik individu, untuk terus kekal berkuasa dan mengekalkan status quo, adalah keutamaan Umno kini. 

Dan mempertimbangkan amalan biasa Najib untuk memberikan 'ganjaran' kepada mereka yang menyokongnya atau 'membeli' sokongan, kita hanya akan tertanya-tanya apakah kelebihan yang telah diberikan kepada Muhyiddin dan Shafie sehingga mereka boleh tersenyum dan bersalam dengan PM selepas pertemuan itu.

Lagipun, pemimpin Umno lain yang dalam diam-diam berkorban, telah membuktikan mereka masih boleh mendaki kuasa dalam parti selepas 'menghabiskan masa hukuman mereka' dan 'berbuat baik'.
Apa yang berlaku sehingga menyebabkan Muhyiddin dan Shafie kembali tunduk masih belum kita tahu.

Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di alyaa@hckmedia.com


Perhimpunan perkauman di Hari Malaysia, polis diminta bertindak tegas

Posted: 12 Sep 2015 04:54 PM PDT

shakir ameer2

Roketkini.com

 
PETALING JAYA: Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemimpin tertinggi UMNO yang menggalakkan perhimpunan perkauman yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di Hari Malaysia pada 16 September ini harus dikecam sekeras-kerasnya.

Ahli Majlis Eksekutif Sosialis Muda DAP, Muhammad Shakir Ameer, berkata sokongan pimpinan UMNO itu, termasuk daripada mereka yang merupakan menteri kanan kerajaan mendedahkan sikap hipokrit Barisan Nasional yang kononnya berjuang untuk semua kaum.

Katanya, kenyataan seorang pemimpin UMNO Jamal Md Yunos yang tidak menolak kemungkinan sesetengah peserta perhimpunan akan mengamuk kerana 'beremosi' perlu dikutuk dan dipandang serius oleh pihak polis kerana ini melibatkan keselamatan umum.

"Kami tidak mempersoalkan usaha untuk berhimpun kerana ia adalah hak setiap rakyat Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan. Namun, kami menyeru pihak polis untuk mengutamakan dan memastikan keselamatan orang ramai di seluruh Kuala Lumpur terutamanya pada cuti umum Hari Malaysia," ujarnya, mengingatkan tentang tema perhimpunan itu yang merupakan provokasi perkauman.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak polis benar-benar menjaga keselamatan rakyat, dan bertindak tegas terhadap anasir-anasir perkauman.

Menurut beliau, orang awam termasuk umat Islam sendiri berada dalam ketakutan, dan mereka tidak berani untuk turun ke Kuala Lumpur pada hari tersebut kerana bimbang akan keselamatan masing-masing.
Berbeza dengan perhimpunan Bersih 4 sebelum ini yang mahu kepada sistem pentadbiran yang bersih serta bebas rasuah yang sesuai dan baik untuk semua rakyat, Shakir menjelaskan bahawa, perhimpunan 16 September ini amat bersifat perkauman.

"pihak penganjur tidak mengambil kira bahawa perhimpunan provokasi sebegini akan merugikan ekonomi tempatan, mencetuskan ketegangan antara kaum tanpa sebab dan menakutkan orang ramai termasuk orang Islam.

"Ini juga akan menjejaskan Hari Malaysia yang sepatutnya mempromosikan harmoni sesama rakyat Malaysia," katanya, turut mengingatkan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak juga menolak ketuanan satu kaum. – Roketkini.com


Fitnah UMNO makin tak masuk akal, kata aktivis muda DAP

Posted: 12 Sep 2015 04:44 PM PDT

NOR MISWARY PIC 1

Roketkini.com


SUBANG JAYA: Dakwaan kononnya orang Melayu menyertai DAP sebagai oportunis menjual bangsa dan agama adalah tuduhan serta fitnah tidak berasas dan paling mengarut pernah didengar.

Aktivis muda DAP, Nor Miswary Ramli, berkata golongan yang menuduh pihak lain menjual bangsa dan agama adalah hipokrit kerana merekalah yang sebenarnya melakukan lelongan tersebut secara besar-besaran dengan mempergunakan kaum dan agama untuk kekal berkuasa.

"Malah tabiat mempergunakan bangsa dan agama dilengkapkan dengan idea paling berbahaya yang dicetuskan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos, untuk melakukan demonstrasi-merah pada 16 September ini atas alasan kehadiran begitu ramai dari kaum Cina semasa Bersih 4 tempoh hari.

"Tanpa mereka sedar kehadiran begitu ramai kaum Cina yang didakwa beliau sebagai ahli DAP semasa demonstrasi Bersih 4 itu sebenarnya telah melengkapkan muafakat seluruh rakyat Malaysia untuk menolak UMNO-BN menjelang PRU 14 nanti semenjak tercetusnya gelombang politik tahun 1998," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, selain logik yang merepek itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee, pula membuat dakwaan yang tidak masuk akal, iaitu perpecahan yang kononnya berlaku di kalangan Melayu Muslim adalah kejayaan propaganda DAP.

Segala alat kerajaan pelbagai agensi termasuk media massa seperti televisyen, radio dan akhbar adalah di bawah kawalan UMNO-BN sejak lebih separuh abad. Kuasa propaganda terletak di tangan pucuk pimpinan UMNO.

Nor Miswary berkata, DAP memandang serius tuduhan secara semberono dan sangat tidak berasas itu kerana mencerminkan ketidakmatangan pemimpin UMNO membuat pertimbangan dan bacaan politik Malaysia yang penuh dengan kepelbagaian kaum dan agama.

"Beliau telah gagal sebagaimana gagalnya kepimpinan partinya sendiri. (Beliau patut sedar bahawa) Syiar Islam telah menjadi lebih baik melalui pentadbiran yang adil oleh kerajaan Pulau Pinang (yang dipimpin oleh Lim Guan Eng).

"Kita boleh lihat misalnya, kerajaan Pulau Pinang telah memperuntukan bajet untuk hal ehwal Islam sekitar RM33 juta pada awal pentadbiran mereka pada tahun 2009 dan kini meningkat sehingga lebih RM64 juta pada tahun 2012.

"Malah peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dimulakan oleh pentadbiran DAP di Pulau Pinang sejak tahun 2009 juga adalah usaha yang tidak pernah dilakukan oleh pentadbiran terdahulu," ujarnya.

Nor Miswary yang juga Penolong Setiausaha DAP USJ Subang Jaya berkata, perangkaan tersebut adalah bukti betapa sesetengah pemimpin UMNO masih ketinggalan di belakang dalam perjuangan membela Melayu Muslim.

Katanya, sejak penubuhannya DAP memperjuangkan hak semua melangkaui batas bangsa, agama dan budaya secara terangkum (inklusif).

Malah, statistik penyertaan ramainya Melayu Muslim ke dalam DAP dewasa ini telah menjadi penanda aras betapa DAP sebenarnya lebih diyakini menjadi pembela untuk mereka juga rakan-rakan kaum lain di sekeliling mereka, tambah beliau.

"Bukan sesuatu yang menjadi tradisi DAP mengumpan dan menggula-gulakan mereka yang berminat dengan DAP sebagai langkah memecah belah kumpulan yang lain.

"Ia adalah kewajipan yang tertanggung di bahu pemimpin dan ahli-ahlinya. Ia adalah seni politik hebat yang tidak terjangkau oleh kotak akal Ketua Umno Bahagian Cheras ini," katanya. – Roketkini.com


Tindakan polis memanjangkan hayat Bersih

Posted: 12 Sep 2015 04:42 PM PDT



Oleh Hazlan Zakaria


Walaupun polis berjaya menjadikan Bersih kurang "perjuangan" dan "tidak berbaloi" dengan tidak mencetuskan sebarang tindakan ke atas peserta dan penganjur sewaktu perhimpunan, mereka sebenarnya membantu memanjangkan jangka hayat dan tarikan pergerakan itu dengan meneruskan pendakwaan ke atas mereka.

Sehingga kini, pihak polis telah memanggil penganjur Bersih untuk soal siasat, mendakwa sebilangan mereka untuk perhimpunan yang berkaitan dengan tuntutan yang dilakukan Bersih dan memanggil orang yang biasa disyaki; politikus pembangkang dan aktivis yang akan disoal siasat dan didakwa untuk kesalahan berkaitan.

Seolah-olah polis sengaja membantu memanjangkan jangka hayat Bersih 2.0 dalam berita dan menjadikan pemimpinnya dan politikus pembangkang yang licik bak perwira dalam perjuangan mereka.

Walaupun tidak semua baik, pendakwaan tetap pendakwaan dan akan mempunyai kesan buruk kepada aktivis dan politikus terbabit. Bagaimanapun, ia juga menyebabkan matlamat mereka menjadi lebih dikenali dan memberikan mereka masa dan ruang dalam media yang lebih lama.

Lagipun di negara seperti Malaysia, salah satu tanda keberanian dan petanda pergerakan masyarakat sivil yang dikenali adalah apabila salah seorang ahlinya didakwa oleh kuasa pemerintah, kerana ia bermaksud perjuangan mereka mendatangkan kesan.

Malah sebilangan politikus dan aktivis hidup semata-mata untuk dikenakan tindakan pihak berkuasa.
Pihak polis sewajarnya mengingati yang tidak peduli adalah satu rahmat.

Kaedah terbaik untuk mengabaikan sesuatu apabila anda tidak selesa denganya kadang-kadang ialah berpura-pura ianya tidak wujud.

Malah kadang-kadang cara terbaik untuk berdepan dengan masalah yang berlanjutan ialah membenarkan ia berlaku mengikut kehendaknya seperti mengalami selesema.

Lagipun, aktivis bukanlah penjenayah merbahaya.

Membebaskan mereka hanya akan membantu pihak polis mempunyai lebih banyak anggota untuk jenayah sebenar yang banyak wujud kini.

Seperti kata-kata hikmah... biarkan sahaja dan tunggu sampai ia lenyap.

Sesuatu yang sebenarnya berkesan dalam perhimpunan popular yang bermasalah dan kenyataan politik yang memalukan.

Masa, ingatan yang mudah berubah dan mudah lupa rakyat Malaysia akan menggerakan semuanya nanti, memadamkan apa sahaja isu semasa sebaik sahaja ada isu baru yang tercetus dan menjadi bualan hangat harian, mingguan atau bulanan.

Timbul sahaja isu jenayah ganas, serbuan seks beramai-ramai, remaja mengahwini orang tua, kenyataan menteri yang melawakkan atau lembu dicuri dijumpai dalam kereta sedan atau kondominium, orang akan melupakan.

Dan mungkin inilah formula yang digunakan polis yang memberi kesan besar kepada perhimpunan Bersih 4 lepas yang dianjurkan oleh kumpulan pendesak Bersih 2.0 pada 29-30 Ogos, untuk mendesak kempen satu negara bagi undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Walaupun polis menutup beberapa tempat di Kuala Lumpur, terutama sekali dengan kawasan sekitar Dataran Merdeka di mana sambutan Merdeka dijangka akan berlaku sehari selepas perhimpunan dua hari itu, kehadiran mereka sangat sukar dikesan.

Kecuali untuk pegawai Pasukan Gerakan Am yang mengawal halangan, pegawai Cawangan Khas yang 'bercampur' dengan khalayak dan polis trafik yang membantu mengawal trafik, kehadiran polis rat-rata tidak wujud.

Tiada tanda yang dilihat wujudnya Light Strike Force dari balai polis berhampiran, atau Unit Tindakbalas
Kesejahteraan Awam atau yang paling digeruni Unit Simpanan Persekutuan.

Malah kerana kurangnya tindakan dari pihak polis, bukan sahaja mereka menerima ucapan tahniah kerana tindakan profesional mereka, tetapi juga mengurangkan impak penerimaan Bersih 4.

Seperti kata mereka, bagi media, berita baik bukanlah berita.

Walaupun Bersih menerima liputan meluas, ia tidak sama seperti liputan yang diberikan sekiranya wujud kejadian tergempar di tempat kejadian.

Tetapi pendakwaan berterusan polis kepada Bersih, pemimpin dan politikus sekutu mereka memanjangkan lagi isu ini dan ia bukan hanya membantu menyebarkan lebih banyak berita tentang pergerakan ini tetapi juga meningkatkan kesan tarikan mereka.

Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di hazlan@hckmedia.com

Tiada ulasan: