WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Rakaman penuh jawapan MB berhubung isu DEIG
- VIDEO & GAMBAR] YM RAJA BAHRAIN PENGERUSI GHB TERENGGANU. Malis Pelancaran GHB Peringkat Negeri Terengganu -updated
- Anonymous is onto Najib Razak - Malaysia 2015
- Dana RM2.6 Bilion : Hj Hadi dan Haron Din terkancing gigi....??
- UNDI TAK PERCAYA DI PARLIMEN, INI KALI BAGI JADILAH....
- BETUL ATAU FITNAH SEMATA MATA???
- PAKATAN RAKYAT 2.0 SELEPAS PENUBUHAN PARTI BAHARU GHB
- PEMBANGKANG PERLU 25 AHLI PARLIMEN BN UNTUK UNDI TAK PERCAYA
- PEGAWAI PEJABAT PEGUAM NEGARA CABAR PEMECATAN, PENGUSIRAN
- Rakyat tiada pilihan selain turun ke jalan raya – Ambiga
- RAFIZI KASIHAN NASIB AHLI UMNO
Rakaman penuh jawapan MB berhubung isu DEIG Posted: 21 Aug 2015 06:14 PM PDT Rakaman penuh jawapan Dato' Menteri Besar Mohamed Azmin Ali kepada penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri berhubung Darul Ehsan Investment Group. |
Posted: 21 Aug 2015 02:09 PM PDT OLEH : GRENBOC
Majlis pelancaran Gerakan Harapan Baru peringkat negeri Terengganu diadakan pada malam ini di Dataran Syahbandar Kuala Terengganu. bermula jam 9 mlm ini. Ramai pimpinan tertinggi GHB telah tiba termasuklah Penasihat Umum GHB, Ustaz Ahmad Awang, Naib Presiden GHB, Salehuddin Ayub dan beberapa pimpinan GHB Pusat seperti Khalid Samad, Anuar Tahir, Dr.Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin dan lain-lain. Pelancaran GHB peringkat negeri Terengganu merupakan majlis yang ditunggu-tunggu kerana majlis ini diadakan di negeri dimana PAS dikatakan paling kuat selepas negeri Kelantan dan merupakan negeri tuan presiden, Hj Abdul Hadi Awang. Ia menjadi hangat diperkatakan di media sosial apabila terdapat satu status yang menggunakan nama "PAS Kuala Terengganu" yang mengeluarkan kenyataan ugutan dan ancaman "jangan sampai program ini bertukar menjadi medan tempur". Namun seorang AJK PAS Terengganu telah menafikan laman status itu kepunyaan PAS Terengganu. Berikut ialah kenyataan penuhnya:
|
Anonymous is onto Najib Razak - Malaysia 2015 Posted: 21 Aug 2015 06:25 AM PDT |
Dana RM2.6 Bilion : Hj Hadi dan Haron Din terkancing gigi....?? Posted: 21 Aug 2015 05:50 AM PDT AL HUSSEYNHaji Hadi dan Haron Din dua orang tokoh ulama pun mudah diperdayakan oleh Najib sebab dia memang pakar putar alam. Atau mungkinkah mereka bertiga ini memang sama level, saling sokong menyokong, sahut bersahutan sesama mereka? Hahahaha... spekulasi aku sahaja. Sehingga kini dua orang tokoh ulama ini masih belum membuat kenyataan untuk membetulkan semula apa yang pernah mereka nyatakan sebelum ini. Apakah Hj Hadi dan Haron Din masih belum percaya bahawa dana RM2.6 billion itu telah benar-benar dimasukan ke dalam akaun peribadi Najib? Apa yang menjadikan mereka berdua ni terkancing gigi, waima Najib sendiri telah mengakuinya? SPRM pun akuinya ....Mahu saksi apa lagi? Adalah penting bagi mereka memperbetulkan kenyataan mereka yang terdahulu itu. Menurut Shahbudin, kalau tanya budak sekolah darjah tiga pun dia tahu siapa penyamun sebenarnya...ikuti tulisannya berikut : SETELAH TERPEDAYA, KINI GILIRAN PAS 'MENGAJAR' NAJIBMasihkah kita ingat apa antara kata-kata Najib Razak apabila mula didedahkan wang sejumlah RM2,600 juta mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudian Pas melalui Mursyidul Amnya, Dr Haron Din turut tidak mempercayai dakwaan tersebut?Berikut petikan berita Malaysiakini bertarikh 5 Julai 2015:- Perdana Menteri Najib Razak melahirkan rasa penghargaannya kepada Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din yang meragui kesahihan laporan Wall Street Journal (WSJ). Bercakap kepada media di Semenyih hari ini, Najib berkata, ramai yang tidak mempercayai laporan mengenai wang yang dipercayai daripada dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun persendirian beliau di Malaysia. "Saya berterima kasih ramai yang kata tak percaya berita tersebut, termasuk Dr Haron Din. Dia kata tak masuk akal nak saya lakukan perkara sebegitu," kata Najib. Kata Perdana Menteri, beliau menjadi mangsa serangan media sosial secara bertubi-tubi kebelakangan ini yang mengaitkannya dengan menyalahgunakan wang negara. "Kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itu pun kalau saya nak jadi seorang penyamun," katanya di sini Lihat...walaupun pada hakikatnya Najib tahu wang RM2,600 juta itu benar-benar sudah mengalir ke dalam akaun peribadinya, malah ketika itu akaun itu sudah pun ditutupnya dan wangnya dipindahkan entah ke mana, beliau tetap "berlakon" seolah-olah dirinya seorang yang suci bersih dan mangsa fitnah semata-mata. Siap mengungkapkan "baeeek punya ayat", "kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia." Sekarang kalau tanya budak sekolah darjah tiga pun dia tahu siapa penyamun sebenarnya... Dr Haron Din, seorang yang warak dan tinggi ilmu agama ternyata boleh terpedaya dengan "lakonan" Najib, malah siap mengucapkan terima kasih dan penghargaan lagi kepada Mursyidul Am Pas itu bagi menunjukkan kepada umum beliau seolah-olah tidak tergamak menerima kemasukan wang tersebut ke dalam akaun peribadinya. Najib melahirkan penghargaan itu berikutan kenyataan Dr Haron Din yang menyatakan tidak masuk akal dakwaan WSJ itu kerana berpendapat jika seseorang mahu melakulannya, ia tentunya melalui akaun rahsia dan bukannya akaun peribadi. (Baca di sini). Presiden Pas Haji Hadi Awang pula, walaupun mengatakan Najib bukan malaikat tetapi turut meragui dakwaan terhadap Perdana Menteri itu sambil mengatakan, "kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang."( Baca di sini) Setelah terbukti wang tersebut benar-benar masuk ke dalam akaun peribadi Najib, walaupun berubah-ubah penjelasannya daripada dana politik, selepas itu sebagai derma dan kemudian kononnya sebagai tanda penghargaan kepada Malaysia untuk memerangi IS, meskipun pada Mac 2013 ketika wang disalurkan, daulah Islamiah itu belum wujud lagi, hakikatnya Najib sudah terperangkap dalam tindakan paling tidak bermoral sekali sebagai pemimpin. Apa pun hujah dan alasannya, tidak masuk akal ada seseorang sanggup menderma atau bersedekah dengan jumlah yang sebegitu besar, bak kata Tun Mahathir Mohamad, ia adalah "bullshit". Apatah lagi, siasatan yang pada mulanya dijalankan untuk mencari kebenaran mengenai wang itu oleh pelbagai agensi penguatkuasa kerajaan juga digagalkan melalui pembubaran pasukan petugas khas, pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara dan kacau ganggu termasuk serbuan dan rampasan fail, dokumen serta komputer riba terhadap SPRM. Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang banyak bertanya mengenai wang itu pula dipecat daripada kabinet. Najib kemudian "berlakon" lagi dengan mengumumkan penubuhan jawatankuasa pembiayaan dana politik untuk memantau sumbangan yang diterima oleh parti-parti politik. Sekali lagi...di sebalik gagal menjelaskan dengan jujur, berterus terang dan atas nama Tuhan mengenai wang RM2,600 juta, Najib tetap mahu mempamerkan dirinya seperti kain putih di depan umum di mana dana politik, derma atau sebagainya mesti dipantau pengalirannya. Meskipun Pas, terutamanya Haji Hadi dan Dr Haron Din, terlihat ingin bertolerasi dan bersangka baik dengan Najib, isu wang RM2,600 juta ini seharusnya menyedarkan Pas hakikat yang sebenarnya. Pas harus segera meletakkan titik noktahnya terhadap Najib demi menyelamatkan masa depan negara ini dengan turut sama menyokong jika ada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri mahu dibentangkan di Parlimen. Sekadar Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mustapha Ali memperakukan sokongan parti itu terhadap undi tidak percaya masih belum memadai sebenarnya. Haji Hadi sebagai Presiden dan Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am harus tegas menyatakan pendirian rasmi Pas untuk menyokong usul tersebut. Sokongan tersebut bukan saja untuk menyelamatkan negara ini daripada kerakusan seterusnya yang mungkin lebih dahsyat daripada wang RM2,600 juta, tetapi juga sebagai "mengajar" Najib kerana tindakannya "memperperdaya" dan "berlakon suci bersih" terhadap golongan ulama. Menyokong usul di Parlimen dan memastikan Najib tersingkir sekurang-kurangnya dapat mengembalikan maruah serta harga diri kedua-dua pimpinan utama Pas itu yang selama ini mungkin "tersilau" dan "terpedaya" tanpa disangka. Tambahan lagi, ia juga bertepatan dengan kata-kata Haji Hadi sendiri yang mengikut asas Islam, "yang baik disokong, yang tak baik ditentang." (SH 20/08/2015) ~ shahbudin |
UNDI TAK PERCAYA DI PARLIMEN, INI KALI BAGI JADILAH.... Posted: 21 Aug 2015 05:35 AM PDT Penyelesaian terbaik kemelut politik negara ketika ini tidak lain ialah melakukan undi tidak percaya di Parlimen bagi menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Hakikatnya Najib tidak mungkin disingkirkan melalui UMNO dalam acuan yang dibentuknya sekarang, bahkan belum tentu juga beliau mampu diketepikan dalam pilihanraya. Semua pihak tidak boleh bertahan lebih lama lagi berketuakan Najib memimpin negara ini kerana trend yang ditunjukkan dalam mempertahankan kuasanya kebelakangan ini memperlihatkan hampir tiada jaminan kepada sesiapa yang dilihat memberi ancaman kepadanya. Jika Putrajaya boleh membuang Peguam Negara, melengahkan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, membubarkan pasukan petugas khas dan melakukan gangguan terhadap tugas SPRM, maka dengan kuasa yang ada, kemenangan pembangkang dalam pilihanraya juga tidak mustahil boleh ditahan daripada menjadi kenyataan. Biar pun pembangkang boleh terus berharap untuk memenangi pilihanraya akan datang andainya Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri, ia boleh bertukar menjadi sekadar mimpi ngeri kepada mereka kerana kuasa yang terlalu berpusat memberi kelebihan kepada si pemegang takhta. Untuk jangka singkat ini, pakatan pembangkang yang mempunyai 88 kerusi Parlimen seharusnya tidak mengambil masa terlalu lama untuk mempertimbangkan idea yang dilontarkan secara terbuka oleh Tun Mahathir Mohamad semalam yang mahukan mereka segera mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen tetapi terus mengekalkan kuasa BN sebagai kerajaan. Ini bermakna melalui usul yang hanya memerlukan sokongan 24 Ahli Parlimen BN saja lagi, tetapi BN tetap dikekalkan sebagai kerajaan dan Perdana Menteri baru menggantikan Najib juga daripada BN, menggamit sokongan Ahli-Ahli Parlimen lain untuk menyokong usul tersebut yang semata-mata untuk menukar Perdana Menteri nyata lebih mudah berbanding jika melalui usul yang sama menyebabkan BN tersungkur kuasanya. Setelah pemecatan Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan beberapa menteri lain baru-baru ini, usaha mendapatkan sokongan 24 Ahli Parlimen ini tidaklah mustahil sebenarnya jika betul cara runding dan tawar-menawarnya. Itu belum diambil kira lagi kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah yang masih sebagai Ahli Parlimen dan pengaruh Tun Mahathir serta Tun Daim yang mungkin lebih memudahkan lagi usaha ke arah itu. Dengan Tun Mahathir sendiri menggesa pihak pembangkang mengemukakan usul tersebut, secara tidak langsung bermakna bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu sudah sedia menjadi sebahagian yang akan memastikan kejayaannya. Jika usul ini berjaya dan Najib dapat disingkirkan, ia kemudian akan membentuk sebuah kerajaan campuran atau kerajaan peralihan yang melibatkan semua parti. Parti-parti yang menguasai kerajaan negeri pula boleh kekal dengan status quo sedia ada, begitu juga Sabah serta Sarawak yang boleh dipertimbangkan lebih kuasa autonominya. Kerajaan campuran atau peralihan ini boleh jadi merupakan penyelesaian jangka pendek sehingga pilihanraya akan datang dengan matlamat semata-mata untuk menyelamatkan negara daripada pelbagai kerosakan dan caca marba yang didatangkan Najib, malah jika semua parti selesa dengannya, ia juga boleh diteruskan melalui formula yang sama selepas pilihanraya nanti. Andainya kerajaan campuran itu tidak mahu diteruskan selepas pilihanraya akan datang, masing-masing boleh bersaing secara sihat dan terbuka sama ada melalui sistem dua parti iaitu BN dan PR atau pun melalui kekuatan parti sendiri. Tetapi dengan memberi laluan kepada penyingkiran Najib, ia bukan saja membuatkan semua parti disanjung rakyat kerana sedia berkorban untuk bertoleransi demi menyelamatkan negara, yang jauh lebih penting ia juga memberi peluang yang sama rata, baik kepada BN mahupun PR untuk memenangi pilihanraya. Ini kerana berbanding jika Najib terus menjadi Perdana Menteri, walaupun harapan memenangi pilihanraya juga nampak terbuka, tetapi taktik di saat-saat akhir mungkin menyebabkan kemenangan itu tidak menjadi realiti akhirnya. Lagi pula dengan derma sebanyak RM2,600 yang pastinya masih banyak berbakinya untuk digunakan dalam pilihanraya ke 14 nanti, cabaran dan tentangan pembangkang untuk mengaut jumlah majoriti sekurang-kurangnya 112 kerusi bagi membentuk kerajaan tidaklah mudah sebenarnya. Daripada menunggu kemenangan dalam pilihanraya belum pasti lagi, lebih baik mereka merebut peluang yang sedang terbuka sekarang. Mendapatkan tambahan 24 kerusi Parlimen untuk menjadikan usul tidak percaya itu menjadi kenyataan bukan saja tidak mustahil berikutan situasi politik UMNO yang kacau bilau sekarang, bahkan ia juga lebih mudah kerana dalam BN sendiri ramai yang bimbang nasib masing-masing masih bercahaya atau sebaliknya selepas pilihanraya nanti. Tetapi, dengan memastikan usul ini berjaya, semua pihak boleh bergembira dengannya. Negara dapat diselamatkan, rakyat mendapat harapan baru dan semua parti berkongsi rasa kek yang sama. Sebahagian menteri yang ada pula, terutama yang ada intergriti, jujur, amanah dan tidak rasuah, tentu saja boleh dikekalkan dalam kerajaan baru itu nanti. Tiada yang berbezanya melalui kejayaan usul tidak percaya itu, kecuali Najib yang membawa sengsara dapat dibersarakan lebih awal daripada yang sepatutnya. Kepada semua parti yang terlibat dan Ahli-Ahli Parlimen yang sayangkan negara ini, janganlah dilengahkan lagi dan bawalah khabar gembira untuk rakyat yang sudah lama menderita. Sama seperti yang pernah berlaku di Perak, ini kali bagi jadilah...(SH 21/08/2015) |
BETUL ATAU FITNAH SEMATA MATA??? Posted: 21 Aug 2015 02:49 AM PDT Syam Ghaz KERETA seorang TMB Kelantan? 1. DCQ99 Range Rover 5000cc Daftar 2012 dan 2014. 2. W 8484 W Mbenz E250 Daftar 2015. 3. PAS1616 Toyota Vellfire Daftar 2015. 4. PAS369 Toyota Altis Daftar 2008. 5. JFR 988 Toyota Landcruiser Jip Daftarb2000. 6. WKP 9212 Audi Daftar 2000. 7. DBP999 Perodua Viva. 8. WB 4058 L Motosikal Yamaha. 9. DCK353 Motosikal Demak. 10. DCA 8668 Motosikal Modenass. Agak MEWAH, Maaf saya nak tanya Berapa RM gaji seorang • Menteri Besar • Timbalan Menteri Besar • Exco • Pegawai Khas - Patutlah masa sesi dialog dengan beliau di pejabat beliau selepas sesi PRU13 lalu beliau tak henti2 katakan "Kita istihar harta pada TGNA shja, tak boleh pada umum", salinan video dialog masih ada dalam rekod saya. Saya desak semua Mb, Tmb, Exco2 dan Pegawai2 Khas serta Isteri2 istihar Harta SEGERA atau Letak Jawatan. Syam Ghaz p/s: Kayooo rupanya orang yg pegang Porfolio Balak di Kelantan ni ya? * Gambar ilutrasi
|
PAKATAN RAKYAT 2.0 SELEPAS PENUBUHAN PARTI BAHARU GHB Posted: 21 Aug 2015 02:42 AM PDT Pakatan Rakyat 2.0 selepas penubuhan parti baharu GHBGerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal melancarkan parti baharu penghujung Ogos ini berazam untuk menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) bagi memperkukuhkan sistem 2 parti sekali gus membuat persiapan menumbangkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN). Setiausahanya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata GHB yang akan menjadi sebuah parti politik baharu itu juga akan memperjuangkan kewujudan sebuah masyarakat dan negara Madani yang mengangkat kedaulatan keluhuran undang-undang (As-Siyadah Al-Qanuniyyah). "Di mana syariat Islam memperkukuhkan penghayatan nilai, akhlak dan amalan serta tatakelola institusi kritikal negara. "Bersama dengan pimpinan GHB di peringkat nasional, semua tenaga kepimpinan di peringat kawasan dan cawangan ini akan berusaha untuk menubuhkan kembali PR 2.0," katanya dalam satu kenyataan. Dzulkefly turut mengucapkan syabas dan tahniah khususnya kepada semua aktivis yang bersedia meletakkan jawatan dalam parti lama mereka untuk bersama dengan kepimpinan GHB. Katanya, walaupun GHB belum diisytiharkan sebagai parti politik, individu berkenaan bertekad melepaskan jawatan mereka dan mula memberi fokus kepada pengurusan serta perjuangan parti baharu yang bakal dilancarkan penghujung Ogos ini. "Mereka bergandingan dengan pimpinan NGO lain, yang juga bertekad untuk bersama menubuhkan parti baharu nanti merupakan tunggak penting yang berpengalaman. "Bagi menjayakan serta melangsungkan cita-cita murni menampilkan tawaran politik Islam yang bersifat inklusif dan sejagat merentasi kaum, agama dan budaya," katanya. |
PEMBANGKANG PERLU 25 AHLI PARLIMEN BN UNTUK UNDI TAK PERCAYA Posted: 21 Aug 2015 02:13 AM PDT Pembangkang perlu 25 ahli parlimen BN untuk undi tak percayaSetiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata pihak pembangkang cuma memerlukan 25 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sanggup menyokong usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak sekali gus menyingkirkan perdana menteri itu. Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau percaya jumlah itu boleh dicapai memandangkan ahli Parlimen BN juga sebenarnya bersama sentimen rakyat yang bosan dengan suasana politik dan ekonomi negara. "Saya yakin ahli Parlimen daripada parti pembangkang atau BN faham sentimen ini. "Sebab itu saya masih menaruh harapan akan ada 25 ahli Parlimen BN yang masih mempunyai kesedaran dan kecintaan kepada rakyat untuk berani tampil menyokong satu undi tidak percaya untuk menukar perdana menteri," katanya dalam kenyataan hari ini. Rafizi berkata, beliau percaya ahli Parlimen BN itu akan berdepan pelbagai cubaan seandainya mereka bersetuju menyingkirkan Najib. "Namun, saya juga percaya mereka gelisah dengan perkembangan yang berlaku dan mereka masih ada kesedaran untuk membezakan yang benar berbanding tidak benar," katanya. Rafizi yang juga naib presiden PKR turut menggariskan 3 syarat terhadap 25 ahli Parlimen BN yang akan menyokong usul undi tidak percaya itu. "Pertama, kerajaan peralihan ditubuhkan dengan mandat selama 2 hingga 3 tahun bagi memulihkan demokrasi dan institusi utama negara. "Kedua reformasi terhadap sistem dan amalan pilihan raya agar Pilihan Raya Umum ke-14 dapat diadakan secara bebas, adil dan telus. "Ketiga, satu agenda reformasi yang jelas mengenai ekonomi rakyat, termasuk memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan, keluhuran undang-undang, kebebasan media dan perkara lain dipersetujui secara bersama," katanya. Kenyataan Rafizi ini dibuat selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mencadangkan pembangkang menukar perdana menteri tanpa menggulingkan BN jika mahu Najib disingkirkan. P/S: Bagaimanapun dijangkakan pembangkang memerlukan lebih daripada 25 MP kerana 16 ahli parlimen Pas diragui akan menyokong undi tersebut. Hanya 6 MP Pas dari GHB yang secara automatik akan menyokong namun 16 MP Pas selebihnya dalam kelompok 'walaon' dijangka walak kepada Presiden Hadi Awang yang menyokong Najib. |
PEGAWAI PEJABAT PEGUAM NEGARA CABAR PEMECATAN, PENGUSIRAN Posted: 21 Aug 2015 02:08 AM PDT Pegawai Pejabat Peguam Negara cabar pemecatan, pengusiranPegawai Pejabat Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur dijangka memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar perintah pengusiran yang dikeluarkan terhadapnya oleh Kementerian Dalam Negeri. Jessica sudah menetap di Malaysia selama lebih 20 tahun sebelum tindakan secara drastik dalam beberapa hari ini, yang bermula dengan siasatan pihak berkuasa terhadapnya dan bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Rashpal Singh berhubung dakwaan kebocoran kertas pertuduhan yang dikatakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Sumber memberitahu The Malaysian Insider peguamnya sedang menyediakan kertas mahkamah untuk semakan kehakiman atas alasan perintah itu tidak munasabah, arbitrari dan tidak adil. "Dia tidak diberi hak untuk didengar," kata sumber dekat dengan peguam Jessica. Sumber itu berkata, tindakan terhadap Jessica sebenarnya adalah gangguan dan intimidasi terhadap kakitangan awam. "Dia berkhidmat dengan setia dan bersungguh-sungguh dalam perkhidmatan awam Malaysia dan tidak adil untuk mengusirnya ketika dia tidak melakukan kesalahan," kata sumber itu. Jessica juga dijangka memfailkan afidavit yang akan mendedahkan mengapa pihak berkuasa begitu mahu memberhentikan perkhidmatannya, lapor Malaysiakini. "Beliau akan memfailkan afidavit 'meletup' mendedahkan mengapa mereka melakukan perkara ini," kata sumber yang rapat dengannya kepada Malaysiakini. Jessica, seorang warga Singapura, dibatalkan jaminan polis pada Jumaat lepas dan permit pemastautin tetap anaknya juga dibatalkan, kata sumber kepada The Malaysian Insider malam tadi. Seorang peguam yang enggan namanya disiarkan mengesahkan perkhidmatan Jessica dengan Jabatan Peguam Negara ditamatkan minggu lepas tetapi berkata tidak mengetahui perintah pengusiran itu. "Saya terkejut bagaimana ia sebaliknya terjadi dan menjangka pihak berkuasa Malaysia akan menahannya di sini kerana beliau mempunyai banyak maklumat sulit," kata peguam itu. Beliau berkata Jessica tidak akan tertakluk kepada undang-undang Malaysia seperti Akta Rahsia Rasmi sebaik saja keluar dari negara ini. "Kita akan tunggu dan lihat apa yang berlaku selepas ini," katanya. |
Rakyat tiada pilihan selain turun ke jalan raya – Ambiga Posted: 21 Aug 2015 01:46 AM PDT Bekas pemimpin Bersih 2.0 mempertahankan rancangan pergerakan itu untuk meneruskan perhimpunannya di Kuala Lumpur dan bandar lain menjelang sambutan Merdeka bulan ini, dengan berkata rakyat Malaysia sudah tidak ada pilihan kecuali ke jalanan tatkala institusi dalam negara berantakan. "Malaysia kini negara yang hanyut. Kerajaan sedang mengecewakan kita. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikompromi. Kedaulatan undang-undang sedang terhakis," kata Datuk Ambiga Sreenevasan, menulis pendapatnya dalam The New York Times. "Rakyat Malaysia perlu ke jalanan untuk menuntut demokrasi kita dan jiwa negara kita," kata peguam itu, yang pernah memimpin perhimpunan berskala besar mendesak perubahan pilihan raya ketika mengetuai Bersih 2.0 di Kuala Lumpur sebelum ini. Dalam tulisan pendapatnya, Ambina menyenaraikan siri cubaan untuk memperkecilkan kebebasan SPR, dengan terbaru ialah pelaksanaan persempadanan semula di Sarawak yang kontroversi, di mana negeri itu akan menjalani pilihan raya negeri tidak lama lagi. "Sekali lagi, rakyat Malaysia berdepan risiko ditipu dalam pilihan raya," katanya, menambah kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Sarawak akan jadi perangsang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menjadi perhatian umum dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pendedahan berbilion ringgit masuk ke akaun bank peribadinya. Seperti sebelum ini, pihak berkuasa mendesak perhimpunan itu berpindah ke stadium, sementara penganjur enggan berbuat demikian. Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah sebaliknya berkata perhimpunan itu mampu menjadi pengukur kepada sokongan rakyat terhadap Najib. Perhimpunan Bersih kali ini, yang keempat sejak 2007, akan diadakan selama 2 hari, dengan peserta merancang untuk berkhemah di kawasan berhampiran Dataran Merdeka, yang dimaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan ditutup kepada umum bagi menjalankan latihan dan persediaan sambutan Hari Merdeka. Sementara itu, Ambiga mendesak pemimpin BN untuk menyertai perhimpunan itu, dengan berkata ia boleh menjalinkan hubungan antara mereka dengan masyarakat umum. "Anda tidak tahu bagaimana rasanya berjalan bersama rakyat," kata aktivis peguam itu, yang kini mengetuai kumpulan hak asasi manusia, Hakam. "Ia ada kuasa. Anda patut datang, walau hanya untuk berhubung dengan kami dan lihat bagaimana kami rasa. Anda mungkin tidak setuju dengan semua permintaan kami tapi anda akan tunjukkan walau apa pun, anda hormat hak kami untuk berkumpul dan bercakap," katanya. |
RAFIZI KASIHAN NASIB AHLI UMNO Posted: 21 Aug 2015 01:35 AM PDT Posted By : PentadbirUmno tidak lagi mendengar suara akar umbi ahli parti itu kerana presidennya dan 191 ketua bahagiannya terlalu mengutamakan kepentingan diri masing-masing dakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli. Kata Ahli Parlimen Pandan itu, ahli di peringkat bawahan Umno selalu menyuarakan kebimbangan terhadap masa depan negara dan parti mereka namun pihak atasan, termasuk presiden parti tidak mempedulikan keluhan mereka. "Ini yang saya kasihan kawan-kawan Umno. Mereka adalah rakyat seperti kita, faham (masalah dihadapi) dan (mereka) menyuarakan kebimbangan rakyat biasa dalam mesyuarat mereka. "Umno ini tidak pernah dikawal oleh akar umbi. Umno dikawal oleh 191 ketua bahagian. Kalau di atas sekali presiden, Datuk Seri Najib Razak, dia ada kepentingan dia… "Dan yang 191 ketua bahagian ada kepentingan dia juga. Walau suara akar umbi dalam Umno kuat pun, masing-masing (Najib dan ketua bahagian) jaga kepentingan mereka. Suara akar umbi tidak akan dipedulikan di bahagian atas," katanya di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. Rafizi berkata demikian ketika mengulas kenyataan perwakilan Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin yang mendakwa tiga juta anggota parti itu kini menjadi mangsa "kencing" Najib. Kata Rafizi lagi walaupun Presiden Umno menyedari terdapat keluhan daripada akar umbi, namun oleh kerana wujud budaya mendahulukan kepentingan peribadi, Najib tidak berbuat apa-apa. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan