WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- APA KATA ZUHDI SEBAB PRESIDEN PAS BERDIAM DIRI.
- KINI PAS INGIN SERTAI DEMONTRASI?.. ADAKAH AHLI TIDAK RASA DIPERBODOHKAN?
- HIMPUNAN DEMOKRASI AKHBAR DAN WARTAWAN
- DUTA GERMAN KUNJUNGI WAN AZIZAH
- GAMBAR GAMBAR LAWATAN WAN AZIZAH KE N9
- GAMBAR GAMBAR -CERAMAH ISU-ISU SEMASA PKR BERSAMA GHB DI DEWAN CINA KAMPUNG BERJAYA DAN MELAKA..
APA KATA ZUHDI SEBAB PRESIDEN PAS BERDIAM DIRI. Posted: 08 Aug 2015 07:50 PM PDT OLEH: MOUNTDWELLERJangan senyum dengan alasan Hadi ini: Kerana kesejahteraan Rakyat atau Najib?Yang penting jangan termuntah........ "Janganlah kamu bercita-cita menemui musuh" Dia baru sedar rupanya Fatwa Hadi macam mana? Dah tarik atau belum? Inilah Sebab Mengapa Hadi Dan PAS Tak Pernah Serang Najib SUNDAY, 9 AUGUST 2015 KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mengambil kesempatan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Pusat daripada beberapa isu yang dibangkitkan di media sosial atas sebab lebih penting iaitu kesejahteraan agama, rakyat serta negara. Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuk, walaupun ada antara isu itu merupakan kesempatan terbaik untuk Abdul Hadi menyerang, tetapi pendirian dibuat oleh Presiden PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan mensejahterakan rakyat. "Sikap yang ditonjolkan seperti ini menjadi satu lagi petunjuk penting Pas semakin menjadi inklusif berbanding sebelumnya," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Mohd. Zuhdi turut memberi contoh sifat inklusif Pas yang kini lebih menyerlah kerana turut menjemput kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam majlis-majlis sambutan Hari Raya Puasa berbanding hanya anggota pakatan rakyat sebelum ini. "Salah satu pendekatan yang akan diterapkan kepada organisasi akar umbi Pas ialah berikhtiar menutup ruang bermusuh atau ruang bersaing bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: "Janganlah kamu bercita-cita menemui musuh"," katanya. Beliau dalam pada itu menjelaskan, keputusan Majlis Syura Ulama Pas memutuskan hubungan dengan DAP membuka ruang lebih besar untuk Pas berhubung langsung dengan rakyat khususnya kaum Cina. Jelasnya, hubungan Pas dengan kaum Cina sebelum ini dibuat melalui DAP yang bertindak sebagai jambatan penghubung tetapi kini PAS mencipta ruang sendiri tanpa memerlukan lagi perantaraan DAP mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Apa yang penting organisasi PAS di semua peringkat perlu kreatif mencipta ruang bersama dan menutup ruang bermusuh dengan mana-mana pihak kecuali terhadap mereka yang jelas chauvinist dan bersifat anti Islam," katanya. – sumber |
KINI PAS INGIN SERTAI DEMONTRASI?.. ADAKAH AHLI TIDAK RASA DIPERBODOHKAN? Posted: 08 Aug 2015 07:41 PM PDT OLEH: GREENBOCAug 2015Isy, "U-Turn" Memanjang.... Kini PAS Mahu Sertai BERSIH 4.0PAS Pusat akan menyertai Himpunan Bersih 4.0 KUALA LUMPUR: PAS Pusat memutuskan akan menyokong dan menyertai Himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan hujung bulan ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim kepada media sebaik sahaja selesai Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Kuizm hari ini.Menurut beliau, PAS konsistan dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil sebagaimana yang dituntut oleh rakyat negara ini. Justeru, katanya PAS Pusat juga memutuskan Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah Kamaruzaman Mohamad sebagai mewakili parti di dalam jawatankuasa Bersih 4.0. "Atas prinsip pilihan raya adil dan bersih PAS akan menyertai Bersih 4.0 nanti,"tegasnya. Himpunan Bersih 4.0 dijangka akan diadakan pada 28 dan 30 Ogos ini. -HD
ULASAN GB "U-turn" Memanjang nampak gayanya. Menuduh GHB haru-biru sekarang thmahan itu kembali kepada PAS sendiri. Haru biru PAS kini, Lansung tiada istiqamah. Mula-mula Presiden PAS menyatakan kita jangan tertipu dengan menyertai demonstrasi jalanan. Setelah tinggal bersendirian kerana bermosi sangat memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP dan disamping memusnahkan Pakatan Rakyat, kini, laksana hidung tak mancung pipi tersorong-sorong kini PAS hendak menyertai perhimpunan Bersih 4.0 sekalipun PAS belum lagi menerima sebarang jemputan untuk menyertainya. Seringkali PAS menyatakan ia sentiasa berpegang dengan slogannya..."Beristiqamah Sehingga Kemenangan" .. namun sekarang nampaknya slogan sudah tinggal slogan. PAS gagal beriistiqamah dengan pendirian Presidennya untuk tidak menyertai demonstrasi. Inilah akibatnya apabila ulama PAS asyik menyerang kumpulan progresif dengan makian dan cacian seperti JEBON, BARUA, BROKER, TOLOL dan sebagainya. Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan berjalan, PAS dan ahli-ahlinya akan terus menerima "hukuman" Allah... dan nampaknya PAS yang bakal tidak bertahan dua tahun lagi... satu tuduhan Presiden PAS terhadap GHB yang bakal kembali kepada partinya sendiri. p/s Harakahdaily telah mengubah tajuk beritanya: PAS konsisten tuntut p'raya yang bersih dan adil.. lagi bukti tiada istiqamah. Mujur GB sempat membuat printscreen dan menyimpan tulisan asal... |
HIMPUNAN DEMOKRASI AKHBAR DAN WARTAWAN Posted: 08 Aug 2015 04:12 AM PDT |
DUTA GERMAN KUNJUNGI WAN AZIZAH Posted: 07 Aug 2015 10:16 PM PDT Menerima kunjungan Ahli Parlimen Jerman, Dr Thomas Gotthard Gambke dan Duta Jerman ke Malaysia, HE Holger Wilfried Michael. Pertemuan yang disertai Ahli Parlimen Kelana Jaya, YB Wong Chen berlangsung di Bangi semalam. |
GAMBAR GAMBAR LAWATAN WAN AZIZAH KE N9 Posted: 07 Aug 2015 10:10 PM PDT |
GAMBAR GAMBAR -CERAMAH ISU-ISU SEMASA PKR BERSAMA GHB DI DEWAN CINA KAMPUNG BERJAYA DAN MELAKA.. Posted: 07 Aug 2015 09:50 PM PDT |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan